tahap kefahaman pelajar tingkatan empat terhadap …€¦ · analisis deskriptif digunakan untuk...
TRANSCRIPT
TAHAP KEFAHAMAN PELAJAR TINGKATAN EMPAT TERHADAP
AMALAN KESELAMATAN MAKMAL SERTA TEKNIK ASAS
PENGENDALIAN ALAT RADAS DI SEKOLAH
NURHASNI BINTI OTHMAN
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
PSZ 19:16 (Pind. 1/97)
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan.
** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD.
Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan, atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).
BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS
JUDUL: TAHAP KEFAHAMAN PELAJAR TINGKATAN EMPAT TERHADAP AMALAN KESELAMATAN MAKMAL SERTA TEKNIK ASAS PENGENDALIAN ALAT RADAS DI SEKOLAH
SESI PENGAJIAN: 2005/2006
Saya NURHASNI BINTI OTHMAN (HURUF BESAR) mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesis adalah hak milik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk
tujuan pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sabagai pertukaran antara institusi
pengajian tinggi. 4. **Sila tandakan ( )
SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau
kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam (AKTA RAHSIA RASMI 1972) TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan
oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan) TIDAK TERHAD
Disahkan oleh,
(TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA) Alamat tetap: LOT 2280, KG DALAM RHU 16700 PASIR PUTIH PROF. MADYA AZIZ BIN NORDIN KELANTAN. Nama Penyelia Tarikh: 21 APRIL 2006 Tarikh: 21 APRIL 2006
PENGESAHAN PENYELIA
“Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini
adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan Ijazah Sarjana
Muda Sains Serta Pendidikan (Kimia).”
Tandatangan :
Nama Penyelia : PM Aziz Bin Nordin
Tarikh : 21 APRIL 2004
TAHAP KEFAHAMAN PELAJAR TINGKATAN EMPAT TERHADAP
AMALAN KESELAMATAN MAKMAL SERTA TEKNIK ASAS
PENGENDALIAN ALAT RADAS DI SEKOLAH
NURHASNI BINTI OTHMAN
Laporan Projek Ini Dikemukakan Sebagai
Memenuhi Sebahagian Daripada Syarat Penganugerahan
Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Kimia)
FAKULTI PENDIDIKAN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
APRIL 2006
ii
“Saya akui karya ini adalah kerja saya sendiri kecuali nukilan
dan ringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya
jelaskan sumbernya”.
Tandatangan :
Nama Penulis : NURHASNI BINTI OTHMAN
Tarikh : 21 APRIL 2006
iii
DEDIKASI
Teristimewa untuk mak dan abah yang disayangi.
Othman Bin Mahmood
Faridah Bt sapiai
Terima kasih di atas segala pengorbanan, dorongan,
sokongan serta kepercayaan yang diberikan.
Terima kasih kerana sentiasa mendoakan kejayaan
dan kebahagian anakmu ini.
Buat adik-adik tersayang
Adaa, Apis, Nurul, Nuar, Idi,
Lihin, Ijah, Yani dan Adik Ma
Terima kasih kerana menceriakan hidup ini.
Kasih sayang serta semangat kalian menjadi
pendorong untuk terus berusaha dengan lebih gigih lagi.
Tidak lupa untuk kawan-kawan yang banyak membantu dan bersama mengharungi
suka duka di UTM.
Terima kasih atas segalanya.
iv
PENGHARGAAN
Pertama sekali syukur kehadrat Allah S.W.T di atas segala nikmat dan
rahmatNya yang memberikan saya kekuatan dan kesabaran sehingga dapat
menyiapkan projek ini dengan sempurna.
Setinggi-tinggi terima kasih diucapkan kepada penyelia pembimbing,
Profesor Madya Aziz Bin Nordin yang banyak membimbing dan memberikan
tunjuk ajar sepanjang proses menyiapkan projek ini. Segala nasihat dan
kesabaran beliau amat saya hargai.
Saya juga ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada pihak sekolah dan
guru-guru yang banyak membantu terutamanya dalam proses pengedaran soal
selidik di sekolah.
Tidak lupa juga kepada rakan-rakan seperjuangan yang telah banyak
membantu sepanjang tempoh projek ini dilaksanakan.
Selain itu, penghargaan ini juga ditujukan kepada semua yang terlibat secara
langsung atau tidak langsung dalam membantu menyiapkan projek sarjana muda
ini. Sekian, terima kasih.
v
ABSTRAK
Kajian ini adalah bertujuan untuk mengenalpasti tahap pemahaman pelajar
tingkatan empat terhadap amalan keselamatan makmal serta teknik – teknik asas
pengendalian alat radas di makmal sekolah. Sampel kajian adalah terdiri daripada
115 orang pelajar tingkatan empat daripada tiga buah sekolah iaitu Sekolah
Menengah Kebangsaan Kuala Besut, Sekolah Menengah Kamil dan Sekolah
Menengah Cherang Ruku. Penentuan tahap kefahaman pelajar terhadap amalan
keselamatan makmal serta teknik pengendalian alat radas ditentukan melalui
kaedah soal selidik. Data-data yang diperolehi dianalisis dengan menggunakan
perisian Statistical Package for Social Science Version 10.0 (SPSS V10.0).
Analisis deskriptif digunakan untuk menganalisis data. Keputusan yang
diperolehi diringkaskan dalam bentuk jadual peratusan dan kekerapan. Hasil
kajian menunjukkan kefahaman pelajar terhadap amalan keselamatan makmal
dan teknik pengendalian alat radas adalah berada pada tahap yang sederhana.
Beberapa cadangan dikemukakan sebagai panduan kepada para pelajar dan guru-
guru untuk mengatasi kelemahan – kelemahan yang telah dikenalpasti.
vi
ABSTRACT
The purpose of this study is to identify form four students’ understanding of
laboratory safety and basic techniques of handling apparatus in school laboratory.
The sample including 115 forms four students from three schools at Sekolah
Menengah Kebangsaan Kuala Besut, Sekolah Menengah Kamil and Sekolah
Menengah Cherang Ruku. The determination of understanding level of
laboratory safety and basic techniques of handling apparatus in school laboratory
was determined by the questionnaire. The data were analyzed by using Statistical
Package for Social Science Version 10.0 (SPSS V10.0) software. Descriptive
analysis was used to analyze the data. The results were represented by
percentages and frequency table. The findings showed that respondent’s
comprehension level for this topic is still at medium state. Some suggestions had
been given as guidance to the students and teacher to improve the entire defect
that been identified.
vii
KANDUNGAN
BAB PERKARA HALAMAN
PENGAKUAN ii
DEDIKASI iii
PENGHARGAAN iv
ABSTRAK v
ABSTRACT vi
KANDUNGAN vii
SENARAI JADUAL xi
SENARAI SIMBOL xiv
SENARAI LAMPIRAN xv
BAB I PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan 1
1.2 Latar Belakang Masalah 2
1.3 Pernyataan Masalah 3
1.4 Objektif kajian 4
1.5 Persoalan kajian 5
1.6 Kepentingan Kajian 5
1.7 Batasan Kajian 6
1.8 Skop kajian 7
1.9 Definisi Istilah 7
1.9.1 Amali 7
1.9.2 Alat Radas 7
1.9.3 Bahan Kimia 8
viii
1.9.4 Eksperimen 8
1.9.5 Makmal Sains 8
1.9.6 Pemahaman 8
1.9.7 Keselamatan 8
1.9.8 Kemahiran Asas Makmal 8
1.9.9 Sains 9
1.10 Penutup 9
BAB 2 SOROTAN KAJIAN
2.1 Pengenalan 10
2.2 Masalah Keselamatan Makmal dan Pengendalian 11
Alat Radas
2.3 Makmal Sains 15
2.4 Kemudahan Makmal Sians 16
2.5 Teknik Amali 17
2.6 Kemudahan Pertolongan Cemas Dalam Makmal 18
2.6.1 Peti Pertolongan cemas 18
2.6.2 Selimut Api 19
2.6.3 Pancuran Keselamatan 19
2.6.4 Alat Pemadam Api 20
2.7 Peraturan makmal Bagi Pelajar 20
2.8 Langkah Keselamatan Di Dalam Makmal Sekolah 21
2.9 Bahan Kimia Merbahaya 23
2.9.1 Penyimpanan Bahan Kimia 25
2.9.2 Penggunaan Bahan Kimia 25
2.10 Percubaan Yang Merbahaya 26
2.11 Letupan 28
2.12 Penutup 29
ix
BAB 3 METODOLOGI
3.1 Pengenalan 30
3.2 Reka BentukKajian 30
3.3 Populasi Kajian 31
3.4 Sampel Kajian 31
3.5 Instrumen Kajian 31
3.6 Kajian Rintis 33
3.7 Tatacara Kajian 33
3.8 Analisis Data 34
BAB 4 DAPATAN DAN ANALISIS DATA
4.1 Pengenalan 35
4.2 Analisis Data 35
4.3 Bahagian a: Latar belakang Pelajar 36
4.3.1 Taburan Sekolah Responden 36
4.3.2 Taburan Jurusan Responden 37
4.3.3 Taburan Bangsa Responden 37
4.3.4 Taburan Jantina Responden 38
4.3.5 Taburan Responden yang Pernah Menjalani 38
Amali Di Makmal
4.3.6 Taburan Responden yang Pernah 38
Menggunakan Amali Di Makmal
4.4 Analisis Bahagian B 39
4.4.1 Analisis Persoalan 1 39
4.4.2 Analisis Persoalan 1 40
4.4.3 Analisis Persoalan 1 42
4.4.4 Analisis Persoalan 1 44
x
4.4.5 Analisis Persoalan 1 45
4.4.6 Analisis Persoalan 1 47
4.5 Analisis Bahagian C 51
BAB 5 PERBINCANGAN DAPATAN DAN CADANGAN
5.1 Pengenalan 57
5.2 Ringkasan Kajian 57
5.2.1 Ringkasan Analisis Bahagian C 60
5.3 Dapatan Kajian. Perbincangan Dan Kesimpulan 61
5.3.1 Dapatan dan Perbincangan Persoalan 1 62
5.3.2 Dapatan dan Perbincangan Persoalan 2 62
5.3.3 Dapatan dan Perbincangan Persoalan 3 63
5.3.4 Dapatan dan Perbincangan Persoalan 4 64
5.3.5 Dapatan dan Perbincangan Persoalan 5 65
5.3.6 Dapatan dan Perbincangan persoalan 6 66
5.4 Implikasi Kajian 67
5.5 Cadangan Untuk Kajian Lanjutan 67
5.6 Penutup 68
RUJUKAN 69
LAMPIRAN A: Borang soal silidik 72
LAMPIRAN B: Surat Kebenaran EPRD Daripada 80
Kementerian Pendidikan Malaysia
LAMPIRAN C: Surat Kebenaran Bagi Menjalankan 82
Kajian Daripada Fakulti Pendidikan
UTM
xi
SENARAI JADUAL
NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT
3.1 Kategori Item Berdasarkan Bentuk Pernyataan. 32
4.1 Taburan Peratusan Responden Berdasarkan 36
Sekolah
4.2 Taburan Peratusan Responden Mengikut 37
Jurusan
4.3 Taburan Peratusan Responden Mengikut 37
Bangsa
4.4 Taburan Peratusan Responden Mengikut 38
Jantina
4.5 Taburan Peratusan Responden Yang Pernah 38
Menjalani Amali di makmal
4.6 Taburan Peratusan Responden Yang Pernah 38
Menggunakan Alat Radas di Makmal
4.7 Taburan Tahap Kefahaman Pelajar Tentang 39
Amalan Keselamatan Di Makmal
4.8 Taburan Tahap Kefahaman Pelajar Mengenai 42
Kepentingan Menjaga Keselamatan Di Makmal
4.9 Taburan Kemudahan Di Dalam Makmal 43
4.10 Taburan Tahap Kefahaman Pelajar Berkaitan 44
Dengan Cara Pengendalian Bahan Kimia
Yang Betul
4.11 Taburan Tahap Kefahaman Pelajar Berkaitan 46
Dengan Teknik-Teknik Asas Pengendalian
xii
Alat Radas Sebelum, Semasa Dan Selepas
Melakukan Amali
4.12 Taburan Peratusan Responden Berhubung 47
Dengan Kefahaman Pelajar Berkaitan Dengan
Amalan Keselamatan Dan Teknik Pengendalian
Alat Radas Mengikut Jurusan 1 dan 2
4.13 Taburan Peratusan Responden Berhubung 52
Kefahaman Pelajar Mengenai Tanda Amaran
Bagi Simbol Bahan Kimia.
4.14 Taburan Peratusan Responden Berkaitan 52
Dengan Kefahaman Pelajar Mengenai Alat
radas Untuk Mengukur Isipadu Dengan Tepat
4.15 Taburan Peratusan Responden Berkaitan 53
Dengan Kefahaman Pelajar Mengenai Senarai
Barangan dalam Kotak Pertolongan Cemas
4.16 Taburan Peratusan Responden Berhubung 53
Dengan Kefahaman PelajarBerkaitan Teknik
Memindahkan Larutan
4.17 Taburan Peratusan Responden Berhubung 54
Dengan Kefahaman PelajarBerkaitan Teknik
Membersihkan Peralatan Kaca
4.18 Taburan Peratusan Responden Berhubung 54
Dengan Kefahaman Pelajar Mengenai Teknik
Mengambil Bacaan Pada Neraca
4.19 Taburan Peratusan Responden Berhubung 55
Dengan Kefahaman Pelajar Mengenai
Kepentingan Memakai Alat Keselamatan
Semasa Di Makmal
4.20 Taburan Peratusan Responden Berhubung 55
Dengan Kefahaman Pelajar Mengenai
Langkah Keselamatan Sekiranya Berlaku
xiii
Kemalangan
4.21 Taburan Peratusan Responden Berhubung 55
Dengan Kefahaman Pelajar Mengenai Teknik
Menyalakan Penunu Bunsen
4.22 Taburan Peratusan Responden Berhubung 56
Dengan Kefahaman Pelajar Mengenai Teknik
Mengambil Bacaan Isipadu Cecair
xiv
SENARAI SIMBOL
% - Peratus
Bil - Bilangan
DBP - Dewan Bahasa dan Pustaka
EPRD - Bahagian Perancangan Dan Penyelidikan Dasar Pendidikan
KPM - Kementerian Pendidikan Malaysia
SPSS - Statistical Package for Social Science Version
xv
SENARAI LAMPIRAN
LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT
A Borang Soal Selidik 72
B Surat Kebenaran EPRD Daripada 80
Kementerian Pendidikan Malaysia
C Surat Kebenaran Bagi Menjalankan 82
Kajian Daripada Falkuti Pendidikan UTM
1
BAB 1
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Selaras dengan perkembangan dunia hari ini, pendidikan sains di Malaysia
turut mengalami perubahan yang mana telah terciptanya satu dimensi baru dalam
proses pengajaran dan pembelajaran. Kurikulum sains yang baru memberi lebih
penekanan terhadap pemerolehan dan penguasaan saintifik di samping aspek
kemahiran berfikir, menyelesaikan masalah dan penerapan nilai-nilai murni (Abu
Hassan, 2004).
Pendekatan kemahiran saintifik ini banyak diaplikasikan dalam proses
pengajaran dan pembelajaran terutamanya yang melibatkan amali. Kerja amali telah
menjadi satu komponen penting dalam pendidikan sains di sekolah. Sejarah kerja
amali di England telah bermula dengan tertubuhnya Jabatan Sains dan Sastera pada
tahun 1954 tetapi ia lebih kepada demonstrasi guru (Gee dan Clarkson, 1992).
Menurut Amstrong (Abu Hassan, 2003) pengetahuan sahaja tidak membawa
sebarang makna tetapi apa yang penting adalah mengenai bagaimana cara kita
menggunakan pengetahuan tersebut. Oleh itu, adalah penting bagi setiap pelajar
untuk menguasai kemahiran manipulatif. Dalam kemahiran manipulatif antaranya
pelajar akan diuji dengan kemahiran-kemahiran seperti cara mengguna dan
2
mengendalikan alat radas dengan betul, melakukan pengukuran dan menyimpan alat
radas di tempat yang sepatutnya (Abu Hassan, 2003).
Makmal merupakan tempat di mana aktiviti amali akan berlangsung dan
menjadi satu komponen penting bagi pendidikan sains di sekolah. Menurut,
Lagoswski( dalam Abu Hassan, 2004), Liebig telah menyediakan makmal pertama
di Giessen pada tahun 1824 dan makmal ini telah dijadikan sebagai model kepada
makmal yang wujud pada hari ini. Aktiviti makmal telah memberi pengalaman yang
baik untuk memupuk kemahiran mengendalikan alat radas (Bates, 1978) serta
memberi kesan yang positif terhadap pembentukan sikap pelajar di samping memberi
peluang kepada mereka untuk berjaya dalam sains.
Namun begitu, kurangnya amalan keselamatan serta kekurangan
pengetahuan asas tentang teknik-teknik mengendalikan alat radas menjadi satu
masalah yang serius dan boleh menyekat minat pelajar mempelajari amali di sekolah.
Selain itu, kekurangan peralatan amali turut menyumbang kepada permasalahan ini.
Sedangkan menurut Amstrong ( Abu Hassan, 2004) penekanan proses pembelajaran
sains lebih kepada belajar melalui pengalaman yang mana pelajar perlu melakukan
ujikaji sendiri dengan penguasaan guru.
Oleh yang demikian, setiap pelajar perlu mengetahui teknik-teknik yang betul
semasa menggunakan alat radas dan senantiasa mengutamakan keselamatan dalam
apa jua keadaan. Ini penting bagi mewujudkan pelajar yang lebih cemerlang,
gemilang dan terbilang dalam apa jua bidang dan seterusnya dapat mencapai
wawasan 2020 yang lebih kepada pembentukan masyarakat saintifik yang progresif,
inovatif dan berpandangan jauh.
1.2 Latar belakang masalah.
Aktiviti amali di sekolah merupakan komponen penting dalam pendidikan
sains. Aktiviti amali dapat merangsang dan meningkatkan minat, sikap, kepuasan
serta sifat ingin tahu pelajar dalam sains (Shulman dan Tamir, 1973).
3
Selain itu, ia juga dapat membentuk kemahiran menyelesaikan masalah dan
memupuk persepsi positif kebolehan seseorang untuk memahami dan menguruskan
persekitarannya (Lunetta dan Hoflein, 1981). Manakala Hudson, (1996) pula
mendapati bahawa aktiviti amali dapat membantu pelajar mempelajari sains dan
mengembangkan pemahaman tentang sifat dan kaedah sains serta menyedarkan
mereka tentang interaksi antara sains, teknologi dan masyarakat.
Sehubungan dengan itu, setiap makmal hendaklah menyediakan kemudahan
yang terbaik serta lengkap dengan alat radas dan bahan kimia yang di perlukan agar
amali dapat dilakukan dengan baik dan melibatkan penyertaan semua pelajar.
Menurut Ahmad Termizi, (1995) pengendalian alat radas bagi makmal sains perlu
diberi perhatian agar suasana pembelajaran yang kondusif dan selamat dapat
diwujudkan.
Di samping itu, setiap pelajar perlu mengetahui langkah-langkah keselamatan
agar kejadian yang tidak diingini dapat dijauhi. Oleh yang demikian, semasa
menjalankan ujikaji di makmal semua pihak seperti pelajar, guru dan pembantu
makmal perlu mematuhi peraturan penting (Halimaton dan Zaitun, 1994). Menurut
Kong Meow San, (1984) banyak bahan kimia yang merbahaya terdapat di dalam
makmal sains sekolah sekarang ini. Maka langkah-langkah keselamatan perlu dititik
beratkan semasa menjalankan ujikaji di makmal.
1.3 Pernyataan masalah.
Aktiviti amali amat penting dalam pembelajaran sains kerana ia dapat
membentuk kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis (Lunetta dan Hoftein, 1981).
Dalam kajian ini, penyelidik ingin mengkaji tahap kefahaman pelajar mengenai
amalan keselamatan di makmal serta teknik-teknik asas pengendalian alat radas yang
betul.
4
Kemahiran asas sains amat penting bagi pelajar terutamanya bagi pelajar
tingkatan empat kerana ia dapat memupuk perkembangan intelek serta minat pelajar
mempelajari sains. Di samping itu, ia juga dapat menyediakan diri mereka ke arah
pengajaran yang lebih mencabar (Watson, 2004).
Selain itu, pengalaman penyelidik semasa menjalani praktikal di sekolah turut
mendorong penyelidik mengkaji aspek ini. Ini kerana semasa mengendalikan
eksperimen di sekolah didapati ramai pelajar tidak menghiraukan aspek keselamatan
dan tidak menguasai kemahiran mengendalikan alat radas dengan cara yang betul
dan selamat.
1.4 Objektif kajian
Kajian yang dijalankan adalah bertujuan untuk mengenalpasti sejauh mana
pemahaman pelajar mengenai amalan keselamatan di makmal serta teknik-teknik
asas pengendalikan alat radas. Berikut merupakan objektif kajian ini:
1) Untuk menentukan tahap kefahaman pelajar terhadap amalan keselamatan
di makmal.
2) Untuk mengenalpasti tahap kesedaran pelajar terhadap kepentingan
menjaga keselamatan semasa di makmal.
3) Untuk mengetahui kemudahan-kemudahan yang terdapat di dalam
makmal serta adakah ianya mencukupi.
4) Untuk menentukan tahap kefahaman pelajar terhadap teknik pengendalian
bahan kimia yang betul.
5) Untuk mengenalpasti tahap kefahaman pelajar terhadap teknik-teknik asas
pengendalian alat radas yang betul sebelum, semasa dan selepas
melakukan amali.
6) Untuk mengenalpasti sama ada faktor jurusan mempengaruhi tahap
kefahaman pelajar terhadap amalan keselamatan serta teknik asas
pengendalian alat radas.
5
1.5 Persoalan kajian
Kajian telah dijalankan terhadap pelajar tingkatan empat di daerah Pasir
Putih dan Besut. Kajian ini melibatkan seramai 115 orang pelajar. Antara persoalan
kajian yang dikemukakan adalah seperti berikut:
1) Adakah pelajar memahami dan mematuhi amalan keselamatan makmal?
2) Sejauh mana tahap kesedaran pelajar mengenai kepentingan menjaga
keselamatan di makmal?
3) Adakah kemudahan-kemudahan yang ada di makmal sekolah mencukupi dan
berada dalam keadaan yang selamat untuk digunakan?
4) Adakah pelajar mengetahui cara mengendalikan bahan kimia dengan betul?
5) Adakah pelajar mengetahui teknik-teknik asas pengendalian alat radas yang
betul sebelum, semasa dan selepas melakukan amali?
6) Sama ada faktor jurusan mempengaruhi tahap kefahaman pelajar berkaitan
amalan keselamatan dan teknik pengendalian alat radas di makmal?