soalan latihan rbt 3119

30
Soalan Latihan RBT 3119 Pengenalan kepada Perniagaan dan Keusahawanan Bil . Usahawan Peniaga 1. Meneroka perniagaan yang berpotensi dan belum diterokai oleh orang lain. Lebih cenderung memilih perniagaan yang telah terbukti memberikan keuntungan. 2. Skop aktivitinya luas. Skop aktivitinya sempit dan terhad. 3. Skala operasinya kecil pada peringkat awal tetapi berpotensi untuk berkembang maju. Skala operasinya kecil dan pengurusannya statik. 4. Berkeinginan untuk memuaskan keperluan dan kehendak pengguna selain memperoleh keuntungan. Hanya mementingkan keuntungan sahaja. 5. Berusaha untuk membuat pembaharuan kepada barang atau perkhidmatan yang ditawarkan untuk memenuhi keperluan dan kehendak pengguna. Lebih cenderung untuk menjalankan aktiviti jual beli tanpa mewujudkan pembaharuan. 6. Lebih cenderung untuk mewujudkan jaringan usahawan dan menggunakan jaringan usahawan untuk mendapat maklumat, mencari peluang dan menyelesaikan masalah. Lebih cenderung untuk menjalankan perniagaan secara bersendirian. 7. Mampu mencari peluang dan mengambil risiko secara berhemah dalam Hanya memenuhi permintaan yang sedia terbukti.

Upload: hamshita

Post on 29-Dec-2015

251 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Soalan Latihan RBT 3119

Soalan Latihan RBT 3119

Pengenalan kepada Perniagaan dan Keusahawanan

Bil. Usahawan Peniaga

1. Meneroka perniagaan yang berpotensi dan belum diterokai oleh orang lain.

Lebih cenderung memilih perniagaan

yang telah terbukti memberikan

keuntungan.

2. Skop aktivitinya luas. Skop aktivitinya sempit dan terhad.

3. Skala operasinya kecil pada peringkat awal tetapi berpotensi untuk berkembang maju.

Skala operasinya kecil dan

pengurusannya statik.

4. Berkeinginan untuk memuaskan keperluan dan kehendak pengguna selain memperoleh keuntungan.

Hanya mementingkan keuntungan

sahaja.

5. Berusaha untuk membuat pembaharuan kepada barang atau perkhidmatan yang ditawarkan untuk memenuhi keperluan dan kehendak pengguna.

Lebih cenderung untuk menjalankan

aktiviti jual beli tanpa mewujudkan

pembaharuan.

6. Lebih cenderung untuk mewujudkan jaringan usahawan dan menggunakan jaringan usahawan untuk mendapat maklumat, mencari peluang dan menyelesaikan masalah.

Lebih cenderung untuk menjalankan

perniagaan secara bersendirian.

7. Mampu mencari peluang dan mengambil risiko secara berhemah dalam merebut peluang.

Hanya memenuhi permintaan yang sedia

terbukti.

soalan 1

Bezakan diantara usahawan dan peniaga. Jelaskan kenapa peniaga

bukannya seorang usahawan?

Soalan 2

Page 2: Soalan Latihan RBT 3119

Apakah factor-faktor yang menyebabkan seseorang usahawan itu gagal untuk

mencapai matlamatnya.

Mengimpikan untuk menjadi sebagai seorang usahawan yang berjaya,

bukanlah satu perkara yang mudah. Ia memerlukan usaha yang kuat dan kental

untuk menghadapi dugaan dan ujian ketika menjalankan sesuatu perniagaan. Bukan

itu sahaja, seseorang itu perlu bersungguh-sungguh dalam menguruskan sesuatu

perniagaan yang jalankan.

Faktor-faktor yang menyebabkan seseorang usahawan itu gagal dalam

perniagaannya adalah seperti berikut:-

1. Strategi Pemasaran Yang Tidak Berkesan

Strategi pemasaran yang dilaksanakan tidak berkesan bagi menarik minat pelanggan

dan tidak mampu mengekalkan pelanggan yang sedia ada. Pelanggan mudah

tertarik dengan pesaing yang memiliki strategi pemasaran yang bagus dan berkualiti.

2. Tidak Berjaya Dalam Pengurusan Saluran Tunai

Tiada catatan dan rekod transaksi simpanan wang yang membolehkan aliran wang

keluar dan masuk diketahui dengan telus dan dikawal.

3. Khidmat Pelanggan Yang Tidak Mahir / Cekap

Page 3: Soalan Latihan RBT 3119

Usahawan hanya memikirkan strategi untuk mendapatkan pelanggan tanpa

memikirkan cara mengekalkan pelanggan. Malah, untuk mengekalkan pelanggan

adalah lebih sukar daripada mencari pelanggan. Usahawan juga tidak memberi

latihan kepada pekerja untuk menjadi khidmat pelanggan yang cekap dan betul.

4. Lokasi Perniagaan Yang Tidak Strategik

Contoh lokasi yang tidak strategik seperti kedai perniagaan anda sukar untuk ditemui

oleh pelanggan atau kedai anda berhampiran dengan persimpangan lampu isyarat

yang menyukarkan pelanggan untuk berhenti membeli barangan atau produk

pakaian.

5. Usahawan Yang Tidak Berfikiran Jauh

Usahawan yang memiliki permikiran ke belakang seperti tidak berfikiran global dan

futuristik. Mereka tidak mengambil tahu mengenai perkembangan semasa pelbagai

aspek perniagaan. Barangan atau produk yang dijual tidak menepati ciri-ciri terkini

dan menyukarkan pelanggan untuk meyakini produk tersebut. Ini menyebabkan

permintaan agak berkurang.

Usahawan perlu menambah ilmu pengetahuan dari semasa ke semasa seperti

menghadiri kursus atau seminar keusahawanan, mendapatkan nasihat daripada

rakan-rakan atau yang pakar dan membaca majalah serta laman web berkaitan

keusahawanan.

6. Mengambil Ringan Mengenai Aspek Perniagaan

Mereka beranggapan walaupun sudah lama bertapak dalam perniagaan, mereka

tidak akan jatuh atau menghadapi sebarang kesulitan. Jadi, mereka mengambil

ringan mengenai aspek perniagaan seperti tidak perlu berdaya saing, tiada idea

kreatif dalam menghasilkan produk dan perkhidmatan serta terlalu yakin dengan

kelebihan diri yang sedia ada.  

7. Kurang Modal Kewangan Syarikat

Page 4: Soalan Latihan RBT 3119

Tidak merancang kewangan dengan teratur dan bersistematik. Malah, tidak memiliki

modal yang mencukupi untuk berkembang dalam dunia perniagaan. Memberikan

kata-kata manis kepada pelanggan dan akhirnya menggagalkan perniagaan tersebut.

Perlu beringat, modal yang sedikit apabila diurus dengan baik dan sempurna mampu

membuatkan perniagaan anda semakin berkembang.

 8. Kurang Pengalaman

Usahawan yang menjalankan perniagaan tanpa mempunyai pengalaman yang luas,

tidak mahir atau tidak minat dalam dunia perniagaan. Kebiasaanya, usahawan yang

bermula daripada bawah mudah berjaya dan kekal lama dalam perniagaan yang

dijalankan kerana pengalaman yang dimilikinya. Malah, mereka juga tidak mudah

mengalah dalam persaingan.

 9. Suka Bertangguh

Dokumen yang diuruskan sepatutnya disiapkan pada tarikh yang telah ditetapkan,

tetapi disebabkan suka bertangguh, kerja menjadi semakin banyak dan bertimbun.

Malah, memberi kesan perniagaan pada syarikat anda dan menyebabkan proses

sesuatu kerja tergendala.

10. Rakan Kongsi Perniagaan Berpecah

Perniagaan gagal dijalankan dengan baik kerana rakan kongsi yang pecah amanah, tidak

sehaluan dan tidak bertanggungjawab

Page 5: Soalan Latihan RBT 3119

Soalan 3

Jelaskan apakah yang dimaksudkan dengan campuran pemasaran? Nyatakan

mengapa seseorang perlu menyediakan rancangan pemasaran?

Campuran pemasaran adalah satu set elemen-elemen pemasaran yang boleh

dikawal dan berstrategi di mana setiap firma menggabungkannya untuk

menghasilkan maklumbalas yang dikehendaki di dalam pasaran sasaran. Dengan

menggunakan elemen-elemen di dalam campuran pemasaran, firma boleh

melakukan aktiviti-aktiviti pemasaran untuk mempengaruhi permintaan terhadap

produknya. Ia mengandungi empat elemen iaitu produk, harga, saluran agihan dan

promosi atau lebih dikenali sebagai ‘4 P’ (product, price,place and promotion).

a) Produk

Produk merupakan apa sahaja yang boleh ditawarkan kepada pasaran untuk

perhatian , pemilikan dan penggunaan yang boleh memuaskan kehendak dan

keperluan, samada barangan atau perkhidmatan.

b) Harga

Harga adalah sejumlah wang yang dikenakan untuk sesuatu produk.

c) Saluran Agihan

Saluran agihan merupakan satu set organisasi yang saling bergantungan dan

terlibat di dalam proses pembuatan produk untuk kegunaan pengguna akhir atau

pengguna perniagaan.

d) Promosi

Promosi merupakan bentuk-bentuk ( kaedah-kaedah ) komunikasi yang digunakan

untuk memberitahu, mengingatkan dan juga memujuk pengguna mengenai sesuatu

produk yang dikeluarkan ataupun dijual oleh sesebuah syarikat. Kaedah-kaedah

promosi ini terdiri daripada pengiklanan, promosi jualan, publisiti dan jualan

persendirian.

Page 6: Soalan Latihan RBT 3119

KEPENTINGAN DAN FUNGI PEMASARAN

a) Kepentingan kepada Individu

Pemenuhan Utiliti

Untuk memenuhi keperluan dan kehendak pengguna.  Aktiviti pemasaran dapat

mengurangkan masalah yang dihadapi oleh individu untuk menyediakan segala

keperluan yang tidak boleh diusahakan sendiri.

Kehidupan yang lebih baik

Aktiviti pemasaran sentiasa mengkaji keperluan, kehendak dan kemampuan

pengguna menurut aliran semasa.

Memperbanyakkan pilihan produk di pasaran

Pelbagaian alternatif memberikan persaingan yang sihat.  Pengguna mempunyai

banyak pilihan dan boleh memilih yang terbaik.  Ini menjadikan sesuatu produk dan

perkhidmatan kompetitif dari segi mutu dan harga.  Apabila wujud persaingan

organisasi perniagaan akan berusaha menyediakan produk atau perkhidmatan yang

sebaik mungkin dengan harga yang paling optimum supaya pengguna terus memilih

produk yang dikeluarkan.

Memperbanyakkan Peluang Pekerjaan

Pemasaran menyediakan pelbagai aktiviti professional, separa professional dan tidak

professional dengan peluang pekerjaan kepada anggota masyarakat.  Peluang

pekerjaan dan peluang perniagaan boleh dijalankan oleh anggota masyarakat secara

tidak langsung menyumbang kepada pembangunan ekonomi negara.

b) Kepentingan kepada Organisasi

Mempercepatkan Proses Pertukaran

Aktiviti pemasaran mempercepatkan proses pertukaran produk atau perkhimatan

dengan wang atau sebarang faedah.  Proses pertukaran yang cepat akan

meningkatkan pulangan dan keuntungan perniagaan.

Page 7: Soalan Latihan RBT 3119

Memantapkan dan memanjangkan usia perniagaan

Perniagaan yang mengamalkan konsep pemasaran tidak akan menjual produk yang

tidak sesuai kepada sasaran sasar.  Pengeluar akan menghentikan pengeluaran dan

penjualan produk atau mengubahsuai untuk memenuhi kehendak pelanggan. 

Perniagaan yang mengamalkan konsep pemasaran yang baik akan melihat kepada

kejayaan syarikat untuk jangkamasa panjang.

Peluang perniagaan dalam industri berkaitan

Kerjaya berkaitan terus dengan aktiviti pemasaran.  Terdapat banyak peluang

kerjaya serta perniagaan dalam aktiviti serta industri yang berkaitan dengan

pemasaran seperti industri papan iklan, industri percetakan dan industri lukisan dan

karya kreatif.  Industri tambahan ini dapat menambahkan lagi peluang pekerjaan dan

seterusnya menjana aktiviti serta kegiatan ekonomi negara.

Page 8: Soalan Latihan RBT 3119

Soalan 4

Jelaskan kenapa e dagang amat penting dalam dunia perniagaan

pada masa kini?

Kepentingan E-Dagang Dalam Dunia Perniagaan

        i.            Membekalkan lebih banyak maklumat kepada pelanggan dengan lebih

tepat dan pantas.

      ii.            Membekalkan lebih banyak maklumat penting kepada syarikat untuk

mengenalpasti, memadankan, serta membuat inovasi dalam produk.

    iii.            Cepat, mudah, selamat dan boleh dipercayai.

     iv.            Pelanggan lebih bebas dalam membuat keputusan pembelian kerana

mereka mempunyai banyak pilihan dari pelbagai syarikat lain.

      v.           Mesra pelanggan, iaitu kaedah pencarian produk yang lebih mudah,

kenyataan spesifikasi produk yang boleh mengurangkan kos pelanggan,

sistem pembayaran elektronik yang selamat, kaedah penghantaran produk

yang terjamin serta reaksi yang pantas ke atas pertanyaan pelanggan.

Page 9: Soalan Latihan RBT 3119

Soalan 5

Apakah kekuatan dan kelemahan dalam perniagaan secara e

dagang.

Kekuatan e dagang

1)Menggantikan konsep manual

Ya, konsep yang dahulunya memerlukan pelanggan datang ke kedai dan mengisi

borang untuk membeli barang, boleh di minimumkan dengan hanya sekali ‘clik’ di

internet tanpa membuang masa dan tenaga.

2)Pemasaran yang luas

Pengguna internet yang semakin hari semakin ramai, berupaya untuk mencapai

jumlah pengguna melebihi 60 juta dalam masa yang singkat. Hanya dengan

menggunakan komputer dan internet akses sahaja peniaga dapat menjelajah di

dunia perniagaan tanpa sempadan.

3)Mengikut peredaran teknologi semasa

Kebanyakan pengguna kini menginginkan sesuatu yang cepat walaupun

barangan tersebut sukar dicari. Salah satu cara mereka ialah dengan mencari

barangan di internet dan melakukan pembayaran terus secara online.

4)Membantu pengguna mendapatkan barangan yang sukar dicari

Kemungkinan sesuatu barang seperti ubat-ubatan atau barangan antik dari luar

negara sukar diperoleh didalam negeri. Tetapi, sekiranya menggunakan khidmat

e-dagang segala-galanya boleh didapati dengan begitu senang.

5)Membantu institusi lain untuk menjana pendapatan (transaksi)

Kemunculan pihak-pihak ketiga didalam e-dagang seperti syarikat-syarikat

kewangan iPay88, Paypal dan sebagainya, membantu mereka menjana

pendapatan dengan memberikan khidmat transaksi terbaik kepada pelanggan.

Page 10: Soalan Latihan RBT 3119

6)Cepat dan mudah

Membolehkan penjual menjual barangan mereka serta merta dengan menembusi

pasaran global secara cepat dan mudah. Hal ini kerana produk yang dipaparkan

di internet adalah 24jam sehari dan 7 hari seminggu tanpa sekatan.

7)Mengurangkan kos

Kos pembelian dapat diminimumkan. Pembeli boleh terus membeli daripada

penjual atau pengeluar tanpa perlu membayar kos komisen kepada agen.

Pembeli juga tidak perlu bersusah payah menghabiskan duit minyak untuk

mendapatkan barangan tersebut.

8)Keuntungan yang optimum

Pasaran yang lebih luas iaitu melebihi 60 juta boleh menghapuskan golongan

pertengahan dalam dunia perniagaan seperti agen dan sebagainya.

9)Modal yang rendah

Tidak memerlukan modal perniagaan yang tinggi seperti peniagaan offline, apa

yang penting adalah idea, sebuah laman web dan internet. Modal yang diperlukan

juga adalah rendah.

10)Waktu bekerja yang flaksibel

Jika sudah bekerja, tetapi inginkan pendapatan sampingan, maka perniagaan e-

dagang adalah cara yang terbaik. Ini kerana, melalui perniagaan secara online

peniaga tidak memerlukan 8jam sehari dan 5hari seminggu untuk ke tempat kerja.

Tambahan, ia boleh dilakukan pada bila-bila masa yang di sukai dan selesa.

11)Bekerja dimana-mana

Dimana ada laptop, disitulahlah ruang pejabat. Tidak kira sama ada di rumah atau

di tempat-tempat awam seperti di dataran, restoran makanan dan sebagainya,

asalkan selesa untuk melakukan kerja, segalanya boleh dilakukan. Secara tidak

langsung dapat menjimatkan masa selama 2 jam setiap hari, iaitu masa yang

Page 11: Soalan Latihan RBT 3119

diambil untuk ketempat kerja. Malahan,sekiranya bekerja di rumah, penggunaan

minyak kereta juga dapat dijimatkan.

12)Perniagaan Automatik

Anda tidak perlu sentiasa ada di depan laptop kerana perniagaan internet boleh di

automasikan.

13)Menceburi lebih dari satu perniagaan

Memandangkan modal untuk memulakan perniagaan di internet jauh lebih murah

berbanding berniaga secara offline maka, ini membuka peluang yang lebih

kepada usahawan untuk mempelbagaikan perniagaan lebih dari satu jenis.

Kelemahan e dagang

Namun begitu terdapat beberapa kelemahan dengan sistem urusniaga

menggunakan e-dagang. Seperti juga kebaikan, kelemahan boleh dilihat daripada

sudut peniaga dan juga pelanggan.

Kelemahan Dari Sudut Peniaga.

Tidak Upaya Mempamirkan Barangan Sebenar Pengeluar tidak dapat

mempamirkan barangan yang sebenar terutama bahagian atau perkara yang

sukar digambarkan secara terperinci dalam laman web. Keadaan akan

menyebabkan kelebihan yang sepatutnya dapat dipamirkan  melalui

penglihatan dan sentuhan akan tersembunyi.  Barangan atau perkhidmatan

yang sepatutnya dapat memenuhi kehendak pengguna akan terpinggir dan

ditolak oleh pengguna disebabkan tidak jelas dipamirkan.

Kesulitan Dalam Memberi Penerangan Dan Maklumbalas

Intraksi  secara lintas langsung dalam hubungan terus sukar diwujudkan.

Tidak ramai sasaran akan memberi maklumbalas kepada pengeluar kecuali

mereka yang telah membeli  dan memerlukan membuat aduan kerosakan.

Mereka yang belum mencuba akan beralih ke barang penganti lain yang

Page 12: Soalan Latihan RBT 3119

bersamaan jika penerangan tidak jelas kepada pengguna.

 

Kelemahan Dari Sudut Pembeli.

Pesanan Tidak Diterima Pembeli menghadapi risiko apabila pesanan yang

dibuat  kepada pengeluar yang menghadapi masalah dan proses penutupan

atau  syarikat yang beroperasi secara menyamar. Pembayaran yang telah

dibuat akan hilang dan pihak pembeli mengalami kerugian.

Barang Yang Di Pesan Tidak Menepati Seperti Diiklankan. Tidak semua

pembeli dapat memahami dan menginterpretasi dengan setepatnya barangan

yang diiklankan. Terdapat juga pengiklanan yang mengelirukan, akibatnya

barangan atau perkhidmatan yang dipesan tidak  memenuhi maksud fahaman

oleh pembeli.

Soalan 6 : Nyatakan sumbangan dan peranan usahawan dan perniagaan kecil.

a). Sumbangan dan Peranan usahawan.1. Meningkatkan pendapatan dan taraf hidup hasil daripada keuntungan yang

diperolehi .

2. Membangunkan potensi diri dan ciri-ciri positif akibat daripada cabaran yang dihadapi. Ciri-ciri positif adalah seperti kreativiti, kegigihan, kemahiran, ketrampilan, berdikari, yakin diri dan tidak mudah berputus asa

3. Membangunkan kerohanian. Keusahawanan menyemai sifat sabar, syukur dan dermawan.

4. Keuntungan yang diperolehi melalui keusahawanan akan meningkatkan pendapatan sesebuah keluarga dan meningkatkan taraf hidup, seperti keselesaan, kesihatan dan pendidikan.

5. Memberi peluang pekerjaan dan mengelakkan pengangguran .

6. Meningkatkan status social.

7. Mewujudkan peluang pekerjaan dan meningkatkan taraf hidup.

Page 13: Soalan Latihan RBT 3119

8. Mewujudkan dan mempelbagaikan pilihan barang - hasil daripada peningkatan teknologi dan produk baru melalui kreativiti dan inovasi usahawan.

9. Melahirkan masyarakat madani dengan menzahirkan nilai keusahawanan seperti bergotong royong, menepati janji, berjimat cermat bertanggungjawab, gigih berusaha dan jujur.

10.Pemangkin kepada pembangunan negara dengan membangunkan sumber-sumber yang ada.

11.Meningkatkan pendapatan negara melalui hasil cukai seperti cukai jualan, duti eksport dan import, duti eksais dan sebagainya.

12.Mengurangkan pergantungan kepada negara luar. Ini kerana keusahawanan membangunkan pelbagai industri yang mengurangkan kepada pergantungan barangan import

13.Penghasilan pelbagai jenis produk menghasilkan pendapatan kepada negara dari segi pertukaran wang asing, Contohnya industri pelancongan.

a). Sumbangan dan Peranan Perniagaan Kecil.

1. Perniagaan kecil memainkan peranan penting dalam pembangunan dan perkembangan ekonomi negara.

2. Perniagaan kecil adalah industri penggerak utama dalam mempelbagaikan aktiviti di sektor pembuatan.

3. Perniagaan kecil juga menyediakan sebanyak 44.2% peluang pekerjaan dari jumlah tenaga kerja dalam sektor perkilangan, 48.9% dan 31.7% masing- masing dalam jumlah nilai keluaran dan jumlah nilai harta tetap.

4. Perniagaan kecil membuka banyak peluang pekerjaan.5. Sumbangan dalam meningkatkan jumlah simpanan negara dan

menjimatkan tukaran wang asing.

6. Mewujudkan distribusi pendapatan yang lebih baik.

7. Membantu dalam melahir dan meningkatkan kemahiran di kalangan tenaga kerja terlibat baik di peringkat pekerja mahupun pada peringkat pengurusan.

8. Membantu dalam meningkatkan arus pemindahan teknologi asing.

Page 14: Soalan Latihan RBT 3119

Soalan 7 :

Jelaskan kekangan dan masalah yang dihadapi oleh peniaga kecil dan cara untuk mengatasi masalah tersebut.

a). Perusahaan kecil berhadapan dengan pelbagai kekangan yang lazimnya tidak dihadapi oleh perusahaan besar. Antara kekangan tersebut ialah:1. Pendapatan tidak menentu.2. Risiko terhadap modal yang dilaburkan.3. Jangkamasa kerja yang panjang dan kerja.4. Suasana hidup yang tidak teratur.5. Tanggungjawab keseluruhan terhadap perniagaan.6. Risiko minda dan psikologi.7. Risiko sosial.

b). Perusahaan kecil berhadapan dengan pelbagai masalah yang lazimnya tidak dihadapi oleh perusahaan besar. Antara masalah tersebut ialah:

1. Masalah untuk mendapatkan modal.(kekurangan modal)2. Masalah pemasaran.3. Masalah produk yang tidak pelbagai dan berkualiti rendah.4. Masalah mendapatkan bahan mentah yang berterusan.5. Masalah kekurangan mesin dan peralatan.6. Modal yang terhad.7. Kepakaran pengurusan yang rendah.8. Pengetahuan pasaran yang terhad.

Cara mengatasi :

1. Mengetahui perniagaan secara mendalam, menyeluruh dan terperinci.2. Berusaha menyediakan rancangan sendiri.3. Pastikan urusniaga direkodkan.4. Memahami pasaran dan tabiat pelanggan.5. Mengurus kerja dan pekerja dengan cekap.

6. Sektor kewangan dan perbankan yang mantap telah meningkatkan keupayaan

pekilang-pekilang Malaysia, terutama Perniagaan Kecil untuk

mengembangkan operasi mereka dan mengeksport ke luar negara.

7. Selain kredit perniagaan biasa, banyak bank perdagangan dan institusi

kewangan telah dilantik Bank Negara Malaysia untuk mengeluarkan bayaran

geran kerajaan dan menyediakan kemudahan pembiayaan yang

diperuntukkan kepada Perniagaan Kecil.

Page 15: Soalan Latihan RBT 3119

8. Disebabkan oleh keperluan untuk bergantung kepada permintaan domestik

dan industri yang berorientasikan domestik untuk pertumbuhan ekonomi

negara telah bertambah, kerajaan akan terus memberi sokongan untuk

menguatkan lagi Perniagaan Kecil dengan memperkenalkan langkah-langkah

baru dan merasionalkan usaha yang telah ada untuk membangunkan lagi

Perniagaan Kecil yang mampan.

9. Antara langkah-langkah yang telah dikenalpasti ialah :

10. Memperbaiki sistem sokongan institusi.

11. Memudahkan ketersampaian kepada pembiayaan.

12. Menaiktaraf kemahiran teknologi.

13. Mempertingkatkan akses pasaran.

14. Menggalakkan pengunaan ICT yang lebih banyak.

15. Menambahkan kesedaran penjenamaan produk dan hak perlindungan harta

intelek.

16. Konsep satu daerah satu industri akan diperkuatkan lagi untuk meliputi

kawasan penyertaan yang lebih besar.

17. Usaha akan ditujukan ke arah mempertingkatkan penggunaan teknologi di

dalam proses industri luar Bandar.

18. Memperolehi pentauliahan kualiti dan menaiktaraf promosi pasaran dengan

mewujudkan hubungan dengan pelanggan korporat dan antarabangsa.

Latihan tambahan.

Soalan 1 :

Ciri-ciri usahawan

1. Mengenalpasti peranan.

2. Mempunyai kemampuan untuk berfikir secara intuitif dan rasional.

3. Bermotivasi.Kesediaan melakukan perubahan.

4. Mempunyai pengetahuan yang mendalam mengenai produk atau

perkhidmatan yang hendak ditawarkan.  

Page 16: Soalan Latihan RBT 3119

5. Mempunyai pengetahuan pasaran yang disasarkan.

6. Mempunyai pengetahuan mengenai persaingan.  

7. Mengetahui maklumat mengenai bekalan dan pengeluaran.

8. Mengetahui maklumat mengenai Struktur kos, penetapan harga dan kadar

keuntungan.  

9. Mempunyai pengetahuan mengenai kelakuan-kelakuan tertentu dalam

industri yang diceburi.

10.Sanggup meletakkan diri mereka sebagai orang yang bertanggungjawab di

dalam sesuatu operasi tidak kira sama ada berjaya atau gagal.

11. Usahawan adalah seorang yang bertanggungjawab terhadap apa yang

akan berlaku. Mereka mengambil inisiatif untuk menyelesaikan masalah

dimana tidak ada pemimpin lain yang sanggup mengambilnya.

Soalan 2 :

Strategi campuran pemasaran.

1. PRODUCT (PRODUK)

2. PRICE (HARGA)

3. P LA C E ( T E M P A T )

4. PROMOTION (PROMOSI)

1.Produk

1.Barangan atau perkhidmatan. (Produk mudah beli dan istimewa)2.Perlu memenuhi kehendak dan keperluan. 3.Keuntungan yang maksimum 4.Mempunyai kualiti, jenama,pembungkusan,jaminan dan khidmat sampingan.

a.Kualiti Kualiti tinggi untuk menjamin pasaran kepada barangan tersebut. Memuaskan hati pembeli dan pengguna.

b.Jenama Penjenamaan membezakan antara satu produk dengan yang lain.

Page 17: Soalan Latihan RBT 3119

c.Pembungkusan Pembungkusan mampu menarik minat pembeli, menjaga kualiti dan mutu. Gunakan plastik, kotak atau bekas plastik.

d. Pelabelan. Tulisan yang mudah menerangkanproduk dan kandunganya. e.Jaminan dan khidmat sampingan Pembeli merasa terjamin apabila membeli produk yang dijual. Ada tempat untuk membuat aduan.

2.HARGA

Harga ditentukan mengikut beberapa faktor:1.Permintaan Permintaan tinggi harga barang boleh meningkat contoh kereta. 2.Kos Kos pengeluaran dan berapa keuntungan boleh menjadi faktor penentuan harga. 3.Berdasarkan jenama mengikut keadaan pasaran.

4.Perkhidmatan juga menentukan harga.5.Keadaan ekonomi.6.Lokasi perniagaan.7.Syarat kredit dan diskaun pembelian.

3.TEMPAT

Selesa dan strategik.Ciri-ciri:

i) Jenis perniagaan- Menentukan tempat perniagaan - Perniagaan runcit.

ii) Modal yang ada - Modal tinggi utk kedai di bandar.

iii) Pesaingan dengan peniaga lain - Perlu mengkaji saiz pesaing, kelebihan dan kekurangannya. - Kalau lokasi banyak pesaing kena usaha cari pelanggan.

iv) Jenis pelanggan -meliputi umur, jantina, pendapatan, tingkat perbelanjaan,kebudayaan dan agama.

v) Kemudahan yang ada -Lengkap dengan kemudahan asas (tempat letak kereta).Mudah dikunjungi Suasana persekitaran .(kemudahan pengangkutan)

vi) Undang-undang dan kawalan zon -undang-undang ditetapkan oleh majlis kerajaan tempatan, dewan bandaraya dan majlis perbandaran

4.PROMOSI

Page 18: Soalan Latihan RBT 3119

1.Kaedah, cara untuk memberitahu, menyedarkan, memujuk dan mempengaruhi orang ramai.

2.Bertujuan utk mewujudkan, mengekalkan, menarik perhatian,menimbulkan minat,membangkitkan keinginan dan memperluaskan pasaran bagi sesuatu produk.

Aktiviti terbahagi kepada 4:

i) Pengiklanan

a) Iklan penerangan maklumat dan penerangan . Tidak mempengaruhi pembeli. Contoh Pameran dan Ekspo Sains di UM .

b) Iklan memujuk maklumat dan penerangan terperinci. Memujuk dan mempengaruhi pembeli untuk membeli . Contoh Smart Shop.

c) Iklan mengingat. memastikan pengguna terus menggunakan produk ini. Contoh: Ubat gigi, syampoo.

ii) Jualan langsung.

Jurujual datang ke rumah ataupun pejabat.Latihan dan teknik memujuk akan diajar kepada jurujual. Demonstrasi dilakukan untuk menyakinkan pengguna. Contoh …..

iii) Promosi jualan menambahkan kualiti jualan. hadiah percuma, cabutan bertuah dan jualan murah.

iv) Publisiti menggunakan media seperti suratkhabar, tv , radio dan sebagainya.

Soalan 3 :

Page 19: Soalan Latihan RBT 3119

Peranan dan jenis Bank Perdagangan, Bank saudagar dan Bank Negara.

1. Bank Perdagangan 

Peranan  utama bank perdagangan ialah:

Menerima simpanan. Memberi pinjaman. Menyediakan kemudahan pembayaran melalui cek. Menyediakan perkhidmatan wang asing. Memberi kemudahan pengiriman wang seperti cek kembara.

2. Bank Saudagar 

Peranan  utama bank saudagar ialah:

Terima simpanan dari syarikat besar Beri pinjaman Beri khidmat nasihat korporat Urus pelaburan syarikat berhad Tangung jamin terbitan syer

3. Bank Negara 

Peranan  utama bank negara ialah:

Mengurus, Mengeluarkan dan mengawal selia sistem kewangan negara.( wang kertas dan syiling , kawal kiriman wang ke luar Negara)

Menjadi jurubank dan penasihat kewangan kepada kerajaan.-Sediakan khidmat kewangan kepada kerajaan sebagai penasihat pelaburan kerajaan jual bil perbendaharaan / surat jaminan kerajaan.

Mengekalkan kestabilankewangan Negara dengan meningkatkan pertumbuhan ekonomi.

Menggalakkan kestabilan kewangan dan struktur kewangan Negara yang baik..

Page 20: Soalan Latihan RBT 3119

SOALAN 4

PENYATA PENDAPATAN

Tujuan: • Untuk melaporkan kejayaan atau keberuntungan dalam operasi perniagaan

syarikat atau firma dalam satu-satu tempoh perakaunan.

BUTIRAN PENYATA PENDAPATAN

- Hasil

- Keputusan aktiviti kendalian

- Kos kewangan

- Pembahagian keuntungan dan kerugian daripada syarikat sekutu dan

usahasama

- Belanja cukai

- Untung atau rugi daripada aktiviti biasa

- Kepentingan miniriti

- Untung atau rugi bersih bagi sesuatu

SOALAN 5

A.NISBAH UNTUNG

Peratus Untung kasar atas kos jualan

Untung kasar x 100Kos jualan

Peratus untung kasar atas jualan

Untung kasar x 100Jualan bersih

Peratus untung bersih atas jualan

Untung bersih x100Jualan

Pulangan atas modal Untung bersih x 100Modal awal

Page 21: Soalan Latihan RBT 3119

B.NISBAH KECAIRAN

Mengukir keupayaan syarikat untuk memenuhi komitmen jangkapendeknya daripada aset aset cair

1.NISBAH SEMASANisbah semasaLiabiliti semasa

Tujuan mengukur kemampuan syarikat menjelaskan hutang jangka pendek.

2. NISBAH UJIAN ASID

Jumlah Aset Semasa – Stok Akhir – Belanja terdahulu

Jumlah Liabiliti Semasa

Nisbah ini menunjukkan hubungan antara aset semasa kecuali stok dan belanja terdahulu dengan liabiliti semasa. Ia menunjukkan kemampuan perniagaan untuk membayar hutang jangka pendek dengan cepat atau serta-merta.

NISBAH UJIAN MAMPU

Nisbah Ujian Mampu = Jumlah liabilitI Jumlah Aset

Nisbah ini menunjukkan kemampuan perniagaan untuk meneruskan operasinya

C.NISBAH KECEKAPAN

1. 1.KADAR PUSING GANTI 2. STOK

KOS JUALAN STOK PURATA

2.TEMPOH KUTIPAN HUTANG

PENGHUTANG X 365JUALAN KREDIT

3.TEMPOH PEMBAYARAN HUTANG

PEMIUTANG X 365BELIAN KREDIT

SOALAN 6

KONSEP WANG MASA KINI DAN MASA HADAPAN

KONSEP WANG MASA KINI

- Nilai masa kini digunakan sebagai kaedah bagi menentukan nilai hari ini yang sanggup

 dilaburkan atau didepositkan pada suatu kadar faedah tertentu bagi mendapatkan

nilai masa hadapan yang lebih besar.

Page 22: Soalan Latihan RBT 3119

KONSEP WANG MASA HADAPAN

Konsep wang masa depan adalah nilai wang masa kini yang dikompaunkan pada

satu kadar faedah.Proses ini membolehkan nilai wang yang ada bertambah pada

suatu kadar faedah atau kadar kompaun yang diterima.

CONTOH: Jalil memiliki RM 100 pada hari ini dan beliau menyimpannya di sebuah

bank dengan kadar faedahyang dibayar sebanyak 5% setahun, maka dia akan

menerima kembali RM 105 pada penghujung tahun tersebut. Jika simpanan tersebut

dikekalkan, maka dia akanmempunyai sejumlah wang yang lebih besar pada masa

hadapan. Oleh itu, proses peningkatan amaun daripada RM 100 pada masa kini

(nilai masa kini) kepada sejumlah wang yang lebih besar pada masa hadapan..

Proses ini membolehkan nilai wang yang ada bertambah pada suatu kadar faedah

atau kadar kompaun yang diterima

SOALAN 7

BERPUSATKAN GURU- SYARAHAN

- Demonstrasi/ tunjuk cara

- Bercerita

BERPUSATKAN MURID- Simulasi

- Lawatan

- Projek

- Permainan

- Perbincangan

- Pembelajaran koperatif

- Pembelajaran masteri

Page 23: Soalan Latihan RBT 3119

BERPUSATKAN BAHAN-Modul-Carta-Slaid-Pita rakaman-laman web-bahan/peralatan

SOALAN 8

INTERNET Wide Area Network (WAN)

Connectionless Sambungan berorientasi

Stateless Mesej tidak berdiri sendiri (dapat mengetahui mesej diterima)

Best-effort Menawarkan jaminan mesej akan dihantar

Tidak boleh dipercayai Lebih dipercayai

DISEDIAKAN OLEH :

ESVARY A/P RAJOO

PPG - 5H