tajuk 1-teori fonetik fonologi
DESCRIPTION
BMM 3108TRANSCRIPT
NURRAZIMAH MOHD YAMANNURSHUHADA ABU BAKAR
NUR THA’HRAH YUSNI
TEORI FONETIK & FONOLOGI
DEFINISI FONETIK• Umum
– kajian terhadap bunyi fizikal percakapan manusia. Ia berkaitan dengan sifat fizikal bunyi (fon), serta proses penghasilan fisiologi, penerimaan auditori, dan persepsi neurofizikal.
• Ahli Bahasa– mempelajari bagaimana bunyi-bunyi fonem sebuah
bahasa direalisasikan atau dilafazkan.
• Arbak Othman (1983)– kajian tentang bunyi-bunyi ujar.
• Dr. Lufti Abas (1985)– mempelajari segala bunyi yang diucapkan melalui
mulut manusia, baik bunyi manusia, bukan bunyi bahasa, mahupun bunyi-bunyi marginal (kecil/tidak penting), dan memberikan simbol fonetik untuk setiap bunyi.
• Kenstowicz dan Kisserberth (1979) – “the study of the sounds human beings employ
when speaking a language is phonetics” yang bermaksud “pengkajian tentang bunyi-bunyi oleh manusia yang kita gunakan semasa bertutur ialah fonetik”.
Cabang Fonetik
Cabang Fonetik
Fonetik Artikulasi
Mengkaji tentang cara penghasilan bunyi bahasa dan bahagian (artikulator) yang terlibat dalam penghasilan bunyi serta pengelasan terhadap bunyi bahasa berdasarkan cara bunyi itu dikeluarkan oleh alat tutur (artikulator).
Fonetik Akustik
Mengkaji sifat-sifat bunyi bahasa iaitu gelombang bunyi ujaran yang dihasilkan oleh pita suara.
Fonetik Auditori
Mengkaji tentang cara bunyi bahasa ditanggapi oleh pendengar melalui pendengaran dan diterjemahkan (persepsi) oleh otak.
DEFINISI FONOLOGI• Umum - (daripada Greek: "suara, bunyi“, "perkataan,
pertuturan, subjek perbincangan")– kajian yang dilakukan mengenai pola bunyi bahasa iaitu
tentang bunyi-bunyi yang berfungsi dalam sesuatu bahasa.
• FrankParker (1994)– suatu bidang yang mengkaji sistem bunyi sesuatu
bahasa: iaitu rumus-rumus yang menentukan aspek sebutan.
• Rahimah Haji Sabran dan Rahim Sham (1985)– mengkaji sistem bunyi-bunyi yang tertentu dalam
pertuturan, khusus bagi sesuatu bahasa.
• Henderson– “the study of the systematic organization of
selected speech sounds in the spoken form of individual language has variously been called phonology”.
• Dal bor (linguistik Barat)– “phonology is the study of the function and
patterning of speech sounds“ yang bermaksud “fonologi ialah kajian tentang fungsi dan pencorakan dalam bunyi yang bermakna yang diucapkan oleh manusia”.
PERBEZAAN FONETIK DAN FONOLOGIFonetik Fonologi
Fenomena bunyi atau pertuturan manusia seluruhnya.
Mengkaji sistem bunyi-bunyi tertentu dalam pertuturan bagi sesuatu bahasa.
Asas kepada kajian fonologi. Input kepada kajian linguistik tinggi, iaitu morfologi dan sintaksis.
Tidak dapat memerikan seluruh bunyi yang dihasilkan oleh manusia, tidak dapat menghalusi segala variasi bunyi tersebut dan tidak dapat menghuraikan sistem bunyi semua bahasa yang dituturkan oleh manusia dengan sempurna.
Dapat merumuskan, menghuraikan dan menjelaskan segala bentuk bunyi dalam sesuatu bahasa secara teliti dan terperinci dengan tujuan untuk menentukan peraturan dan bentuk bunyi secara spesifik.
SEBUTAN BAKU BAHASA MELAYUBahasa baku ialah bahasa standard, mempunyai
struktur yang lengkap dan sempurna dari segi sistem ejaan, tatabahasa, dan kosa kata. Bahasa Melayu baku mempunyai keseragaman dalam empat sistem yang utama iaitu fonologi, morfologi, sintaksis dan semantik.
Menurut Awang Sariyan (2004), sebutan baku di Malaysia telah ditetapkan dalam Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu Kali Ke-3 (1956) yang memutuskan bahawa sebutan baku ialah sebutan fonemik (berdasarkan ejaan) bukan berdasarkan kelaziman sebutan menurut dialek Riau-Johor.
MATLAMAT SEBUTAN BAKU BAHASA MELAYU
• Umum - tujuan penyeragaman• Khusus
– Untuk meningkatkan kecekapan berbahasa Melayu baku dalam kalangan semua pengguna bahasa Melayu.
– Untuk memantapkan struktur dalaman dan sistem bahasa Melayu, iaitu supaya sistem sebutan menjadi mantap dan baku sejajar dengan pemantapan dan pembakuan tatabahasa, laras bahasa, sistem ejaan dan kosa kata.
– Untuk mewujudkan satu kepelbagaian sebutan baku dalam bahasa Melayu yang dapat digunakan dalam situasi rasmi.
– Mengurangkan penggunaan pelbagai variasi dan gaya sebutan serta menghindarkan penggunaan dialek setempat dalam pembelajaran dan pengajaran di peringkat sekolah
PELAKSANAAN SEBUTAN BAKU BAHASA MELAYU
• Sebutan Huruf – Pada umumnya, setiap huruf dalam ejaan Rumi atau Jawi
perlulah dilafazkan dengan jelas mengikut nilai bunyi bahasa Melayu yang dilambangkan.
• Sebutan Kata– Sebutan kata hendaklah berdasarkan ejaan secara keseluruhan
dan juga berdasarkan bentuk kata (pola pada suku kata) sama ada kata dasar atau kata terbitan.
• Intonasi– Intonasi ialah nada suara yang turun naik atau tinggi rendah
sewaktu bercakap dan hendaklah berdasarkan jenis dan bentuk ayat atau kalimat dalam Bahasa Melayu serta keperihalan keadaan yang berkenaan.
Contoh • Vokal ‘a’ dilafazkan dengan [ a ] pada bahagian mana pun ia terletak sama
ada terbuka, tertutup, di tengah atau di akhir kata. Ini bermakna vokal ‘a’ disebut seperti mana dieja dan dieja seperti mana dilafazkan.
• Kata terbitan mengikut garis panduan dasar umum tentang sebutan baku Bahasa Melayu hendaklah dilafazkan berdasarkan pola ejaan KV , KV + KV ,KVK , KVK + KVK.
Huruf Vokal Fonem/Bunyi Ejaan Sebutana [a] saya
berapaapa
[sa ya][be ra pa]
[a pa]
Ejaan (Imbuhan Awalan) Sebutan Baku Sebutan Johor Riau
pengajarpengedar
terasaberlari
terangkat
[pe nga jar][pe nge dar]
[t era sa][ber la ri]
[ter ang kat]
[pe nga ja][pe nge da]
[t era se][ber la ri]
[ter ang kat]
Contoh • Kata serapan Bahasa Arab, Indonesia dan Inggeris yang sudah sebati
dengan bahasa Melayu dibunyikan seperti sebutan baku Bahasa Melayu.
Ejaan Sebutan Baku Sebutan Johor Riau
i) Bahasa Indonesia sama bunyi
anda merdekabeza bunyi bangsa
ii) Bahasa Arabsama bunyi fatwa takwabeza bunyi makna
iii) Bahasa Inggeris frasa drama
[an da][mer de ka]
[bang sa]
[fat wa][tak wa]
[mak na]
[fra sa][dra ma]
[an da][mer de ka]
[bang se]
[fat wa][tak wa]
[mak ne]
[fra sa][dra ma]