pembinaan perisian pembelajaran berbantukan … · pembinaan perisian pembelajaran berbantukan...

29
PEMBINAAN PERISIAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN KOMPUTER (PBK) BAGI TAJUK ASAS BAHASA C++ MATA PELAJARAN PENGATURCARAAN C++ KOK SEE MAI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Upload: others

Post on 18-Sep-2019

18 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: PEMBINAAN PERISIAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN … · pembinaan perisian pembelajaran berbantukan komputer (pbk) bagi tajuk asas bahasa c++ mata pelajaran pengaturcaraan c++ kok see

PEMBINAAN PERISIAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN KOMPUTER

(PBK) BAGI TAJUK ASAS BAHASA C++ MATA PELAJARAN

PENGATURCARAAN C++

KOK SEE MAI

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Page 2: PEMBINAAN PERISIAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN … · pembinaan perisian pembelajaran berbantukan komputer (pbk) bagi tajuk asas bahasa c++ mata pelajaran pengaturcaraan c++ kok see
Page 3: PEMBINAAN PERISIAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN … · pembinaan perisian pembelajaran berbantukan komputer (pbk) bagi tajuk asas bahasa c++ mata pelajaran pengaturcaraan c++ kok see
Page 4: PEMBINAAN PERISIAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN … · pembinaan perisian pembelajaran berbantukan komputer (pbk) bagi tajuk asas bahasa c++ mata pelajaran pengaturcaraan c++ kok see

PEMBINAAN PERISIAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN KOMPUTER

(PBK) BAGI TAJUK ASAS BAHASA C++ MATA PELAJARAN

PENGATURCARAAN C++

KOK SEE MAI

Laporan projek ini dikemukakan

sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat

penganugerahan ijazah Sarjana Muda

Sains dan Komputer Serta Pendidikan

(Fizik)

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

April, 2006

Page 5: PEMBINAAN PERISIAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN … · pembinaan perisian pembelajaran berbantukan komputer (pbk) bagi tajuk asas bahasa c++ mata pelajaran pengaturcaraan c++ kok see
Page 6: PEMBINAAN PERISIAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN … · pembinaan perisian pembelajaran berbantukan komputer (pbk) bagi tajuk asas bahasa c++ mata pelajaran pengaturcaraan c++ kok see

DEDIKASI

Untuk keluarga yang tersayang

Ayah……En.. Kok Chee Kheong

Ibu……Pn. Cheong Ah Lan

Abang……En. Kok Kin Mun

Serta

Seluruh Seisi Keluarga di Perak

Page 7: PEMBINAAN PERISIAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN … · pembinaan perisian pembelajaran berbantukan komputer (pbk) bagi tajuk asas bahasa c++ mata pelajaran pengaturcaraan c++ kok see

iv

PENGHARGAAN

Penulis ingin mengucap terima kasih yang tidak terhingga kepada semua pihak

yang terlibat, sama ada secara langsung atau tidak langsung, yang telah membantu

penulis menyiapkan Projek Sarjana Muda ini.

Pertama kali, penulis ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan ikhlas

kepada penyelia Projek Sarjana Muda ini, En. Mohd. Nihra Haruzuan Md. Said atas

segala dorongan, tunjuk ajar dan nasihat yang diberikan sepanjang tempoh projek

ini.dijalankan.

Penghargaan juga ditujukan kepada pensyarah pembangunan multimedia, Pn.

Norah dan Pn. Noor Azean yang turut membantu dalam menjaya projek ini. Tidak lupa

juga rakan-rakan seperjuang saya, terutamanya saudari Theng Siew Ling yang telah

banyak menghulurkan bantuan kepada saya.

Akhir sekali, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada ibu bapa dan

ahli keluarga saya yang sentiasa memberi dorongan dan sokongan demi menjayakan

projek ini.

Page 8: PEMBINAAN PERISIAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN … · pembinaan perisian pembelajaran berbantukan komputer (pbk) bagi tajuk asas bahasa c++ mata pelajaran pengaturcaraan c++ kok see

v

ABSTRAK

Tujuan projek ini dibangunkan untuk membina sebuah perisian pembelajaran

berbantukan komputer (PBK) bagi tajuk asas bahasa C++ mata pelajaran

Pengaturcaraan C++. Pembinaan perisian ini untuk menghasilkan PBK yang

menggunakan Bahasa Melayu. Perisian PBK ini mempunyai interaktiviti yang tinggi

dan kaedah penyampaian pengetahuan yang menarik. Pelajar dapat menerima

pengetahuan tentang jenis unsur asas bahasa C++ melalui perisian PBK ini. Isi

kandungan, latihan dan permainan dalam perisian pembelajaran ini menerapkan

prinsip-prinsip teori pembelajaran behaviorisme, teori kognitivisme dan teori

konstruktivisme. Perisian PBK ini dibina berasaskan Model ADDIE iaitu Analysis,

Design, Development, Implementation dan Evaluation. Ciri-ciri multimedia yang utama

seperti teks, grafik, audio, video dan animasi digabungkan dalam perisian ini. Perisian

ini dibangunkan dengan menggunakan perisian bahasa gubahan Macromedia

Authorware 7.0 sebagai perisian utama dan perisian-perisian lain iaitu Adobe

Photoshop 7.0, Macromedia Flash MX, SWiSHmax dan Sonic Foundry Sound Forge

7.0. Adalah diharapkan perisian pembelajaran ini dapat membantu para pelajar

memahami dan menguasai tajuk asas bahasa C++ serta membantu pengajar menyampai

pengajaran mereka dengan lebih berkesan.

Page 9: PEMBINAAN PERISIAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN … · pembinaan perisian pembelajaran berbantukan komputer (pbk) bagi tajuk asas bahasa c++ mata pelajaran pengaturcaraan c++ kok see

vi

ABSTRACT

The purpose of this project is for develop a computer-based learning (CBL)

courseware for the topic of fundamentals of C++ programming in the subject of C++

programming. The development of this courseware is for producing a courseware in

Malay language. This courseware is found to be more effective in the delivery of

knowledge in view of its high interactivity that makes learning more virtual and

interesting. With the assistance of this courseware, students can learn about the basic

elements of c++ programming. Contents, activities and games in this courseware are

develop by using learning theory principle that includes theory behaviorism, theory

cognitivism and theory constructivism. This courseware is developed in Model ADDIE.

ADDIE is the abbreviation for Analysis, Design, Development, Implementation and

Evaluation. Multimedia elements like texts, graphic, audio, video and animation have

been added in this courseware. This courseware uses Macromedia Authorware 7.0 as

the main software and supported by other software such as Adobe Photoshop 7.0,

Macromedia Flash MX, SWiSHmax and Sonic Foundry Sound Forge 7.0. Finally, it is

hoped that this courseware can guide the students to obtain better understanding about

the topic of basic c++ programming. Besides, teachers can conduct the lesson more

effectively.

Page 10: PEMBINAAN PERISIAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN … · pembinaan perisian pembelajaran berbantukan komputer (pbk) bagi tajuk asas bahasa c++ mata pelajaran pengaturcaraan c++ kok see

vii

KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKA SURAT BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

PENGESAHAN PENYELIA

JUDUL i

PENGAKUAN ii

DEDIKASI iii

PENHARGAAN iv

ABSTRAK v

ABSTRACT vi

KANDUNGAN vii

SENARAI RAJAH xii

SENARAI SINGKATAN xiv

BAB 1 PENDAHULUAN 1

1.1 Pengenalan 1

1.2 Latar Belakang Masalah 4

1.3 Penyataan Masalah 7

1.4 Objektif Kajian 9

1.5 Kepentingan Projek 9

1.6 Skop Projek 10

1.7 Rasional Pemilihan Mata Pelajaran 11

Page 11: PEMBINAAN PERISIAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN … · pembinaan perisian pembelajaran berbantukan komputer (pbk) bagi tajuk asas bahasa c++ mata pelajaran pengaturcaraan c++ kok see

viii

1.8 Rasional Pemilihan Tajuk 11

1.9 Terminologi 12

BAB 2 SOROTAN PENULISAN 14

2.1 Pengenalan 14

2.2 Pengenalan kepada Bahasa 15

Pengaturcaraan C++

2.3 Bahasa Pengaturcaraan C dan C++ 16

2.3.1 Pengaturcaraan Berorientasi 18

Objek

2.4 Sejarah Bahasa Pengaturcaraan C++ 19

2.5 Kepentingan Bahasa Pengaturcaraan 20

C++

2.6 Pembelajaran Bahasa Pengaturcaraan 21

C++

2.7 Asas Bahasa Pengaturcaraan C++ 24

2.8 Pembelajaran Berbantukan Komputer 25

(PBK)

2.9 Kajian Pengajaran dan Pembelajaran 27

Berbantukan Komputer

2.10 Teori Pembelajaran 29

2.10.1 Teori Behaviorisme 29

2.10.2 Teori Kognitivisme 31

2.10.3 Teori Konstruktivisme 31

2.11 Strategi Pembelajaran 32

2.11.1 Tutorial 33

2.11.2 Latih Tubi 34

2.11.3 Simulasi 34

Page 12: PEMBINAAN PERISIAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN … · pembinaan perisian pembelajaran berbantukan komputer (pbk) bagi tajuk asas bahasa c++ mata pelajaran pengaturcaraan c++ kok see

ix

2.11.4 Permainan 35

2.11.5 Penyelesaian Masalah 35

2.12 Multimedia dan Elemen-Elemennya 36

2.12.1 Teks 37

2.12.2 Grafik 37

2.12.3 Audio 38

2.12.4 Video 38

2.12.5 Animasi 38

BAB 3 REKA BENTUK PEMBANGUNAN 39

3.1 Pengenalan 39

3.2 Reka Bentuk Perisian 39

3.2.1 Reka Bentuk Am 39

3.2.2 Reka Bentuk Sistematik 40

3.3 Prosedur Pembinaan Perisian 41

3.4 Penentuan Tajuk 41

3.4.1 Isi Pelajaran 42

3.4.2 Objektif Pengajaran 42

3.4.3 Kumpulan Sasaran 43

3.5 Pemilihan Perisian Pembangunan 43

3.5.1 Perisian Pembangunan 44

3.5.2 Perisian Sokongan 45

3.6 Pemilihan Perkakasan 47

3.6.1 Speksifikasi Perkakasan 47

Minimum Pengguna

3.7 Pembangunan Perisian 48

3.8 Model Reka Bentuk Pembangunan 49

Perisian Multimedia

Page 13: PEMBINAAN PERISIAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN … · pembinaan perisian pembelajaran berbantukan komputer (pbk) bagi tajuk asas bahasa c++ mata pelajaran pengaturcaraan c++ kok see

x

3.8.1 Analisis 50

3.8.2 Reka Bentuk 51

3.8.3 Pembangunan 51

3.8.4 Perlaksanaan 51

3.8.5 Penilaian 52

3.9 Carta Alir Perisian 53 BAB 4 PEMBANGUNAN PERISIAN 61

4.1 Pengenalan 61

4.2 Struktur Asas Perisian 61

4.2.1 Paparan Montaj 62

4.2.2 Paparan Persembahan Tajuk 63

4.2.3 Paparan Masukkan Nama Pengguna 64

4.2.4 Paparan Objektif 65

4.2.5 Paparan Menu Utama 66

4.2.6 Paparan Pilihan Topik 67

4.2.7 Paparan Topik 68

4.2.8 Paparan Penilaian 71

4.2.9 Paparan Permainan 74

4.2.10 Paparan Glosari 75

4.2.11 Paparan Panduan 76

4.2.12 Paparan Laman Web 77

4.2.13 Butang Navigasi 78

4.2.14 Paparan Penghargaan 79

4.3 Pempakejan Perisian 80

Page 14: PEMBINAAN PERISIAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN … · pembinaan perisian pembelajaran berbantukan komputer (pbk) bagi tajuk asas bahasa c++ mata pelajaran pengaturcaraan c++ kok see

xi

BAB 5 KESIMPULAN 81

5.1 Pengenalan 81

5.2 Kekuatan Dan Kelemahan Perisian 81

5.2.1 Kekuatan Perisian 82

5.2.2 Kelemahan Perisian 83

5.3 Kesimpulan 84

5.4 Cadangan 85

SENARAI RUJUKAN 86

Page 15: PEMBINAAN PERISIAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN … · pembinaan perisian pembelajaran berbantukan komputer (pbk) bagi tajuk asas bahasa c++ mata pelajaran pengaturcaraan c++ kok see

xii

SENARAI RAJAH

NO. RAJAH TAJUK MUKA SURAT 3.1 Prosedur Pembinaan Perisian 41

3.2 Aliran Kerja Berdasarkan Model ADDIE 50

3.3 Carta Alir Terperinci Bahagian Pentafdaran 53

3.4 Carta Alir Terperinci Bahagian Menu Utama 54

3.5 Carta Alir Terperinci Bahagian Tamat 55

3.6 Carta Alir Terperinci Bahagian Nota 56

3.7 Carta Alir Terperinci Bahagian Kuiz 57

3.8 Carta Alir Terperinci Bahagian Permainan 58

3.9 Carta Alir Terperinci Bahagian Informasi 59

3.10 Carta Alir Terperinci Bahagian Internet 60

4.1 (a) Paparan Permulaan Montaj 62

4.1 (b) Paparan Akhir Montaj 63

4.2 Paparan Persembahan Tajuk 64

4.3 Paparan Masukkan Nama Pengguna 65

4.4 Paparan Objektif 66

4.5 Paparan Menu Utama 67

4.6 Paparan Pilihan Topik 68

4.7 (a) Paparan Topik Unsur-Unsur Asas Bahasa C++ 69

4.7 (b) Paparan Topik Struktur Atur Cara C++ 69

4.7 (c) Paparan Dalam Bentuk Flash 70

4.7 (d) Paparan Topik Pengendali Output Dan Input 70

Page 16: PEMBINAAN PERISIAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN … · pembinaan perisian pembelajaran berbantukan komputer (pbk) bagi tajuk asas bahasa c++ mata pelajaran pengaturcaraan c++ kok see

xiii

4.7 (e) Paparan Topik Contoh Penyelesaian Masalah 71

(dalam bentuk exe. fail)

4.8 (a) Paparan Soalan Objektif Maklum Balas 72

Jawapan Betul

4.8 (b) Paparan Soalan Objektif Maklum Balas 73

Jawapan Salah

4.8 (c) Paparan Laporan 73

4.9 (a) Paparan Permainan Sesak Jalan 74

4.9 (b) Paparan Permainan Perwira 75

4.10 Paparan Glosari 76

4.11 Paparan Panduan 77

4.12 Paparan Laman Web 78

4.13 Paparan Butang Navigasi 79

4.14 Paparan Penghargaan 80

Page 17: PEMBINAAN PERISIAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN … · pembinaan perisian pembelajaran berbantukan komputer (pbk) bagi tajuk asas bahasa c++ mata pelajaran pengaturcaraan c++ kok see

xiv

SENARAI SINGKATAN

ANSI American National Standard Institute

CBI Computer-Based Instruction

CERDIk IT Computer-Based Educational Research and Development

CPL Combined Programming Language

CTR Computer Technology Research

GUI Graphical User Interface

ICT Information and Communication Technology

IPTA Institusi Pengajian Tinggi Awam

IPTS Institusi Pengajian Tinggi Swasta

KBSM Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah

MPC Multimedia Personal Computer

MSC Multimedia Super Corridor

PBK Pembelajaran Berbantukan Komputer

PBSMI Pengajaran Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa

Inggeris

UTM Universiti Teknologi Malaysia

Page 18: PEMBINAAN PERISIAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN … · pembinaan perisian pembelajaran berbantukan komputer (pbk) bagi tajuk asas bahasa c++ mata pelajaran pengaturcaraan c++ kok see

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Dalam era ledakan maklumat kini, teknologi maklumat telah menjadi nadi

penggerak semua aktiviti kehidupan manusia. Aktiviti-aktiviti manusia dalam bidang

pentadbiran, perniagaan, pendidikan, perindustrian, pertanian dan sebagainya adalah

bergantung kepada teknologi maklumat dan komunikasi.

Teknologi maklumat dan komunikasi merupakan satu teknologi penggerak

untuk menyokong pertumbuhan ekonomi sesebuah negara dan juga meningkatkan

kualiti kehidupan masyarakat. Teknologi maklumat dan komunikasi memainkan

peranan yang penting terutamanya dalam memenuhi keperluan masyarakat agar

komunikasi menjadi lebih cepat, cekap dan berkesan seperti dalam sektor pentadbiran,

pengurusan, pendidikan, hiburan dan sebagainya.

Perkembangan dan perubahan teknologi maklumat telah mengubah nilai dan

cara hidup masyarakat dalam mengurus dan menjalani kehidupan seharian. Malaysia

sedang bergerak daripada satu masyarakat industri kepada masyarakat yang menerajui

era teknologi maklumat. Fenomena ini jelas membuktikan bahawa bidang sains dan

teknologi sedang mengharungi cabaran wawasan 2020. Salah satu cabaran untuk

Page 19: PEMBINAAN PERISIAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN … · pembinaan perisian pembelajaran berbantukan komputer (pbk) bagi tajuk asas bahasa c++ mata pelajaran pengaturcaraan c++ kok see

2

wawasan 2020 ialah mewujudkan masyarakat saintifik dan progresif, masyarakat yang

mempunyai daya perubahan tinggi dan memandang jauh ke hadapan (Paimah Atoma et

al. 2001).

Selaras dengan cabaran wawasan negara, kerajaan Malaysia telah memberi

keutamaan dalam menubuhkan berbagai-bagai jenis institusi dan projek. Salah satu

transformasi dalam sistem pentadbiran yang telah dilaksanakan oleh kerajaan kita ialah

penubuhan Projek Koridor Raya Multimedia (MSC). Di bawah Projek MSC, beberapa

aplikasi khusus telah dimajukan misalnya kerajaan elektronik. Ia merupakan

pentadbiran kerajaan yang berhubung secara rangkaian komputer dengan

mengutamakan konsep pentadbiran tanpa kertas (paperless government). Semua

jabatan kerajaan akan dihubungkan dengan pangkalan data sepunya untuk

memudahkan aliran maklumat.

Selain itu, teleperubatan juga merupakan salah satu aplikasi di bawah Projek

MSC. Dengan kewujudan teleperubatan, hospital menggunakan teknologi maklumat

bercanggih berhubung dengan hospital di rantau ini mahupun di seluruh dunia. Dengan

itu, kepakaran doktor di seluruh dunia dapat dikongsi oleh doktor tempatan. Di samping

itu, pakar doktor menggunakan kaedah berteknologi tinggi untuk menjalankan

pembedahan serius. Hal ini dapat meningkatkan keselamatan para pesakit.

Dalam bidang pendidikan, sekolah bestari merupakan aspirasi kerajaan yang

terdapat di dalam salah satu aplikasi MSC. Menjelang tahun 2010, dijangka semua

sekolah di Malaysia akan menjadi sekolah bestari. Penubuhan sekolah bestari amat

penting kepada negara kita kerana ia dapat melahirkan pelajar yang bersedia terhadap

teknologi moden serta menambahkan celik IT di kalangan rakyat Malaysia.

Pembelajaran dan pengajaran di sekolah bestari adalah berasaskan penggunaan

teknologi multimedia dan jaringan web. Dengan kemudahan tersebut, kita dapat

membina satu bangsa yang mempunyai professional dalam penggunaan komputer yang

terdedah kepada sistem maklumat secara khusus.

Page 20: PEMBINAAN PERISIAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN … · pembinaan perisian pembelajaran berbantukan komputer (pbk) bagi tajuk asas bahasa c++ mata pelajaran pengaturcaraan c++ kok see

3

Penggunaan komputer dalam proses pembelajaran dan pengajaran di sekolah

dan institusi pendidikan yang lain semakin bergiat aktif. Para guru dan pelajar mula

dilatih menguasai kemahiran menggunakan komputer dalam pengajaran dan

pembelajaran. Pengetahuan tentang konsep pembelajaran berbantukan komputer

(PBK), multimedia serta strategi-strategi PBK boleh diaplikasikan dalam proses

pengajaran dan pembelajaran bagi menjamin kejayaan sekolah bestari.

Baharuddin Aris et al. (2002), PBK adalah satu pendekatan yang menggunakan

komputer untuk mempelajari sesuatu secara langkah demi langkah, iaitu program

terancang atau menggunakan komputer untuk proses pembelajaran dan pengajaran

secara penemuan yang memberikan kebebasan kepada pelajar untuk meneroka

maklumat melalui komputer.

Salah satu jenis perisian aplikasi yang digunakan dalam pendidikan ialah

perisian pembelajaran berbantukan komputer. Kemudahan interaktiviti dalam perisian

PBK merupakan salah satu kelebihan dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

Menurut Jamalludin Harun dan Zaidatun Tasir (2000), interaktiviti membenarkan

pengguna mengawal isi kandungan yang hendak dipersembahkan, bila isi kandungan

dipersembahkan dan bagaimana isi kandungan dipersembahkan. Maka, perisian PBK

interaktif amat sesuai digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah

bestari memandangkan perisian PBK dapat menekankan tahap keupayaan pelajar

terlibat dalam penggunaan teknologi maklumat.

Daripada Laporan Parlimen Kesebelas pada 19 April 2005, proses pengajaran

dan pembelajaran di sekolah bestari adalah berasaskan Information and

Communication Technology (ICT). Ini bermaksud sekolah bestari akan dibekalkan

pelbagai kemudahan canggih seperti komputer multimedia untuk menjadikan proses

pengajaran dan pembelajaran lebih berkesan dan menarik minat pelajar. Kemudahan

canggih ini merangkumi komputer, peralatan sidang video dan audio dan infrastruktur

komunikasi.

Page 21: PEMBINAAN PERISIAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN … · pembinaan perisian pembelajaran berbantukan komputer (pbk) bagi tajuk asas bahasa c++ mata pelajaran pengaturcaraan c++ kok see

4

1.2 Latar Belakang Masalah

Selepas pembentukkan generasi muda yang berdaya tahan, sistem pendidikan

negara juga mengalami perubahan iaitu teknologi maklumat diintergrasi dalam proses

pengajaran dan pembelajaran di setiap sekolah. Pada tahun 1996, Kementerian

Pendidikan Malaysia telah menggubal konsep sekolah kepada berpusatkan pengajaran

dan pembelajaran, berpemikiran kritis dan kreatif.

Falsafah Pendidikan Malaysia

“Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah lebih

memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan

bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi

intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan

kepada Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan warganegara

Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia,

bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta

memberikan sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga,

masyarakat dan negara.”

Falsafah Pendidikan Malaysia ini dihasilkan daripada Pusat Perkembangan Kurikulum

Kementerian Pendidikan Malaysia pada tahun 2000.

Untuk merealisasikan matlamat Falsafah Pendidikan Malaysia, sistem

pendidikan negara perlu mempunyai suatu transformasi yang radikal. Budaya sekolah

perlu diubah daripada budaya yang berasaskan memori kepada budaya yang

merangsang pemikiran, kreativiti dan sifat penyayang dengan menggunakan teknologi

terkini.

Page 22: PEMBINAAN PERISIAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN … · pembinaan perisian pembelajaran berbantukan komputer (pbk) bagi tajuk asas bahasa c++ mata pelajaran pengaturcaraan c++ kok see

5

Hasil daripada perubahan dalam sistem pendidikan yang menekankan matlamat

yang digariskan oleh Falsafah Pendidikan Malaysia, pelajar yang seimbang dari segi

jasmani, emosi, rohani dan intelek dapat dilahirkan. Selain itu, corak pengajaran dan

pembelajaran yang interaktif amat diperlukan. Ini kerana perisian PBK bercorak

interaktif yang menggabungkan pelbagai elemen multimedia adalah sesuai

diaplikasikan dalam proses pengajaran dan pembelajaran untuk memotivasikan pelajar.

Walau bagaimanapun, penggunaan komputer dan multimedia masih gagal

dieksploitasi dalam proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah pada dewasa ini.

Guru-guru yang tidak berpengalaman dalam penggunaan komputer masih

menggunakan kaedah pengajaran tradisional, iaitu berpusatkan guru. Semasa proses

pengajaran dan pembelajaran dijalankan, guru menyampaikan pelajaran dan pelajar

sebagai penerima pengetahuan yang pasif. Objektif-objektif pembelajaran adalah

ditentukan oleh guru. Ini menyebabkan pelajar tidak mempunyai kebebasan untuk

mengawal pembelajaran sendiri. Mereka terpaksa mengikut pelajaran walaupun mereka

tidak berminat dengan cara pengajaran tradisional atau tidak dapat mengikuti

pengajaran tersebut.

Dalam Utusan Malaysia pada 10 Jun 2005, kajian Robiah dan Juhana (2002)

menunjukkan bahawa penggunaan komputer oleh guru di sekolah adalah pada tahap

yang minima iaitu sekali sekala dalam masa sebulan. Ini kerana mereka risau untuk

menggunakan peralatan komputer semasa mengajar. Menurut Zoraini (1993), terdapat

tiga jenis kerisauan yang dihadapi oleh para guru dalam penggunaan komputer.

Pertama, guru risau jika berlaku sebarang kerosakan semasa penggunaan peralatan

tersebut. Kedua, mereka merasakan diri mereka tidak berkeupayaan dalam mempelajari

teknologi canggih. Ketiga, guru-guru takut diarah membuat segala tugas yang

menggunakan komputer apabila mereka mahir dalam bidang ini.

Demi maju dalam bidang sains dan teknologi, guru-guru yang kurang

berpengalaman dalam penggunaan komputer digalakkan supaya mengikuti kursus-

Page 23: PEMBINAAN PERISIAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN … · pembinaan perisian pembelajaran berbantukan komputer (pbk) bagi tajuk asas bahasa c++ mata pelajaran pengaturcaraan c++ kok see

6

kursus penggunaan komputer yang disediakan oleh kerajaan. Sebagai contoh, menurut

Laporan Parimen Kesebelas pada 19 April 2005, Kementerian Pelajaran Malaysia telah

melaksanakan program bimbingan dan latihan kepada 286,152 orang guru yang

merangkumi 76,636 orang yang terlibat dalam Pengajaran Pembelajaran Sains dan

Matematik dalam Bahasa Inggeris (PBSMI).

Perisian PBK yang menggunakan multimedia bercorak interaktif merupakan

satu alternatif kepada kelemahan dalam sistem pendidikan tradisional. Unsur interaktif

dan pengawalan sepenuhnya dalam perisian PBK boleh meningkatkan minat dan

kefahaman pelajar semasa proses pembelajaran. Perisian yang direka dengan grafik dan

animasi yang berkualiti dapat membantu pelajar mengekalkan informasi dengan lebih

berkesan dan menghilangkan kebosanan dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

Maka, proses pembelajaran di kalangan pelajara akan menjadi lebih bermakna.

Kaedah pengajaran tradisional adalah kurang sesuai untuk menyampai topik-

topik yang melibatkan proses serta konsep yang abstrak. Sebaliknya, perisian PBK

yang mengaplikasikan elemen-elemen multimedia dapat menyampaikan konsep abstrak

dengan cara yang konkrit. Menurut Baharuddin Aris et al. (2003), kadar pengekalan

informasi dalam pelajar menggunakan multimedia berasaskan komputer boleh

mencapai 30 peratus lebih daripada kadar pengekalan informasi oleh pelajar yang

menggunakan kaedah tradisional.

Walaupun perisian PBK mempunyai banyak kelebihan yang dapat mengatasi

kelemahan sistem pendidikan tradisional namum penggunaan perisian PBK dalam

proses pengajaran dan pembelajaran masih terbatas. Ini kerana kekurangan perisian

PBK yang sesuai dihasilkan untuk kegunaan di semua sekolah. Kebanyakan perisian

yang berada di pasaran kini adalah tidak menepati kehendak kurikulum kebangsaan,

tidak sesuai dengan budaya dan pemikiran, tidak menepati pedagogi suatu disiplin.

Page 24: PEMBINAAN PERISIAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN … · pembinaan perisian pembelajaran berbantukan komputer (pbk) bagi tajuk asas bahasa c++ mata pelajaran pengaturcaraan c++ kok see

7

Sebagai langkah untuk menyelesaikan masalah ini, perisian PBK yang dibangunkan

oleh golongan pendidik amat diperlukan supaya perisian yang dihasilkan bersesuaian

dengan kurikulum negara dan penggunaan bahasa kebangsaan.

Perisian PBK mempunyai potensi untuk digunakan dalam proses pengajaran

dan pembelajaran yang tidak mampu dilaksanakan oleh kaedah tradisional

(Ellington dan Percival, 1984). Walaupun perisian PBK yang dihasilkan sesuai dengan

setiap gaya pembelajaran pengguna tetapi pendidik masih diperlukan untuk memantau

pembelajaran para pelajar semasa proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan.

1.3 Penyataan Masalah

Pendekatan pengajaran secara tradisional merupakan suatu kaedah pengajaran

yang berpusatkan guru. Pelajar-pelajar tidak diberi peluang untuk menentukan corak

pembelajarannya sendiri. Dengan kehadiran perisian PBK, kaedah tradisonal yang

menyebabkan kebosanan dan kejemuan dapat digantikan dengan keseronokan semasa

proses pembelajaran dan pengajaran dijalankan.

Perisian PBK mampu menyediakan persekitaran pembelajaran kendiri sehingga

membolehkan pelajar mengakses maklumat, mendapatkan ilmu pengetahuan dan

mempelajari sesuatu kemahiran mengikut keupayaan, kehendak dan masa sendiri.

Elemen-elemen multimedia seperti teks, grafik, animasi, audio dan video yang

digunakan dalam perisian PBK akan meningkatkan penglibatan penggunaan pelbagai

jenis deria di kalangan pelajar. Menurut Baharuddin Aris et al. (2002), penggunaan

deria yang lebih dari satu boleh memastikan bahawa pelajaran dapat diingati dan tidak

membawa kejemuan kepada pelajar. Di samping itu, perisian PBK yang direka bentuk

oleh grafik dan animasi dengan menggunakan interaktif dapat memberi kesan yang

Page 25: PEMBINAAN PERISIAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN … · pembinaan perisian pembelajaran berbantukan komputer (pbk) bagi tajuk asas bahasa c++ mata pelajaran pengaturcaraan c++ kok see

8

mendalam kepada para pengguna (Price dan Backer, 2001). Price dan Backer, 2001

juga menyatakan bahawa

“Tell me and I forget

Show me and I remember

Involve me and I understand”

Di antara masalah yang dihadapi dalam proses pengajaran tradisional ialah

kesukaran dalam menyampaikan ilmu pengetahuan terutamanya bagi topik-topik yang

melibatkan proses serta konsep yang abstrak. Sebaliknya, perisian PBK yang bersifat

interaktif sesuai digunakan sebagai alat simulasi untuk menjalankan proses yang

kompleks, abstrak dan dinamik. Pelajar tidak gemar mendengar kuliah yang hanya

mempunyai satu hala. Melalui pendekatan PBK, pelajar boleh berinteraksi secara terus

dengan komputer dan boleh mengawal perjalanan pembelajaran mengikut tahap

kebolehan sendiri.

Meskipun perisian PBK mempunyai banyak kelebihan yang dapat mengatasi

kelemahan sistem pendidikan tradisional, namum penggunaanya dalam proses

pengajaran dan pembelajaran masih terbatas. Ini disebabkan kebanyakan perisian PBK

dalam pasaran tidak mengikut kurikulum pembelajaran negara, tidak menggunakan

Bahasa Melayu serta tidak berkesan dari segi pendekatan dan kaedah pengajaran.

Salah satu langkah untuk menyelesaikan masalah tersebut ialah penglibatan

pendidik dalam pembangunan perisian PBK. Ini kerana perisian PBK yang

dibangunkan oleh pendidik bukan sahaja mengutamakan teknologi tetapi juga

mengambil kira aspek-aspek pedagogi. Pendidik bukan sahaja menjadi pengguna (end-

user or consumer) semata-mata, tetapi terlibat secara langsung sebagai pencipta atau

pereka (producer or designer) perisian komputer serta mampu menilai perisian yang

sesuai bagi tujuan pengajaran dan pembelajaran.

Page 26: PEMBINAAN PERISIAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN … · pembinaan perisian pembelajaran berbantukan komputer (pbk) bagi tajuk asas bahasa c++ mata pelajaran pengaturcaraan c++ kok see

9

1.4 Objektif Kajian

Objektif pembinaan perisian pembelajaran berbantukan komputer (PBK) ini

adalah untuk

i. membina satu perisian PBK bagi tajuk Asas Bahasa C++ dalam mata pelajaran

Bahasa Pengaturcaraan C++.

ii. menambahkan bilangan perisian PBK yang menggunakan Bahasa Melayu

dalam penyampaian isi pelajaran terutamanya perisian PBK yang berasaskan

tajuk Bahasa Pengaturcaraan C++.

iii. mengintegrasikan penggunaan multimedia seperti teks, grafik, audio, video dan

animasi dalam proses pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer.

iv. menyediakan satu perisian bercorak interaktif yang boleh meningkatkan minat

pelajar terhadap sesuatu topik.

1.5 Kepentingan Projek

Perisian PBK ini dibina untuk mengatasi kelemahan dalam sistem pengajaran

tradisional dan masalah kekurangan perisian PBK yang menggunakan Bahasa Melayu

supaya perisian PBK tersebut dapat digunakan dengan lebih berkesan oleh guru dan

pelajar.

Penggunaan elemen-elemen multimedia seperti teks, grafik, video, audio dan

animasi dalam perisian PBK dapat memberi gambaran dan penjelasan yang

memudahkan pemahaman konsep yang abstrak. Dengan mengintegrasikan penggunaan

audio dan grafik animasi, pelajar dapat mengenalpasti unsur-unsur bahasa C++ dengan

lebih berkesan. Secara tidak langsung, ia dapat menambahkan minat pelajar untuk

meneruskan pembelajaran.

Page 27: PEMBINAAN PERISIAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN … · pembinaan perisian pembelajaran berbantukan komputer (pbk) bagi tajuk asas bahasa c++ mata pelajaran pengaturcaraan c++ kok see

10

Penggunaan sistem pengajaran tradisional dalam mata pelajaran Bahasa

Pengaturcaraan C++ memang membosankan pelajar dan tidak memberi peluang untuk

pembelajaran kendiri. Sebagai langkah untuk menyelesaikan masalah tersebut, perisian

PBK ini telah dibina supaya dapat meningkatkan keseronokan pelajar dalam

pembelajaran. Gabungan grafik, animasi, audio dan video dalam perisian PBK dapat

menarik perhatian pelajar. Selain itu, perisian ini bercorak interaktif di mana pelajar

berpeluang untuk mengawal kecepatan dan kelambatan proses pembelajaran mengikut

kebolehan masing-masing.

Bahasa Pengaturcaraan C++ merupakan satu mata pelajaran yang penting bagi

semua Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA). Pelajar-pelajar IPTA yang mengambil

kursus teknologi komputer adalah diwajibkan mendaftar mata pelajaran ini. Bahasa

Pengaturcaraan C++ memainkan peranan yang penting dalam proses pembangunan

maklumat.

1.6 Skop Projek

Proses pembangunan perisian PBK ini dibina berdasarkan Siri Modul

Pembelajaran Bahasa Pengaturcaraan C++ yang diguna di Universiti Teknologi

Malaysia (UTM). Terdapat batasan dalam pembinaan perisian ini, antara ialah:

i. Ia hanya meliputi tajuk “Asas Bahasa C++”.

ii. Isi kandungan dalam perisian PBK ini hanya dikhusus kepada pelajar yang

mempelajari mata pelajaran Bahasa Pengaturcaraan C++ di IPTA.

Page 28: PEMBINAAN PERISIAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN … · pembinaan perisian pembelajaran berbantukan komputer (pbk) bagi tajuk asas bahasa c++ mata pelajaran pengaturcaraan c++ kok see

11

1.7 Rasional Pemilihan Mata Pelajaran

Bahasa Pengaturcaraan C++ merupakan satu mata pelajaran yang wajib diambil

oleh semua pelajar yang terlibat dalam kursus sains dan teknologi komputer di semua

IPTA. Mata pelajaran ini memupukkan minat pelajar terhadap Bahasa Pengaturcaraan.

Walaupun terdapat banyak perisian PBK dibinakan oleh pelajar di UTM, tetapi

kebanyaknya adalah berkaitan dengan perisian Sains KBSM di kalangan sekolah

menengah. Perisian PBK yang berkaitan dalam bidang komputer pula masih kurang

dibinakan. Maka, ini merupakan salah satu rasional yang menggalakkan mata pelajaran

Bahasa Pengaturcaraan C++ dipilih sebagai isi kandungan dalam pembangunan

perisian PBK ini.

1.8 Rasional Pemilihan Tajuk

“Asas Pengaturcaraan C++” merupakan salah satu tajuk yang terdapat dalam

mata pelajaran Bahasa Pengaturcaraan C++. Tajuk ini dipilih kerana ia adalah asas

yang perlu dipelajari sebelum meneliti dalam bidang pembinaan aturcara yang boleh

dilaksanakan oleh komputer.

Tajuk ini sesuai diterjemahkan ke dalam pembelajaran berbantukan komputer

disebabkan isi kandungannya yang mengandungi jenis unsur-unsur bahasa C++ dan

memerlukan daya ingatan yang tinggi untuk mengenalpastinya. Jika isi kandungan

tersebut disampaikan melalui kaedah pengajaran tradisional, ia akan membawa

kebosanan kepada pelajar. Sebaliknya, dengan penggunaan elemen-elemen multimedia

dalam perisian ini akan membolehkan pelajar memahami konsep susunan struktur

pengaturcaraan dengan lebih mendalam lagi berkesan.

Page 29: PEMBINAAN PERISIAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN … · pembinaan perisian pembelajaran berbantukan komputer (pbk) bagi tajuk asas bahasa c++ mata pelajaran pengaturcaraan c++ kok see

12

Di samping itu, tajuk ini memerlukan daya imaginasi yang tinggi untuk

memahami penggunaan jenis unsur-unsur bahasa C++ dalam sebuah atur cara yang

berfungsi. Maka, pelajar memerlukan masa yang panjang untuk memahaminya. Dengan

adanya perisian PBK ini, pelajar berpeluang mengawal perjalanan dalam proses

pembelajaran mengikut kebolehan masing-masing. Selain itu, pelajar juga boleh

mengulang pelajaran pada bila-bila masa supaya dapat mengukuhkan kefahaman

terhadap isi pelajaran.