tajuk 1 rbt 3119

12
RBT3119 PERNIAGAAN DAN KEUSAHAWANAN 1 1.0 SINOPSIS Tajuk keusahawanan memberi pendedahan tentang pengajaran dan pembelajaran bidang Keusahawanan. Antara yang dibincangkan dalam tajuk ini ialah sebab yang mendorong seseorang menjadi usahawan, peranan usahawan dalam memajukan masyarakat dan negara dan punca-punca kegagalan usahawan. . 1.1 HASIL PEMBELAJARAN 1.1.1 Mendefinisikan istilah usahawan dan keusahawanan. 1.1.2 Mengenalpasti dorongan-dorongan yang menyebabkan seseorang individu menceburi bidang keusahawanan. 1.1.3 Menjelaskan peranan usahan dalam masyarakat dan ekonomi. 1.1.4 Mengenalpasti ciri-ciri usahawan. 1.1.5 Mengenalpasti punca-punca kegagalan usahawan. TAJUK 1 PENGENALAN KEPADA PERNIAGAAN DAN KEUSAHAWANAN

Upload: jai-seng

Post on 31-Dec-2015

91 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

modul tajuk 1

TRANSCRIPT

Page 1: TAJUK 1 RBT 3119

RBT3119 PERNIAGAAN DAN KEUSAHAWANAN

1

1.0 SINOPSIS

Tajuk keusahawanan memberi pendedahan tentang pengajaran dan

pembelajaran bidang Keusahawanan. Antara yang dibincangkan dalam tajuk ini

ialah sebab yang mendorong seseorang menjadi usahawan, peranan usahawan

dalam memajukan masyarakat dan negara dan punca-punca kegagalan

usahawan.

.

1.1 HASIL PEMBELAJARAN

1.1.1 Mendefinisikan istilah usahawan dan keusahawanan. 1.1.2 Mengenalpasti dorongan-dorongan yang menyebabkan seseorang individu menceburi bidang keusahawanan.

1.1.3 Menjelaskan peranan usahan dalam masyarakat dan ekonomi.

1.1.4 Mengenalpasti ciri-ciri usahawan. 1.1.5 Mengenalpasti punca-punca kegagalan usahawan.

TAJUK 1

PENGENALAN KEPADA PERNIAGAAN DAN KEUSAHAWANAN

Page 2: TAJUK 1 RBT 3119

RBT3119 PERNIAGAAN DAN KEUSAHAWANAN

2

1.2 KERANGKA TAJUK-TAJUK

1.3 PERNIAGAAN – (Tajuk ini akan dikuliahkan)

Definisi Perniagaan

Perniagaan dan bukan perniagaan

Perniagaan dan untung

Perniagaan dan ekonomi

Perniagaan dan masyarakat

Faktor-faktor pengeluaran

Perniagaan kini dan masa depan

1.4 KEUSAHAWANAN - PENGENALAN

Perkataan ‘entrepreneur’ adalah dalam bahasa Inggeris berasal dari bahasa

Perancis ‘entreprendre’ yang bermaksuk memikul atau mencuba. Manakala

dalam Bahasa Malaysia istilah ‘usahawan’ berasal dari perkataan ‘usaha’.

Menurut Kamus Dewan, usaha ialah daya upaya termasuk ikhtiar, kegiatan,

perbuatan dan lain-lain hal untuk melaksanakan atau menyempurnakan

sesuatu pekerjaan.

1.4.1 DEFINISI USAHAWAN DAN KEUSAHAWANAN

Terdapat pelbagai definisi ke atas usahawan dan keushawanan. Pada tahun

1977, Nicholas Siropolis menyebut usahawan yang sejati adalah seorang

KONSEP KEUSAHAWANAN

KEGAGALAN USAHAWAN

PERANAN USAHAWAN

KEUSAHAWANAN

Page 3: TAJUK 1 RBT 3119

RBT3119 PERNIAGAAN DAN KEUSAHAWANAN

3

individu seperi Ford dan Rockerfeller, mencipta atau mewujudkan perniagaan,

memajukannya dan menjaganya seperti seorang jururawat supaya perniagaan

itu dalam keadaan sihat. Apa yang dimaksudkan di sini ialah usahawan bukan

sahaja memulakan sesuatu perniagaan tetapi mengembangkannya supaya

sentiasa mendapat pulangan atau keuntungan yang sentiasa meningkat.

Namun begitu bukan semua usahawan melalui proses yang dikatakan pleh

Siropolis, iaitu tidak memulakan perniagaan tetapi menjalankan usaha-usaha

lain seperti memajukan perniagaan sahaja seperti :

i. Individu yang mengambilalih sesuatu perniagaan selepas pemilik

asalnya bersara, meninggal dunia atau sebagainya dan seterusnya

memajukannya atau menghasilkan suatu inovasi daripadanya.

ii Individu yang menjalankan perniagaan francais dmereka menjalankan

perniagaan secara bebas dan tidak bergantung kepada usahawan asal.

1.4.2 PERBEZAAN ANTARA KEUSAHAWANAN DAN PERNIAGAAN

USAHAWAN PENIAGA i. Merekacipta dan mengeluarkan

barang baru ii. Melibatkan diri dalam pembelian

dan/ atau pemprosesan barang dan penjualan barang atau perkhidmatan

iii. Bermatlamat keuntungan dan pertumbuhan

iv. Tujuan utama mendapat keuntungan

v. Mementingkan pertumbuhan yang cepat dan pulangan yang tinggi

vi. Pertumbuhan perniagaan adalah lambat dan perlahan

vii. Menampakan ciri-ciri usahaan yang jelas dan menonjol

viii. Mereka memiliki ciri-ciri usahawan tetapi ciri-ciri tersebut kurang terserlah pada mereka

ix. Biasanya dominan dalam bidang yang diceburi

x. Tidak dominan dalam bidang yang diceburinya

xi. Mempraktikan amalan baru dan inovatif

xii. Tidak inovatif ddan kreatif

Page 4: TAJUK 1 RBT 3119

RBT3119 PERNIAGAAN DAN KEUSAHAWANAN

4

1.4.3 PERANAAN USAHAWAN DALAM MASYARAKAT

i. Menggalakan inovasi dan penciptaan teknologi

ii. Mewujud dan mengekal keharmonian masyarakat

iii. Membantu mengekal daya saing syarikat besar

iv. Menyediakan pengalaman kepada pekerja

v. Menyediakan peluang pekerjaan kepada masyarakat

vi. Memberi sumbangan kepada ekonomi negara

1.4.4 SEBAB-SEBAB USAHAWAN MENCEBURKAN DIRI DALAM

PERNIAGAAN

Terdapat pelbagai faktor yang menyebabkan seseorang itu menjadi usahawan.

Di antara faktor-faktor yang menyebabkan atau mendorong usahawan

menceburkan diri ke dalam dunia kerjaya yang penuh cabaran ini ialah :

Keselamatan

Usahawan lebih suka bertindak untuk menjalankan tugas yang bebas dari

kongkongan orang lain. Bagi mereka kebebasan yang dimiliki membolehkan

mereka menggunakan potensi diri tanpa ada ganggu gugat dari pihak lain.

Keselamatan merupakan hirarki kedua dalam hirarki keperluan Maslow.

Status

Setiap manusia memerlukan status dan penghormatan diri. Status atau

penghormatan diri merupakan elemen penting yang akan mempengaruhi

kehidupan usahawan. Usahawan akan dikatakan tidak berjaya sekiranya tidak

dapat meningkatkan status kehidupan dirinya, keluarga dan masyarakat

sekeliling di mana mereka berada.

Page 5: TAJUK 1 RBT 3119

RBT3119 PERNIAGAAN DAN KEUSAHAWANAN

5

Kepuasan Diri

Penyertaan dalam bidang keusahawanan merupakan kepuasan diri kepada

seseorang individu. Usahawan akan berpuas hati apabila mencapai setiap

keperluan diri yang diingini.

Ingin Mencuba sesuatu yang baru

Pada kebiasaannya, individu yang bekerja dengan orang lain tidak berpuashati

dengan pendapatannya dan terpaksa bekerja di bawah arahan orang lain. Ini

membuatkan mereka ingin membuka perniagaan sendiri.

Untuk menyambut Seruan Kerajaan

Semenjak mencapai kemerdekaan kerajaan sentiasa menggalakkan rakyat

untuk bergerak cergas dalam sektor perniagaan. Pelbagai rancangan yang

dilancarkan oleh pihak kerajaan untuk menggalakkan rakyat terutamanya

bumiputera menceburkan diri dalam perniagaan dan mewujudkan MARA.

Menyambung usaha yang sedia ada

Usaha yang diturunkan daripada generasi ke generasi. Perniagaan keluarga

berkembang maju yang menjadi perniagaan syarikat dan seterusnya menjadi

syarikat awam.

Merebut peluang dalam pasaran

Kerajaan telah menyediakan banyak kemudahan dalam bentuk kewangan,

latihan, kewangan dan infrastruktur yang diperlukan dalam sesebuah

perniagaan. Pihak swasta seperti bank pula menyediakan skim pinjaman dan

khidmat nasihat yang relevan. Galakan juga diberikan oleh kerajaan dalam

bentuk insentif cukai seperti taraf perintis dan lain-lain lagi.

Page 6: TAJUK 1 RBT 3119

RBT3119 PERNIAGAAN DAN KEUSAHAWANAN

6

Kelulusan Akademik yang berkaitan

Sesetengah individu terdorong menceburi bidang keusahawan kerana

kelulusan akademik yang dimiliki dan mahu mempraktikkan ilmu yang

diperolehi.

Pembangunan Pesat ICT

Kemajuan teknologi yang canggih dalam teknologi komunikasi dan maklumat

(ICT) membuka peluang yang lebih luas kepada seorang untuk membina laman

web sendiri dan menjalankan perniagaan elektronik. Ini telah mendorong lebih

ramai orang membuka perniagaan yang beroperasi dari rumah sahaja.

1.5 CIRI-CIRI USAHAWAN

Terdapat pelbagai sebab yang mendorong usahawan Mengikut Kirby (1992)

terdapat empat ciri asas yang perlu dimiliki oleh setiap usahawan. Ciri-ciri

tersebut ialah :

i. Mengenalpasti Peranan

Mengenalpasti peranan merujuk kepada keberkesanan ini termasuk individu

mengakui hakikat keusahawanan merupakan jaringan proses dan bukan

tindakan secara bersendirian. Proses ini termasuk mencetus, menilai,

membangun dan melaksanakan idea yang telah terbentuk.

ii. Berkemampuan

Usahawan hendaklah mempunyai kemampuan untuk berfikir secara intuitif dan

rasional. Berfikir secara intuitif atau melalui gerak hati merupakan suatu

kemampuan menyedari tentang keperluan persekitaran dan melihat sesuatu

Page 7: TAJUK 1 RBT 3119

RBT3119 PERNIAGAAN DAN KEUSAHAWANAN

7

sama ada masalah atau peluang dari pelbagai dimensi. Manakala berfikir

secara rasional melibatkan logik, urutan, analisa dan penumpuan.

iii. Bermotivasi

Motivasi adalah merupakan daya penggerak yang akan membezakan di antara

usahawan melepas batok di tangga. Penjelasan tentang motivasi banyak

berhubung dengan hirarki keperluan Maslow, Teori Keperluan kepada kejayaan

McClelland dan teori jangkaan pencapaian matlamat Vroom.Kesemua teori ini

menjelaskan bahawa keperluan dan matlamat individu adalah berbeza tetapi

desakan ke atas pencapaiannya akan bertambah kuat apabila seseorang

melihat hasil tindakannya mampu untuk memenuhi keperluan dan

kehendaknya.

iv. Kesediaan Melakukan Perubahan

Usahawan hari ini hendaklah mampu dan bersedia untuk menangani

perubahan kerana ia akan memberi kesan yang signifikan kepada

perniagaannya. Perkara ini merupakan faktor yang penting dalam membuat

perancangan, pelaksanaan dan penilaian. Sebagai seorang usahawan mereka

hendaklah peka terhadap perubahan-perubahan yang berlaku seperti

perubahan sosio ekonomi, kedudukan dalam kitaran perniagaan,

perkembangan teknologi, dasar kerajaan dan lain-lain lagi. Usahan juga perlu

mendapatkan maklumat terkini tentang inovasi dan pemasaran melalui

pembacaan, pendengaran dan lain-lain lagi. Perlakuan berbentuk perekaan dan

pembaharuan terhadap produk yang sedia ada adalah dua elemem penting

dalam melakukan perubahan.

Page 8: TAJUK 1 RBT 3119

RBT3119 PERNIAGAAN DAN KEUSAHAWANAN

8

Selain dari itu, usahawan juga memiliki ciri-ciri personaliti yang dikenalpasti.

Antaranya ialah :

i. Keyakinan kepada diri sendiri

Usahawan yakin dengan kapasiti dan potensi diri sendiri dengan melaksanakan

kegiatan keushawanan dengan memiliki kekuatan-kekuatan berikut :

a) Pengalaman langsung dalam aktiviti perniagaan yang ingin diceburi dijadikan

sebagai panduan untuk bertindak

b) Pemerhatian ke atas pengalaman orang lain dan mengambil iktibar

daripadanya

c) Kesediaan membangunkan kemahiran, kebolehan dan pengetahuan dengan

penuh keyakinan serta menganggap kesilapan sebagai satu proses

pembelajaran

ii Kesediaan Mengambil Risiko

Usahawan yang bersedia mengambil risiko yang tinggi akan lebih cepat

membuat keputusan dengan menggunakan maklumat yang sedikit dan masa

yang diambil dalam membuat keputusan yang singkat. Ciri ini sesuai bagi

usahawan yang terlibat dalam perniagaan saham. Bagi usahawan yang tidak

bersedia mengambil risiko yang tinggi sesuai melibatkan diri dalam perniagaan

runcit, membuka syarikat perakauan dan lain-lain lagi.

iii. Personaliti Jenis ‘A’ dan ‘B’

Terdapat dua jenis personaliti usahawan yang telah dikenalpasti iaitu personaliti

jenis ‘A’ dan ‘B’.

Page 9: TAJUK 1 RBT 3119

RBT3119 PERNIAGAAN DAN KEUSAHAWANAN

9

a) Jenis ‘A’

Usahawan yang dalam kategori personaliti jenis ini mempunyai

perwatakan seperti suka bersaing, panas baran, gelojoh, kuat bekerja dan suka

bertindak cepat tetapi tidak semestinya menghasilkan kejayaan. Mereka juga

ingin melaksanakan dua atau lebih kerja serentak dan tidak mahu meluangkan

masa dengan sia-sia. Biasanya mereka tidak sabar-sabar melakukan sesuatu

pekerjaan kerana terlalu ghairah untuk memperolehi kejayaan.

b) Jenis ‘B’

Usahawan jenis ini mempunyai perwatakan santai, dan tidak suka

bersaing. Mereka menganggap perniagaan sebagai sesuatu keseronokan.

Individu jenis ini lebih suka menjalinkan hubungan dengan pelbagai pihak

berbanding dengan individu jenis ‘A’ kerana mereka lebih bersedia untuk

bertolak ansur, sabar dan cuba mengelak daripada berlakunya konflik.

iv. Personaliti proaktif

Usahawan yang memiliki personaliti ini akan lebih responsif dan cuba

membentuk atau mempengaruhi persekitaran. Mereka sentiasa mencari

peluang perniagaan. Mereka akan :

a) Lebih bersedia mengemukakan cadangan tanpa risau diperlekehkan oleh

orang lain.

b) Berusaha mengenalpasti dan mencari peluang. Mereka yakin akan terdapat

peluang disebalik ancaman yang dihadapi.

c) Bersedia mengambil tindakan walaupun terpaksa menghadapi risiko

d) Bersedia membuat perubahan kerana yakin perubahan akan menentukan

kelangsungan perniagaan yang diceburi.

Page 10: TAJUK 1 RBT 3119

RBT3119 PERNIAGAAN DAN KEUSAHAWANAN

10

v. Lokus Kawalan

Lokus kawalan usahawan merupakan tahap di mana usahawan berkeyakinan

yang gelagat mereka dikawal oleh kuasa dalaman atau luaran. Terdapat dua

jenis kawalan iaitu :

a) Kawalan Dalaman – keyakinan bahawa mereka sendiri mengawal masa

depan. Mereka yakin komitmen yang diberikan kepada

perniagaan akan mendatangkan keuntungan.

b) Kawalan Luaran - Usahawan melihat kejayaan perniagaan yang

dijalankan bergantung kepada sokongan yang

diperoleh daripada pihak lain. Oleh itu kejayaan yang

yang diperoleh tidak boleh dijangka, bergantung

kepada nasib dan destinasi mereka dikawal oleh

mereka yang lebih berkuasa.

iv Machiavellianisme

Ciri personaliti ini diperkenalkan oleh Niccolo Machiavelli yang berpendapat

individu yang memiliki ‘High-Mach” akan bersikap pragmatik, mengekalkan

jarak emosi dan yakin dengan tujuan boleh menghalalkan cara.Mereka

bersedia mempergunakan orang lain atau mempergunakan pelbagai cara demi

untuk mencapai matlamat peribadi. Ini akan mengakibatkan :

a) Membelakangkan akhlak, moral dan etika

b) Lebih bersedia untuk memanipulasikan keadaan bagi mencapai kejayaan

dalam mencapai perniagaan

c) Lebih bersedia menakutkan seseorang daripada menyukainya

d) Bersedia untuk bersikap kasar dan kurang ajar

Page 11: TAJUK 1 RBT 3119

RBT3119 PERNIAGAAN DAN KEUSAHAWANAN

11

1.6 SEBAB-SEBAB KEGAGALAN USAHAWAN

Tidak semua orang boleh mencapai kejayaan dalam bidang yang diceburi.

Begitu jugalah dalam bidang keusahawanan, ada yang berjaya dan ada juga

yang menempuh kegagalan.

Antara sebab-sebab kegagalan seseorang usahawan adalah :

Sikap

Berbagai-bagai perkara boleh dikelaskan sebagai sikap seseorang. Disebabkan

usahawan bekerja sendiri, terdapat sesetengah orang yang tidak dapat

mendisiplinkan diri mereka. Mereka bekerja sesuka hati, tidak mematuhi masa

untuk temu janji, tidak memenuhi permintaan pelanggan, lewat dalam

penghantaran barang atau perkhidmatan merupakan contoh sikap negatif

usahawan.

Etika yang rendah dan ketiadaan disiplin ini meliputi sikap malas dan tidak jujur

samada terhadap pembekal, pemodal, pekerja, pelanggan dan dengan diri

sendiri inilah yang akan menyebabkan usahawan gagal dan tewas dengan

pesaing-pesaingnya.

Kekurangan Persediaan

Persediaan merujuk kepada persediaan mental untuk menghadapi berbagai-

bagai cabaran, ketahanan fizikal, pengalaman dalam bidang-bidang berkaitan

dengan keusahawanan dan sebagainya. Sesetengah individu yang mahu

menjadi usahawan hanya mahir dalam bidang tertentu tetapi tidak mempunyai

pengetahuan dalam bidang lain yang asing baginya. Masalah ini akan

menyumbang kepada kegagalan keseluruhan perniagaannya.

Page 12: TAJUK 1 RBT 3119

RBT3119 PERNIAGAAN DAN KEUSAHAWANAN

12

Faktor-faktor Ekonomi

Masalah dalam ekonomi boleh juga menyebabkan kegagalan usahawan.

Kegawatan ekonomi yang melanda sesebuah negara akan membawa

kegagalan kepada usahawan terutamanya yang tidak mempunyai persediaan

dalam pengurusan am dan kewangan.

Pengurusan yang Lemah

Pengurusan merangkumi pengurusan perniagaan secara am dan pengurusan

kewangan. Modal yang tidak cukup, pulangan yang rendah atau kerugian yang

berlarutan, pengurusan kredit yang lemah, penyeliaan kakitangan yang lemah

dan macam-macam lagi masalah yang menyumbang kepada kegagalan

seseorang usahawan.

Kebergantungan kepada pekerja, penyelewengan pekerja, kejahilan pengurusan

kewangan dan perakaunan adalah antara faktor yang boleh dikategorikan

sebagai kelemahan pengurusan.

FIKIRKAN

Bagaimanakah perkara-perkara berikut boleh mencetuskan idea yang berguna

kepada usahawan?

a) Masalah yang dihadapi masyarakat

b) Dasar kerajaan

c) Produk dan perkhidmatan yang sedia ada