tajuk 12 pdp sains

4
TAJUK 12 PENGAJARAN MAKRO 1.1 Sinopsis Pengajaran makro merupakan gabungan pengajaran mikro. Ia merupakan simulasi pengajaran satu pelajaran yang lengkap kepada satu kelas biasa. Simulasi ini boleh diadakan di dalam bilik darjah, makmal atau bilik pengajaran mikro. Seorang atau sepasang guru pelatih bertindak sebagai guru dengan rakan-rakan seunit berperanan sebagai murid-murid sekolah yang mempunyai kepelbagaian gaya pembelajaran dan dalam masa yang sama bertindak sebagai pemerhati juga penilai. Guru pelatih perlu mengabungkan pengalaman, teori dan pengetahuan yang dipelajari untuk dipraktikkan semasa merancang dan melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran. Latihan pengajaran makro adalah penting supaya proses memindahkan ilmu kepada pelajar sebenar nanti menjadi sempurna. 1.2 Hasil Pembelajaran Pada akhir tajuk ini, anda dapat: a. Merancang dan melaksanakan keseluruhan satu pelajaran b. Memerhati/Mengulas keseluruhan satu pengajaran yang telah direkodkan c. Mengenal pasti kekuatan dan kelemahan d. Merancang dan mengajar semula pelajaran e. Kepentingan pengetahuan isi kandungan dan pengetahuan pedagogi isi kandungan 1.3 Merancang dan melaksanakan keseluruhan satu pelajaran 1.3.1 Perancangan

Upload: zamri5009

Post on 03-Sep-2015

235 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

OBJEKTIF PDP

TRANSCRIPT

TAJUK 12PENGAJARAN MAKRO

1.1Sinopsis

Pengajaran makro merupakan gabungan pengajaran mikro. Ia merupakan simulasi pengajaran satu pelajaran yang lengkap kepada satu kelas biasa. Simulasi ini boleh diadakan di dalam bilik darjah, makmal atau bilik pengajaran mikro. Seorang atau sepasang guru pelatih bertindak sebagai guru dengan rakan-rakan seunit berperanan sebagai murid-murid sekolah yang mempunyai kepelbagaian gaya pembelajaran dan dalam masa yang sama bertindak sebagai pemerhati juga penilai. Guru pelatih perlu mengabungkan pengalaman, teori dan pengetahuan yang dipelajari untuk dipraktikkan semasa merancang dan melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran. Latihan pengajaran makro adalah penting supaya proses memindahkan ilmu kepada pelajar sebenar nanti menjadi sempurna.

1.2Hasil PembelajaranPada akhir tajuk ini, anda dapat:a. Merancang dan melaksanakan keseluruhan satu pelajaranb. Memerhati/Mengulas keseluruhan satu pengajaran yang telah direkodkanc. Mengenal pasti kekuatan dan kelemahand. Merancang dan mengajar semula pelajarane. Kepentingan pengetahuan isi kandungan dan pengetahuan pedagogi isi kandungan1.3Merancang dan melaksanakan keseluruhan satu pelajaran

1.3.1PerancanganKejayaan pengajaran makro dan pengajaran sebenar dalam bilik darjah bergantung kepada kebolehan guru mensintesiskan isi pelajaran dan cara penyampaian yang berkesan. Pelbagai kaedah dan model pengajaran pembelajaran berasas konstruktivisme telah dipelajari dalam merancang proses pengajaran dan pembelajaran sains. Pelbagai kaedah yang dirancang perlu sesuai dengan isi pelajaran sains bagi membentuk aktiviti yang sesuai bagi pelajar dan guru dalam usaha membentuk skema yang sempurna bagi pelajar.

PENGAJARAN MAKRO Merancang dan melaksanakan keseluruhan satu pelajaran. Sebelum melaksanakan sesuatu sesi pengajaran makro, guru pelatih perlu merancang dan menyediakan persediaan mengajar yang lengkap dan baik. Perancangan yang lengkap dan baik merupakan satu aspek penting dalam sesuatu pengajaran yang berkesan. Pengajaran yang berkesan akan meningkatkan pencapaian akademik murid dan mengurangkan masalah disiplin murid. Setelah itu, guru pelatih bolehl melaksanakan keseluruhan satu pelajaran yang lengkap berdasarkan rancangan mengajar yang telah dirancang.

Memerhati/mengulas keseluruhan satu pengajaran yang telah direkodkan. Berdasarkan isi pelajaran yang dirancang, guru pelatih perlu mengulas isi pelajaran itu secara menyeluruh dan memerhatikan corak pengajaran yang dilakukan. Hal ini penting bagi memastikan pengajaran dilakukan secara berkesan.

Mengenalpasti kekuatan dan kelemahan. Semasa melaksanakan pengajaran makro, guru pelatih perlu mengenalpasti segala kekuatan dan kelemahan yang dapat dikesan melalui pengajaran yang telah direkodkan. Jika terdapat kekurangan dan kelemahan yang dikenalpasti, maka guru pelatih perlu merancang dan mengajar semula pelajaran.

Merancang semula dan mengajar semula pelajaran. Apabila segala kekuatan dan kelemahan telah dikenalpasti berdasarkan pengajaran sebelumnya, guru pelatih perlu merancang dan mengajar semula pelajaran agar segala kekurangan yang dikesan dapat diatasi bagi menjadikan pengajaran lebih berkesan. Kepentingan pengetahuan isi kandungan dan pengetahuan pedagogi isi kandungan. Mendapat gambaran awal atau senario situasi sebenar dalam bilik darjah Merancang aktiviti bersesuaian dengan tajuk Merancang integrasi kemahiran saintifik dan kemahiran berfikir Memiliki pengetahuan tentang topik yang hendak disampaikan Merancang contoh-contoh bersesuaian dan mudah difahami murid, relevan dengan topik yang hendak disampaikan