tajuk / nama inovasi -...

6
BORANG DAFTAR INOVASI KEMENTERIAN SUMBER MANUSIA BAHAGIAN/ JABATAN : ILP Kuantan / JTM BIL. TAJUK INOVASI KETERANGAN INOVASI (maksimum 500 patah perkataan) IMPAK INOVASI KEPADA RAKYAT 1 Manual Bar Bender Projek ini dinamakan Manual Bar Bender (MBB) kerana fungsinya adalah untuk memudahkan membengkok keluli lembut. MBB ini sememangnya banyak kegunaannya terutama di bengkel-bengkel kejuruteraan pembuatan yang membuat pelbagai jenis peralatan berasaskan keluli lembut seperti kerusi, meja, rak, pintu dan lain-lain lagi. Kelebihan projek ini adalah menjimatkan tenaga kerja kerana untuk mengendalikan MBB ini hanya memerlukan 1-2 orang sahaja. MBB ini mampu membengkok besi yang bersaiz 1 ~ 15 mm dengan ketepatan sudut 0° hingga 270°. Selain itu, MBB mempunyai kelainannya tersendiri berbanding dengan projek lain kerana rekabentuknya yang ringkas dan mudah digunakan oleh semua individu. Bukan itu sahaja,projek kami juga mempunyai ketahanan yang kukuh dan kuat untuk membengkokkan pelbagai jenis besi. Projek kami juga mengandungi pelbagai ciri- ciri keselamatan iaitu mempunyai tapak yang stabil dan kukuh untuk digunakan. Golongan sasaran bagi projek ini adalah kepada pengusaha- pengusaha industri kecil dan sederhana dalam beberapa bidang perniagaan iaitu pembuatan perabot berasaskan besi, kerja-kerja di tapak pembinaan dan bengkel-bengkel kejuruteraan. Dengan adanya inovasi sebegini maka ia membantu meningkatkan lagi produktiviti dan seterusnya mampu menjana ekonomi dengan peningkatan keuntungan pengusaha-pengusaha industri ini.

Upload: trinhkhuong

Post on 05-Mar-2018

269 views

Category:

Documents


6 download

TRANSCRIPT

Page 1: TAJUK / NAMA INOVASI - s3p.mampu.gov.mys3p.mampu.gov.my/laporan_inovasi/1239-manual-bar-bender.pdf · terutama di bengkel-bengkel kejuruteraan ... kritikal khususnya apabila berlaku

BORANG DAFTAR INOVASI KEMENTERIAN SUMBER MANUSIA

BAHAGIAN/ JABATAN : ILP Kuantan / JTM

BIL. TAJUK INOVASI KETERANGAN INOVASI (maksimum 500 patah perkataan)

IMPAK INOVASI KEPADA RAKYAT

1 Manual Bar Bender

Projek ini dinamakan Manual Bar Bender (MBB) kerana fungsinya adalah untuk memudahkan membengkok keluli lembut. MBB ini sememangnya banyak kegunaannya terutama di bengkel-bengkel kejuruteraan pembuatan yang membuat pelbagai jenis peralatan berasaskan keluli lembut seperti kerusi, meja, rak, pintu dan lain-lain lagi. Kelebihan projek ini adalah menjimatkan tenaga kerja kerana untuk mengendalikan MBB ini hanya memerlukan 1-2 orang sahaja. MBB ini mampu membengkok besi yang bersaiz 1 ~ 15 mm dengan ketepatan sudut

0° hingga 270°. Selain itu, MBB mempunyai

kelainannya tersendiri berbanding dengan projek lain kerana rekabentuknya yang ringkas dan mudah digunakan oleh semua individu. Bukan itu sahaja,projek kami juga mempunyai ketahanan yang kukuh dan kuat untuk membengkokkan pelbagai jenis besi. Projek kami juga mengandungi pelbagai ciri-ciri keselamatan iaitu mempunyai tapak yang stabil dan kukuh untuk digunakan.

Golongan sasaran bagi projek ini adalah kepada pengusaha-pengusaha industri kecil dan sederhana dalam beberapa bidang perniagaan iaitu pembuatan perabot berasaskan besi, kerja-kerja di tapak pembinaan dan bengkel-bengkel kejuruteraan. Dengan adanya inovasi sebegini maka ia membantu meningkatkan lagi produktiviti dan seterusnya mampu menjana ekonomi dengan peningkatan keuntungan pengusaha-pengusaha industri ini.

Page 2: TAJUK / NAMA INOVASI - s3p.mampu.gov.mys3p.mampu.gov.my/laporan_inovasi/1239-manual-bar-bender.pdf · terutama di bengkel-bengkel kejuruteraan ... kritikal khususnya apabila berlaku

PENGENALAN

Manual Bar Bender merupakan suatu alat yang memudahkan untuk membengkok pelbagai jenis keluli

lembut. Alat ini direka khas dengan struktur ketahanan yang kukuh dengan menggunakan mild steel plate

9mm sebagai tapak. Ia juga disokong dengan menggunakan round bar 30 mm sebagai pemegang untuk

mengbengkok besi. Ia juga mempunyai sebatang tiang yang berukuran 3 kaki tinggi iaitu mild steel square

tube 125mm x 125mm x 1.2mm untuk mestabilkan alat ini.

. LAPORAN INOVASI (Nyatakan secara ringkas yang mana berkaitan)

Tujuan Projek Inovasi ini adalah untuk mengatasi beberapa masalah yang dihadapi oleh pengusaha-pengusaha bengkel kejuruteraan dan perusahaan berasaskan proses membengkok besi bersaiz sederhana. Antara permasalahan yang dihadapi golongan ini adalah sepertimana berikut :

i. Kesukaran untuk mengbengkok keluli lembut mengikut saiz dan sudut yang dikehendaki

ii. Memerlukan sejumlah tenaga bagi proses membengkok besi

iii. Kemalangan kerap berlaku dan pekerja terdedah kepada kecederaan

iv. Penggunaan masa yang kurang efektif menyumbang kepada kelewatan dan kurang membantu dalam menjana ekonomi pemilik perusahaan akibat kesukaran mendapatkan bentuk yang dikehendaki

Proses Pelaksanaan Inovasi Projek inovasi ini dibangunkan sepenuhnya secara in-house

Page 3: TAJUK / NAMA INOVASI - s3p.mampu.gov.mys3p.mampu.gov.my/laporan_inovasi/1239-manual-bar-bender.pdf · terutama di bengkel-bengkel kejuruteraan ... kritikal khususnya apabila berlaku

Proses sebelum

Sebelum ini, kebanyakan proses membengkok besi menggunakan kaedah konvensional iaitu menggunakan sepenuhnya tenaga manusia dengan bantuan peralatan yang terhad. Keadaan ini kurang membantu dalam meningkatkan produktiviti .Dengan peratus penggunaan tenaga yang tinggi serta pembaziran masa yang agak kritikal khususnya apabila berlaku kemalangan di mana pekerja terdedah kepada risiko kecederaan, keadaan ini tidak menyumbang sebarang keuntungan kepada pengusaha. Mesin-mesin mekanikal berkuasa elektrik ada diperkenalkan di dalam industri dengan harga yang agak tinggi dan tidak mampu dimiliki oleh pengusaha-pengusaha bengkel kejuruteraan.Selain daripada harganya yang tinggi, kos penyelenggaraannya juga tinggi.

Proses selepas

Selepas projek inovasi ini diperkenalkan, ia dapat membantu dalam memudahkan lagi proses membengkok besi di mana penggunaan tenaga dapat dikurangkan selain dari harga yang murah dan mampu milik. Penggunaan masa juga dapat dijimatkan dan secara tidak langsung meningkatkan tahap produktiviti pengusaha. Ia juga mampu menjana keuntungan serta mengurangkan risiko kecederaan kepada pekerja.Malahan pekerja dari kalangan wanita juga berupaya mengoperasikannya kerana ia mudah dan tidak memerlukan banyak tenaga. Rekabentuk uniknya meringankan kerja membengkok besi serta binaannya yang ergonomik membantu melancarkan lagi proses.

Elemen penurunan kuasa (jika ada) : Tiada

Impak inovasi terhadap kumpulan sasar / perkhidmatan / jabatan / agensi / Negara:

Elemen Inovatif / Kreativiti Rekabentuk yang ringkas Menjimatkan ruang dan ringan Mudah dikendali dan mesra pengguna

Page 4: TAJUK / NAMA INOVASI - s3p.mampu.gov.mys3p.mampu.gov.my/laporan_inovasi/1239-manual-bar-bender.pdf · terutama di bengkel-bengkel kejuruteraan ... kritikal khususnya apabila berlaku

Elemen Keberkesanan Produktiviti meningkat hasil dari penjimatan tenaga dan masa Dengan meningkatnya produktiviti secara langsung mampu menjana pendapatan serta keuntungan

kepada pengusaha Seorang pekerja mampu mengoperasikan inovasi ini

Elemen Signifikan Dengan konsep mudah dikendalikan secara langsung memberi impak penjimatan penggunaan masa dan

tenaga Kos pengeluaran dijimatkan di mana inovasi ini tidak melibatkan kos penjagaan dan penyelenggaraan yang

tinggi serta menggunakan bahan berasaskan keluli lembut yang murah dan mudah diperolehi di pasaran

Elemen Relevan Meningkatkan imej organisasi / jabatan secara langsung kerana berupaya merebentuk seterusnya

memperkenalkan inovasi sedemikian kepada umum khususnya pengusaha industri kecil dan sederhana sekitarnya

Peningkatan diterima

Berdasarkan kaji selidik yang telah dijalankan, sambutan dari pengusaha agak menggalakkan. Ini terbukti dengan adanya segelintir pengusaha yang ingin membeli projek inovasi ini. Selain daripada itu ada juga segelintir pengusaha yang mahukan ianya dipertingkatkan lagi dengan kepelbagaian proses membengkok.

Page 5: TAJUK / NAMA INOVASI - s3p.mampu.gov.mys3p.mampu.gov.my/laporan_inovasi/1239-manual-bar-bender.pdf · terutama di bengkel-bengkel kejuruteraan ... kritikal khususnya apabila berlaku

Gambar-gambar berkaitan

Page 6: TAJUK / NAMA INOVASI - s3p.mampu.gov.mys3p.mampu.gov.my/laporan_inovasi/1239-manual-bar-bender.pdf · terutama di bengkel-bengkel kejuruteraan ... kritikal khususnya apabila berlaku

Implikasi Kewangan (jika ada) : Tiada

PENUTUP Projek inovasi ini berupaya membantu menjana ekonomi pengusaha-pengusaha industri kecil dan sederhana sekiranya langkah mengkomersialkannya dilaksanakan, seterusnya menyahut cabaran pihak kerajaan ke arah menghasilkan produk berjenama tempatan. Ia juga berkemampuan meningkatkan ekonomi negara secara tidak langsung. Disediakan oleh: Nama Pegawai / Unit Terlibat : Mohd Azharruddin bin Abd. Aziz ( Teknologi Mekanik Industri ) No. Tel. : 013-9825325 Emel : [email protected]