tajuk 3.pptx

71
KEMAHIRAN MENDENGAR DAN BERTUTUR : KEMAHIRAN 3.0-4.0 DISEDIAKAN OLEH : NOR SYAWWIRAH BINTI ADNAN LAIDIS BINTI ANIS SITI NORHIDAYAH BINTI ROSLY 3PISMP PK/PJ/BM 1 INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS DARULAMAN JITRA, 06000, KEDAH DARUL AMAN

Upload: hidayah-rosly

Post on 29-Nov-2015

46 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

bmm

TRANSCRIPT

KEMAHIRAN MENDENGAR DAN BERTUTUR :

KEMAHIRAN 3.0-4.0

DISEDIAKAN OLEH :NOR SYAWWIRAH BINTI ADNAN

LAIDIS BINTI ANISSITI NORHIDAYAH BINTI ROSLY

3PISMP PK/PJ/BM 1

INSTITUT PENDIDIKAN GURUKAMPUS DARULAMAN

JITRA, 06000, KEDAH DARUL AMAN

PENGENALAN KEMAHIRAN

• Dalam kemahiran 3.0, guru perlu:-– memberi tumpuan terhadap proses penyampaian

maklumat dalam pengucapan yang mudah, betul, menarik, dan berkesan

• Manakala dalam kemahiran 4.0, guru perlu :-– Berbincang tentang tajuk-tajuk yang relevan secara

bertatasusila

Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR)

KURIKULUM BERSEPADU

SEKOLAH RENDAH (KBSR)

KEMAHIRAN 3.0

• Kemahiran 3.0 telah dibahagikan kepada 3 sub kemahiran utama iaitu :

3.1 Menyampaikan maklumat tentang sesuatu perkara atau tajuk menggunakan :•kata,• istilah, •frasa, •Struktur ayat yang betul dan• laras bahasa yang sesuai

3.2 Menghuraikan maklumat dengan alasan yang meyakinkan.

3.3 Menyampaikan maklumat kepada pihak lain dalam aktiviti yang terancang.

PENGHURAIAN HASIL PEMBELAJARAN & CONTOH AKTIVITI KEMAHIRAN 3.1

Aras 1i. Mengumpulkan dan menyusun isi penting

daripada sesuatu topik yang dibincangkan.ii. Mengemukakan isi penting dengan jelas.

Contoh Aktiviti• Menyatakan isi penting berdasarkan tajuk.• Menyampaikan isi penting mengikut urutan.

sambungan…Aras 2

• i. Menyusun isi penting sesuatu topik.• ii. Menyampaikan isi penting sesuatu topik

secara tersusun dengan bahasa yang mudah.Contoh Aktiviti

• Menyediakan pengurusan grafik untuk menyusun isi penting.

• Mengemukakan isi penting yang terdapat di dalam lembaran pengurusan grafik.

• Contoh : murid menyediakan catatan ringkas

sambungan…Aras 3

i. Menentukan fakta yang sesuai tentang sesuatu topik yang dibincangkan.

ii. Membentangkan maklumat yang diperoleh dengan ayat yang tepat.

Contoh Aktiviti• Memilih dan melaporkan fakta yang sesuai.• Contoh topik : pembalakan• Contoh istilah : hakisan, kawasan tadahan air,

empangan, sistem saliran• Menyampaikan maklumat dengan tepat.

PENGHURAIAN HASIL PEMBELAJARAN & CONTOH AKTIVITI KEMAHIRAN 3.2

Aras 1i. Mengembangkan idea tentang sesuatu

perkara dengan memberikan alasan yang sesuai.

Contoh Aktiviti• Memberikan penjelasan yang kukuh sebagai

bukti.• Contoh : melengkapkan borang pengurusan

grafik sebab akibat

MENJAGA KEBERSIHAN DIRITINDAKAN

• Tidak mandi • Tidak memberus

gigi

SEBAB• Kotoran kekal

pada tubuh badan• Menjadi tempat

pengumpulan bakteria

AKIBAT• Mudah dijangkiti

penyakit• Mudah mendapat

kerosakan gigi

Rajah 1.0 : Contoh borang penggunaan grafik

sambungan…

Aras 2• Membentangkan fakta tentang sesuatu topik

dengan ulasan yang wajar.

Contoh Aktiviti• Menghuraikan idea tentang sesuatu perkara

dengan alasan yang munasabah.• Contoh : murid memberikan penerangan

berdasarkan catatan yang dibuat pada peta minda

sambungan…

Aras 3Menjelaskan pendapat tentang sesuatu topik dengan mengemukakan bukti yang wajar.

Contoh Aktiviti• Menjelaskan fakta dengan ulasan yang lengkap.• Contoh : aktiviti syarahan, berpidato, berbahas.

PENGHURAIAN HASIL PEMBELAJARAN & CONTOH AKTIVITI KEMAHIRAN 3.3

Aras 1Mempersembahkan idea tentang sesuatu persoalan dengan diksi, ayat, dan gaya yang sesuai.

Contoh Aktiviti• Mengadakan aktiviti perbincangan

berpandukan topik yang diberikan.• Mempersembahkan hasil perbincangan dengan

diksi, ayat, dan gaya yang sesuai.

sambungan…

Aras 2Mengemukakan idea tentang sesuatu tema dengan wacana yang sesuai.

Contoh Aktiviti • Situasi pertandingan syarahan di dalam bilik darjah.• Nota : maksud wacana • keseluruhan tutur yang

merupakan suatu kesatuan, ucapan, pertuturan, percakapan

sambungan…

Aras 3i. Membentangkan pendapat tentang sesuatu

persoalan dengan bahasa yang bertatasusila.

Contoh Aktiviti• Membahaskan sesuatu topik yang diberikan.• Contoh : kegiatan kokurikulum meningkatkan

prestasi pelajaran

KEMAHIRAN 4.0

• Kemahiran 4.0 pula terbahagi kepada 4 sub kemahiran utama iaitu :

4.1 Mengemukakan idea, pandangan, dan

pendapattentang sesuatu perkara secara terperinci, tepat ,

dan tersusun.

4.4 Menyatakan pilihan untuk menerima atau

menolakpandangan dan pendapat dalam

perundingan bagimencapai kata sepakat.

4.2 Mengemukakan komen yang sesuai berdasarkan

pemerhatian, pengalaman, dan maklumat yang

disampaikan oleh pihak lain.

4.3 Mengemukakan hujah untuk menyokong atau

menentang sesuatu pendirian dengan

memberikanalasan yang sesuai secara sopan dalam aktiviti yang

terancang.

PENGHURAIAN HASIL PEMBELAJARAN & CONTOH AKTIVITI KEMAHIRAN 4.1

Aras 1i. Mengamati topik perbincangan untuk

memberikan pandangan yang relevan.

Contoh Aktiviti• Bincangkan isi tentang topik yang dikemukakan.• Tajuk : Keluarga Bahagia.• Nota : membandingkan dan membezakan dua

situasi keluarga

sambungan…

Aras 2Mengemukakan pendapat bagi menjelaskan idea tentang isu perbincangan.

Contoh Aktiviti• Memberikan pendapat untuk menjelaskan idea

dalam perbincangan.• Contoh : masa belajar dilanjutkan hingga pukul

3.00 petang

sambungan…

Aras 3i. Memberikan respons tentang sesuatu isu yang

dibincangkan dengan mengemukakan alasan yang sesuai.

Contoh Aktiviti• Menyatakan pandangan dengan alasan yang kukuh.• Contoh situasi : masa belajar di dalam bilik darjah

- Anda sedang mengikuti mata pelajaran yang sangat anda minati tetapi anda diminta menghadiri perjumpaan pengawas.

PENGHURAIAN HASIL PEMBELAJARAN & CONTOH AKTIVITI KEMAHIRAN 4.2

Aras 1i. Memberikan komen yang membina tentang

sesuatu perkara.

Contoh Aktiviti• Menyatakan pendapat yang membina tentang

sesuatu isu.• Contoh isu : menceriakan kawasan sekolah

sambungan…

Aras 2Mengelaskan penyataan dan memberikan kritikan yang membina.

Contoh Aktiviti• Mengasingkan dan memberikan komen terhadap

sesuatu pernyataan.• Contoh : memberikan pendapat yang rasional dalam

sesuatu perbincangan• Tajuk : Kerja Rumah membebankan murid

sambungan…Aras 3

Mengemukakan teguran yang positif berdasarkan maklumat yang diperoleh.

Contoh Aktiviti• Berbincang dan memilih perkataan yang sesuai untuk

menegur orang lain.• Contoh : Maafkan saya, izinkan saya mengemukakan cadangan.• Main peranan untuk menyampaikan teguran yang positif.

Situasi : pintu pagar utama – pengawas menahan murid yang lewat dan memberikan teguran yang positif

PENGHURAIAN HASIL PEMBELAJARAN & CONTOH AKTIVITI KEMAHIRAN 4.3

Aras 1Menyatakan pendirian tentang sesuatu tajuk perbincangan.

Contoh Aktiviti• Memberikan pendapat sendiri dalam sesuatu

perbincangan.

sambungan…

Aras 2Memberikan pendapat dengan alasan tentang sesuatu topik.

Contoh Aktiviti• Mengemukakan hujah yang kukuh

berdasarkan topik.• Contoh : hujah berserta bukti

sambungan…

Aras 3Menyokong sesuatu tajuk dengan mengemukakan hujah yang bernas.

Contoh Aktiviti• Menyediakan set perbahasan.• Murid membahaskan

PENGHURAIAN HASIL PEMBELAJARAN & CONTOH AKTIVITI KEMAHIRAN 4.4

Aras 1Mengemukakan alasan yang sesuai untuk menerima atau menolak sesuatu pendapat.

Contoh Aktiviti• Memilih sama ada menerima atau menolak

pendapat yang diberi.• Menyenaraikan alasan yang sesuai sama ada

menyokong

sambungan…

Aras 2Menyatakan sebab dan akibat untuk menerima atau menolak sesuatu pendapat.

Contoh Aktiviti• Memberikan alasan tentang sesuatu pendapat.• Situasi : kampung pertanian• Isu : membina taman perumahan di tanah

pertanian

sambungan…

Aras 3i. Meneliti tawaran untuk membuat pilihan.ii. Mengemukakan alasan untuk menerima atau

menolak sesuatu pendapat.

Contoh Aktiviti• Membuat keputusan dengan menyatakan

alasan.• Contoh : mengisi borang pengurusan

KURIKULUM STANDARD

SEKOLAH RENDAH (KSSR)

Objektif kemahiran dan bertutur

Mendengar, mengecam, mengajuk dan

menentukan arah bunyi dalam persekitaran

dengan teliti dan betul.

mendengar, mengecam dan menyebut bunyi bahasa dengan betul

mendengar, memahami, menyebut dan mengeja

perkataan yang mengandungi dua atau tiga

suku kata, diftong, vokal berganding, digraf dan konsonan bergabung

dengan betul dan tepat

mendengar, memahami dan menyebut frasa dan

ayat tunggal dengan betul dan tepat

mendengar, memahami dan memberikan respons

secara lisan atau gerak laku berdasarkan arahan,

pesanan dan pertanyaan dengan betul

bercerita tentang sesuatu perkara dan menceritakan

semula perkara yang didengar menggunakan

ayat tunggal dengan tepat, sebutan yang jelas dan

intonasi yang betul

Kemahiran Mendengar

• Kemahiran mendengar merujuk keupayaan murid mendengar dengan teliti, memahami dan menghayati secara lisan perkara yang didengar dalam pelbagai situasi pengucapan, serta dapat memberikan respons.

Hasil pembelajaran

kemahiran mendengar

Asas mendengar dan memberikan

respon

Mendengar, memahami dan memberi respons

terhadap sesuatu arahan, soalan dan pesanan yang didengar dengan betul.

Mendengar, memahami dan memberi respons

terhadap sesuatu arahan, soalan dan

pesanan yang didengar dengan betul.

Asas mendengar dan memberikan respon

Mendengar dan mengecam pelbagai bunyi dalam persekitaran dengan teliti dan betul

Mendengar, mengecam dan mengajuk pelbagai bunyi dalam persekitaran yang didengar dengan betul.

Mendengar dan menentukan arah bunyi dalam persekitaran dengan betul.

Mendengar, mengecam, dan menyebut bunyi bahasa, iaitu abjad, suku kata, perkataan, frasa

dan ayat dengan betul.

Mendengar, mengecam dan menyebut nama abjad dengan betul dan tepat.

Mendengar dan menyebut bunyi vokal dan suku kata terbuka dengan betul dan tepat

Mendengar dan menyebut bunyi vokal dan suku kata tertutup dengan betul dan tepat.

Mendengar, memahami, menyebut, dan mengeja perkataan yang mengandungi suku kata terbuka dan tertutup dengan betul dan tepat.

Mendengar, memahami, menyebut, dan mengeja perkataan yang mengandungi dua atau tiga suku kata, diftong, vokal berganding, digraf dan konsonan bergabung dengan betul dan tepat.

Mendengar, memahami, dan menyebut frasa dan ayat tunggal dengan betul dan tepat.

Mendengar, memahami dan memberi respons terhadap sesuatu arahan, soalan dan pesanan

yang didengar dengan betul.

• Mendengar, memahami dan memberikan respons terhadap sesuatu arahan secara lisan atau gerak laku dengan betul.

• Mendengar, memahami dan memberikan respons dengan betul secara lisan terhadap pelbagai soalan bertumpu.

• Mendengar, memahami pesanan dan memberikan respons secara gerak laku yang betul.

Kemahiran bertutur

• Kemahiran bertutur merujuk keupayaan murid berkomunikasi untuk menjalin hubungan dan menyampaikan maklumat, pendapat, perasaan serta idea yang kreatif dan kritis dengan sebutan dan intonasi yang betul secara sopan dan bertatasusila. Penekanan juga diberikan pada penggunaan tatabahasa yang betul.

Hasil pembelajaran

Bertutur, berbual dan menyatakan permintaan tentang sesuatu perkara

daripada pelbagai sumber dalam situasi formal dan

tidak formal secara bertatasusila.

Bercerita dan menceritakan sesuatu

perkara semula dengan tepat menggunakan

sebutan yang jelas dan intonasi yang betul.

Bertutur, berbual dan menyatakan permintaan tentang sesuatu perkara daripada pelbagai sumber

dalam situasi formal dan tidak formal secara bertatasusila.

• Bertutur menggunakan diksi yang betul secara bertatasusila.

• Berbual tentang sesuatu perkara menggunakan kata panggilan dengan tepat bagi ahli keluarga asas dalam situasi tidak formal secara bertatasusila.

• Berbual tentang sesuatu perkara menggunakan kata ganti nama diri pertama dan kedua dengan betul dalam situasi tidak formal secara bertatasusila.

• Bertutur dan menyatakan permintaan untuk melakukan sesuatu perkara dalam situasi tidak formal secara bertatasusila.

Bercerita dan menceritakan sesuatu perkara semula dengan tepat menggunakan sebutan yang jelas dan

intonasi yang betul.

• Bercerita tentang sesuatu perkara dengan tepat, sebutan yang jelas dan intonasi yang betul menggunakan ayat tunggal.

• Menceritakan sesuatu perkara yang didengar dengan betul menggunakan ayat tunggal.

PERBANDINGAN KBSR DAN KSSR BAHASA MELAYU :

KEMAHIRAN MENDENGAR DAN BERTUTUR

Pemisahan Kemahiran Mendengar dan Kemahiran Bertutur.

• KBSR menggabungkan kedua-duanya bagi memberi perkaitan dan hubungan kait antara dua kemahiran tersebut.

• Namun begitu, pemisahan dalam KSSR membantu murid untuk menguasai satu-satu kemahiran dengan lebih baik dan kukuh.

PENGGUNAAN

• KBSR Menekankan penggunaan kata, istilah, frasa, struktur kata yang betul dan laras bahasa yang sesuai dengan terperinci dan khusus

• KSSRTidak dinyatakan secara khusus tetapi diserap masuk dalam hasil pembelajaran secara umum sahaja.

ASPEK PENEKANAN

• KBSR DAN KSSRKedua-duanya menekankan aspek yang hampir sama yang meliputi kefahaman, penghuraian, cara bertindak balas, dan adab dalam mendengar dan bertutur

KESIMPULAN

• KBSR dan KSSR, masing-masing mempunyai kekuatan dan kelemahan tersendiri.

• Kemahiran bertutur dan mendengar saling berkait.

• Setiap aspek seperti cara bertutur, gerak balas, adab dan tatasusila serta teknik perlu ditekankan dalam pengajaran kemahiran mendengar dan bertutur.

SOALAN ULANGKAJI

SOALAN OBJEKTIF

SOALAN 1

• Berikut merupakan objektif kemahiran mendengar dan bertutur Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) dalam sukatan pengajaran kecuali: A. Mendengar, mengecam, mengajuk dan menentukan arah

bunyi dalam persekitaran dengan teliti dan betulB. Mendengar, mengecam dan menyebut bunyi bahasa

dengan betulC. Bercerita tentang sesuatu perkara dan menceritakan

semula perkara yang didengar menggunakan ayat tunggal dengan tepat, sebutan yang jelas dan intonasi yang betul

D. Menghasilkan karangan di antara 20-40 perkataan

SOALAN 2

• Dalam sukatan pelajaran bahasa melayu, hasil pembelajaran adalah satu organisasi kurikulum yang sangat penting. Hasil pembelajaran merujuk kepada? A. Pernyataan yang ditafsir daripada objektif kurikulum

bahasaB. Penghasilan pelbagai jenis penulisanC. Mengemukakan idea berdasarkan sesuatu topic

perbincanganD. Penggalakkan murid menggunakan kreativiti mereka

untuk penulisan bahan ilmu dan imaginatif.

SOALAN 3

“Bercerita tentang sesuatu perkara dengan tepat, sebutan yang jelas dan intonasi yang betul menggunakan ayat yang tunggal”Hasil pembelajaran diatas merujuk kepada sesuatu kemahiran yang harus dikuasai oleh murid tahun 1 dalam KSSR. Kemahiran yang dimaksudkan ialah:

A. Kemahiran mendengarB. Kemahiran membacaC. Kemahiran bertuturD. Kemahiran mengeja

SOALAN 4

Kemahiran bahasa merupakan salah satu kandungan huraian sukatan pelajaran bahasa melayu dalam organisasi kurikulum. Berikut merupakan kemahiran bahasa, kecuali :

A. Kemahiran mendengarB. Kemahiran membacaC. Kemahiran menulisD. Kemahiran melihat

SOALAN 5• Kemahiran bahasa meliputi kemahiran mendengar, kemahiran

bertutur, kemahiran membaca, dan kemahiran menulis. Berikut merupakan definisi setiap kemahiran. Antara yang berikut padanan definisi manakah yang TIDAK BENAR?

Kemahiran Definisi

A Mendengar Keupayaan murid mendengar dengan teliti, memahami, dan menghayati perkara yang

didengar dalam pelbagai situasi pengucapan.

B bertutur Keupayaan murid menggunakan kreativiti mereka untuk menuturkan ujaran dan

penghasilan bahan ilmu

C Menulis Keupayaan murid menulis perkataan dan ayat, serta mengeluarkan idea melalui

pelbagai jenis penulisan

D Membaca Keupayaan murid membaca dengan sebutan, intonasi, jeda, dan kelancaran yang

betul

SOALAN 6

Dalam kemahiran 3.0 Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) Tahap II, guru perlu memberikan tumpuan terhadap :A. Proses perbincangan tentang tajuk-tajuk yang

relevan secara bertatasusilaB. Proses penyampaian maklumat dalam pengucapan

yang mudah, betul, menarik, dan berkesanC. Penceritaam dan melaporkan sesuatu perkara yang

didengar, ditonton, dibaca atau dialamiD. Membaca kuat dengan kelancaran sebutan, intonasi

dan gaya pembacaan yang sesuai

SOALAN 7Seorang pelajar telah diminta untuk menceritakan

kembali sinopsis sebuah novel yang telah dibacanya.

Aktiviti ini boleh dikaitkan dengan kemahiran:A. Menghuraikan maklumat dengan alasan yang meyakinkan.B. Menyampaikan maklumat kepada pihak lain dalam aktiviti terancang.

C. Bercerita menggunakan kata, frasa, ayat, serta sebutan dan intonasi yang baik.D. Memberikan penjelasan tentang sesuatu perkara yang tersirat dan tersurat.

SOALAN 8Huraian Hasil Pembelajaran bagi kemahiran mendengar dan bertutur yang berikut terletak pada aras rendah kecualiA. menyatakan sebab dan akibat untuk menyokong sesuatu permintaan.B. mengajukan hasrat dengan menggunakan ungkapan yang sesuai dan bersusila.C. menggunakan mimik muka yang sesuai semasa mengemukakan permintaan.D. memilih dan menggunakan kata dan ayat yang sesuai untuk menyatakan sesuatu permintaan.

Bertutur merupakan proses komunikasi yang amat kompleks

SOALAN 9

Antara berikut, aktiviti manakah yang boleh dilakukan dalam membantu meningkatkan tahap pertuturan pelajar?A. Pelajar bercerita mengenai aktitviti yang dilakuakan di rumah semalamB. Pelajar menggunakan jadual bagi menentukan sebab dan akibat terhadap sesuatu isuC. Pelajar mengklasifikasikan bunyi haiwan jenis-jenis

haiwan mengikut habitatD. Pelajar menulis karangan tentang aktiviti perkhemahan

SOALAN 10

Proses mendengar biasanya berlaku secaraberperingkat. Susun peringkat mendengar berikut mengikut susunan yang betul.

i. bertindak balas terhadap bunyi-bunyi; ii. memahami bunyi-bunyi bahasa tersebut; iii. mendengar deretan bunyi-bunyi bahasa; iv. menilai bunyi-bunyi yang diperdengarkan;

A. iii, i, iv, iiB. iv, iii, i, iiC. iii, ii, iv, iD. ii, iii, iv, i

SOALAN SUBJEKTIF

SOALAN 1

1. Kemahiran 4.0 dalam KBSR Tahap II merupakan kemahiran yang berfokus kepada proses mendengar dan bertutur.

a. Nyatakan empat (4) sub kemahiran dalam kemahiran 4.0 tersebut. (8 markah)

b. Berikan huraian hasil pembelajaran aras 2 bagi kemahiran 4.2 beserta dengan contoh aktiviti.(2 markah)

JAWAPAN

SOALAN 1 (a)

– Mengemukakan idea, pandangan, dan pendapat tentang sesuatu perkara secara terperinci, tepat, dan tersusun.

– Mengemukakan komen yang sesuai berdasarkan pemerhatian, pengalaman, dan maklumat yang disampaikan oleh pihak lain.

– Mengemukakan hujah untuk menyokong atau menentang sesuatu pendirian dengan memberikan alasan yang sesuai secara sopan dalam aktiviti yang terancang.

– Menyatakan pilihan untuk menerima atau menolakpandangan dan pendapat dalam perundingan bagi mencapai kata sepakat.

JAWAPAN

SOALAN 1 (b)Huraian Hasil Pembelajaran :

Mengelaskan penyataan dan memberikan kritikan yang membina.

Contoh Aktiviti : memberikan pendapat yang rasional dalam

sesuatu perbincangan.

SOALAN 2

2.Nyatakan tiga aktiviti yang dapat dilaksanakan untuk mengajar kemahiran mendengar dan bertutur sebagaimana yang digariskan dalam Hasil Pembelajaran Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu KBSR

JAWAPAN Tiga aktiviti yang dapat dilaksanakan untuk mengajar kemahiran Mendengar dan

Bertutur sebagaimana yang digariskan dalam Hasil Pembelajaran Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu KBSR.

Aktiviti 1 : Kemahiran Mengecam dan Mengenal Bunyi Aktiviti: Mengenal bunyi-bunyi alam seperti bunyi hujan,guruh, ombak, tiupan angin, bunyi binatang, dan kenderaan.

Aktiviti 2 :Kemahiran Membuat InferensAktiviti: Menerangkan sebab musabab kejadian sesuatu perkara. Misalnya menjelaskan mengapa seseorang itu malas?

Aktiviti 3

Membuat penilaianAktiviti: Memberi pandangan atau pendapat tentang sesuatu perkara yang didengari atau dibincangkan

SOALAN ESEI

SOALAN i. Hasil Pembelajaran 3.0, Menyampaikan maklumat dalam pengucapan

yang mudah, betul, menarik dan berkesan, memerlukan murid belajar cara menghuraikan dan menyampaikan sesuatu idea dengan baik.

Berdasarkan penyataan tersebut, rancang satu aktiviti untuk ketiga-tiga aras bagi hasil pembelajaran tersebut.

ii. Berbincang tentang tajuk-tajuk yang relevan secara bertatasusila

merupakan satu komponen dalam kemahiran mendengar dan bertutur dalam Sukatan Bahasa Melayu Sekolah Rendah.

Berdasarkan pernyataan tersebut, berikan satu jenis hasil pembelajaran dan huraikan aktiviti yang bersesuian dengan ketiga-tiga tahap untuk komponen tersebut.

JAWAPAN (i)

i. Aras 1Mengemukakan fakta tentang sesuatu perkara dengan member alasan yang rasional.Cadangan AktivitiMendengar pita rakaman berita tentang sesuatu perkara.Contoh:Tajuk - Menjaga kesihatan diri.Fakta - Kita hendaklah mencuci tangan sebelum makan untuk menjaga kesihatan diri. Aras 2 Menerangkan fakta tentang sesuatu perkara dengan bukti yang wajar.Cadangan AktivitiMengenal pasti dan mengemukakan faktor yang boleh menjejaskan kesihatan diri.Contoh:Fakta - Tangan yang tidak dicuci sebelum makan mungkin dihinggapi kuman yang boleh

menjadi punca penyakit.

Aras 3Menjelaskan fakta tentang sesuatu perkara dengan

mengemukakan bukti yang sahih.Cadangan AktivitiBerbincang dan menghuraikan fakta yang diperoleh

dengan hujah yang meyakinkan.Contoh:Fakta – Kuman merupakan punca kepada pelbagai

penyakit seperti sakit perut, muntah-muntah dan cirit birit.

JAWAPAN (II)

ii. Mengemukakan komen yang sesuai berdasarkanpemerhatian, pengalaman, dan maklumat yang disampaikan oleh pihak lain.

Aras 1Mendengar inti pati perbincangan dan menyatakan pandangan yang meyakinkan.Cadangan Aktiviti :Mengulas secara umum pencemaran sungai berdasarkan rakaman video yang ditonton.Contoh:Keindahan dan kebersihan sungai terabai kerana kurangnya kesedaran sivik di kalangan masyarakat.

Aras 2Menjelaskan pandangan atau pendapat untuk memberi maklum balas dalam perbincangan.

Cadangan Aktiviti :Bersoal jawab tentang sebab dan akibat pencemaran sungai.Contoh:Sebab - tumpahan minyak, sampah sarap, sisa toksid.Akibat - banjir, hakisan, kemusnahan habitat.

Aras 3

Menjelaskan hujah dengan alasan yang kukuh dalam perbincangan. Murid menjelaskan hujah mengapa perlu memberi kad ucapan pada ‘Hari Ibu’.

Contoh:Kata-kata dalam kad ucapan Hari Ibu dapatmenggambarkan perasaan kasih saying anak terhadap ibunya.

RUJUKAN

Bahagian Pembangunan Kurikulum. 2013. Sukatan Pelajaran KBSR Tahun 4. (atas talian) http://www.moe.gov.my/bpk/v2/index.php?option=com_weblinks&view=category&id=78&Itemid=481&lang=en (17 Januari 2013)

Bahagian Pembangunan Kurikulum. 2013. Sukatan Pelajaran KSSR Tahun 1-3. (atas talian) http://kssr.bpk.my/(17 Januari 2013)