power point disleksia

33
CIRI-CIRI KANAK-KANAK DISLEKSIA Disediakan oleh : Noorzaimah binti Noordin Kartini binti Asmuni Unit : PPG PEMULIHAN AMBILAN FEB 2012 Nama Pensyarah: Pn Zizawati binti Fauzi PKP 3105 PENDIDIKAN DISLEKSIA

Upload: adib-syahmeer

Post on 29-Dec-2015

85 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

d

TRANSCRIPT

Page 1: Power Point Disleksia

CIRI-CIRI KANAK-KANAK DISLEKSIA

Disediakan oleh :Noorzaimah binti Noordin

Kartini binti Asmuni

Unit :PPG PEMULIHAN AMBILAN FEB 2012

Nama Pensyarah:Pn Zizawati binti Fauzi

PKP 3105 PENDIDIKAN DISLEKSIA

Page 2: Power Point Disleksia

CIRI-CIRI KANAK-KANAK DISLEKSIA DARI ASPEK:

BAHASAMATEMATIK

PENGAMATANKONSEP KENDIRI

PEMPROSESAN MAKLUMAT

Page 3: Power Point Disleksia

BAHASA

Page 4: Power Point Disleksia

DEFINISI

a. Menurut Eric Lenneberg (1967),

- bahasa adalah daya yang berfungsi secara semula jadi sama ada

dalam bentuk tingkah laku bahasa meskipun belum ada

perkembangan bertutur.

Page 5: Power Point Disleksia

b. Menurut Pat Heaton dan Patrick Winterson (1996)

- bahasa adalah ekspresi dari sifat keunikan manusia tanpa

dipengaruhi oleh mana-mana makhluk.

c. ASHA Committee on Language, (1982)

- mendefinisikan bahasa sebagai sistem simbol yang dikawal oleh

peraturan yang kompleks dan digunakan untuk berkomunikasi

mengikut budaya masing-masing.

Page 6: Power Point Disleksia

BAHASA

Page 7: Power Point Disleksia

1. Mengeja• menyebabkan kebolehan untuk menyampaikan pengetahuan yang diperolehi

adalah terhad.

• memberi kesan terhadap kelemahan membaca.

• Timbulnya masalah ini adalah berpunca daripada masalah-masalah awalan seperti

terdapatnya kekeliruan dalam mengenal pasti huruf-huruf seperti :

b – d, c – e, h – n, m – w, m – n,

p – q, u – n, dan y – g – j

• Terdapat juga kekeliruan dalam membunyikan huruf seperti:

t – h, f - v

Page 8: Power Point Disleksia

2. Membaca

• Kesukaran ini menghadkan kebolehan kanak-kanak untuk mendapatkan maklumat daripada

rujukan-rujukan yang berkaitan.

• Secara langsung akan membuat kanak-kanak merasa rendah diri dan tidak berkenyakinan.

• Mereka cenderung menterbalikkan perkataan seperti :

batu – tuba

gula –lagu

• Mereka juga melakukan pembalikkan dalam ayat. Contohnya seperti berikut:

pada masa yang sama - dapa masa yang masa

• Kekeliruan perkataan antara Bahasa Melayu dengan Bahasa Inggeris. Contohnya:

Bahasa Inggeris dengan Bahasa Melayu

jam – jem

cat - cat

Page 9: Power Point Disleksia

3. Menulis• Kanak-kanak ini juga mengalami kesukaran untuk memindahkan maklumat ke atas

kertas.

• Mereka juga mengalami kesukaran untuk memegang pensel dan tidak dapat

menulis mengikut garisan yang disediakan.

• Kanak-kanak ini juga cenderung menulis perkataan yang pelik-pelik.

Page 10: Power Point Disleksia

4. Bercakap dan mendengar

• Terdapat juga di antara mereka yang mengalami kesukaran untuk bertutur.

• Mereka juga kelihatan seperti tidak mendengar atau memperdulikan.

• Hal ini berlaku disebabkan kelambatan dalam proses maklumat yang diperolehi.

• Mereka juga tidak melakukan atau menyusun sesuatu mengikut susunan.

Page 11: Power Point Disleksia

MATEMATIK

Page 12: Power Point Disleksia

MATEMATIK

• Kanak-kanak ini menghadapi kesukaran dalam pembelajaran yang berkaitan dalam

matematik mental.

• Terdapat kekeliruan terhadap tanda dan simbol dan suka menterbalikkan nombor

yang sama. Contohnya :

3 – 5 - 8

9 – 6

Page 13: Power Point Disleksia

PENGAMATAN

Page 14: Power Point Disleksia

PENGAMATANKanak-kanak disleksia menghadapi masalah Pengamatan:

1. Pengamatan pendengaran

a. diskriminasi pendengaran

- tidak dapat membezakan bunyi percakapan yang dituturkan

secara halus.

- masalah untuk membezakan bunyi konsonan dan vokal

Page 15: Power Point Disleksia

b. Ingatan pendengaran (auditori memory)

- kesukaran untuk mengingat bunyi abjad, menganalisis bunyi

mengikut suku kata, perkataan dan menyusun atau

menggabung perkataan untuk membentuk suku kata.

Page 16: Power Point Disleksia

PENGAMATAN2. Pengamatan Penglihatan

a. Diskriminasi Penglihatan

- kemungkinan untuk melihat abjad-abjad tertentu atau

sebahagian perkataan adalah secara terbalik.

- Tidak dapat membezakan huruf-huruf tertentu

b. Ingatan Visual

- Kesukaran untuk mengingat dan mengenal abjad serta

konfigurasi perkataan.

Page 17: Power Point Disleksia

KONSEP

kENDIRI

Page 18: Power Point Disleksia

KONSEP KENDIRI a. Konsep kendiri ditakrifkan sebagai penilaian seseorang ke atas

dirinya atau bagaimana ia menganggap tentang dirinya sendiri

sama ada secara positif atau negatif.

b. Untuk membina konsep kendiri seseorang juga perlu menerima

penilaian daripada orang lain.

Page 19: Power Point Disleksia

c. Carl Rogers (1950) mendefinisikan konsep kendiri sebagai satu

gambaran persepsi seseorang tentang ciri-ciri dan kebolehannya

berbanding dengan orang lain dan persekitarannya.

d. Dari segi psikologi, Hall dan Landsay seperti yang dipetik oleh

Stoarts (1963) berpendapat konsep kendiri dilihat melalui dua

cara iaitu:

i. tanggapan diri seseorang individu

ii. Proses yang menentukan tingkah laku seseorang individu.

Page 20: Power Point Disleksia

e. Menurut Sharifah Alawiah (1987) kendiri merupakan suatu

organisasi, peribadi bagi seseorang individu yang unik dan

dinamik lahir daripada interaksinya dengan persekitaran.

Hal tersebut seterusnya akan menentukan ciri tingkah laku,

perasaan dan fikiran.

Page 21: Power Point Disleksia

f. Dr Samuel Orton menjelaskan bahawa peringkat pra sekolah,

kanak-kanak disleksia masih mampu menyesuaikan diri dengan

baik dan ceria. Masalah mula timbul apabila mereka merasakan

bahawa arahan dan bimbingan guru adalah tidak selaras

dengan gaya pembelajaran mereka.

Page 22: Power Point Disleksia

g. Apabila kanak-kanak ini menyertai sekolah rendah, tekanan

semakin hebat kerana pembelajaran yang semakin sukar dan

mementingkan kecemerlangan akademik.

h. Oleh itu, mereka menjadi mudah berputus asa kerana tidak

dapat mengikuti proses pembelajaran seperti rakan mereka yang

lain dan secara tidak langsung menyebabkan mereka

memberontak.

Page 23: Power Point Disleksia

Antara kesan yang berkaitan dengan konsep kendiri

yang dihadapi oleh kanak-kanak disleksia ialah:

Masalah fizikal

Masalah pengurusan

diri

Masalah sosial

Page 24: Power Point Disleksia

a. Pakaian sentiasa tidak kemas tetapi tidak kotor dan silap

membutangkan baju, kidal dan kurang pandai mengikat tali kasut.

b. Kelihatan berminat dalam pelajaran tetapi dilabel pemalas dan

kelihatan bodoh.

c. Skop penglihatan yang terhad. Keliru antara depan, belakang, kiri,

kanan, atas, bawah serta pengamatan yang lemah.

Page 25: Power Point Disleksia

PEMPROSESAN MAKLUMAT

Page 26: Power Point Disleksia

PEMPROSESAN MAKLUMAT1. Penerimaan Maklumat

a. Maklumat diterima oleh semua deria seperti penglihatan,

pendengaran, sentuh, rasa dan bau. Sekiranya seseorang

mempunyai masalah penglihatan, ini akan menyebabkan

kesukaran untuk mengenal bentuk, kedudukan dan saiz sesuatu

objek.

Page 27: Power Point Disleksia

b. Masalah pendengaran pula akan menyebabkan kesukaran

menyaring bunyi luar dalam usaha untuk memberi tumpuan

kepada sesuatu ketika guru mengajar. Selain itu, ada juga pelajar

tidak dapat memproses deria sentuhan seperti sakit.

Page 28: Power Point Disleksia

2. Integrasi Maklumat

a. Peringkat mentaksir segala maklumat dan seterusnya akan

diletakkan dalam susunan yang mempunyai kaitan dengan

pembelajaran dan pengalaman lalu.

b. Pelajar yang mempunyai masalah ini tidak dapat menceritakan

sesuatu mengikut urutan yang betul.

Page 29: Power Point Disleksia

c. Boleh memahami konsep baru tetapi gagal menggunakan dalam

gambaran yang lebih luas.

d. Perbendaharaan kata lemah

Page 30: Power Point Disleksia

3. Penyimpanan Maklumat

a. Masalah timbul disebabkan oleh masalah kesukaran mengingat

perkara yang baru berlaku (jangka pendek) menyebabkan sukar

untuk mempelajari perkara yang baru.

b. Memerlukan pengulangan yang berulang kali untuk mengingat.

Page 31: Power Point Disleksia

4. Pengeluaran Maklumat

a. Maklumat dikeluarkan dengan menggunakan pertuturan, tulisan

dan pengayaan.

b. Kesukaran pengeluaran maklumat akan menyebabkan masalah

pertuturan.

Page 32: Power Point Disleksia

c. Murid perlu mencari semula maklumat, mengatur dan

mengeluarkan semula perkataan tersebut semasa bercakap.

d. Melibatkan masalah penulisan seperti kesukaran menghasilkan

karangan.

Page 33: Power Point Disleksia

Sekian Terima kasih