tajuk: perangkap organik mudah alih...

22
AIKNM/2018/DOA/BBTMELAKA/POMA 1 PERANGKAP ORGANIK MUDAH ALIH (POMA) BAGI KAWALAN Oryctes rhinoceros RINGKASAN EKSEKUTIF Kebiasaannya serangan perosak tanaman dikawal dengan kaedah menggunakan racun kimia sahaja. Ini kerana kawalan ini didapati lebih mudah dan memberi kesan yang cepat berbanding kaedah kawalan yang lain. Bagaimana pun penggunaan racun kimia secara berterusan boleh menyebabkan perosak menjadi kebal dan memudaratkan alam sekitar. Perangkap organik adalah salah satu kaedah kawalan fizikal yang boleh digunakan bagi mengawal Kumbang Tanduk di kawasan tanaman kelapa. Kawalan ini didapati sangat berkesan mengawal kumbang tanduk pada peringkat larva. Pembinaan perangkap organik Kumbang Tanduk secara konvensional kadang kala tidak digemari oleh petani/usahawan kerana tidak tahan lama dan sukar dipindahkan. Inovasi ini dibuat bertujuan menyediakan Perangkap Organik Mudah Alih (POMA) bagi kawalan Oryctes rhinoceros dengan melibatkan pembinaan kerangka besi bersaiz 1m x 1m. Inovasi ini banyak membawa perubahan yang positif kepada pengusaha/petani tanaman kelapa di mana pengusaha mengaplikasikan kaedah kawalan fizikal terlebih dahulu sebelum menggunakan kawalan kimia. Secara tidak langsung ia dapat membantu mengurangkan kos input racun dan melestarikan alam sekitar. Di antara faedah secara langsung yang penting dihasilkan oleh inovasi ini adalah alatan yang dibina tahan lama, mudah dialihkan, menjimatkan masa, mengurangkan kos serta meningkatkan kesedaran dan minat tentang konsep IPM dalam pengawalan perosak tanaman kelapa.

Upload: others

Post on 01-Sep-2019

27 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: TAJUK: PERANGKAP ORGANIK MUDAH ALIH BAGIhabinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2474-perangkap-organik-mudah...racun kimia sahaja. Ini kerana kawalan ini didapati lebih mudah dan memberi

AIKNM/2018/DOA/BBTMELAKA/POMA

1

PERANGKAP ORGANIK MUDAH ALIH (POMA) BAGI KAWALAN Oryctes rhinoceros

RINGKASAN EKSEKUTIF Kebiasaannya serangan perosak tanaman dikawal dengan kaedah menggunakan

racun kimia sahaja. Ini kerana kawalan ini didapati lebih mudah dan memberi

kesan yang cepat berbanding kaedah kawalan yang lain. Bagaimana pun

penggunaan racun kimia secara berterusan boleh menyebabkan perosak menjadi

kebal dan memudaratkan alam sekitar. Perangkap organik adalah salah satu

kaedah kawalan fizikal yang boleh digunakan bagi mengawal Kumbang Tanduk di

kawasan tanaman kelapa. Kawalan ini didapati sangat berkesan mengawal

kumbang tanduk pada peringkat larva. Pembinaan perangkap organik Kumbang

Tanduk secara konvensional kadang kala tidak digemari oleh petani/usahawan

kerana tidak tahan lama dan sukar dipindahkan.

Inovasi ini dibuat bertujuan menyediakan Perangkap Organik Mudah Alih (POMA)

bagi kawalan Oryctes rhinoceros dengan melibatkan pembinaan kerangka besi

bersaiz 1m x 1m. Inovasi ini banyak membawa perubahan yang positif kepada

pengusaha/petani tanaman kelapa di mana pengusaha mengaplikasikan kaedah

kawalan fizikal terlebih dahulu sebelum menggunakan kawalan kimia. Secara

tidak langsung ia dapat membantu mengurangkan kos input racun dan

melestarikan alam sekitar.

Di antara faedah secara langsung yang penting dihasilkan oleh inovasi ini adalah

alatan yang dibina tahan lama, mudah dialihkan, menjimatkan masa,

mengurangkan kos serta meningkatkan kesedaran dan minat tentang konsep IPM

dalam pengawalan perosak tanaman kelapa.

Page 2: TAJUK: PERANGKAP ORGANIK MUDAH ALIH BAGIhabinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2474-perangkap-organik-mudah...racun kimia sahaja. Ini kerana kawalan ini didapati lebih mudah dan memberi

AIKNM/2018/DOA/BBTMELAKA/POMA

2

PERINCIAN PROJEK 1.0 Signifikan Pemilihan Projek - POMA

Kertas kerja ini disediakan bertujuan untuk menerangkan tentang inovasi

"Perangkap Organik Mudah Alih (POMA) bagi kawalan Oryctes rhinoceros" iaitu

sejenis perangkap yang digunakan untuk mengawal Kumbang Tanduk (Oryctes

rhinoceros) di ladang kelapa.

Kumbang Tanduk (Oryctes rhinoceros) merupakan perosak major bagi

tanaman kelapa, kelapa sawit dan beberapa tanaman dalam famili palmae.

Serangan Kumbang Tanduk secara serius boleh mengurangkan hasil dan

memberi kerugian yang besar kepada petani. Kumbang Tanduk dewasa berwarna

hitam dan mempunyai struktur sumbu di kepala. Kumbang dewasa merosakkan

tanaman dengan mengorek ke dalam pucuk dan memakan tisu-tisu lembut kelapa.

Apabila pelepah membesar daun akan membentuk seperti kipas. Serangan juga

menyebabkan pelepah patah dan membantutkan pertumbuhan pokok.

Seranggan yang teruk juga menyebabkan air bertakung dalam lubang yang

dikorek dan mengakibatkan pucuk reput dan musnah. Ini mendedahkan pula

kepada serangan Kumbang Merah Palma.

Kumbang Tanduk dewasa bertelur pada batang kelapa yang reput, bahan

organik atau sampah sarap. Larva yang dikenali sebagai ‘grub’ akan hidup pada

bahan reput sehingga peringkat pupa. Kumbang Tanduk dewasa aktif pada waktu

malam dan bertelur pada waktu siang.

Page 3: TAJUK: PERANGKAP ORGANIK MUDAH ALIH BAGIhabinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2474-perangkap-organik-mudah...racun kimia sahaja. Ini kerana kawalan ini didapati lebih mudah dan memberi

AIKNM/2018/DOA/BBTMELAKA/POMA

3

Kumbang tanduk betina berupaya bertelur di antara 50-100 biji telur dan

mengambil masa 8-12 hari untuk menetas. Peringkat larva mengambil masa di

antara 80 ke 200 hari (instar pertama 10 -21 hari, instar kedua 12-21 hari dan

instar ke tiga 60 – 125 hari). Seterusnya ia akan melalui peringkat pre-pupa

selama 8-13 hari dan peringkat akhir pupa selama 17-30 hari. Seekor kumbang

tanduk dewasa boleh hidup lebih dari 6 bulan (Bedford, 1980; Khoo et al., 1991).

Suhu yang sesuai bagi membiakkan larva kumbang kumbang tanduk adalah

27-29 OC dengan RH 85-95% (Bedford, 1980).

Liau dan Ahmad (1991) memaklumkan sebanyak 25% hasil pengeluaran

berkurangan bagi 2 tahun pertama akibat serangan Kumbang Tanduk ini.

Gambar 1 : Kitaran hidup Orytces Rhinoceros

Page 4: TAJUK: PERANGKAP ORGANIK MUDAH ALIH BAGIhabinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2474-perangkap-organik-mudah...racun kimia sahaja. Ini kerana kawalan ini didapati lebih mudah dan memberi

AIKNM/2018/DOA/BBTMELAKA/POMA

4

Gambar 2 & 3 : Kesan serangan Kumbang Tanduk

Penggunaan perangkap organik bertujuan memerangkap Kumbang Tanduk di

peringkat larva. Melalui kaedah ini kumbang tanduk akan bertelur dan menetas di

dalam perangkap organik yang disediakan. Perangkap perlu diperiksa setiap 2

minggu dan kumbang/larva yang dijumpai dikutip dan dimusnahkan.

2.0 Tindakan Penyelesaian

Inovasi Perangkap Organik Mudah Alih (POMA) ini dapat membawa

perubahan yang positif bagi usahawan tanaman kelapa khususnya dalam aspek

kawalan perosak secara fizikal serta menggalakkan pengurusan ladang pertanian

lestari secara “Integrated Pest Management” (IPM).

Di antara faedah secara langsung yang penting dihasilkan oleh inovasi ini

adalah peningkatan kemudahan kawalan perosak secara fizikal, meningkatkan

Page 5: TAJUK: PERANGKAP ORGANIK MUDAH ALIH BAGIhabinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2474-perangkap-organik-mudah...racun kimia sahaja. Ini kerana kawalan ini didapati lebih mudah dan memberi

AIKNM/2018/DOA/BBTMELAKA/POMA

5

kesedaran IPM kepada pengusaha/petani, menghasilkan tanaman yang sihat dan

berkualiti, mengurangkan pencemaran alam sekitar dan mengurangkan

penggunaan racun perosak serta risiko perosak yang resistan terhadap racun

perosak.

Di antara objektif inovasi ini adalah seperti berikut:

a) Memudahkan pembinaan struktur pembinaan perangkap organik di ladang.

b) Menggalakkan petani mengaplikasikan kawalan serangga perosak secara

fizikal.

c) Mengurangkan kos kawalan kumbang tanduk secara kimia.

d) Menyokong industri tanaman kelapa di Malaysia yang mana sering mendapat

permintaan yang tinggi sepanjang tahun.

Inovasi ini melibatkan pembinaan satu struktur “Perangkap Organik Mudah

Alih (POMA)” yang mudah di pasang di ladang kelapa.

Inovasi ini telah dilaksanakan secara percubaan mulai tahun 2017. Jumlah

kos yang terlibat bagi menyediakan Perangkap Organik Mudah Alih (POMA) ini

adalah sebanyak RM 800.00 sahaja bagi menyediakan struktur kerangka ini.

Page 6: TAJUK: PERANGKAP ORGANIK MUDAH ALIH BAGIhabinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2474-perangkap-organik-mudah...racun kimia sahaja. Ini kerana kawalan ini didapati lebih mudah dan memberi

AIKNM/2018/DOA/BBTMELAKA/POMA

6

2.1 Situasi Semasa (Sebelum Inovasi) – Secara Konvensional

Sebelum inovasi dilaksanakan, struktur Perangkap Organik Tiruan secara

konvensional bagi kawalan Oryctes rhinoceros dibina dengan menggunakan

batang pohon kelapa yang dipotong sepanjang 1m x 1m. Sebatang pohon kelapa

yang tidak komersial dipilih dan ditebang bagi mendapatkan batangnya.

Kerja-kerja menebang ini memerlukan tenaga kerja sekurang-kurangnya 2 orang

dan memerlukan kemahiran dan teknik yang betul supaya tiada kemalangan dan

kerosakan harta berlaku (Gambar 4).

Gambar 4 : Aktiviti memotong batang kelapa menjadi 1m x 1m

Pokok kelapa kemudian dipotong sepanjang 1m x1m dan diangkat ke lokasi

yang telah dikenalpasti (Gambar 5). Perangkap dipasang dengan plastik

polyethelene (PE) setinggi 1m di sekelilingnya bagi mengelakkan perangkap

Page 7: TAJUK: PERANGKAP ORGANIK MUDAH ALIH BAGIhabinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2474-perangkap-organik-mudah...racun kimia sahaja. Ini kerana kawalan ini didapati lebih mudah dan memberi

AIKNM/2018/DOA/BBTMELAKA/POMA

7

dirosakkan oleh babi atau binatang lain.

o Gambar 5 : Kerja mengangkat batang kelapa ke lokasi yang ditetapkan.

o

Gambar 6 : Perangkap di pasang dengan plastik polyethelene (PE) setinggi 1m

Page 8: TAJUK: PERANGKAP ORGANIK MUDAH ALIH BAGIhabinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2474-perangkap-organik-mudah...racun kimia sahaja. Ini kerana kawalan ini didapati lebih mudah dan memberi

AIKNM/2018/DOA/BBTMELAKA/POMA

8

Kerja menyiapkan 1 unit perangkap organik mengambil masa 5 - 6 jam di

ladang dengan memerlukan peralatan pertukangan seperti gergaji kayu/chainsaw,

tukul, kayu, paku dan lain-lain lagi. Usahawan/petani juga perlu memiliki

kemahiran pertukangan asas bagi menyediakan perangkap organik secara

konvensional ini (Gambar 7 & 8).

Gambar 7 & 8 : Memerlukan kemahiran dan peralatan pertukangan

Perangkap yang dibina daripada batang pohon kelapa ini mempunyai

ketahanan 8 - 12 bulan sahaja dan akan melalui proses pereputan. Jika tidak

diuruskan dengan betul akan menjadi tempat pembiakan untuk perosak.

Page 9: TAJUK: PERANGKAP ORGANIK MUDAH ALIH BAGIhabinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2474-perangkap-organik-mudah...racun kimia sahaja. Ini kerana kawalan ini didapati lebih mudah dan memberi

AIKNM/2018/DOA/BBTMELAKA/POMA

9

2.2 Masalah Yang Dihadapi Sebelum Inovasi Dilaksanakan

a) Aktiviti membina struktur perangkap organik ini melibatkan kerja-kerja

mencari dan memotong batang pohon kelapa. Batang pohon kelapa perlu

dipotong dengan menggunakan gergaji kayu atau chainsaw. Oleh itu ia

melibatkan kos untuk membeli peralatan ini.

b) Sebatang pokok kelapa yang tidak berpotensi lagi perlu ditebang bagi

menyediakan perangkap ini. Walaupun pohon ini boleh didapati secara

percuma tetapi kerja menebang memerlukan teknik yang betul supaya tidak

merosakkan tanaman atau harta benda di sekeliling. Batang pohon kelapa

juga agak berat dan besar untuk diangkut ke lokasi yang sesuai di dalam

ladang. Ini ditambah lagi dengan keadaaan usahawan/petani yang telah

berusia.

c) Ada juga petani yang tidak berkemahiran dalam melaksanakan kerja-kerja

pertukangan. Walaupun struktur pembinaan perangkap organik kelihatan

seperti mudah dan ringkas tetapi bagi mereka yang tidak pernah dan

berminat melakukan kerja-kerja pertukangan ia adalah kerja yang sukar.

d) Pembinaan struktur mengambil masa bagi kerja mengangkat, memotong,

mengetuk dan lain-lain. Secara tidak langsung mengambil masa untuk

menyediakan perangkap organik yang secara konvensional.

Page 10: TAJUK: PERANGKAP ORGANIK MUDAH ALIH BAGIhabinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2474-perangkap-organik-mudah...racun kimia sahaja. Ini kerana kawalan ini didapati lebih mudah dan memberi

AIKNM/2018/DOA/BBTMELAKA/POMA

10

e) Kualiti perangkap organik yang dibina tidak tahan lama dan tidak seragam

(Gambar 9 hingga 11). Ini kerana ia dibina dari kayu dan batang kelapa yang

akan melalui proses pereputan dalam masa tertentu. Pada keadaan lembap

pula akan menyebabkan pertumbuhan kulat/mikroorganisma pada tiang dan

batang perangkap.

Gambar 9 : Contoh model perangkap organik konvensional

Page 11: TAJUK: PERANGKAP ORGANIK MUDAH ALIH BAGIhabinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2474-perangkap-organik-mudah...racun kimia sahaja. Ini kerana kawalan ini didapati lebih mudah dan memberi

AIKNM/2018/DOA/BBTMELAKA/POMA

11

Gambar 10 : Contoh model perangkap organik konvensional

Gambar 11 : Contoh model perangkap organik konvensional

Page 12: TAJUK: PERANGKAP ORGANIK MUDAH ALIH BAGIhabinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2474-perangkap-organik-mudah...racun kimia sahaja. Ini kerana kawalan ini didapati lebih mudah dan memberi

AIKNM/2018/DOA/BBTMELAKA/POMA

12

f) Kebiasaannya tiang perangkap yang dibina ditanam terus ke dalam tanah.

Kerja-kerja pertukangan dibuat di lokasi yang ditetapkan terlebih dahulu.

Perangkap yang telah disediakan sukar dialihkan dari satu lokasi ke lokasi

ladang yang lain. Jika perangkap hendak dipindahkan perlu dirobohkan dan

dibina semula di lokasi baru.

Kesukaran menyediakan Perangkap Organik secara konvensional ini

menyebabkan pengusaha/petani kurang berminat untuk menggunakan

teknik kawalan ini walaupun teknik ini adalah kaedah yang sangat berkesan

dan efisyen bagi mengawal kumbang tanduk di ladang. Tambahan pula

kaedah ini lebih selamat dan mesra alam kerana tiada penggunaan racun

kimia.

Page 13: TAJUK: PERANGKAP ORGANIK MUDAH ALIH BAGIhabinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2474-perangkap-organik-mudah...racun kimia sahaja. Ini kerana kawalan ini didapati lebih mudah dan memberi

AIKNM/2018/DOA/BBTMELAKA/POMA

13

3.0 Keberhasilan Projek – Outcome dan Impak

- Kelebihan Dan Faedah Pelaksanaan Inovasi Bagi Meningkatkan

Kualiti Perkhidmatan

Faedah-faedah yang diperolehi hasil dari pelaksanaan inovasi ini

adalah seperti berikut:

a. Tahan lama, tidak mudah rosak dan mudah dialihkan

Material besi lebih tahan lama berbanding kayu dan batang kelapa.

Oleh itu petani dapat menggunakannya dalam jangka masa yang lama

memandangkan tanaman kelapa merupakan tanaman yang mempunyai

jangka hayat yang panjang sekitar 25 - 30 tahun. Memandangkan

perangkap ini ringan dan tahan lama berbanding perangkap organik

konvensional maka ia juga mudah dialihkan dari satu lokasi ke lokasi

ladang lain (Gambar 12).

Gambar 12 : Struktur POMA

Page 14: TAJUK: PERANGKAP ORGANIK MUDAH ALIH BAGIhabinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2474-perangkap-organik-mudah...racun kimia sahaja. Ini kerana kawalan ini didapati lebih mudah dan memberi

AIKNM/2018/DOA/BBTMELAKA/POMA

14

b. Penjimatan Masa

Tidak memerlukan masa yang lama untuk menyediakan perangkap ini.

Tidak memerlukan kemahiran pertukangan. Pengusaha/petani dapat

menumpukan kerja-kerja pengurusan ladang yang lain. Dengan ini

pengeluaran (dari aspek produktiviti dan kualiti) dapat dipertingkatkan.

Kerja menyediakan Perangkap Organik Mudah Alih ini hanya mengambil

masa lebih kurang 10-15 minit sahaja.

Page 15: TAJUK: PERANGKAP ORGANIK MUDAH ALIH BAGIhabinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2474-perangkap-organik-mudah...racun kimia sahaja. Ini kerana kawalan ini didapati lebih mudah dan memberi

AIKNM/2018/DOA/BBTMELAKA/POMA

15

c. Mengurangkan Kos

Pembelian peralatan pertukangan tidak diperlukan. Pengusaha hanya

perlu mengikuti dan memahami manual pemasangan yang disediakan.

Anggaran Kos Perangkap Organik Konvensional Berbanding Perangkap Organik Mudah Alih (POMA)

PERKARA

PERANGKAP ORGANIK

KONVENSIONAL

PERANGKAP

ORGANIK MUDAH ALIH

CATATAN

i. Chainsaw

RM 750.00

ii. Gergaji Kayu

RM 20.00

iii. Paku RM 5.00 (Kos berulang)

iv. Kayu RM 100.00 (Kos berulang)

v. Netting Hitam

RM 20.00 (Kos berulang)

vi. Tukul

RM 15.00

v. Kereta sorang

RM 150.00

vi. Tali RM 30.00

vii. Upah membina

RM 800.00

JUMLAH

RM 1,090.00

RM 800.00

Penjimatan kos = RM 290 / RM 1090 x 100 = 27 %

Page 16: TAJUK: PERANGKAP ORGANIK MUDAH ALIH BAGIhabinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2474-perangkap-organik-mudah...racun kimia sahaja. Ini kerana kawalan ini didapati lebih mudah dan memberi

AIKNM/2018/DOA/BBTMELAKA/POMA

16

d. Peningkatan Kesedaran dan minat tentang Konsep IPM

Pemasangan perangkap organik merupakan salah satu kaedah

kawalan secara fizikal. Galakkan menggunakan perangkap organik ini

secara tidak langsung dapat mengurangkan penggunaan racun kimia dan

menjimatkan kos pembelian input bagi program kawalan serangga

perosak. Didapati harga input pertanian seperti racun serangga

meningkat setiap tahun dan peningkatan ini secara tidak langsung

membebankan pengusaha/petani. Kaedah kawalan yang tidak

menggunakan kimia harus diketengahkan dalam usaha mengurangkan

kos projek. Selain itu ia memberi kesedaran kepada petani tentang

kepentingan menjaga alam sekitar dan kesihatan diri. Tambahan pula

penggunaan racun kimia perlu mengikuti garis panduan yang ditetapkan.

Page 17: TAJUK: PERANGKAP ORGANIK MUDAH ALIH BAGIhabinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2474-perangkap-organik-mudah...racun kimia sahaja. Ini kerana kawalan ini didapati lebih mudah dan memberi

AIKNM/2018/DOA/BBTMELAKA/POMA

17

e. Perangkap yang lebih kemas, menarik dan standard

Struktur perangkap organik ini lebih seragam kerana telah dibuat

dalam bentuk dan saiz yang sama. Rekabentuknya juga lebih kemas

dengan bumbung perangkap yang dibuat daripada netting hitam

(Gambar 13).

Gambar 13: Struktur POMA di petak pemerhatian

Page 18: TAJUK: PERANGKAP ORGANIK MUDAH ALIH BAGIhabinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2474-perangkap-organik-mudah...racun kimia sahaja. Ini kerana kawalan ini didapati lebih mudah dan memberi

AIKNM/2018/DOA/BBTMELAKA/POMA

18

f. Menjimatkan ruang penyimpanan

Struktur perangkap Organik Mudah Alih dibina dalam bentuk rangka

dan plat besi yang boleh dibuka dan dilipat. Oleh itu ia lebih senang

disimpan apabila tidak perlu dan menjimatkan ruang penyimpanan.

4.0 Potensi Pengembangan Projek

Inovasi ini melibatkan pembinaan satu kerangka besi yang dipasang di

kawasan tanaman/ladang kelapa iaitu di Petak Pemerhatian Kawalan Perosak

Kelapa Bahagian Biosekuriti Tumbuhan, Kompleks Pertanian Pulau Gadong,

Melaka. Kerangka besi ini berperanan sebagai tempat pembiakan tiruan

Kumbang Tanduk untuk bertelur dan membiak.

Bidang Utama yang menjadi Tumpuan Inovasi

“ KAWALAN PEROSAK TANAMAN SECARA PENGURUSAN PEROSAK BERSEPADU (IPM)”

Inovasi ini telah bermula dijalankan secara percubaan mulai 2017 dengan

pemasangan perangkap organik di Petak Pemerhatian Kawalan Perosak

Tanaman Kelapa Biosekuriti Tumbuhan, Kompleks Pertanian Pulau Gadong.

Jumlah Kos yang terlibat adalah sebanyak RM 800.00 bagi pembinaan struktur

kerangka besi ini.

Page 19: TAJUK: PERANGKAP ORGANIK MUDAH ALIH BAGIhabinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2474-perangkap-organik-mudah...racun kimia sahaja. Ini kerana kawalan ini didapati lebih mudah dan memberi

AIKNM/2018/DOA/BBTMELAKA/POMA

19

Keadaan selepas pelaksanaan Inovasi

i) Struktur kerangka besi tahan lama, tidak mudah rosak dan mudah

dialihkan.

ii) Menjimatkan masa menyediakan satu perangkap.

iii) Menarik minat dan kesedaran tentang konsep kawalan secara IPM.

iv) Perangkap yang lebih kemas, menarik dan standard

Inovasi ini sesuai digunakan oleh:

a) Penanam kelapa seperti pekebun kecil, pengusaha ladang dan

individu

b) Pengusaha ladang kelapa sawit

c) Nurseri tanaman palma

5.0 Penutup

Pembinaan Perangkap Organik Mudah Alih (POMA) yang mudah ini

dapat membantu petani/usahawan dalam menyelesaikan isu perosak pada

tanaman kelapa dan menarik minat petani/usahawan mengawal perosak

tanpa menggunakan racun perosak semata-mata dan menjaga kelestarian

alam sekitar dari tercemar.

Page 20: TAJUK: PERANGKAP ORGANIK MUDAH ALIH BAGIhabinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2474-perangkap-organik-mudah...racun kimia sahaja. Ini kerana kawalan ini didapati lebih mudah dan memberi

AIKNM/2018/DOA/BBTMELAKA/POMA

20

6. Lampiran

Rekabentuk Komponen Struktur Kerangka Dinding 1m 6 in

2 unit plat 1m

6in

2 unit plat

1 kaki

1 kaki

Page 21: TAJUK: PERANGKAP ORGANIK MUDAH ALIH BAGIhabinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2474-perangkap-organik-mudah...racun kimia sahaja. Ini kerana kawalan ini didapati lebih mudah dan memberi

AIKNM/2018/DOA/BBTMELAKA/POMA

21

Rekabentuk Komponen Struktur Kerangka Tiang

2 unit Besi holo 3.5 kaki tinggi

2 unit

Besi holo 4 kaki tinggi

Page 22: TAJUK: PERANGKAP ORGANIK MUDAH ALIH BAGIhabinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2474-perangkap-organik-mudah...racun kimia sahaja. Ini kerana kawalan ini didapati lebih mudah dan memberi

AIKNM/2018/DOA/BBTMELAKA/POMA

22

Rekabentuk Komponen Struktur Kerangka Bumbung 4 kaki

4 kaki

Jaring hitam