tajuk 11 model pembinaan kurikulum

8
Model Pembinaan Kurikulum (Model Objektif & Proses) Nordin Tahir JIP IPG Kampus Ipoh

Upload: muhammad-amin

Post on 18-Nov-2015

261 views

Category:

Documents


15 download

DESCRIPTION

advadvwdbwb

TRANSCRIPT

  • Model Pembinaan Kurikulum(Model Objektif & Proses)

    Nordin TahirJIP

    IPG Kampus Ipoh

  • Model Kurikulum

    (1) Model Ralph Tyler (1949) (2) Model Hilda Taba (1966) Objektif(3) Model Stenhouse (1975) Proses

  • Pembentukan Model Kurikulum Tyler

    Berdasarkan kepada empat persoalan dasar: Apakah tujuan Pendidikan yang perlu sekolah capai? Apakah pengalaman Pendidikan yang boleh diberi

    supaya tujuan tersebut dapat dicapai? Bagaimanakah pengalaman Pendidikan dapat

    diorganisasikan secara efektif? Bagaimanakah dapat kita tentukan sama ada tujuan-

    tujuan tersebut dicapai?

  • Penekanan terhadap pembentukan objektif tingkah lakusebagai tujuan asal proses pendidikan;

    Membawa perubahan yang signifikan terhadap pola tingkahlaku pelajar. Perubahan terhadap pelajar berlaku bagi setiapkali perubahan pernyataan objektif sekolah.

    Kekuatan model ini dalam pendekatan terhadap teorikurikulum dan praktis: ia amat bersistematis dan mempunyaikekuatan untuk mengurus dengan membentuk objektiftingkah laku menyediakan idea yang jelas terhadap hasilanagar kandungan dan tatacara dapat disepadukan serta dapatdinilai hasilan tersebut

    Objektif Kandungan Kursus Tatacara Penilaian

  • MODEL TABA

    Kurikulum sebagai pelan tindakan; Pendekatan Bawah-Atas (Bottom-up) terhadap kurikulum di mana

    guru memainkan peranan utama; Terdapat susunan yang tertib semasa membentuk kurikulum dan

    berpendapat bahawa guru perlu terlibat sama membantu dalam proses pembentukan tersebut; dan

    Tujuh langkah pembentukan kurikulum :(1) Mengdiagnos keperluan(2) Pembentukan objektif(3) Pemilihan kandungan(4) Menyusun kandungan(5) Pemilihan terhadap pengalaman pembelajaran(6) Mengurus aktiviti-aktiviti pembelajaran(7) Penilaian

  • MODEL STENHOUSE Kurikulum sebagai Proses; Kurikulum bukan bersifat fizikal tetapi merupakan interaksi di

    antara guru, pelajar dan ilmu pengetahuan; Kurikulum merupakan apa yang sebenarnya berlaku di bilik

    darjah serta persedian-persedian yang dilakukan, dan menilai; Proses yang aktif dan dikaitkan dengan penaakulan praktikal

    yang diperkenalkan oleh Aristotle; Suatu percubaan untuk menerangkan prinsip-prinsip dan ciri-

    ciri usul Pendidikan di dalam bentuk yang telus dan berupayamenterjemahkannya ke dalam bentuk amalan (sila buatrujukan lanjut kepada transparensi);

  • Berupaya untuk menyediakan asas bagi merancang sesuatu kursus,meneliti secara empiris serta dapat dijadikan asasmenjustifikasikannya. Menawarkan untuk: Proses Perancangan:

    = prinsip pemilihan kandungan: apa yang perlu diajar dan dipelajari= prinsip pembentukan strategi pengajaran: bagaimana ia patut diajar

    dan dipelajari= prinsip menentukan susunan pengajaran= panduan secara praktis untuk melaksanakan kurikulum dalam

    konteks sekolah yang berlainan, dalam konteks para pelajar, situasirakan sebaya dan persekitaran

    = maklumat mengenai kepelbagaian kesan hasil daripada pelbagaikonteks situasi dan pelajar serta memahami faktor-faktorkepelbagaian tersebut;

    Justifikasi : Pembentukan matlamat kurikulum yang boleh dikawalselia;

  • Melihat kurikulum sebagai suatu bentuk spesifikasi tentang amalanpengajaran ( suatu cara menterjemahkan idea pendidikan kepadahipotesis yang boleh diuji : menggalakkan pengujian secara kritisdan bukan menerima secara membuta tuli ; ia bukan sebagaikurikulum pukal yang direkabentuk dengan tujuan untukdisampaikan di mana-mana sahaja);

    Hasilan bukan lagi merupakan ciri asas yang penting dan bukanuntuk mendefinisi fiturnya. Apa yang penting menurut model teoridan amalan kurikulum ini ialah kandungan dan cara akanberkembang maju apabila guru dan pelajar berinteraksi danbukannya menentukan objektif tingkah laku yang ketat ; dan

    Mengikut model ini, pelajar bukannya objek pasif untuk diajar.Mereka perlu sama-sama menentukan bagaimana sesuatu sesipengajaran dan pembelajaran perlu dilaksanakan. Fokus utamanyaialah terhadap proses interaksi (perubahan tumpuan daripadapengajaran kepada pembelajaran: bagi guru, proses pembelajarandiberi penekanan yang utama)