islah ijtima'iyy: menyelami pendekatan 2 umar

24
SEMINAR PENGHAYATAN KEPIMPINAN 2 UMAR TARIKH : 16 OKTOBER 2011 ( AHAD) TEMPAT :BILIK KULIAH 1, MASJID NEGERI SHAH ALAM ANJURAN : JAIS & WADAH SELANGOR

Upload: ahmad-zaki-abdul-latiff

Post on 23-Jun-2015

833 views

Category:

Documents


5 download

TRANSCRIPT

Page 1: Islah Ijtima'iyy: Menyelami Pendekatan 2 Umar

SEMINAR PENGHAYATAN KEPIMPINAN 2 UMAR

TARIKH : 16 OKTOBER 2011 ( AHAD)TEMPAT :BILIK KULIAH 1, MASJID

NEGERI SHAH ALAMANJURAN : JAIS & WADAH SELANGOR

Page 2: Islah Ijtima'iyy: Menyelami Pendekatan 2 Umar

Islah Ijtimai‘yy : Menyelami Pendekatan 2

Umar

0lehProf Madya Dr Ahmad Zaki Hj Abd Latiff

Page 3: Islah Ijtima'iyy: Menyelami Pendekatan 2 Umar

Pendekatan islah yang kully

Kesimpulan

Muhasabah diri

Rujukan

Wibawa keperibadian

Keperluan kepada suatu Perubahan

Pengenalan

Page 4: Islah Ijtima'iyy: Menyelami Pendekatan 2 Umar

Pengenalan

• "Allah akan mengutus kepada umat ini pada setiap awal kurun seorang yang akan memperbaharui (atau memulihkan) urusan agama“ (Sunan Abu Dawud, Kitab al-Malahim, bab 1.)

• Ulama bersepakat mengatakan bahawa untuk kurun pertama Hijrah, Umar ibn Abd Aziz (717-720M)merupakan mujaddid pada kurun tersebut.

• Kegemilangan sesebuah ummah amat berkait rapat dengan kualiti pemimpin, peribadi unggul ibarat seperti batu permata @ kasturi

Page 5: Islah Ijtima'iyy: Menyelami Pendekatan 2 Umar

Keperluan kepada Suatu Perubahan

• Tuntutan Kembali kepada Qur`an dan Sunnah• Pembaikan masyarakat supaya kembali menghayati ajaran Islam

yang sebenar. Jangan ditunggu ratu adil dari langit , ibda bi nafsika wad‘u ghairaka

• “Aku tidak berkehendak melainkan melakukan islah (pembaikan) sedaya-upayaku dan tidak ada taufiq bagiku melainkan daripada Allah. KepadaNyalah aku bertawakkal dan kepadaNyalah aku akan kembali” (Hud: 88)

• Tiga aspek perubahan; I. Daripada Pengabdian sesama Manusia kepada pengabdian hanya kepada Allah II. Daripada kezaliman agama kepada keadilan Islam III. Daripada kesempitan dunia kepada keluasan Akhirat

Page 6: Islah Ijtima'iyy: Menyelami Pendekatan 2 Umar

Tujuan sebenar Islah

• ...ia adalah seruan Islam yang merangkumi akidah dan akhlak, amalan dan siasah, ibadah juga keperibadian diri dan masyarakat. Ia meliputi akal dan jiwa, ruh dan jasad. Ia bergantung kepada perubahan mendalam dalam jantung hati dan jiwa, akidah dan akal...istimewanya dakwah dan kesungguhan para nabi ialah ketulusan mereka dari memikirkan kepentingan kebendaan, hasil yang segera. Mereka tidak mencari dengan dakwah dan jihad mereka melainkan keredhaan Allah... Antara Nasihat Abul Hasan Ali An-Nadwi kepada pimpinan Ikhwan al-Muslimun

Page 7: Islah Ijtima'iyy: Menyelami Pendekatan 2 Umar

Ke mana arah tuju kepimpinan?

• Pepatah Cina menyatakan ikan akan rosak bermula dengan kepalanya

• Kepimpinan merupakan amanah bukan ghanimah, ia taklif bukan tasyrif

• Corporate fraud scandals: from 1986-2010, United States of America tops the list of the highest number of financial and accounting fraud-37 & 3 UK

• Causes of crisis: …that the crisis was not a natural disaster, but the result of high risk, complex financial products; undisclosed conflicts of interest; and the failure of regulators…

• Apa punca krisis kewangan? Apakah tidak ada sistem kawalan kewangan yang rapi dan canggih? Apakah tidak ada pakar pengurus kewangan? Kepimpinan yang Tiada IMAN dan TAQWA

Page 8: Islah Ijtima'iyy: Menyelami Pendekatan 2 Umar

Peribadi unggul

• “Umar al-Khattab seorang yang sangat mengetahui keadaan kemahuan rakyat, adil memberi hukuman , tidak ada sifat-sifat: sombong, dengki dan dendam, suka menerima pemberian rakyat walaupun siapa saja; sangat berhati-hati dalam menjalankan yang benar, sangat kasih kepada yang lemah, menyamaratakan antara segala golongan manusia, suka musyawarah dalam segala urusan, suka menerima nasihat walaupun siapa saja, mementingkan urusan rakyat walaupun bukan Islam dan tidak suka memperhambakan sesama manusia.” Kata Muawiyah bin Abi Sufyan

Page 9: Islah Ijtima'iyy: Menyelami Pendekatan 2 Umar

Wibawa keperibadian: Umar Abd Aziz

• TAQWA• ZUHUD• TAWADUK• WARAK• SANTUN DAN PEMAAF• SABAR DAN TABAH• TEGAS DAN HIKMAH• ADIL• BANYAK BERDOA

Page 10: Islah Ijtima'iyy: Menyelami Pendekatan 2 Umar

Taqwa Umar

“Demi Allah dia bukan termasuk seorang yang paling banyak solat dan puasa, tetapi demi Allah, aku tidak pernah melihat ada orang yang lebih takut kepada Allah melebihi takut Umar kepada Allah. Suatu malam dia berzikir kepada Allah di tempat tidurnya dan tiba-tiba dia menggigil spr menggigil burung pipit kerana takutnya kpd Allah.” Fatimah Abd Malik

Page 11: Islah Ijtima'iyy: Menyelami Pendekatan 2 Umar

Zuhud

Umar Abd Aziz dikatakan lebih zuhud daripada Uwais al-Qarni - dengan alasan orang yang pernah memiliki dunia tetapi tidak langsung terpikat dengannya lebih afdal drp orang yang belum pernah memiliki dunia walaupun hatinya memang zuhud terhadapnya.

• “Aku tidak melihat kezuhudan itu paling kurang melainkan dalam perkara kepimpinan (kuasa). Engkau akan dapati seseorang yang zuhud dalam makanan, minuman, harta dan pakaian tetapi apabila tiba soal kuasa maka dia akan mempertahan dan bermusuhan kerananya” Kata Sufyan al-Thauri (meninggal 161H):

Page 12: Islah Ijtima'iyy: Menyelami Pendekatan 2 Umar

Tawaduk

Raja’ bin Haiwah meriwayatkan: “suatu malam aku berada di sisi Umar Abd Aziz berbicara dengannya. Tiba-tiba lampu padam. Aku pun lantas bangun untuk memperbaikinya, tetapi Umar menghalang dan mempersilakan aku duduk. Kemudian beliau sendiri bangun memperbaikinya. Apabila Umar kembali duduk di hadapan ku beliau berkata: Apa jua perlakuanku sebentar tadi sama ada berdiri atau pun duduk, menggambarkan bahawa aku hanyalah seroang manusia yang bernama Umar Abd Aziz bukannya Amirul Mukminin dan adalah satu sikap tercela bagi seseorang apabila ia menggunakan khidmat tetamunya.”

Page 13: Islah Ijtima'iyy: Menyelami Pendekatan 2 Umar

Warak

Kata Abu Syaiban, Umarah bin Nusaiy telah mengirim kepada Umar melalui perantaraanku dua raga tamar mekar yang pertama kali masak. Ketika aku berikan kpd Umar, beliau bertanya, apakah kenderaan yang engkau naiki untuk membawa buah tamar ini? Jawab ku : kenderaan penghantar surat, kata Umar, kalau begitu, ambil kembali buah tamar ini dan jualkan.

Page 14: Islah Ijtima'iyy: Menyelami Pendekatan 2 Umar

Santun dan Pemaaf

Pada suatu malam, Umar telah keluar bersama-sama pengawalnya dan mereka masuk ke dalam sebuah masjid. Dalam kegelapan malam tersebut, tanpa disedari beliau terpijak seorang lelaki yang sedang tidur semasa melintasinya, lelaki tersebut mengangkat kepalanya dan berkata:”Gila kah engkau.” Jawab Umar : Tidak, dalam masa yg sama pengawalnya meluru ke arah lelaki tersebut untuk memukulnya. Kata Umar: Jangan, dia hanya menanyakan adakah aku ini gila? Lalu jawabku: Tidak.

Page 15: Islah Ijtima'iyy: Menyelami Pendekatan 2 Umar

Sabar dan tabah

Demi Allah, Aku berasa takut sekali untuk duduk di atas singgahsana ini, jika memang yang duduk di atas singgahsana ini bukan orang yang layak sama sekali. Jika aku boleh melepaskan kekuasaan ini, maka sudah aku serahkan kekuasaan ini kepada yang berhak untuk menerimanya, tetapi aku hanya boleh bersabar hingga Allah menentukan pilihan dan ketentuanNya.

Page 16: Islah Ijtima'iyy: Menyelami Pendekatan 2 Umar

Tegas dan Hikmah

• Ketegasan beliau memecat gabenor serta pegawai kerana menyeleweng dan melakukan kezaliman.

• Bertindak penuh hikmah, misalnya ketika berhadapan dengan golongan Khawarij, beliau mengambil pendekatan dailog dan debat ilmiah.

Page 17: Islah Ijtima'iyy: Menyelami Pendekatan 2 Umar

Adil

Seluruh penguasa dan jabatan diberi peringatan agar melakukan keadilan kepada masyarakat serta memenuhi janji yang dibuat. Keadilan pada zaman Umar Abd Aziz sampai ke puncak gunung dan desa di pendalaman. Beliau disanjung sebagai tokoh agung keadilan sepanjang zaman.

Page 18: Islah Ijtima'iyy: Menyelami Pendekatan 2 Umar

Pendekatan islah yang kully

• Mengutamakan kepentingan rakyat mengatasi kepentingan diri dan keluarga

• Mengutamakan orang yang lapar daripada membeli kelambu Kaabah

• Berhati-hati dalam menjaga harta negara• Membasmi perbuatan maksiat• Belas kasihan terhadap binatang• Menghapuskan cukai jizyah ke atas kafir zimmi• Menggantikan kata laknat dalam khutbah jumaat kepada

Saidina Ali dengan firman Allah Surah An-Nahlu ayat: 90 yang bermaksud sesungguhnya Allah menyuruh berlaku adil dan berbuat kebaikan serta membantu kaum keluarga dan melarang drpd perbuatan keji dan mungkar serta kezaliman. Dia mengajar kamu agar kamu mengambil peringatan.

Page 19: Islah Ijtima'iyy: Menyelami Pendekatan 2 Umar

Perubahan jelas kelihatan

• “Pada zaman khalifah al-Walid, masyarakat berbual mengenai bangunan yang tinggi, sesuatu yang indah dan senibina yang cantik. Manakala khalifah Sulaiman pula minat kepada perempuan dan majlis yang besar-besar, begitulah juga yang menjadi keasyikan rakyat jelata. Tetapi pada zaman Umar Abd Aziz tajuk perbualan umum berkaitan dengan persoalan solat, munajat kepada Allah, persoalan diri dan ibadat, perkara sunat untuk meningkatkan kerohanian diri dan perbincangan mengenai al-Quran.” Abul Hasan Ali An-Nadwi

Page 20: Islah Ijtima'iyy: Menyelami Pendekatan 2 Umar

Muhasabah diri

• Bersikap terbuka dan menerima nasihat dan peringatan ulama, malah menangis, rasa berdosa

• Keperihatinan terhadap tanggung jawab yang besar, bimbang kalau tidak mempunyai sebarang hujah pada Hari Kiamat kelak

• Mengakui rasa bodoh dan merasai banyak orang yang lebih mengerti daripada Umar al-Khattab

• Peringatan daripada kubur, aku beri salam mereka tak jawab…

Page 21: Islah Ijtima'iyy: Menyelami Pendekatan 2 Umar

Pantun: Muhasabah diri

Islah itu hijrah-perubahanBermula dengan niat yang diabadikanTingkatkan rohani berteraskan imanMenghadap wajah Rabbul Alamin.

Islah itu mulai daripada diriMembangun diri dengan pekerti

Memperbaiki sampai matiItulah pejuangan yang sejati..

Islah itu muhasabahMuhasabah diri dengan tabahMencari kelemahan elak fitnah

Agar perjuangan menjadi mudah..

Islah itu ikhtiar-tawakkalIkhtiar sepenuh akal

Mengolah kaedah, uslub yang afdhalLalu tawakkal kepada yang kekal...

Page 22: Islah Ijtima'iyy: Menyelami Pendekatan 2 Umar

Rumusan

• Meneladani kezuhudan Umar Abd Aziz • …Sungguhpun di depannya terpampang jelas kenikmatan dunia

yang mudah dan banyak yang boleh diraih, namun beliau memilih untuk meninggalkan semuanya demi kebahgiaan akhirat…

• Menjaga kemaslahatan umat, • Sesiapa para pemimpin yg menguruskan urusan kaum muslimin

kemudian ia tidak bersungguh-sungguh menjaga kemaslahatan mereka dan tidak pula menasihati mereka maka ia tidak akan masuk syurga bersama mereka (Maksud Hadith riwayat Sahih Muslim)

• Islah sosial, kembali kepada Sunnah Waljamaah• “Islam itu bermula dalam keadaan yang asing, dan akan kembali

asing maka beruntung mereka yang asing. Ditanya baginda: “Siapakah mereka wahai Rasulullah!”. Jawab baginda: “Mereka yang membaiki ketika manusia rosak”. (Riwayat Ahmad, sahih).

Page 23: Islah Ijtima'iyy: Menyelami Pendekatan 2 Umar

Kesimpulan

Transformasi sosial Dua Umar berjaya mensejahtera rakyat dan telah berjaya mencapai status negara yang makmur dan diampun oleh Tuhan (Baldatun Tayyibatun wa Rabbun Ghafur). Seluruh umat pada zaman kedua-duanya berjaya hidup bahagia, berdikari dan tidak layak menerima zakat lantaran kekayaan yang mereka miliki

Page 24: Islah Ijtima'iyy: Menyelami Pendekatan 2 Umar

Rujukan

• Rasid Muhamad. 2011.Menyelami Pengurusan Umar Abdul Aziz. Shah Alam: Karangkraf

• Hasan Ibrahim Hasan. 1987. Sejarah Islam (terj). Kuala Terengganu: Yayasan Islam Terengganu

• Muhammad Nuruddin. 2002. Khalifah Zuhud Umar Abdul Aziz. Pasir Mas: Maahad Tahfiz Repek

• Mohd Asri bin Zainul Abidin, Gerakan Islah dan Tajdid: Cabaran dan Keperluan dlm “seminar berpegang kepada al Quran dan as Sunnah 2011”