bil. 62 2017 / 1438h persekutuan seruan islam … file1 bil. 62 2017 / 1438h persekutuan seruan...

15
1 PERCUMA Bil. 62 2017 / 1438H PERSEKUTUAN SERUAN ISLAM SELANGOR & WILAYAH PERSEKUTUAN (JAM’IYAH) Lihat halaman 2 Keajaiban Kaabah “Penyatuan jiwa laksana tentera di medan perang; yang kenal mengenali- nya akan bekerjasama (berjuang) dan yang bertentangan akan berlawanan (selamanya).” – Riwayat Muslim dari Abu Hurairah. D akwah di kalangan orang buta ada disebutkan di dalam al-Quran; tetapi dakwah di kalangan orang- orang cacat pendengaran atau bisu, khususnya di zaman Nabi dak disebutkan dalam manamana kitab. Hari ini keka usaha dakwah sedang pesat tersebar ke seluruh alam dengan bantuan teknologi maklumat, para pendakwah mulai menyedari adanya golongan yang terpinggir dalam gerakan iman dan taqwa, iaitu masyarakat OKU yang cacat pendengaran. Walau pun mereka boleh membaca namun mereka memerlukan program pengukuhan sebagaimana manusia normal perlu mengiku kelaskelas bimbingan, ceramah dan tazkirah kerana mereka juga tergolong sebagai mukalaf. Demikian kerungsingan Yang Dipertua Persekutuan Seruan Islam Selangor dan Wilayah Persekutuan (JAM’IYAH), Ustaz Haji Zakariah Isa dalam tazkirah pendek bersama wakil Suara Jam’iyah sebelum memulakan mesyuarat AJK kali ke-11 sesi 2015 – 2017. Katanya, orang yang cacat pendengaran biasanya bisu Dakwah Orang Bisu dan Trend Dakwahtainment Sila lihat halaman dan mereka melihat dunia seper melihat wayang yang dak ada suara. Mereka dak pernah mendengar seruan azan, dan dak pernah mendengar nama-nama Allah; malahan ada yang dak pernah mendengar sebutan sebenar namanya sendiri. Mereka suka mengasingkan diri dari masyarakat normal dan hanya bergaul sesama mereka di kalangan OKU yang sama sahaja. Tabiat itu mungkin kesan dari didikan awal keluarga yang sejak kecil menyembunyikan masalah Bersambung ke m.s. 2 Sebahagian dari AJK Agung JAM’IYAH (2015 - 2017) dalam mesyuarat AJK Agung kali ke-11 yang dipengerusikan oleh YDP Ustaz Hj. Zakariah Isa (tengah). SJ_62 Khamis.indd 1 22-Jun-17 1:16:40 PM

Upload: vudiep

Post on 12-Aug-2019

253 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: Bil. 62 2017 / 1438H PERSEKUTUAN SERUAN ISLAM … file1 Bil. 62 2017 / 1438H PERSEKUTUAN SERUAN ISLAM SELANGOR & WILAYAH PERSEKUTUAN (JAM’IYAH) PERCUMA Keajaiban Lihat halaman 2

1

PERCUMABil. 62 2017 / 1438H PERSEKUTUAN SERUAN ISLAM SELANGOR & WILAYAH PERSEKUTUAN (JAM’IYAH)

Lihat halaman 2Keajaiban Kaabah

“Penyatuan jiwa laksana tentera di medan perang; yang kenal mengenali-nya akan bekerjasama (berjuang) dan yang bertentangan akan berlawanan (selamanya).” – Riwayat Muslim dari Abu Hurairah.

Dakwah di kalangan orang buta ada disebutkan di dalam al­Quran; tetapi dakwah di kalangan orang­orang cacat pendengaran atau bisu, khususnya di zaman Nabi tidak disebutkan dalam mana­mana

kitab.Hari ini ketika usaha dakwah sedang pesat tersebar

ke seluruh alam dengan bantuan teknologi maklumat, para pendakwah mulai menyedari adanya golongan yang terpinggir dalam gerakan iman dan taqwa, iaitu masyarakat OKU yang cacat pendengaran.

Walau pun mereka boleh membaca namun mereka memerlukan program pengukuhan sebagaimana manusia normal perlu mengikuti kelas­kelas bimbingan, ceramah dan tazkirah kerana mereka juga tergolong sebagai mukalaf.

Demikian kerungsingan Yang Dipertua Persekutuan Seruan Islam Selangor dan Wilayah Persekutuan (JAM’IYAH), Ustaz Haji Zakariah Isa dalam tazkirah pendek bersama wakil Suara Jam’iyah sebelum memulakan mesyuarat AJK kali ke­11 sesi 2015 – 2017.

Katanya, orang yang cacat pendengaran biasanya bisu

Dakwah Orang Bisu dan Trend

Dakwahtainment

Sila lihat halaman

dan mereka melihat dunia seperti melihat wayang yang tidak ada suara. Mereka tidak pernah mendengar seruan azan, dan tidak pernah mendengar nama­nama Allah; malahan ada yang tidak pernah mendengar sebutan sebenar namanya sendiri.

Mereka suka mengasingkan diri dari masyarakat normal dan hanya bergaul sesama mereka di kalangan OKU yang sama sahaja. Tabiat itu mungkin kesan dari didikan awal keluarga yang sejak kecil menyembunyikan masalah

Bersambung ke m.s. 2Sebahagian dari AJK Agung JAM’IYAH (2015 - 2017) dalam mesyuarat AJK Agung kali ke-11 yang dipengerusikan oleh YDP Ustaz Hj. Zakariah Isa (tengah).

SJ_62 Khamis.indd 1 22-Jun-17 1:16:40 PM

Page 2: Bil. 62 2017 / 1438H PERSEKUTUAN SERUAN ISLAM … file1 Bil. 62 2017 / 1438H PERSEKUTUAN SERUAN ISLAM SELANGOR & WILAYAH PERSEKUTUAN (JAM’IYAH) PERCUMA Keajaiban Lihat halaman 2

SUARA JAM’IYAH No.62 • 2017/1438H2

Dari muka 1AHLI-AHLI JAWATANKUASA AGUNG

JAM’IYAH SESI 2015–2017

PenaungYAB Dato’ Mohamed Azmin Ali

(Menteri Besar Selangor)

Yang DipertuaSS Tuan Haji Zakariah Isa

Tim. Yang DipertuaProf. Madya Datuk Hj. Mohamad Ali Hassan

Naib Yang Dipertua IHaji Hishamuddin Tan Sri S.O.K. Ubaidullah

Naib Yang Dipertua IIDr. Ann Wan Seng

Setiausaha AgungHaji Milatusamsi Haji Hassan

Penolong Setiausaha IHaji Abdullah Usman

Penolong Setiausaha IIEn. Mohd Rijal A. Harris

BendahariDr. Mokhtar Abu Bakar

Penolong BendahariHaji Fathil Gzali

Ahli-Ahli Jawatan KuasaDra. Hajjah Hafsah Haji Abd. Rahman,

Haji Ahmad Muhammad, Hajah Norsidah Harun, Umie Zaiton Junoh,

Hajah Rokiah Mohaimidin, Noraini Yahya, Wan Rokiah Wan Din, Sujaidi

Dasuki @ Sabda S., Haji Faizal Amar Miskam Yahya,

Haji Nahrawi Idris, Dato’ Seri Indah Diraja Dato’ Haji Abu

Bakar Haji Abdul Hamid, Dr. Muhammad Faisal Ashaari,

Hajah Qurratul Aien Fatah Yasin, Drs Haji R.S. Sofyan, Haji Tumingan

Marlan, Dr. Mokhtar Abu Bakar,Haji Halhakasah Abdullah

Setiausaha KerjaEncik Nor Izham Ismail

SUARA JAM’IYAH diterbitkan oleh

Persekutuan Seruan Islam Selangor dan Wilayah (JAM’IYAH)

Persekutuan Darul Jam’iyah No. 25, Lot 203, Jalan Rahmat,

off Jalan Ipoh, 50350 Kuala Lumpur.Tel: 03-40441950/1951 Faks: 03-40441952

Pengerusi PenerbitanHaji Milatusamsi Haji Hassan

Sidang RedaksiSujaidi Dasuki @ Sabda S., Abu Bakar Ali,

Tumingan Marlan, Muhammed Syawal Saad, Raudhah Othman

Sumbangan rencana dan pandangan mengenai Suara Jam’iyah alamatkan

kepada: [email protected]

PengedaranMohd. Haiqal Idris, Saidatul Syazana,

Nasriah Ahmad, Nur Baity S. NorLangganan percuma alamatkan kepada:

E-mel: [email protected]

Persekutuan Darul Jam’iyah

anak mereka dari masyarakat persekitaran.

Memandangkan bilangan anggota masyarakat yang cacat pendengaran semakin bertambah, Yang Dipertua JAM’IYAH berharap dapat mengambil daya usaha untuk menangani mereka bagi membimbing melalui bahasa isyarat.

“Walau pun itu bukan keutamaan JAM’IYAH namun sebagai badan dakwah yang tertua kita harus berusaha untuk mendepani masalah ini dan bekerjasama dengan pakar bahasa isyarat yang boleh berdakwah di kalangan mereka.” Ia mungkin mengambil masa, namun kita harus bermula daripada membiarkan mereka tanpa bimbingan.

Ustaz Haji Zakariah Isa yang juga Imam Besar Masjid Wilayah Persekutuan turut menyentuh mengenai program dakwah yang digabungkan dengan berbagai peralatan hiburan. Menurutnya, ia suatu pendekatan baru dakwah dalam masyarakat madani.

Kombinasi berbagai keahlian seperti pemuzik, penari, pelakon dan pelawak; kini semacam tidak boleh disekat lagi. Justeru jika perubahan itu berterusan tidak mustahil suatu hari nanti akan ada penyertaan ahli silap mata yang mengandung

unsur­unsur sihir dalam program yang seumpama itu.

Demikian kebimbangan Yang Dipertua Persekutuan Seruan Islam Selangor dan Wilayah Persekutuan (JAM’IYAH) mengenai trend program dakwah di stesen­stesen televisyen masa kini.

“Dalam program dakwah di media perdana, da’i sepatutnya jadi hero sepanjang persembahan dan bukannya artis... tak gitu?” Tanya beliau kepada wakil Suara Jam’iyah. “Ini kerana da’ie menjadi contoh dan ikutan mad’u dan bukan artis... dengan tidak mengira peringkat usia pendakwah; sebab golongan artis sudah ada segmennya sendiri...”

Jika ianya program pendakwah muda sekali pun, hero bagi sepanjang program itu semestinya pendakwah juga, tekan beliau. “Walau pun dalam hiburan boleh diselitkan dakwah, tetapi dakwah itu sendiri bukannya hiburan...” tegas beliau.

Kombinasi kepelbagaiannya itu tidaklah haram mutlak kerana mereka juga mempunyai penasihat dan pakar rujuk; namun perlu dijaga pergaulan bebas yang hukumnya sudah jelas disebutkan dalam kebanyakan kitab dan hadis.

“Tentang pahala (dalam dakwah yang bercampur hiburan) tetap dicatat selagi ada kebaikan, tetapi jangan sampai dosanya melebihi pahala... tak gitu?”

Sebahagian dari warga cacat penglihatan (lorong kanan ke belakang) yang menerima sumbangan raya dari JAM’IYAH bagi tahun 2016 yang lalu.

SJ_62 Khamis.indd 2 22-Jun-17 1:16:40 PM

Page 3: Bil. 62 2017 / 1438H PERSEKUTUAN SERUAN ISLAM … file1 Bil. 62 2017 / 1438H PERSEKUTUAN SERUAN ISLAM SELANGOR & WILAYAH PERSEKUTUAN (JAM’IYAH) PERCUMA Keajaiban Lihat halaman 2

SUARA JAM’IYAH No.62 • 2017/1438H3

NOTA EDITOR

Menghargai Alumni KIK...A lhamdulillah SUARA JAM’IYAH

(SJ) kini sudah memasuki bila ngan ke­62 dalam usia

JAM’IYAH yang memasuki tahun ke­67 pe nubu hannya.

Ketidak selarian antara bilangan SJ dan usia badan induknya disebab kan penerbitannya yang tidak konsisten ber gantung kepada bajet dan per­untukan yang ada. Namun bagi pihak pen tadbiran mengucapkan jutaan terima kasih di atas sumbangan para penulis dan penyumbang.

Ada teguran yang menyarankan kenapa SUARA JAM’IYAH kurang mem beri promosi setiap aktiviti yang di jalan kan sepanjang bulan. Teguran itu memang wajar namun jika ia terpaksa di laku kan maka halaman yang terhad hanya dipenuhi dengan aktiviti yang sememangnya berjalan sepanjang minggu.

Namun pandangan itu kita ambil positif dengan menyenarai pendek beberapa aktiviti yang dirancang se­panjang tahun dan tidak termasuk yang ad­hoc dari masa ke semasa.

Selain itu kita juga siarkan sebaha­gian dari aktiviti JAM’IYAH dalam ben tuk kaleidoskop sebagaimana yang kami siarkan dalam halaman tengah – sebelum ini.

Hanya sanya – pada halaman tengah keluaran ini kita paparkan gambar­gambar Kaabah masa lalu sempena bulan haji. Insya Allah untuk keluaran akan datang halaman tengah akan kembali seperti dahulu.

Sesungguhnya menghebahkan semua aktiviti yang dijalankan bukanlah keutamaan walaupun ia perlu diketahui oleh para ahli; namun SJ perlu memuatkan lebih banyak rencana semi­ilmiah yang bersifat dakwah dan tarbiah lebih dari warwaran aktiviti semasa.

Kita mengambil sikap untuk lebih banyak memberi daripada promosi sebagaimana yang ter maktub dalam

Perlembagaan JAM’IYAH Fasal 13 Ceraian 10.

Walaupun ilmu pengetahuan dan dakwah boleh diperoleh dengan mudah melalui maya dan syeikh Google; namun bahan ber cetak masih relevan buat rujukan semasa dan keperluan yang men desak.

Justeru untuk memenuhi per­untukan yang terkandung dalam perlembagaan JAM’IYAH kita menyeru ahli­ahli, agar sama­sama memacu dakwah bil­qalam (selain ceramah dan tazkirah) dengan pendekatan yang tidak terlalu akademik kerana pembaca kita terdiri dari kalangan ajam, khawas dan awami yang tidak terlalu terikat dengan disiplin akademik yang terlalu ketat.

Sebagai permulaan kami telah men­dapat respons dari alumni KIK yang telah mengirim nota­nota pendek yang penuh bermakna me lalui emel, Facebook dan grup WhatsApp yang sebahagiannya kami muatkan dalam keluaran ini. Catatan­catatan pendek itu amat sesuai kerana generasi warga emas dikatakan kurang berminat mem­baca maqalah panjang yang berat­berat dan ia sesuai untuk bacaan santai tetapi

mengandungi nilai terapi dan runtunan jiwa.

Walau pun begitu, SUARA JAM’IYAH adalah terbuka kepada semua pe nulis dan ahli akademik yang ingin me nyum­bangkan maqalah dakwah.

Kami ingin mencuit sedikit alumni KIK ini kerana dewasa ini tidak kurang dari 30 orang bekas pelajar KIK yang menganggotai JAM’IYAH dan antaranya terdapat 6 – 7 orang yang aktif dan menduduki AJK pusat.

Antaranya yang masih aktif ialah seperti Ustaz Milatusamsi Hj. Hassan, Ustaz Hj. Isemaail Basri, Dr. Mokhtar Abu Bakar, Ustaz Hj. Tumingan Marlan, Ustaz Afifi Hj. Ahmad, Ustazah Mashitah Hj. Maamor, En. Khalil Ismail dan lain­lain; sementara yang pernah aktif pula terdiri daripada Ustaz Hj. Mohd. Nor Husain, Ustaz Dr. Mohd. Ali Saripan, Ustaz Muhammad Abdul Rahman, Ustaz Hj. Kamaruddin Toha dan lain­lain.

Kita amat menyanjung tinggi sum­bangan mereka semoga Allah me­ngurniakan barokah dan ganjaran yang berlipat ganda serta ber panja ngan.

– Sabda S.

Antara alumni KIK dalam majlis kesyukuran sempena anugerah Tokoh Guru Kebangsaan bagi tahun 2017 Hjh. Khuzaiman Hj. Sulaiman yang juga alumni KIK (duduk kanan).

SJ_62 Khamis.indd 3 22-Jun-17 1:16:41 PM

Page 4: Bil. 62 2017 / 1438H PERSEKUTUAN SERUAN ISLAM … file1 Bil. 62 2017 / 1438H PERSEKUTUAN SERUAN ISLAM SELANGOR & WILAYAH PERSEKUTUAN (JAM’IYAH) PERCUMA Keajaiban Lihat halaman 2

SUARA JAM’IYAH No.62 • 2017/1438H4

DakwahtainmentPilihan Para Da’i Muda

tainment mungkin boleh di sebut se bagai دعوة سياحيه (dakwahliburan – dari kata dasar سياحه) yang kede­ngaran nya lebih manis; dan bukannya yang memberi erti dakwah دعوة مالهىhiburan yang berpotensi boleh mem­buka lebih luas ruang لغى (yang me­lalaikan) yang kini mulai digemari oleh sesetengah pendakwah dengan ber­sandarkan kepada pendekatan بالحكمه bil hikmah (bijaksana) bagi meraih lebih ramai penonton dan peminat.

Walau pun keduanya (libur dan hibur) berpotensi menawan hati pe­nonton kepada mengesakan Allah SWT dan merangsang kepada perkara kebaikan (dakwah) namun di sana ada faktor barakah dan taufik yang membolehkan seruan dakwah yang disampaikan melekat dalam hati pe­nonton secara putus قطىع (tidak lagi melakukan dosa­dosa yang pernah dilakukan sebelumnya); atau rasa keinsafannya hanya timbul sewaktu menonton persembahan.

sang da’i dapat beraksi de ngan per­sembahan yang mantap dan diterima oleh penonton bagi mengelak dari kritikan sembrono pihak media cetak.

Ia boleh ditonton secara langsung atau dirakam pra­tonton terlebih dahulu dan disalin dalam bentuk cakra padat yang kemudiannaya yang boleh dibeli dan diulang tonton berkali­kali.

Mengapa tidak Dakwahiburan?Istilah dakwahtainment meng­

ambil kira tendensi para penerbit di beberapa stesen televisyen masakini yang gemar melibatkan berbagai golongan profesional dalam program dakwah dengan iringan kepelbagaian peralatan muzik moden serta kecen­derungan para pendakwah muda yang gemar menggunakan bahasa Inggeris dari istilah­istilah Arab; walau pun terkadang unsur malahi lebih menonjol dari (hiburan) مالىهtazkirahnya.

Dalam bahasa Arabnya dakwah­

Mukadimah

Dakwahtainment – suatu percubaan mengistilahkan aktiviti dakwah yang digabungkan dengan hiburan

(nyanyian, lelucun dan sebagainya) yang bertujuan untuk meraih lebih ramai khalayak menyertai dan me­nonton sambil menggarap potensi penonton mencerap unsur­unsur dakwah yang disampaikan oleh da’i. Sama ada unsur hiburannya melebihi dari dakwah atau sebaliknya; terserah kepada idea sang da’i serta kesannya seusai persembahan hatta apabila ia diulang tayang berkali­kali.

Aktiviti ini melibatkan berbagai ke ahlian yang bermula dari pemegang polisi, penerbit berserta team per­sembahannya, penggubah lagu, pe ngarah program dan team penata pen tas serta kesan bunyi dan lampu, propmen dan tukang gobo, pereka fesyen dan juru solek bersama kum­pulan pemuzik profesional sebelum

SJ_62 Khamis.indd 4 22-Jun-17 1:16:42 PM

Page 5: Bil. 62 2017 / 1438H PERSEKUTUAN SERUAN ISLAM … file1 Bil. 62 2017 / 1438H PERSEKUTUAN SERUAN ISLAM SELANGOR & WILAYAH PERSEKUTUAN (JAM’IYAH) PERCUMA Keajaiban Lihat halaman 2

SUARA JAM’IYAH No.62 • 2017/1438H5

Dakwah Melalui LaguBerbeza dengan dakwah melalui

lagu (terutamanya nasyid) atau lagu­lagu yang temanya mengarah kepada kebaikan yang bersifat infradi/fardi (individu) di mana penyanyi akan melagukan lagu hasil ciptaan seorang pencipta dan dinyanyikan melalui proses rakaman dengan iringan se­kumpulan pemuzik (yang terhad bilangannya) atau seorang komposer berserta penata bunyi dan team krew studio penerbitan sahaja.

Tegasnya, proses pembikinan dakwah melalui seni lagu (nasyid) dibikin dalam studio tertutup dalam suasana tenang tanpa sebarang jeritan aplus yang hanya dihadiri oleh kumpulan penyanyi, penerbit dan team penerbitan. Hasil dari kerja kombi na si penyanyi, pencipta dan pemuzik akan kekal dalam cakra dan boleh dimainkan bila­bila masa.

Pada sesetengah proses penerbitan dakwah melalui seni peralatan yang bertali dan bertiup diganti dengan keyboard yang mengeluarkan bunyi persis peralatan yang bertali yang hukumnya sudah jelas dalam maqasid syar’ie. Operasi penerbitannya terkawal hanya memerlukan bilangan pemain yang terhad; sedang dalam dakwahtainment setiap peralatan muzik akan dimainkan oleh seorang pemain yang ahli dalam bidangnya, menjadikan satu kombo dan kumpulan pemuzik yang besar, dan setengah persembahan memerlukan suara latar yang tediri dari lelaki dan wanita.

Ertinya dalam proses pembikinan dakwah melalui seni lagu, ia mungkin hanya dilakukan oleh seorang pe­nata bunyi yang memainkan lebih dari empat atau lima bunyi alat muzik dengan dibantu oleh seorang kom­poser; sementara tenaga da lam me lahirkan sesuatu program dakwah­tain ment memerlukan tidak kurang dari seratus orang; yang bermula dari promosi media arus perdana, penaja atau sponsor dan pengiklan.

“Dan ada di antara manusia yang membelanjakan hartanya kepada perkara yang menyesatkan dirinya dan orang ramai dari agama Allah

dengan tidak berdasarkan ilmu, dan setengahnya menjadikan agama Allah sebagai ejekan; merekalah yang akan beroleh azab yang hina.” (Surah Lukman ayat 6)

Antara Syubhah dan KeberkatanDakwahtainment juga boleh di­

rakam dalam bentuk cakra padat dan boleh ditayangkan bila­bila masa; namun ia memerlukan kombinasi tenaga keahlian yang lebih besar dan diper sembahkan dalam suasana massa yang gah dalam suasana berhibur dengan sorak sorai penonton.

Bagi menimbulkan infak yang lebih hebat penerbit akan melibatkan sele­briti yang sebelumnya bergelumang dengan dunia hiburan tegar, yang me mungkinkan pasca program itu me rangsang kepada معاىص (perlakuan maksiat) kerana program sedemikian biasanya berakhir lewat malam.

Kerjasama berbagai pihak ini tidak mengurangkan keberkatan dak wah hanya semata­mata kerana ada nya unsur­unsur syubhah kerana keberka­tan sesuatu pekerjaan hanya Allah SWT yang menentukan; namun yang dikhuatiri “si pengail akan ter terjun ke dalam lubuk lantaran tarikan ikan besar yang memakan pancing yang di mata kailnya terdapat umpan yang sangat menggiurkan”.

Dakwahtainment biasanya akan ditonton oleh ribuan orang lelaki dan wanita bagi menimbulkan sua sana kemeriahan dan sambutan; sedang dakwah melalui seni muzik yang di­rakam dalam studio hanya me libat kan beberapa orang pemain tertentu yang

dibenarkan masuk ke dalam studio penerbitan.

Dakwahtainment biasanya diadakan pada waktu malam bagi memberi pe­luang lebih ramai pononton me nyertai program selepas waktu be kerja; semen tara masa penerbitan dak wah melalui seni tidak mengira waktu.

Gabungan dakwahtainment mem­perlihatkan sang pendakwah dengan rela mematuhi kehendak ahli lagha dan golongan peniaga dalam satu wadah malahi (hiburan) walau pun amaran menjauhinya ada disebutkan dalam al­Quran. Pada zahirnya seperti menyekutukan Lafzul Jalalah diadun bersama anasir lagha; namun ia jauh dari syirik kerana masing­masing me­ngandungi niat untuk ber dakwah selagi prosesnya men jaga ba tas syarak yang amat ketat maqasid nya.

MujahadahSecara umumnya tidak ada mujaha­

dah (bersusah payah dalam kerja dakwahtainment) bagi meng hasilkan kedua program dakwah me lalui seni dan dakwahtainment kerana sambutan dan sanjungan pe minat akan menjadi dorongan buat mereka dari kepenatan; lebih­lebih lagi pujian dan sanjungan para peminat me rupa­kan nilai tambah yang melebihi dari bayaran.

Mujahadah yang mereka hadapi ialah dari segi latihan dan memantap­kan suara untuk persembahan, pe­nyesuaian dalam hubungan interaksi dengan team persembahan dan tawar­menawar dalam menetapkan rate dan pembayaran. Terdapat juga penghibur yang terkadang tidak me­nerima bayaran yang dijanjikan oleh penganjur, namun penghibur masih boleh menikmati nilai tambah dari para peminat yang memuji persemba­han yang berpotensi untuk mem per­oleh jemputan dan undangan lain.

Kesannya kepada Pendakwah Melihat kepada persembahan

dakwahtainment yang semakin di minati oleh para penerbit, para pen dakwah juga merancang modul dak wah yang lebih ceria bagi meng­

Pada zahirnya seperti menyekutukan Lafzul

Jalalah diadun bersama anasir lagha; namun

ia jauh dari syirik kerana masing-masing

mengandungi niat untuk ber dakwah selagi

prosesnya men jaga ba tas syarak yang amat ketat

maqasid nya.

SJ_62 Khamis.indd 5 22-Jun-17 1:16:42 PM

Page 6: Bil. 62 2017 / 1438H PERSEKUTUAN SERUAN ISLAM … file1 Bil. 62 2017 / 1438H PERSEKUTUAN SERUAN ISLAM SELANGOR & WILAYAH PERSEKUTUAN (JAM’IYAH) PERCUMA Keajaiban Lihat halaman 2

SUARA JAM’IYAH No.62 • 2017/1438H6

ambil hati penerbit dengan menyelit kan berbagai unsur hiburan seperti keratan nyanyian, lelucun dan sindiran supaya program nya lebih diminati dengan ber­sandarkan kepada ‘hikmah’ bagi meraih lebih ramai penonton.

Kesan dari trend itu memungkinkan hanya pendakwah yang mampu berbuat demikian lebih digemari oleh penerbit. Selanjutnya tidak kurang juga pendakwah yang membawa masuk team pemuzik bagi memenuhi naluri penerbit bagi me mungkinkan programnya bertahan lebih lama.

“Tinggallah orang-orang yang menjadikan agama sebagai mainan dan senda gurau dan mereka telah di tipu oleh kehidupan dunia.” (Surah al­An’am ayat 70)

KesimpulanBenar bahawa penghibur tegar pun

boleh memperoleh hidayah (melalui hidayatul Nur) sebagaiman yang terjadi kepada Yusuf Islam, Nepolean atau Mutah Wassin Shabazz, Frank Riberry, Richard Thompson, Dante Terrell Smith atau Mos Def dan lain­lain, namun ia lebih merupakan agenda Allah yang termaktub dalam ‘loh mahfuz’ bagi membuka hati para peminatnya yang tegar agar terdorong turut bersyahadah; sedang mukmin yang memperoleh hidayah nasabi (hidayah keturunan ibu bapa) mempunyai tanggungjawab dakwah secara murni walaupun ada saranan ‘hikmah dan bijaksana’ namun di sana juga ada batas yang memisahkan antara maasyi dan malahi (antara batas syar’ie dan maksiat serta kelalaian) yang berupaya menewaskan manusia beriman ke lembah kehinaan di sisi Allah walau mendapat pujian di sisi manusia.

Pelakon, penyanyi dan pekerja lagha biasanya Allah pinjam sementara peranannya seketika untuk kemudian diberi hidayah dan kembali kepada fitrah; sedang pendakwah yang pada mulanya ‘berhikmah’ akan merasa seronok dengan kehidupan glamor hingga ada yang hanyut bersama pemikiran liberal yang meng anggap agama itu mudah dan tidak perlu dipersusah. – Sabda S.

Orang bisu biasanya cacat pendengaran atau pekak. Perlukah mereka di­

dakwah? Ada kala ngan ibu bapa yang meng anggap anak yang se demi kian tidak perlu kepada runtu nan iman dan tarbiah agama Islam ke rana mereka telah dijamin syurga. Benarkah begitu?

Dengan anggapan sedemikian mereka membiarkan anak­anak membesar tanpa didikan khusus mengenai agama; walaupun mereka diberi pelajaran ke dunia­an termasuk pengkhususan dan pembinaan kerjaya.

Isolasi dan pengkhususan dalam institusi khas bagi anak­anak pekak dan bisu juga men­jadikan mereka hanya berkawan dengan warga yang senasib dan sete rusnya menyisih daripada masyarakat umum sehingga sukar untuk didorong kepada agama.

Biasanya ibu bapa yang me­nyedari anaknya meng alami cacat pendengaran tidak bersedia men­dedah kan nya di khalayak dan di masa yang sama akan menuruti segala kehendak anaknya dengan hanya ‘mengurung’ di dalam rumah sehingga anak berkenaan dewasa dan bergerak bebas de­ngan sendiri.

Kebanyakan mereka dimanja­kan sejak kecil tetapi terasing

dari rakan­rakan sebaya kerana bim bang diejek atau diperli. Ada antara keluarga yang merasa malu mempunyai anak bisu; justeru apa bila anak itu meningkat dewasa dan dapat bergerak bebas mereka akan berkawan dengan rakan yang sama­sama kurang upaya. Waktu itu mereka agak sukar ditarbiah kerana faktor usia, kecuali yang mendapat didikan sejak dari kecil walaupun secara tidak formal.

Sejak kecil mereka suka mem­berontak jika ke mahuannya tidak dipenuhi, terutama jika ke hen­dak mereka tidak dipenuhi de­ngan segera disebabkan faktor komuni kasi. Jurang kefahaman ini menjadikan mereka menganggap orang­orang sempurna selalu mem permain­mainkan mereka; menyebabkan apabila mereka de­wasa hanya bergaul sesama mereka yang kurang upaya. Mereka mudah mesra dengan yang sama­sama pekak.

Keterbiasaan dan pengasingan itu juga berpotensi membentuk jiwa negatif dan seterusnya me­nimbulkan rasa prejudis (pihak OKU) dan meng anggap orang­orang sem purna suka membuli, suka mem­permain­mainkan dan seterus nya menganggap orang sempurna suka menipu.

Oleh Aimi Zulfitri Abdul Rashid

DAKWAH DI KALANGAN

ORANG-ORANG PEKAK

SJ_62 Khamis.indd 6 22-Jun-17 1:16:42 PM

Page 7: Bil. 62 2017 / 1438H PERSEKUTUAN SERUAN ISLAM … file1 Bil. 62 2017 / 1438H PERSEKUTUAN SERUAN ISLAM SELANGOR & WILAYAH PERSEKUTUAN (JAM’IYAH) PERCUMA Keajaiban Lihat halaman 2

SUARA JAM’IYAH No.62 • 2017/1438H7

MUSIBAH 26: UNTUK DIFIKIRKAN...Tsunami di Aceh 26­12­2004 Gempa di Bohemia 26­11­1902 Gempa di Jogja 26­05­2006Gempa di Tasik Jawa Barat 26­06­2010Gunung Merapi meletus 26­10­2010Jambatan Tenggarong Samarinda, Indonesia runtuh 26­09­2013Taufan Haiynan di Filipina terjadi pada 26 Okt setelah sebuah masjid dirobohkan untuk dijadikan shopping mall.

Mengapakah semua terjadi pada tanggal 26? Apakah semuanya suatu kebetulan? Sila kaji al­Quran Juz ke­26 pada ayat yang bermaksud: “Sedikit waktu lagi Aku akan goncangkan langit dan bumi, laut dan darat.”

Biar mereka semua tahu bahawa kemurkaan Allah adalah benar! Ketahuilah bahawa kita hidup di dunia (dalam perkiraan akhirat) rata­rata hanya 1.5 jam jika meng ambilkira bahawa satu hari bersamaan 1000 tahun di akhirat.

Justeru renung­renungkanlah perkiraan berikut:

1 hari di akhirat = 1000 tahun dunia 24 jam akhirat = 1000 tahun dunia 3 jam akhirat = 125 tahun dunia 1.5 jam akhirat = 62.5 tahun dunia

Allah berfirman yang maksudnya: “Kamu tidak tinggal (di dunia) melainkan sedikit masa saja, kalau kamu dahulu mengetahui hal ini (tentulah kamu bersiap sedia).”Ingatlah bahawa satu (1) waktu kita tinggalkan solat balasannya 8,000 tahun seksaan neraka. Jika kita tinggalkan sehari (5 waktu) maka balasan seksanya 5 x 8,000 = 40,000 tahun! Muhasabahlah wahai sahabat­sahabatku!

Kiriman: Abdul Rani Abdul Kadir, Kota Bharu, Kelantan (Alumni KIK)

Bagaimana Orang Pekak Melihat Dunia

Mereka melihat segala pergerakan dunia seperti kita melihat televisyen tanpa suara; bezanya dengan manusia sempura melihat (walau tanpa suara) boleh berfikir, tetapi bagi mereka tidak sedemikian.

Tabiat orang sempurna yang suka mentertawakan menjadikan mereka menganggap orang sempurna tidak serius dan suka menipu. Salah tanggap ini menjadikan mereka suka menyisih dari masyarakat dan mereka juga hanya berminat dan berkahwin dengan pasangan yang sama bisu dan pekak.

Alam GhaibMasalah utama mereka ialah

mereka tidak percaya kepada alam ghaib; kerana mereka tidak pernah mendengar nama Allah. Mereka juga tidak pernah mendengar namanya dalam bentuk bunyi. Sesetengahnya ada kotak suara, tetapi tidak pernah mendengar suara maka mereka tidak tahu bagaimana untuk menuturkan sesuatu perkataan.

Dalam pendidikan agama pula, bagi orang­orang pekak dan bisu ialah masalah penambahan dalam bahasa. Bahasa isyarat mereka tidak ada pe­nambahan seperti me, meng, ber, kan dan sebagainya. Justeru kita sukar untuk menekankan istilah ketuhanan, ketaqwaan, keimanan dan sebagainya.

Orang yang pekak dan bisu mudah jemu dan bosan kerana tidak ada selingan hiburan dalam pendidikan. Mereka menganggap pengajaran yang diulang­ulang sebagai menyusahkan.

Sikap mudah jemu serta sikap suka mengasingkan diri dari masyarakat umum boleh mencetuskan masalah dalam masyarakat kerana mereka juga mempunyai nafsu seperti manusia sempurna.

DiskriminasiJika mereka diberi peluang bekerja,

biasanya mereka mendapat gaji yang kurang dari orang normal kerana majikan menganggap mereka sukar di beri arahan. Jika terdapat bantahan

dan komplen; pihak penggaji akan ber­kata: “Kami bagi peluang kerja pun dah bagus…”

Kasih SayangSetelah beberapa lama mendekati

OKU pekak dan bisu, mereka suka kepada agama. Mereka melihat orang solat dan berpuasa, mereka juga ingin masuk syurga. Justeru dalam jemaah, kami melayan mereka dengan kasih sayang dan menghormati mereka se­bagai orang yang berpotensi untuk me­nyebarkan agama di kalangan mereka.

Di Malaysia terdapat kira­kira 40,000 warga pekak dan bisu yang ber daftar dan antaranya di anggarkan 700–800 orang pernah menyertai jemaah Tabligh (termasuk di Sabah dan Sarawak). Dari anggaran itu tidak

kurang dari sepuluh orang pernah ke­luar 40 hari sementara yang keluar tiga hari setiap bulan pun ramai.

KesimpulanWarga bisu dan pekak mempunyai

potensi dalam berbagai bidang kerjaya, namun untuk membinanya perlu ke­sabaran dan mujahadah.

Setengah orang beranggapan mereka tidak perlu didakwah, kerana Allah sudah dipilih dan dijanjikan syurga, justeru mereka tidak perlu di dakwah. Anggapan itu adalah salah. Oleh kerana mereka juga mempunyai nafsu seperti manusia normal, maka pen didikan agama dan akhlak adalah perlu. Mereka perlu diberi didikan agama dan dakwah bagi mendakwah kaum yang sejenis dengannya.

SJ_62 Khamis.indd 7 22-Jun-17 1:16:42 PM

Page 8: Bil. 62 2017 / 1438H PERSEKUTUAN SERUAN ISLAM … file1 Bil. 62 2017 / 1438H PERSEKUTUAN SERUAN ISLAM SELANGOR & WILAYAH PERSEKUTUAN (JAM’IYAH) PERCUMA Keajaiban Lihat halaman 2

SUARA JAM’IYAH No.62 • 2017/1438H8

Mari Kita Bina Pusat Pendidikan untuk Anak-Anak

minda sua

Assalamu’alaikum!Kaifa halukum…?Salam namasteh…?Kabare wak…?Kabare mbakyu?

A lhamdulillah… di saat­saat usia begini – kita terus diberi kekuatan untuk sama­sama

membesarkan kalimah tayyibah me­lalui berbagai program dakwah.

Bagi sahabat handai serta ahli­ahli JAM’IYAH yang kurang sihat, atau sedang menghadapi dugaan, kami doakan agar tuan/puan sentiasa diberi kekuatan dan kecekalan. Kami seluruh anggota JAM’IYAH memohon Rahmat dan Rahim agar Allah SWT mengembalikan semula kesihatan tuan/puan supaya dapat kembali aktif sebagaimana sebelumnya. Amin ya Robbal ‘Alamin!

JAM’IYAH 67 Dengan berkat doa seluruh warga

JAM’IYAH yang kini sudah melebihi

10,000 ahli organisasi yang kita aktif­kan sudah memasuki usia ke­67 tahun. Kami juga sedang dalam rangka me nyebar luaskan jalur dakwah di semua daerah di negeri Selangor di sam ping memberi peluang kepada se tiap ahli berperanan dalam ruang lingkup yang terdekat.

Sebelum ini program kita hanya tertumpu di persekitaran Lembah Klang sahaja di mana para ahli kita ramai yang bermastautin di persekita­rannya. Justeru kini, dengan taburan keahlian yang sudah hampir merata ke seluruh negeri kami bercadang untuk melebar luaskan jalur aktiviti JAM’IYAH dengan merentasi seluruh daerah.

Sehubungan itu kami menggalak­kan setiap ahli yang tinggal di daerah­daerah di luar Lembah Klang agar aktif mencadang dan mengatur program­program dakwah secara yang sesuai dengan keperluan tempatan, termasuk

bimbingan untuk anak­anak JAM’IYAH. Dengan program kedaerahan mem­

bolehkan setiap ahli berperanan men­jalankan aktiviti mengikut kesesuaian dan keperluannya.

Untuk tujuan itu kami akan me­lantik wakil­wakil kawasan untuk me mudahkan masyarakat umum ber­komuni kasi dan sama­sama beraktiviti menerusi JAM’IYAH.

Tugas dan Tanggungjawab Wakil Kawasan:(1) Menyebarkan maklumat me ngenai

perkembangan dan aktiviti se masa JAM’IYAH.

(2) Membantu mencari peserta untuk setiap program dan aktiviti JAM’IYAH.

(3) Membantu menambahkan ahli;(4) Membantu ahli mengemaskini

data keahlian.(5) Sebagai wakil rasmi bagi menerima

sumbangan, infak/wakaf untuk JAM’IYAH.

(6) Memaklumkan kepada pentad bi­ran, jika ada ahli yang sakit.

(7) Sentiasa berhubung dengan pe­jabat pentadbiran JAM’IYAH.

(8) Mengadakan aktiviti mengikut peruntukan Jawatankuasa Kecil Perhubungan bagi mengeratkan

Ketua Kampung Tuan Haji Sabtu Sujak ketika berucap di majlis ramah mesra antara AJK JAM’IYAH dengan penduduk setempat di tapak PSUPEN, Kg. Sg. Kembung, Jalan Datuk Harun, Pulau Indah.

SJ_62 Khamis.indd 8 22-Jun-17 1:16:43 PM

Page 9: Bil. 62 2017 / 1438H PERSEKUTUAN SERUAN ISLAM … file1 Bil. 62 2017 / 1438H PERSEKUTUAN SERUAN ISLAM SELANGOR & WILAYAH PERSEKUTUAN (JAM’IYAH) PERCUMA Keajaiban Lihat halaman 2

SUARA JAM’IYAH No.62 • 2017/1438H9

silaturrahim di kalangan ahli di kawasan masing­masing.

PUSPEN PULAU INDAHUntuk makluman para ahli ketika

ini projek sekolah Pulau Indah sudah mula diratakan. Inilah tapak bakal yang kita wariskan untuk generasi akan datang menyambung pelajaran.

Justeru saya menyeru kepada ahli­ahli agar jangan melepaskan peluang untuk turut serta menanamkan modal walau pun sebiji batu­bata kerana ia merupakan jariah yang kekal.

Sekolah berkenaan diharapkan bakal menampung anak­anak kita. Ia terletak di kawasan seluas dua hektar di mana bakal didirikan sebuah pusat pendidikan.

Anak­anak JAMIYAH bakal ber­peluang mengikuti pengajian di situ dan yang sudah berijazah juga ber­peluang berkhidmat di situ mengikut kelayakan dan keperluan semasa.

Sebenarnya rancangan membina sekolah sudah bermula sejak tahun 2000 lagi. tetapi disebabkan oleh per­tukaran ke pimpi nan dan pen tadbiran menjadi kan ia tergendala.

Disebabkan pertukaran ke pim pinan pada setiap kali pemilihan, hingga kini plan pem bangunannya sudah bertukar sebanyak 3 kali ini menyebabkan ia tergendala beberapa waktu.

Saya tidak menyalahkan pen­tadbiran kepimpinan yang lalu kerana setiap kepimpinan ingin melakukan yang terbaik menjadikan setiap ke­pimpinan baru ingin mengubah plan yang sedia ada; namun proses ke­lulusan bangunan menjadikan ia ter­gendala begitu lama.

Sebagai mengenang jasa tanah ber kenaan telah diwakafkan oleh al­marhum Tuan Haji Mohamed Said Hj. Mohd. Razi (mantan YDP JAM’IYAH ke­13) di mana belau sendiri telah berusaha mendapatkan lesen daripada Kementerian Pendidikan dengan taraf Sekolah Menengah Integrasi Asrama Penuh Swasta (Surat kelulusan No. KP(JPS) 5195/SRM/193(20).

Dua tahun kemudian pihak pen­tadbiran JAM’IYAH telah menyiapkan plan bangunan sekolah dan mem­per untukan sejumlah wang (dari tabungan) sebagai asas untuk pecah tanah dan penambakan serta pembina an jambatan; tetapi di sebab­kan peruba han pucuk pimpinan JAM’IYAH (selepas itu) penerusannya ter bantut kerana pentadbiran baru JAM’IYAH (ketika itu) telah menukar plan ban gunan kepada yang lebih baik.

Selanjutnya bagi melonjakkan pem bangunan PUSPEN kami telah me­lan carkan Majlis Makan Malam bagi mengutip pembangunan dan al ham­dulillah telah mendapat sam butan.

Malangnya proses tukar ganti ke­pimpinan tidak kekal mapan setakat itu malah terus berganti (setiap kali Mesyuarat Agung) menyebabkan bukan sahaja projek bangunan sekolah di Pulau Indah terbantut malah ban­

Atas: Menjamu selera sambil beramah mesra dengan penduduk setempat. Bawah: Contoh resit bagi infak pembangunan Sekolah Integrasi JAM’IYAH.

gunan surau Ulu Tamu juga ter bantut gara­gara barisan kepim pinan yang sering bertukar ganti.

Saya bukan untuk ‘menongkat langit’ namun siapa saja yang bakal memegang tampuk kepimpinan teruskanlah plan yang sedia ada kerana setiap pertukaran plan akan memakan masa yang lama untuk dipersetujui dan diluluskan.

Alhamdulillah mulai 2017, jambatan siap dibina dan tapak tanah sudah ditambak dan kami hanya me­neruskan plan bangunan yang ada (pertukaran kali kedua dari plan yang asal) dan memerlukan sokongan para ahli untuk meneruskannya.

Justeru marilah kita sama­sama membangun, mencari wang demi membina asas pusat pendidikan bagi anak­anak JAM’IYAH termasuk anak­anak bukan ahli kerana konsep kita ialah pendidikan untuk semua.

SJ_62 Khamis.indd 9 22-Jun-17 1:16:44 PM

Page 10: Bil. 62 2017 / 1438H PERSEKUTUAN SERUAN ISLAM … file1 Bil. 62 2017 / 1438H PERSEKUTUAN SERUAN ISLAM SELANGOR & WILAYAH PERSEKUTUAN (JAM’IYAH) PERCUMA Keajaiban Lihat halaman 2

SUARA JAM’IYAH No.62 • 2017/1438H10

Tentang Nabi Khidir dan Nabi Ilyas...

Secara ringkas nabi ialah individu yang diberi wahyu tetapi tidak membawa syariat; sementara rasul

pula ialah individu yang diberikan wahyu dan diberi syariat untuk disampaikan kepada manusia atau umat yang sezaman dengannya supaya diamalkan.

Tugas utama nabi dan rasul ialah me nyampaikan (tabligh) kalimah tayyibah (kalimah kebesaran Allah SWT); memberitahu keagungan ke­wujudan­Nya dengan segala kehebatan dan kekuasaan­Nya yang tiada ban­dingan serta menguasai seluruh alam ciptaan­Nya; memberitahu adanya alam akhirat dan mengingatkan manu­sia akan adanya amaran kemurkaan­Nya jika syariat­Nya tidak dipatuhi.

Ada nabi yang hanya menyampai­kan tabligh di kalangan keluarganya dan ada yang berdakwah di kalangan kaumnya sahaja dan ada yang ber­dakwah di sekitar kawasan yang terhad yang didiami oleh nabi tertentu sahaja.

Dalam sejarah kewujudan manusia – para sejarawan mencatatkan bahawa Allah telah menurunkan seramai 124,000 orang nabi ke muka bumi ini, tetapi yang diberi syariat dan bergelar rasul (kerana membawa risalah dari Allah) seramai 313 orang dan yang wajib dikenal hanya seramai 25 orang.

Dari 25 orang rasul terdapat lima orang yang berhadapan dengan ke­adaan dan suasana yang susah payah (mujahadah) hingga mengancam nyawa serta kehidupannya. Justeru kerana keteguhan iman dan kesabaran mereka dalam menyebarkan kalimah tayyibah, kelima mereka digelar Ulul ‘Azmi sebagai yang dinyatakan

di dalam surah al­Qaf ayat 35 dan surah al­Ahzab ayat 7. Mereka ialah Nabi Muhammad SAW, Nabi Ibrahim Khalilullah, Nabi Musa AS, Nabi Isa AS dan Nabi Nuh AS.

Sebagai manusia biasa kesemua nabi dan rasul mengakhiri tugasnya dengan kematian kecuali Nabi Isa AS yang disebutkan diangkat ke langit dalam usia 33 tahun dan akan turun semula ke alam dunia menjelang hari kiamat dan kebangkitan.

Namun begitu terdapat juga beberapa orang nabi yang tidak dapat dikesan oleh sejarah akan tarikh ke­matiannya serta letak makamnya se­perti Nabi Khidhir dan Nabi Ilyas.

Dosen UIN Malang, Indonesia Dr. H.R. Taufiqurrachman menulis dalam blognya; bahawa Sayidina Ali pernah melihat Nabi Khidhir berada di dalam Kaabah sebagai yang dikutip dari Inayatul Muftaqir halaman 52.

Beliau menulis bahawa Nabi Khidhir adalah Nabi Allah yang penuh misteri. Keberadaannya hingga kini masih menjadi perdebatan sebahagian ulama’, tetapi majoriti ulama’ me­nyatakan bahawa beliau masih hidup berdasarkan beberapa hadis.

Antara ulama’ besar yang me­nyatakan Nabi Khidhir masih hidup ialah Imam as­Suyuti dalam kitabnya al­Khashaish, Imam an­Nawawi dan Imam Ibnu Hajar al­Haitami dan lain­lain.

Ad­Daraqathni meriwayatkan dari Ibnu Abbas bahawa Nabi Khidhir dan Nabi Ilyas bertemu setiap tahun ketika musim haji di mana mereka berdua saling bertahallul (bercukur) antara satu sama lain, tambah Dr. Taufiqurrachman dalam blognya.

“Ibnu Hajar mengatakan sanad hadis itu lemah, sementara riwayat Ahmad dalam az­Zuhd dan at­Thabrani

Makam Nabi Ayub a.s.

SJ_62 Khamis.indd 10 22-Jun-17 1:16:44 PM

Page 11: Bil. 62 2017 / 1438H PERSEKUTUAN SERUAN ISLAM … file1 Bil. 62 2017 / 1438H PERSEKUTUAN SERUAN ISLAM SELANGOR & WILAYAH PERSEKUTUAN (JAM’IYAH) PERCUMA Keajaiban Lihat halaman 2

SUARA JAM’IYAH No.62 • 2017/1438H11

mengatakan mereka berpuasa bulan Ramadhan di Baitul Maqdis dengan sanad hadisnya bertaraf hassan.

Dalam Musnad Abu Usamah diterangkan bahawa Nabi Khidhir di samudera dan Nabi Ilyas di daratan. Mereka bertemu setiap malam di samping tembok yang dibuat Dzul Qarnain. (Syawahid al­Naq, hlm. 200)

Sementara itu al­Hafiz al­Munawi mengatakan bahawa hadis tentang keberadaan Nabi Khidhir memang daif; akan tetapi ianya menjadi kuat (hasan) kerana banyaknya riwayat yang

menyebutkan keberadaannya; justeru ia bukan lagi daif malah menjadi hadis sahih. (Faidh al­Qadir, Juz 3 hlm. 618–619)

Maqalah pendek ini tidak berhajat menimbulkan polemik dan menggoyah keyakinan pembaca akan kelangsungan hayat kedua insan pilihan itu; namun jika ada respon lanjut dari para ilmuan mengenainya amat dialu­alukan; dan insya­Allah kita akan kongsikan dalam keluaran yang sesuai dengan mauduk penerbitan SUARA JAM’IYAH, insya Allah. – Sabda S.

MAKANAN KEGEMARAN RASULULLAH

1. Barli – Bagus untuk menyembuhkan demam jika dibuat bubur.2. Kurma – Nabi SAW bersabda rumah yang tidak mempunyai kurma adalah seperti rumah yang tidak ada rezeki.3. Buah Tin – Buah dari syurga yang dikatakan boleh menjadi penawar sakit buasir.4. Anggur – Nabi SAW suka buah anggur. Ia membersihkan darah, menguatkan buah pinggang dan mencuci perut.5. Madu – Ia adalah makanan segala makanan, minuman segala minuman, ubat segala ubat. Mengubati cirit birit jika dibancuh dengan air panas, membuka selera, menguatkan perut, membuang kahak. Elok minum di waktu pagi dengan air suam.6. Tembikai (segala jenis) – Nabi SAW bersabda wanita mengandung tidak akan gagal melahirkan anak yang baik dari segi karakter dan wajahnya.7. Susu – Nabi SAW bersabda, susu baik untuk membuang panas badan seperti tangan membuang peluh dari dahi. Menguatkan bela kang, memperbaiki otak dan mengelak kelupaan.8. Cendawan – Baik untuk mata dan perancang keluarga.9. Minyak Zaitun – Rawatan kulit dan rambut, melambatkan pe nuaan, merawat radang perut. Alternatif kepada minyak masak komersial.10. Buah delima – Membersihkan tubuh dari syaitan dan bisikannya.11. Cuka – Nabi SAW selalu meminum dengan minyak zaitun (trend yang popular di restoran Itali).12. Air Zam-zam – Nabi SAW bersabda sebaik­baik air di muka bumi ialah air zam­zam. Air zam­zam merupakan air beralkali, dengan kandungan pH 7. Jika dahaga hendaklah disedut perlahan­lahan. Jangan diteguk. Ini bertujuan untuk mengelakkan sakit pada organ hati.(Abstrak Kitab ‘At-Tibb al-Rauhi as-Sufi’ oleh Sheikh Hakim Moinuddin Chishti Rah.)

Kiriman: Ahmad Wahab, Klang, Selangor (Alumni KIK)

USIA PARA NABI

Nabi Adam 930 tahunNabi Syith 972 tahunNabi Idris 865 tahunNabi Nuh 1000 tahunNabi Khidhir (�ada catatan kewafatannya)Nabi Hud 646 tahunNabi Harun 122 tahunNabi Salih 100 tahunNabi Ibrahim 195 tahunNabi Luth 175 tahunNabi Ismail 137 tahunNabi Ishak 137 tahun Nabi Yaakub 144 tahunNabi Yusuf 110 tahunNabi Syuib 110 tahunNabi Ayub 93 tahun Nabi Zulkifli 75 tahunNabi Musa 110 tahunNabi Harun 112 tahunNabi Uzair 40 tahunNabi Daud 170 tahunNabi Sulaiman 180 tahunNabi Ilyas (�ada catatan kewafatannya)Nabi Yahya 95 tahunNabi Yunus 110 tahunNabi Zakaria 300 tahunNabi Yahya 95 tahunNabi Syuib 254 tahunNabi Soleh 180 tahunNabi Hud 165 tahunNabi Isa (sebelum 33 tahundiangkat ke langit) Nabi Muhammad SAW 63 tahun

SJ_62 Khamis.indd 11 22-Jun-17 1:16:44 PM

Page 12: Bil. 62 2017 / 1438H PERSEKUTUAN SERUAN ISLAM … file1 Bil. 62 2017 / 1438H PERSEKUTUAN SERUAN ISLAM SELANGOR & WILAYAH PERSEKUTUAN (JAM’IYAH) PERCUMA Keajaiban Lihat halaman 2

SUARA JAM’IYAH No.62 • 2017/1438H12

Oleh Datuk Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri

Alhamdulillah, kami rafa’kan setinggi kesyukuran kepada­Nya atas segala limpahan rahmat­Nya yang tidak

terhitung. Mulai Januari 2017, kami lancarkan satu ruangan baru penulisan yang akan merakamkan detik­detik manis sepanjang permusafiran kami ke mana­mana tempat, untuk dikutip ibrah dan faedahnya bagi manfaat bersama. Kami namakan ruangan ini sebagai “TravelogMuftiWP”

1. Pada 14 Januari 2017, kami berkesempatan bersama­sama meng­hadiri Ijtimak Tabligh Sedunia di Tongi, Dhaka, Bangladesh. Dengan izin­Nya, kami mendarat di Hazrat Shahjalal International Airport dengan selamat pada jam 11.30 malam. Waktu di sana 2 jam lebih lewat daripada Malaysia.

2. Kami disambut dengan penuh kehangatan mahabbah dan ukhuwah Islamiyyah. Mereka adalah golongan yang amat memuliakan tetamu (ikram al­dhuyuf). Mereka berkhidmat dengan sepenuh hati, jiwa dan tenaga. Itulah mereka, jemaah Tabligh.

3. Kami solat Jamak Maghrib dan Isyak secara ta’khir di khemah. Kemu­dian kami makan dan terus tidur dek kepenatan. Solat subuh keesokannya diimamkan oleh Maulana Sa’ad hafizahullah. Beliau membaca Surah al­Haqqah dan Surah al­Fatihah. Bacaan yang cukup meruntun hati di pagi yang hening.

Alhamdulillah, kami berkesempatan bertemu dengannya. Bayannya cukup indah di mana antara nya sempat kami catat fikrah­fikrah pentingnya:

TABLIGH: SATU TANGGAPAN MURNI

– Jemaah Tabligh tidak memandang rendah usaha jemaah­jemaah lain dan sentiasa meraikan usaha dakwah yang dilakukan.

– Ulama’ adalah pewaris Nabi dan hendaklah sentiasa mengambil warisan Nabi SAW dan menyampaikannya ke­pada ummah.

– Tamsilan berkenaan air dalam ayat­ayat al­Qur’an sebagai keberkatan, kesucian dan kerahmatan. Ambillah faedah air hujan yang sifatnya memberi berbanding air telaga yang sifatnya me­nerima.

– Para ulama’ perlu melaksanakan usaha dakwah, mengajar, mendidik masyarakat selain bekerja untuk me­nyara hidup dan keluarga. Mereka perlu menjadi petunjuk dalam meng­aplikasikan tatacara hidup yang cemer­lang dalam kehidupan seharian.

4. Kami sempat menziarahi dapur masakan dan khemah­khemah Arab dan Malaysia. Selepas itu, kami sama­sama bersarapan dan bertemu dengan

Salah satu sudut dari “lautan jemaah” ketika Ijtima’ di Tongi, Bangladesh.

Bersambung ke hlm. 15

SJ_62 Khamis.indd 12 22-Jun-17 1:16:44 PM

Page 13: Bil. 62 2017 / 1438H PERSEKUTUAN SERUAN ISLAM … file1 Bil. 62 2017 / 1438H PERSEKUTUAN SERUAN ISLAM SELANGOR & WILAYAH PERSEKUTUAN (JAM’IYAH) PERCUMA Keajaiban Lihat halaman 2

SUARA JAM’IYAH No.62 • 2017/1438H13

1 Kawasan yang mempunyai graviti paling tinggi.

2 Ketinggian graviti menyebabkan di situ merupakan berpusatnya bunyi­bunyian yang membina yang boleh didengar.

3 Tekanan graviti yang tinggi juga memberi kesan langsung kepada sistem imuniti badan untuk bertindak sebagai pertahanan daripada serangan penyakit.

4 Tekanan graviti tinggi juga menyebabkan elektron negatif tinggi.

5 Apa yang diniatkan di hati adalah gema yang tidak boleh didengar, tetapi boleh dikesan frekuensinya (melalui kekuatan dalaman yang tinggi).

6 Gelombang radio tidak boleh mengesan kedudukan Kaabah.

7 Teknologi satelit tidak boleh meneropong apa yang ada di dalam Kaabah.

8 Frekuensi radio tidak dapat membaca apa­apa yang ada di dalam Kaabah kerana tekanan graviti yang tinggi.

9 Tempat yang paling tinggi tekanan graviti mempunyai kandungan garam dan aliran anak sungai di bawah tanah yang banyak, menyebabkan mereka yang solat di tempat yang tanpa bumbung pun masih merasa sejuk.

10 Kaabah bukan sekadar bangunan hitam empat segi, malahan satu tempat yang ajaib kerana di situ pemusatan tenaga graviti zon magnetisme sifar dan tempat yang paling dihormati.

11 Tidur dengan posisi mengadap Kaabah secara automatik otak tengah akan terangsang aktif hingga ke tulang belakang dan menghasilkan sel­sel darah.

12 Pergerakan tawaf melawan arah jam memberikan tenaga hayat secara semulajadi (ini kerana Allah telah menjadikan semua yang ada di alam ini bergerak melawan pusingan jam).

13 Peredaran darah dalam tubuh manusia bergerak melawan pusingan jam; justeru mengelilingi Kaabah dengan melawan pusingan jam juga akan meningkatkan edaran darah dan menambah tenaga (sebab itu orang yang sentiasa di Kaabah sentiasa sihat, bertenaga dan panjang usia).

14 Bilangan tawaf tujuh pusingan merupakan simbol bilangan yang tidak terhingga.

15 Larangan memakai topi, songkok atau menutup kepala kerana rambut dan bulu roma (lelaki) ibarat antena untuk menerima gelombang yang baik yang dipancarkan terus dari Kaabah; sebab itulah selepas kita melakukan ibadah haji, kita seperti manusia baru kerana segala yang buruk telah ditarik keluar dan digantikan dengan nur atau cahaya yang baru.

16 Selepas semuanya selesai kita disunatkan ber­cukur (tahallul) tujuannya untuk melepaskan diri daripada pantang larang semasa dalam ihram; namun rahsia di sebaliknya adalah untuk membersihkan antena atau reseptor kita dari segala kekotoran supaya hanya gelombang yang baik sahaja akan diterima oleh tubuh.

15 Keajaiban Kaabah

Masjidil Haram di sekitar tahun 40-an, para jemaah haji dari luar negara boleh makan dan tidur di bawah khemah yang dibina di sekeliling Kaabah.

Sumber: Google.com

SJ_62 Khamis.indd 13 22-Jun-17 1:16:44 PM

Page 14: Bil. 62 2017 / 1438H PERSEKUTUAN SERUAN ISLAM … file1 Bil. 62 2017 / 1438H PERSEKUTUAN SERUAN ISLAM SELANGOR & WILAYAH PERSEKUTUAN (JAM’IYAH) PERCUMA Keajaiban Lihat halaman 2

SUARA JAM’IYAH No.62 • 2017/1438H14

Oleh Haji Hadzrami Haji Sanip

Ramai tidak sedar dalam al-Quran ada menyentuh tentang usia 40-an. Peringatan al-Quran terhadap mereka yang terus

menerus me lakukan kemungkaran merupakan suatu ‘musibah’ bagi yang telah diberi hidayah tetapi tidak berusaha memelihara iman sehingga usianya melebihi 40an.

Sesungguhnya musibah besar bagi mereka yang beriman ialah ‘kufur nikmat’ dan tidak mensyukuri nikmat usia yang dipanjangkan. Mereka beranggapan taubat boleh ditangguhkan sementara usia masih muda; sedang malaikat pencabut nyawa boleh datang bila-bila masa. Firman Allah:

Mafhumnya: “Apabila dia telah dewasa dan usianya sampai empat puluh tahun, ia berdoa: “Ya Tuhanku, tunjuk kan-lah aku jalan untuk mensyukuri nikmat-Mu yang telah Engkau berikan ke padaku dan kepada ibu bapaku dan supaya aku dapat berbuat amal yang soleh yang engkau redhai; berilah ke baikan ke padaku dengan (memberi ke baikan) ke pada anak cucuku. Se sungguhnya aku bertaubat kepada Engkau dan se-sungguhnya aku termasuk orang-orang Muslim.” (Al-Ahqaf: 15)

وىف تفسري ابن كثري: وهذا فيه إرشاد ملن بلغ األربعني أن يجدد التوبة واإلنابة إىل

الله عز وجل ويعزم عليها.

Menurut Ibn Kathir, ayat ini mem beri-kan petunjuk bahawa manusia apabila menjelang usia 40 tahun hendaklah mem-perbaharui taubat dan kembali ke pada Allah ‘Azza wa Jalla dengan ber sungguh-sungguh.

Usia 40 tahun disebut dengan jelas dalam ayat ini. Pada usia inilah manusia mencapai puncak kehidupannya baik dari segi fizikal, intelektual, emosi, mahupun spiritualnya.

Doa yang terdapat dalam ayat ini dianjurkan untuk dibaca oleh mereka yang berusia 40 tahun dan ke atas. Doa yang menggambarkan jiwa yang bersyukur dalam menerima nikmat yang sempurna, kecenderungan untuk beramal, yang telah mempunyai keluarga yang harmoni, kecenderungan untuk bertaubat dan kembali kepada Allah Ta’ala.

Dalam ayat yang lain Allah SWT menyebutkan:

Mafhumnya: “Apakah Kami tidak me manjangkan umurmu dalam tempoh yang cukup untuk berfikir bagi orang-orang yang mahu berfikir, dan (apakah tidak) datang kepadamu pemberi per-ingatan?” (Al-Fathir: 37)

عن مجاهد قال : سمعت ابن عباس يقول العمر الذي أعذر الله إىل ابن آدم : أومل

نعمركم ما يتذكر فيه من تذكر أربعون سنة.

Mujahid berkata, aku mendengar daripada Ibnu Abbas berkata: “Usia yang Allah beri peringatan kepada anak Adam dengan ialah 40 tahun.”

عن مرسوق أنه كان يقول : إذا بلغ أحدكم أربعني سنة ، فليأ خذ حذره من الله عز وجل.

Masruq berkata: “Apabila seorang kamu berumur 40 tahun, maka ambillah peringatan daripada Allah Azza wa Jalla.”

Usia 40 tahun adalah usia matang untuk kita bersungguh-sungguh dalam hidup. Mengumpulkan pengalaman, me najamkan hikmah dan kebijaksanaan, membuang kejahilan yang kita lakukan ketika usia muda; lebih berhati-hati, me-lihat sesuatu dengan hikmah dan penuh penelitian. Maka tidak hairan tokoh-tokoh pemimpin muncul secara matang pada usia ini. Bahkan Nabi SAW seperti yang disebut oleh Ibn ‘Abbas:

عن ابن عباس قال أنزل عىل رسول الله صىل الله عليه وسلم وهو ابن أربعني فأقام مبكة ثالث عرشة وباملدينة عرشا وتويف وهو ابن

ثالث وستني.

“Diturunkan wahyu Rasulullah SAW pada usianya 40 tahun, lalu baginda tinggal di Makkah 13 tahun dan di Madinah 10 tahun, dan wafat pada usia baginda 63 tahun.” (Riwayat at-Tirmizi)

Ibnu Abbas r.a. dalam suatu riwayat berkata:

من أىت عليه أربعون سنة ومل يغلب خريه رشهفليتجهز إىل النار

“Barangsiapa mencapai usia 40 tahun dan amal kebajikannya tidak man-tap dan tidak dapat mengalahkan amal keburukannya, maka hendaklah ia ber-siap-siap ke neraka.”

Imam asy-Syafi’i tatkala mencapai usia 40 tahun, beliau berjalan sambil ber-tongkat sedang ketika itu beliau masih

Peringatankepada yang

Melebihi 40-an

SJ_62 Khamis.indd 14 22-Jun-17 1:16:44 PM

Page 15: Bil. 62 2017 / 1438H PERSEKUTUAN SERUAN ISLAM … file1 Bil. 62 2017 / 1438H PERSEKUTUAN SERUAN ISLAM SELANGOR & WILAYAH PERSEKUTUAN (JAM’IYAH) PERCUMA Keajaiban Lihat halaman 2

SUARA JAM’IYAH No.62 • 2017/1438H15

Perkampungan Orang Asli, Ulu Tamu yang merupakan ‘anak angkat’ JAM’IYAH tidak pernah dilupakan setiap kali menjelang Ramadan; sebelum

dan sesudahnya sepanjang masa. Dua orang guru (ustaz dan ustazah) ditempatkan di situ bagi tujuan bimbingan, silih berganti selain dari penceramah jemputan - mengikut kalendar dan hari-hari kebesaran Islam.

Sambutan dari pemukim yang ingin menggapai cahaya terang amat tidak mengecewakan; selagi ada ceramah, qudwah atau tausiah, mereka berdatang mengisi ruang balai perkumpulan yang sedikit usang; dengan suasana yang amat sederhana dan serba kekurangan.

Mutaakhir – solat terawih dan bimbingan Ramadan (1438H) diadakan sempena al-mubarak bersama guru bertugas Ustaz Ghazali Soleh (jubah cokelat). Atas: Beliau sedang memulakan taaruf bagi memperkenalkan penceramah jemputan, Ustaz Mohamad Lutfi Jamil, Pen. Pengarah Darul Quran, JAKIM (foto bawah: duduk paling kiri) Kira-kira 30 orang termasuk anak-anak yang sedang dijinakkan ke arah pemurnian turut serta di majlis berkenaan.

“Cahaya Murni Bersinar di Perkampungan Asli...”

gagah. Dan ketika ditanya, jawab beliau: “Agar aku ingat bahawa aku adalah musafir.”

Justeru sebagai muhasabah ber-sama berikut beberapa peringatan yang perlu dilakukan menjelang usia 40 tahun; juga yang telah melebihi-nya.

Meneguhkan tujuan hidup.

Meningkatkan kekuatan ruhiyyah.

Menjadikan uban sebagai peringatan.

Memperbanyak bersyukur.

Menjaga makan dan tidur.

Istiqamah dalam ibadah dan per-juangan.

Demikianlah sedikit tazkirah me-ngenai usia, amal dan muhasabah agar kita sentiasa menginsafi segala ketelanjuran masa lalu dan berusaha untuk memper baiki diri dengan me-ning kat amal dan taqwa agar kita kembali kepada-Nya dengan penuh yakin men dapat ke ampu nan-Nya. Se sungguh nya maut dan ajal tidak menunggu usia tua. Sakaratulmaut datang menjemput kita bila-bila masa meskipun dibawah usia 40 walau dalam ke adaan sejahtera dan gagah perkasa.

Para ulama’ lain yang sempat kami temui antaranya ialah:

Maulana Sa’ad (Amir Tabligh). Maulana Ihsan al­Haq (Khalifah

Maulana Zakaria al­Kandahlawi). Maulana Khurshid (Ahli Syura

Ulama’ Pakistan). Maulana Delawar. Maulana Shameem (Markaz

Nizamuddin). Maulana Shaukat (Markaz

Nizamuddin). Maulana Wasif al­Islam (Amir

Bangladesh).

Sebelum berangkat pulang, sempat kami berbual dengan pimpinan jemaah Tabligh di Malaysia antaranya Maulana Abdul Hamid Chin. Beliau berkongsi dengan kami pelbagai kisah­kisah menarik untuk dijadikan pedoman.

Sekian, wassalam.

Akhukum fillah, Datuk Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri(Mufti Wilayah Persekutuan)

ramai ikhwah daripada Malaysia termasuk SS Mufti Pahang, Dato’ Sri Dr. Haji Abdul Rahman bin Haji Osman.

5. Menginsafi hakikat ini, kami dapati mereka:

– Ikhlas dan jujur dalam perjuangan dakwah.

– Amat sabar dengan kerenah mad’u dalam menyampaikan dakwah.

– Begitu prihatin dan cakna dalam ibadah terutamanya solat, zikir dan membaca al­Qur’an.

– Membudayakan khidmat pada tahap yang tertinggi kepada tetamu dan cuba untuk merealisasikan sabda­an Nabi, فليكرم ضيفه (maka mulia kan­lah tetamu).

6. Budaya seperti ini jika dapat di­terapkan kepada hati­hati kita, nescaya jadilah kita golongan yang benar­benar memburu pahala dan syurga Allah SWT.

Akhirnya, kami katakan kepada saudara­saudara kami daripada Jemaah Tabligh, جزاكم الله خري الجزاء. Semoga Allah masukkannya dalam mizan hasanat.

Dari m.s. 12

SJ_62 Khamis.indd 15 22-Jun-17 1:16:45 PM