tajdid dan islah mengikut pemikiran hamka

14
BAB 1 : TAJDID DAN ISLAH MENGIKUT PEMIKIRAN HAMKA Tajdid berasal daripada perkataan jaddada, yujaddidu dan juga al- tajdidan yang membawa maksud memperbaharui sesuatu perkara. Islah pula berasal daripada perkataan yang membawa maksud menghilangkan sesuatu kerosakan, membaiki sesuatu setelah rosak, mengembalikan sesuatu hak kepada yang berhak, sama ada hak sesama manusia ataupun hak Allah. Perkataan tajdid dan islah adalah sesuatu yang sinonim dan berlaku pada waktu yang sama. Pemikiran HAMKA telah dipengaruhi oleh pemikiran islah Sayid Jamaludin Al- Afghani, Sheikh Muhammad Abduh dan Sayid Rashid Rida, ulama refomis tiga serangkai yang berpengaruh di Mesir. HAMKA sememangnya seorang ulama refomis yang menyokong kuat pemikiran berjalur tajdid dan islah. Antara pemikiran tajdid yang disampaikan oleh beliau adalah menekankan tentang pentingnya kemerdekaan umat Islam. Tetapi, kemerdekaan yang sebenarnya untuk sesebuah negara ialah apabila syariat Islam sahaja dilaksanakan dan bukan sisa-sisa penjajah. Beliau turut menekankan tentang rangka revolusi atau kebangkitan manusia , yang pada dasarnya adalah suatu revolusi atau kebangkitan agama kerana agamalah yang menciptakan kemerdekaan yang sebenarnya, iaitu kemerdekaan semangat dan jiwa. Beliau menegaskan betapa perlunya menegakkan amar makruf, nahi mungkar, iaitu menyuruh kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran yang menjadi sebahagian daripada proses tajdid dan islah dalam Islam. Beliau juga mengaitkan kemerdekaan dengan amar makruf nahi mungkar iaitu kemerdekaan menyatakan pendapat ( amar makruf ) dan kemerdekaaan mengkritik yang salah ( nahi

Upload: shazlina-sahrizal

Post on 25-Oct-2015

83 views

Category:

Documents


13 download

DESCRIPTION

Pemikiran Islam

TRANSCRIPT

Page 1: Tajdid Dan Islah Mengikut Pemikiran Hamka

BAB 1 : TAJDID DAN ISLAH MENGIKUT PEMIKIRAN HAMKA

Tajdid berasal daripada perkataan jaddada, yujaddidu dan juga al-tajdidan yang membawa

maksud memperbaharui sesuatu perkara. Islah pula berasal daripada perkataan yang

membawa maksud menghilangkan sesuatu kerosakan, membaiki sesuatu setelah rosak,

mengembalikan sesuatu hak kepada yang berhak, sama ada hak sesama manusia ataupun hak

Allah. Perkataan tajdid dan islah adalah sesuatu yang sinonim dan berlaku pada waktu yang

sama. Pemikiran HAMKA telah dipengaruhi oleh pemikiran islah Sayid Jamaludin Al-

Afghani, Sheikh Muhammad Abduh dan Sayid Rashid Rida, ulama refomis tiga serangkai

yang berpengaruh di Mesir.

HAMKA sememangnya seorang ulama refomis yang menyokong kuat pemikiran

berjalur tajdid dan islah. Antara pemikiran tajdid yang disampaikan oleh beliau adalah

menekankan tentang pentingnya kemerdekaan umat Islam. Tetapi, kemerdekaan yang

sebenarnya untuk sesebuah negara ialah apabila syariat Islam sahaja dilaksanakan dan bukan

sisa-sisa penjajah. Beliau turut menekankan tentang rangka revolusi atau kebangkitan

manusia , yang pada dasarnya adalah suatu revolusi atau kebangkitan agama kerana agamalah

yang menciptakan kemerdekaan yang sebenarnya, iaitu kemerdekaan semangat dan jiwa.

Beliau menegaskan betapa perlunya menegakkan amar makruf, nahi mungkar, iaitu

menyuruh kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran yang menjadi sebahagian daripada

proses tajdid dan islah dalam Islam. Beliau juga mengaitkan kemerdekaan dengan amar

makruf nahi mungkar iaitu kemerdekaan menyatakan pendapat ( amar makruf ) dan

kemerdekaaan mengkritik yang salah ( nahi mungkar ). Kalimat makruf bermaksud pendapat

umum yang benar manakala mungkar pula bermaksud penolakan terhadap perkara yang

salah. HAMKA turut mengaitkannya dengan tahap keimanan seseorang kepada Allah. Jika

iman kepada Allah telah berkurang, maka seseorang itu tidak berani lagi untuk beramar

makruf dan lebih tidak berani lagi bernahi mungkar. Oleh sebab itu, maksud amar makruf

nahi mungkar ialah membina pemikiran yang sihat dalam masyarakat.

Naskah besar tulisan HAMKA iaitu Tafsir Al-Azhar ditulis atas dorongan untuk

mentajdid dan mengislahkan masyarakat, khususnya golongan belia di alam Melayu yang

mana tidak berkemampuan untuk memahami bahasa arab, tetapi amat meminati agama, maka

penulisan ini diharap dapat membina keimanan mereka. Tafsir Al-Azhar dilihat sangat

relevan dengan situasi semasa apabila terdapat banyak contoh yang berkait rapat dengan

situasi yang berlaku di Indonesia ketika itu. Contohnya, beliau membawakan persoalan

Page 2: Tajdid Dan Islah Mengikut Pemikiran Hamka

polemik agama antara Islam dengan Kristian, antara umat Islam yang berlainan mazhab,

ancaman Ahmadiyyah, Komunisme dan sebagainya. Pada masa yang sama, beliau juga

menghasilkan tafsir bagi membersihkan tafsir Al-Quran daripada cerita-cerita karut dan

dongeng yang terbit daripada kisah-kisah Israiliyyat yang mana cerita yang dibawa oleh

orang Yahudi ke dalam Islam. Dapat dilihat, usaha ini selari dengan sifat seorang reformis

yang mementingkan ketulenan beragama.

HAMKA menolak amalan adat masyarakat setempat yang mengandungi unsur-unsur

khurafat, tahyul dan bidaah dalam usahanya mempertahankan kemurnian Islam. Beliau

pernah mengkritik amalan adat-adat usang yang berlaku dalam masyarakat Minangkabau

seperti campur tangan kaum keluarga dalam kehidupan berumah tangga sehingga membawa

kepada penceraian. Kritikan ini dapat dilihat dalam melalui novel-novelnya seperti Merantau

ke Deli dan Dijemput Mamak. Di dalam naskhah Di Bawah Lindungan Kaabah, beliau

mengkritik soal perbezaan status serta keangkuhan keluarga bangsawan jika martabat wanita

lebih tinggi daripada lelaki. Bagi HAMKA, tiada perbezaan antara manusia Muslim

melainkan ketaqwaan kepada Allah.

Dalam menekankan tentang pentingnya syura (bermesyuarat) dalam urusan

kemasyarakatan hinggalah ke peringkat negara, secara tidak langsung beliau telah

menyanggah pendapat bahawa Barat yang telah lebih awal membawa kebebasan dan unsur

mesyuarat kerana Magna Carta, iaitu hak yang diberikan oleh Raja Inggeris kepada para

pembesar itu hanya berlaku pada 1215 Masihi. Ini menunjukkan keluasan pemikiran

HAMKA yang mampu membuat perbandingan antara Islam dan Barat sehingga mampu

membuktikan Islam tetap unggul.

Ketegasan HAMKA dalam memelihara akidah dibuktikan melalui Majlis Ulama’

Indonesia (MUI)apabila beliau mengeluarkan fatwa menolak pendapat pihak pemerintahan

iaitu Menteri Agama berhubungan isu ‘Natal Bersama’. Lantaran itu, pihak pemerintah

mengarahkan agar fatwa itu ditarik balik. Namun, HAMKA tidak melakukan sedemikian dan

apabila persetujuan tidak dicapai, beliau mengundurkan diri sebagai Ketua MUI. Walaupun

begitu, dalam menghadapi kepelbagai mazhab dalam Islam, beliau bersikap berlapang dada

dan bertoleransi meskipun beliau sebagai salah seorang pemimpin Muhammadiyah yang

mempunyai pegangan sendiri dalam beberapa cabang persoalan fiqh. Dalam ceramah dan

tulisan yang disampaikan sejak awal lagi, beliau mengelak daripada membangkitkan

persoalan furu’yang hanya akan dipertikaikan tanpa sebarang penyelesaian. Dalam hal ini,

Page 3: Tajdid Dan Islah Mengikut Pemikiran Hamka

beliau faham yang mana lebih utama, yakni menghadapi kerosakan akidah dan ancaman

daripada musuh-musuh Islam.

HAMKA sememangnya layak diiktiraf sebagai seorang mujaddid dan muslih di alam

Melayu. Pemikirannya menjangkaui aspek agama yang luas dan dalam, kemerdekaan dalam

berfikir, keadilan pemerintah, meliputi juga isu dialog antara agama, dan polemik

mempertahankan kemurnian akidah dan ibadat yang jelas membuktikan tajdid dan islah yang

diperjuangkannya.

BAB 2 : SUMBANGAN HAMKA DALAM PENULISAN SEJARAH MELAYU DI ALAM

MELAYU

Sumbangan pemikiran HAMKA dalam ilmu sejarah Melayu amat besar. Walaupun HAMKA

tidak dididik secara formal sebagai seorang sejarawan, namun tulisannya menepati kehendak

disiplin ilmu dalam bidang itu bagi membolehkan karyanya dijadikan sebagai bahan rujukan.

Antara tulisan beliau dalam bidang sejarah ialah ‘ Perkembangan Agama Islam di Nusantara ’

dalam buku beliau Sejarah Umat Islam. Melalui ‘ Perkembangan Agama Islam di Nusantara

’, HAMKA menghuraikan tentang asal usul bangsa, bahasa dan agama orang Melayu sejak

zaman dahulu sehinggalah kedatangan agama Hindu dan Buddha. Seterusnya beliau

menerangkan tentang penyebaran agama Islam ke Alam Melayu. Melalui perbincangannya,

HAMKA menghuraikan pengaruh dan kesan mendalam Islam ke atas masyarakat Melayu.

Tidak ketinggalan, beliau juga menyentuh tentang pertembungan yang berlaku antara Islam

dan penjajah Barat pada abad ke-16 dan ke-17.

Perspektif tempatan tentang proses yang membawa kepada penyebaran Islam ke Alam

Melayu telah dikaitkan oleh HAMKA dengan tiga isu iaitu tarikh sebenar Islam

diperkenalkan kepada orang Melayu, asal usul pendakwah yang menyebarkan agama Islam

dan bagaimana proses ini berlaku dengan begitu berkesan sekali. HAMKA cenderung

berpendapat bahawa agama Islam telah disebarkan pada awal abad Hijrah iaitu pada abad

ketujuh Masihi melalui kajian beliau dengan merujuk sumber China. Beliau juga bersandar

kepada pendapat tulisan T.W. Arnold yang mengaitkan peranan yang dimainkan oleh

pedagang-pedagang Arab sejak sebelum abad Masihi lagi dalam kegiatan perdagangan di

rantau Melayu. Walaupun HAMKA berpendapat begitu, beliau bersetuju dengan pandangan

Barat yang menyatakan bahawa Samudera-Pasai (abad 13-14) merupakan kerajaan Islam

yang pertama wujud di rantau ini dengan bersandarkan daripada maklumat pengembaraan

Marco Polo. Pendapat yang dikemukan oleh HAMKA ternyata berasas dan boleh diterima

Page 4: Tajdid Dan Islah Mengikut Pemikiran Hamka

apabila terdapat kajian dan penemuan-penemuan baharu seperti kajian penemuan batu nisan

dengan tulisan Arab bertarikh 419 H/1028 M di Teluk Cik Munah, Pekan, Pahang. Begitu

juga dengan penemuan batu nisan Shaykh Abdul Kadir Ibn Husayn Shah Alirah bertarikh

290 H/902 M di Tanjung Aris, Alor Setar. Penemuan ini menunjukkan keberadaan Islam

kukuh di rantau ini menjelang abad ke-13 dan menandakan Islam telah bertapak di Alam

Melayu selewat-lewatnya pada abad ke-11.

Majoriti sarjana dan orientalis Barat mengemukan teori bahawa kedatangan Islam ke

rantau ini dibawa dari benua kecil India dan bukan dari semenanjung Arab. Teori ini pada

awalnya dikemukan oleh seorang sarjana bernama Pijnappel, seorang profesor Pengajian

Melayu di Universiti Leiden, Belanda. Beliau tidak menolak kemungkinan Islam dibawa oleh

orang Arab, tetapi berpendapat tidak dibawa secara terus dari dari Arab, tetapi sebaliknya

datang dari Gujerat dan Malabar. Kemudian teori ini disokong oleh kajian yang dibuat oleh

J.P. Moquette berdasarkan kepada gaya batu nisan yang ditemui di Pasai pada tahun 1428

yang didapati sama seperti gaya batu nisan di makam Maulana Malik Ibrahim (1419)di

Grisik. Moquette membuat kesimpulan bahawa kedua-dua batu nisan itu sama dengan batu

nisan yang ditemui di Cambay dan Gujerat. HAMKA telah menyanggah pendapat para

sarjana dan orientalis Barat dengan menyatakan terdapat bukti kukuh bahawa Islam yang

dibawa ke rantau ini datang terus dari Semenanjung Arab dengan merujuk karya sastera

Melayu tradisional seperti Hikayat Raja-Raja Pasai dan Sejarah Melayu. Dalam menyokong

pendapatnya ini, beliau berhujah dengan merujuk peristiwa Sayid Abdul Aziz yang

mengislamkan Sultan Melaka. HAMKA juga merujuk kepada Hikayat Merong

Mahawangsayang menceritakan tentang pendakwah Arab yang bernama Shaykh Abdullah

al-Yamani yang dikatakan datang langsung dari Semenanjung Arab bagi menukarkan agama

Sultan Kedah kepada agama Islam dan seterusnya dikenali sebagai Sultan Muzaffar Shah.

Terdapat juga kisah-kisah lain yang dipaparkan oleh HAMKA seperti pengislaman yang

berlaku di Aceh pada sekitar tahun 1112 M oleh seorang pendakwah Arab bernama Shaykh

Abdullah Arif.

Para sarjana sepakat bahawa perdagangan merupakan faktor penting kepada

berlakunya proses islamisasi di Alam Melayu. Teori faktor perdagangan mulanya

diperkenalkan oleh Tome Pires yang menulis sekitar tahun 1515 M. Proses pengislaman

berlaku apabila pendakwah Arab datang langsung dari Tanah Arab, menukarkan agama

pemimpin Melayu tempatan kepada agama Islam dan langkah ini diikuti oleh rakyat jelata.

Dalam huraiannya, HAMKA menyenaraikan peranan pendakwah Arab yang mengislamkan

Page 5: Tajdid Dan Islah Mengikut Pemikiran Hamka

raja-raja Melayu di Sumadera-Pasai, Aceh, Kedah dan lain-lain tempat. Bagi melengkapkan

teori yang dikemukan oleh HAMKA tentang peranan yang dimainkan oleh pendakwah Arab,

Syed Muhammad Naquib al-Attas pula menekankan pemikiran rasional agama dan nilai

intelektual yang tinggi diterima secara terbuka oleh orang Melayu. S.Q Fatimi pula

meletakkan kejayaan proses islamisasi di rantau ini atas sikap yang dimainkan oleh

pendakwah Islam berbeza dengan pendakwah Kristian. Para pendakwah Islam bersikap

terbuka dalam hubungan mereka dengan penduduk tempatan malahan mempelajari bahasa

dan mengahwini wanita tempatan. Hakikat menunjukkan majoriti penduduk di Alam Melayu

beragama Islam membuktikan penerimaan agama tersebut dalam komuniti besar di Asia

Tenggara. Fakta juga menunjukkan penyebaran agama Islam berlaku secara sukarela tanpa

menggunakan sebarang paksaan atau aktiviti ketenteraan.

HAMKA telah melakukan sebahagian kerja yang amat besar apabila memecahkan

teori-teori yang selama ini diterima hampir bulat-bulat oleh masyarakat Melayu tentang

penyebaran Islam di Alam Melayu. Pandangan beliau mewakili sarjana tempatan dengan

mesej yang cuba dibawa iaitu Islam disebarkan ke Alam Melayu melalui proses yang penuh

komitmen dan Islam yang disebarkan itu ialah Islam yang murni dari sumber yang asal.

BAB 3 : PERANAN DAN KEDUDUKAN WANITA DALAM NOVEL-NOVEL HAMKA

Keadilan Ilahi, Kerana Fitnah, Di Bawah Lindungan Kaabah, dan Tenggelamnya Kapal Van

Der Wijck merupakan antara beberapa buah novel karangan HAMKA yang bertemakan

kritikan terhadap sistem masyarakat ketika itu yang menjadikan wanita sebagai golongan

kelas dua. Pelbagai ragam dan kerenah cinta yang diolah oleh HAMKA, namun kesan

akhirnya ialah cinta yang tidak berbelah bagi, cinta dibawa hingga ke akhir hayat, dan setiap

wataknya berjanji untuk membawa cinta masing-masing hingga ke akhirat, walaupun di

pentas dunia ini tidak kesampaian. Namun, setiap cinta yang terhalang di atas muka bumi

Allah inilah yang telah mencorakkan peranan dan kedudukan wanita dalam novel-novel

HAMKA.

Kebanyakkan penulis lelaki menceritakan wanita sebagai penggoda, wanita hanya

pinggiran, wanita hanya menagih tempat, wanita hanya pelengkap dan wanita hanyalah

tempelan. Yang gah dan hebat hanyalah lelaki. Pengarang lelaki mendominasi keseluruhan

watak wanita secara lahiriah dan batiniah. Wanita tidak memperoleh apa-apa manfaat

daripadanya kerana ekspresi pengalaman wanita disisihkan. Justeru, kedudukan dan peranan

wanita seolah-olah tertutup. Terbelenggu dengan masalah yang tidak diberikan jalan keluar,

Page 6: Tajdid Dan Islah Mengikut Pemikiran Hamka

terpenjara dalam dunia yang bebas, dan tidak diberi peluang untuk berbicara. Watak-watak

utama dalam novel-novel pilihan ini, berada di bawah naungan HAMKA, segala tindak

tanduk sama ada untuk terus terperangkap dalam dunia kawalan lelaki atau terus berada di

bawah sistem tirani lelaki bergantung kepada kawalan pengarang.

Beberapa tindakan watak wanitanya ternyata membuktikan kenyataan ini. Salah

satunya ialah watak Mariah dalam novel Kerana Fitnah yang merupakan isteri kepada Adnan

dan ibu kepada Sufian, seorang anak yang Berjaya dalam hidupnya sebagi seorang peguam

yang akhirnya membela ibunya sendiri. Watak ini dari awal hingga ke akhir cerita berada

sepenuhnya di bawah kawalan HAMKA. HAMKA bertindak sebagai pengarang yang serba

tahu, mengawal seluruh perasaan secara dalaman dan luaran , HAMKA gagal memberi jalan

keluar kepada Mariah, dibiarkan watak ini seperti sudah jatuh ditimpa tangga.

Dalam mengatur peranan wanita dalam novel-novelnya, secara lebih hina dan buruk

perangainya mengenai tingkah laku wanita, HAMKA telah menyenaraikan peranan wanita

dengan istilah yang kasar seperti jalang, perempuan gelandangan, sampah masyarakat, kupu-

kupu malam, perempuan jahat dan kuli. Golongan feminis sememangnya inginkan wanita

bebas iaitu tidak berada dalam belenggu lelaki, terhindar dari lingkungan bebas tetapi

hakikatnya terpenjara, boleh bersuara, tidak terikat dengan aturan hierarki politik dan

pentadbiran serta menghindarkan mereka daripada terus ingin bebas tetapi dibuat secara

senyap. Dorongan dan keinginan seperti inilah menyebabkan golongan wanita ingin

memperkasakan saudara mereka, memecahkan kebisuan wanita, menjadikan wanita sebagai

heroin untuk mengeluarkan wanita daripada terus beradadalam system tirani lelaki.

Di dalam novelnya juga, HAMKA tidak terus-terusan membiarkan wanita hanyut

dengan arus kehidupan malang . HAMKA seolah-olah memahami dengan perjuangan feminis

yang bingung dengan gaya lelaki membicarakan keperibadian wanita dan menempatkan

aktiviti wanita dalam aktiviti masyarakat yang disandarkan kepada perbezaan biologi, jurang

biologi berasaskan female,feminine dan feminist.. HAMKA bebas daripada fahaman kritik

feminis sebagai pengarang yang mempunyai ciri-ciri phallocentric yang sering membuat

andaian person berpihak kepada lelaki semata-mata.

Kebanyakkan pengkiritik feminis mencadangkan model androsentrik yang

menentukan corak penceritaan dan kritikan perlu diubah dan menimbangkan agenda baru

iaitu wanita seharusnya berbicara tentang wanita dengan bahasa mereka sendiri. Male critical

theory seharusnya digantikan dengan woman-centred critism yang menfokuskan kepada

Page 7: Tajdid Dan Islah Mengikut Pemikiran Hamka

recovery dan re-evaluation mengenai penulisan wanita sebagai ekspresi pengalaman wanita

yang dinamakan sebagai gynocritics oleh pengkritik feminis Amerika yang begitu

berpengaruh iaitu Elaine Showalter.

Dengan mengambil faktor biologi, sudah tentu wanita yang dikatakan dibina susuk

tubuhnya daripada sebahagian kaum lelaki itu digunakan sepenuhnya oleh HAMKA. Wanita

cepat mengalah, wanita mudah berasa simpati, wanita senang menangis, jiwanya halus, dan

mudah mnerima cinta. Faktor inilah diguna pakai oleh HAMKA dengan menghidangkan

kisah cinta halal antara suami, isteri dan anak yang amat tragis. Adunan rasa cinta yang

memilukan inilah yang menjerat dan mengaburi kefahaman pembaca secara ktitis terhadap

pemerian watak-watak wanita ciptaan HAMKA. Pembaca dibuai dengan kisah cinta romantik

walhal disebalik kisah itu, tersembunyi jiwa dan sifat wanita yang dimanipulasi sebagai

bahan mengarang. Tetapi, dengan gaya bacaan feminist critique, gaya HAMKA memotret

watak-watak wanita dapat dibongkar.

Pencerakinan dan pencernaan watak-watak wanita hanya dilihat dari kacamata

seorang penulis lelaki bernama HAMKA. Kriteria peranan ini dibendung pula oleh suasana

kehidupan didominasi oleh adat yang amat mementingkan keterikatan perempuan hanya di

rumah setelah tamat belajar sekolah rendah, manakalan golongan lelaki dibiarkan

melanjutkan pengajian sama ada pengajian agama di pondok-pondok, pengajian Inggeris atau

Belanda di Bandar. Dengan persekitaran Mengkasar, Betawi, Medan, Padang, Jakarta, Tanah

Jawa yang kuat berpegang kepadaadat yang kemudiannya dijalinkan pula dengan konsep ras,

emansipasi, suara kuasa, identiti, patriotik, budaya dan agama, sudah tentu arah aliran

kehidupan juga berbeza. Karya-karya HAMKA menjadi satu saluran pendedahan kepada

umum tentang penentangan masyarakat Minang secara terbuka terhadap adat dan akibat-

akibat buruk dalam hidup generasi yang akan datang. Fenomena seperti inilah yang menjadi

faktor utama mempengaruhi aspek-aspek penghasilan dan penghayatan sesebuah karya. Perlu

Faktor zaman dan persekitaran perlu diambil kira yang menjadi ransangan asas kepada

seseorang pengarang seperti HAMKA.

Karya-karya HAMKA khususnya novel begitu terikat dengan cinta. Kisah cinta yang

dipersembahakan berjaya dikekalkan dengan penuh kesegaran tanpa jemu meruntun minat

pembaca. Inilah kekuatan HAMKA yang berjaya meransang minat dan ketekunan pembaca

mengikuti tempo/rentak persembahan cintanya, di samping merungkai isi/agenda penting

iaitu status dan peranan wanita dalam karyanya.

Page 8: Tajdid Dan Islah Mengikut Pemikiran Hamka

BAB 4 : BINA INSAN MELALUI PEMBENTUKAN ETIKA SOSIAL DAN ETIKA

INDIVIDU DARI PERSPEKTIF HAMKA

Pemikiran etika dalam karya sastera HAMKA boleh dikatakan keseluruhannya diambil

daripada pemikiran Islam. HAMKA telah menyuntik pemikiran etikanya dakam empat

persoalan kehidupan iaitu pertentangan individu miskin dan kaya, beradu nasib di perantauan,

rintihan manusia bawahan yang menderita dan keruntuhan nilai budi akibat terlalu

mengutamakan kebendaan. Dasar kepengarangan HAMKA ialah bertolak dari dasar cinta.

Dari dasar cinta inilah HAMKA membentuk karya sasteranya. Pemikiran etika dalam karya

sastera HAMKA ini dibahagikan kepada dua tajuk besar iaitu etika individu dan etika sosial.

Kedua-dua unsur etika ini diselitkan dalam karya sastera HAMKA.

Watak-watak yang dikemukakan oleh HAMKA di dalam karya sasteranya

bertentangan antara haq dengan batil. Haq mengikut lunas-lunas keislaman dan pada

peringkat awal menerima tekanan dari bartil, yang kehidupannya bersandarkan kepada nilai-

nilai yang nisbi. Pada keseluruhannya dalam karya sastera HAMKA, etika individu ini

menekankan tentang perlakuan baik individu itu. Perlakuan baik itu hanya dihormati oleh

orang yang ingin menilainya sahaja. Pada HAMKA, etika baik itu datangnya daripada niat,

perlakuan dan tindak-tanduknya kepada sesuatu. Kesederhanaan dan keterikatan dengan

perintah ALLAH dan hubungan yang erat dengan manusia di persekitarannya hingga

menyebabkan dirinya dikasihi akan membuahkan etika individu yang baik dan mulia. Dalam

karya sastera yang laian juga, nilai etika itu mengambil peranan utama. Penyelesaian secara

dues-ex-machina di dalam karyanya juga menampakkan bahawa tujuan HAMKA ialah untuk

menanamkan sesuatu nilai moral yang baik. Selitan nilai etika individu ini dilakukan oleh

HAMKA dengan memaparkan perlakuan baik dan buruk, kemudian pada peringkat

pelaraiannya, memenangkan watak dengan beretika baik. Hasil kesusasteraan yang dikarang

oleh HAMKA memang menanamkan nilai moral yang tertentu, abadi sifatnya dan individu

yang beretika baik di dalamnya, boleh dijadikan teladan.

Bagi etika sosial pula, perlakuan individu mesti berhubung kait dengan alam

sosialnya. Justeru itu, etika individu mesti berhubung kait dengan etika sosialnya. Individu

muncul dengan etika tertentu di tengah-tengah alam sosialnya, sama ada untuk menampilkan

etika baru atau mengikut etika sosialnya. Etika sosial ini diperluaskan kepada pembicaraan

tentang kemerdekaan diri, merdeka dalam erti kata mengerjakan sesuatu mengikut kehendak

Page 9: Tajdid Dan Islah Mengikut Pemikiran Hamka

hati dan tidak terbelenggu oleh niat yang menyeleweng, seperti untuk mencari nama dan

gelaran serta kekayaan hasil dari menindas orang lain.

Etika sosial ini terlihat dengan jelas tentang tentangan HAMKA yang keras terhadap

adat Minangkabau, yang pada pandangan beliau, kadang kala terkeluar dari garis etika yang

luhur dan ditetapkan oleh Allah. Berhubung dengan pemikiran etika di dalam karya sastera

HAMKA, terlihat etika individu yang diinginkan oleh HAMKA dan yang tidak

diinginkannya. Demikian juga dengan persekitaran sosial, beliau menekankan tentang

kejiranan dan perhubungan mesra diantara satu sama lain, dengan dasar ukhuwah Islamiah.

Faham kejiranan dan persahabatn, yang disarankan oleh HAMKA ialah berlandaskan

keikhlasan, kesucian hati dan tidak berniat untuk menjatuhkan kawan.

Setiap karya sastera HAMKA, beliau mengutarakan penyelesaian dengan memberi

kemenangan kepada watak-watak yang beretika baik dan menjalani hidup mengikut landasan

yang telah ditetapkan oleh al-Khaliq. Penetapan kemenangan kepada watak seumpama ini

menunjukkan dengan jelas tujuan HAMKA untuk menanamkan nilai moral yang tertentu.

HAMKA tidak berkarya sekadar utuk berkarya tetapi beliau berkarya dengan tendensi untuk

menerapkan etika Islamiah secara menyeluruh. Pandangan HAMKA merupakan

weltanschauung Islam yang merangkumi soal-soal ibadat, hubungan dengan ALLAH dan

segala sesuatu yang terangkum dalam seruan Islam. Karya sastera juga mencerminkan

sikapnya yang cintakan kedamaian dan kesejahteraan manusia di bawah panji kejiranan

persahabatan yang setia. Ini merupakan rakamannya secara peribadi, sebagai anggota harakah

Islam yang menjunjung tinggi konsep usrah.