tajuk 7 : produk- produk perbankan islammystudyonline.darulridzuan.com.my/ipelajar/tajuk 7...

19
TAJUK 7 : PRODUK- PRODUK PERBANKAN ISLAM AKAUN SIMPANAN, AKAUN SEMASA DAN PELABURAN EMAS Akaun semasa merujuk kepada akaun bank yang membenarkan pengeluaran dilakukan dengan mudah menggunakan cek. Selain cek, pengeluaran biasanya dibenarkan melalui kad ATM dan saluran lain seperti perbankan Internet, perbankan Telefon dan sebagainya untuk tujuan pengeluaran atau pembayaran bil. Penggunaan cek memudahkan urusan pembayaran peribadi dan juga perniagaan. Selain dari itu ia memudahkan pengguna untuk menyimpan bukti pembayaran itu telah diterima oleh pihak yang dibayar kerana cek itu akan disimpan oleh pihak bank dalam tempoh masa tertentu sebagai rekod. Tempoh masa ini bergantung kepada undang-undang dan peraturan di negara pihak bank itu beroperasi. Apabila anda membuka akaun semasa, pihak institusi perbankan akan mendapatkan contoh tandatangan anda. Institusi perbankan akan membandingkan tandatangan anda pada cek yang ditawarkan dengan contoh tandatangan yang diterima. Sekiraya tandatangan tersebut berbeza, pihak institusi perbankan berhak menolak cek anda dan mengembalikan cek itu. Banyak bank menawarkan kadar faedah yang menarik untuk akaun semasa, tetapi hanya dengan tahap yang SANGAT tinggi iaitu deposit RM1 juta dan ke atas. Jadi, anda perlukan jumlah wang yang besar dan wang yang sedia ada pada bila-bila masa, tetapi jika untuk menyimpan jumlah wang yang besar untuk kurang dari 1 bulan, mungkin lebih baik disimpan di Akaun Simpanan. Akaun Semasa sebenarnya hampir sama dengan Akaun Simpanan dengan pengecualian yang membolehkan anda untuk menulis cek. AKAUN SIMPANAN. Akaun simpanan membolehkan penyimpan menerima keuntungan faedah ke atas deposit setiap bulan, tanpa tarikh matang seperti pelaburan deposit tetap. Seperti akaun semasa, penyimpan akan dapat mengeluarkan wang tunai setiap kali ia memerlukannya dengan menggunakan ATM, debit atau kad caj, dengan ketiadaan buku cek. Untuk memantau semua transaksi akaun dan pendapatan faedah, ia boleh menyemaknya melalui buku simpanan atau penyata akaun bank. Cara memperolehi faedah adalah seperti berikut. contohnya: Aishah al-Ridha membuka akaun simpanan yang menjana pendapatan purata 2.1% setahun. Deposit permulaan ialah RM5,000. Dalam satu tahun, dia akan memperoleh RM105. RIBA DALAM AKAUN SIMPANAN DAN PELABURAN Bagi menjelaskan bentuk kedua bagaimana riba berlaku, contohnya adalah seperti berikut :- Ia berlaku apabila pelanggan meletakkan wangnya di dalam akaun :-

Upload: vuonglien

Post on 06-Feb-2018

238 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: TAJUK 7 : PRODUK- PRODUK PERBANKAN ISLAMmystudyonline.darulridzuan.com.my/ipelajar/TAJUK 7 PRODUK-PROD… · tetap) tadi adalah Riba Ad-Duyun dari jenis Al-Qard. Ini adalah kerana,

TAJUK 7 : PRODUK- PRODUK PERBANKAN ISLAM

AKAUN SIMPANAN, AKAUN SEMASA DAN PELABURAN EMAS

Akaun semasa merujuk kepada akaun bank yang membenarkan pengeluaran dilakukan dengan mudah

menggunakan cek. Selain cek, pengeluaran biasanya dibenarkan melalui kad ATM dan saluran lain

seperti perbankan Internet, perbankan Telefon dan sebagainya untuk tujuan pengeluaran atau

pembayaran bil.

Penggunaan cek memudahkan urusan pembayaran peribadi dan juga perniagaan. Selain dari itu ia

memudahkan pengguna untuk menyimpan bukti pembayaran itu telah diterima oleh pihak yang dibayar

kerana cek itu akan disimpan oleh pihak bank dalam tempoh masa tertentu sebagai rekod. Tempoh

masa ini bergantung kepada undang-undang dan peraturan di negara pihak bank itu beroperasi.

Apabila anda membuka akaun semasa, pihak institusi perbankan akan mendapatkan contoh

tandatangan anda. Institusi perbankan akan membandingkan tandatangan anda pada cek yang

ditawarkan dengan contoh tandatangan yang diterima. Sekiraya tandatangan tersebut berbeza, pihak

institusi perbankan berhak menolak cek anda dan mengembalikan cek itu.

Banyak bank menawarkan kadar faedah yang menarik untuk akaun semasa, tetapi hanya dengan tahap

yang SANGAT tinggi iaitu deposit RM1 juta dan ke atas. Jadi, anda perlukan jumlah wang yang besar dan

wang yang sedia ada pada bila-bila masa, tetapi jika untuk menyimpan jumlah wang yang besar untuk

kurang dari 1 bulan, mungkin lebih baik disimpan di Akaun Simpanan.

Akaun Semasa sebenarnya hampir sama dengan Akaun Simpanan dengan pengecualian yang

membolehkan anda untuk menulis cek.

AKAUN SIMPANAN.

Akaun simpanan membolehkan penyimpan menerima keuntungan faedah ke atas deposit setiap bulan,

tanpa tarikh matang seperti pelaburan deposit tetap. Seperti akaun semasa, penyimpan akan dapat

mengeluarkan wang tunai setiap kali ia memerlukannya dengan menggunakan ATM, debit atau kad caj,

dengan ketiadaan buku cek. Untuk memantau semua transaksi akaun dan pendapatan faedah, ia boleh

menyemaknya melalui buku simpanan atau penyata akaun bank.

Cara memperolehi faedah adalah seperti berikut. contohnya:

Aishah al-Ridha membuka akaun simpanan yang menjana pendapatan purata 2.1% setahun. Deposit

permulaan ialah RM5,000. Dalam satu tahun, dia akan memperoleh RM105.

RIBA DALAM AKAUN SIMPANAN DAN PELABURAN

Bagi menjelaskan bentuk kedua bagaimana riba berlaku, contohnya adalah seperti berikut :-

Ia berlaku apabila pelanggan meletakkan wangnya di dalam akaun :-

Page 2: TAJUK 7 : PRODUK- PRODUK PERBANKAN ISLAMmystudyonline.darulridzuan.com.my/ipelajar/TAJUK 7 PRODUK-PROD… · tetap) tadi adalah Riba Ad-Duyun dari jenis Al-Qard. Ini adalah kerana,

• Akaun Pelaburan Dengan Pulangan Tetap (Fixed Deposit account).

• Akaun Simpanan Biasa (Ordinary Saving account).

Penjelasannya adalah seperti berikut :-

Akaun Pelaburan Dengan Pulangan Tetap (Fixed Deposit Account).

Akaun Pelaburan Dengan Pulangan Tetap adalah riba. Dalam akaun jenis pertama ini, Individu A

meletakkan wangnya di dalam “conventional fixed deposit account”.

Menurut kontrak dan perjanjian yang ditandatangani, pihak pengendali (Bank) akan mengumpulkan

wang individu A tadi bersama dengan wang depositor atau pelabur lain. Kemudian, kumpulan wang itu

akan digunakan samada bagi pelaburan wang terus ke dalam mana-mana syarikat yang kukuh bagi

mendapatkan pulangan yang baik ataupun digunakan untuk memberikan pinjaman secara riba kepada

syarikat-syarikat yang datang kepada Bank untuk tujuan perniagaan mereka, samada perniagaan itu

halal mahupun haram.

Sebagai imbalan kepada para pelabur atau penyimpan, pihak bank akan menetapkan kadar faedah

tertentu (‘fixed interest’ atau ‘fixed return’) sebagai contoh 3 % untuk diberikan kepada penyimpan @

pelabur (tambahan ke atas wang modalnya) bagi suatu tempoh selama matang antara 1 – 11 bulan,

kadar faedah adalah menurut budibicara pihak pengurusan bank. Pada kebiasaannya Bank telah pun

membuat kira-kira bagi menentukan kadar interest yang ingin diberinya.

Ingin ditegaskan di sini bahawa, menurut Islam, kadar 3 % dari “fixed deposit account” (akaun simpanan

tetap) tadi adalah Riba ‘Ad-Duyun’ dari jenis ‘Al-Qard’. Ini adalah kerana, sebagaimana yang telah

dijelaskan sebelum ini, disiplin pelaburan Islam (iaitu Mudarabah atau Musyarakah) tidak boleh

menentukan pulangan keuntungan di awal kontrak sama sekali. Hanya nisbah pembahagian keuntungan

yang dibenarkan, seperti 70 : 30 ( Bank : pelanggan).

• Akaun Simpanan Biasa (Ordinary Saving account).

Dalam Akaun Simpanan Konvensional (Ordinary Savings Account) pula, sekali lagi terdapat Riba secara

pasti. Ini kerana bank akan memberikan kadar faedah tetap sekitar 0.1-0.2 %.

Dalam keadaan ini, Bank pula dikira meminjam wang dari pelanggan untuk digunakan bagi tujuan

pelaburan kecil-kecilan, dan si pelanggan dianggap seolah-olah telah menawarkan pulangan tetap atas

pinjaman (simpanan) yang diberikan oleh pelanggan kepada Bank itu.

Hasilnya; Bank mesti membuat pembayaran tambahan (faedah) menurut kadar yang telah di tetapkan

tadi walau dalam keadaan apa sekalipun. Sekiranya Bank mendapat untung yang amat lumayan hasil

penggunaan wang simpanan tadi, bank tetap hanya perlu membayar kadar kecil tadi, maka pelanggan

pastinya dikira rugi. Sebaliknya, sekiranya bank menghadapi kerugian, Bank tetap perlu membayar kadar

interest itu tanpa mengira sama ada ia akan menambah beban kerugiannya atau tidak. Maka, kerugian

Bank pasti bertambah dan membebankan.

Page 3: TAJUK 7 : PRODUK- PRODUK PERBANKAN ISLAMmystudyonline.darulridzuan.com.my/ipelajar/TAJUK 7 PRODUK-PROD… · tetap) tadi adalah Riba Ad-Duyun dari jenis Al-Qard. Ini adalah kerana,

Justeru, penindasan berlaku dalam kedua-dua bentuk akaun simpanan dan pelaburan konvensional di

atas (Akaun Pelaburan Dengan Pulangan Tetap (Fixed Deposit account) dan Akaun Simpanan Biasa

(Ordinary Saving account), sama ada kepada bank (apabila rugi tapi perlu membayar faedah Riba) atau

pelanggan (apabila untung tapi hanya mendapat nisbah kecil).

SOALAN

Bagaimanakah riba boleh berlaku dalam Akaun Simpanan? Huraikan.

Bagaimanakah riba boleh berlaku dalam Akaun Simpanan Biasa (Ordinary Saving account)? Jelaskan.

Apakah perbezaan antara akaun simpanan di bank konvensional dan bank Islam?

AKAUN SIMPANAN DI PERBANKAN ISLAM

Dalam pengurusan akaun secara Islam, suasananya adalah berbeza sama sekali, di mana semua

pelanggan yang menyimpan wang di Islamic Akaun Islam ini boleh memilih sama ada ingin

menggunakan wadi’ah atau mudarabah:-

a) Akaun Simpanan atas asas Wadi’ah (simpanan biasa tanpa menggunakan konsep mudharabah);

Dalam kontrak ini, pihak bank akan memastikan semua jumlah wang simpanan pelanggan adalah

sentiasa selamat dan boleh di keluarkan pada bila-bila masa oleh pelanggan. Bagi memanfaatkan dan

menanggung kos pengurusan simpanan ini, pihak pengurusan Bank-bank Islam biasanya akan

menggunakan wang tersebut untuk tujuan pelaburan yang halal sahaja, tetapi pihak Bank akan

menjamin pelanggan boleh mengeluarkan wangnya pada bila-bila masa serta akan menanggung segala

kerugian jika berlaku.

Sebagai menghargai pelanggan yang menyimpan wang ini sehingga membolehkan pihak Bank

menjalankan operasi ekonomi dan perniagaan Islam, maka jika terdapat untung, pihak Bank akan

memberikan hibah (hadiah sejumlah wang) kepada penyimpan sebagai tanda penghargaan.

Bagaimanapun jumlah dan kadar pulangan dalam bentuk ‘hibah’ atau hadiah adalah terpulang kepada

budibicara bank sepenuhnya, malah mungkin tiada sebarang hibah dalam keadaan tertentu. Jika ada

pulangan, ia akan berubah-ubah menurut prestasi pernigaan yang dibuat oleh Bank Islam itu.

Sekiranya hasil pelaburan menggalakkan, maka kebiasaannya penyimpan akan di beri “hibah” yang agak

baik sebagai galakkan dan ucapan terima kasih kepada pelanggannya. Walaubagaimanapun hibah itu

sama sekali tidak boleh dijanjikan oleh Bank dan tidak boleh pula dituntut oleh si pelanggan. [8] [8] Al-

Ma’ayir As-Shar’iyyah, AAOIFI, hlm 350.

Oleh kerana itu, jika pelaburan mengalami kerugian, pihak penyimpan mungkin tidak akan diberi

sebarang hibah, wang simpanan mereka juga tidak akan berkurangan. Ini lebih adil kerana :-

• Pelanggan berpeluang mendapat hibah dalam keadaan wang simpanannya terjamin/tanpa risiko hasil

pelaburan. Jumlah dan kadar hibah adalah sepenuhnya terpulang kepada budibicara bank.

Page 4: TAJUK 7 : PRODUK- PRODUK PERBANKAN ISLAMmystudyonline.darulridzuan.com.my/ipelajar/TAJUK 7 PRODUK-PROD… · tetap) tadi adalah Riba Ad-Duyun dari jenis Al-Qard. Ini adalah kerana,

Bagaimanapun, biasanya pihak bank akan memberikan kadar hibah yang tinggi sedikit jika keuntungan

diperolehi, demi menggalakkan minat pelanggan.

• Bank juga tidak terpaksa membayar apa-apa kepada pelanggan jika tiada keuntungan. Justeru bank

tidak teraniaya sama sekali berbanding Bank Konvensional.

• Tiada sebarang Riba terbabit di dalam akaun ini dan semua pelaburan yang dibuat adalah setelah

dipastikan memenuhi kehendak Shariah.

b) Akaun Simpanan atas asas Mudarabah (perkongsian untung)

Satu lagi produk di dalam pengamalan kewangan Islam di Bank-bank Islam adalah akaun pelaburan yang

menggunakan konsep ‘Mudharabah’. Ia bermaksud pihak pelanggan ingin menyimpan wangnya sambil

membuat pelaburan secara khusus. Nama produk-produk untuk akaun ini seperti ” Akaun Pelaburan

Umum Mudarabah” atau “Akaun Pelaburan Istimewa Mudarabah” atau ” Akaun Semasa Mudarabah”.

Menurut konsep ini pelanggan bersedia menerima risiko lebih bagi membuka ruangnya bagi mendapat

peratusan keuntungan yang lebih besar sekiranya pihak Bank berjaya melaburkan wang dengan

pulangan lumayan. Kadar peratusan akan ditetapkan di peringkat awal seperti 70 % untuk pelanggan

dan 30 % bank, 80/20, 60/40 dan sebagainya.

Satu perkara yang juga amat penting dalam akaun Islam ini adalah, deposit yang terkumpul hanya akan

digunakan untuk :-

• a) Dilaburkan untuk kegunaan perniagaan bank Islam yang telah dipastikan halal

• b) Dilabur kepada pihak ketiga yang juga dipastikan perniagaannya halal untuk membiayai perniagaan

mereka, semua perniagaan ini telah di tapis oleh Majlis Penasihat Shariah dan pengurusan bank. Justeru

semua “Shariah-Approved companies” ini telah di pastikan dengan teliti ketepatannya dari sudut

Shariah, justeru semua keuntungan yang bakal di perolehi adalah harta yang bersih.

Urusan tapisan dibuat secara terperinci, dan perlaksanaannya dibuat dalam suasana “client-friendly”,

iaitu dengan perbincangan yang cukup telus atau “transparent” dengan “client”.

Ia mungkin akan membuat penilaian dari sudut “asset” mahupun “lialibilities” sesebuah syarikat, tanpa

mengira ianya adalah sebuah syarikat yang tersenarai di Bursa Saham atau tidak. Secara umum

penapisan “filter” Shariah berikut biasanya digunakan antaranya :-

• i- Industry filtering (membuang syarikat-syarikat yang perniagaan induknya berkaitan produk-produk

haram)

• ii- Primary Financial Filters (mengeluarkan syarikat-syarikat yang tahap hutangnya tidak boleh

ditoleransi lagi atau mempunyai “impure interest income” berdasarkan panduan Majlis Penasihat

Shariah )

Page 5: TAJUK 7 : PRODUK- PRODUK PERBANKAN ISLAMmystudyonline.darulridzuan.com.my/ipelajar/TAJUK 7 PRODUK-PROD… · tetap) tadi adalah Riba Ad-Duyun dari jenis Al-Qard. Ini adalah kerana,

Adapun di Bank Konvensional, proses pengendalian akaun simpanan dan pelaburannya adalah amat

berbeza. Pertama, ia tidak terikat dengan displin Shariah, akibatnya mereka pasti akan menumpukan

pelaburan di dalam syarikat yang boleh memberi pulangan besar tanpa meninjau aspek pematuhan

Shariah atau tidak.

Selain itu, setiap individu mestilah tidak terkeliru dengan kadar peratusan yang di paparkan oleh

sesetengah akaun Islam mudarabah di sesetengah Bank Islam. Ia hanyalah kadar pulangan purata

menurut prestasi lepas, ia disebut sebagai “Indicative Rates” atau “kadar andaian dan ramalan” dan

bukannya kadar yang tepat dan dijanjikan oleh pihak bank, ia di paparkan demi mencapai keyakinan

pelanggan terhadap prestasi pengurusan dan pelaburan Bank.

Cara kiraannya yang telah dipermudahkan adalah seperti berikut :-

Untung Sebenar = (Kadar Pulangan (ROR) x Kadar Keuntungan (PSR) )/100= Keuntungan setahun

Katakanlah kadar keuntungan bank adalah 3, justeru “indicative” atau andaiannya seperti berikut :-

(3 X 70 (pelanggan))/100 = 2.10

Maka, jumlah 2.10 % inilah yang akan di paparkan oleh Bank bagi memaparkan prestasi akan datang

Bank. Ia hanyalah andaian dan tidak menjadi kewajiban bagi Bank memberikan pulangan dengan kadar

di atas.

Perlulah sedari, seseorang yang menyimpan atau melabur wangnya di dalam akaun di bank

konvensional pastinya akan mendapat saham keburukan hasil sokongan langsungnya dari wang

depositnya itu, sama ada mereka menyedarinya atau tidak.

________________________________________

[1] Syeikh Muhammad Abu Zahrah, Tahrim ar-Riba wa Tanzim Iqtisadi

[2] Al-Qaradawi, Fawaid Al-Bunuk Hiya Ar-Riba Al-Haram, , Muassasah Ar-Risalah, hlm44,

[3] Tahrim ar-Riba, Syeikh Muhammad Abu Zahrah, hlm 55 ; Ar-Riba wal Mua’malat al-Masrafiah, ibid,

hlm 167 ; Hikmatu at-Tasyri’ al-Islami fi Tahrim ar-Riba, Dar as-Sahwah, cet 2, 1407 H, hlm 63 ( dengan

pindaan dan tambahan) )

[4] An-Nadawi, al-Qawaid Al-Fiqhiyyah, Dar al-Qalam, hlm 343

[5] Az-Zuhayli, Al-Qawaid Al-Fiqhiyyah, hlm 494

[6] As-Syawkani, Naylul Awtar, 5/232 ; az-Zayla’ie, Nasb ar-Rayah, 4/60 ; Ramai yang menyebut ia adalah

hadith Nabi, tetapi setelah dianalisa, terdapat perawinya bernama Sawwar Bin Mus’ab yang lemah dan

di anggap “matruk”. Bagaimanapun makna yang terkandung di dalamnya disepakati penerimaannya di

kalangan ulama kerana disokong oleh pelbagai dalil lain.

[7] Al-Mughni, 4/318.

Page 6: TAJUK 7 : PRODUK- PRODUK PERBANKAN ISLAMmystudyonline.darulridzuan.com.my/ipelajar/TAJUK 7 PRODUK-PROD… · tetap) tadi adalah Riba Ad-Duyun dari jenis Al-Qard. Ini adalah kerana,

PELABURAN EMAS DAN JUAL BELI EMAS.

Pelaburan Emas

Apabila seseorang pelanggan ingin membuka akaun pelaburan emas, ia bererti ia bersetuju untuk

membeli emas, simpan dan mungkin menjualnya apabila harga emas meningkat.

Oleh kerana itu, hukum bagi sebarang jenis akaun pelaburan jenis emas ini bergantung kepada beberapa

keadaan, bagi memberikan sedikit kefahaman kepada pembaca berkenaan keadaan-keadaan berbeza

ini, ia adalah seperti berikut :-

• HARAM DAN BATAL : Jika emas itu belum berada dalam pemilikan bank dan hanya akan dibeli

daripada pihak ketiga dalam majlis transaksi yang berasingan. Urusniaga pembukaan akaun itu telah

menjadi HARAM dan tidak SAH, kerana pihak bank telah menjual emas yang tiada di dalam miliknya dan

juga kerana riba telah berlaku apabila tiadanya elemen ‘Taqabud fil Majlis’ (serah terima dalam satu

masa), sebarang penangguhan membawa kepada Riba an-Nasi’ah.

Kesimpulan ; pastikan emas yang ingin dijual mestilah berada dalam pemilikan pihak bank tersebut.

• HARAM DAN BATAL : Iaitu jika emas BELUM atau TIDAK diterima serta-merta ketika membuka akaun

pelaburan emas itu.

Sebagai contohnya, pelanggan hanya yang membayar sejumlah wang untuk membeli emas 100 gram

dan memulakan akaunnya, namun pihak bank tidak memberikan sebarang bukti pembelian telah

termeterai dengan rasminya atau ‘concluded’. SERTA tiada sebarang jenis bukti bertulis yang

menunjukkan pelanggan kini menerima ‘hak tasarruf’ (hak kebebasan terhadap sejumlah emas yang

telah dibelinya sama ada untuk menjualnya pada bila-bila masa yang dikehendakinya).

• HALAL DAN SAH :

Setelah anda membaca dua bentuk yang jatuh haram, sudah tentu anda mampu memastikan bagaimana

bentuk akaun pelaburan emas yang halal dan sah. Iaitu :-

a. Bank memiliki emas yang dijual semasa menjual.

b. Bank memberikan bukti dan hak tasarruf kepada pelanggan sama ada dalam bentuk fizikal emas atau

bentuk sijil hak ke atas sejumlah emas (yang telah dibeli), yang mana sijil itu melayakkan pelanggan itu

menuntut emasnya secara fizikal pada bila-bila masa yang dikehendakinya. Ini bermakna sijil itu ibarat

sebuah kad debit dan cek yang mewakili duit fizikal yang wujud. Penyerahan menggunakan sijil hak milik

emas sebagai tanda pembeli dan pembukaan akaun sudah sempurna adalah SAH DAN HARUS di sisi

Islam. Ia dianggap sebagai penyerahan tidak fizikal (al-Qabdh al-Ma’nawi) Demikian fatwa oleh Majlis

Fiqh Antarabangsa dalam keputusan mereka nombor 84, 9/1 (Qararat Wa Tawsiat, hlm 191)

Page 7: TAJUK 7 : PRODUK- PRODUK PERBANKAN ISLAMmystudyonline.darulridzuan.com.my/ipelajar/TAJUK 7 PRODUK-PROD… · tetap) tadi adalah Riba Ad-Duyun dari jenis Al-Qard. Ini adalah kerana,

DALAM KES AKAUN PELABURAN EMAS DI BANK?

Setelah melihat serba ringkas info akaun pelaburan emas di kedua-dua bank terbabit melalui web

mereka, boleh dianggap Maybank menawarkan akaun pelaburan emas yang HALAL dengan TIGA lagi

syarat tambahan lagi, iaitu:

1- JANGAN DIGUNAKAN UNTUK AKTIVITI RIBA : mestilah emas sebenar (fizikal) yang berada

simpanannya bagi pihak pelanggan tadi TIDAK digunakan untuk kegunaan aktiviti ribawi mereka.

Justeru, satu jaminan atau pengesahan dari pihak bank mestilah diperolehi sama ada secara lisan atau

bertulis atau disahkan oleh Majlis Syariah bank berkenaan.

Apabila kita menyimpan emas fizikal yang telah kita beli di bank tersebut, aqad simpanan itu juga

sepatutnya mesti dikenal pasti dengan jelas. Apakah jenis aqadnya? Adakah ia Wadiah? atau Qard dan

sebagainya.

2- JUMLAH EMAS MENCUKUPI KETIKA TRANSAKSI : Mestilah dipastikan wujud jumlah emas mencukupi

ketika proses jual beli dibuat pada satu-satu masa.

Sebagai contoh : Bank mempunyai 100 kilo emas sahaja, dalam masa yang sama (satu waktu), 100 kilo

emas itu digunakan untuk dua atau lebih pelanggan yang berlainan.

Pelanggan Ahmad membeli 100 kilo emas pada jam 2.30 petang, demikian juga sdr Ah Chong tepat jam

2.30 petang juga membeli dan membuka akaun yang sama di kaunter berlainan, padahal bank hanya

mempunyai 100 kilo emas sahaja. Tatkala itu, transaksi orang kedua tidak sah. Hanya yang pertama

sahaja yang sah.

3- CARA PEMBAYARAN YANG HALAL : Pembayaran yang dibuat oleh pihak pelanggan pula WAJIBLAH

menggunakan sama ada tunai, debit akaun sertamerta, kad debit dan kad kredit Islam bank tempatan,

cek tempatan.

Sebarang pembayaran menggunakan cek antarabangsa dan kad kredit Islam yang mengambil masa lebih

3 hari untuk settlement adalah TERLARANG menurut fatwa Majlis Fiqh Antarabangsa.

Mengapa 3 hari? ia adalah tempoh maksimum menurut ‘urf bagi memastikan syarat ‘Taqabud fil hal’

tercapai, ia adalah fatwa yang dipetik dari pandangan Mazhab Maliki dan juga fatwa kebanyakan ulama

fiqh sedunia, termasuk Syeikh Dr Abd Sattar Abu Ghuddah.

4- PEMEGANG AKAUN PELABURAN EMAS MESTILAH MEMBAYAR ZAKAT EMASNYA: Apabila cukup hawl

atau tempoh setahun bulan Islam dan apabila nisab simpanannya mencapai atau melebihi nisab, wajib

keluar zakat emas iaitu 85 gram.

Namun akaun pelaburan Public Bank, keadaannya kurang pasti kerana tidak dinyatakan sama ada sijil

atau bukti pembelian itu boleh ditukarkan kepada emas fizikal pada bila-bila masa yang dikehendaki.

Malah penyoal menyatakan beliau telah menelefon pihak bank dan terbukti sijil atau bukti pembelian itu

Page 8: TAJUK 7 : PRODUK- PRODUK PERBANKAN ISLAMmystudyonline.darulridzuan.com.my/ipelajar/TAJUK 7 PRODUK-PROD… · tetap) tadi adalah Riba Ad-Duyun dari jenis Al-Qard. Ini adalah kerana,

tersebut TIDAK BOLEH ditukar kepada emas fizikal. Tatkala itu, transaksi ini bermasalah dari sudut

hukum Islam.

Jika sijil tersebut tidak boleh ditukar kepada emas fizikal, tatkala itu ia memberikan kesan kepada proses

‘Taqabud al-hukmi’ yang disyaratkan dalam jual beli item ribawi dan merosakkan aqad ini, dalam kes ini

antara emas dan wang Ringgit Malaysia.

Jual Beli Emas Secara Ansuran.

1. Jual beli emas secara ansuran adalah HARAM. Semua ulama empat mazhab ittifaq mengHARAMkan

jual beli barangan emas secara ansuran dan hutang.

Bagaimanapun, terdapat pandangan yang mengatakan ia bukan lagi dianggap emas kerana telah

dibentuk. Tetapi semua empat mazhab menolak hujah ini kerana gelang, cincin, rantai emas itu,

walaupun telah dibentuk, ia masih lagi emas dan tidak akan terkeluar dari sifat emasnya. Ia juga adalah

pendapat sahabat Nabi saw seperti Ibn ‘Umar, ‘Ubadah bin Somit dan disokong oleh beberapa ulama

kontemporari seperti Prof. Dr Muhydin Qurah al-Daghi, Prof Dr Ahmad al-Kurdi, Prof Dr ‘Ali Salus. Prof.

Dr Muhd Sa’id Ramadhan Al-Buti dan ramai lagi.

Ibn Abd al-Barr dalam al-Istizkar menyatakan telah berlaku ijma’ (kesepakatan seluruh mujtahid)

mengatakan bahawa emas dengan emas seperti dalam bentuk ‘at-tibr’ (serbuk) dan apa jua bentuk

emas tersebut, hukumnya tetap tidak harus berlaku sebarang tafadhul (tambahan dari mana-mana

pihak yang berurusniaga), demikian juga perak. Justeru tidak harus membelinya secara ansuran dan

hutang.

Al-Khatib As-Sharbini dalam Mughni al-Muhtaj (2/25) mengatakan bahawa hasil pembuatan atau

tukangan emas hingga menjadi barang kemas berbentuk itu tidak memberi sebarang kesan kepada

hukum emas yang asal.

2. Pandangan Lemah : Harus.

Bagaimanapun terdapat satu pendapat minoriti ulama yang mengatakan bahawa emas tulen apabila ia

telah dibentuk sehingga menjadi rantai, gelang dan cincin, maka ia telah menjadi sil’ah (barangan

dagangan seperti kereta kerana terdapat proses pembentukan dan pembuatan) dan tidak lagi dianggap

sebagai emas biasa, justeru hukumnya juga berubah iaitu menjadi HARUS.

Pandangan minority ini dikatakan adalah pandangan adalah pendapat Mu’awiyah (Rujuk riwayat ini

dalam Al-Muwatta oleh Imam Malik dlm kitab Buyu’ no 2541; An-Nasaie 7/279 ; Al-Bayhaqi 5/280, tapi

Abu Darda telah menegur Mu’awiyyah kerana pandangannya bersalahan dengan nas hadith dan

kemudian mengadu ke Sayyidina Umar, dan Umar juga mengharamkan), Ibn Taymiah dan Ibn Qayyim

(I’lam al-Muwaqqi’ien, 2/141 utk pendapat Ibn Qayyim dan rujuk kitabnya Tafsir ayat Asykalat untuk

pendapat Ibn Taymiah 2/632 tapi jika dirujuk Majmu’ al-Fatawa kita akan dapati Ibn Taymiah bersama

pendapat jumhur). Menurut kumpulan ini adalah HARUS untuk menjual dan membelinya secara hutang

dan ansuran kerana ia telah jadi sil’ah (barang dagangan).

Page 9: TAJUK 7 : PRODUK- PRODUK PERBANKAN ISLAMmystudyonline.darulridzuan.com.my/ipelajar/TAJUK 7 PRODUK-PROD… · tetap) tadi adalah Riba Ad-Duyun dari jenis Al-Qard. Ini adalah kerana,

Ia disokong Prof Dr. Mahmud ‘Akkam dari Syria dan disetujui oleh As-Syeikh Prof Dr Yusuf al-Qaradhawi

(kerana ‘umum al-balwa – perkara maksiat yang kurang mudarat tetapi terlampau meluas dan sukar

untuk dihalang).

Mereka semua menyokong apa yang disebut oleh Ibn Rushd al-Maliki (w 595H) (Rujuk Bidayatul

Mujtahid 2/103) yang mengatakan bahawa: “perhiasan emas dan perak sudah terkeluar dari kategori

emas tulen (yang tertakluk kepada hukum tukaran emas dalam Islam), justeru harus menjual dan

membelinya walaupun secara tangguh.

Ibn Muflih al-Hanbali (w 763H) pula berkata (rujuk al-Mubdi’, 4/149) : “Sesungguhnya ia telah keluar dari

sifat asal dengan sebab sun’ah (pembuatan dan pertukangan).”

Dalil-dalil jumhur dari pelbagai hadith, boleh rujuk di dalam kitab Az-ziyadah Wa atharuha fi al-

Mu’awadah al-Maliyyah oleh Dr. ‘Abd Ra’ouf Bin Muhammad al-Kamali (tesis PhD di Univ Imam dengan

tahap Mumtaz, 2/558). Kami berpendapat, pendapat kedua ini salah, daif, sangat lemah dan batil.

Kesimpulan dan pandangan Rajih (kuat dan terpilih) : Hukum barang kemas adalah sama dalam hal ini

adalah HARAM, kerana ia tetap emas pada pandangan majoriti, lalu setiap pembelian dan penjualan

yang dibayar menggunakan duit maka Kesatuan Fiqh Sedunia telah memutuskan bahawa matawang

kertas adalah ‘nuqud istilahiah’ yang sama hukum hakamnya dengan emas, maka jual beli barang kemas

dengan wang adalah nuqud dengan emas, maka wajib taqabud boleh tafadhul kerana tidak sama jenis.

b- ‘Trade in’ Emas Lama Dengan Emas Baru.

Jelas menurut perbahasan hukum bahawa ‘trade in’ emas lama dengan yang baru atau barang kemas

emas lama dengan yang baru mestilah mengikut hukum yang dibincangkan di atas, iaitu menurut

majoriti ulama setiap barang kemas tetap dianggap emas dan bukan sil’ah, maka bila seseorang ingin

menukarnya dengan barang kemas baru emas yang lain. Ia mesti punyai dua syarat tanpa khilaf (Boleh

rujuk pelbagai kitab antaranya al-Mu’amalat al-Maliyyah al-Mu’asirah oleh Prof Dr Ali Salus, hlm 180 ;

Al-Buyu’ al-Sya’iah oleh Dr Tawfiq al-Buti dan lain-lain), iaitu :

i) Mutamathilan – mesti sama berat timbangannya. Manakala standard emas tersebut (‘Iyar) 20 atau 21

atau 24 tidak memberikan sebarang kesan. Ia adalah berdasarkan hadith yang menyebut tentang tamar

khaibar (yang kurang elok atau buruk) yang ditukar dengan tamar Janib (yang elok) yang mana ianya

mesti menuruti syarat sama berat walaupun berbeza kualiti. Hadith ini riawayat al-Bukhari dalam kitab

al-Buyu’, no 4553. Jika tidak Riba Al-Fadl akan berlaku.

ii) Mesti ‘Taqabud fil hal aw Taqabud fil majlis’ ( diserah dan terima dalam satu masa) – kerana ia adalah

tertakluk kepada hukum sarf (tukaran matawang dengan matawang), maka tidak dibenarkan untuk

menangguh masa serahan. Justeru, mestilah kita menyerahkan emas lama, dan kemudian penjual

menyerahkan emas baru yang sama berat pada ketika itu juga. Jika tidak, Riba Nasi’ah akan berlaku.

Mungkin ada yang akan bertanya, jadi kalau kita ingin melakukan ‘trade in’ dengan emas baru yang lebih

mahal harganya?? Bagaimana kita mahu membayar tambahan harga itu?

Page 10: TAJUK 7 : PRODUK- PRODUK PERBANKAN ISLAMmystudyonline.darulridzuan.com.my/ipelajar/TAJUK 7 PRODUK-PROD… · tetap) tadi adalah Riba Ad-Duyun dari jenis Al-Qard. Ini adalah kerana,

Jawabnya : Ia sama dengan kes dalam hadith Tamar Khaibar dan Janib tadi. Jawapan yang diberi oleh

Rasulullah SAW adalah : “Juallah dengan sempurna , ambillah harganya dan kemudian belilah semula

dengan duit kamu tadi”

Jelas, caranya : mestilah seseorang yang ingin melakukan ‘trade in’. menjual terlebih dulu kepada

pekedai emas itu, lalu ia mestilah mengambil duit harga rantai lama itu, cth harga seutas rantai emas

lama kita rm2000 dan beratnya 200 gram, apabila kita ingin trade in dengan rantai berharga rm2500,

maka kita mesti jual dulu, lepas kita pegang duit rm2000, barulah kita pilih rantai baru dan kemudian

tambah dgn rm 500, kemudian pembeli membayar kepada pekedai lalu mengambil rantai baru itu.

Kemungkinan jika transaksi seumpama ini di buat di Malaysia, ia akan kelihatan pelik. Bagaimanapun

itulah cara yang selamat dari Riba.

Page 11: TAJUK 7 : PRODUK- PRODUK PERBANKAN ISLAMmystudyonline.darulridzuan.com.my/ipelajar/TAJUK 7 PRODUK-PROD… · tetap) tadi adalah Riba Ad-Duyun dari jenis Al-Qard. Ini adalah kerana,

PEMBIAYAAN RUMAH, KENDERAAN DAN PERIBADI

BBA dan al-Murabahah. [ يع ب ثمن ال [ آجل ب

Bay’ Bi thaman Aajil (perjanjian jual beli balik) atau BBA merupakan konsep perbankan Islam yang

digunakan dalam pembiayaan sewa beli atau pembelian insurans. Di bawah konsep ini, bank memberi

pembiayaan kepada pelanggan untuk memiliki harta (rumah atau kenderaan) atau perkhidmatan

dengan membeli aset kepunyaan pelanggan atau daripada ‘vendor’ dengan harga tunai dan

kemudiannya menjual kembali aset tersebut kepada pelanggan dengan harga belian ditambah

keuntungan.

Pelanggan boleh membayar balik secara tangguh atau ansuran dan jumlah bayaran bergantung kepada:

• jumlah kos belian yang terlibat

• risiko pembayaran

• tempoh perjanjian

Kaedah BBA dianggap sebagai kaedah pembiayaan yang menggantikan kaedah pembiayaan berdasarkan

pinjaman yang diamalkan oleh sistem perbankan konvensional.

Kaedah pembiayaan BBA diperkenalkan di Malaysia oleh Bank Islam Malaysia Bhd (BIMB) yang mula

beroperasi pada 13 Mei 1983. Kaedah BBA ini walau bagaimanapun tidak diiktiraf oleh bahagian dunia

lain yang mengamalkan perbankan Islam yang lebih selesa menggunakan kaedah murabahah atau kos

tokok.

Pengarah Urusan BIMB ketika itu, Dato’ Abdul Halim Ismail menjustifikasikan penggunaan BBA

berdasarkan ayat 282 Surah Al-Baqarah yang bermaksud: “Wahai orang yang beriman, apabila kamu

bermuamalah tidak secara tunai untuk tempoh yang tidak ditentukan, hendaklah kamu menulisnya.”

Di sini, beliau berhujah al-Quran membenarkan kaedah jualan bayaran tertangguh sebagai alternatif

kepada kaedah pembiayaan hutang sistem perbankan konvensional.

Mahkamah Tinggi dalam keputusan penghakiman bertulis Hakim Datuk Abdul Wahab Patail pada 18

Julai 2008 memutuskan bahawa aplikasi kaedah Bai Bithaman Ajil yang banyak digunakan dalam kontrak

pembiayaan pembelian rumah Islam adalah bertentangan dengan Akta Bank Islam 1983.

Kaedah pembiayaan BBA merupakan produk utama Bank Islam Malaysia Bhd yang juga merupakan

produk utama perbankan Islam di Malaysia. Di Malaysia, dianggarkan hampir 70 peratus pembiayaan

Islam diberikan mengikut konsep BBA.[1] Implikasi penghakiman ini dijangka akan menyebabkan bank

dan institusi kewangan Islam mengkaji semula segala perjanjian pembiayaan berasaskan BBA yang

dibuat dengan pelanggan.[2] Malahan, Bank Negara Malaysia dalam pekeliling kepada ketua-ketua

eksekutif perbankan Islam pada 8 September 2008 menasihati mereka agar melihat semula penggunaan

BBA.

Page 12: TAJUK 7 : PRODUK- PRODUK PERBANKAN ISLAMmystudyonline.darulridzuan.com.my/ipelajar/TAJUK 7 PRODUK-PROD… · tetap) tadi adalah Riba Ad-Duyun dari jenis Al-Qard. Ini adalah kerana,

Bay’ bi Thaman Aajil (BBA) maksudnya ialah (perjanjian jual beli balik) merupakan konsep perbankan

Islam yang digunakan dalam pembiayaan sewa beli atau pembelian insurans. Atau Suatu kontrak jualan

berdasarkan bayaran tertunda (bai’ nasiah/ يع ئة ب ي س ن يع) dan ansuran (bai’ bit taqsit (ال يط ب س ق ت ال ب

) di dalam satu tempoh pembayaran yang dipersetujui.

Di bawah konsep ini, bank memberi pembiayaan kepada pelanggan untuk memiliki harta atau

perkhidmatan dengan membeli aset kepunyaan pelanggan atau daripada ‘vendor’ dengan harga tunai

dan kemudiannya menjual kembali aset tersebut kepada pelanggan dengan harga belian ditambah

keuntungan. Pembeli membayar semula kepada bank sebagaimana yang dipertujui sama ada secara

sekaligus atau secara ansuran. (2m)

Hukum BBA

Ulama Syariah kontemporari berbeza pendapat dalam hukum BBA. Ijtihad pertama, BBA HARUS. Kedua,

BBA tidak harus.

BBA Harus

Hukum jual beli atau pembiayaan seperti BBA + Murabahah ini adalah HARUS. Dalilnya ialah firman

Allah, “…Allah telah menghalalkan jual beli…” (al-Baqarah: 275). (1m)

(a) contoh Operasi prosedur dan langkahnya seperti berikut

1. Puan Adilah memilih rumah yang ingin dibeli.

2. Mendapatkan pembiayaan BBA di bank dan beraqad akan membeli asset tersebut pada harga jualan

termasuk keuntungan

3. Bank membeli rumah tersebut secara tunai

4. Bank memiliki rumah tersebut

5. Bank menjual rumah itu kepada Adilah dan menyerahkan rumah itu kepada Puan Adilah dengan harga

jualan tertangguh termasuk keuntungan

6. Puan Adilah membuat pembayaran secara tangguh dan ansuran dalam satu tempoh yang dipersetujui

contoh 27 tahun atau 30 tahun. (6m)

Bai’ Bi thaman Ajil (BBA) atau Jual beli secara tangguh pembayaran adalah salah sebuah instrumen atau

produk yang digunakan oleh kebanyakan bank-bank Islam di Malaysia. Konsep ini telah diluluskan oleh

Majlis Penasihat Shariah Kebangsaan yang berpusat di Bank Negara Malaysia dan juga kebanyakan bank-

bank Islam di Malaysia.

Page 13: TAJUK 7 : PRODUK- PRODUK PERBANKAN ISLAMmystudyonline.darulridzuan.com.my/ipelajar/TAJUK 7 PRODUK-PROD… · tetap) tadi adalah Riba Ad-Duyun dari jenis Al-Qard. Ini adalah kerana,

Menurut statistik, konsep BBA ini amat popular dan digunakan dengan cukup meluas di Malaysia.

Sehingga Disember 2005, konsep BBA digunakan sebanyak 52.9 % dalam penerbitan Bon Islam (Sukuk)

berbanding konsep-konsep lain. Manakala sepanjang tahun 2005 juga konsep ini digunakan sekitar 41 %

pula di dalam produk pembiayaan kewangan pelanggan. Kedua-dua angka ini menunjukkan betapa

konsep ini amat selesa diaplikasikan oleh perbankan Islam Malaysia. Malah ia juga amat popular di

Brunei dan Bangladesh.

BBA TIDAK HARUS

Bagaimanapun, konsep ini tidak diterima oleh bank-bank Islam di Timur Tengah termasuk Pakistan dan

beberapa Negara lain. Ini adalah kerana majoriti Ilmuan dan Cendekiawan Shariah di rantau Timur

Tengah tidak menerima konsep itu yang dianggap tidak menepati konsep tulen BBA, malah konsep BBA

versi Malaysia juga dilihat sebagai gabungan dua konsep iaitu Bai’ al-‘Inah (Jual dan beli semula) dan Bai’

Muajjal (Jualan dengan bayaran bertangguh dan secara ansuran) yang dikhuatiri terlibat riba.

Justeru, ini menyebabkan pihak Bank-bank Islam di sebelah Timur Tengah lebih suka untuk

mengutamakan konsep-konsep lain yang lebih menepati objektif Shariah menurut ijtihad mereka seperti

Ijarah, Musharakah Mutanaqisah Muntahiyah bi al-Tamlik dan lain-lain.

Secara mudahnya BBA versi Malaysia berfungsi seperti berikut;

Apabila seorang pelanggan ingin membeli sebuah rumah berharga RM 200,000, maka si pelanggan akan

membayar sejumlah wang kepada penjual / pemaju sebagai ‘booking’ dan kemudiannya membayar 10

% pula kepada pemaju/penjual sebagai wang pendahuluan (deposit).

Setelah itu, berbekalkan perjanjian jual beli (S&P agreement) antara si pembeli dan penjual, maka si

pelanggan akan mula mencari bank Islam yang oleh memberikan pembiayaan perumahan kepadanya.

Setelah menepati seluruh syarat-syarat yang ditetapkan oleh pihak Bank. Pihak Bank bersetuju untuk

membeli rumah itu daripada pelanggan tadi dengan harga RM 180,000 (iaitu sama jumlahnya setelah di

tolak deposit) dengan bayaran tunai. Dengan itu, rumah itu akan menjadi milik bank dan tanda

pemilikan bank ke atas rumah itu adalah melalui satu surat ‘declaration of trust’ dan sebuah ‘charge’

sebagai tanda hak bank ke atas rumah tersebut. Bagaimanapun nama pemilik atas geran tidak akan

ditulis nama Bank kerana ini bukanlah syarat dalam pemilikan Islam dan hanyalah bersifat urusan rasmi

‘formality’.

Setelah pemilikan ini sah di sisi undang-undang Negara dan diiktiraf oleh Shariah, maka pihak bank Islam

akan menjualkan rumah (yang telah dibelinya tadi) itu kepada pelanggan yang sama dengan harga baru (

merangkumi modal beserta kadar keuntungan yang di tetapkan) iaitu RM 350,000 yang boleh dibayar

oleh pelanggan secara ansuran bulanan selama 25 tahun atau lebih, bergantung kepada perjanjian.

Itulah gambaran ringkas bentuk pelaksanaan BBA di Malaysia yang merupakan sebuah produk yang

dibina atas konsep jual beli dan bukannya pemberian pinjaman kepada pelanggan.

Page 14: TAJUK 7 : PRODUK- PRODUK PERBANKAN ISLAMmystudyonline.darulridzuan.com.my/ipelajar/TAJUK 7 PRODUK-PROD… · tetap) tadi adalah Riba Ad-Duyun dari jenis Al-Qard. Ini adalah kerana,

MASALAH BBA

Tidak dinafikan, walaupun konsep BBA ini telah hampir disepakati keharusannya oleh kebanyakan

cendiakawan Shariah di dalam Negara, Semakin banyak isu-isu Shariah kelihatan timbul hasil dari cara

pelaksanaan atau ‘implementasi’ BBA yang kerap tersilap akibat kurang pemantauan oleh individu

Shariah di dalam Bank atau tidak difahami sebaiknya oleh para pegawai bank yang mengaplikasikan

konsep ini di dalam produk mereka.

Konsep BBA yang diamalkan di nusantara ditolak oleh Ulama (Pakar Syariah) timur tengah atas alasan

manipulasi riba. Mereka memilih konsep kontrak perkongsian berkurangan iaitu Musharakah

Mutanaqisah (MM). شاركة م صة ال ناق ت م ية ال ته ن م يك ال ل تم ال ب

Dalam perundangan Islam, kontrak jual beli boleh menjadi akad fasid jika penjual gagal menyerahkan

barang yang diakad ketika akad dibuat.

Dalam kes BBA, kontrak itu sepatutnya terbatal jika rumah gagal disiapkan atau gagal diserahkan kepada

pembeli dalam tempoh ditetapkan.

Hakikat sebenar yang berlaku di Malaysia, walaupun sesuatu projek itu gagal disiapkan atau

terbengkalai, pelanggan tetap perlu membayar ansuran bulanan atau membayar kadar keuntungan ke

atas bayaran yang sudah dibuat pihak bank kepada pemaju/penjual.

Musharakah Mutanaqisah Muntahiyah bi al-Tamlik (Kontrak Perkongsian Berkurangan) dan Ijarah

Muntahiyah Bit Tamleek (sewaan yang berakhir dengan pemilikan).

Hasilnya, pelbagai pihak yang menyedarinya tampil membuat teguran, pertanyaan dan pelbagai

tuntutan penjelasan dibuat. Tambahan itu, konsep ini juga dianggap menjadi satu imej perbankan Islam

yang sedikit kurang inovatif di Malaysia di mata pihak antarabangsa, lalu kemungkinan menjadi salah

satu faktor kurang minat pelabur Arab yang kaya untuk turut serta memeriahkan perbankan Islam di

Malaysia dengan lebih hebat.

Tidak dinafikan, kewujudan beberapa Bank Islam antarabangsa dari Kuwait (Kuwait Finance House),

Saudi (Ar-Rajhi Investment Bank) dan Qatar (Asian Finance Bank) menampakkan penerimaan Timur

Tengah terhadap Malaysia, tetapi perlu diingat bahawa ketiga-tiga bank Islam antarabangsa ini tidak

mengamalkan sebarang konsep BBA di dalam operasi mereka.

Kini, timbul satu fenomena yang agak sihat di kalangan cendekiawan Shariah tempatan dan pengamal

perbankan Islam di Malaysia. Mereka dilihat semakin inovatif dan kreatif dengan mengutarakan pelbagai

konsep baru yang lebih ‘mampu’ diterima oleh para ulama sedunia dan pengamal perbankan Islam

antarabangsa. Sebagai contoh, produk BBA yang sering menjadi teras bagi pembiayaan perumahan kini

sudah semakin kurang popular tambahan pula dengan isu-isu Shariah yang masih lagi berlegar di

sekitarnya.

Kini konsep pembiayaan perumahan sudah mula di tukar kepada konsep baru yang lebih baik seperti

Musharakah Mutanaqisah Muntahiyah bit Tamlik (Pemilikan berkongsi secara menurun) dan Ijarah

Page 15: TAJUK 7 : PRODUK- PRODUK PERBANKAN ISLAMmystudyonline.darulridzuan.com.my/ipelajar/TAJUK 7 PRODUK-PROD… · tetap) tadi adalah Riba Ad-Duyun dari jenis Al-Qard. Ini adalah kerana,

Muntahiyah Bit Tamleek (sewaan yang berakhir dengan pemilikan). Pelbagai Bank Islam dan jendela

Perbankan Islam ‘Islamic Banking window’ sudah mula melakukan kajian terhadap kesesuaian konsep ini

dengan perundangan Negara. Malah sebahagiannya telah pun mengaplikasikan produk pembiayaan

perumahan dengan cara ini. Setakat ini, ia terbukti lebih berkesan selain diterima oleh Ulama sedunia.

Majma’ al-Fiqh al-Islami meletak 6 syarat keharusan ‘aqd al-ijarah al-muntahiyah bi al-tamlik. Iaitu :-

1. Terdapat dua aqad yang berasingan, dalam dua waktu yang berbeza. Aqad ijarah terlebih dahulu

kemudian aqad bay’. Atau wujud wa’d (janji) untuk tamlik (serah milik) di hujung tempoh ijarah.

2. Ijarah benar-benar berlaku, bukan sekadar menutup jual beli.

3. Jaminan (daman) barang sewaan ke atra pemberi sewa (mu’ajjir), bukan ke atas penyewa (musta’jir).

Oleh itu sebarang kerosakan yang bukan disebabkan oleh penyewa ditanggung oleh mu’ajjir.

4. Sekiranya aqad itu mengandungi insuran terhadap barang sewaan, wajib menggunakan ta’min

ta’awuni (insuran kerjasama) bukan ta’min tijari, mesti ditanggung oleh pemilik yang menyewakannya,

bukan ditanggung oleh penyewa.

5. Aqad ini wajib menepati semua hukum aqad ijarah biasa, dan menepati hokum-hukum bay’ ketika

sudah dipindah milik.

6. Maintenance baikpulih yang non operasi atau perbelanjaan penyelenggaraan bukan operasi adalah ke

atas pemilik iaitu pemberi sewa bukan atas penyewa sepanjang tempoh ijarah.

Sekiranya kedua-dua aqad ditandatangani dalam masa yang sama, yakni barang sewaan disewakan

kepada anda, dalam masa yang sama kamu memiliknya, ini tidak harus kerana menyalahi hokum-hakam

ijarah dan tamalluk.

Sekiranya aqad bay’ berlaku selepas tamat tempoh sewaan maka ini harus selagi memenuhi syarat-

syarat di atas.

كون قات ت ف ة ن يان ص ير ال ية غ ل ي غ ش ت لى ال ر ع ال المؤمل لى تأمر ع س م ارة مدة طوال ال ة وأما .“ اإلم يان ص ال

ية ل ي غ ش ت راد ، ال ها وي تامه ما ب ح ة ت تمرار اآلل س ال ي ل عمل ف ت ال زي ال حوه ك هذه ، ون كون ف لى ت تأمر ع س م .ال

Perbelanjaan maintenance luaran adalah kewajipan pemberi sewa. Manakala siyanah tashghiliyyah iaitu

perbelanjaan dan keperluan supaya kereta dapat berjalan seperti minyak hitam, petrol, minyak brek,

adalah ke atas penyewa.

Murabahah [حة مراب [ال

Murabahah adalah transaksi penjualan barang dengan menyatakan harga perolehan dan keuntungan

(margin) yang disepakati oleh penjual dan pembeli. Pembayaran atas akad jual beli dapat dilakukan

secara tunai atau kredit. Yang membezakan murabahah dengan jual beli lain ialah penjual mesti

memberitahu kepada pembeli harga barang pokok yang dijualnya serta jumlah keuntungan yang

diperoleh.

Page 16: TAJUK 7 : PRODUK- PRODUK PERBANKAN ISLAMmystudyonline.darulridzuan.com.my/ipelajar/TAJUK 7 PRODUK-PROD… · tetap) tadi adalah Riba Ad-Duyun dari jenis Al-Qard. Ini adalah kerana,

Penjualan dapat dilakukan secara tunai atau kredit, jika secara kredit mesti dipisahkan antara

keuntungan dan harga perolehan. Keuntungan tidak boleh berubah sepanjang akad. Sekiranya terjadi

kesulitan bayar dapat dilakukan penyusunan semula dan sekiranya kesulitan bayar kerana lalai maka

boleh dikenakan denda. Denda tersebut akan dianggap sebagai dana kebajikan. Wang muka juga dapat

diterima , tetapi harus dianggap sebagai pengurang piutang.

حة مراب ي ال غة ف ل ادة، :ال زي قل :واصطالحااو ال ل ن يع ك ب م ى ال ير إل غ ادة ال زي لى ب ثل ع ثمن م ل ال سوعة) .األو مو ال

ية قه ف ال .(ال ن اإلمام وق دامة اب نى) :ق يع مع حة ب مراب يع هو :ال ب رأس ال مال ب ح ال لوم، ورب ترط مع ش لمهما وي رأس ع ب

مال، قو ال ي ي رأس :لف يه، مال ة عليلو هو أو ف مائ تك ب ع ها، ب ح ب شرة، ورب هذا ع ز ف ال مائ ي خالف ته، ف صح ال لم و ع ن

يه ند ف راهة أحدحو ع ني) (ك غ م ن ال دامة، الب ة ق سأل يع م حة ب مراب .(ال

Murabahah dalam Bahasa Arab bermaksud ziyadah (tambahan atau lebihan). Menurut istilah Shariah,

memindahkan semua barangan kepada orang lain dengan harga yang lebih tinggi dari harga asal.

Dikatakan yang terawal menyebut tentang keharusan murabahah ialah al-Imam al-Shafi’ei dalam kitab

al-Umm.

قد ت ع صرح من أول أن وي ية شروع م نوع ذاه ب عي اإلمام هو ال شاف ي ال ه ف تاب م“ ك يث ”األ ال ح يه ق رأى وإذا“ :ف

رمل رمل ال عة، ال ل س قال ال تر :ف ش حك هذه ا يها وأرب ذا، ف تراها ك ش ا رمل ف شراء ال ال ز، ف مائ

Apabila seseorang melihat barangan lalu ia berkata kepada sahabatnya, “belilah barang ini, nanti saya

beli dari kamu dengan harga yang lebih dari dari harga sekarang,” maka jual beli ini adalah harus. (Al-

Shafi’ei, Al-Umm.).

حة مراب ية ال صرف م ال

بر ت ع حة ت مراب ية، ال صرف م سط ال و نك ت ب شراء ال عة ل ل س ناء لى ب لب ع ون ط زب م ال عها ث ي ه ب ل ل اآلم ثمن ب ب

ساوي فة ي ل ك ت ية ال ل ك شراء ال ل ح زائدااو ل لوم رب فق مع ت يه م ل نهما ع ي .ب

Murahabah masrafiyyah di bank-bank. Bentuknya : Bank membeli barang yang diminta oleh pelanggan.

Kemudian bank menjualnya kembali kepada pelanggan dengan harga belian serta tambahan

keuntungan seperti yang disepakati kedua-dua pihak.

Prof Dr. al-Qarah Daghi berkata,

حة مراب وعان، ال حة هما ن مراب ة، ال عادي حة ال مراب ألمر وال شراء ل ال تي ب ها ال مري نوك ت ب ية ال سالم نوع .اإل ال ل ف األو

بارة هو كون أن عن ع دى ي تامر ل ضاعة ال ي ب يأت شخص ف يه قول إل ي د :ف تري أن أري ش ضاعة هذه أ ب ثمن ال ال ب

سه ف ذي ن تها ال تري ش ه ا ح مع ب ال، %10 رب ث ق م يواف تامر ف لى ال ك، ع هذه ذل حة ف مراب ة ال عادي تي ال كون ال ت

ضاعة ب ند ماهزة ال تامر ع عها ال ي ب ثمن وي ال ذي ب امت ال يه ق ل ضاعة ع ب ح مع ال لوم، رب حة وهذه مع مراب زة ال مائ

ماع اإلم ال ب ال خالف و بهة و ش يها، ت وهي ف ان نذ مومودة ك صر م سول ع ر .(ص) ال

Murabahah itu dua jenis. Murabahah biasa dan murabahah li al-aamir bi al-shira’. Murabahah biasa-

contohnya seorang dating kepada peniaga yang memiliki barangan. Orang itu berkata, “saya mahu beli

barang ini dengan harga yang sama ketika kamu membelinya dengan keuntungan 10% lalu peniaga pun

bersetuju. Ini harus menurut ijma’ tanpa khilaf dan syubhah, dan telah wujud sejak zaman Rasul saw.

نوع أما ي، ال ثان حة أي ال مراب ألمر ال شراء، ل ال كون ب ت ت :خطوات عدة من ف

Page 17: TAJUK 7 : PRODUK- PRODUK PERBANKAN ISLAMmystudyonline.darulridzuan.com.my/ipelajar/TAJUK 7 PRODUK-PROD… · tetap) tadi adalah Riba Ad-Duyun dari jenis Al-Qard. Ini adalah kerana,

ي (1 أت يل ي عم لب ال ط نك من وي ب تري أن ال ش ه ي يارة ل س ضاعة، أو عهد ب ت ه وي أن ي ب ة ف يذ حال ف ن نك ت ب هذه ال

ية ل عم ه ال ها أن تري ش ي س .

قوم (2 نك ي ب شراء ال لك ب ضاعة ت ب يارة أو ال س ضها ال ب ق دخل وت ي وت ية ف ك ل نك م ب .ال

م (3 قوم ث نك ي ب يع ال ب لك ب ضاعة ت ب يارة أو ال س يل ال عم ل شراء اآلمر ل ال ثمن ب ال بة ب س ح ون لوم، رب مع

فرض ن ل نك أن ف ب د ال ترى ق ش يارة ا س ف100 عها أل ي ب ي ه ف سطة آالف110 ل ق لى م ساط ع ة أق شهري حو أو ك ن .ذل

هذا نوع ف حات من ال مراب ز ال ضا، مائ ند أي قهاء ممهور ع ف ن؛ ال صري عا م ه ال قد ألن شروع ع يس م يه ل شرعي محظور ف

رت إذا واف شروط ت ة ال لوب مط .ال

Jenis kedua ialah ialah murabahah lil aamir bi al-shira’ seperti di bank-bank. Antara bentuk langkah ialah

• Seseorang datang kepada bank lalu meminta bank membeli kereta atau barangan, berjanji untuk

membeli selepas itu,

• Bank pun membeli kereta atau barangan itu lalu memilikinya dan barangan itu ada dalam simpanan

miliknya

• Bank menjual barang atau kereta itu, dengan harga yang sama ditambah dengan keuntungan yang

dimaklumi. Cthnya RM100,000 lalu menjualnya dengan harga RM110,000. Murabahah ini adalah HARUS

menurut Ulama Fiqh Semasa.

Page 18: TAJUK 7 : PRODUK- PRODUK PERBANKAN ISLAMmystudyonline.darulridzuan.com.my/ipelajar/TAJUK 7 PRODUK-PROD… · tetap) tadi adalah Riba Ad-Duyun dari jenis Al-Qard. Ini adalah kerana,

Bay’ al-Tawarruq (Pembiayaan Peribadi-i) [ يع تورق ب [ ال

At-Tawarruq adalah berasal dari perkataan wariq yang bererti perak dan menjadi tawarruq yang artinya

mencari perak seperti ta’allum mencari ilmu. Ulama Hanabilah paling masyhur membincangkan

tawarruq. Secara mudah, bay’ tawarruq ialah Membeli barangan secara ansuran, kemudian menjualnya

kepada pihak lain (bukan penjual asal barangan) secara tunai dengan harga yang lebih rendah. Tawarruq

boleh dibahagikan keada dua bentuk, tawarruq haqiqi (real tawarruq) dan tawarruq munazzam

(organized tawarruq).

Hukum Tawarruq

Ulama silam dan kontemporari berbeza pendapat tentang hokum bay’ al-tawarruq.

1.Harus. Jumhur ulama termasuk Iyas ibn Mu’awiyah, tawarruq harus berdasarkan ayat, “…Allah telah

menghalalkan jual beli dan mengharamkan riba..” (al-Baqarah). Antara ulama komtemporari, Ibn Baz,

‘Abd al-Rahman al-Sa’di, al-‘Uthaymin, Salih al-Fawzan, Lajnah Da’imah dan Majma’ al-Fiqh al-Islami. Ini

kerana tujuannya sahih, sama ada ingin mendapatkan ‘ayn al-sil’ah (barang) atau ‘iwadh (manfaat

barang).

2.Haram. Ini pendapat ‘Umar ibn ‘Abd al-‘Aziz, satu riwayat dari al-Imam Ahmad serta mengatakan ia

temasuk al-‘inah, dan dipilih oleh Abu al-‘Abbas al-Harrani. Mereka menganggap tawarruq adalah satu

jenis riba.

3.Harus bersyarat.

Ini kerana adanya hajah dan kurangnya orang yang ingin memberikan pinjaman. Dalam Risalah al-

Mudayanah, Ibn al-‘Uthaymin mengharuskan tawarruq dengan beberapa syarat, iaitu

i-sangat memerlukan wang. Adapun menggunakan tawarruq untuk meminjamkannya kepada orang lain,

ini tidak harus.

ii-Tidak dapat meminjam dari mana-mana pihak lain.

iii-Aqad tidak menyamai bentuk riba, kerana ini seakan membeli duit dengan duit.

iv-Peminjam tidak menjualnya melainkan setelah memegangnya dan memilikinya. (Lihat juga al-Sharh

al-Mumti’, 8/232)

Sebenarnya, peminjam (mutawarriq) Tidak harus untuk menjualnya kembali kepada pihak bank,

ataupun pihak lain yang masih merupakan satu bahagian dari pihak bank kerana itu akan menjadi bay’

al-‘inah.

Bay’ Taqsit ialah jual beli secara bayaran ansuran. majoriti sarjana daripada empat mazhab utama

mengharuskannya walaupun harga jualan secara ansuran berbeza daripada harga jualan tunai, dengan

syarat jualan ansuran dipersetujui lebih awal.

Page 19: TAJUK 7 : PRODUK- PRODUK PERBANKAN ISLAMmystudyonline.darulridzuan.com.my/ipelajar/TAJUK 7 PRODUK-PROD… · tetap) tadi adalah Riba Ad-Duyun dari jenis Al-Qard. Ini adalah kerana,

Info: al-Tashri’ (membuat undang-undang) adalah sifat Allah dan milikNya sahaja. Merebutnya adalah

syirik akbar tapi ia khafiyy (tersembunyi) dalam masyarakat akhir zaman. Dalam kitab-kitab Usul al Fiqh

al Islami disebut, al-tashri’ haqqun lillahi wahdah

ع شري ت ل حق ال وحده هل

Tashri’ itu hak Allah satu-satuNYA.

Dalam system demokrasi yang mmbuat law ialah ahli parlimen.

Shaddad ibn Aws r.a. berkata, Para sahabat Nabi berkata, “Ada orang yang banyak melakukan amal salih

sedangkan ia munafiq. Dia mengutuk pemimpin-pemimpinya dan mencela mereka.” Takhrij al-Hafiz Ibn

Bishran dalam al-Amali.