tajuk 9 penyelidikan tindakan: analisis...

7
XXX3133 PENYELIDIKAN TINDAKAN I - XXX PENDIDIKAN RENDAH (KAEDAH) 84 TAJUK 9 PENYELIDIKAN TINDAKAN: ANALISIS DATA 9.1 Sinopsis Data yang dikutip perlu dimasukkan ke dalam fail data komputer dan disemak supaya apa yang dimasukkan adalah betul, sebelum analisis data dibuat. Data kualitatif dan data kuantitatif perlu dianalisis secara yang berbeza . Kajian kualitatif pula memerlukan kaedah penghuraian data yang berbeza, iaitu tidak menggunakan nombor untuk mewakilkan idea-idea, tetapi menulis huraian naratif yang panjang, yang kemudiannya disimpul dan dikelaskan mengikut variabel tertentu. 9.2 Hasil Pembelajaran i. Menjelaskan pertimbangan yang sewajarnya dilakukan semasa mengumpul data ii. Menjelaskan tentang pensempelan, bias, kesahan dan kebolehpercayaan iii. Menerangkan etika ketika mengumpul data. 9.3 Kerangka Konsep Tajuk 9 Analisis Data Kuantitatif kualitatif Kandungan Kategori Mengkod Menyusun Mengenalpasti Menentukan kajian susulan Deskriptif Frekuensi Peratusan Min Mod Median Sisihan piawai korelasi

Upload: haanh

Post on 07-Feb-2018

234 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

Page 1: TAJUK 9 PENYELIDIKAN TINDAKAN: ANALISIS DATAeduideas.weebly.com/.../7/4/4/4744396/modul_tajuk_9_analisis_data.pdf · XXX3133 PENYELIDIKAN TINDAKAN I - XXX PENDIDIKAN RENDAH (KAEDAH)

XXX3133 PENYELIDIKAN TINDAKAN I - XXX PENDIDIKAN RENDAH (KAEDAH)

84

TAJUK 9

PENYELIDIKAN TINDAKAN: ANALISIS DATA

9.1 Sinopsis

Data yang dikutip perlu dimasukkan ke dalam fail data komputer dan disemak supaya apa yang dimasukkan adalah betul, sebelum analisis data dibuat. Data kualitatif dan data kuantitatif perlu dianalisis secara yang berbeza . Kajian kualitatif pula memerlukan kaedah penghuraian data yang berbeza, iaitu tidak menggunakan nombor untuk mewakilkan idea-idea, tetapi menulis huraian naratif yang panjang, yang kemudiannya disimpul dan dikelaskan mengikut variabel tertentu.

9.2 Hasil Pembelajaran

i. Menjelaskan pertimbangan yang sewajarnya dilakukan semasa mengumpul data ii. Menjelaskan tentang pensempelan, bias, kesahan dan kebolehpercayaan iii. Menerangkan etika ketika mengumpul data.

9.3 Kerangka Konsep Tajuk 9

Analisis Data

Kuantitatif

kualitatif

Kandungan

Kategori

Mengkod

Menyusun

Mengenalpasti

Menentukan kajian

susulan

Deskriptif

Frekuensi

Peratusan

Min

Mod

Median

Sisihan piawai

korelasi

Page 2: TAJUK 9 PENYELIDIKAN TINDAKAN: ANALISIS DATAeduideas.weebly.com/.../7/4/4/4744396/modul_tajuk_9_analisis_data.pdf · XXX3133 PENYELIDIKAN TINDAKAN I - XXX PENDIDIKAN RENDAH (KAEDAH)

XXX3133 PENYELIDIKAN TINDAKAN I - XXX PENDIDIKAN RENDAH (KAEDAH)

85

9.3.1 Data Kualitatif

Pengkaji kualitatif menganalisis data dengan menggunakan Iangkah-Iangkah berikut:

i. Menyedia dan menyusun data untuk dianalisis. ii. Menghurai dan membina tema daripada data. iii. Melaporkan dapatan kajian. iv. Menafsirkan (interpreting) dapatan kajian. v. Mengesahkan ketepatan dan kebolehpercayaan dapatan kajian.

Creswell (2002: 258) meringkaskan tatacara am penganalisisan data kualitatif seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 5.5. Mengikut tatacara ini, selepas pengkaji mengutip data, dia perlu menyediakan data untuk diananlisis dengan menulis semula (transcribing) nota lapangan (field notes) dalam bahasa biasa, iaitu "membersihkan" nota lapangan supaya ia mudah difahami. Langkah kedua ialah membaca semua data ini untuk mendapatkan gambaran umum daripadanya. Seterusnya, data yang banyak ini perlu diberikan kod tertentu supaya ia mudah dirujuk semasa membuat analisis atau menulis taporan. Kod ini diberi dengan mencari bahagian-bahagian (segments) dalam teks dan memberikan kod tertentu kepadanya.

Analisis melibatkan proses menyusun data. Anda perlu menyusun data asal yang dikutip dalam bentuk, kategori dan unit deskriptif asas. Tanpa mengambil kira kaedah yang anda gunakan untuk mengutip data, lima (5) langkah berikut perlu diikuti dalam penganalisisan data:

(i) Tahap pra-analisis; a. Semua nota lapangan dibaca, disemak, ditingkat dan lengkapkan. b. Semua nota dilabelkan menurut jenis. Semua nota disusun menurut urutan

tertentu. c. Data direkod seperti yang dikehendaki. d. Sediakan dua fotokopi semua nota termasuk yang asal. e. Mengkod dan mengkod semula respons terbuka dan data yang

didokumenkan. f. Data komputer dimasukkan dalam sesuatu folder. g. Mula mengambil nota tema dan bentuk yang wujud. h. Pastikan data mudah diakses

(ii) Tahap kemasan data; a. Pada tahap kemasan data (data reduction), b. data ditranskripsikan dalam "word processing“ atau dalam format analisis

tekstual menggunakan komputer. c. Data yang telah ditranskripsikan dipermudahkan dan bersifat terfokus.

Page 3: TAJUK 9 PENYELIDIKAN TINDAKAN: ANALISIS DATAeduideas.weebly.com/.../7/4/4/4744396/modul_tajuk_9_analisis_data.pdf · XXX3133 PENYELIDIKAN TINDAKAN I - XXX PENDIDIKAN RENDAH (KAEDAH)

XXX3133 PENYELIDIKAN TINDAKAN I - XXX PENDIDIKAN RENDAH (KAEDAH)

86

(iii) Tahap pamiran data ; a. Data dipamirkan dalam bentuk jadual, lembaran tanda (tally) dan rumusan. b. Data yang dipamer perlu menjelaskan analisis atau tindakan tambahan yang

perlu dibuat.

(iv) Tahap verifikasi data; a. Triangulasi data digunakan untuk verifikasi pelbagai tindakan analitik yang

diambil untuk mencapai kesimpulan. b. Semua prosedur yang membawa kepada kesimpulan dinyatakan dengan

tepat. c. Proses dokumentasi semua proses penyelidikan dinyatakan dengan tepat.

(v) Tahap dapatan (termasuk interpretasi). a. Penyemakan dan interpretasi dapatan b. Interpretasi melibatkna memberi makna dan signifikan kepada analisis. c. Ia melibatkan penerangan dan penetapan bentuk diskriptif dan penentuan

hubungan sesam bentuk. d. Melihat semula aktiviti bermakna semasa melakukan interpretasi dan

disiminasi

(vi) Interpretasi a. Interpretasi bebas daripada pilih kasih (bias) anda b. Interpretasi berdasarkan teori c. Interpretasi berdasarkan maklumat d. Interpretasi tertakluk kepada prinsip etika yang ketat

Page 4: TAJUK 9 PENYELIDIKAN TINDAKAN: ANALISIS DATAeduideas.weebly.com/.../7/4/4/4744396/modul_tajuk_9_analisis_data.pdf · XXX3133 PENYELIDIKAN TINDAKAN I - XXX PENDIDIKAN RENDAH (KAEDAH)

XXX3133 PENYELIDIKAN TINDAKAN I - XXX PENDIDIKAN RENDAH (KAEDAH)

87

9.3.2 Analisis Data Kuantitatif

Biasanya alat kajian kuantitatif akan menghasilkan data yang besar saiznya. Sebagai pengkaji, anda bertanggungjawab untuk mengolah data itu kepada format yang sesuai dengan kaedah analisis data dan boleh ditafsir kemudiannya. Berikut adalah dua proses dalam menganaliss data: (a) Memproses data dari borang soal selidik (b) Memproses data dari inventori Anda perlu mengolah data kepada kategori, peratus, min dan sisihan piawai. Berikut adalah Iangkah-Iangkah dalam analisis data:

i. Fasa pra-analisis segala penjelasan tentang variabel kajian hendaklah dibaca dan difahami, dikemaskini, dan disempurnakan. Anda mesti yakin yang pemboleh ubah penting/utama dilabel dengan betul mengikut jenis atau kategori. Mereka hendaklah disusun tertib mengikut keperluan teori analisis.

Seperti yang dinyatakan dalam topik lepas, data dikutip dan dikemaskan melalui prosidur berikut:

(a) Surat memohon kebenaran membuat kajian hendaklah dihantar kepada pentadbir sekolah berserta dengan surat kebenaran daripada Kementerian Pelajaran.

(b) Selepas mendapat kebenaran dari pengetua, satu temu janji hendak dibuat dengan guru kelas untuk membincang jadual waktu bagi anda melakukan kajian. Maklumat latar belakang kelas juga perlu diketahui sebelum memulakan kajian.

(c) Apabila sampel telah dikenal pasti, borang soal-selidik/inventori diedarkan dan meminta mereka yang berkenaan mengisikannya.

(d) Sebelum analisis dibuat, data mentah yang diperoleh itu hendaklah diproses terlebih dahulu untuk mendapatkan latar belakang subjek kajian, misalnya, peratus pelajar mengikut jantina, tahap sosioekonomi ibu baps, jumlah gaji dan lokasi sekolah.

(e) Data daripada alat kajian, seperti soal-selidik/inventori, perlu diubah kepada skor variabel-variabel kajian. Ini biasanya dibuat dengan menggunakan pengiraan, seperti mengira jumlah atau min item-item tertentu untuk mengira skor bagi variabel "sikap". Jika nilai skor diperoleh secara manual, maka semakan ketepatan harus dilakukan.

(f) Selepas semua maklumat tentang latar belakang subjek kajian dan semua skor variabel kajian diperoleh, pengkaji boleh mula menganalisis data kajian untuk menjawab soalan-soalan dan/atau hipotesis-hipotesis kajian.

Page 5: TAJUK 9 PENYELIDIKAN TINDAKAN: ANALISIS DATAeduideas.weebly.com/.../7/4/4/4744396/modul_tajuk_9_analisis_data.pdf · XXX3133 PENYELIDIKAN TINDAKAN I - XXX PENDIDIKAN RENDAH (KAEDAH)

XXX3133 PENYELIDIKAN TINDAKAN I - XXX PENDIDIKAN RENDAH (KAEDAH)

88

ii. Fasa pengurangan saiz data

Selalunya, penyelidik cuba menerangkan sesuatu taburan data dengan hanya menggunakan beberapa sukatan penting seperti berikut:

(i) Sukatan kecenderungan memusat: Min, mod, median, kuartil, desil dan persentil, dan lain-lain.

(ii) Sukatan serakan: Julat, julat antara kuartil, sisihan piawai, varians, pekali variasi, dan lain-lain.

iii. Fasa paparan data iv. Fasa pengesahan data v. Fasa dapatan

Page 6: TAJUK 9 PENYELIDIKAN TINDAKAN: ANALISIS DATAeduideas.weebly.com/.../7/4/4/4744396/modul_tajuk_9_analisis_data.pdf · XXX3133 PENYELIDIKAN TINDAKAN I - XXX PENDIDIKAN RENDAH (KAEDAH)

XXX3133 PENYELIDIKAN TINDAKAN I - XXX PENDIDIKAN RENDAH (KAEDAH)

89

Rajah : Analisis Data Kajian Kuantitatif

Rajah : Reka bentuk Kajian Kuantitatif

Page 7: TAJUK 9 PENYELIDIKAN TINDAKAN: ANALISIS DATAeduideas.weebly.com/.../7/4/4/4744396/modul_tajuk_9_analisis_data.pdf · XXX3133 PENYELIDIKAN TINDAKAN I - XXX PENDIDIKAN RENDAH (KAEDAH)

XXX3133 PENYELIDIKAN TINDAKAN I - XXX PENDIDIKAN RENDAH (KAEDAH)

90

Aktiviti 7 – OLL

Senaraikan bahan dan sumber rujukan rujukan yang anda gunakan untuk mengkaji

tentang analisis data.