tahap pengetahuan, sikap dan masalah … · dunia kini sedang mengalami transformasi daripada...

26

Upload: doxuyen

Post on 21-Jul-2019

232 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: TAHAP PENGETAHUAN, SIKAP DAN MASALAH … · Dunia kini sedang mengalami transformasi daripada masyarakat perindustrian kepada masyarakat maklumat. Perubahan ini telah dipercepatkan
Page 2: TAHAP PENGETAHUAN, SIKAP DAN MASALAH … · Dunia kini sedang mengalami transformasi daripada masyarakat perindustrian kepada masyarakat maklumat. Perubahan ini telah dipercepatkan
Page 3: TAHAP PENGETAHUAN, SIKAP DAN MASALAH … · Dunia kini sedang mengalami transformasi daripada masyarakat perindustrian kepada masyarakat maklumat. Perubahan ini telah dipercepatkan

TAHAP PENGETAHUAN, SIKAP DAN MASALAH PENGGUNAAN

KOMPUTER DI KALANGAN GURU DI SEKOLAH MENENGAH

DAERAH ALOR GAJAH.

LIM BEE YEOK

Laporan projek ini dikemukakan

sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat

penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains dan Komputer Serta Pendidikan

(Matematik)

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

April 2008

Page 4: TAHAP PENGETAHUAN, SIKAP DAN MASALAH … · Dunia kini sedang mengalami transformasi daripada masyarakat perindustrian kepada masyarakat maklumat. Perubahan ini telah dipercepatkan
Page 5: TAHAP PENGETAHUAN, SIKAP DAN MASALAH … · Dunia kini sedang mengalami transformasi daripada masyarakat perindustrian kepada masyarakat maklumat. Perubahan ini telah dipercepatkan

iii

Untuk bapa dan ahli keluarga yang tersayang.

Page 6: TAHAP PENGETAHUAN, SIKAP DAN MASALAH … · Dunia kini sedang mengalami transformasi daripada masyarakat perindustrian kepada masyarakat maklumat. Perubahan ini telah dipercepatkan

iv

PENGHARGAAN

Saya ingin merakamkan ribuan terima kasih dan penghargaan kepada mereka

yang telah memberi sumbangan kepada penghasilan projek ini.

Setinggi-tinggi penghargaan yang tidak terhingga khas kepada Prof. Madya

Dr. Zaidatun Tasir, selaku penyelia bagi projek ini di atas segala susah payah

menunjuk ajar, menasihati, menyemak, menyumbang idea serta bimbingan yang

diberi sepanjang tempoh projek ini dijalankan sehingga saya dapat menyempurnakan

laporan projek penyelidikan ini dengan jayanya.

Kepada staf Universiti Teknologi Malaysia, terutamanya kepada mereka yang

bertugas di pejabat Akademik, pejabat Dekan, Fakulti Pendidikan, Pusat Sumber,

Perpustakaan Sultanah Zanariah dan pensyarah-pensyarah yang lain yang terlibat

sama ada secara langsung atau tidak langsung dalam pemberian bantuan dan panduan

kepada projek ini.

Tidak dilupakan ucapan ribuan terima kasih kepada pihak sekolah tempat

kajian di sekitar bandar Alor Gajah, Melaka iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan

Dol Said, Sekolah Menengah Teknik Datuk Seri Mohd. Zin, Sekolah Menengah

Dato Haji Talib Karim, Sekolah Menengah Kebangsaan Naning, Sekolah Menengah

Kebangsaan Seri Pengkalan dalam membantu proses pengumpulan data serta

maklumat kajian ini.

Akhirnya kepada keluarga tersayang yang sentiasa memberikan perangsang

serta dorongan kepada diri saya dalam menempuh setiap hari-hari yang mencabar.

Buat rakan-rakan seperjuangan, jasa serta dorongan kalian akan saya kenang hingga

ke akhir hayat. Terima kasih.

Page 7: TAHAP PENGETAHUAN, SIKAP DAN MASALAH … · Dunia kini sedang mengalami transformasi daripada masyarakat perindustrian kepada masyarakat maklumat. Perubahan ini telah dipercepatkan

v

ABSTRAK

Kajian ini dijalankan bagi mengenal pasti tahap pengetahuan, sikap dan

masalah penggunaan komputer di kalangan guru di lima buah sekolah di sekitar

bandar Alor Gajah, Melaka. Kajian ini juga mengenal pasti tujuan dan kekerapan

penggunaan komputer semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Dapatan

menunjukkan bahawa tujuan utama guru-guru menggunakan komputer adalah untuk

melaksanakan tugasan sekolah. Dari segi kekerapan penggunaan pula, guru-guru

dalam kajian ini adalah merupakan pengguna komputer yang sederhana. Untuk

kajian ini, responden adalah sebanyak 202 orang yang terdiri daripada guru-guru

yang mengajar di lima buah sekolah menengah di sekitar bandar Alor Gajah. Soal

selidik telah digunakan sebagai instrumen kajian dan pengumpulan data dilakukan

dengan menggunakan skala Likert empat mata. Data-data ini kemudiannya diproses

menggunakan perisian “Statistical Packages for the Social Sciences 13.0” (SPSS).

Nilai kebolehpercayaan bagi instrumen kajian ini ialah alfa-0.881. Penganalisisan

dibuat secara kaedah statistik deskriptif iaitu dalam bentuk kekerapan, peratusan

serta min. Hasil daripada kajian ini menunjukkan tahap pengetahuan komputer di

kalangan guru adalah agak tinggi (min =2.91), sikap guru yang positif dalam

penggunaan komputer semasa proses pengajaran dan pembelajaran (min=3.10). Bagi

pengenalpastian masalah dalam penggunaan komputer pula menunjukkan para guru

yang terlibat dalam kajian tidak mengalami masalah yang serius untuk menggunakan

komputer dalam pengajaran mereka (min =2.36). Seterusnya hasil analisis Ujian T

digunakan dan dapatan menunjukkan wujudnya perbezaan yang signifikan antara

konstruk masalah berdasarkan jantina dan memberi nilai signifikan 0.04 (p<0.05)

pada aras keertian α = 0.05. Tidak wujudnya perbezaan yang singnifikan mengikut

jantina bagi konstruk pengetahuan dan sikap. Nilai signifikan bagi tahap

pengetahuan(0.46) dan nilai signifikan bagi sikap (0.25) (p>0.05). Berpandukan

hasil kajian, penyelidik telah mengutarakan beberapa cadangan bagi membantu pihak

Kementerian Pelajaran dan sekolah khususnya mempercepatkan perkembangan

teknologi komputer kepada guru-guru di sekolah.

Page 8: TAHAP PENGETAHUAN, SIKAP DAN MASALAH … · Dunia kini sedang mengalami transformasi daripada masyarakat perindustrian kepada masyarakat maklumat. Perubahan ini telah dipercepatkan

vi

ABSTRACT

This research is carried out to identify the level of knowledge, attitude and

problems faced by teacher in using computers among the five secondary schools in

the district of Alor Gajah, Melaka. The research also identified the purpose and

frequency of using computer in teaching and learning process. Finding show that the

main objective of teachers using the computers were to complete the task given by

school. In the aspect of computer usage, the result shows that teachers in this

research were average user. 202 respondents of teachers from five secondary schools

around the town in Alor Gajah, Melaka were involved in this research. A set of

Questionnaires is used as research instrument and the data collection was done by

using four points Likert scale. SPSS (Statistical Packages for the Social Sciences)

versions 13.0 was used to analyze the data. The reliability index of the questionnaire

is alpha- 0.881. A descriptive statistical analysis was carried out in the form of

frequencies, percentage and mean values. The result of this research shows a quite

good level (mean = 2.91) of computer knowledge among the teachers in teaching and

learning process. Those respondents in the research show a positive attitude in using

computer in teaching and learning process with the mean 3.10. For problem faced by

teacher, the mean=2.36 is quite low and this shows that teachers didn’t face a serious

problem on using computer. Furthermore, T test is been used and shows that there is

a significant difference between the problems faced by teachers based on gender in

using computers in their teaching. There is no significant difference between level of

computer knowledge and attitude based on gender. The significant value for level of

computer knowledge is 0.46 and significant value for attitude is 0.25 (P>0.05).

Based from the data, a few comments and suggestions were given in order to help the

ministry of education and school management to boost up computer technologies to

all teachers in school.

Page 9: TAHAP PENGETAHUAN, SIKAP DAN MASALAH … · Dunia kini sedang mengalami transformasi daripada masyarakat perindustrian kepada masyarakat maklumat. Perubahan ini telah dipercepatkan

vii

KANDUNGAN

BAB PERKARA HALAMAN

HALAMAN JUDUL i

PENGAKUAN ii

DEDIKASI iii

PENGHARGAAN iv

ABSTRAK v

ABSTRACT vi

KANDUNGAN vii

SENARAI JADUAL xi

SENARAI RAJAH xiii

SENARAI SIMBOL xiv

SENARAI LAMPIRAN xv

I PENDAHULUAN 1

1.1 Pengenalan 1

1.2 Latar Belakang Masalah 3

1.3 Pernyataan Masalah 7

1.4 Objektif Kajian 8

1.5 Persoalan Kajian 9

1.6 Rasional Kajian 10

1.7 Kepentingan Kajian 10

Page 10: TAHAP PENGETAHUAN, SIKAP DAN MASALAH … · Dunia kini sedang mengalami transformasi daripada masyarakat perindustrian kepada masyarakat maklumat. Perubahan ini telah dipercepatkan

viii

1.8 Skop dan Batasan Kajian 12

1.9 Definisi Istilah 12

1.10 Penutup 16

II SOROTAN KAJIAN 17

2.1 Pengenalan 17

2.2 Perkembangan Sistem Pendidikan

di Malaysia 17

2.3 Komputer dalam Pendidikan 20

2.4 Pengaplikasian Komputer dalam

Pengajaran dan Pembelajaran 22

2.5 Kajian Terhadap Tahap Pengetahuan guru

dalam Penggunaan Komputer 25

2.6 Kajian Terhadap Sikap Guru dalam

Penggunaan Komputer 27

2.7 Kajian Terhadap Kekerapan dan Tujuan

Penggunaan Komputer di Kalangan Guru 29

2.8 Kajian Tentang Masalah Penggunaan

Komputer 31

2.9 Penutup 34

III METODOLOGI KAJIAN 35

3.1 Pengenalan 35

3.2 Reka Bentuk Kajian 36

3.3 Prosedur Kajian 37

3.4 Populasi dan Persampelan 38

3.5 Instrumen Kajian 40

3.6 Kajian Rintis 44

3.7 Analisis Data 45

3.8 Penutup 47

Page 11: TAHAP PENGETAHUAN, SIKAP DAN MASALAH … · Dunia kini sedang mengalami transformasi daripada masyarakat perindustrian kepada masyarakat maklumat. Perubahan ini telah dipercepatkan

ix

IV ANALISIS DATA DAN KEPUTUSAN 48

4.1 Pengenalan 48

4.2 Keputusan Soal Selidik 49

4.3 Latar Belakang Responden 49

4.4 Penggunaan Komputer di Kalangan Responden 52

4.5 Tahap Pengetahuan, Sikap Responden dan

Masalah Penggunaan Komputer 58

4.5.1 Tahap Pengetahuan Responden

Terhadap Penggunaan Komputer 59

4.5.2 Sikap Responden Terhadap

Penggunaan Komputer 61

4.5.3 Masalah Responden Terhadap

Penggunaan Komputer 63

4.5.4 Perbezaan Jantina Responden

Terhadap Penggunaan Komputer

Berdasarkan Konstruk Pengetahuan,

Sikap dan Masalah 64

4.6 Penutup 65

V PERBINCANGAN, KESIMPULAN DAN

CADANGAN 67

5.1 Pengenalan 67

5.2 Latar Belakang Guru 68

5.3 Penggunaan Komputer di Kalangan Guru 69

5.4 Tahap Pengetahuan Komputer di

Kalangan Guru 73

5.5 Sikap Guru Terhadap Penggunaan Komputer 76

5.6 Masalah Guru Terhadap Penggunaan Komputer 79

Page 12: TAHAP PENGETAHUAN, SIKAP DAN MASALAH … · Dunia kini sedang mengalami transformasi daripada masyarakat perindustrian kepada masyarakat maklumat. Perubahan ini telah dipercepatkan

x

5.7 Perbezaan antara Aspek Pengetahuan, Sikap dan

Masalah yang Dihadapi oleh Guru

Berdasarkan Jantina 81

5.8 Rumusan 82

5.9 Cadangan 84

5.10 Cadangan Kajian Lanjutan 86

5.11 Penutup 87

RUJUKAN 88

LAMPIRAN 99 - 118

Page 13: TAHAP PENGETAHUAN, SIKAP DAN MASALAH … · Dunia kini sedang mengalami transformasi daripada masyarakat perindustrian kepada masyarakat maklumat. Perubahan ini telah dipercepatkan

xi

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL TAJUK HALAMAN

3.1 Pembahagian reka bentuk kajian kuantitatif

berdasarkan jenis data yang dipungut 36

3.2 Taburan populasi dan sampel mengikut sekolah 39

3.3 Jadual penentuan ujian soal selidik 41

3.4 Skala Thurstone menyusun kekerapan

berdasarkan item yang disenaraikan 42

3.5 Pembahagian item mengikut Skala Likert 42

3.6 Teknik analisis persoalan kajian 46

4.1 Analisis data dan keputusan bagi responden

mengikut pengalaman mengajar 52

4.2 Taburan responden mengikut lokasi bagi

penggunaan komputer 53

4.3 Analisis data dan keputusan bagi responden

berdasarkan tujuan memiliki komputer di rumah 54

4.4 Tujuan-tujuan penggunaan komputer di sekolah

oleh responden mengikut urutan kekerapan skor 55

4.5 Kerja-kerja dalam pemprosesan perkataan oleh

responden mengikut urutan kekerapan skor 56

4.6 Analisis data dan keputusan bagi tahap pengetahuan

responden terhadap penggunaan komputer 60

4.7 Analisis data dan keputusan bagi sikap responden

terhadap penggunaan komputer 62

Page 14: TAHAP PENGETAHUAN, SIKAP DAN MASALAH … · Dunia kini sedang mengalami transformasi daripada masyarakat perindustrian kepada masyarakat maklumat. Perubahan ini telah dipercepatkan

xii

4.8 Analisis data dan keputusan bagi masalah responden

terhadap penggunaan komputer 63

4.9 Perbandingan nilai min, sisihan piawai dan ujian

T “Independent Samples Test” untuk jantina

berdasarkan konstruk pengetahuan, sikap dan

masalah yang dihadapi oleh responden dalam

penggunaan komputer 65

Page 15: TAHAP PENGETAHUAN, SIKAP DAN MASALAH … · Dunia kini sedang mengalami transformasi daripada masyarakat perindustrian kepada masyarakat maklumat. Perubahan ini telah dipercepatkan

xiii

SENARAI RAJAH

NO. RAJAH TAJUK HALAMAN

4.1 Taburan responden mengikut jantina 50

4.2 Taburan responden mengikut umur 51

4.3 Taburan responden mengikut kelulusan

akademik tertinggi 51

4.4 Taburan responden mengikut pemilikan komputer

peribadi 54

4.5 Bilangan jam yang digunakan oleh responden

pada komputer dalam setiap hari 57

4.6 Kekerapan penggunaan komputer oleh responden

bagi tujuan pengajaran dalam sebulan 58

Page 16: TAHAP PENGETAHUAN, SIKAP DAN MASALAH … · Dunia kini sedang mengalami transformasi daripada masyarakat perindustrian kepada masyarakat maklumat. Perubahan ini telah dipercepatkan

xiv

SENARAI SIMBOL

IT - Teknologi Maklumat ICT - Teknologi Maklumat dan Komunikasi P&P - Pengajaran dan Pembelajaran UPM - Universiti Putra Malaysia PBK - Pengajaran dan Pembelajaran Berbantukan Komputer PPSMI - Program Pengajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris LCD - Liquid Crystal Display RM ke-9 - Rancangan Malaysia Kesembilan PIPP - Pelan Induk Pembangunan Pendidikan SPSS - Statistical Package for Social Sciences

Page 17: TAHAP PENGETAHUAN, SIKAP DAN MASALAH … · Dunia kini sedang mengalami transformasi daripada masyarakat perindustrian kepada masyarakat maklumat. Perubahan ini telah dipercepatkan

xv

SENARAI LAMPIRAN

NO. TAJUK HALAMAN

LAMPIRAN A Jadual penentuan saiz sampel 99

B Borang soal selidik 100

C Surat pengesahan dari Fakulti Pendidikan 107

(UTM)

D Surat kelulusan dari Kementerian

Pelajaran Malaysia (KPM) 108

E Surat kelulusan dari Jabatan

Negeri Melaka (JPM) 109

F Analisis data bagi kajian rintis

(Nilai Alfa Cronbach) 110

G Analisis data bagi kajian sebenar 111

Page 18: TAHAP PENGETAHUAN, SIKAP DAN MASALAH … · Dunia kini sedang mengalami transformasi daripada masyarakat perindustrian kepada masyarakat maklumat. Perubahan ini telah dipercepatkan

BAB I

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Dunia kini sedang mengalami transformasi daripada masyarakat perindustrian

kepada masyarakat maklumat. Perubahan ini telah dipercepatkan oleh kemaraan dan

kepopularan multimedia, komputer peribadi dan Internet. Ini semua dikenali umum

sebagai Teknologi Maklumat (IT) (Baharuddin dan Ellington, 2000).

Menyedari kepentingan hakikat ini, maka kerajaan Malaysia telah meletakkan

matlamat bahawa pada tahun 2010 semua sekolah rendah dan menengah di Malaysia

mencapai taraf sebagai Sekolah Bestari (Kementerian Pelajaran Malaysia, 1997).

Sekolah Bestari ini akan berteraskan kapada penggunaan Teknologi Maklumat dalam

pendidikan. Ini merupakan satu perubahan yang besar terhadap sistem pendidikan

negara dan ini selaras dengan hasrat negara untuk menjadi Malaysia sebuah negara

membangun menjelang tahun 2020.

Implikasi daripada hasrat negara, penubuhan pelbagai institusi kerajaan dan

swasta banyak memberikan perkhidmatan ke arah menjayakannya. Usaha

Page 19: TAHAP PENGETAHUAN, SIKAP DAN MASALAH … · Dunia kini sedang mengalami transformasi daripada masyarakat perindustrian kepada masyarakat maklumat. Perubahan ini telah dipercepatkan

2

mempertingkatkan penguasaan kemahiran menggunakan komputer dapat dijadikan

sebagai bukti bahawa penggunaan komputer amatlah penting dan banyak

memberikan manfaat kepada manusia. Dalam bidang pendidikan pula khususnya di

sekolah, ternyata Teknologi Komputer dapat memberikan banyak faedah. Manfaat

penggunaan komputer dapat dilaksanakan dalam 3 aspek utama iaitu sebagai alat

penyediaan bahan bantu mengajar (BBM), sebagai media pengajaran dan

pembelajaran (P&P), dan juga memudahkan pengurusan maklumat di kalangan guru-

guru di sekolah (Fiskie, 1991). Ketiga-tiga aspek ini jika diaplikasikan bersama

boleh menghasilkan suatu hasil yang cukup berkesan dalam merealisasikan suatu

kaedah pengajaran dan pembelajaran serta pengurusan maklumat yang bijak, cekap

dan teratur (Fiske 1991).

Jika dua dekad yang lalu komputer menjadi bahan pengajaran, namun sekarang

peranan komputer telah berubah sebagai alat perhubungan yang semakin nyata dan

tegar. Komputer tidak lagi menjadi domain bagi guru komputer, Sains dan Matematik,

malah bagi semua guru dalam berbagai bidang pengkhususan di segenap lapisan

bidang kependidikan (Zulkifli Mohamad, 1997). Dalam konteks ini, apabila wujudnya

laluan kepada pangkalan maklumat, maka komputer merupakan salah satu teknologi

domain yang membukakan peluang kepada para pendidik untuk meningkatkan

profesional mereka iaitu mendidik. Ini merupakan cabaran utama bagi para pendidik

dewasa ini.

Penggunaan serta pemahaman Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT)

harus dipandang dari sudut yang positif oleh semua golongan. Mantan Perdana

Menteri, Dato’ Seri Dr. Mahathir Mohamad turut menyatakan keyakinan bahawa

Malaysia mampu menjadi peneraju dalam bidang ICT, jika rakyat berganding bahu

menjayakan matlamat tersebut. Beliau juga menegaskan bahawa jika semua pihak

melibatkan diri menguasai ICT negara tidak akan ketinggalan malah menjadi lebih

kompetetif di arena antarabangsa (Utusan Malaysia, 24 April 2002).

Page 20: TAHAP PENGETAHUAN, SIKAP DAN MASALAH … · Dunia kini sedang mengalami transformasi daripada masyarakat perindustrian kepada masyarakat maklumat. Perubahan ini telah dipercepatkan

3

1.2 Latar Belakang Masalah

Dalam dunia globalisasi ini, penggunaan komputer dalam segenap bidang

kehidupan bukan lagi sesuatu perkara yang asing lagi. Cabaran abad ke-21 terhadap

masyarakat Malaysia bukan hanya terhad dalam bidang ekonomi, malah ia

merangkumi peringkat yang lebih asas iaitu dalam sistem pendidikan. Sistem

pendidikan merupakan perkara yang paling asas kepada semua faktor yang lain.

Penubuhan Majlis Teknologi Maklumat Negara (MTMN) pada tahun 1994

bermatlamat untuk mempertingkatkan penggunaan serta pembangunan IT sebagai

satu kemajuan teknologi dalam pembangunan negara yang merangkumi sektor

pendidikan. Ini jelas terbukti bahawa kerajaan Malaysia nyata ingin menerapkan

kemajuan teknologi ini pada peringkat “akar umbi” lagi.

Menurut Mokhtar Yusof (2001), dalam perlaksanaan penggunaan komputer

di sekolah, kerajaan telah membelanjakan puluhan juta ringgit untuk membina segala

kemudahan seperti makmal komputer, rangkaian komputer serta segala perkakasan

komputer untuk melengkapkan pakej dalam faktor kepenggunaannya bagi

merealisasikan hasrat untuk mewujudkan sekolah bestari yang dianggap sebagai

salah satu daripada empat “flagship” selain perlaksanaan e-Kerajaan, Tele-Perubatan

dan Kad Pintar. Perlaksanaan penggunaan komputer ini terangkum di dalam

Rancangan Jangka Panjang Ketiga (RRJP3) 2001-2010.

Implikasi era digital ini telah mendorong Kementerian Pelajaran Malaysia

melaksanakan beberapa program seperti Komputer dalam Pendidikan (KDP), Projek

Rintis Sekolah Bestari, School Net, TV Pendidikan dan program pengukuhan iaitu

Program Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris

(PPSMI)(Utusan Malaysia,18 Jun 2006). Dalam tahun 2003, kerajaan telah

membekalkan komputer riba dan projektor LCD kepada setiap guru mata pelajaran

Bahasa Inggeris, Sains, Matematik Tahun 1 (Sekolah Rendah), Tingkatan Satu dan

Enam Rendah (Sekolah Menengah) (Pembangunan Pendidikan 2001-2010, KPM).

Penyediaan peralatan dan pasaran ini telah membuka satu dimensi baru terhadap

Page 21: TAHAP PENGETAHUAN, SIKAP DAN MASALAH … · Dunia kini sedang mengalami transformasi daripada masyarakat perindustrian kepada masyarakat maklumat. Perubahan ini telah dipercepatkan

4

strategi pengajaran dan pembelajaran di sekolah iaitu pengintegrasian Teknologi

Komputer dalam kurikulum. Bukti-bukti yang diutarakan ini nyata menunjukkan

bahawa kerajaan dari awal lagi amat serius dalam perlaksanaan penggunaan

komputer di dalam bidang pendidikan khususnya di sekolah. Dengan kemudahan

yang ada, pihak kerajaan amat berharap para pendidik dapat menggunakkan

komputer secara optimum. Ini secara tidak langsung dapat meningkatkan kualiti

pengajaran serta mewujudkan pendidikan yang relevan untuk masa kini dan masa

depan (Musa Mohd, 2000).

Wan Azlina dan Nor Hashimah (2001) mengatakan bahawa terdapat tiga

sebab utama komputer amat diperlukan dalam pendidikan iaitu :

i Banyak maklumat yang boleh dicapai daripada komputer tidak

boleh dilakukan oleh manusia sendiri.

ii Komputer berkemampuan untuk mengutip dan menyimpan maklumat

berbanding kemampuan manusia untuk melakukannya.

iii Maklumat dan pengetahuan menjadi kunci untuk manusia menjadi

lebih berikhtiar dalam kehidupan manusia khususnya bagi pelajar itu sendiri.

Johnson (1995), mendapati bahawa penggunaan komputer dalam P&P dapat

meningkatkan motivasi, minat serta memberi keseronokkan kepada pelajar untuk

mengikuti pelajaran. Tambahan pula, penggunaan komputer dapat menggalakkan

tumpuan serta perhatian pelajar dalam sesi pelajaran yang dijalankan. Di samping itu

pelajar juga berpeluang untuk melibatkan diri dalam situasi pembelajaran yang lebih

kompleks dan mencabar.

Glesert dan Futrell (1990) menegaskan bahawa adalah bijak bagi seseorang

para pendidik mementingkan penggunaan komputer dalam pengajaran. Pengajaran

yang disertakan dengan alat bantu mengajar yang terkini akan dapat menambahkan

minat pelajar mempelajari sesuatu bidang pelajaran.

Page 22: TAHAP PENGETAHUAN, SIKAP DAN MASALAH … · Dunia kini sedang mengalami transformasi daripada masyarakat perindustrian kepada masyarakat maklumat. Perubahan ini telah dipercepatkan

5

Dalam keghairahan untuk melaksanakan paradigma pendidikan yang

berasaskan penggunaan teknologi komputer yang canggih ini, kita juga berhadapan

dengan pelbagai isu yang boleh dianggap akan mengancam dan menjejaskan

kelancaran dan keberkesanan hasrat dan impian ini. Isu penggunaan komputer oleh

para guru merupakan salah satu aspek yang perlu kita bincangkan. Sungguhpun

banyak usaha telah dilaksanakan oleh kerajaan untuk mengintegrasikan komputer ke

dalam proses P&P, namun penggunaan komputer di sekolah masih di tahap rendah

(Abdul Razak Habib et. al., 2000).

Dapatan kajian Robiah & Juhana (Utusan Malaysia, 10 Jun 2005)

menunjukkan amalan penggunaan komputer oleh guru adalah pada tahap yang

minimum iaitu guru hanya menggunakan komputer sekali sekala dalam masa sebulan.

Dapatan juga menunjukkan guru kerap menggunakan komputer dalam urusan

pemprosesan perkataan, mengintegrasikan pemprosesan perkataan dalam pengajaran

dan pengurusan fail. Guru juga jarang menggunakan pangkalan data, persembahan

multimedia, persembahan grafik, mel elektronik dan laman web dalam pengajaran.

Kajian yang dijalankan oleh Aznita (2004), pula menyatakan bahawa masalah utama

mengapa guru tidak menjadikan komputer sebagai amalan dalam proses P&P adalah

kerana mereka tidak faham dengan cara penggunaan perisian komputer.

Komputer adalah merupakan media pengajaran yang ideal. Walau

bagaimanapun penggunaan komputer di dalam bilik darjah banyak bergantung kepada

keupayaan guru untuk mengintegrasikannya di dalam pengajaran (Kent & Mc Nergney,

1999). Cuban (1999) menyatakan guru menggunakan komputer untuk menyediakan

soalan peperiksaan, menyediakan nota pelajaran, menganalisis markah pelajar,

membuat laporan serta membuat penyelidikan. Walau bagaimanapun guru jarang

menggunakan komputer dalam bilik darjah untuk tujuan P&P (Cuban 1999). Ini

adalah kerana ramai guru tidak diberi latihan secukupnya tentang cara untuk

menggunakan teknologi komputer secara berkesan di dalam bilik darjah (Milken

Exchange, 1999; Hasselbring & Glaser, 1999). Ini menunjukkan bahawa adanya

Teknologi di dalam bilik darjah tidak semestinya menjamin Teknologi akan

dimanfaatkan dalam proses P&P.

Page 23: TAHAP PENGETAHUAN, SIKAP DAN MASALAH … · Dunia kini sedang mengalami transformasi daripada masyarakat perindustrian kepada masyarakat maklumat. Perubahan ini telah dipercepatkan

6

Sikap merupakan salah satu faktor yang menentukan penerimaan para guru

terhadap penggunaan komputer dalam pengajaran. Zoriani pada tahun 1992 telah

mengutarakan alasan yang diberikan oleh 85 peratus guru-guru di Amerika Syarikat

yang tidak ingin menggunakan komputer dalam pengajaran mereka. Alasan-alasan

yang diberi ialah harga komputer adalah mahal, mereka kekurangan masa untuk

menggunakannya, kemahiran komputer adalah sukar untuk dipelajari serta mereka

terlalu tua untuk mempelajari penggunaan komputer dan sebagainya. Kenyataan ini

jelas mengambarkan masalah sikap dan kemampuan guru-guru di negara maju dalam

penggunaan komputer. Adakah para guru di negara kita juga mempunyai persepsi

yang sama terhadap penggunaan komputer dalam P&P?

Dapatan dari pemantauan kolaboratif Sekolah Bestari yang dijalankan pada

tahun 2001 di semua Sekolah Bestari seluruh negara mendapati, walaupun guru

bersedia membuat perubahan dengan mengintegrasikan Teknologi Maklumat

tetapi terdapat juga sebahagian guru yang tidak ingin membuat perubahan kerana

mereka yakin kepada kaedah P&P konvensional “talk and chalk” yang didapati

lebih relevan dengan sistem peperiksaan (Azwan & Rozita, 2002). Ini adalah kerana

sekolah lebih mementingkan pencapaian keputusan peperiksaan yang cemerlang.

Guru beranggapan bahawa jika keputusan peperiksaan yang diperolehi setiap tahun

adalah cemerlang, maka mereka tidak perlu mengubah apa yang sedia ada baik

kepada pelajar dan diri mereka. Sikap sebegini adalah penghalang bagi mencapai

perubahan dalam anjakan paradigma pendidikan di Malaysia.

Satu kajian oleh Sakeri (1998) di daerah Bachok, kelantan telah mendapati

pengetahuan komputer di kalangan guru agak tinggi iaitu 86.8 peratus tetapi

malangnya hanya 67.9 peratus menggunakannya untuk bermain permainan komputer.

Dalam kajian tersebut menyatakan bahawa 32 peratus para guru menggunakannya

untuk membuat nota dan 25 peratus telah menggunakannya bagi membuat soalan. Ini

dapat menjelaskan bahawa para guru di tempat kajian masih tidak mengoptimumkan

penggunaan komputer dalam aspek pendidikan berbanding aspek penggunaan

sebaliknya. Menurut Shafie dalam Ismail (2005) tentang suatu kajian yang telah

dilakukan di sekolah-sekolah negeri Kedah pada tahun 1990 mendapati guru-guru

Page 24: TAHAP PENGETAHUAN, SIKAP DAN MASALAH … · Dunia kini sedang mengalami transformasi daripada masyarakat perindustrian kepada masyarakat maklumat. Perubahan ini telah dipercepatkan

7

menggunakan komputer sebagai media pengajaran hanya berjumlah 8.6 peratus sahaja.

Ini menunjukkan para guru masih lemah dalam aspek penggunaan komputer

khususnya dalam proses P&P.

Dapatan kajian menunjukkan bahawa antara kekangan yang mempengaruhi

guru-guru dalam melaksanakan P&P bestari ialah beban tugas (84.9 peratus),

peruntukan kewangan (80.9 peratus), desakan peperiksaan (87.6 peratus), faktor

masa (84.8 peratus), tuntutan sukatan pelajaran (84.3 peratus), aspek penguasaan

(76.1 peratus), aspek faktor sokongan pihak pengurusan sekolah (71.8 peratus),

kemudahan dan peralatan sekolah (79.2 peratus), aspek pelbagai arahan daripada

pihak atasan (77.6 peratus), aspek faktor murid (68.8 peratus), aspek kerjasama rakan

sejawat (66.3 peratus) dan aspek sokongan daripada Pegawai Pendidikan Daerah

(54.5 peratus) ( Utusan Malaysia, 10 Jun 2005).

Permasalahan yang timbul dan isu-isu komputer dalam pendidikan di dalam

aspek pengajaran dan pembelajaran di sekolah seperti yang telah dibincangkan telah

mendorong penyelidik untuk mengenalpasti tahap pengetahuan dan sikap guru-guru

di sekolah menengah terhadap penggunaan komputer dalam P&P di sebuah daerah di

Melaka. Tahap penggunaan komputer yang dikaji adalah merangkumi tahap

pengetahuan komputer guru, sikap dan tujuan penggunaan komputer di kalangan

guru serta masalah yang dihadapi oleh mereka dalam menggunakan komputer dalam

P&P.

1.3 Penyataan Masalah

Komputer memainkan peranan yang sangat penting dalam pendidikan. Guru

sebagai orang yang berperanan menggerakkan proses P&P dalam bilik darjah perlu

bersedia untuk membuat anjakan paradigma sama ada perubahan dari segi ‘mindset’

Page 25: TAHAP PENGETAHUAN, SIKAP DAN MASALAH … · Dunia kini sedang mengalami transformasi daripada masyarakat perindustrian kepada masyarakat maklumat. Perubahan ini telah dipercepatkan

8

dan amalan. Oleh itu, mereka haruslah menguasai Teknologi Komputer dengan

sepenuhnya. Guru perlu lebih komited terhadap perkembangan yang melibatkan

perubahan dalam pembentukan kurikulum yang melibatkan pengajaran yang

berasaskan komputer. Ini bukan sahaja untuk memenuhi kehendak kurikulum,

manfaat juga boleh diperolehi oleh para pelajar daripada penggunaan komputer.

Apa yang menjadi persoalan di sini ialah sejauh manakah tahap pengetahuan

dan sikap guru-guru sekolah menengah terhadap penggunaan komputer di dalam

P&P mereka? Kajian ini akan melihat tahap pengetahuan para guru di sekolah

menengah di daerah Alor Gajah terhadap penggunaan komputer dalam P&P mereka.

Kajian ini juga ingin meninjau sikap guru-guru terhadap penggunaan komputer di

dalam P&P yang telah diperkenalkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia sejak

tahun 2003. Di samping itu, kajian ini cuba mendapatkan tujuan dan kekerapan

penggunaan komputer di kalangan guru-guru. Seterusnya kajian ini akan mengenal

pasti apakah masalah penggunaan komputer di dalam P&P di kalangan guru dalam

arena pengajaran mereka.

1.4 Objektif kajian

Objektif kajian adalah seperti berikut:

i. Mengenal pasti tahap pengetahuan guru tentang penggunaan komputer dalam

proses P&P .

ii. Mengenal pasti sikap guru terhadap penggunaan komputer dalam proses P&P.

iii. Mengenal pasti tujuan penggunaan komputer di kalangan guru.

iv. Mengenal pasti kekerapan penggunaan komputer dalam sebulan di kalangan

guru dalam proses P&P.

v. Mengenal pasti masalah yang dihadapi oleh guru terhadap penggunaan

Page 26: TAHAP PENGETAHUAN, SIKAP DAN MASALAH … · Dunia kini sedang mengalami transformasi daripada masyarakat perindustrian kepada masyarakat maklumat. Perubahan ini telah dipercepatkan

9

komputer dalam proses P&P.

vi. Mengenal pasti sama ada wujud perbezaan yang signifikan antara aspek

pengetahuan, sikap dan masalah yang dihadapi oleh guru berdasarkan jantina.

1.5 Persoalan kajian

Untuk mencapai objektif kajian, penyelidik berusaha untuk mendapatkan

jawapan bagi persoalan –persoalan seperti berikut:

i. Apakah tahap pengetahuan komputer dalam proses P&P di kalangan guru

sekolah menengah di daerah Alor Gajah?

ii. Apakah sikap guru terhadap penggunaan komputer dalam proses P&P di

sekolah menengah di daerah Alor Gajah?

iii. Apakah tujuan penggunaan komputer di kalangan guru di sekolah menengah

daerah Alor Gajah?

iv. Apakah kekerapan guru-guru sekolah menengah di daerah Alor Gajah

menggunakan komputer dalam P&P?

v. Apakah masalah penggunaan komputer dalam P&P di kalangan guru sekolah

menengah di daerah Alor Gajah?

vi Adakah wujud perbezaan yang signifikan antara aspek pengetahuan, sikap

dan masalah yang dihadapi oleh guru berdasarkan jantina?