travelog : ekspedisi meneladani pemikiran hamka
Post on 07-Apr-2018
257 views
Embed Size (px)
TRANSCRIPT
8/3/2019 Travelog : Ekspedisi Meneladani Pemikiran Hamka
1/64
TRAVELOG
Ekspedisi Meneladani Pemikiran Hamka
[XPDC HAMKA]
MOTTO Transformasi Pem ikiran Merenta si Zaman
TARIKH
29 Disember 2009 12 Januari 2010
TEMPAT
Padang-Pariaman-Bukittinggi-Maninjau
Sumatera Ba rat, Ind onesia
ANJURAN
Grup Peng ka ji Tamadun Dunia Unisel (GPTD UNISEL)
KERJASAMA
Glob a l Pea c e Mission Ma laysia (GPM)
Dewan Da wa h Islamiyyah Ind onesia (DDII)
Pond ok Pesantren Prof Dr Hamka (PPPDH)
8/3/2019 Travelog : Ekspedisi Meneladani Pemikiran Hamka
2/64
PENDAHULUAN
Sejarah dan ketamadunan merupakan suatu perkaitan yang rapat. Di mana lahirnya
tamadun, di situlah wujudnya sejarah. Kealpaan generasi muda menimba ilmu dan
mengejar arus kemodenan telah membataskan minat dan fokus mereka untuk mengkaji
tentang sejarah. Tanpa kita sedari, hal inilah yang bakal merosakkan minda anak-anak
muda dan menjadikan kegemilangan tamadun lampau tenggelam ditelan zaman.
Atas kesedaran terhadap perkara inilah, kami dari Grup Pengkaji Tamadun Dunia
(GPTD) Unisel telah bermuafakat untuk menjalankan misi ke Padang-Pariaman-
Bukittinggi-Maninjau Sumatra Barat, Indonesia. Misi ke sana bukanlah suatu
pengembaraan yang sia-sia kerana kembara ini adalah membawa konsep Membawa
Rahmat Ke Sekalian Alam. Pemilihan tempat ini dilakukan berdasarkan kelahiran tokoh
agung di sana iaitu Haji Abdul Malik bin Karim bin Amrullah atau dikenali dengan
gelaran Buya Hamka.
Beliau merupakan salah seorang tokoh pendakwah yang disegani di rantau Nusantara,
juga seorang yang bijak dan mahir dalam bidang kesusasteraan, penulisan kreatif dan
profilik, seorang pujangga dan ahli falsafah Islam. Zaman remajanya seperti anak-anak
muda lain. Dari seorang remaja yang nakal menjadi ulama yang tersohor. Transformasi
yang berlaku dalam diri beliau sewajarnya menjadi ikutan dan dorongan kepada kita
semua.
Ini telah membuktikan bahawa setiap individu mampu berubah ke arah yang lebih baik,
bergantung kepada kesungguhan dan inisiatif mereka untuk berusaha. Tidak ada yang
mustahil di dunia ini. Inilah yang pihak kami cuba terapkan di kalangan mahasiswa
Unisel yang terdiri daripada pelbagai bangsa dan latar belakang. Semoga dengan
kembara ini akan membawa suatu perubahan dan paradigma kepada mahasiswa
Unisel.
8/3/2019 Travelog : Ekspedisi Meneladani Pemikiran Hamka
3/64
OBJEKTIF
1. Mengkaji Pengkisahan sejarah kehidupan Buya Hamka
2. Melakukan aktiviti khidmat sosial dan kajian di Danau Maninjau
3. Melatih sukarelawan muda dengan kerja-kerja khidmat sosio-budaya dan
pendidikan di peringkat antarabangsa seperti:
Pemetaan Komuniti Jorong Kukuban
Pengajaran Bahasa Inggeris dan Matematik untuk pelajar
PPPDH
Mahasiswa bersama keluarga angkat
Kem XPDC Hamka untuk pelajar PPPDH
4. Membentuk sukarelawan muda yang bakal melakukan anjakan paradigma serta
mendedahkan mereka dengan isu-isu antarabangsa dan dunia global dalam
proses penjanaan minda yang positif dan cemerlang
5. Membina jaringan antarabangsa terutamanya di kalangan belia dan mahasiswa
Malaysia yang berada di Indonesia dan mahasiswa Indonesia
PESERTA
7 orang mahasiswa Universiti Industri Selangor
4 orang aktivis Global Peace Mission Malaysia
1 orang Pegawai Pengiring Universiti Industri Selangor
TARIKH
29 Disember 2009 hingga 12 Januari 2010
Padang-Pariaman-Bukittinggi- Maninjau Sumatera Barat, Indonesia
8/3/2019 Travelog : Ekspedisi Meneladani Pemikiran Hamka
4/64
AHLI JAWATANKUASA PROGRAM
Penaung
Prof. Madya Hj. Zainal Abidin bin Kidam
Penasihat
En. Izwan Suhadak bin Ishak
Pengarah
Junaidah bte Ismail
Timbalan Pengarah
Mohd Safarudin bin Jhinku
Setiausaha
Hdariyani binti Kampun
Penolong Setiausaha
Nur Aqliah binti Ariffin
Bendahari
Hafizah binti Azizan
Ahli Jawatankuasa
1.Muhammad Izzat bin Chiaril Anuar
2. Siti Khadijah binti Abd Latif
8/3/2019 Travelog : Ekspedisi Meneladani Pemikiran Hamka
5/64
TRAVELOG
( 29 Disember 09 , Selasa) Hari Ke-1
Rombongan bertolak dari LCCT jam 7.50 pagi (waktu Malaysia) dan tiba di Bandara
Minangkabau jam 8.00 pagi (waktu Indonesia Barat). Kami dijemput oleh aktivis Dewan
Dawah Islamiyah Indonesia (DDII) iaitu Sdr. Fauzan dan Sdr Afdinal. Dua buah Avanza
telah siap disewakan khas untuk kami. Destinasi pertama kami adalah Islamic Centre di
Kota Padang yang akan menjadi penginap untuk aktivis lelaki. Setelah tiba di sana, kami
dibawa makan ke warung berhampiran untuk menikmati sarapan pagi. Selesai sarapan
kami terus berbincang tentang rencana pergerakan kami agar boleh dibantu atur oleh
pihak DDII. Mesyuarat ringkas dan beberapa keputusan telah dibuat untuk pergerakan
ke Pariaman bagi meninjau kesan gempa dan ziarah mangsa gempa ke sana. Sebelum
itu rombongan ke kediaman untuk penempatan aktivis perempuan berhampiran
Universitas Negeri Padang.
Jam 11.00 pagi kami bergerak ke Pariaman. Dalam perjalanan kami sempat singgah ke
pasaraya untuk membeli sedikit jajan (ole-ole) untuk anak-anak mangsa gempa.
Beberapa kotak yang mengandungi buku dan majalah daripada sumbangan Jabatan
Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) turut dibawa untuk diedarkan di sana nanti. Dalam
perjalanan kami singgah di sebuah masjid untuk menunaikan solat jama takdim zuhur-
asar. Perjalanan kami terus ke destinasi di Kg Sg Limau dan bertemu dengan NGO di
sana. Pelajar Islam Indonesia (PII) telah berada di sini selama satu minggu untuk
mengisi kelapangan masa dengan mengajar al-Quran kepada anak-anak kampung.
Kami bertemu dengan PII dan saling bersilaturahmi. Banyak idea yang bercambah dan
kerjasama yang dapat dilaksanakan pada masa yang akan datang. Selepas
perbincangan kami di bawa ke kelas al-Quran untuk mengisi slot. Beberapa aktiviti di
buat ringkas dan penyerahan ole-ole, majalah dan buku-buku yang akan dapat
ditempatkan di Sudut Pustaka. Lewat petang kami bergerak ke Padang untuk membuatpersiapan pertemuan dan dialog bersama mahasiswa Indonesia pada malam nanti.
Pada malamnya pula pertemuan mahasiswa Islam yang menginap di Islamic Centre
telah diatur untuk Dialog Ketamadunan antara Penasihat GPTD UNISEL, Saudara
Izwan Suhadak Ishak (Naib Presiden GPTD Induk), dua orang wakil mahasiswa iaitu
8/3/2019 Travelog : Ekspedisi Meneladani Pemikiran Hamka
6/64
Saudara Khaidir (Perwakilan Santri Islamic Centre Al-Quds) dan Saudara Lucky
Oktaviadi (Ketua Yayasan Amal Saleh Sumatera Barat) sebagai penalis. Diskusi yang
dimodurasi oleh saudara Afdinal daripada Dewan Dawah dimulakan dengan
penerangan ringkas tentang GPTD dan organisasi mahasiswa yang wujud di sini.
Pusingan kedua Diskusi laluan diberikan kepada mahasiswa bertanyakan soalan
kepada panel. Antara hasil diskusinya, semua bersetuju bahawa Malaysia Indonesia
adalah satu rumpun. Maka tokoh pemikir seperti Hamka bukanlah milik Republik
Indonesia sahaja tetapi seluruh ummat Islam di Asia Tenggara malah dunia. Pengkajian
sejarah harus dikembangkan di kalangan anak muda agar semangat perjuangan ummat
Islam sentiasa segar dalam jiwa setiap muslim. Faham Islamisasi Ilmu, gagasan Syed
Naquib Al-Attas juga disentuh supaya pandangan keras terhadap fahaman-fahaman
sekularisme, Pluralisme dan Liberalisme dapat ditanggapi dan diuruskan dengan baik
dan bijak. Jaringan GPTD akan terus dijalin dan mengajak mahasiswa Indonesia turut
serta dalam usaha menyampaikan misi rahmatan lil alamin.
(30 Disember 09, Rabu) Hari Ke-2
Solat Subuh berjamaah di surau Islamic Centre seawal jam lima pagi tanpa bacaan doa
qunut. Selesai solat majlis Kultum (Kuliah Tujuh Minit) bermula dengan tilawah daripada
salah seorang mahasiswa yang sudah ditugaskan mengikut giliran. Jam lapan pagi kami
semua bergerak bersiar-siar di sekitar Padang meninjau pemandangan indah dan kesan
gempa yang berlaku pada September lalu. Seperti yang telah diaturkan, kami berangkat
ke Universitas Andalas untuk pertemuan dengan mahasiswa Malaysia yang rata-ratanya
jurusan perubatan. Kami saling berkongsi idea dan memperkenalkan Unisel dan
menyatakan tujuan kami datang. Mereka nampaknya teruja dan berminat untuk turut
serta dalam aktiviti kami di Maninjau nanti. Cuma mereka akan mengesahkan
kehadiran mereka beberapa hari lagi.
Sebelah petang kami bergerak ke Bukittingi. Rombongan kami akan disambut oleh
Bapak Iyep serta isterinta iaitu Ibu Harlina. Mereka adakah staf Global Peace Mission
Malaysia yang menguruskan projek Micro Finance. Perjalanan yang berliku-liku dan
mencabar menyebabkan kami sampai lewat Maghrib. Kami di sambut mesra oleh Pak
8/3/2019 Travelog : Ekspedisi Meneladani Pemikiran Hamka
7/64
Iyep dan isteri. Pada malam itu juga kami dibawa bersiar ke Jam Gadang lokasi menarik
di Bukittinggi. Kami saling cuba praktiskan bahasa minang yang telah dipelajari di Unisel
dulu. Walaupun agak kaku dan pelik, tapi galakkan dan senyuman sentiasa terukir di
kalangan masyarakat Minang sebagai tanda penghormatan.
(31 Disember 09, Khamis) Hari Ke-3
Seawal subuh kami bersolat di Masjid Baitul Jalal Muhammadiyah. Kali ini tiada Kultum,
jamaah yang hadir juga kurang. Sekitar 10 orang yang sudah tua tetapi masih gagah.
Maka kami mengambil inisiatif untu