tajuk 1- pengenalan kepada disleksia

12
PKP 3105 Pendidikan Disleksia PISMP Tajuk 1 PENGENALAN KEPADA DISLEKSIA SINOPSIS Adakah anda tahu tentang definisi dan konsep disleksia? Anda akan dapat memahaminya dengan jelas jika anda mengikuti modul ini dengan tekun dan bersungguh-sungguh. Di samping itu, anda juga dikehendakki membuat latihan dan tugasan yang di berikan bagi memantapkan penguasaan anda dalam bab ini HASIL PEMBELAJARAN Pada akhir tajuk ini, anda dapat: 1. Menjelaskan definisi dan konsep pengamatan 2. Mengenal pasti kepentingan pengamatan dalam pembelajaran. 1.0 Pengenalan 1.1 PENGENALAN KEPADA DISLEKSIA DAN DEFINISI Disleksia berasal daripada gabungan perkataan Greek dys yang bermaksud kesukaran dalam lexis yang bermaksud bahasa . Definisi terkini disleksia adalah sebagai suatu masalah kognitif ( Thomson 1984 dalam Sheila & Samsilah 2006) Mohd. Sharani (2004) menjelaskan maksud dyslexia adalah kanak-kanak yang tidak dapat membaca kerana tidak dapat menterjemahkan dengan betul lambang-lambang bertulis sama ada dalam huruf itu sendiri, dalam suku kata ataupun dalam perkataan-perkataan. Secara literalnya, disleksia bermaksud, kesukaran dalam berbahasa (Ott 1997 dalam Sheila & Samsilah 2006). Definisi operasional disleksia yang pertama dikeluarkan oleh World Federation of Neurology (1968) dalam Sheila & Samsilah (2006) adalah seperti berikut: 1

Upload: terry-bundong

Post on 02-Aug-2015

310 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

Page 1: Tajuk 1- Pengenalan Kepada Disleksia

PKP 3105 Pendidikan Disleksia PISMP

Tajuk 1 PENGENALAN KEPADA DISLEKSIA

SINOPSIS

Adakah anda tahu tentang definisi dan konsep disleksia? Anda akan dapat

memahaminya dengan jelas jika anda mengikuti modul ini dengan tekun dan

bersungguh-sungguh. Di samping itu, anda juga dikehendakki membuat latihan dan

tugasan yang di berikan bagi memantapkan penguasaan anda dalam bab ini

HASIL PEMBELAJARAN

Pada akhir tajuk ini, anda dapat:

1. Menjelaskan definisi dan konsep pengamatan

2. Mengenal pasti kepentingan pengamatan dalam pembelajaran.

1.0 Pengenalan

1.1 PENGENALAN KEPADA DISLEKSIA DAN DEFINISI

Disleksia berasal daripada gabungan perkataan Greek dys yang bermaksud

‘kesukaran dalam lexis yang bermaksud ‘bahasa’. Definisi terkini disleksia adalah

sebagai suatu masalah kognitif ( Thomson 1984 dalam Sheila & Samsilah 2006)

Mohd. Sharani (2004) menjelaskan maksud dyslexia adalah kanak-kanak yang tidak

dapat membaca kerana tidak dapat menterjemahkan dengan betul lambang-lambang

bertulis sama ada dalam huruf itu sendiri, dalam suku kata ataupun dalam perkataan-

perkataan.

Secara literalnya, disleksia bermaksud, “kesukaran dalam berbahasa” (Ott

1997 dalam Sheila & Samsilah 2006). Definisi operasional disleksia yang pertama

1

Page 2: Tajuk 1- Pengenalan Kepada Disleksia

PKP 3105 Pendidikan Disleksia PISMP

dikeluarkan oleh World Federation of Neurology (1968) dalam Sheila & Samsilah

(2006) adalah seperti berikut:

“Suatu kecelaruan pada kanak-kanak di mana, meskipun mereka

melalui pengalaman bilik darjah konvensional, gagal mengusai

kemahiran bahasa seperti membaca, menulis dan mengeja yang

selaras dengan kemampuan intelektual mereka.”

Kanak-kanak disleksia tidak dapat mengimbangi daya mengingati huruf

dengan perkataan dan menghadapi masalah dalam mengingati bentuk huruf, bunyi

huruf dan gabungan perkataan. Antara huruf-huruf yang sering mendatangkan

masalah kepada mereka ialah huruf b dan d, dan perkataan yang hampir serupa

ejaannya. 

Kanak-kanak disleksia adalah lebih lambat perkembangannya berbanding

rakan yang sebaya daripada segi umur kronologikal seperti seorang kanak-kanak

disleksia berusia tujuh tahun sering berkelakuan seperti kanak-kanak berusia dua

ataupun tiga tahun yang mementingkan diri ( Cronin 1997: ms 111 dalam Sheila &

Samsilah 2006).

Perkembangan fizikal, mereka tidak berminat dalam pelajaran dan selalu

dilabelkan sebagai pemalas dan bodoh. Pakaian yang dipakai sentiasa bersih tetapi

tidak kemas dan butang baju sentiasa salah butang. Mereka juga mempunyai daya

pengamatan. pendengaran dan penglihatan yang lemah. Kekeliruan juga timbul di

mana mereka sukar untuk membezakan kiri dan kanan.

Rujuk kepada dua buah buku berkaitan disleksia, dan beri definisi yang

diberikan oleh kedua dua pengarang buku tersebut. Adakah definisi yang di berikan

sama dengan definisi yang ternyata di dalam modul ini. Jika ada kelainan sila

nyatakan kelainan dalam definisi yang di berikan

2

Latihan 1.1

Page 3: Tajuk 1- Pengenalan Kepada Disleksia

PKP 3105 Pendidikan Disleksia PISMP

Pastikan simber rujukan di senaraikan seperti, nama pengarang,nama buku,muka

surat,nama penerbit serta tahun terbitan

1.2 SEJARAH PENDIDIKAN DISLEKSIA

Malaysia

Penubuhan program disleksia telah dirancang oleh Kementerian Pelajaran Malaysia

sejak pengambilan kumpulan pertama guru-guru untuk menjalani kursus disleksia

selama empat belas minggu . Akhirnya, program ini telah dapat direalisasikan pada

13 Mac 2004 dengan memilih Sekolah Kebangsaan Taman Tun Dr. Ismail (2)

sebagai sekolah pra-rintis program disleksia.

Program ini dimulakan dengan hanya tujuh orang murid dan dua orang

guru. Subjek yang diajar pada masa itu adalah Bahasa Malaysia. Kini, program

disleksia di sekolah mempunyai tiga puluh tiga orang murid dan empat orang guru

yang mengajar subjek-subjek utama seperti Bahasa Malaysia, Sains dan Matematik.

Murid-murid disleksia dikehendaki mengikuti pembelajaran subjek-subjek lain di kelas

arus perdana.Pelancaran rasmi program disleksia di Peringkat Kebangsaan telah

disempurnakan di Sekolah Kebangsaan Taman Tun Dr. Ismail (2) pada 16 Jun 2004,

oleh Yang Bahagia Puan Hajah Siti Zaharah binti Mat Akib iaitu Timbalan Ketua

Pengarah Pelajaran, Jabatan Pendidikan Khas, Kementerian Pelajaran Malaysia.

Luar Negara

Singleton (1999) telah menjalankan kajian berbentuk ‘digit span tasks’ ke atas kanak-

kanak yang mengalami disleksia dengan sekumpulan kanak-kanak normal. “digit

span tasks” yang digunakan oleh pengkaji merangkumi aktiviti mengulangi siri

nombor yang di beri secara hafalan ke hadapan atau ke belakang. Selain itu, dapatan

kajian David (2003) ke atas 184 orang kanak-kanak disleksia juga di dapati

menunjukkan ciri-ciri persamaan dengan kenyataan Singleton (1999) dan

Riddick,Wolfie, serta Lumsdon (2002) iaitu pelupa,gagal mengikuti satu siri arahan

3

Page 4: Tajuk 1- Pengenalan Kepada Disleksia

PKP 3105 Pendidikan Disleksia PISMP

yang diberi, kesukaran untuk mengingati nama rakan, rima lagu, sifir dan apa apa

informasi.

Dr William Pringle Morgon telah menghasilkan sebuah artikel perubatan

pertamanya yang berjudul “ A case of congenital word-blindness” di English School

Physician pada tahun 1896 (Critchley,1970). Artikel beliau telah menerangkan

kesukaran mengeja yang berpunca daripada masalah perkembangan ‘left

angulargyrus’ yang di hadapi oleh individu kajiannya yang di anggap bijak dan

berbakat tinggi dalam bidang sukan. Keadaan in telah diistilahkan sebagai disleksia

perkembangan (Khadijah,1998)

Tokoh-Tokoh Luar Negara

Samuel.Orton seorang psychiatrist dan neurologist di gelar sebagai Father of

Dyslexia (strephosymbolia). Pada tahun 1926,beliau telah melakukan pembentangan

mengenai Interpretation of Developmental Reading Disability to The American

Neurological Association.Di Amerika, Samuel Torrey Orton (1937) : berpeluang

mengkaji ketidakupayaan bahasa pesakit baliau selain memfokuskan kajian pada

aspek ketidakupayaan bahasa dan mendapati terdapat hubungan antara kelewatan

dalam belajar membaca dengan faktor lain, seperti penggunaan tangan kiri atau

penggunaan mata kiri. Beliau juga mencadangkan teori “strephosymbolia” yang

memfokus pada terbalik huruf atau perkataan dan beliau mencadangkan bahawa

individu disleksia mempunyai kekurangan persepsi visual pada huruf,

berkemungkinan berpunca dari ketidakfungsian otak (dalam Javier Gayan Guardiola

2001). Samuel.Orton juga mencadangkan teori “strephosymbolia” yang memfokus

pada terbalik huruf atau perkataan.

Seterusnya, Anna Gillingham seorang tokoh yang telah menganalisis dan

mengadakan prosedur mengajar dalam Bahasa Inggeris yang telah di rintis oleh

Dr.Orton. Beliau juga telah melatih beberapa orang guru untuk menggunakan dan

membiasakan sistem ini. Anna Gillingham dan Bessie Stillman, telah menulis dan

menghasilkan sebuah buku mengenai teknik dan cara untuk kanak kanak disleksia,

4

Page 5: Tajuk 1- Pengenalan Kepada Disleksia

PKP 3105 Pendidikan Disleksia PISMP

yang bertajuk (1946): Remedial Training for Children with Specific Disability in

Reading, Spelling and Penmanship.

Tokoh-tokoh Malaysia

Rosana (1998) menyatakan bahawa kanak-kanak disleksia dapat dikesan melalui

ciri-ciri iaitu kosa kata tulisan yang tidak seimbang, lambat dalam bertutur, lemah

dalam menyusun ayat, pelupa, kurang kemahiran mengeja, seolah-olah faham ketika

proses P&P dalam kelas tetapi mendapat keputusan merosot dalam ujian, tidak tepat

dalam bacaan dan tidak terancang. Namun begitu, disleksia bukanlah suatu

kecacatan kerana tidak mempunyai kaitan dengan tahap kecerdikan atau IQ

seseorang 

Sofiah (2000) menyatakan bahawa disleksia dapat disembuhkan dengan

bantuan rawatan (BOLD 2000). Hasil daripada kajian pakar perubatan dengan

mendapati kanak-kanak disleksia dari segi fizikal adalah aktif (Zabidi 2000). 

Coralie (2000) menyatakan bahawa lazimnya kanak-kanak disleksia diberi

peluang pendidikan seperti kanak-kanak biasa. Proses mengenalpasti dan

merancang keperluan pembelajaran kanak-kanak disleksia ini adalah sangat penting.

Rosana (1998) menyatakan bahawa secara keseluruhannya pelajar disleksia adalah

lemah dalam pembelajaran. Mereka bersikap pelupa dan tidak tepat serta lambat

dalam bertutur. Irwin (2000) turut bersetuju bahawa individu yang menghadapi

masalah disleksia tersebut memerlukan satu program khusus untuk belajar

membaca, menulis dan mengeja. Hal ini kerana rogram pengajaran biasa tidak

selalunya efektif untuk pelajar-pelajar disleksia. Malah, beliau juga menyatakan

bahawa alternatif pengajaran adalah perlu sekali dititikberatkan oleh guru. Contohnya

menjalankan aktiviti dengan melibatkan penggunaan pelbagai deria pelajar dalam

pengajaran dan pembelajaran seperti task-on.

5

Page 6: Tajuk 1- Pengenalan Kepada Disleksia

PKP 3105 Pendidikan Disleksia PISMP

Antara selebriti dan tokoh terkemuka dunia yang dikatakan mempunyai

masalah disleksia seperti yang dilaporkan dalam Time Magazine bertarikh 8

September 2003 ialah Thomas Edison, Tom Cruise, Whoopi Goldberg dan bekas

Perdana Menteri Singapura iaitu Lee Kuan Yew.

Terdapat pelbagai tokoh terkenal yang telah memberi sumbangan di

dalam perkembangan disleksia.Selain daripada tokoh tokoh yang telah di

sebutkan di atas sila perkenalkan beberapa orang tokoh dan institusi yang

terdapat dlm negara dan luar negara dan terangkan peranan/ sumbangan mereka

terhadap bidang disleksia.

1.3 FAKTOR-FAKTOR DISLEKSIA

Mengikut Mercer, 1997; Hammond dan Hughes, 1996 dan Spaafford dan

Grosser,1996, antara punca-punca disleksia ialah;

Keturunan atau genetic

Kebanyakan kes, terdapat beberapa ahli keluarga yang mengalami masalah-masalah

yang sama. Kemungkinan punca ini boleh diwarisi yang membezakan adalah darjah

keterukannya. Terdapat kajian yang dijalankan telah membuktikan disleksia

desebabkan oleh kromosom 15, 1 dan 16 yang boleh diperturunkan secara turun-

temurun

Congenital

Sejarah kanak-kanak disleksia biasanya adalah semasa dilahirkan tidak cukup bulan,

kekurangan oksigen semasa dilahirkan atau kelahiran yang amat sukar. Faktor-faktor

ini menjadi punca kelambatan atau ketidaksempurnaan perkembangan. Sebahagian

6

Latihan 1.2

Page 7: Tajuk 1- Pengenalan Kepada Disleksia

PKP 3105 Pendidikan Disleksia PISMP

daripada kerosakan otak yang menyebabkan kanak-kanak ini mengalami masalah

belajar dan kerosakan ini minimum

Perkembangan 

Terdapat kanak-kanak yang lambat perkembangannya pada bahagian tertentu dalam

sisitem saraf. Pada kebiasannya kanak-kanak lelaki lambat matang daripada kanak-

kanak permepuan. Kelewatan kematangan pada kanak-kanak merupakan salah satu

kemungkinan punca disleksia

Pemakanan

Pemakanan adalah penting untuk pertumbuhan yang normal. Pemakanan yang

cukup dan seimbang mestilah dapat membekalkan kalori yang mencukupi, di

samping bahan-bahan makanan yang tertentu seperti protein, vitamin, zat

galian(mineral) dan sebagainya. Bekalan kalori yang cukup bergantung pada fasa

pertumbuhan kanak kanak. Sekiranya pemakanan tidak mencukupi semasa

peringkat kanak-kanak sedang membesar dengan pesat, pertumbuhan akan terencat

(Bernet,2005). Contohnya,kanak kanak pada tahun pertama dan remaja yang sedang

mengalami pertumbuhan pada kadar yang pesat mesti mendapat bekalan kalori yang

mencukupi ada fasa pertumbuhan yang lain. Tanpa bekalan kalori yang mencukupi

pada fasa pertumbuhan cepat ini, proses pertumbuhan akan terganggu.

Daripada jumlah 105 kanak-kanak yang diukur antropometri, hanya terdapat separuh

daripada golongan tersebut mempunyai masalah pemakanan di awalnya.

Rujuk kepada buku disleksia yang lain,rumuskan mengenai faktor-faktor

berlakunya disleksia dan jelaskan dengan lebih lanjut mengenai faktor faktor

tersebut. Jangan lupa- seorang guru profesional tidak akan lupa memberi sumber

rujukannya. Adakah anda seorang guru profesional?

7

Latihan 1.3

Page 8: Tajuk 1- Pengenalan Kepada Disleksia

PKP 3105 Pendidikan Disleksia PISMP

1.4 JENIS JENIS DISLEKSIA

Congenital

Sejarah kanak-kanak disleksia biasanya adalah semasa dilahirkan tidak cukup bulan,

kekurangan oksigen semasa dilahirkan atau kelahiran yang amat sukar. Faktor-faktor

ini menjadi punca kelambatan atau ketidaksempurnaan perkembangan. Sebahagian

daripada kerosakan otak yang menyebabkan kanak-kanak ini mengalami masalah

belajar dan kerosakan ini minimum

Perolehan

Menurut Ott (1997), disleksia perolehan (acquired dyslexia) adalah kesan dari

kerosakan pada otak seperti kecederaan pada otak atau ketumbuhan dalam otak

yang di alami sejak kelahiran. Terdapat empat jenis simptom yang berlainan pada

kanak-kanak yang mengalami disleksia perolehan, iaitu :

I. Disleksia yang dalam teruk (deep disleksia) dan dikenali juga (phonemic

disleksia) yang melakukan kesilapan menyebut ketika membaca, yang

menyebabkan makna berubah

II. Disleksia phonologi yang tidak boleh menyebut atau membaca perkataan dan

bukan perkataan

III. Disleksia permukaan yang melibatkan gangguan penglihatan seseorang

kanak-kanak dalam mendiskriminasi abjad atau perkataan yang rupanya agak

sama

Perkembangan

Disleksia perkembangan merupakan salah satu gangguan perkembangan fungsi

otak. Disleksia dianggap suatu masalah yang disebabkan oleh gangguan dalam daya

ingat (memori) dan pemprosesan central yang disebut kesulitan membaca.Seperti

8

Page 9: Tajuk 1- Pengenalan Kepada Disleksia

PKP 3105 Pendidikan Disleksia PISMP

yang sudah diutarakan di atas, disleksia perkembangan disebabkan oleh kelainan

genetik. Berbagai genetik sudah ditemui merupakan penyebab disleksia.Individu

disleksia, genetiknya tersindiri mengalami gangguan.Gangguan perkembangan

tersebut hanya terjadi pada bahagian otak yang berhubungan dengan bahasa

khususnya jalur membaca (jalur yang menghubungkan antara pusat penglihatan

dengan pusat bahasa). Namun, walau perkembangan di pusat bahasa terganggu,

otak individu disleksia mampu membuat kompensasi dengan perkembangan pada

pusat lainnya.

Terdapat 3 jenis Disleksia yang telah di senaraikan di atas, sila berikan contoh

masalah disleksia berdasarkan 3 jenis ciri ciri disleksia yang telah di sebutkan di atas.

Sila rujuk kepada beberapa buah buku disleksia bagi menjawab soalan di atas.

1.5 AKTA

Pendidikan khas semakin diberi perhatian sejak penggubalan semula Akta

Pendidikan 1961 kepada Akta Pendidikan 1996 iaitu menyediakan khusus yang

berkaitan dengan pendidikan Khas. Perlaksanaan Dasar Pendidikan Wajib di

Peringkat Rendah 2003 melalui perintah Pendidikan (Pendidikan Wajib) 2002 yang

memberi peluang kepada semua warga Malaysia yang berumur 6 tahun untuk

mendapat pendidikan di institusi yang disediakan oleh pihak kerajaan melalui

Kementerian Pendidikan Malaysia. Sistem pendidikan ini menyediakan peluang

kepada semua rakyat dalam lingkungan umur kelayakan untuk mendapat pendidikan

secara percuma. Dasar Pendidikan Untuk Semua, serta Dasar Pendemokrasian

Pendidikan yang dilancarkan sebelum ini akan diperkukuhkan lagi oleh perlaksanaan

Dasar Persekolahan Wajib.

Contoh akta pendidikan khas adalah, Akta Pendidikan Khas 1997 Bahagian II 3(2)

seksyen 41. Mengikut akta tersebut semua pelajar bekeperluan khas yang boleh

dididik & mampu mengurus diri sendiri tanpa bergantung kepada bantuan orang lain-

boleh diterima bersekolah. Selain itu,terdapat pelbagai tahap pendidikan yang

9

Latihan 1.4

Page 10: Tajuk 1- Pengenalan Kepada Disleksia

PKP 3105 Pendidikan Disleksia PISMP

disediakan oleh kerajaan kepada murid murid bekeperluan khas di Malaysia

antaranya

I. prasekolah,

II. sekolah harian biasa rendah dan menengah

III. sekolah menengah teknik atau vokasional, dengan menggunakan

pendekatan pengajaran berasingan dan separa inklusif.

IV. pendidikan khas integrasi pula adalah untuk yang bermasalah

pembelajaran, penglihatan, dan pendengaran.

Selain itu, pelbagai syarat telah di tetapkan sekiranya ibu bapa ingin mendaftarkan

anak mereka ke sekolah,antaranya

I. Tadika(berusia tidak kurang 6 tahun),

II. Sekolah Rendah(berusia 6+ hingga 14+ tahun) dan

III. Sekolah Menengah (13+ hingga 19+ tahun)

IV. Semua kanak-kanak ini mestilah mendapat pengesahan daripada ketiga-tiga

panel.KPM,JKM,Pegawai perubatan

Akta orang cacat di malaysia pula adalah,

I. Penyamaan Peluang Dan Penyertaan Penuh

(pendidikan,perniagaan/pekerjaan, sukan,Pemulihan, Aksesibiliti,

Perkhidmatan Sokongan, Keselamatan Sosial

II. Peruntukan Berkaitan Diskriminasi Berdasarkan Kecacatan

III. Suruhanjaya Orang Kurang Upaya(mengendalikan aduan dan menyiasat

pendakwaan)

Matlamat Akta Orang Cacat 2002 adalah untuk:

I. memastikan bahawa orang kurang upaya di Malaysia mempunyai hak yang

sama di bawah undang-undang seperti masyarakat lain

10

Page 11: Tajuk 1- Pengenalan Kepada Disleksia

PKP 3105 Pendidikan Disleksia PISMP

II. Untuk menghapuskan, sejauh mana yang boleh, diskriminasi terhadap

seorang atas sebab kurang upaya (kecacatan) dalam beberapa aspek

hidup

III. Untuk menggalakkan pengiktirafan serta penerimaan prinsip bahawa orang

kurang upaya diberi peluang yang sama dan penyertaan sepenuh di

kalangan masyarakat untuk membolehkan mereka hidup sebagai rakyat

yang berhak di negara ini.

Rujuk kepada beberapa buku mengenai akta pendidikan khas dan terangkan

maksud akta itu tersendiri dan huraikan matlamat akta berkaitan dengan disleksia.

11

Latihan 1.4

Tahniah! Anda telah berjaya menamatkan Tajuk 1, Unit 1, Pendidikan

Disleksia. Semoga anda dapat memahami semua maklumat yang di

berikan dan teruskan usaha anda pada tajuk yang selanjutnya. Selamat

maju Jaya