tajuk: pengenalan ilmu sejarah

4
J1 © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. Tajuk: Pengenalan Ilmu Sejarah Rangka jawapan Tajuk laporan: Warisan Sejarah Dihargai, Mengukuhkan Jati Diri (i) Pengertian sejarah Sejarah berasal daripada perkataan Arab, iaitu syajaratun yang bermaksud pokok atau pohon, salasilah, riwayat, keturunan, dan asal usul. Secara umumnya, sejarah merujuk kepada penyelidikan tentang perkara yang telah berlaku. Sejarawan mengkaji rekod-rekod masa lalu dan hasil kajian itu dikeluarkan dalam bentuk penulisan, foto, filem, dan sebagainya. (ii) Sumber sejarah di negara kita Sumber sejarah merujuk kepada benda atau perkara yang memberikan maklumat dan bukti tentang sesuatu peristiwa sejarah. Berdasarkan sumber sejarah, penulis sejarah menghasilkan penulisan mereka tentang peristiwa sejarah. Sumber sejarah terbahagi kepada sumber primer dan sumber sekunder. Sumber primer bersifat asli, belum diolah, ditafsir, atau dicetak seperti manuskrip, diari, surat peribadi, surat perjanjian, fosil, artifak, kad pengenalan, surat beranak, dan batu bersurat. Sumber sekunder terdiri daripada bahan yang dikaji, ditulis, atau ditafsir oleh ahli sejarah. Sumber sekunder merupakan bahan yang diolah, ditafsir atau dicetak dan disebarkan kepada orang ramai seperti buku, majalah, jurnal, ensiklopedia, akhbar, dan risalah. (iii) Kepentingan memelihara sumber sejarah di negara kita Sumber sejarah perlu dipelihara kerana menjadi daya tadipel ancotangumamndapada ancotantempr an TJETEMC Selain itu, nilai seni dan estetika seni bina bangunan lama dan bersejarah seperti Stesen Kereta Api Kuala Lumpur dan Bangunan Sultan Abdul Samad dapat dikekalkan. Seni bina tersebut menjadi bukti wujudnya pengaruh luar yang disesuaikan dengan pengaruh tempatan. Selain itu, sumber sejarah seperti Istana Seri Menanti dan Masjid Kampung Laut membuktikan kemahiran masyarakat tempatan dalam bidang seni bina. Sumber sejarah penting dipelihara untuk mengenang dan menjadi bukti peristiwa sejarah yang berlaku di negara kita. Contohnya, Stadium Merdeka menjadi saksi upacara pengisytiharan kemerdekaan negara. Sumber sejarah seperti penemuan manusia Zaman Prasejarah pula dapat melahirkan jati diri dan membentuk keperibadian bangsa. (iv) Iktibar yang diperoleh daripada peristiwa sejarah Kita tidak akan mengulangi kesilapan masa lampau dan akan berhati-hati dengan muslihat kuasa asing. Selain itu, kita akan berusaha mempertahankan kedaulatan dan kemerdekaan negara agar sejarah penjajahan tidak berulang kembali. Peristiwa sejarah seperti kegemilangan Kerajaan Melaka menjadi iktibar dan perangsang kepada kita untuk mengembalikan semula kegemilangan masa lampau. Kita juga akan menghargai jasa dan sumbangan pemimpin negara yang berusaha menuntut kemerdekaan negara dan memajukan negara dalam pelbagai bidang. Peristiwa sejarah dapat memupuk semangat patriotik dan bangga akan negara sendiri. Di samping itu, generasi muda akan menghargai dan memelihara keharmonian yang dikecapi masa kini hasil susah payah generasi dahulu. (v) Langkah menarik minat orang ramai mengunjungi muzium Langkah menarik minat orang ramai mengunjungi muzium ialah menyiarkan keistimewaan muzium di media massa dan mengedarkan risalah kepada orang ramai. Pihak muzium juga harus menjalinkan kerjasama dengan pihak sekolah, institusi pengajian tinggi, Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan, serta agensi pelancongan swasta untuk menarik orang ramai berkunjung ke muzium. Selain itu, pihak muzium harus menjalinkan kerjasama dengan muzium dari luar negara dan mengadakan pelbagai pameran seperti mempamerkan bahan sejarah dengan menarik dan menggunakan teknologi terkini. Di samping itu, pihak muzium boleh melantik duta daripada kalangan selebriti dan memberikan tiket percuma kepada pengunjung. Kesimpulan dan cadangan Pengetahuan – Mengetahui tentang pengertian dan sumber sejarah. Iktibar – Menjadikan sejarah sebagai pengajaran dan perangsang untuk masa kini dan masa depan. Harapan – Sentiasa bersyukur dan menghargai keamanan yang dikecapi. Negara maju dan kekal berdaulat. Rujukan Laman sesawang, agensi kerajaan, akhbar, majalah, buku teks, dan buku rujukan. Contoh Jawapan Tugasan

Upload: others

Post on 15-Oct-2021

19 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Tajuk: Pengenalan Ilmu Sejarah

J1 © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.

Tajuk: Pengenalan Ilmu Sejarah

Rangka jawapanTajuk laporan: Warisan Sejarah Dihargai, Mengukuhkan Jati Diri

(i) Pengertian sejarah Sejarah berasal daripada perkataan Arab, iaitu syajaratun yang bermaksud pokok atau pohon, salasilah, riwayat,

keturunan, dan asal usul. Secara umumnya, sejarah merujuk kepada penyelidikan tentang perkara yang telah berlaku. Sejarawan mengkaji rekod-rekod masa lalu dan hasil kajian itu dikeluarkan dalam bentuk penulisan, foto, filem, dan sebagainya.

(ii) Sumber sejarah di negara kita Sumber sejarah merujuk kepada benda atau perkara yang memberikan maklumat dan bukti tentang sesuatu peristiwa

sejarah. Berdasarkan sumber sejarah, penulis sejarah menghasilkan penulisan mereka tentang peristiwa sejarah. Sumber sejarah terbahagi kepada sumber primer dan sumber sekunder. Sumber primer bersifat asli, belum diolah, ditafsir, atau dicetak seperti manuskrip, diari, surat peribadi, surat perjanjian, fosil, artifak, kad pengenalan, surat beranak, dan batu bersurat. Sumber sekunder terdiri daripada bahan yang dikaji, ditulis, atau ditafsir oleh ahli sejarah. Sumber sekunder merupakan bahan yang diolah, ditafsir atau dicetak dan disebarkan kepada orang ramai seperti buku, majalah, jurnal, ensiklopedia, akhbar, dan risalah.

(iii) Kepentingan memelihara sumber sejarah di negara kita

Page 2: Tajuk: Pengenalan Ilmu Sejarah

© Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. J2

Tajuk: Zaman Air Batu

Rangka jawapanTajuk laporan: Zaman Air Batu dan Perubahannya

(i) Maksud Zaman Air Batu Zaman Air Batu merupakan garis masa geologi yang menunjukkan suhu bumi menurun pada tahap membeku dalam

jangka masa yang lama. Air batu tebal yang dikenali sebagai lapisan ais menutupi Kutub Utara dan Kutub Selatan. Lapisan ais ini menyebabkan kawasan air batu menjadi luas di kawasan kutub dan pergunungan.

(ii) Tahap Zaman Air Batu Terbahagi kepada empat tahap zaman, iaitu Zaman Miosen, Zaman Pliosen, Zaman Pleistosen, dan Zaman Holosen. (a) Zaman Miosen - Berlaku 23 juta – 5 juta tahun dahulu, gunung-ganang terbentuk secara fizikal. Wujud mamalia,

hidupan di laut, dan di air. Suhu dunia panas dan kering. (b) Zaman Pliosen - Berlaku 5.3 juta – 2.6 juta tahun dahulu, berlaku penyejukan global Zaman Miosen yang lebih

panas. Penyejukan dan pengeringan alam sekitar global pada masa itu menyumbang kepada penyebaran padang rumput dan savana. Terbentuk jambatan darat Panama antara Amerika Utara dan Amerika Selatan yang mendorong penghijrahan tumbuhan dan haiwan ke habitat baharu. Terbentuk dataran tinggi seperti di Colorado, Amerika Syarikat yang dikenali sebagai Grand Canyon.

(c) Zaman Pleistosen - Berlaku 2.5 juta – 10 000 tahun dahulu. Berlaku glasier utama sebanyak 11 kali. Manusia mengetahui cara membuat api. Kebanyakan binatang ketika itu masih kekal hingga kini. Manusia telah sampai ke Australia melalui jalan darat dari Asia Tenggara (Pentas Sunda) sekitar 50 000 tahun dahulu.

(d) Zaman Holosen - Berlaku 10 000 tahun dahulu – masa kini. Menunjukkan kemajuan dalam kehidupan manusia. Manusia mengetahui cara mendapatkan makanan melalui kegiatan pertanian. Roda dan tulisan kunieform dicipta kira-kira 5 500 tahun dahulu. Perkembangan tamadun manusia dalam bidang pendidikan, pentadbiran, keagamaan, dan undang-undang.

(iii) Ciri-ciri Zaman Air Batu Akhir (a) Aras laut - Permukaan air laut membeku. Paras air laut rendah. Pulau-pulau bersambung dengan tanah besar.

Memudahkan manusia dan binatang bermigrasi. (b) Ciri fizikal bumi - Permukaan air laut membeku. Menyebabkan sebahagian besar bumi dilitupi salji. (c) Binatang - Binatang seperti mamot berbulu, badak, kuda, dan singa tinggal di kawasan tanah pamah yang sejuk. (d) Tumbuhan - Tumbuhan utama ialah rumput dan tumbuhan renek yang menjalar. (e) Suhu - Suhu dunia terlalu sejuk. Dunia dilitupi salji terutama di kawasan kutub dan benua Eropah. (f) Kehidupan manusia - Terdapat manusia yang tinggal di kawasan tanah pamah yang sejuk. Mereka memburu

binatang dan hidup secara nomad. (iv) Perubahan Zaman Air Batu Akhir Glasier telah mengubah bentuk fizikal bumi. Air batu yang cair dari tanah tinggi dan gunung akan membawa batu

dan tanah semasa menuruni tanah tinggi. Lebihan air yang dibawa akan melimpah ke kawasan laut. Kesannya berlaku perubahan paras air laut dengan kedalaman 100 meter.Kecairan air batu membentuk tasik air tawar seperti Tasik Dayang Bunting di Malaysia dan Great Lakes di Kanada. Bentuk saliran sungai turut berubah kepada bentuk yang wujud pada hari ini. Berlaku kepupusan binatang yang hidup pada Zaman Pleistosen seperti mamot, sloth, dan harimau bertaring. Manusia perlu menyesuaikan aktiviti harian dengan perubahan iklim. Mereka berhijrah dari Benua Afrika ke Benua Asia dan Benua Eropah. Penghijrahan ini disebabkan suhu di Benua Asia dan Benua Eropah tidak lagi terlalu sejuk. Iklim bumi berubah daripada terlalu sejuk kepada sederhana sejuk. Kegiatan radiasi bumi yang berlaku daripada sinaran matahari menjadi penyebab utama peningkatan suhu bumi.

(v) Langkah memelihara dan memulihara alam sekitar Langkah memelihara dan memulihara alam sekitar ialah tidak membuang sampah di merata-rata tempat. Selain itu,

elakkan daripada membuang sisa toksik ke dalam sungai dan melakukan pembakaran secara terbuka. Kita juga tidak harus memusnahkan kawasan hutan, menebang pokok sesuka hati, atau menjalankan pembalakan haram. Kita mestilah mematuhi undang-undang yang ditetapkan. Di samping itu, kia hendaklah menggunakan air dan elektrik secara berhemah, menjalankan kitar semula, dan menanam pokok demi kesejahteraan bersama.

Kesimpulan dan cadangan Pengetahuan – Mengetahui tentang maksud, ciri-ciri, dan perubahan Zaman Air Batu. Iktibar – Bersyukur dengan kehidupan masa kini. Harapan – Negara bebas daripada bencana dan dapat hidup dengan sihat dan selamat. Rujukan Laman sesawang, video, akhbar, majalah, ensiklopedia, buku teks, dan buku rujukan.

Page 3: Tajuk: Pengenalan Ilmu Sejarah

J3 © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.

Tajuk: Zaman Prasejarah

Rangka jawapanTajuk laporan: Masyarakat Zaman Prasejarah

(i) Latar belakang masyarakat Zaman Prasejarah Zaman Prasejarah merujuk kepada zaman sebelum ada tulisan. Manusia pada zaman itu belum mengenal tulisan.

Tiada tulisan untuk mencatat sejarah manusia dan manusia belum mempunyai sebarang rekod bertulis. Kewujudan Zaman Prasejarah dikenal pasti melalui kajian arkeologi dengan menggunakan kaedah cari gali.

(ii) Lokasi Zaman Prasejarah di negara kita (a) Zaman Paleolitik Tingkayu, Lembah Mansuli (Sabah), Gua Niah (Sarawak), dan Kota Tampan (Perak). (b) Zaman Mesolitik / Hoabinhian Gua Madai (Sabah), Gua Cha (Ulu Kelantan), Jenderam Hilir (Selangor), dan Bukit Tegun Lembu (Perlis). (c) Zaman Neolitik Sungai Tembeling, Gua Kecil (Pahang), Jenderam Hilir (Selangor), Gua Tapadong (Sabah), dan Lubang Angin

(Sarawak). (d) Zaman Logam Lembah Bernam (Selangor) dan Sungai Tembeling (Pahang).

(iii) Teknologi yang digunakan oleh masyarakat Zaman Prasejarah Pada peringkat awal, teknologi batu digunakan oleh masyarakat Zaman Paleolitik dan Zaman Mesolitik. Zaman

Neolitik pula menunjukkan zaman perkembangan teknologi daripada batu kepada tembikar. Selepas itu, teknologi manusia Zaman Prasejarah berkembang ke arah teknologi logam. Pada zaman ini, manusia mula mencipta alat gangsa dan besi.

(iv) Iktibar yang diperoleh daripada masyarakat Zaman Prasejarah Kita patuh mencontohi kegigihan dan semangat berusaha masyarakat Zaman Pasejarah. Tanpa peralatan yang

canggih dan teknologi terkini, mereka mampu mencipta pelbagai peralatan daripada batu, tembikar, gangsa, dan besi yang kemudiannya telah menjadi asas perkembangan teknologi masyarakat selepasnya. Kegigihan, semangat berusaha, dan daya kreativiti masyarakat Zaman Prasejarah perlu diteladani agar kita menjadi warganegara yang gigih dan berdikari tanpa mengharapkan bantuan daripada orang luar.

(v) Langkah memupuk budaya sains dan teknologi dalam kalangan murid Langkah memperkenalkan budaya sains dan teknologi pada peringkat awal kanak-kanak dengan mengunjungi

pameran sains dan teknologi untuk menanam minat mereka terhadap sains dan teknologi sejak awal lagi. Kita haruslah memberikan galakan kepada anak-anak yang meminati bidang sains dan teknologi. Selain itu, guru hendaklah berusaha menjadikan mata pelajaran Sains sebagai subjek yang menarik bagi memupuk minat murid-murid. Kempen Budaya Sains dan Teknologi dan pertandingan reka cipta sains boleh diadakan untuk meningkatkan inovasi dan kreativiti murid. Dalam pada itu, pihak sekolah harus memberikan insentif kepada murid yang cemerlang dalam bidang sains dan teknologi. Minat murid dalam bidang sains juga boleh dipupuk melalui pertandingan menulis esei, pidato, melukis poster, dan mencipta puisi yang bertemakan sains dan teknologi. Di samping itu, institusi pengajian tinggi boleh menawarkan lebih banyak kursus berkaitan sains dan teknologi.

Kesimpulan dan cadangan Pengetahuan – Mengetahui tentang maksud, lokasi, dan teknologi masyarakat Zaman Prasejarah. Iktibar – Mencontohi kegigihan dan daya kreativiti masyarakat Zaman Prasejarah. Harapan – Menguasai ilmu sains dan teknologi demi kemajuan diri, bangsa, dan negara.

Rujukan Laman sesawang, video, akhbar, majalah, ensiklopedia, agensi kerajaan, buku teks, dan buku rujukan.

Page 4: Tajuk: Pengenalan Ilmu Sejarah

© Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. J4

Tajuk: Tamadun Dunia dan Sumbangannya

Rangka jawapanTajuk laporan: Amalan Demokrasi Asas Kestabilan Politik Negara

(i) Pengertian demokrasi Demokrasi berasal daripada perkataan greek, iaitu demos (rakyat) dan kratia (pemerintahan). Sistem demokrasi

diwarisi daripada tamadun Yunani yang melibatkan rakyat dalam membuat keputusan politik. Sistem demokrasi merupakan sistem politik yang memberikan ruang dan hak kepada rakyat untuk membuat keputusan.

(ii) Sistem demokrasi yang diamalkan di Athens Badan tertinggi ialah Dewan Perhimpunan. Di bawahnya terdapat Majlis, Majistret, dan Juri. Keanggotaan Dewan

Perhimpunan terdiri daripada warganegara lelaki Athens yang memegang jawatan selama enam bulan hingga setahun. Bersidang sekurang-kurangnya tiga kali dalam sebulan. Semua warganegara dibenarkan menghadiri perhimpunan dan boleh mengemukakan pandangan tentang dasar pentadbiran. Fungsi Dewan Perhimpunan ialah melantik Ahli Majlis, Mahkamah orang awam, menggubal undang-undang, menerima duta dari negara asing, mengeluarkan deklarasi peperangan, menjalin perjanjian dengan negara lain, dan membincangkan hal kewangan dan percukaian. Majlis merupakan jawatankuasa yang mengendalikan urusan dan perbincangan dalam hal pemerintahan dan pentadbiran. Majis juga dikenali sebagai Majlis 500 yang terdiri daripada 500 orang dengan dipecahkan kepada 10 jawatankuasa (Prytany) yang setiap satunya dianggotai oleh 50 orang. Majistret dianggotai oleh 6 000 orang ahli daripada warganegara Athens. 200 – 500 orang merupakan hakim dan 10 orang jeneral tentera menganggotai badan ini. Merupakan kakitangan kerajaan yang melaksanakan dasar-dasar yang diputuskan oleh Majlis. Mengurus hal pendidikan, percukaian, dan sebagainya. Juri menjadi pemutus kepada sesuatu kes. Juri dianggotai oleh 101 – 1001 orang berdasarkan tahap serius kes yang dibicarakan. Perbicaraan akan diketuai oleh Pengerusi.

(iii) Kepentingan menghargai amalan demokrasi Kepentingan menghargai amalan demokrasi ialah menjamin kestabilan politik, ekonomi, dan sosial negara di samping

menjamin kecekapan, kejujuran, ketelusan serta kelicinan pentadbiran sesebuah kerajaan. Amalan demokrasi juga menjadi panduan kepada pemimpin semasa memerintah agar pemerintahannya menepati kehendak dan aspirasi rakyat. Hak asasi rakyat akan terjamin dan dapat mengelakkan rasa tidak puas hati rakyat. Kepentingan lain ialah dapat mengelakkan pemimpin daripada berkuasa mutlak atau menyalahgunakan kuasa. Hal ini kerana rakyat terlibat dalam memilih dan membentuk kerajaan dan rakyat boleh bersuara serta mengemukakan pendapat. Rakyat juga bebas memilih pemimpin melalui pilihan raya.

(iv) Cabaran mengekalkan amalan demokrasi di negara kita Cabaran mengekalkan amalan demokrasi di negara kita ialah terdapat segelintir masyarakat yang tidak memahami

konsep demokrasi. Masyarakat masa kini terdedah dengan ideologi baharu dalam politik. Kepesatan teknologi maklumat menyebabkan rakyat mudah terpengaruh dengan khabar angin atau fitnah yang mudah disebarkan melalui laman sosial. Cabaran lain ialah perbezaan fahaman politik, kewujudan amalan politik perkauman, demontrasi jalanan, pengaruh anasir luar, serta campur tangan kuasa besar dalam politik negara.

(v) Langkah mengukuhkan amalan demokrasi di negara kita Bagi mengukuhkan amalan demokrasi di negara kita, rakyat hendaklah menganggotai mana-mana parti politik. Rakyat

juga hendaklah mendaftar sebagai pemilih atau menjadi calon pilihan raya dan bertanding atas parti atau calon bebas. Rakyat hendaklah memilih pemimpin yang bertanggungjawab, amanah, dan berwawasan. Selain itu, warganegara Malaysia hendaklah menghayati dan menjunjung perlembagaan negara serta menghormati institusi beraja. Warganegara juga perlu taat kepada pemimpin negara serta tidak menyertai demonstrasi haram atau menganggotai pertubuhan haram. Jika tidak berpuas hati terhadap sesuatu dasar, mereka perlulah menyatakan pendirian melalui saluran yang betul. Mereka juga perlu mematuhi undang-undang negara, bertolak ansur, bekerjasama, dan saling menghormati.

Kesimpulan dan cadangan Pengetahuan – Malaysia mengamalkan ciri-ciri demokrasi berparlimen. Permuafakatan antara pemimpin dan

rakyat menjamin kejayaan sistem demokrasi berparlimen di negara kita. Iktibar – Kita hendaklah berusaha menjadi warganegara yang setia dan cinta akan negara demi mengekalkan

kedaulatan negara. Harapan – Negara akan kekal berdaulat dan dapat meneruskan amalan demokrasi berparlimen yang menjamin

kestabilan politik, ekonomi, dan sosial.

Rujukan Laman sesawang, jurnal, akhbar, majalah, buku teks, dan buku rujukan.