presentation gerakan islah full

31
Dibentangkan oleh; 1. Saiful Rahman b. Ab Rahman (D20091036178) 2. Izni Syukriah bt. Yanto (D20091036190) 3. Noor Atiqah bt. Abd Ghaffar (D20091036245) 4. Noratiqah bt. Othman (D20091036221) 5. Dalilah bt. Ali (D20091036240) GERAKAN ISLAH Di Tanah Melayu

Upload: saiful-rahman-a-rahman

Post on 29-Jun-2015

554 views

Category:

Documents


11 download

TRANSCRIPT

Page 1: presentation Gerakan Islah FULL

Dibentangkan oleh;1. Saiful Rahman b. Ab Rahman (D20091036178)2. Izni Syukriah bt. Yanto (D20091036190)3. Noor Atiqah bt. Abd Ghaffar (D20091036245) 4. Noratiqah bt. Othman (D20091036221)5. Dalilah bt. Ali (D20091036240)

GERAKAN ISLAHDi Tanah Melayu

Page 2: presentation Gerakan Islah FULL

Topik-topik yang akan dibincangkan;

• Pengenalan• Definisi, Konsep & Perjuangan Gerakan Islah• Faktor Kemunculan Gerakan Islah• Perkembangan Gerakan Islah di Tanah Melayu• Pemikiran Islah dalam Politik Melayu• Gerakan Islah; Kaum Muda dan Kaum Tua• Kesan kemunculan Gerakan Islah • Kesimpulan

Page 3: presentation Gerakan Islah FULL

PENGENALAN• Sejak bermulanya penjajahan British di Tanah Melayu secara rasmi

pada tahun1874, orang Melayu terus terpinggir dalamsegala aspek kehidupan.

• Sudahlah mundur, orang Melayu juga menurut Za’ba:

“…tersangat miskin pada segala syarat-syarat atau alat kelengkapan yang boleh membawa kepada kejayaan dan kebesaran bangsa yang sebenar…”

• Dalam arus kemunduran dan kehinaan ini, bangkitlah segolongan anak muda yangdikenali sebagai “Kaum Muda” cuba membela nasib bangsanya.

• Gerakan awal ke arah pengislahan orang Melayu yang dipelopori oleh golongan Kaum Muda ini sering dinamakan sebagai “Gerakan Islah” atau “Gerakan Islah Islamiah”.

Page 4: presentation Gerakan Islah FULL

GERAKAN ISLAHDEFINISI:

ISLAH BERMAKSUD:Islah (Bahasa Arab: إصالح) berasal daripada kata kerja Aslaha (Bahasa Arab: أصلح) yang bermaksud Pembaikan. Islah bermaksud pembaikan atau perubahan terancang ke arah yang lebih baik.

Page 5: presentation Gerakan Islah FULL

Pelopor awalSayyid Jamaluddin al-Afghani

& disambung oleh :Syeikh Muhammad Abduh dan Muhammad Rasyid Redha

IDEA GERAKAN ISLAH

Di Malaysia, gerakan islah dikembangkan oleh siswazah-

siswazah dari universiti di Mesir dan Mekah seperti Universiti al-Azhar. Antara yang terlibat ialah

Syeikh Tahir Jalaluddin, Sayyid Sheikh Al-Hadi, dan Syeikh Abu

Bakar Al-Asy’ari

Pelopor Gerakan Islah di Tanah Melayu

•Sheikh Muhammad Tahir Jalaludin Syed •Sheikh Syed Ahmad Al-Hadi• Haji Abbas bin Muhammad Taha•Dr. Burhanuddin al-Helmi•Tok Kenali

Page 6: presentation Gerakan Islah FULL

KONSEP DAN PERJUANGAN GERAKAN ISLAH ISLAMIAH

Turut dikenali sebagai Gerakan ”Pan-Islamisme”

Sarjana barat beranggapan ia satu bentuk slogan untuk menggabungkan masyarakat islam

Menurut Nikkie R. Keddie: kesan tindakan pencerobohan kuasa Barat ke atas wilayah-wilayah umat Islam (Cth; pencerobohan Perancis terhadap

Tunisia pada tahun 1882)

Page 7: presentation Gerakan Islah FULL

Pandangan Konsep

dan Perjuangan Pan-Islamisme

Syed Hussein al-Attas:pertembungan Barat dan Islam di alam Melayu sejak abad ke-13 - abad 16 merupakan kesinambungan pertentangan yang berlaku antara dua peradaban yang bermula di sekitar Laut Mediterranean

1. memperbaiki aspek-aspek yang menyeluruh pada institusi masyarakat serantau,

2. tentang pemahaman dan penghayatan akidah Islam

3. kesejahateraan umat bergantung pada keseimbangan penghayatannya terhadap aturan agamanya secara menyeluruh (syumul)

Abdul Aziz Mat Ton

Mohammad Redzuan Othman :

kesedaran Pan-Islamisme sebagai usaha progresif umat Islam bagi mencari wadah perpaduan bagi menghadapi penembusan kuasa Barat yang semakin mengancam

BUKU:Pengislahan

Masyarakat Melayu: Perbincangan al-Imam

(1906-1908)

Page 8: presentation Gerakan Islah FULL

Gerakan Islah Islamiah berfokus kepada usaha awal menyatukan seluruh umat

Islam agar bangkit menentang penjajah Barat selain perjuangan untuk memperbaiki

keseluruhan aspek kehidupan umat Islam dalam bidang politik, ekonomi dan

pendidikan termasuklah penghayatan ajaran Islam berlandaskan syariat Islam yang sebenar.

Page 9: presentation Gerakan Islah FULL

FAKTOR KEMUNCULAN GERAKAN ISLAH ISLAMIAH

• Peristiwa penerbitan Al- Imam atau ’al-Manar versi Melayu

• Merupakan titik permulaan kemunculan Gerakan Islah Islamiah di Tanah Melayu

• 23 Julai 1906 di Singapura• atas ’kesedaran politik’ bagi membebaskan

orang Melayu daripada kongkongan penjajah British

Page 10: presentation Gerakan Islah FULL

• Pencetusan gerakan Islah oleh Sayyid Jamaluddin al-Afghani dan Syeikh Muhammad Abduh pada 1882 mempengaruhi kebangkitan semangat kebangsaan di Tanah Melayu

• Golongan pelajar di Tanah Melayu yang mendapat pendidikan di Timur Tengah , khususnya di Mesir telah membangkitkan semangat kebangsaan. Sekembalinya mereka ke tanah air, mereka telah memulakan Gerakan Islah di Tanah Melayu. Golongan ini dikenali sebagai Kaum Muda.

Page 11: presentation Gerakan Islah FULL

Gerakan Islah di Tanah Melayu

• Di sebabkan faktor seruan al-Imam yang ingin mengubah mentaliti Melayu yang telah dijajah

• Untuk menerangkan & mantapkan konsep sebenar islam dalam masyarakat

• Mengubah kehidupan melayu daripada pemikiran yang dijajah oleh barat

• Mentaliti melayu “penyakit kemiskinan perangai”

Page 12: presentation Gerakan Islah FULL

FAKTOR PERKEMBANGAN GERAKAN ISLAH

Tahap pertama (tahun 1906 -1930-an )

Tahap Kedua ( tahun 1940 -1948 )

1. Berpunca daripada persengketaan kaum muda & kaum tua ( bercanggah prinsip dan pendapat )

2. Menyelidik dan persoal persekitaran masyarakat melayu

3. Membina masyarakat baru yang berlandas Islam sebenar ( ubah persepsi sekular )

4. Dilaksana oleh ulama’ Islah dan pihak berprinsip Islah

1. Penjajahan oleh Jepun & muncul parti politik secara meluas serta kebangkitan semangat nasionalisme jelas menunjukkan kematangan ahli-ahli Islah untuk berorganisasi

2. Perkembangan di Maahad al-Ihya as-Syariff Gunung Semanggol, Perak merintis perkembangan parti baru

3. Ibarat zaman ’menuai hasil’ dlm melaksanakan gerakan ini

Page 13: presentation Gerakan Islah FULL

PERKEMBANGAN GERAKAN ISLAH DI TANAH MELAYU

TAHAP PERTAMA TAHAP KEDUA

Tahun- (1906-1930an) Tahun (1940-1948)

Mewujudkan kesedaran kaum Melayu

Kemunculan parti politik yang meluas

Bersifat menyedarkan , membangunkan, & mengukuhkan konsepsi agama umat Islam

Kemunculan parti serta organisasi politik bercorak Islam- MATA& HAMIM

Tumpuan untuk memantapkan pegangan akidah umat Islam

Kesinambungan perjuangan tahap pertama

Memberikan pendedahan kepada ajaran yang sebenar

Gerakan islah semakin malap dan hilang funfsinya menjelang 1930an

Ada persamaan dengan kegiatan dakwah Nabi Muhammad SAW

Berlaku pada zaman penjajahan Jepun

Page 14: presentation Gerakan Islah FULL

FAKTOR MENGHALANG

PERKEMBANGAN

Masyarakat sudah difahami oleh fahaman

kaum tua

Undang2 yang dikeluarkan untuk halang pengaruh

kaum muda

Undang2 yang dikeluarkan utk halang pengaruh

kaum mudaKegiatan dakwah tidak dibenarkan kecuali mendapat

keizinan sultanDilarang membawa masuk buku/

risalah kaum muda

Page 15: presentation Gerakan Islah FULL

STRATEGI PERKEMBANGAN

Penubuhan madrasah/sekolah

2 agama

Melalui penulisan cth: Al-Imam,

Neraca, Edaran Zaman& Pengasuh

Memberi peluang kepada

pelajarperempuan untuk

mendapatkan pendidikan

Berusaha menyemat sikap mengkritik penjajah dalam

fikiran orang Islam

Page 16: presentation Gerakan Islah FULL

PEMIKIRAN ISLAH DALAM POLITIK MELAYU

• Selepas Perang Dunia Ke-2, Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) ditubuhkan pada 17 Oktober 1945 di Ipoh, Perak.

• PKMM diberi imej sebuah parti berhaluan kiri oleh penjajah kerana dasar anti-penjajah dan cita-cita penyatuan dengan Indonesia.

• PKMM menaja pertubuhan-pertubuhan sayap untuk memperkuatkan pengaruhnya.

Page 17: presentation Gerakan Islah FULL

Pertubuhan-pertubuhan Sayap PKMM

•Angkatan Wanita Sedar

AWAS

•Barisan Tani Se Malaya

BATAS

•Angkatan Pemuda Insaf

API

Page 18: presentation Gerakan Islah FULL

UMNO ditubuhkan pada 11 Mei 1946

Persekutuan Tanah Melayu telah

dibentuk pada 1 Februari 1948

British bimbang dengan pengaruh pergerakan

radikal PKMM memperjuangkan

kemerdekaan sebenar

British berjaya memutuskan hubungan PKMM dengan UMNO berhubung dengan lambang bendera UMNO

UMNO kemudiannya memilih bekerjasama dengan British dan PKMM keluar daripada pertubuhan tersebut dan berjuang secara

bersendirian

Page 19: presentation Gerakan Islah FULL

• Penubuhan MATA pada tahun 1947.

• Hizbul Muslimin berjaya ditubuhkan pada 17 Mac 1948 dengan galakan PKMM.

• Dasarnya bertentangan dengan kepentingan British iaitu;- membebaskan bangsa Melayu dan Tanah Melayu daripada

penjajahan - membentuk negara Islam sejagat - mewujudkan Melayu sebuah negara Darul Islam

• Hizbul Muslimin merupakan asas pembentukan parti Islam dalam sejarah perkembangan politik Melayu di Malaysia.

• Namun, British mengharamkan penubuhannya setelah beberapa bulan penubuhannya.

Page 20: presentation Gerakan Islah FULL

1. Konflik politik antara gerakan kebangsaan yang beridentiti

Islah dengan gerakan kebangsaan sekular

2. UMNO menganggap kelahiran Hizbul Muslimin

sebagai perkembangan yang merbahaya (Red Islamic Party)

3. Berlaku jurang pemikiran antara pejuang-pejuang

kebangsaan Melayu

4. Pengaruh fahaman Islah dalam politik semakin

terserlah apabila beberapa orang ulama dalam biro

agama UMNO keluar parti apabila berlaku krisis dalaman

5. Persidangan ulama di Pulau Pinang pada kali

ketiga berjaya mengasaskan Persatuan Islam Se

Malaya(PAS) pada 25 November 1951

Page 21: presentation Gerakan Islah FULL

KAUM TUA• Wujud sejak kedatangan Islam di Tanah Melayu antara abad ke 13M dan 14M.• Pengaruh daripada Timur Tengah iaitu Makkah dan Mesir.• Terdiri daripada golongan ulama-ulama tradisional yang berpegang kepada tradisi konservatif.• Dipengaruhi oleh ajaran mazhab-mazhab tertentu terutamanya Mazhab Syafi’i.• Menguasai masyarakat Melayu dengan fahaman:

a) Islam adalah tentang akhirat.b) Menekankan aspek fardu ain sahaja.

• Berkembang secara meluas di Negeri-negeri Melayu.• Menyalurkan pendapat dan mematahkan serangan pena kaum muda melalui akhbar Suara Benar dan Lidah Benar.

Page 22: presentation Gerakan Islah FULL

KAUM MUDA• Muncul pada awal abad ke 20 dan dipengaruhi oleh gerakan Islah di Mesir, Arab

Saudi, dan India serta mengamalkan pemikiran Barat.

• Merupakan Ahli Sunnah Waljamaah.

• Meluaskan pengaruh di Negeri-negeri Selat – Singapura, Melaka dan Pulau Pinang.

• Kaum Muda menggunakan akhbar Al-Imam, Seruan al-Azhar, Saudara, Neraca dan al-Ikhwan untuk menyebarkan idea mereka.

• Dianggap lebih berhaluan kiri.

• Tokoh – Syeikh Mohd Abduh, Syeikh Tahir Jalaluddin, Dr. Burhanuddin Al-Helmi dan lain-lain.

• Dibawah fahaman pemikiran Kaum Muda ini terbentuk persatuan politik yang berjuang mendapatkan kemerdekaan negara seperti API, AWAS, PKMM DAN KMM.

Page 23: presentation Gerakan Islah FULL

Isu yang diketengahkan oleh

Kaum Muda

Bacaan talqinBerdoa selepas sembahyang

Membaca doa Qunut sewaktu solat subuh

Membuat bubur as-syuraMenggunakan duit zakat untuk

mendirikan masjid

Menggunakan kalimah “usolli”

Kenduri dan tahlil kematian

Bedok menandakan waktu azan

Page 24: presentation Gerakan Islah FULL

KEJAYAANKAUM TUA KAUM MUDA

• menyumbangkan kepada perkembangan perundangan negara pada peringkat awal bermula dari Kanun Melaka (1444)

• Menubuhkan beberapa buah madrasah untuk menjalankan kegiatan pendidikan yang meliputi ilmu dunia dan akhirat seperti ilmu fardu ain, ilmu hisab dan bahasa Inggeris.

• meningkatkan amalan kerohanian masyarakat dan mengukuhkan hubungan kemasyarakatan dengan mengadakan sambutan kelahiran Nabi Muhammad S.A.W dan majlis asyura.

• Melahirkan kesedaran politik dalam masyarakat tempatan. Bersesuaian dengan perjuangan mereka untuk menyemai semangat nasionalisme dalam diri setiap individu.

• Memperkenalkan bentuk pakaian Islam yang bercorak budaya Melayu seperti baju Melayu dan wanita tidak perlu memakai purdah.

• Meningkatkan kefahaman Islam terhadap masalah-masalah yang perlu disedari untuk kepentingan umat Islam.

• Menulis kitab dalam pelbagai bidang Ilmu seperti akidah, akhlak, perubatan dan pertukangan

• Menaiktarafkan kedudukan wanita dalam masyarakat terutamanya dari segi pendidikan.

Page 25: presentation Gerakan Islah FULL

KESAN KEMUNCULAN GERAKAN ISLAH DI TANAH MELAYU

1. Kemunculan tokoh-tokoh Islamiah

2. Penubuhan madrasah

3. Penerbitan akhbar dan majalah

4. Penubuhan persatuan

5. Organisasi parti politik

Page 26: presentation Gerakan Islah FULL

Tokoh-tokoh Islamiah dalam Gerakan Islah

Syed Syeikh Ahmad al-Hadi

Syeikh Mohd Tahir Jalaludin

Haji Abbas Mohd Taha

Syeikh Mohd Salim al-Kalali

Dr. Burhanuddin al-Helmi

Page 27: presentation Gerakan Islah FULL

Penubuhan Madrasah

1. Madrasah al-Iqbal al-Islamiyah, Singapura.2. Madrasah Idrisiah Kuala Kangsar.3. Madrasah al-Masyhur al-Islamiah Pulau

Pinang.4. Madrasah al-Hadi al-Diniah Pulau Pinang.5. Madrasah al-Hadi al-Diniah Kg. Lalang, Perak.6. Madrasah al-Ihya as-Syariff Gunung

Semanggol, Perak.

Page 28: presentation Gerakan Islah FULL

Penerbitan Majalah dan Akhbar

Al- Imam Neracha

Al-IkhwanSaudara

Page 29: presentation Gerakan Islah FULL

Penubuhan Persatuan

1. Persatuan Islam Pulau Pinang

2. Persatuan al-Ihya as- Syariff, Gunung Semanggol, Perak

Page 30: presentation Gerakan Islah FULL

Organisasi Parti Politik

1. Gerakan Ansari Sunnah Melaka2. Pusat Perekonomian Melayu Se-

Malaya(PEPERMAS)3. Majlis Tertinggi Agama(MATA)4. Lembaga Pendidikan Rakyat(LEPIR)5. Hizbul Muslimin(HAMIM)6. Parti Islam Se-Malaya(PAS)

Page 31: presentation Gerakan Islah FULL

KESIMPULAN•  Kedatangan Islam di alamMelayu menurut Syed Naquib Al-Attas sebagai

“transforming both the soul and the body of the Malay-Indonesia society”.

• Hakikatnya, perkembangan awal pemikiran politik Melayu sememangnya telah ‘dicetuskan’ oleh tokoh-tokoh Gerakan Islah Islamiah di Tanah Melayu yang telah mendapat pendidikan di Timur Tengah khususnya Mesir.

• Walaupun Gerakan Islah Islamiah atau Pan-Islamisme tidak berjaya mendapat sokongan yang menggalakkan daripada keseluruhan umat Islam serta kesedaran politik yang amat terbatas di kalangan orang Melayu, namun setidak-tidaknya ia telah berjaya ’mencetuskan’ kesedaran awal di kalangan orang Melayu tentang kepentingan membelanasib dan hak orang Melayu agar ‘bangkit’ daripada lena seterusnya berjuang menentang penjajah British yang digelar oleh Za’ba sebagai “Al-Maseh Al-Dajal”.