model terma terma kontrak pembinaan untuk kerja subkontrak

36
MODEL TERMA-TERMA KONTRAK PEMBINAAN antara KONTRAKTOR dan SUBKONTRAKTOR untuk KERJA SUBKONTRAK 2007 Jawatankuasa Kontrak Industri Pembinaan

Upload: qoci5ko

Post on 11-Feb-2016

127 views

Category:

Documents


7 download

DESCRIPTION

m

TRANSCRIPT

Page 1: Model Terma Terma Kontrak Pembinaan Untuk Kerja Subkontrak

i

MODEL TERMA-TERMA KONTRAK PEMBINAAN

antara

KONTRAKTOR dan SUBKONTRAKTOR

untuk

KERJA SUBKONTRAK

2007

Jawatankuasa Kontrak Industri Pembinaan

Page 2: Model Terma Terma Kontrak Pembinaan Untuk Kerja Subkontrak

ii

Penafian

Model terma-terma ini ialah satu set terma-terma am kontrak yang bertujuan membentuk sebahagian daripada subkontrak. Dari segi tujuan, ia bersifat generik. Berdasarkan keperluan, setiap subkontrak mestilah mempunyai peruntukan khusus yang tersendiri disesuaikan mengikut projek. Penggunaan model terma-terma ini sebagai sebahagian daripada subkontrak hendaklah dibuat dengan berhati-hati. Jika perlu, nasihat mesti diperolehi bagi projek-projek tertentu. CIDB dan ahli CICC tidak menanggung apa jua liabiliti dalam kontrak, tort atau selainnya, jika mana-mana pihak memilih untuk menggunakan model terma-terma ini menjadi sebahagian daripada subkontrak dan mengalami kerugian.

Diterbitkan oleh:

Mei 2007

© Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia

ISBN 978-983-2724-56-8

Page 3: Model Terma Terma Kontrak Pembinaan Untuk Kerja Subkontrak

iii

MODEL TERMA-TERMA KONTRAK PEMBINAAN UNTUK KERJA SUBKONTRAK

Kerja pembinaan dan pemberian subkontrak

Kebanyakan kerja pembinaan disubkontrakkan. Rekod CIDB menunjukkan bahawa dalam tempoh lima tahun kebelakangan ini, secara purata 5000 kontrak utama bernilai lebih daripada RM500,000.00setiap satunya diikat setiap tahun. Adalah amalan lazim dalam industri pembinaan bagi setiap kontrak utama yang diaward lebih banyak subkontrak yang diaward kepada subkontraktor ‘domestik’. Subkontrak ‘domestik’ ialah kontrak di mana kontraktor mengikat kontrak dengan subkontraktor pilihan mereka sendiri.

Meskipun terdapat pelbagai terma-terma standard kontrak pembinaan yang diterbitkan untuk kontrak utama dan subkontrak ‘dinamakan’ yang bersesuaian, sebelum penerbitan ini, tiada terma-terma standard kontrak diterbitkan untuk kerja subkontrak ‘domestik’ di Malaysia. Akibatnya, banyak subkontrak diikat berdasarkan pelbagai kontrak dalaman yang digubal oleh kontraktor utama. Sejumlah besarnya diaward mengikut dasar ad-hoc dan kerap tidak lengkap. Malah banyak kontrak diaward secara lisan semata-mata.

Menstandardkan kontrak

Industri pembinaan kini mempunyai pilihan menggunakan Model Terma-terma Kontrak Pembinaan untuk Kerja Subkontrak yang diterbitkan. Penerbitan ini tepat pada masanya dan selaras dengan saranan strategik dalam Pelan Induk Industri Pembinaan, CIMP 2006-2015 untuk meningkatkan profesionalisme dan menambah baik standard dalam industri pembinaan.

Terdapat banyak manfaat menstandardkan terma-terma kontrak. Kelebihannya termasuklah:

1. Ia lebih ekonomik kerana tidak perlu merangka terma-terma kontrak yang baru setiap kali kontrak baru diaward.

2. Ia memberikan lebih kepastian ketika mentender.

3. Kebiasaan menjadikan penetapan harga lebih mudah dan cepat.

4. Ia mewujudkan kemungkinan peruntukan risiko yang lebih seimbang antara pihak-pihak yang mengikat kontrak.

5. Terdapat kemungkinan lebih tinggi mengelakkan pertikaian yang tidak diingini di mahkamah atau timbangtara.

Penggunaan model terma-terma sebagai sebahagian daripada subkontrak yang ‘berdiri sendiri’

Model Terma-terma Kontrak Pembinaan untuk Kerja Subkontrak ini bertujuan untuk digunakan secara amnya sebagai sebahagian daripada subkontrak yang ‘berdiri sendiri’ dan bukan ‘sandar-menyandar’ dengan mana-mana satu kontrak utama yang khusus. Gaya penggubalan secara generik ini bermakna model ini boleh digunakan sebagai terma subkontrak dengan mana-mana kontrak utama sama ada kontrak ‘sekali-sahaja’ atau ‘borang standard’ yang diterbitkan, contohnya kontrak JKR 203A dan 203, kontrak JKR Reka & Bina / Turnkey, kontrak PAM, IEM, CIDB, FIDIC, JCT, atau kontrak lain yang diterbitkan dalam bidang kuasa yang relevan. Model ini juga cukup fleksibel sehingga ia dengan mudah boleh dijadikan ‘sandar-menyandar’ dengan mana-mana kontrak utama tertentu dengan memasukkan rujukan kepada peruntukan kontrak utama yang khusus dengan menggunakan peruntukan dalam lampiran kepada terma-terma subkontrak jika kedua-dua pihak memilih berbuat demikian.

Page 4: Model Terma Terma Kontrak Pembinaan Untuk Kerja Subkontrak

iv

PENGHARGAAN

Penggubalan model terma-terma kontrak pembinaan untuk kerja subkontrak ini diterajui oleh Sr Noushad Ali Naseem Ameer Ali, Yang Dipertua, Pertubuhan Juruukur Malaysia (ISM), 2006/2007.

Draf ini dibincangkan oleh pelbagai lapisan industri, termasuk badan profesional, perdagangan, kerajaan, dan institusi akademik yang relevan. CIDB Malaysia menerajui beberapa sesi perundingan secara meluas melalui bengkel dan forum bagi membincangkan dasar dan konsep tersebut.

Individu utama yang membantu memudah cara bengkel dan forum termasuklah:

Ir C K KhooIr Oon Chee KhengIr Steven K H NgLam Ko LuenMichael Mc IverNazir Muhamad NorProf Sr Dr Khairuddin Abdul RashidSariah Abdul KaribSr Eddie Wong Weng HongSr Lim Chong FongSr Noridah ShaffiiSr Noushad Ali Naseem Ameer AliSr S RamarSr Shariza SabriSr Wan Maimun Wan AbdullahTan Swee ImTan Teng Khoon

Jawatankuasa Kontrak Industri Pembinaan (CICC)

Hasil keputusan muktamad bengkel dan forum adalah persepakatan am tentang konsep dan dasar. Draf ini juga diendors oleh Jawatankuasa Penasihat Polisi Perolehan CIDB. Apa yang diterbitkan sekarang ialah dokumen persepakatan industri secara am yang diterbitkan sebagai Model Terma-terma Kontrak Pembinaan untuk Kerja Subkontrak yang diendors oleh pemain-pemain utama dalam industri pembinaan. Berikutan persepakatan tersebut, Jawatankuasa Kontrak Industri Pembinaan (CICC) ditubuhkan.

Bagi tujuan Model Terma-terma Kontrak Pembinaan untuk Kerja Subkontrak, CICC terdiri daripada:

Teraju : Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB)

Persatuan Jurutera Perunding Malaysia (ACEM)Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL)Jabatan Kerja Raya Malaysia (JKR)Persatuan Penyejukan dan Penyaman Udara Malaysia (MACRA)Pertubuhan Perlindungan Kebakaran Malaysia (MFPA)Persatuan Lif dan Eskalator Malaysia (MALEA)Persatuan Pemborong Binaan Malaysia (MBAM)Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia (PKMM)Pertubuhan Arkitek Malaysia (PAM)Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan (REHDA)Institut Bina Bangunan Berkanun Malaysia (CIOB)Persatuan Elektrik dan Elektronik Malaysia (TEEAM)Institusi Jurutera Malaysia (IEM)Pertubuhan Juruukur Malaysia (ISM)

Page 5: Model Terma Terma Kontrak Pembinaan Untuk Kerja Subkontrak

i

MODEL TERMA-TERMA KONTRAK PEMBINAAN

antara

KONTRAKTOR dan SUBKONTRAKTOR

untuk

KERJA SUBKONTRAK

2007

Jawatankuasa Kontrak Industri Pembinaan

PERJANJIAN DAN TERMA-TERMA KONTRAK PEMBINAANUNTUK KERJA SUBKONTRAK

antara

[Kontraktor]

dan

[Subkontraktor]

untuk

[Tajuk ringkas kerja subkontrak]

merangkumi sebahagian daripada

[Tajuk ringkas keseluruhan projek]

Page 6: Model Terma Terma Kontrak Pembinaan Untuk Kerja Subkontrak

KANDUNGAN

2 MODEL TERMA-TERMA KONTRAK PEMBINAAN UNTUK KERJA SUBKONTRAK

KANDUNGAN HALAMAN

BAHAGIAN A – PERJANJIAN DAN TAKRIF 4

1 Kontrak untuk kerja subkontrak dan tarikh kontrak

2 Pihak-pihak kepada kontrak ini – Kontraktor dan Subkontraktor

3 Pentadbir Kontrak

4 Klien

5 Keseluruhan projek

6 Kerja Subkontraktor

7 Dokumen kontrak

8 Tarikh mula kerja

9 Tarikh siap kerja

10 Harga kerja

11 Tunggal dan jamak

12 Undang-undang yang mentadbir kontrak ini

BAHAGIAN B – TERMA-TERMA KONTRAK 6

1 Obligasi am 6

1.1 Obligasi am Kontraktor 1.2 Obligasi am Subkontraktor 1.3 Obligasi am Kontraktor dan Subkontraktor

2 Pentadbiran dan perubahan kerja 8

2.1 Pentadbiran kontrak 2.2 Arahan, keputusan, perakuan, dan notis 2.3 Perubahan kerja

Page 7: Model Terma Terma Kontrak Pembinaan Untuk Kerja Subkontrak

3

KANDUNGAN

MODEL TERMA-TERMA KONTRAK PEMBINAAN UNTUK KERJA SUBKONTRAK

3 Obligasi masa 10

3.1 Memulakan kerja 3.2 Program kerja 3.3 Kemajuan kerja 3.4 Tarikh siap kerja 3.5 Memulakan dan menyiapkan kerja mengikut seksyen 3.6 Menyelaraskan tarikh siap kerja 3.7 Penyiapan praktikal dan perakuan penyiapan praktikal 3.8 Perakuan penyiapan muktamad 3.9 Pampasan bagi lewat siap

4 Pembayaran 14

4.1 Ketepatan masa – tuntutan bayaran, perakuan bayaran, dan pembayaran 4.2 Kandungan perakuan bayaran 4.3 Amaun yang ditahan dan perakuan bayaran muktamad

5 Obligasi kualiti, keselamatan, kesihatan, dan alam sekitar 17

5.1 Kualiti 5.2 Kemungkiran peruntukan kontrak yang berkaitan dengan kualiti kerja 5.3 Kesihatan, keselamatan, dan alam sekitar

6 Hak di sisi undang-undang dan penamatan 18

6.1 Hak di sisi undang-undang 6.2 Penamatan pengambilan kerja Subkontraktor di bawah kontrak ini oleh Kontraktor 6.3 Penamatan pengambilan kerja Subkontraktor di bawah kontrak ini oleh Subkontraktor 6.4 Penamatan pengambilan kerja Kontraktor dan penamatan kontrak dengan Klien 6.5 Pampasan berikutan penamatan 6.6 Prosedur berikutan penamatan pengambilan kerja Subkontraktor di bawah kontrak ini

7 Ketidaksetujuan dan resolusi ketidaksetujuan 21

7.1 Ketidaksetujuan, perundingan, dan mediasi 7.2 Adjudikasi 7.3 Timbangtara

BAHAGIAN C – LAMPIRAN PERJANJIAN DAN TERMA-TERMA KONTRAK 24

Page 8: Model Terma Terma Kontrak Pembinaan Untuk Kerja Subkontrak

BAHAGIAN A - PERJANJIAN DAN TAKRIF

4 MODEL TERMA-TERMA KONTRAK PEMBINAAN UNTUK KERJA SUBKONTRAK

BAHAGIAN A – PERJANJIAN DAN TAKRIF

1 Kontrak untuk kerja subkontrak dan tarikh kontrak

Ini adalah suatu kontrak pembinaan antara Kontraktor dan Subkontraktor untuk kerja subkontrak. Tarikh kontrak ini dinyatakan dalam C.1.

2 Pihak-pihak kepada kontrak ini – Kontraktor dan Subkontraktor

Pihak-pihak kepada kontrak ini adalah Kontraktor dan Subkontraktor. Tandatangan mereka yang mengesahkan persetujuan mereka kepada kontrak ini, saksi kepada tandatangan mereka, nama organisasi, dan butiran lain dinyatakan dalam C.2.

3 Pentadbir Kontrak

Pentadbir Kontrak mentadbir kontrak ini. Nama dan butiran Pentadbir Kontrak dinyatakan dalam C.3.

4 Klien

Kerja oleh Subkontraktor di bawah kontrak ini adalah sebahagian daripada keseluruhan projek yang Kontraktor telah mengikat kontrak dengan Klien. Nama dan butiran Klien dinyatakan dalam C.4.

5 Keseluruhan projek Keseluruhan projek adalah projek yang Kontraktor telah mengikat kontrak dengan Klien. Tajuk ringkas keseluruhan projek ini dinyatakan dalam C.5.

6 Kerja Subkontraktor

Kontrak ini secara keseluruhan, menetapkan skop penuh kerja oleh Subkontraktor. Tajuk ringkas kerja Subkontraktor di bawah kontrak ini dinyatakan dalam C.6. Kontrak ini bebas daripada kontrak antara Kontraktor dan Klien kecuali bagi peruntukan yang dimasukkan secara khusus dalam kontrak ini, jika ada.

7 Dokumen kontrak

Dokumen-dokumen berikut membentuk kontrak ini:

(i) Bahagian A: Perjanjian dan takrif

(ii) Bahagian B: Terma-terma kontrak

(iii) Bahagian C: Lampiran kepada Bahagian A (Perjanjian dan takrif) dan Bahagian B (Terma-terma kontrak)

(iv) Perincian kerja dan harga [jika ada]

(v) Bil kuantiti [jika ada]

(vi) Jadual kadar harga [jika ada]

Page 9: Model Terma Terma Kontrak Pembinaan Untuk Kerja Subkontrak

BAHAGIAN A - PERJANJIAN DAN TAKRIF

MODEL TERMA-TERMA KONTRAK PEMBINAAN UNTUK KERJA SUBKONTRAK 5

(vii) Lukisan [jika ada]

(viii) Spesifikasi[jikaada]

(ix) Dokumen lain yang dinyatakan dalam C.7 [jika ada]

8 Tarikh mula kerja

Subkontraktor mestilah memulakan kerja pada tarikh yang dinyatakan dalam C.8. Jika tarikh tidak dinyatakan, Pentadbir Kontrak mestilah memaklumkan kepada Subkontraktor tarikh mula kerja secara bertulis.

9 Tarikh siap kerja

Subkontraktor mestilah menyiapkan kerja tidak lewat dari tarikh yang dinyatakan dalam C.9. Tarikh siap kerja boleh dilaraskan mengikut peruntukan kontrak ini.

10 Harga kerja

Harga kerja Subkontraktor dinyatakan dalam C.10. Ini adalah jumlah wang yang perlu dibayar oleh Kontraktor kepada Subkontraktor bagi kerja oleh Subkontraktor. Jika harga tidak dinyatakan, maka Pentadbir Kontrak mestilah mengira harga kerja Subkontraktor berdasarkan perincian kerja dan harga bagi kerja Subkontraktor. Jika tidak ada perincian kerja dan harga, maka Pentadbir Kontrak mestilah mengira harga kerja Subkontraktor berdasarkan kerja sebenar yang dijalankan menggunakan kadar harga mengikut tertib keutamaan berikut:

(i) kadar harga mengikut bil kuantiti; jika tiada maka,

(ii) kadar harga dalam jadual kadar harga; jika tiada maka,

(iii) kadar harga pasaran saksama.

11 Tunggal dan jamak

Dalam kontrak ini semua kata tunggal termasuk kata jamak dan kata jamak termasuk kata tunggal sebagaimana yang dikehendaki mengikut konteks.

12 Undang-undang yang mentadbir kontrak ini

Kontrak ini ditadbir mengikut undang-undang seperti yang dinyatakan dalam C.11.

Page 10: Model Terma Terma Kontrak Pembinaan Untuk Kerja Subkontrak

BAHAGIAN B - TERMA-TERMA KONTRAK

6 MODEL TERMA-TERMA KONTRAK PEMBINAAN UNTUK KERJA SUBKONTRAK

BAHAGIAN B – TERMA-TERMA KONTRAK

1 Obligasi am

1.1 Obligasi am Kontraktor

1.1.1 Obligasi am Kontraktor termasuk yang berikut:

(i) Memberikan akses tepat pada masanya kepada Subkontraktor ke bahagian tapak projek yang relevan;

(ii) Menyediakan semua maklumat dan kemudahan yang relevan dengan cara yang bertepatan masanya bagi membolehkan Subkontraktor menyiapkan kerja;

(iii) Membayar Subkontraktor seperti yang diperuntukkan dalam kontrak ini; dan

(iv) Menamakan Pentadbir Kontrak bagi mentadbir kontrak ini dan menamakan pengganti apabila perlu.

1.2 Obligasi am Subkontraktor

1.2.1 Obligasi am Subkontraktor termasuk yang berikut:

(i) Menyiapkan kerja tidak lewat dari tarikh siap kerja yang diperuntukkan dalam kontrak ini;

(ii) Menyiapkan kerja berdasarkan peruntukan dalam kontrak ini;

(iii) Membayar cukai setem bagi kontrak ini; dan

(iv) Memberikan waranti kolateral kepada Klien, jika diminta oleh Pentadbir Kontrak. Waranti kolateral ialah waranti yang diberikan oleh Subkontraktor terus kepada Klien yang memberi Klien hak yang serupa dengan hak Kontraktor di bawah kontrak ini. Waranti kolateral boleh memperuntukan obligasi yang serupa atau kurang berbanding obligasi yang diberikan oleh Subkontraktor kepada Kontraktor di bawah kontrak ini. Ia tidak boleh memperuntukkan obligasi yang lebih berbanding obligasi yang diperuntukkan dalam kontrak ini. Waranti kolateral boleh diserah hak oleh Klien kepada pihak lain.

Page 11: Model Terma Terma Kontrak Pembinaan Untuk Kerja Subkontrak

BAHAGIAN B - TERMA-TERMA KONTRAK

7MODEL TERMA-TERMA KONTRAK PEMBINAAN UNTUK KERJA SUBKONTRAK

1.3 Obligasi am Kontraktor dan Subkontraktor

1.3.1 Obligasi am Kontraktor dan Subkontraktor termasuk yang berikut:

(i) Bekerjasama antara satu sama lain dan semua pihak lain yang terbabit dalam keseluruhan projek dan tidak mengganggu sesiapa atau menyebabkan sesiapa mengalami mana-mana yang berikut:

(a) kecederaanfizikalseseorangataukerosakanharta;

(b) kerugian kewangan atau perbelanjaan.

(ii) Mengambil insurans berikut:

(a) Insurans yang mesti diambil mengikut undang-undang di tempat dimana kerja dijalankan; dan

(b) Insurans yang dinyatakan dalam kontrak ini yang perlu diambil oleh setiap pihak, jika ada.

(iii) Mematuhi semua undang-undang di tempat di mana kerja dijalankan.

Page 12: Model Terma Terma Kontrak Pembinaan Untuk Kerja Subkontrak

BAHAGIAN B - TERMA-TERMA KONTRAK

8 MODEL TERMA-TERMA KONTRAK PEMBINAAN UNTUK KERJA SUBKONTRAK

2 Pentadbiran dan perubahan kerja

2.1 Pentadbiran kontrak

2.1.1 Pentadbir Kontrak mestilah menyediakan semua maklumat yang relevan kepada Subkontraktor dengan cara yang bertepatan masanya bagi membolehkan Subkontraktor menyiapkan kerja.

2.1.2 Kecuali selainnya dinyatakan di mana-mana dalam kontrak ini, Pentadbir Kontrak mestilah membuat semua keputusan di bawah kontrak ini. Ini termasuk keputusan tentang kualiti, kuantiti, kewangan, masa, dan isu-isu kontrak di bawah kontrak ini.

2.1.3 Pentadbir Kontrak mestilah mentadbir kontrak ini dan membuat semua keputusan berdasarkan peruntukan kontrak ini. Pentadbir Kontrak mestilah membuat semua keputusan dan menjalankan fungsi perakuan dengan saksama dan secara yang bertepatan masanya. 2.1.4 Pentadbir Kontrak boleh mewakilkan kuasa yang diperuntukkan kepada Pentadbir Kontrak di bawah kontrak ini kepada orang lain. Pentadbir Kontrak mestilah memaklumkan kepada Subkontraktor tentang apa-apa pewakilan kuasa secara bertulis.

2.2 Arahan, keputusan, perakuan, dan notis

2.2.1 Pentadbir Kontrak boleh mengeluarkan arahan kepada Subkontraktor tentang perkara yang berkaitan dengan kerja.

2.2.2 Semua arahan, keputusan, dan perakuan Pentadbir Kontrak mestilah:

(i) secara bertulis;

(ii) bertarikh; dan

(iii) dikenal pasti dengan jelas masing-masing sebagai arahan, keputusan, dan perakuan Pentadbir Kontrak.

2.2.3 Subkontraktor mestilah mematuhi semua arahan yang dikeluarkan oleh Pentadbir Kontrak dengan cara yang bertepatan masanya.

2.2.4 Kontraktor dan Subkontraktor mestilah mematuhi semua keputusan dan perakuan yang dikeluarkan oleh Pentadbir Kontrak dengan cara yang bertepatan masanya.

2.2.5 Semua notis yang diberi oleh Pentadbir Kontrak, Kontraktor, dan Subkontraktor, dan semua tuntutan di bawah kontrak ini mestilah dibuat secara bertulis, bertarikh, dan diserah hantar dengan cara yang bertepatan masanya.

Page 13: Model Terma Terma Kontrak Pembinaan Untuk Kerja Subkontrak

BAHAGIAN B - TERMA-TERMA KONTRAK

9MODEL TERMA-TERMA KONTRAK PEMBINAAN UNTUK KERJA SUBKONTRAK

2.2.6 Komunikasi antara Pentadbir Kontraktor, Kontraktor, dan Subkontraktor boleh melalui pos, e-mel, atau faksimile tetapi semua arahan, keputusan, perakuan, dan notis mestilah:

(i) dihantar melalui pos berdaftar; atau

(ii) melalui serahan tangan dengan perakuan terima daripada pihak atau pejabat penerima.

2.3 Perubahan kerja

2.3.1 Pentadbir Kontrak boleh mengeluarkan arahan untuk mengubah kerja.

2.3.2 Jika:

(i) berikutan suatu arahan, Pentadbir Kontrak memutuskan terdapat kesan kewangan ke atas harga asal Subkontraktor; dan

(ii) arahan tidak diberikan akibat apa-apa kemungkiran kontrak atau pelanggaran undang-undang oleh Subkontraktor,

maka Pentadbir Kontrak mestilah memperakukan nilai perubahan kerja dalam perakuan bayaran.

Page 14: Model Terma Terma Kontrak Pembinaan Untuk Kerja Subkontrak

BAHAGIAN B - TERMA-TERMA KONTRAK

10 MODEL TERMA-TERMA KONTRAK PEMBINAAN UNTUK KERJA SUBKONTRAK

3 Obligasi masa

3.1 Memulakan kerja

3.1.1 Subkontraktor mestilah memulakan kerja pada tarikh yang dinyatakan dalam C.8.

3.1.2 Jika tarikh tidak dinyatakan, Pentadbir Kontrak mestilah memaklumkan kepada Subkontraktor tarikh mula kerja secara bertulis.

3.2 Program kerja

3.2.1 Kontraktor mestilah memberi Subkontraktor program terkini untuk keseluruhan projek.

3.2.2 Subkontraktor mestilah memberi kepada Pentadbir Kontrak suatu program kerja yang menunjukkan perincian kerja yang akan dijalankan oleh Subkontraktor dan bila setiap bahagian kerja itu dirancang untuk dilaksanakan.

3.2.3 Kedua-dua Kontraktor dan Subkontraktor mestilah mengemaskinikan program kerja masing-masing apabila terdapat perubahan penting yang menjejaskan program kerja mereka. Apabila mana-mana program dikemaskinikan oleh satu pihak kontrak ini, satu salinan mestilah diberikan kepada pihak yang satu lagi dan kepada Pentadbir Kontrak.

3.3 Kemajuan kerja

3.3.1 Subkontraktor mestilah berterusan melaksanakan kerja dengan cara yang bertepatan masanya, dengan mengambil kira:

(i) tarikh siap kerja Subkontraktor;

(ii) kemajuan kerja Kontraktor; dan

(iii) sebarang gangguan yang berlaku.

3.4 Tarikh siap kerja

3.4.1 Subkontraktor mestilah menyiapkan kerja tidak lewat dari tarikh yang dinyatakan dalam C.9. Tarikh siap kerja boleh dilaraskan mengikut peruntukan kontrak ini.

3.5 Memulakan dan menyiapkan kerja mengikut seksyen

3.5.1 Jika kerja akan dimulakan dan disiapkan mengikut seksyen:

(i) huraian seksyen-seksyen kerja dan tarikh-tarikh mula dan siap pelbagai seksyen kerja mestilah dinyatakan dalam C.8 dan C.9 atau di mana- mana dalam kontrak ini; dan

(ii) semua peruntukan dalam kontrak ini akan digunapakai kepada setiap seksyen kerja dengan pelarasan sewajarnya.

Page 15: Model Terma Terma Kontrak Pembinaan Untuk Kerja Subkontrak

BAHAGIAN B - TERMA-TERMA KONTRAK

11MODEL TERMA-TERMA KONTRAK PEMBINAAN UNTUK KERJA SUBKONTRAK

3.6. Menyelaraskan tarikh siap kerja

3.6.1 Subkontraktor mestilah memberitahu Pentadbir Kontrak secara bertulis dengan segera:

(i) jika Subkontraktor tidak boleh memulakan kerja pada tarikh mula kerja dan kemajuan kerja terjejas; atau

(ii) apabila terdapat sebarang gangguan kepada kerja Subkontraktor dan kemajuan kerja terjejas.

3.6.2 Subkontraktor juga mestilah menyatakan sebab-sebab gangguan dan menunjukkan impak semua gangguan terhadap:

(i) program kerja Subkontraktor;

(ii) kerja yang akan dijalankan oleh Subkontraktor; dan

(iii) tarikh siap kerja Subkontraktor.

3.6.3 Pentadbir Kontrak mestilah menaksir impak semua gangguan terhadap:

(i) program kerja Subkontraktor;

(ii) kerja yang akan dijalankan oleh Subkontraktor; dan

(iii) tarikh siap kerja Subkontraktor. 3.6.4 Jika Pentadbir Kontrak memutuskan bahawa mana-mana tarikh siap kerja oleh Subkontraktor terjejas dan disebabkan secara langsung oleh mana-mana peristiwa berikut, Pentadbir Kontrak mestilah melaraskan tarikh siap kerja:

(i) tindakan atau kegagalan bertindak oleh salah seorang atau lebih yang berikut, atau sesiapa yang berada dalam kawalan mereka:

(a) Klien;

(b) Kontraktor;

(c) Pentadbir Kontrak;

(d) pihak lain yang diambil bekerja oleh Klien; atau (e) pihak lain yang diambil bekerja oleh Kontraktor.

Page 16: Model Terma Terma Kontrak Pembinaan Untuk Kerja Subkontrak

BAHAGIAN B - TERMA-TERMA KONTRAK

12 MODEL TERMA-TERMA KONTRAK PEMBINAAN UNTUK KERJA SUBKONTRAK

(ii) cuaca buruk luar biasa yang berlaku di tempat projek; (iii) peristiwa buruk alam semula jadi luar biasa di luar kawalan kedua-dua pihak yang berlaku di tempat projek; atau

(iv) tindakan pihak berkuasa kerajaan, dengan syarat tindakan itu tidak diambil akibat sebarang kemungkiran kontrak atau pelanggaran undang-undang oleh Subkontraktor.

(v) jika Subkontraktor menggantung kerja berdasarkan peruntukan dalam kontrak ini.

3.6.5 Pentadbir Kontrak boleh melaraskan mana-mana tarikh siap kerja supaya menjadi lebih awal atau lewat dari tarikh siap kerja terdahulu, tetapi tarikh yang dilaraskan tidak boleh lebih awal dari tarikh asal siap kerja yang dinyatakan dalam C.9.

3.6.6 Sebagai suatu alternatif kepada pelarasan tarikh siap kerja menjadi lebih lewat berbanding tarikh terdahulu, Pentadbir Kontrak boleh, jika dipersetujui oleh Subkontraktor, mengekalkan tarikh siap kerja terdahulu dan menaksir kos tambahan yang ditanggung oleh Subkontraktor dalam menyegerakan kerja tersebut. Pentadbir Kontrak mestilah kemudiannya memperakukan kos tambahan penyegeraan kerja itu dalam perakuan bayaran.

3.6.7 Pentadbir Kontrak mestilah memutuskan segala pelarasan terhadap tarikh siap kerja dalam suatu perakuan bertulis dikenal pasti dengan jelas sebagai perakuan pelarasan masa.

3.7 Penyiapan praktikal dan perakuan penyiapan praktikal

3.7.1 Subkontraktor mestilah menyiapkan kerja berdasarkan peruntukan dalam kontrak ini.

3.7.2 Subkontraktor mestilah memaklumkan secara bertulis kepada Pentadbir Kontrak 7 hari sebelum tarikh anggaran Subkontraktor bagi menyiapkan kerja secara praktikal.

3.7.3 Pentadbir Kontrak mestilah memutuskan sama ada dan bila Subkontraktor mencapai penyiapan praktikal.

3.7.4 Apabila Pentadbir Kontrak memutuskan Subkontraktor telah mencapai penyiapan praktikal, Pentadbir Kontrak mestilah serta-merta memperakukan tarikh bila Subkontraktor mencapai penyiapan praktikal. Ini mestilah dilakukan dalam suatu perakuan bertulis yang dikenal pasti dengan jelas sebagai perakuan penyiapan praktikal.

Page 17: Model Terma Terma Kontrak Pembinaan Untuk Kerja Subkontrak

BAHAGIAN B - TERMA-TERMA KONTRAK

13MODEL TERMA-TERMA KONTRAK PEMBINAAN UNTUK KERJA SUBKONTRAK

3.8 Perakuan penyiapan muktamad

3.8.1 Pentadbir Kontrak mestilah mengeluarkan perakuan yang dikenal pasti dengan jelas sebagai perakuan penyiapan muktamad;

(i) apabila segala kemungkiran peruntukan kontrak ini yang diarahkan oleh Pentadbir Kontrak untuk diperbaiki di bawah kontrak ini telah diperbaiki; atau (ii) pada tarikh atau akhir tempoh yang dinyatakan di dalam C.12,

mengikut yang mana terkemudian.

3.9 Pampasan bagi lewat siap

3.9.1 Jika Subkontraktor tidak menyiapkan kerja pada tarikh siap kerja yang diperuntukkan dalam kontrak ini, Subkontraktor mestilah membayar pampasan kewangan akibat kelewatan tersebut kepada Kontraktor.

3.9.2 Pampasan kewangan akibat kelewatan dikira bagi kelewatan di antara tarikh kerja Subkontraktor sepatutnya siap (tarikh semasa bagi menyiapkan kerja) dan tarikh kerja sebenarnya siap (seperti yang disahkan oleh Pentadbir Kontrak dalam perakuan penyiapan praktikal).

3.9.3 Kadar pampasan kewangan akibat kelewatan boleh ditetapkan terlebih dahulu sebagai ganti rugi jumlah tertentu. Ini, jika ada, dinyatakan dalam C.13 atau boleh dinyatakan di mana-mana dalam kontrak ini.

3.9.4 Jika kadar pampasan kewangan yang ditetapkan terlebih dahulu sebagai ganti rugi jumlah tertentu akibat kelewatan tidak dinyatakan di mana-mana dalam kontrak ini, Pentadbir Kontrak mestilah menaksir dan memperakukan dalam perakuan bayaran amaun pampasan yang munasabah untuk kerugian kewangan dan perbelanjaan langsung yang ditanggung oleh Kontraktor disebabkan oleh kelewatan Subkontraktor.

3.9.5 Kontraktor boleh menepikan hak kepada pampasan kewangan bagi kelewatan tetapi ia mestilah dibuat secara bertulis.

Page 18: Model Terma Terma Kontrak Pembinaan Untuk Kerja Subkontrak

BAHAGIAN B - TERMA-TERMA KONTRAK

14 MODEL TERMA-TERMA KONTRAK PEMBINAAN UNTUK KERJA SUBKONTRAK

4 Pembayaran

4.1 Ketepatan masa – tuntutan bayaran, perakuan bayaran, dan pembayaran

4.1.1 Pada penghujung setiap bulan, Subkontraktor mestilah menyerahkan tuntutan bayaran bagi kerja yang dijalankan dan segala tuntutan lain seperti yang diperuntukkan dalam kontrak ini.

4.1.2 Pada 15 haribulan bulan berikutnya, Pentadbir Kontrak mestilah menilai dan memperakukan kerja yang dijalankan dan segala amaun lain untuk diselaraskan seperti yang diperuntukkan dalam kontrak ini, dalam perakuan bayaran.

4.1.3 Jika kedua-dua pihak bersetuju dengan aturan pembayaran lain seperti bayaran dua minggu sekali atau bayaran berperingkat, maka ketepatan masa, peringkat dan harga mestilah dinyatakan dengan jelas dan dilampirkan sebagai sebahagian daripada kontrak ini. Pentadbir Kontrak kemudiannya mestilah terus mengeluarkan perakuan bayaran tetapi mestilah memperakukannya berdasarkan aturan pembayaran lain tersebut.

4.1.4 Kontraktor mestilah membayar kepada Subkontraktor amaun yang perlu dibayar seperti dinyatakan dalam perakuan bayaran tidak lewat dari masa yang dinyatakan dalam C.14.

4.2. Kandungan perakuan bayaran

4.2.1 Kecuali jika selainnya dipersetujui, semua perakuan bayaran mestilah termasuk segala perkara relevan yang dinyatakan di bawah.

4.2.2 Tambahan. Nilai perkara berikut yang relevan semasa penyediaan suatu perakuan bayaran mestilah ditambah:

(i) Nilai kumulatif kerja yang dijalankan dengan teratur. Pentadbir Kontrak mestilah menilai nilai kumulatif kerja yang dijalankan berdasarkan kerja sebenar yang dijalankan menggunakan perincian kerja dan harga untuk kerja Subkontraktor. Jika perincian kerja dan harga tidak ada, maka kerja tersebut mestilah dinilai berdasarkan kerja sebenar yang dijalankan menggunakan kadar harga berikut mengikut tertib keutamaan:

(a) kadar harga dalam bil kuantiti; jika tiada, maka gunakan,

(b) kadar harga dalam jadual kadar harga; jika tiada maka gunakan,

(c) kadar harga pasaran saksama.

(ii) Nilai bersih perubahan kerja termasuk tambahan dan peninggalan yang diarahkan dengan teratur oleh Pentadbir Kontrak dan dijalankan dengan teratur oleh Subkontraktor. Jika perubahan kerja adalah serupa seperti yang diperuntukkan dalam kontrak ini, Pentadbir Kontrak mestilah menilai perubahan kerja berdasarkan perincian kerja dan harga kerja Subkontraktor. Jika perincian kerja dan harga tidak ada, maka Pentadbir

Page 19: Model Terma Terma Kontrak Pembinaan Untuk Kerja Subkontrak

BAHAGIAN B - TERMA-TERMA KONTRAK

15MODEL TERMA-TERMA KONTRAK PEMBINAAN UNTUK KERJA SUBKONTRAK

Kontrak mestilah menilai perubahan kerja menggunakan kadar harga berikut mengikut tertib keutamaan:

(a) kadar harga dalam bil kuantiti; jika tiada maka gunakan,

(b) kadar harga dalam jadual kadar harga; jika tiada maka gunakan,

(c) kadar harga pasaran saksama.

Jika perubahan kerja tidak serupa dengan yang diperuntukkan dalam kontrak ini, Pentadbir Kontrak mestilah menilai perubahan kerja itu menggunakan:

(d) kadar harga pasaran saksama; dan jika kerja itu tidak boleh diukur maka,

(e) kadar harga kerja harian pasaran saksama berdasarkan perincian kadar harga bagi bahan, buruh, loji, kelengkapan, overhed dan keuntungan.

(iii) Peratus, yang dinyatakan dalam C.15, nilai bahan untuk kerja yang diserah hantar ke tapak projek.

(iv) Peratus, yang dinyatakan dalam C.16, nilai bahan untuk kerja yang disimpan di luar tapak projek, dengan syarat bahan itu diinsuranskan sewajarnya, dilabelkan dengan jelas dan akan digunakan untuk kerja tersebut.

(v) Kos tambahan yang ditanggung oleh Subkontraktor dalam menyegerakan kerja seperti yang diperuntukkan dalam kontrak ini, jika ada. (vi) Pampasan untuk kerugian kewangan dan perbelanjaan langsung, jika dituntut oleh Subkontraktor, dinilai oleh Pentadbir Kontrak, jika salah seorang atau lebih yang berikut atau sesiapa yang berada di bawah kawalan mereka menyebabkan Subkontraktor menanggung kerugian kewangan atau perbelanjaan langsung:

(a) Klien;

(b) Kontraktor;

(c) Pentadbir Kontrak;

(d) pihak lain yang diambil bekerja oleh Kontraktor; atau

(e) pihak lain yang diambil bekerja oleh Klien.

Pentadbir Kontrak mestilah mengambil kira segala sebab bagi kerugian kewangan dan perbelanjaan langsung yang ditanggung oleh Subkontraktor. Sebarang kerugian kewangan atau perbelanjaan yang ditanggung akibat kesalahan Subkontraktor sendiri tidak boleh dimasukkan.

Page 20: Model Terma Terma Kontrak Pembinaan Untuk Kerja Subkontrak

BAHAGIAN B - TERMA-TERMA KONTRAK

16 MODEL TERMA-TERMA KONTRAK PEMBINAAN UNTUK KERJA SUBKONTRAK

(vii) Pampasan bagi kerugian kewangan dan perbelanjaan langsung yang ditanggung oleh Subkontraktor, jika ada, dinilai oleh Pentadbir Kontrak berikutan penggantungan kerja atau penamatan pengambilan kerja Subkontraktor seperti yang diperuntukkan dalam kontrak ini.

4.2.3 Potongan. Potong jumlah semua yang berikut:

(i) Nilai kumulatif yang diperakukan di bawah perakuan bayaran terdahulu.

(ii) Pampasan bagi lewat siap oleh Subkontraktor seperti yang diperuntukkan dalam kontrak ini.

(iii) Pelarasan dalam nilai kerja yang disiapkan disebabkan kemungkiran peruntukan dalam kontrak ini oleh Subkontraktor yang mana Pentadbir Kontrak tidak menghendaki Subkontraktor membetulkannya.

(iv) Kos membetulkan kemungkiran peruntukan kontrak ini oleh Subkontraktor yang mana Pentadbir Kontrak mendapatkan pihak lain untuk membetulkannya seperti yang diperuntukkan dalam kontrak ini.

(v) Pampasan bagi kerugian kewangan dan perbelanjaan langsung yang ditanggung oleh Kontraktor, jika ada, dinilai oleh Pentadbir Kontrak berikutan penamatan pengambilan kerja Subkontraktor seperti yang diperuntukkan dalam kontrak ini.

(vi) Peratus, seperti yang dinyatakan dalam C.17, daripada jumlah wang kesemua tambahan bagi perakuan bayaran sebagai amaun yang ditahan.

4.2.4 Amaun bersih yang perlu dibayar

Amaun bersih yang perlu dibayar ialah jumlah tambahan tolak jumlah potongan. Amaun bersih yang perlu dibayar mestilah dinyatakan dalam setiap perakuan bayaran. Ini adalah amaun yang Kontraktor mesti bayar kepada Subkontraktor.

4.3 Amaun yang ditahan dan perakuan bayaran muktamad

4.3.1 Pentadbir Kontrak mestilah memperakukan pelepasan separuh daripada amaun yang ditahan dalam perakuan bayaran yang dikeluarkan tidak lewat daripada 7 hari selepas perakuan penyiapan praktikal dikeluarkan.

4.3.2 Pentadbir Kontrak mestilah memperakukan pelepasan separuh kedua amaun yang ditahan dalam perakuan bayaran muktamad selepas akaun muktamad disiapkan.

4.3.3 Perakuan bayaran muktamad mestilah dikeluarkan tidak lewat daripada 7 hari selepas perakuan penyiapan muktamad dikeluarkan.

4.3.4 Walau bagaimanapun, jika terdapat amaun bersih yang perlu dibayar oleh Subkontraktor kepada Kontraktor, maka Pentadbir Kontrak mestilah memperakukan sebarang amaun yang ditahan yang akan ditolak daripada amaun yang perlu dibayar kepada Kontraktor.

Page 21: Model Terma Terma Kontrak Pembinaan Untuk Kerja Subkontrak

BAHAGIAN B - TERMA-TERMA KONTRAK

17MODEL TERMA-TERMA KONTRAK PEMBINAAN UNTUK KERJA SUBKONTRAK

5 Obligasi kualiti, keselamatan, kesihatan, dan alam sekitar

5.1 Kualiti

5.1.1 Subkontraktor mestilah menyiapkan kerja berdasarkan peruntukan dalam kontrak ini.

5.2. Kemungkiran peruntukan kontrak berkaitan dengan kualiti kerja

5.2.1 Jika Subkontraktor memungkiri mana-mana peruntukan dalam kontrak ini yang berkaitan dengan kualiti kerja, Subkontraktor mestilah membetulkan kemungkiran itu dengan serta merta. Jika kemungkiran itu tidak dibetulkan dengan serta merta, Pentadbir Kontrak mestilah melakukan salah satu daripada yang berikut:

(i) Mengarahkan Subkontraktor membetulkan kemungkiran, yang dengan jelas mengenal pasti kemungkiran secara bertulis. Jika Subkontraktor tidak membetulkan kemungkiran dalam tempoh 14 hari dari tarikh Subkontraktor menerima arahan, Pentadbir Kontrak boleh mendapatkan pihak lain untuk membetulkan kemungkiran. Pentadbir Kontrak selepas itu mestilah mengenakan caj ke atas Subkontraktor bagi kos membetulkan kemungkiran dalam perakuan bayaran; atau

(ii) Menulis kepada Subkontraktor mengarahkan supaya kemungkiran tidak dibetulkan. Pentadbir Kontrak selepas itu mestilah melaraskan nilai kerja yang dijalankan, dengan mengambil kira kemungkiran tersebut, dalam perakuan bayaran.

5.2.2 Pentadbir Kontrak boleh terus bertindak terhadap sebarang kemungkiran oleh Subkontraktor berkaitan dengan kualiti kerja sepanjang kontrak ini sehingga perakuan penyiapan muktamad dikeluarkan.

5.3 Keselamatan, kesihatan, dan alam sekitar

5.3.1 Kedua-dua Kontraktor dan Subkontraktor mestilah:

(i) memastikan bahagian kerja mereka di tapak projek sentiasa bersih dan selamat;

(ii) mematuhi segala peruntukan keselamatan, kesihatan, dan alam sekitar dalam kontrak ini; dan

(iii) mematuhi segala undang-undang berkaitan dengan keselamatan, kesihatan, dan alam sekitar.

Page 22: Model Terma Terma Kontrak Pembinaan Untuk Kerja Subkontrak

BAHAGIAN B - TERMA-TERMA KONTRAK

18 MODEL TERMA-TERMA KONTRAK PEMBINAAN UNTUK KERJA SUBKONTRAK

6 Hak di sisi undang-undang dan penamatan

6.1 Hak di sisi undang-undang

6.1.1 Secara amnya hak dan obligasi kedua-dua pihak yang diperuntukan di bawah kontrak adalah tambahan kepada hak dan obligasi di bawah undang-undang.

6.2 Penamatan pengambilan kerja Subkontraktor di bawah kontrak ini oleh Kontraktor

6.2.1 Jika Subkontraktor:

(i) tidak meneruskan kerja dengan cara teratur dan bertepatan masanya; atau

(ii) berulangkali tidak mematuhi arahan Pentadbir Kontrak,

Pentadbir Kontrak boleh memberikan notis bertulis kepada Subkontraktor menyatakan dengan jelas apa kemungkiran tersebut. Notis itu juga mestilah mengarahkan Subkontraktor untuk membetulkan kemungkiran itu dan mestilah memberikan amaran kepada Subkontraktor tentang kemungkinan penamatan jika kemungkiran tidak dibetulkan.

6.2.2 Jika Subkontraktor tidak membetulkan kemungkiran tersebut dalam tempoh 14 hari dari tarikh Subkontraktor menerima notis, maka Kontraktor boleh menamatkan pengambilan kerja Subkontraktor di bawah kontrak ini secara bertulis dalam tempoh 7 hari selepas tamat tempoh notis 14 hari itu.

6.2.3 Jika Subkontraktor melakukan kemungkiran yang sama sekali lagi, Kontraktor boleh menamatkan pengambilan kerja Subkontraktor secara bertulis dalam tempoh 7 hari dari tarikh kemungkiran itu tanpa memberikan sebarang notis lanjut.

6.3 Penamatan pengambilan kerja Subkontraktor di bawah kontrak ini oleh Subkontraktor

6.3.1 Jika Kontraktor tidak membayar Subkontraktor menurut peruntukan kontrak ini, Subkontraktor boleh memberikan notis bertulis kepada Kontraktor untuk membetulkan kemungkiran itu. Notis itu mestilah memberikan amaran kepada Kontraktor tentang kemungkinan penamatan atau penggantungan atau kedua-duanya jika kemungkiran tidak dibetulkan.

6.3.2 Jika berikutan pemberian notis tersebut, Kontraktor tidak membetulkan kemungkiran tersebut dalam tempoh 14 hari dari tarikh Kontraktor menerima notis, maka Subkontraktor boleh sama ada:

(i) menggantung kerja dengan memberikan notis bertulis untuk menggantung kerja dalam tempoh 7 hari selepas tamat tempoh notis 14 hari itu; atau

(ii) menamatkan pengambilan kerja Subkontraktor di bawah kontrak ini secara bertulis dalam tempoh 7 hari selepas tamat tempoh notis 14 hari itu.

Page 23: Model Terma Terma Kontrak Pembinaan Untuk Kerja Subkontrak

BAHAGIAN B - TERMA-TERMA KONTRAK

19MODEL TERMA-TERMA KONTRAK PEMBINAAN UNTUK KERJA SUBKONTRAK

6.4 Penamatan pengambilan kerja Kontraktor dan penamatan kontrak dengan Klien

6.4.1 Jika:

(i) Pengambilan kerja Kontraktor di bawah kontrak ini dengan Klien ditamatkan; atau

(ii) kontrak antara Klien dan Kontraktor ditamatkan,

pengambilan kerja Subkontraktor di bawah kontrak ini ditamatkan secara automatik. Pentadbir Kontrak mestilah dengan serta merta memaklumkan Subkontraktor secara bertulis mengenai penamatan pengambilan kerja Subkontraktor di bawah kontrak ini.

6.5 Pampasan berikutan penamatan

6.5.1 Berikutan penggantungan kerja atau penamatan pengambilan kerja Subkontraktor, pihak yang memungkiri kontrak ini mestilah memberikan pampasan kepada pihak yang satu lagi bagi segala kerugian kewangan dan perbelanjaan langsung yang ditanggung oleh pihak yang satu lagi.

6.5.2 Jika:

(i) Pengambilan kerja Subkontraktor di bawah kontrak ini ditamatkan secara automatik selepas pengambilan kerja Kontraktor atau kontrak dengan Klien ditamatkan; dan

(ii) ini bukan disebabkan oleh kesalahan Subkontraktor,

Kontraktor mestilah memberikan pampasan kepada Subkontraktor bagi segala kerugian kewangan dan perbelanjaan langsung yang ditanggung oleh Subkontraktor.

6.5.3 Pentadbir Kontrak mestilah memperakukan semua pampasan bagi segala kerugian kewangan dan perbelanjaan langsung berikutan penggantungan kerja atau berikutan penamatan pengambilan kerja Subkontraktor dalam perakuan bayaran.

6.6 Prosedur berikutan penamatan pengambilan kerja Subkontraktor di bawah kontrak ini

6.6.1 Berikutan penamatan pengambilan kerja Subkontraktor di bawah kontrak ini:

(i) Pentadbir Kontrak mestilah terus mentadbir kontrak ini seperti yang diperuntukkan di bawah kontrak ini;

(ii) Pentadbir Kontrak mestilah memutuskan dan mengeluarkan arahan atas semua loji, kelengkapan, bahan dan buruh yang akan kekal berada di tapak projek dan yang akan dialih keluar dari tapak projek. Arahan mestilah dikeluarkan dalam tempoh 7 hari dari tarikh penamatan pengambilan kerja Subkontraktor di bawah kontrak ini;

Page 24: Model Terma Terma Kontrak Pembinaan Untuk Kerja Subkontrak

BAHAGIAN B - TERMA-TERMA KONTRAK

20 MODEL TERMA-TERMA KONTRAK PEMBINAAN UNTUK KERJA SUBKONTRAK

(iii) Subkontraktor kemudiannya mestilah mendemobilisasi dari tapak projek dalam tempoh 7 hari dari tarikh arahan Pentadbir Kontrak;

(iv) Kontraktor dan Subkontraktor mestilah mengemukakan tuntutan yang diperuntukkan di bawah kontrak ini kepada Pentadbir Kontrak dalam tempoh 30 hari dari tarikh penamatan pengambilan kerja Subkontraktor di bawah kontrak ini;

(v) Pentadbir Kontrak mestilah, tidak lewat daripada 30 hari berikutnya, menyediakan perakuan bayaran berdasarkan peruntukan kontrak ini; dan

(vi) Kontraktor dan Subkontraktor mestilah mengemukakan semua tuntutan muktamad di bawah kontrak ini secepat mungkin untuk membolehkan Pentadbir Kontrak menutup akaun dan mengeluarkan perakuan bayaran muktamad.

Page 25: Model Terma Terma Kontrak Pembinaan Untuk Kerja Subkontrak

BAHAGIAN B - TERMA-TERMA KONTRAK

21MODEL TERMA-TERMA KONTRAK PEMBINAAN UNTUK KERJA SUBKONTRAK

7 Ketidaksetujuan dan resolusi ketidaksetujuan

7.1 Ketidaksetujuan, rundingan, dan mediasi

7.1.1 Jika Kontraktor atau Subkontraktor tidak bersetuju antara satu sama lain tentang sebarang isu berkaitan dengan kontrak ini (termasuk sebarang keputusan atau perakuan oleh Pentadbir Kontrak), kedua-dua pihak digalakkan berunding dan mencapai satu penyelesaian. Mereka juga boleh merujuk ketidaksetujuan itu kepada peringkat kuasa tertinggi dalam organisasi masing-masing supaya perkara itu dapat diselesaikan secara damai.

7.1.2 Kedua-dua pihak juga boleh bersetuju mendapatkan bantuan pihak ketiga (seorang mediator) dalam rundingan mereka untuk mencapai satu penyelesaian.

7.1.3 Jika kedua-dua pihak bersetuju menggunakan mediasi tetapi tidak bersetuju tentang mediator, mereka boleh meminta orang yang dinamakan dalam C.18 untuk mengesyorkan seorang mediator.

7.1.4 Jika kedua-dua pihak bersetuju dengan mediator tersebut, kedua-dua pihak dan mediator boleh meneruskan rundingan menggunakan sebarang prosedur mediasi yang mereka boleh setuju. Jika mereka tidak bersetuju, mediator boleh memutuskan prosedur yang akan digunakan.

7.1.5 Jika pada bila-bila masa perjanjian penyelesaian dibuat, kedua-dua pihak terikat dengan terma perjanjian penyelesaian itu. Pentadbir Kontrak, adjudikator, dan penimbangtara mestilah juga mematuhi perjanjian yang dibuat oleh pihak-pihak kepada kontrak ini.

7.1.6 Jika terma perjanjian penyelesaian tidak dipatuhi, salah satu pihak boleh merujuk perkara itu kepada adjudikasi atau timbangtara seperti yang diperuntukkan dalam kontrak ini.

7.2 Adjudikasi

7.2.1 Pada bila-bila masa dalam tempoh kontrak ini, sama ada Kontraktor atau Subkontraktor boleh meminta secara bertulis sebarang ketidaksetujuan yang timbul di bawah kontrak ini diselesaikan melalui adjudikasi. Permintaan bertulis ini mestilah menyatakan ketidaksetujuan yang timbul.

7.2.2 Kedua-dua pihak boleh bersetuju dengan seorang adjudikator, jika tidak, salah satu pihak boleh menulis kepada orang yang dinamakan dalam C.19 bagi menamakan seorang adjudikator.

7.2.3 Sebaik sahaja seorang adjudikator menerima penamaan, adjudikator dianggap telah dilantik. Kedua-dua pihak mestilah mematuhi segala arahan, prosedur dan kaedah yang diputuskan oleh adjudikator tersebut.

7.2.4 Adjudikator mestilah bertindak secara saksama antara kedua-dua pihak dan memberikan keputusan bertulis berdasarkan kontrak ini dan undang-undang dalam tempoh tidak lebih daripada 30 hari dari tarikh pelantikan. Atas permintaan salah satu pihak atau adjudikator, tempoh lanjutan selama 30 hari

Page 26: Model Terma Terma Kontrak Pembinaan Untuk Kerja Subkontrak

BAHAGIAN B - TERMA-TERMA KONTRAK

22 MODEL TERMA-TERMA KONTRAK PEMBINAAN UNTUK KERJA SUBKONTRAK

dibenarkan secara automatik bagi memberikan keputusan bertulis. Jika kedua-dua Kontraktor dan Subkontraktor bersetuju secara bertulis, tempoh lanjutan seterusnya dibenarkan. Setelah tamat tempoh ini, keseluruhan adjudikasi ke atas isu yang dirujuk tamat secara automatik dan sebarang keputusan adjudikator tidak mengikat mana-mana pihak.

7.2.5 Adjudikator boleh menyemak semula keputusan dan perakuan Pentadbir Kontrak. Adjudikator juga boleh membuat keputusan dan menyediakan sebarang perakuan yang sepatutnya telah dilakukan oleh Pentadbir Kontrak tetapi tidak dilakukan.

7.2.6 Keputusan bertulis adjudikator, jika dibuat dalam tempoh yang dibenarkan, termasuk keputusan siapa yang akan membayar fee dan pembayaran ganti kepada adjudikator berkaitan dengan adjudikasi, mengikat kedua-dua pihak.

7.2.7 Kedua-dua Kontraktor dan Subkontraktor mestilah mematuhi segala keputusan yang dibuat oleh adjudikator. Pentadbir Kontrak juga mestilah mematuhi segala keputusan yang dibuat oleh adjudikator apabila mentadbirkan kontrak.

7.2.8 Hanya penimbangtara atau mahkamah boleh menyemak atau menolak keputusan adjudikator.

7.3 Timbangtara

7.3.1 Selain kedua-dua pihak memilih untuk menyelesaikan sebarang ketidaksetujuan melalui peruntukan lain dalam kontrak ini seperti rundingan, mediasi, adjudikasi, atau melalui perjanjian, segala ketidaksetujuan berkaitan dengan kontrak ini mestilah dirujuk kepada timbangtara. Sebarang ketidaksetujuan ke atas perjanjian penyelesaian dan sebarang isu yang diputuskan oleh adjudikator untuk disemak atau ditolak mestilah juga dirujuk kepada timbangtara.

7.3.2 Segala permintaan untuk merujuk ketidaksetujuan kepada timbangtara mestilah secara bertulis, dengan menyatakan apakah ketidaksetujuan tersebut.

7.3.3 Walau bagaimanapun, timbangtara hanya boleh dimulakan dan diteruskan berikutan mana-mana satu peristiwa berikut:

(i) Apabila kerja diperakukan siap secara praktikal oleh Pentadbir Kontrak;

(ii) Jika satu pihak berpendapat bahawa segala obligasinya di bawah kontrak ini telah disempurnakan;

(iii) Apabila salah satu pihak bertindak seperti pihak itu tidak terikat oleh kontrak ini;

(iv) Jika pengambilan kerja Subkontraktor di bawah kontrak ini telah ditamatkan;

(v) Jika kontrak ini telah ditamatkan; atau

(vi) Jika kedua-dua pihak bersetuju untuk ke timbangtara pada bila-bila

Page 27: Model Terma Terma Kontrak Pembinaan Untuk Kerja Subkontrak

BAHAGIAN B - TERMA-TERMA KONTRAK

23MODEL TERMA-TERMA KONTRAK PEMBINAAN UNTUK KERJA SUBKONTRAK

7.3.4 Kedua-dua pihak boleh bersetuju ke atas seorang penimbangtara, jika tidak, salah satu pihak boleh menulis kepada orang yang dinamakan dalam C.20 bagi menamakan seorang penimbangtara.

7.3.5 Sebaik sahaja seorang penimbangtara menerima penamaan, penimbangtara dianggap telah dilantik. Kedua-dua pihak boleh bersetuju tentang prosedur dan kaedah untuk diguna pakai dalam timbangtara, jika tidak, prosedur dan kaedah akan diputuskan oleh penimbangtara.

7.3.6 Kedua-dua pihak mestilah mematuhi segala arahan dan perintah yang diberikan dan segala keputusan dibuat oleh penimbangtara.

7.3.7 Jika Kontraktor meminta Subkontraktor bersetuju dengan seorang penimbangtara yang telah dilantik di bawah ketidaksetujuan yang berkaitan antara Kontraktor dan mana-mana pihak lain yang terlibat dalam projek ini, Subkontraktor mestilah bersetuju supaya timbangtara ini didengar bersama atau digabungkan dengan timbangtara lain dengan penimbangtara yang telah dilantik di bawah kontrak yang lain itu.

7.3.8 Penimbangtara mestilah bebas dan mestilah bertindak secara saksama antara kedua-dua pihak. Award bertulis penimbangtara mestilah berdasarkan peruntukan kontrak ini dan undang-undang. Penimbangtara boleh menyemak semula keputusan adjudikator serta keputusan dan perakuan Pentadbir Kontrak. Penimbangtara juga boleh membuat keputusan dan menyediakan sebarang perakuan yang sepatutnya telah dilakukan oleh Pentadbir Kontrak tetapi tidak dilakukan.

7.3.9 Award bertulis penimbangtara termasuk keputusan tentang kos rujukan, kos award dan siapa yang membayar fee dan pembayaran ganti penimbangtara yang berkaitan dengan timbangtara itu, dan penentuan nisbah, adalah muktamad dan mengikat kedua-dua pihak.

7.3.10 Timbangtara di bawah kontrak ini ditadbir mengikut Akta Timbangtara yang sedia ada seperti yang dinyatakan dalam C.21.

Page 28: Model Terma Terma Kontrak Pembinaan Untuk Kerja Subkontrak

BAHAGIAN C - LAMPIRAN PERJANJIAN DAN TERMA-TERMA

24 MODEL TERMA-TERMA KONTRAK PEMBINAAN UNTUK KERJA SUBKONTRAK

C.2 (i) Tandatangan orang yangdiberi kuasamenandatangani kontrakini:

C.2 (ii) Nama orang yangmenandatangani kontrakini:

C.2 (iii) No. kad pengenalan atauno pasport:

C.2 (iv) Jawatan dalam organisasi:

C.2 (v) Nama organisasi:

C.2 (vi) Alamat surat-menyurat:

Page 29: Model Terma Terma Kontrak Pembinaan Untuk Kerja Subkontrak

25

BAHAGIAN C - LAMPIRAN PERJANJIAN DAN TERMA-TERMA

MODEL TERMA-TERMA KONTRAK PEMBINAAN UNTUK KERJA SUBKONTRAK

C.2 (viii) Nombor faks:

C.2 (ix) Alamat e-mel:

C.2 (x) Tandatangan saksi:

C.2 (xi) Nama saksi:

C.2 (xii) No. kad pengenalan atauno. pasport:

C.2 (xiii) Alamat saksi:

C.2 (vii) Nombor telefon:

Page 30: Model Terma Terma Kontrak Pembinaan Untuk Kerja Subkontrak

BAHAGIAN C - LAMPIRAN PERJANJIAN DAN TERMA-TERMA

26 MODEL TERMA-TERMA KONTRAK PEMBINAAN UNTUK KERJA SUBKONTRAK

Kontrak:C.3 (i)

Nama organisasi:

Nama Pentadbir Kontrak:

C.3 (ii)

C.3 (iii) Alamat surat-menyurat:

C.3 (iv) Nombor telefon:

C.3 (v) Nombor faks:

C.3 (vi) Alamat e-mel:

Page 31: Model Terma Terma Kontrak Pembinaan Untuk Kerja Subkontrak

27

BAHAGIAN C - LAMPIRAN PERJANJIAN DAN TERMA-TERMA

MODEL TERMA-TERMA KONTRAK PEMBINAAN UNTUK KERJA SUBKONTRAK

C.4 (i) Nama organisasi:

C.4 (ii) Alamat surat-menyurat:

C.4 (iii) Nombor telefon:

C.4 (iv) Nombor faks:

C.4 (v) Alamat e-mel:

Page 32: Model Terma Terma Kontrak Pembinaan Untuk Kerja Subkontrak

BAHAGIAN C - LAMPIRAN PERJANJIAN DAN TERMA-TERMA

28 MODEL TERMA-TERMA KONTRAK PEMBINAAN UNTUK KERJA SUBKONTRAK

kontrak ini

Page 33: Model Terma Terma Kontrak Pembinaan Untuk Kerja Subkontrak

29

BAHAGIAN C - LAMPIRAN PERJANJIAN DAN TERMA-TERMA

MODEL TERMA-TERMA KONTRAK PEMBINAAN UNTUK KERJA SUBKONTRAK

Ringgit Malaysia:

(RM )

Page 34: Model Terma Terma Kontrak Pembinaan Untuk Kerja Subkontrak

BAHAGIAN C - LAMPIRAN PERJANJIAN DAN TERMA-TERMA

30 MODEL TERMA-TERMA KONTRAK PEMBINAAN UNTUK KERJA SUBKONTRAK

Jika tidak dinyatakan, undang-undang yang berkuatkuasadi tempat projek.

RM sehari

Jika tidak dinyatakan di sini atau di mana-mana tempat lain dalamkontrak ini, Pentadbir Kontrak mestilah menilai dan mengesahkandalam sijil bayaran suatu amaun munasabah bagi pampasan untukkerugian kewangan dan perbelanjaan langsung yang ditanggungoleh Kontraktor kerana kelewatan Subkontraktor.

Tarikh dinyatakan:

Atau

Tempoh dinyatakan: dari

Jika tidak dinyatakan, 12 bulan,dari tarikh Subkontraktor menyiapkan kerja seperti yang dinyatakandalam perakuan penyiapan praktikal.

Page 35: Model Terma Terma Kontrak Pembinaan Untuk Kerja Subkontrak

31

BAHAGIAN C - LAMPIRAN PERJANJIAN DAN TERMA-TERMA

MODEL TERMA-TERMA KONTRAK PEMBINAAN UNTUK KERJA SUBKONTRAK

Tidak lewat dari hari dari tarikh perakuan bayaran.

Jika tidak dinyatakan, tidak lewat dari 30 hari daritarikh perakuan bayaran.

%

Jika tidak dinyatakan, 75%.

%

Jika tidak dinyatakan, 0%.

%

Jika tidak dinyatakan, 5% daripada jumlah wang semuatambahan di bawah B.4.2.2.

Page 36: Model Terma Terma Kontrak Pembinaan Untuk Kerja Subkontrak

BAHAGIAN C - LAMPIRAN PERJANJIAN DAN TERMA-TERMA

32 MODEL TERMA-TERMA KONTRAK PEMBINAAN UNTUK KERJA SUBKONTRAK

Jika tidak dinyatakan, Ketua Eksekutif atau orang lainyang diberi kuasa oleh Lembaga Pembangunan IndustriPembinaan Malaysia.

Jika tidak dinyatakan, Pengarah atau orang lain yang diberikuasa oleh Pusat Timbangtara Serantau Kuala Lumpur.

Jika tidak dinyatakan, Akta Timbangtara yang sedia adadi Malaysia.

diberiJika tidak dinyatakan, Ketua Eksekutif atau orang lain yang kuasa oleh Lembaga Pembangunan Industri PembinaanMalaysia.