t8: penulisan dapatan kajian e-learning

3
1 KPT 6044 Chong Shu Kin (M20141000717) PENGGUNAAN TELEFON BIMBIT DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PADA ABAD KE-21 Menurut Aliff Nawi & Mohd Isa Hamzah. (2013) membuat kajian untuk melihat sejauh manakah tahap penerimaan guru Pendidikan Islam terhadap penggunaan telefon bimbit sebagai m-pembelajaran. Setelah data kajian direkod dan dianalisis, dapatan menunjukkan bahawa guru Pendidikan Islam bersikap positif terhadap penggunaan telefon bimbit sebagai alat pembelajaran. Dapatan kajian mendapati bahawa wujudnya peluang untuk membangunkan aplikasi menerusi telefon pintar berdasarkan dapatan majoriti pengguna (81%) menggunakan telefon pintar berbanding dengan telefon biasa (16%) dan PDA (3%). Seramai 31 orang responden yang terdiri dari guru Pendidikan Islam terlibat dalam kajian ini. Tiga aktiviti utama pembelajaran yang paling kerap digunakan dalam telefon bimbit dalam PdP adalah perbincangan tugasan (71.9%), menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada guru/pelajar (75%) dan menerima arahan PdP (75%). Aktiviti merakam suara dan video PdP mendapat skor yang sederhana iaitu 40.6% manakala aktiviti mengedit dokumen ‘word’ pula mendapat skor yang paling rendah (9.4%). Secara umumnya, dapatan skor keseluruhannya adalah tinggi kecuali aktiviti menyunting dokumen dalam telefon bimbit. Selain itu, Zaidatun Tasir, Jacquelin S. Linggu & Jamalludin Harun. (2011) selari dengan hasil dapatan data kajian yang mengatakan bahawa penggunaan alat rangkaian sosial seperti Facebook dan Blog untuk tujuan sosial berada pada tahap yang paling tinggi iaitu min=3.82. Walau bagaimanapun, penggunaan alat rangkaian sosial untuk tujuan pendidikan berada pada tahap sederhana iaitu dengan min = 3.60 dan begitu juga potensi penggunaan alat rangkaian sosial dalam pengajaran dan pembelajaran berada pada tahap yang sederhana iaitu min=3.44. Walau bagaimanapun peratusan responden yang memilih bersetuju agak memuaskan juga tinggi bagi potensi penggunaan alat rangkaian sosial dalam pengajaran dan pembelajaran pada dewasa ini. Oleh itu, alat rangkaian sosial ini berpotensi tinggi untuk dijadikan kaedah dalam pengajaran dan pembelajaran pada masa yang akan datang.

Upload: government

Post on 18-Jul-2015

87 views

Category:

Education


5 download

TRANSCRIPT

Page 1: T8: Penulisan Dapatan Kajian e-learning

1 KPT 6044 Chong Shu Kin (M20141000717)

PENGGUNAAN TELEFON BIMBIT DALAM PENGAJARAN DAN

PEMBELAJARAN PADA ABAD KE-21

Menurut Aliff Nawi & Mohd Isa Hamzah. (2013) membuat kajian untuk melihat

sejauh manakah tahap penerimaan guru Pendidikan Islam terhadap penggunaan

telefon bimbit sebagai m-pembelajaran. Setelah data kajian direkod dan dianalisis,

dapatan menunjukkan bahawa guru Pendidikan Islam bersikap positif terhadap

penggunaan telefon bimbit sebagai alat pembelajaran. Dapatan kajian mendapati

bahawa wujudnya peluang untuk membangunkan aplikasi menerusi telefon pintar

berdasarkan dapatan majoriti pengguna (81%) menggunakan telefon pintar

berbanding dengan telefon biasa (16%) dan PDA (3%). Seramai 31 orang responden

yang terdiri dari guru Pendidikan Islam terlibat dalam kajian ini. Tiga aktiviti utama

pembelajaran yang paling kerap digunakan dalam telefon bimbit dalam PdP adalah

perbincangan tugasan (71.9%), menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada

guru/pelajar (75%) dan menerima arahan PdP (75%). Aktiviti merakam suara dan

video PdP mendapat skor yang sederhana iaitu 40.6% manakala aktiviti mengedit

dokumen ‘word’ pula mendapat skor yang paling rendah (9.4%). Secara umumnya,

dapatan skor keseluruhannya adalah tinggi kecuali aktiviti menyunting dokumen

dalam telefon bimbit.

Selain itu, Zaidatun Tasir, Jacquelin S. Linggu & Jamalludin Harun. (2011)

selari dengan hasil dapatan data kajian yang mengatakan bahawa penggunaan alat

rangkaian sosial seperti Facebook dan Blog untuk tujuan sosial berada pada tahap

yang paling tinggi iaitu min=3.82. Walau bagaimanapun, penggunaan alat rangkaian

sosial untuk tujuan pendidikan berada pada tahap sederhana iaitu dengan min = 3.60

dan begitu juga potensi penggunaan alat rangkaian sosial dalam pengajaran dan

pembelajaran berada pada tahap yang sederhana iaitu min=3.44. Walau

bagaimanapun peratusan responden yang memilih bersetuju agak memuaskan juga

tinggi bagi potensi penggunaan alat rangkaian sosial dalam pengajaran dan

pembelajaran pada dewasa ini. Oleh itu, alat rangkaian sosial ini berpotensi tinggi

untuk dijadikan kaedah dalam pengajaran dan pembelajaran pada masa yang akan

datang.

Page 2: T8: Penulisan Dapatan Kajian e-learning

2 KPT 6044 Chong Shu Kin (M20141000717)

Hasil Kajian Issham Ismail, Siti Norbaya Azizian dan Nizuwan Azman (2013)

ini merupakan kajian data kuantitatif yang melibatkan sebanyak 38 responden.

Sampel kajian ini terdiri daripada tiga puluh lapan orang guru yang mengajar

pengetahuan Teknologi Maklumat (IT) dari pelbagai sekolah rendah di Pulau Pinang,

Malaysia. Berhubung dengan persepsi guru terhadap penggunaan telefon bimbit untuk

memudahkan pengajaran dan pembelajaran, aspek paling kritikal yang tidak begitu

diterima dengan baik menurut dapatan dari hasil soal selidik ialah mengenai

penggunaan telefon mudah alih untuk membantu proses pengajaran dan pembelajaran

di sekolah (min = 2.16). Mereka menimbulkan kegusaran mengenai manfaat

pembelajaran telefon bimbit dalam pendidikan, terutamanya untuk generasi akan

datang (sangat tidak setuju: 21.1%, 13.2%). Dalam erti kata lain, bukan sahaja

responden tidak melihat manfaat daripada pembelajaran mudah alih untuk

pembangunan profesional mereka, mereka juga tidak percaya bahawa pembelajaran

mudah alih akan membantu dalam proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah

Kajian oleh Baran, E. (2014) mengkaji semula 37 artikel mengenai

pembelajaran telefon bimbit dalam pengajaran oleh guru dalam bidang pendidikan.

Pendekatan dan strategi untuk melaksanakan pembelajaran mudah alih dan alat-alat

mudah alih dalam konteks pendidikan guru adalah berbeza. Pertama, kajian semula

itu mendedahkan bahawa bilangan artikel yang disiarkan mempunyai peningkatan

yang ketara dalam tempoh lima tahun yang lalu dengan sumbangan daripada

penyelidik di seluruh dunia. Kedua, laporan teori dan perspektif konsep dalam

penggunaan telefon bimbit dalam PdP. Ketiga, kajian menunjukkan bahawa persepsi,

sikap dan corak penggunaan telefon bimbit dalam pengajaran dan pembelajaran di

kalangan guru. Keempat, laporan keputusan pembelajaran mudah alih dilaporkan

terutamanya bermanfaat dalam konteks pendidikan guru. Kelima, cabaran atau isu-isu

untuk mengintegrasikan komponen pembelajaran mudah alih dalam program

pendidikan guru dan kurikulum. Akhir sekali, bidang pedagogi pendidikan

menyokong bahawa integrasi pembelajaran telefon bimbit ke dalam PdP guru adalah

menepati zaman alaf berteknologi ini. Sebagai pendidik perlulah kita memahami

potensi pembelajaran mudah alih dalam pendidikan dan juga peranan guru dalam

mengintegrasikan peranti mudah alih menjadi penting untuk memenuhi keperluan

pembelajaran dalam bidang pendidikan pada abad ke-21 ini.

Page 3: T8: Penulisan Dapatan Kajian e-learning

3 KPT 6044 Chong Shu Kin (M20141000717)

Rujukan

1. Aliff Nawi & Mohd Isa Hamzah. (2013). Tahap Penerimaan Penggunaan

Telefon Bimbit Sebagai M-Pembelajaran Dalam Pendidikan Islam. Journal of

Islamic and Arabic Education 5(1), 2013 1-10-3.

http://journalarticle.ukm.my/7542/1/50.pdf

2. Zaidatun Tasir, Jacquelin S. Linggu & Jamalludin Harun. (2011). Penggunaan

Alat Rangkaian Sosial Di Kalangan Pelajar Di Sebuah IPTS Di Kota

Kinabalu, Malaysia. Jurnal Teknologi Malaysia, Jurnal 1, Jilid 1.

http://www.jtpm-meta.com/resources/113%20-%20JTPM%20V1N1%20-

%202011%20-%20Zaidatun.pdf.

3. Issham Ismail, Siti Norbaya Azizian & Nizuwan Azman. (2013). Mobile

Phone As Pedagogical Tools: Are Teacher Ready? International Education

Studies; Vol.6, No.3; 2013. Page 36 – 47.

http://www.ccsenet.org/journal/index.php/ies/article/viewFile/24170/15312

4. Baran, E.(2014). A Review of Research on Mobile Learning in Teacher

Education. Educational Technology & Society, 17(4), 17–32.

http://www.ifets.info/journals/17_4/2.pdf