falsafah ketokohan hamka

11
DI SEDIAKAN OLEH : - MUHAMMAD BIN MOHD ZIN@ZAKARIA ( 13BI03058 ) - MUHAMMAD KAMARUL NAIM BIN ABDULLAH ( 13BI03045 ) - IMRAN BIN RUHILI ( 13BI03033 ) - BIAF 3103 - SUBJEK : AL-FALSAFAH AL-ISLAMIYAH TAJUK : Falsafah Dan Ketokohan Hamka DI SEDIAKAN UNTUK : Ustazah nazneen binti ismail

Upload: ismi-muhammad

Post on 30-Jul-2015

111 views

Category:

Education


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: Falsafah ketokohan hamka

DI SEDIAKAN OLEH :- MUHAMMAD BIN MOHD ZIN@ZAKARIA

( 13BI03058 )- MUHAMMAD KAMARUL NAIM BIN ABDULLAH

( 13BI03045 )- IMRAN BIN RUHILI ( 13BI03033 )

- BIAF 3103 -

SUBJEK : AL-FALSAFAH AL-ISLAMIYAH

TAJUK : Falsafah Dan Ketokohan Hamka

DI SEDIAKAN UNTUK :

Ustazah nazneen binti ismail

Page 2: Falsafah ketokohan hamka

PENDAHULUAN

Hamka merupakan salah seorang tokoh pemikir agung nusantara. Beliau dianggap ahli falsafah oleh sebilangan besar pengkaji bidang-bidang ilmu. Hamka juga pernah disebut sebagai ulama intelektual iaitu ulama Islam yang telah menyatupadukan ilmu Islam dengan pemikiran ahli-ahli pemikir besar Islam dan Barat. Tujuan Hamka melakukan ini ialah untuk menarik minat dan perhatian masyarakatnya yang cenderung ke arah pemikiran rasional. Lantaran itu, Hamka cuba untuk merasionalisasikan setiap persoalan kehidupan. Hamka juga banyak membincangkan mengenai kesederhanaan hidup, yang mana baginya kesederhanaan hidup itu ialah kesucian jiwa yang akan menerangi jalan hidup manusia. Contohnya ialah adat budaya, penghayatan agama, moral dan etika serta banyak lagi.

Page 3: Falsafah ketokohan hamka

SIAPAKAH HAMKA? Nama sebenar beliau adalah Haji Abdul Malik Bin Abdul Karim Amrullah atau

lebih dikenali sebagai Hamka. Hamka dilahirkan di Sungai Batang Maninjau (Sumatera Barat) pada 17 Februari 1908 bersamaan Muharam 1326 H. Ayah Hamka bernama Haji Abdul Karim Amrullah atau lebih dikenali dengan nama Haji Rasul.

Di antara pengasas yang memperkenalkan idea-idea Muhammadiyah.Pada umur 16 tahun (1914), Hamka di bawa ayahnya ke Padang Panjang untuk

mempelajari ilmu-ilmu asas dan ilmu-ilmu agama. Dan di antara guru-gurunya ialah Syeikh Ibrahim Musa Parabek, Engku Mudo Abdul Hamid dan Zainuddin Labay.

Pada umur 18 tahun (1924), Hamka telah bermusafir keluar daripada daerah untuk menimba pengalaman, dan di antara destinasinya ialah Yogyakarta. Di sana beliau telah banyak menimba pengalaman dan apabila kembali semula ke Padang Panjang beliau telah menerbitkan karya beliau yang bertajuk “ Khotibul Ummah ”

Pada umur 1927, beliau bertekad untuk menunaikan haji di mekah dan apabila kembalinya dari sana, Hamka telah menulis di majalah “Seruan Islam di Tanjung Pura (Langkat), Pembantu Dari Bintang Islam”, dan “Suara Muhammadiyah” .

Page 4: Falsafah ketokohan hamka

MAKLUMAT TEMPAT KELAHIRAN HAMKA

Page 5: Falsafah ketokohan hamka

Seterusnya, begitulah pada tahun-tahun berikutnya. Beliau telah menghasilkan banyak karya-karya beliau contohnya, seperti Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck, Dibawah lindungan Ka’bah, Merantau ke Deli, Keadilan Ilahi dan sebagainya. Manakala, dalam bidang agama dan falsafah antaranya ialah Tasawuf Modern, Falsafah Hidup, Lembaga Hidup dan sebagainya.

Pada tahun 1959, Majlis Tinggi Universiti Al-Azhar Cairo memberikan gelar “Ustadziyah Fakhriyah” (Doctor Honoris Causa) kepada Hamka atas jasa-jasa yang telah Hamka lakukan dan di sinilah Hamka mulai menggunakan gelaran “Dr” pada nama beliau.

Pada tahun 1962, Hamka mulai menafsirkan Al-Quran Karim yang di beri nama Tafsir Al-Azhar.

Pada tahun 1975 dan 1981, Hamka di lantik sebagai ketua oleh Majlis Ulama Indonesia namun pada 19 Mei 1981, Hamka telah meletakkan jawatan beliau atas kontroversi fatwa mengenai hari Natal.

Selepas itu, Hamka mula hidup bersederhana dan menjadi mubaligh yang memikat hati masyarakat. Beliau sibuk dalam urusan membangunkan islam dan juga banyak mengabiskan masa dengan membaca Al-Quran dan dalam masa seminggu beliau mengkhatamkan Al-Quran sebanyak 3 kali dan 3 kali sehari ketika bulan Ramadhan.

Pada hari Jumaat bersamaan 24 Julai 1981, Hamka telah meninggal dunia dan ketika itu beliau berumur 73 tahun.

Page 6: Falsafah ketokohan hamka

Apa Sumbangan HAMKA ?

Memperkembangkan pemikiran Islam di Nusantara.

Mengajak masyarakat mendekatkan diri kepada agama.

UMUM

Page 7: Falsafah ketokohan hamka

Politik

Pidato Dan Penulisan

Sastera Islam

KEPAKARAN

Page 8: Falsafah ketokohan hamka

APAKAH PANDANGAN HAMKA ?

Isu Adat budaya Isu Moral dan Etika Manusia

Isu Cinta Insani dan Cinta Ilahi

• Hamka menegaskan agama mesti menguasai adat dan agama mesti mendahului adat dalam setiap apa-apa perkara pun.

• Adat ianya bersifat lapuk dan hanya sesuai untuk waktu tertentu sahaja.

• Hamka berpandangan, Individu perlulah mewujudkan suasana kerjasama, muafakat dan tolong-menolong antara satu sama yang lain.

Hamka mengambarkan konsep cinta ini dengan sebuah kehidupan yang menjadi tandus dan gersang tanpa adanya ikatan cinta dan cinta yang di katakan Hamka bukanlah cinta teruna dan dara tetapi tentangan jangkauan luasnya cinta itu dan berpaksikan kepada Tuhan yang menciptakan semua makhluk.

Page 9: Falsafah ketokohan hamka

KESIMPULAN  

Hamka adalah ulama dan sasterawan, pujangga Alam Melayu yang banyak mengarang buku-buku dalam pelbagai genre dengan tujuan untuk membawa individu-individu keluar dari akhlak buruk supaya berhijrah kepada budi pekerti yang baik dan terpuji. Sehubungan itu, kita dapat memahami bahawa Hamka berperanan sebagai pemhidang maklumat, ilmu dan pengetahuan dalam membantu individu-individu untuk mendidik, membersihkan jiwa dan membentuk jati diri berlandaskan akhlak-akhlak terpuji.

Hamka mencatit pandangan Sayid Rashid Ridha yang mengatakan, “Zuhudlah kepada dunia supaya Allah cinta kepadamu dan zuhud pulalah terhadap kepada yang di tangan manusia, supaya manusia juga suka kepadamu.”

Page 10: Falsafah ketokohan hamka

Al-Fatihah Untuk Pak HAMKA….

“ Pak Hamka Ulama’ Nusantara Pencorak Minda Masyarakat ”

17 Februari 1908 - 24 Julai 1981 (73 Tahun)

Page 11: Falsafah ketokohan hamka

SEKIAN, TERIMA KASIH.. WASSALAM