bil. 57 2015 / 1436h persekutuan seruan islam … filebil. 57 2015 / 1436h persekutuan seruan islam...

8
PERCUMA Bil. 57 2015 / 1436H PERSEKUTUAN SERUAN ISLAM SELANGOR & WILAYAH PERSEKUTUAN (JAM’IYAH) Lihat halaman 2 Ketua Penolong Pengarah Kanan, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Ustaz Hj. Roslan Hj. Said yang mewakili Ketua Pengarah JAKIM seang berucap di Majlis ‘Penyampaian Sumbangan Hari Raya Aidil Fitri’ anjuran JAM’IYAH. Jam’iyah Diseru Melebar- luaskan Skop Sumbangan J AM’IYAH disaran melebar-luaskan program Sumbangnan Hariraya ke negeri-negeri lain memandangkan organisasi ini mempunyai pengalaman yang lama untuk berbuat demikian. Walaupun tradisi menyumbang menjelang Syawal senasa dilakukan diseap negeri; sama ada yang dikendalikan oleh agensi kerajaan negeri atau badan-badan tertentu; namun lebih banyak pihak yang berbuat demikian adalah lebih baik. Demikian saranan Ketua Penolong Pengarah Kanan Bahagian Dakwah, Jabatan Agama Islam Malaysia (JAKIM), Ustaz Haji Roslan Said yang mewakili Ketua Pengarah JAKIM, Y.Bhg. Dato’ Haji Othman Bin Mustapha. Saranan tersebut disampaikan keka berucap merasmikan ‘Majlis Penyampaian Sumbangan Hariraya Eidulfitri’ anjuran Persekutuan Seruan Islam Selangor dan Wilayah Persekutuan (JAM’IYAH) di Masjid Jamek Bandaraya, Kuala Lumpur 11 Julai lalu. Dari Awal Kebangkitan Hingga Menjelang Kiamat Yakjuj dan Makjuj jamiyah 57.indd 1 8/7/2015 9:55:05 AM

Upload: duongkhuong

Post on 18-Jul-2019

245 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

PERCUMABil. 57 2015 / 1436H PERSEKUTUAN SERUAN ISLAM SELANGOR & WILAYAH PERSEKUTUAN (JAM’IYAH)

Lihat halaman 2

Ketua Penolong Pengarah Kanan, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Ustaz Hj. Roslan Hj. Said yang mewakili Ketua Pengarah JAKIM seang berucap di Majlis ‘Penyampaian Sumbangan Hari Raya Aidil Fitri’ anjuran JAM’IYAH.

Jam’iyah Diseru Melebar-luaskan Skop Sumbangan

JAM’IYAH disaran melebar-luaskan program Sumbangnan Hariraya ke negeri-negeri lain memandangkan organisasi ini mempunyai pengalaman

yang lama untuk berbuat demikian.Walaupun tradisi menyumbang menjelang

Syawal sentiasa dilakukan disetiap negeri; sama ada yang dikendalikan oleh agensi kerajaan negeri atau badan-badan tertentu; namun lebih banyak pihak yang berbuat demikian adalah lebih baik.

Demikian saranan Ketua Penolong Pengarah Kanan Bahagian Dakwah, Jabatan Agama Islam Malaysia (JAKIM), Ustaz Haji Roslan Said yang mewakili Ketua Pengarah JAKIM, Y.Bhg. Dato’ Haji Othman Bin Mustapha.

Saranan tersebut disampaikan ketika berucap merasmikan ‘Majlis Penyampaian Sumbangan Hariraya Eidulfitri’ anjuran Persekutuan Seruan Islam Selangor dan Wilayah Persekutuan (JAM’IYAH) di Masjid Jamek Bandaraya, Kuala Lumpur 11 Julai lalu.

Dari Awal Kebangkitan Hingga Menjelang KiamatYakjuj dan Makjuj

jamiyah 57.indd 1 8/7/2015 9:55:05 AM

SUARA JAM’IYAH 2 No.57 • 2015/1436H

Dari muka hadapan

ATAS: Barisan AJK Agung JAM’IYAH, dari kiri Hj. Shaari Hj. Ahmad Junid (Bendahari), Dr. Hj. Mokhtar Abu Bakar (AJK), Ustaz Hj. Milatusamsi Hj. Hassan (SUA), Dra. Hjh. Hafsah Abdul Rahman (Ketua Wanita), Ustaz Hj. Zakaria Mat Isa (AJK), Dato’ Sri Indah Diraja Dato’ Hj. Abu Bakar Hj. Abdul Hamid (Naib YDP 1). GAMBAR BAWAH: Tim. YDP JAM’IYAH. Prof. Madya Datuk Haji Mohamad Ali Hassan sedang berucap di majlis ‘Penyampaian Sumbangan Hariraya’ anjuran JAM’IYAH.

Kewajaran itu menurut Ustaz Haji Roslan, memandangkan Jam’iyah merupakan sebuah badan dakwah yang tertua di Malaysia dan mempunyai pengalaman dalam mencari dana dan mengurus agihannya secara teratur.

Menurutnya, JAKIM sentiasa menyokong dan memberi galakan kepada mana-mana NGO yang men-jalankan aktiviti dakwah; namun peruntukan yang ada juga terhad.

Pun begitu katanya, jumlah yang diterima oleh sesetangah NGO juga mungkin tidak mencukupi dengan jumlah asnaf yang ada dalam senarai; namun sekurang-kurangnya dapat diagih-agihkan secara bijaksana kepada yang lebih memerlukan bagi meringankan sedikit beban yang mereka tanggung.

“Kalau boleh kita nak bantu semua NGO yang menjalankan aktiviti dakwah, tetapi disebabkan keterbatasan peruntukan menyebabkan ada yang tidak mendapat bantuan.”

Beliau kemudiannya menasihatkan para penerima agar reda dengan ketentuan Allah.

“Masalah kemiskinan dan keperitan hidup merupakan ujian dari Allah. Orang kaya lain ujiannya, orang miskin lain dugaannya. Namun jangan jadikan ujian yang sifatnya sementara (hanya di dunia) dijadikan alasan untuk tidak patuh kepada Allah,” nasihatnya.

Seterusnya beliau mengajak hadirin agar bersyukur dengan suasana yang ada. “Kita amat bersyukur kerana suasana Negara yang sentosa, di mana setiap orang boleh mencari rezeki dengan aman tanpa rasa bimbang akan keselamatan.

Beliau yang pernah melihat sendiri kesangsaraan di negara-negara yang bergolak turut berkongsi pengalaman. “Umpamanya ketika ini beribu-ribu masyarakat Islam Rohinya hanya makan nasi dengan garam... Malahan setengahnya ada yang berhari-hari tidak makan, bayangkan…” ujar beliau.

Akhirnya beliau mengharapkan agar Jamiyah meneruskan tradisi menyumbang bagi meringankan beban golongan asnaf yang sememangnya sentiasa ada dalam mana-mana masyarakat.

jamiyah 57.indd 2 8/7/2015 9:55:08 AM

SUARA JAM’IYAH 3 No.57 • 2015/1436H

Bersedekah MembersihkanHarta dan Menjana Keberkatan

Di majlis berkenaan seramai 1000 orang fakir miskin telah menerima sumbangan yang berupa wang ringgit, kuih muih dan kain sarung/batik yang datang dari Lembah Klang dan daerah-daerah di Selangor sejak awal pagi.

Beliau memberitahu, sehari sebelumnya JAM’IYAH juga telah mengagih-agihkan pemberian wang ringgit dan barangan yang sama kepada seratus orang pesakit di Hospital Besar Kuala Lumpur.

Secara keseluruhan mereka yang menerima sumbangan terdiri dari kalangan ibu-ibu tunggal, anak-anak yatim, golongan mualaf, golongan OKU dan beberapa asnaf lain.

Datuk Haji Mohammad Ali Hassan melahirkan rasa terkilan kerana ada pihak yang tidak mendapat bahagian disebabkan lambat datang dan tidak mendaftar dengan JAM’IYAH terlebih dahulu menyebabkan namanya tidak tersenarai.

Seterusnya beliau menyeru masyarakat korporat agar meneruskan kewajipan zakat harta dan amalan bersedekah bagi membantu fakir miskin dan sekaligus membersihkan harta yang kita dimiliki guna menjana keberkatan yang berpanjangan.

Hasrat JAM’IYAH untuk meluaskan program ‘Sumbangan Hari Raya’ ke seluruh negara hanya akan tercapai jika mempunyai badan gabungan di setiap negeri dan dikuti

dengan lebih ramai lagi pihak yang menyumbang untuk tujuan yang sama.

Namun JAM’IYAH tetap bersyukur kerana dapat menerus-kan tradisi menyumbang kepada asnaf ini sejak dua dekad yang lalu; di mana pada tahun ini jumlah penerimanya melepasi dari tahun-tahun yang sebelumnya.

Demikian frasa mengenang budi oleh Tim. Yang Dipertua Prof. Madya Datuk Haji Mohammad Ali Hassan ketika berucap di Majlis Penyampaian Sumbangan Hariraya Eidul Fitri 1436H/2015M di Masjid Jamek Bandaraya Kuala Lumpur, Jalan Tun Perak, pada 11 Julai lalu.

“Walaupun bantuan seumpamanya bukanlah tanggung-jawab asas; tetapi JAM’IYAH merasa bertanggungjawab untuk mencari dana dan menguruskan pengagihannya bagi membantu saudara-saudara kita yang memerlukan sempena menyambut hari lebaran.”

Justeru itu JAM’IYAH amat menyanjung tinggi agensi-agensi kerajaan, syarikat-syarikat dan orang perseorangan yang setiap tahun menghulurkan sumbangan.

Antara para asnaf sedang menanti giliran untuk menerima sumbangan.

jamiyah 57.indd 3 8/7/2015 9:55:10 AM

SUARA JAM’IYAH 4 No.57 • 2015/1436H

AHLI-AHLI JAWATANKUASA AGUNG JAM’IYAH SESI 2013–2015

PenaungYAB Mohamed Azmin Ali(Menteri Besar Selangor)

Yang DipertuaHaji Isemaail Basri

Tim. Yang DipertuaProf. Madya Datuk Hj. Mohamad Ali Hassan

Naib Yang Dipertua IDato’ Seri Indah Diraja Dato’ Haji Abu

Bakar Haji Abdul Hamid, JP

Naib Yang Dipertua IIHaji Hishamuddin Tan Sri S.O.K. Ubaidullah

Setiausaha AgungHaji Milatusamsi Haji Hassan

Penolong Setiausaha IDato’ Seri Haji Mustapa Kamal Maulut

Penolong Setiausaha IIMohd Rijal A. Harris

BendahariHaji Shaari Ahmad Junid

Penolong BendahariHaji Fathil Haji Gzali

Ahli-Ahli Jawatan KuasaDrs. Haji R.S.Sofyan, Haji Zakariah Isa,

Haji Abdullah Osman, Dr. Ann Wan Seng, Hajah Rokiah Mohaimidin, Haji Mohamad

Ruslan Mat Jelas, Haji Minhat Dasmat, Haji Sujaidi Dasuki @ Sabda S.,

Haji Tumingan Marlan, Hj. Halhakasah Abdullah, Hjh. Qurrotul Aien Fatah Yasin,

Dr. Hj. Mokhtar Abu Bakar, Hj. Ab. Rahman Aziz, Encik Kalam Azad Abu Bakar,

Ir. Hj. Anhar Ahmad, Dra. Hajjah Hafsah Haji Abd. Rahman (Pengerusi Biro Wanita),

Hajah Zainab Ahmad

Setiausaha KerjaEncik Nor Izham Ismail

RekabentukIsmail Karim

SUARA JAM’IYAH diterbitkan oleh

Persekutuan Seruan Islam Selangor dan Wilayah (JAM’IYAH)

Persekutuan Darul Jam’iyah No. 25, Lot 203, Jalan Rahmat,

off Jalan Ipoh, 50350 Kuala Lumpur.Tel: 03-40441950/1951 Faks: 03-40441952

Pengerusi PenerbitanHaji Milatusamsi Haji Hassan

Sidang PengarangSabda S, Kamaluddin Mat Lela,

Abu Bakar Ali, Haji Shaari Ahmad Junid

Sumbangan rencana dan pandangan mengenai Suara Jam’iyah alamatkan kepada:

[email protected]

PengedaranMohd. Nazlie Nong, Mohd. Syukur Norfini,

Nurul Husna Mohamad Ruslan, Nasriah Ahmad, Nur Baity S. Nor

Langganan percuma alamatkan kepada: E-mel: [email protected]

www.jamiyah.org.my

Catatan Seminar Islamofobia mengenai masalah Palestin Oleh Haji Isemaail Basri (YDP Jam’iyah)

OIC DIGESA LEBIH SERIUS

MENANGANI ISU PALESTIN

Satu seminar sehari telah ber-langsung di Dewan Syarahan Utama, Masjid Negara, Kuala

Lumpur pada 13 Ramadhan 1436 ber samaan 30 Jun 2015. Seminar yang dihadiri oleh kira-kira 300 orang pe serta itu adalah anjuran bersama JAMI’YAH dan JAWI. Ia bertujuan untuk mem beri pendedahan menge-nai isu Palestin dan lain-lain wilayah minoriti Islam dan telah dirasmikan oleh Y.Bhg Tuan Haji Paimuzi Yahya, Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Perse kutuan (JAWI).

Isu Palestin merupakan yang ter -awal diikuti dengan beberapa isu me -ngenai penindasan dan kezaliman baru yang berlaku di Myanmar, Thailand, Filipina dan tempat-tempat lain.

Mengenai Palestin, seminar me-nyingkap peranan beberapa agensi, pertubuhan sukarela dan kerajaan dalam membantu merungkai dan menye lesaikan konflik yang berlarutan lebih 60 tahun.

Antara pembentang dan pem-bicara dalam seminar tersebut adalah Y.Bhg Dr. Mohd Fawzi Zakaria dari Universiti Malaya, Tuan Hj. Jamaluddin Elias dari Yayasan Amal Malaysia dan Dr. Raihanah Abdullah, Pesuruhjaya Suruhan jaya Hak Asasi Tetap dan Bebas (IPHRC), OIC.

Sementara ahli penal foram adalah Prof. Madya Dr. Mohd Roslan Mohd Nor dari Universiti Malaya dan Prof. Dr. Kamaruzzaman Yusoff dari Universiti Teknologi Malaysia.

YDP JAM’IYAH Tuan Haji Isemaail Basri sedang berucap di majlis berkenaan.

jamiyah 57.indd 4 8/7/2015 9:55:12 AM

SUARA JAM’IYAH 5 No.57 • 2015/1436H

Hj Isemaail Basri, Yang Dipertua Jam’iyah dalam ucapan aluannya ber-harap isu Palestin ini menjadi faktor penyatuan umat Islam tempatan bah kan secara global. Ia menjadi isu dan perjuangan bersama yang perlu diselaras kan.

Hj. Paimuzi Yahya, Pengarah JAWI mengucapkan tahniah atas anjuran bersama program ini dan berharap kerjasama ini akan diteruskan di masa depan. JAWI sentiasa prihatin atas isu yang dihadapi oleh umat Islam sama ada dalam negara dan luar negara. Umat Islam mesti bersatu bagi men-capai kemajuan dan keadilan yang di harapkan.

Seminar menyingkap sejarah pe-nubuhan negara Israel pada 15hb Mei 1948 sebagai satu percaturan kumpu-lan Yahudi Eropah yang mendakwa Palestin adalah bumi yang dijanjikan Tuhan dalam kitab lama mereka. Ini adalah peranan yang dimainkan oleh Britain selaras dengan Deklarasi Belfour pada tahun 1917. Setelah 31 tahun deklarasi itu berlalu maka negara Israel ditubuhkan secara kekerasaan dan paksaan atas linangan air mata dan limpahan darah umat Arab yang merupakan penduduk asal Palestin.

Kerajaan Turki Uthmaniah di bawah Sultan Abdul Hamid II mem bantah penubuhan negara ini, namun baginda tidak mampu meng halang nya. Inilah kejayaan awal pelobi zionis Dr. C. Wheizmann yang berpusat di England. Pihak ulamak Yahudi yang tinggal di Palestin menolak anjuran penubuhan negara Israel kerana mereka berpanda-ngan negara yang dijanjikan itu hanya dapat dilaksanakan apabila al-Masih turun nanti.

Negara Israel didirikan dengan sokongan kaum hartawan Yahudi seperti Rothschild (bermakna perisai merah) yang kononnya akan melindu-ngi mereka dalam peperangan dengan orang Islam di akhir zaman nanti. Golongan hartawan yang tinggal di merata tempat termasuk di Mesir telah membeli tanah di Palestin sebagai persiapan mendirikan negara tersebut.

Oleh kerana negara itu didirikan secara kekerasan dengan merampas tanah penduduk Arab Palestin, maka mereka terpaksa mengggunakan

kekerasan dan sokongan kuasa besar British, Amerika, Peranchis dan German dan hartawan-hartawan Yahudi seluruh dunia untuk mem pertahankannya melalui kekerasan juga.

Selepas wujudnya kerajaan haram Yahudi, kini kita menyaksikan siri ke ke jaman dan penindasan serta peng hinaan oleh kerajaan Israel dan ketua negara ini terhadap kemuliaan Masjidil Aqsa, tempat peribadatan umat Islam. Ini telah menimbulkan bantahan kuat dan intifadhah di kala ngan penduduk Palestin.

Kerakusan kumpulan Yahudi itu telah mendirikan tembok pemisah yang tinggi atas sebab keselamatan dan meraka meneruskan projek galian terowong bawah tanah yang kini telah melebihi 250 meter (dalam jangka-an kira-kira 400 meter) di kawasan masjid dengan tujuan satu masa nanti masjid ini akan roboh dan memberi peluang mereka

> Penduduk asal dihalau dan tanah mereka dirampas;> Yahudi menempatkan kawalan tentera bagi menjaga kawasan yang dirampas;> Amal ibadah dalam Masjidil Aqsa (di kalangan penduduk tempatan) disekat;> Terowong bawah tanah dibina dengan harapan Masjidil Aqsa akan runtuh.

Tuan Haji Shaari Ahmad Junid dengan penuh minat mendengar seorang peserta yang sedang mengutarakan pertanyaan.

Salah seorang peserta wanita turut melontarkan pertanyaan.

jamiyah 57.indd 5 8/7/2015 9:55:16 AM

SUARA JAM’IYAH 6 No.57 • 2015/1436H

mendirikan Haikal Sulaiman sebagai rumah ibadat mereka.

Bumi Palestin menjadi rebutan beberapa pihak. Pertama, orang-orang Arab yang merupakan penduduk asal yang ingin mempertahankan kam pung halaman mereka. Kedua, penganut Kristian yang ingin menguasai tanah tersebut dengan mendakwa itu adalah tanah yang dijanjikan Tuhan untuk mereka.

Penduduk asal Palestin di aniaya, dihalau dari penempatan me reka secara kejam dan keke rasan termasuk menggunakan kekuasaan tentera. Akibatnya lebih 6 juta penduduk asal Palestin terpaksa berhijrah ke merata negara dunia; sementara orang Yahudi yang dibawa masuk dari luar dan penduduk Yahudi yang sedia di Israel juga berjumlah hampir 6 juta orang.

Sesungguhnya perjuangan mem-bebaskan Palestin bukan sekadar dua daerah iaitu Jurusalem dan Semenan-jung Gaza sahaja (yang dirampas dan diduduki serta dikawal oleh tentera Israel) bahkan seluruh bumi Palestin perlu dibebaskan dan di kembalikan.

Percubaan perdamaian dan pe nye-le saian yang diusahakan oleh ber-bagai pihak termasuk United Nation telah gagal. Pertubuhan berpengaruh HAMAS, Hizbullah dan lainnya mene-

tap kan syarat bahawa penduduk asal mesti dibenarkan kem bali ke tanah milik asal mereka yang dirampas. Maka per juangan Palestin menempuh tiga sudut; perjuangan agama untuk mengembalikan tanah Quds dan Masjid Aqsa di Baitul Maqdis, per-juangan bangsa Arab yang ditindas dan perjuangan kemanusiaan membela keadilan sejagat.

Umat Islam tentunya menjadikan perjuangan ini satu perjuangan agama yang suci kerana ia adalah kiblat pertama, tempat berangkatnya Nabi Muhammad S.A.W. dalam peristiwa Israk dan Mikraj di mana baginda menerima perintah solat lima waktu. Lantaran itu mereka yang bersolat di

6 juta penduduk asal (Arab)

menjadi pelarian ke seluruh dunia;

6 juta Yahudi sedang menduduki

Semenanjung Gaza dan

Jerusalem.

Masjid Aqsa mendapat fadhilat 500 berbanding bersolat di masjid lain.

Umat Islam seluruh dunia perlu mempunyai kesedaran dan berusaha melalui berbagai saluran untuk men-jayakan misi Palestin. Saluran politik antarabangsa dengan memberi teka nan kepada kuasa besar dan United Nation supaya melaksanakan deklarasi dan usul yang diluluskan. Perjua ngan membebaskan Palestin perlu di teruskan melalui misi bantuan kemanusia an sama ada jalan darat, laut dan udara. Setakat ini Turki dan Malaysia menunjukkan kesungguhan menyampaikan bantuan ke manusiaan ini melalui bantuan per ubatan, makanan, bahan binaan dan lain-lain.

Para pembicara telah mengemuka-kan berbagai saranan untuk me maju-kan perjuangan Palestin ini. Inisiatif perlu diambil bagi menyelaras kan pelan tindakan dalam urusan ini dari segi kempen penyampaian maklumat, dana dan lain-lain bentuk bantuan, khasnya bantuan kemanusiaan, kempen baikot barangan Israel dan lain lain inisiatif. Pihak negara OIC hendaklah mengambil inisiatif di peringkat antara bangsa de-ngan lebih bermakna lagi.

Dilaporkan [email protected]

Barisan pemimpin organisasi yang menganjurkan seminar berkenaan, dari kiri: Tuan Hj. Yusof Mamat (Ketua Penolong Pengarah Kanan Bhg. Dakwah, JAWI), Tuan Hj. Paimuzi Hj. Yahya (Pengarah JAWI), Tuan Hj. Isemaail Basri (YDP Jam’iyah), Tuan Hj. Yaakub Abdul Rahim (Tim. Pengarah Operasi, JAWI), Tuan Hj. Milatusamsi Hj. Hassan (Setiausaha Agung Jam’iyah), Tuan Hj. Mohd. Zaidi Ramli (Ketua Pen. Pengarah JAWI) dan Tuan Hj.Marzuki Mohd. Noor (Pen. Pengarah Bhg. Dakwah, JAWI).

jamiyah 57.indd 6 8/7/2015 9:55:18 AM

SUARA JAM’IYAH 7 No.57 • 2015/1436H

Kesalahan Mentafsirkan Ayat-Ayat al-Quran

Rencana oleh Pejabat Mufti Selangor(Sambungan dari Bil. 56)

FOTO HIASAN: Tuan guru Syeikh Dr. Ismail Kassim, seorang guru tarikat dari Malaysia sedang menyampaikan tausiyah mengenai ‘zikir nafas’ di sebuah pesantren di Indonesia.

Ada kalangan guru tariqat mentafsirkan ayat-ayat al-Quran mengikut fikiran dan fahamannya

sahaja dengan tidak berpandukan kepada kitab-kitab tafsir yang muktabar di sisi Ahli Sunnah Wal Jamaah. Antaranya seperti ayat 35 dalam surah an-Nur yang diertikan seperti berikut:

“Nur Allah berdampingan dengan nur Muhammad, itulah diberikannya kepada manusia yang dikehendaki.”

Ulasan:Mengikut erti yang sebenar yang

terdapat dalam kitab-kitab tafsir yang muktabar apa yang dimaksudkan dengan Nur ‘Ala Nur (Cahaya berlapis

Cahaya) ialah Allah memimpin sesiapa yang dikehendaki-Nya (mengikut undang-undang dan peraturan-Nya) kepada Nur Hidayah.

Untuk mengetahui lebih jelas maksud ayat Nur ‘Ala Nur ini hendaklah dilihat kepada permulaan ayat ter-sebut, kerana maksud yang asal dalam ayat tersebut ialah: “Allah mem-ban ding kan cahaya petunjuk Allah mengenai hati orang-orang yang ber iman adalah diibaratkan sebagai sebuah lampu yang terang benderang yang ter letak di dalam sebuah tempat kurungan nya, tambahan pula lampu itu berada di dalam sebuah kandil (bekas cahaya); dan kerana jernihnya cahaya tersebut men jadikan cahaya lampu itu bergemer lapan laksana bintang-bintang di langit yang bersinar cemerlang; lebih-lebih lagi (punca) minyak lampu

itu dari pokok yang banyak khasiatnya iaitu pokok zaitun yang menyebabkan minyak nya jernih (bersinar-sinar yang men jadikan cahaya lampu cerah ber ganda-ganda).” – Tafsir Pimpinan al-Rahman.

Di dalam Tafsir al-Qurtubi, Jilid 7, hlm. 4651 ayat Nur ‘Ala Nur diertikan cahaya yang dihimpunkan dari lampu yang keluar dari glob kaca, di mana sinar yang keluar itu berlapis-lapis (bersinar-sinar). Ini sebagai perbandingan Allah di atas petunjuk dan hidayah-Nya kepada manusia; iaitu daripada dalil yang terang kepada suatu peringatan yang nyata, seperti diutuskan rasul-rasul dan diturunkan kitab-kitab dan kemudian diberi pula beberapa peringatan di dalam kitab-kitab tersebut yang semuanya itu untuk mereka yang suka mengambil iktibar.

jamiyah 57.indd 7 8/7/2015 9:55:20 AM

SUARA JAM’IYAH 8 No.57 • 2015/1436H

Kemudian Allah S.W.T. menyebutkan nur hidayah itu diberikan kepada se siapa yang dikehendaki dan orang itu lah yang beroleh kebahagiaan. Per-ban dingan ini adalah sebagai contoh kepada hamba-hamba-Nya yang suka me ngambil iktibar dan ingin mendapat hidayah dan beroleh keimanan sejati.

Itulah dia cahaya hidayah Allah kepada hati orang mukmin sebagai-mana yang dijelaskan oleh Allah S.W.T. dalam surah Az-Zumar ayat 22 yang mafhumnya:

“Jika demikian adakah orang yang dilapangkan Allah dadanya untuk menerima Islam, lalu ia tetap berada dalam cahaya (hidayah petunjuk) dari Tuhannya, (sama seperti orang yang tertutup mata hatinya dengan selaput kederhakaan)? Maka kecelakaan besarlah bagi orang-orang yang keras membatu hatinya daripada menerima peringatan yang diberikan oleh Allah, maka yang demikian keadaannya adalah kesesatan yang nyata.”

(Tafsir al-Qurtubi, Jilid 7, hlm. 4651)Mengikut pendapat Ibnu Abbas

dalam Tafsir Mukhtasar Ibnu Kathir, Jilid 2, hlm. 606 maksud ayat Nur ‘Ala Nur ialah: “Iman seseorang hamba Allah berdasarkan amalannya.”

Ubay Ibnu Ka’ab pula berkata: “Orang mukmin itu tergantung di atas-nya lima perkara; iaitu per cakapan nya nur, amalannya nur, masuknya nur dan keluarnya nur (segala tindak tanduk adalah nur) dan kehidupan juga nur sehingga kepada hari akhirat iaitu ke syurga. Demikian juga dibandingkan dengan Nur al-Quran dan nur keimanan yang telah berhimpun di dalam diri seseorang hamba Allah.

(Lihat Tafsir Mukhtasar, Ibnu Kathir Jilid 2, hlm. 606)

Muhammad Hijazi di dalam kitab Tafsir al-Wadud, jilid 18, hlm.1285 menjelaskan yang dimaksudkan dengan nur itu bukanlah cahaya zahir, akan tetapi maksud Nur Allah ialah Nur Hidayah bagi tiap-tiap zarah di muka bumi ini. Ia adalah bersalahan dengan cahaya yang terdapat pada api letrik atau cahaya sinar matahari kerana Nur Allah berlainan daripada cahaya zahir.

Berdasarkan kepada kitab-kitab tafsir yang muktabar sebagaimana

yang disebut di atas nyatalah bahawa pendapat yang menyatakan Nur ‘Ala Nur yang diertikan “Nur Ilahi ber-depan dengan Nur Muhammad” dan sebagainya satu faktor wasilah yang mem punyai “frequensi tidak terhingga” adalah pentafsiran yang diada-adakan dan menyeleweng dari pegangan umum para ulama muktabar.

“AMALAN ZIKIR MENGGAGALKAN QIAMAT”

Ada guru tariqat membuat pe-ngaku an bahawa melalui amalan zikrullah dapat menggagalkan kedata-ngan hari Qiamat dengan katanya: “Tidak akan datang Qiamat, kecuali kalau tidak ada lagi orang membaca Allah, Allah, Allah.”

ULASAN:Guru tariqat ini menegaskan ba-

ha wa dengan pelaksanaan zikrullah melalui tariqatnya dengan menyebut kalimah “Allah, Allah” akan menghasil-kan sesuatu yang lebih hebat dan lebih dahsyat daripada tenaga atom nuklear. Lebih tegas lagi katanya dengan tenaga yang keluar dari pengalaman dengan kalimah Allah serta dengan method tariqatnya mampu membendung ber lakunya Qiamat bagi alam ini. Ini me nurutnya berdasarkan sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Imam Muslim yang mafhumnya: “Tidak akan datang Qiamat kecuali kalau tidak ada lagi orang yang membaca Allah, Allah.”

Jika benarlah mereka berpendapat bahawa dengan mengamalkan zikirullah melalui tariqatnya dapat meng gagalkan kedatangan Qiamat, maka amat jelas fahaman dan keper-cayaan ini bertentangan dengan ajaran Islam yang sebenar. Ini kerana tidak ada satu kuasa pun yang boleh mengatasi kuasa Allah dalam apa-apa perkara sekalipun jika Allah menghendaki; dan tidak ada sesuatu alat yang boleh digunakan bagi menggagalkan Qiamat jika Allah menghendaki-Nya sekalipun dengan menyebut nama Allah; kerana Qiamat itu akan berlaku hanya apabila Allah menghendaki-Nya. Surah al-Insan ayat 30 yang mafhumnya:

“Dan tidaklah kamu berkemampuan (melakukan sesuatu perkara) melainkan dengan cara yang dikehendaki Allah, sesungguhnya Allah adalah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana.”

Sebenarnya menyebut kalimah Allah melalui zikir Allah selalunya sebagai ucapan dan doa sahaja, dan tidak terdapat kepastian yang menyata kan bahawa kalimah itu boleh memberi kesan-kesan tertentu, kerana kegunaannya bukan suatu proses saintifik atau dengan lain perkataan perkara tersebut bukan tergolong dalam sunnatullah.

Perkara-perkara yang pasti berlaku hanyalah ke atas perkara-perkara yang telah ditetapkan mengikut sunnatullah; umpamanya api boleh membakar. Ini tergolong dalam istilah proses saintifik.

FOTO HIASAN: Orang ramai sedang mendengar tausiyah oleh Dr. Ismail Kassim mengenai ‘zikir nafas’.

jamiyah 57.indd 8 8/7/2015 9:55:21 AM