tajuk projek: solar hibrid sistem penjanaan kuasa unimap-11).pdf · menghasilkan pemindahan ilmu...

Download TAJUK PROJEK: SOLAR HIBRID SISTEM PENJANAAN KUASA UNIMAP-11).pdf · menghasilkan pemindahan ilmu dan

Post on 07-May-2019

221 views

Category:

Documents

2 download

Embed Size (px)

TRANSCRIPT

TAJUK PROJEK: SOLAR HIBRID SISTEM PENJANAAN KUASA ANGIN UNTUK LAMPU LEBUH

RAYA/PERSIMPANGAN LEBUH RAYA

KOD PROJEK: I-GT/21 (UNIMAP-11)

IPTA: UNIVERSITI MALAYSIA PERLIS

KETUA PROJEK: TUNKU MUHAMMAD NIZAR TUNKU MANSUR

AKADEMIA: PROFESOR DR. SYED IDRIS BIN SYED HASSAN

DR. MOHD FAREQ BIN ABDUL MALEK

ROSNAZRI BIN ALI

NOR HANISAH BINTI BAHARUDIN

YAZHAR BIN YATIM

RAKAN INDUSTRI: PERUNDING IZAD SDN. BHD.

BIDANG TUMPUAN UTAMA: 1) KEUNTUNGAN EKONOMI UNTUK SEKTOR INDUSTRI DI SEKTOR DIKENAL PASTI 2) KELESTARIAN DAN INISIATIF TEKNOLOGI HIJAU

TEMPOH PROJEK: JULAI 2011 JULAI 2013

1. RINGKASAN EKSEKUTIF

Matlamat projek ini adalah untuk mereka bentuk dan membina satu sistem lampu jalan

berasaskan tenaga suria dan angin untuk digunakan di jalan raya, persimpangan jalan dan lain-

lain. Aplikasi tenaga suria dalam bentuk fotovoltan (PV) menjadi popular di Malaysia disebabkan pancaran suria yang tinggi dan kemampuannya untuk menjimatkan penggunaan tenaga, di samping untuk mempromosikan teknologi hijau kepada masyarakat. Projek ini akan

menghasilkan pemindahan ilmu dan kerjasama jangka panjang antara UNIMAP dengan

Perunding Izad Sdn. Bhd. tentang aplikasi tenaga boleh diperbaharu seperti tenaga suria dan

angin. Di samping itu, produk yang dihasilkan dapat menjadi satu mercu tanda dan dapat

dikomersialkan. Selain itu, kepakaran teknikal dan perundingan khususnya untuk menjadi

jurutera profesional dapat saling dipindahkan antara UNIMAP dengan rakan industri semasa

melaksanakan projek ini. Antara pengetahuan yang dapat dipindahkan adalah aspek pengurusan

projek, proses mereka bentuk kejuruteraan, pengujian, penggunaan peralatan moden dan

pengurusan kewangan.

2. IMPLEMENTASI PROJEK

PERKARA

BUTIRAN

OBJEKTIF

1) Untuk mengumpul data tenaga suria dan angin di pelbagai lokasi. 2) Untuk mereka bentuk satu sistem lampu jalan berasaskan tenaga suria

dan angin yang boleh digunakan di jalan raya.

AKTIVITI

1) Tinjauan

Tinjauan dilakukan untuk memberi gambaran keseluruhan tentang teknologi terbaharu. Tinjauan tersebut akan menghasilkan maklumat mengenai keunikan, kelebihan dan kelemahan menentukan reka bentuk yang sesuai untuk sistem yang dibangunkan.

2) Pemilihan lokasi dan pengumpulan data Lokasi yang sesuai dipilih. Stesen pengawasan cuaca dipasang di lokasi untuk pengumpulan data tentang sinaran suria dan kelajuan angin.

3) Analisis beban kecil dan penyesuaian sistem

Jumlah kuasa yang dijana dan penarafannya berkadar dengan beban kecil. Pengiraan analisis beban kecil dilakukan bersama-sama dengan ciri-cirinya.

4) Pembangunan sistem kuasa hibrid

Analisis beban kecil dilakukan serta sistem kuasa hibrid direka bentuk dan dibangunkan berdasarkan data tenaga suria dan angin yang dicatat di lokasi. Peringkat ini akan mengenal pasti dan menyelesaikan masalah serta menilai pelaksanaan sistem ini.

5) Pemantauan dan dokumentasi

Prestasi sistem dipantau dan didokumenkan untuk penyelidikan pada masa hadapan.

OUTPUT

Industri: 1) Kaedah optimum mereka bentuk projek-projek tenaga hibrid yang boleh

diperbaharu. 2) Peningkatan proses reka bentuk yang efisien berdasarkan hasil data

yang diperoleh. 3) Jurutera khas dapat dibangunkan untuk projek ini.

IPTA:

1) Penyediaan kursus singkat yang boleh menyokong pembelajaran

berterusan di universiti dan industri.

Pembangunan Modal Insan: 1) Peningkatan kemahiran insaniah graduan pelatih melalui kerjasama

dengan industri dalam pembangunan projek ini.

PEMEGANG TARUH & AGENSI

1) Universiti Malaysia Perlis 2) Perunding Izad Sdn. Bhd.

KEBERHASILAN

Industri:

1) Pengetahuan teknikal tentang sistem solar dan angin berasaskan teknologi terkini.

2) Pengetahuan teknikal mengenai reka bentuk sistem elektrik yang memberi manfaat untuk mendapatkan status jurutera profesional.

3) Sistem kuasa hibrid berasaskan 100% tenaga yang boleh diperbaharu.

IPTA: 1) Prototaip sistem kuasa hibrid yang dibangunkan, iaitu UNIMAP PV

Power Trainer telah memenangi pingat emas di ITEX 2012 pada bulan Mei 2012.

2) Prototaip sistem kuasa hibrid yang dibangunkan, iaitu UNIMAP PV Power Trainer telah memenangi anugerah khas di CEIGE 2012 di Universiti Teknologi Taiwan Selatan pada 2012.

3) Prototaip sistem kuasa hibrid yang dibangunkan, iaitu Hybrid Solar and Wind Portable Generator telah memenangi pingat perak di UNIMAP Inventor Exhibition 2013.

Pembangunan Modal Insan:

1) Graduan pelatih memperoleh pengetahuan yang profesional tentang proses reka bentuk elektrik.

3. LAPORAN KEMAJUAN PROJEK

A) Laporan Berkala Oleh Ketua Projek

PROPOSAL 3

BULAN 6

BULAN 9

BULAN 12

BULAN 15

BULAN 18

BULAN 21

BULAN 24

BULAN LAPORAN

AKHIR

B) Laporan Berkala Oleh Industri

6 BULAN 9 BULAN 12 BULAN 15 BULAN 18 BULAN 21 BULAN 24 BULAN LAPORAN

AKHIR

Laporan dihantar Laporan tidak dihantar

4. PENILAIAN PROJEK

Rakan Industri : Perunding Izad Sdn. Bhd. Tarikh Lawatan : 16 Julai 2014 Panel Penilai : 1) Profesor Madya Razak Haji Lajis (USM) 2) Profesor Madya Dr. Hartini Ahmad (UUM)

ANALISIS KESELURUHAN PENILAIAN (Item A hingga D dinilai oleh Panel Penilai daripada KTP Pemantauan manakala Item E adalah penilaian oleh pihak Industri)

SEKSYEN ITEM PENILAI 1 PENILAI 2

A PENCAPAIAN PROJEK (40%) 25% 25%

B AKADEMIA (10%) 6% 7%

C GRADUAN PELATIH (10%) 7% 7%

D ORGANISASI INDUSTRI/KOMUNITI (10%) 6% 7%

E LAPORAN DARIPADA INDUSTRI (30%) 23% 23%

MARKAH KESELURUHAN (%) 67% 69%

MARKAH SELEPAS KUMULATIF 68%

PENILAIAN OLEH INDUSTRI

A) Penilaian Terhadap Akademia

BIL

PENILAIAN AKADEMIA

SKALA PENILAIAN

1.

Keberkesanan ilmu yang dipindahkan oleh akademia kepada industri

4/5

2.

Keupayaan akademia untuk membimbing bagi menyelesaikan masalah seperti mana yang dikehendaki oleh industri

4/5

3.

Pengetahuan akademia terhadap projek 5/5

4.

Komitmen akademia terhadap projek 5/5

B) Penilaian Terhadap Ilmu Yang Dipindahkan

BIL

PENILAIAN ILMU YANG DIPINDAHKAN

SKALA PENILAIAN

1.

Sasaran objektif projek yang telah dicapai

3/5

2.

Hasil yang dicapai berbanding sumbangan yang disalurkan oleh industri

3/5

C) Penilaian Terhadap Graduan Pelatih

BIL

PENILAIAN GRADUAN PELATIH

SKALA PENILAIAN

1.

Pengetahuan yang diperoleh graduan pelatih daripada projek

4/5

2.

Keberkesanan graduan pelatih menyampaikan ilmu

3/5

3.

Kemahiran graduan pelatih berkomunikasi, berfikir, merancang, memimpin, dan kerja berpasukan

3/5

4.

Etika kerja graduan pelatih terhadap projek 5/5

Maklum Balas Keseluruhan Daripada Pihak Industri Terhadap Projek

-

Komen Daripada Panel Pakar KTP Pemantauan

Berdasarkan penilaian keseluruhan, projek ini berada pada kategori jingga. Projek ini lebih berfokuskan penyelidikan. Pembinaan lampu jalan berasaskan tenaga suria dan angin masih dikaji oleh Ketua Projek dan lokasi yang sesuai masih lagi dicari untuk projek ini. Kos pembangunan sistem ini juga masih tinggi. Hal ini akan menghadkan pembinaan sistem tersebut dan menyebabkan projek ini sukar untuk dikomersialkan kerana pulangan modal belum dapat dikenal pasti. Oleh itu, projek ini perlu diperkayakan lagi dari segi pemindahan ilmu supaya memberikan nilai tambah kepada golongan sasaran.

LAMPIRAN

Sistem lampu jalan berasaskan tenaga suria dan angin yang dihasilkan

Tinjauan oleh panel penilai di tapak projek

Graduan Pelatih sedang menguji pembekal kuasa PV yang dihasilkan untuk beban kecil

Bacaan pancaran sinaran suria di Kangar, Perlis

Bacaan kelajuan angin tahunan di Kangar, Perlis

Lawatan panel penilai KTP Pemantauan

Ketua projek sedang menerangkan mengenai projek yang telah dijalankan

Sesi perbincangan dan temu bual antara akademia, panel penilai dan rakan industri