tajuk 7

7
1. „IZZAT NAJMI BIN IBRAHIM CHAN TUNG TUNG SHUTHAA/P AVADIYAN Tajuk 5 KRITERIA PEMILIHAN AKTIVITI PENDIDIKAN JASMANI 2. INFRASTRUKTUR DAN TENAGA PENGAJAR Faktor utama yang harus diteliti ialah : 1. Kemudahan 2. Kepakaran 3. KEMUDAHAN i. Kedudukan Sekolah (a) Kawasan bandar - Kewujudan pertubuhan tertentu di bandar secara tidak langsung yang ada. - Di kawasan bandar terdapat persatuan- persatuan yang diiktiraf oleh badan- badan kebangsaan yang membolehkan guru mengambil bahagian untuk mendapatkan sijil-sijil yang melayakkan mereka untuk mengajar sesuatu 4. (b) Kawasan luar bandar Agak terhad kerana kepakaran di kalangan guru dan orang luar amat kurang sekali. Penglibatan mereka dalam gerak kerja kokurikulum sangat sedikit kerana mereka sibuk dengan tugas menyara hidup. Kegiatan-kegiatan luar kelas juga terhad dan secara tidak langsung mengehadkan penyertaan murid-murid untuk terlibat dalam aktiviti fizikal 5. ii. Kemampuan Kewangan Sekolah Peruntukan kewangan bergantung kepada kapasiti pelajar. Sekolah yang mempunyai pelajar yang ramai mempunyai peruntukan lebih banyak. 6. iii. Kemudahan-kemudahan Setiap kemudahan yang terdapat di sekolah perlu dieksploitasi untuk digunakan semasa proses pemilihan aktiviti. Sekiranya kemudahan-kemudahan yang tidak mencukupi, pihak pentadbiran sekolah perlu menggunakan kemudahan yang berhampiran dengan sekolah bagi mengelakkan pembaziran masa dan kos. 7. iv) Tenaga Pengajar Ketiadaan tenaga pengajar yang berkebolehan di dalam sesuatu bidang sedikit sebanyak menjejaskan perancangan. Pemilihan aktiviti berdasarkan kepada kepakaran guru. Latihan kemajuan tenaga pengajar perlu dititik beratkan bagi membentuk guru yang mempunyai pengetahuan terkini dalam aktiviti fizikal. 8. KEPAKARAN Para guru perlu mempunyai kepakaran untuk menangani sebarang kemungkinan semasa dan selepas sesuatu

Upload: kevin-vin

Post on 15-Nov-2015

214 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

good

TRANSCRIPT

1. IZZAT NAJMI BIN IBRAHIM CHAN TUNG TUNG SHUTHAA/P AVADIYAN Tajuk 5 KRITERIA PEMILIHAN AKTIVITI PENDIDIKAN JASMANI 2.INFRASTRUKTUR DAN TENAGA PENGAJAR Faktor utama yang harus diteliti ialah : 1. Kemudahan 2. Kepakaran 3.KEMUDAHAN i. Kedudukan Sekolah (a) Kawasan bandar - Kewujudan pertubuhan tertentu di bandar secara tidak langsung yang ada. - Di kawasan bandar terdapat persatuan- persatuan yang diiktiraf oleh badan- badan kebangsaan yang membolehkan guru mengambil bahagian untuk mendapatkan sijil-sijil yang melayakkan mereka untuk mengajar sesuatu 4.(b) Kawasan luar bandar Agak terhad kerana kepakaran di kalangan guru dan orang luar amat kurang sekali. Penglibatan mereka dalam gerak kerja kokurikulum sangat sedikit kerana mereka sibuk dengan tugas menyara hidup. Kegiatan-kegiatan luar kelas juga terhad dan secara tidak langsung mengehadkan penyertaan murid-murid untuk terlibat dalam aktiviti fizikal 5.ii. Kemampuan Kewangan Sekolah Peruntukan kewangan bergantung kepada kapasiti pelajar. Sekolah yang mempunyai pelajar yang ramai mempunyai peruntukan lebih banyak. 6.iii. Kemudahan-kemudahan Setiap kemudahan yang terdapat di sekolah perlu dieksploitasi untuk digunakan semasa proses pemilihan aktiviti. Sekiranya kemudahan-kemudahan yang tidak mencukupi, pihak pentadbiran sekolah perlu menggunakan kemudahan yang berhampiran dengan sekolah bagi mengelakkan pembaziran masa dan kos. 7.iv) Tenaga Pengajar Ketiadaan tenaga pengajar yang berkebolehan di dalam sesuatu bidang sedikit sebanyak menjejaskan perancangan. Pemilihan aktiviti berdasarkan kepada kepakaran guru. Latihan kemajuan tenaga pengajar perlu dititik beratkan bagi membentuk guru yang mempunyai pengetahuan terkini dalam aktiviti fizikal. 8.KEPAKARAN Para guru perlu mempunyai kepakaran untuk menangani sebarang kemungkinan semasa dan selepas sesuatu aktiviti dijalankan. Pengetahuan dan kepatuhan terhadap prosedur dan disiplin dalam aktiviti-aktiviti Pendidikan Jasmani perlu kerana ia dapat mengelakkan sesuatu kejadian yang tidak diingini berlaku. 9.Garis panduan yang perlu dipatuhi bagi mengurangkan risiko dalam Pendidikan Jasmani: Pastikan bahawa murid yang menjalankan aktiviti cergas Aktiviti yang dipilih perlu bersesuaian dengan umur dan kebolehan murid Aktiviti yang dipilih perlu diluluskan oleh badan profesional dan sekolah Guru yang mengendalikan aktiviti fizikal atau kokurikulum mempunyai kepakaran Arahan yang diberikan jelas, betul dan pelakuan memanaskan badan bersesuaian dengan aktiviti yang bakal dijalankan terutama aktiviti yang berisiko seperti permainan ragbi. Kemudahan dan peralatan yang digunakan bersesuaian dengan aktiviti. 10.PERKEMBANGAN MURID Di kategori kepada domain-domain berikut: Domain Kognitif melibatkan perkembangan pemikiran pelajar. Domain Afektif melibatkan perkembangan sikap dan nilai pelajar. Domain Psikomotor melibatkan perkembangan kemahiran fizikal pelajar. Domain Sosial melibatkan perkembangan perhubungan sosial pelajar. 11.Domain Kognitif Menjadi fokus utama dalam proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Taksonomi Bloom membahagikan domain kognitif ini kepada enam (6) peringkat, yang bermula dengan tahap yang mudah dicapai kepada tahap yang sukar dicapai. 12.Taksonomi objektif domain kognitif Bloom 13. Perkembangan domain kognitif pelajar melibatkan cara berfikir, merasa dan bertindak. Penyusunan domain kognitif perlu mengikut keupayaan pelajar dari mudah kepada yang lebih susah. Peringkat yang lebih rendah perlu dicapai terlebih dahulu, diikuti peringkat selanjutnya yang lebih susah. 14.(a) Pengetahuan - Bermaksud keupayaan mengingat fakta, idea, pendapat, prinsip, prosedur dan peristiwa yang berlaku (Abu Bakar Nordin, 1986). (b) Kefahaman - Keupayaan pelajar menjelaskan pengetahuan secara yang bermakna. 15.(c) Aplikasi Keupayaan menggunakan konsep, prinsip, teori, hukum, prosedur dan kaedah am dalam situasi khusus dan situasi am. Pengajaran dan penilaian peringkat aplikasi juga sepatutnya menekankan aplikasi pengetahuan dan kemahiran yang dipelajari untuk menyelesaikan masalah dalam kehidupan harian, selain dapat menyelesaikan masalah yang diberikan guru dalam bilik 16.(d) Analisis Keupayaan memecahkan sesuatu perkara kepada unsur-unsur kecil dan melihat pertalian antara unsur-unsur tersebut. Menekankan kepada keupayaan pelajar mengenal pasti unsur-unsur dan struktur yang mengaitkan unsur-unsur tersebut bagi sesuatu dokumen/kes yang diberikan. 17.(e) Sintesis Membawa maksud keupayaan menggabungkan unsur-unsur dan bahagian- bahagian supaya sesuatu dokumen itu menjadi lebih berstruktur, tersusun dan menyeluruh. (f) Penilaian Membawa maksud keupayaan menilai sesuatu perkara berasaskan kriteria yang perlu diketahui pelajar. Membuat pertimbangan tentang nilai sesuatu idea, hasil kerja, penyelesaian, bahan dan sebagainya. 18.Domain Afektif Objektif Domain Afektif mempunyai hubungan dengan perasaan, emosi, minat, sikap, penghargaan dan nilai. Objektif domain afektif 19.(a) Penerimaan Bermaksud kesediaan seseorang/penerima untuk menerima sesuatu yang ingin disampaikan. Misalnya, penerima sedar akan irama, lirik lagu, keadaan kehidupan. Contoh objektif peringkat ini ialah pelajar dapat membezakan aktiviti luar bilik darjah daripada aktiviti formal dalam bilik darjah. (b) Gerak Balas Bermaksud seseorang akan bertindak balas terhadap rangsangan yang diterima disetopikkan dia mempunyai motif tersendiri untuk berbuat demikian. 20.(c) Penilaian - Bermaksud seseorang itu memahami nilai sesuatu perbuatan yang dilakukannya kepada masyarakat. - Nilai ini, yang boleh dianggap sebagai motivasi luaran, akan menjadi landasan kepada setiap perlakuan yang ditunjukkan oleh individu berkenaan. 21.(d) Organisasi Membawa maksud seseorang itu boleh menyusun semula nilai yang diterimanya kepada satu sistem yang lebih praktikal. Contohnya, menerima peraturan sekolah seterusnya dapat mengawal diri mengikut peraturan tersebut. (e) Perwatakan Bermaksud seseorang itu mematuhi sesuatu sistem nilai dan sanggup mengamalkannya 22.Domain Psikomotor Adalah kemahiran berkaitan pergerakan anggota fizikal seseorang. Simpson (1972) mengemukakan tujuh peringkat objektif domain psikomotor, daripada mudah kepada susah. Rajah 8.3: Domain psikomotor 23.(a) Persepsi - Bermaksud seseorang itu mempersepsi kan satu pergerakan tertentu, seperti memerhati pergerakan hantaran dalam permainan bola baling. (b) Persediaan - (Set) bermaksud seseorang bersedia secara mental, emosi dan fizikal untuk melakukan sesuatu pergerakan. (c) Pergerakan Terkawal - (Guided Response) bermaksud seseorang itu dapat melakukan pergerakan awal berkaitan kemahiran 24.(f) Pergerakan Suaian (Adaptive Response) bermaksud seseorang itu dapat melakukan sesuatu pergerakan secara cekap dan licin dalam sesuatu keadaan tertentu. Melakukan pergerakan dengan cekap dan licin semasa berhalangan. (g) Pergerakan Ciptaan (Originative Response) bermaksud seseorang itu dapat melakukan sesuatu pergerakan baru secara cekap dan licin dalam sesuatu keadaan tertentu. 25.Domain Sosial Terdiri daripada lapan peringkat objektif, iaitu: 1. Berhubung 2. Berkomunikasi 3. Melibatkan Diri 4. Berunding 5. Bekerjasama 6. Menghakimi 7. Memulakan 8. Menukar 26.(a) Berhubung - Membuat kontak (contact) terhadap seseorang lain, seperti membuat kontak mata (eye contact). (b) Berkomunikasi - Cuba memberi atau menerima mesej, seperti ingin bertanya tentang sesuatu. (c) Melibatkan Diri - Secara sukarela mengambil bahagian dalam sesuatu aktiviti berkumpulan, seperti berbual-bual dengan beberapa orang lain. 27.(d) Berunding - Berbincang untuk membuat sesuatu keputusan. (e) Bekerjasama - Bekerjasama dengan ahli-ahli kumpulan untuk menjayakan sesuatu projek. (f) Menghakimi - Dapat bertindak untuk mendamaikan sesuatu keadaan apabila terdapat perbezaan pendapat, seperti meleraikan satu pertengkaran. 28.(g) Memulakan - Dapat memulakan sesuatu aktiviti berkumpulan yang baru, walaupun terpaksa menghadapi risiko tertentu, seperti berkhemah di tepi sungai. (h) Menukar - (Converting) berupaya menukarkan gaya hidup ahli-ahli kumpulan kepada gaya hidup baru, seperti mencintai alam sekitar 29.PERALATAN DAN KEMUDAHAN Pertama sekali setiap sekolah harus mempunyai peralatan dan kemudahan asas yang lengkap. Mengikut spesifikasi kemudahan sukan yang dikeluarkan oleh Pihak Kementerian Pelajaran, setiap sekolah diwajibkan mempunyai sekurang-kurangnya satu padang dan gelanggang di setiap sekolah tersebut. 30. Pemilihan peralatan perlu berdasarkan spesifikasi umur dan pertandingan. Kualiti alat perlu dipertimbangkan dalam pemilihan alatan dan keselamatan pengguna perlu dititikberatkan. 31. Seterusnya pihak kementerian juga harus menyediakan peralatan dan kemudahan tambahan yang lain bagi menambah peralatan dan kemudahan yang sedia ada. Ini bagi memudahkan lagi sesi pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Pendidikan Sukan dan Jasmani ini di sekolah. Dengan ini, pelajar juga dapat merasai penggunaan pelbagai jenis peralatan dan kemudahan sukan dalam proses pembelajaran mereka. 32. Ini akan mendedahkan mereka dengan penggunaan dan pengendalian sesuatu peralatan sukan tersebut. Ini seterusnya membantu pelajar dalam mengenal peralatan sukan tersebut dengan lebih mendalam dan merasai cara penggunaan dan pengendaliannya sendiri. Peralatan dan kemudahan yang lengkap ini boleh membantu guru dalam mengajarkan pelajar lebih banyak jenis permainan sukan. 33. Sekiranya kemudahan di sekolah tidak mencukupi ketika melaksanakan aktiviti PJ, pihak sekolah perlu menggunakan kemudahan yang berhampiran dengan sekolah bagi mengelakkan masa dan kos. Ini akan memudahkan proses pengajarannya kerana dengan adanya peralatan dan kemudahan yang ada ini, tidak ada masalah bagi seorang guru untuk mengajar pelajar dalam proses pengajarannya. Peralatan dan kemudahan sukan yang lengkap ini memainkan peranan yang penting dalam proses pembelajaran dan pengajaran. 34.Persekitaran budaya dan tempat Kebersihan Keselamatan Gaya hidup sihat Penglibatan murid Interaksi Penyimpanan 35.kebersihan Murid berasa lebih selesa untuk menjalani aktiviti pendidikan jasmani Menjaga kesihatan murid 36.Gaya hidup sihat Mengamalkan gaya hidup sihat Menjauhi aktiviti yang membuang masa dan tidak berfaedah Menjauhi tingkah laku berisiko yang membawa kepada stres 37.Penglibatan murid Murid perlu terlibat secara aktif dan selamat Menghayati ilmu yang telah dipelajari Membina budaya pembelajaran murid dalam pendidikan jasmani 38.keselamatan Kawasan persekitaran yang selamat Tempat yang digunakan, sesuai dengan aktiviti yang dijalankan oleh murid Keadaan selamat meningkatkan keyakinan murid dalam melakukan aktiviti 39.Interaksi Komunikasi dua hala di antara murid dan guru Interaksi yang kreatif Murid dapat menikmati proses P&P dengan lebih seronok Interaksi murid dengan murid 40.Penyimpanan rekod Bukti menjalankan proses P&P Alat penilaian untuk memerhatikan kemajuan dan perkembangan murid- murid Mengetahui kemampuan dan masalah yang dihadapi oleh murid-murid