bab 4 _ dapatan analisa projek (2)

Upload: hafiz-nurahim

Post on 03-Apr-2018

312 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

  • 7/28/2019 Bab 4 _ Dapatan Analisa Projek (2)

    1/22

    41

    BAB 4

    DAPATAN DAN ANALISA PROJEK

    4.1 PENGENALAN

    Data yang diperolehi dari lokasi kajian dikumpulkan bagi tujuan analisis

    dimana data yang diambil terdiri daripada dua bahagian iaitu data utamadimana data ini

    lebih tertuju kepada temubual dan pemerhatian manakala data sekunder pula melibatkan

    kajian literatur dan analisa.Data ini diambil daripada kaji selidik yang telah

    dijalankan.Keseluruhan data ini dianalisis dengan menggunakan kaedah penyelidikan

    melalui kaedah literatur, temubual berstruktur, pemerhatian, dan analisa.

    Sistem penuaian air hujanatau lebih dikenali sebagai SPAHmerupakan

    kaedah pengumpulan air hujan untuk penggunaan non-portable.Sistem ini sebenarnya

    telah lama digunakan dimana pada masa dahulu,penuaian air hujan dilakukan dengan

  • 7/28/2019 Bab 4 _ Dapatan Analisa Projek (2)

    2/22

    42

    menggunakan baldi atau tempayan.Namun begitu, kaedah penuaian air hujan pada masa

    kini telah dikomersialkandan lebih mudah untuk digunakan.Pengumpulan air hujan

    boleh dilakukan melalui pengumpulan dan penyimpanan air hujan dari bumbung atau

    kawasan tanah lapang.Kini, terdapat beberapa projek kerajaan dan swasta yang telah

    melaksanakan sistem penuaian air hujan ini.

    4.2 PENCAPAIAN OBJEKTIF PERTAMA: JENIS SISTEM PENUAIAN AIR

    HUJAN

    Hasil daripada kajian yang kami jalankan, didapati sistem

    penuaian air hujan yang digunakan di Bangunan JPS Jajahan Pasir Puteh,

    Kelantan ialah sistem penuaian atas bumbung. Walaubagaimanapun, sistem yang

    digunakan di bangunan ini bukannya bermaksud sistem yang menempatkan

    tangki simpanan air hujan di atas bumbung, tetapi sistem penuaian atas bumbung

    yang digunakan ini lebih kepada menarik air hujan jatuh di atas bumbung

    melalui saliran yang telah disediakan dan seterusnya disimpan di dalam tangki

    simpanan untuk kegunaan kemudian. Air hujan yang disimpan untuk sistem ini

    digunakan untuk kegunaan bilik air dan landskap bagi bangunan.

  • 7/28/2019 Bab 4 _ Dapatan Analisa Projek (2)

    3/22

    43

    Rajah 4.1 : Bilik air yang menggunakan air hujan dari tangki simpanan

    Rajah 4.2 : Air hujan disalirkan ke landskap bangunan

    Walaubagaimanapun, menurut En Abd Razak B Abdullah yang

    juga merupakan juruteknik JPS Jajahan Pasir Puteh, kualiti air hujan yang

    digunakan bergantung kepada keadaan bumbung. Sekiranya keadaan bumbung

    tidak menunjukkan tahap kebersihan yang baik, maka ia akan menjejaskan

    kualiti air hujan yang digunakan untuk kegunaan harian.

  • 7/28/2019 Bab 4 _ Dapatan Analisa Projek (2)

    4/22

    44

    Air hujan yang jatuh ke bumbung bangunan menerusi curahan

    mengalir menuju talang yang telah dipasang. Bumbung bangunan yang curam

    memudahkan air hujan bergerak mengalir ke dalam ruangan talang dan

    seterusnya disalirkan kepada tangki simpanan. Walaubagaimanapun sebelum air

    hujan dapat sampai ke tangki simpanan, penapis akan ditempatkan pada sesalur

    keluar untuk sambungan paip seperti yang telah dinyatakan dalam lukisan pelan.

    (Lukisan No PAOR271/JPS/P.PUTEH/RWH/DIA/1)

    Rajah 4.3 : Kedudukan bakul penapis yang ditempatkan pada salur keluar

    daripada talang

    Dalam pada itu, kami juga telah mengenalpasti tangki simpanan

    air hujan yang digunakan bagi bangunan ini. Berdasarkan rujukan kami seperti

    yang telah dihuraikan dalam Bab 2 sebelum ini, tangki sistem yang digunakan

    untuk bangunan JPS Jajahan Pasir Puteh ini ialah tangki simpanan atas tanah.

  • 7/28/2019 Bab 4 _ Dapatan Analisa Projek (2)

    5/22

    45

    Mengapa kami mengatakan ia sebagai tangki simpanan atas tanah? Kerana

    secara logiknya, tangki yang dipasang ditempatkan di atas tanah.

    Walaubagaimanapun, struktur sokongan tangki perlu disediakan terlebih dahulu

    bagi menjamin jangka hayat tangki simpanan air hujan yang digunakan. Tangki

    simpanan air hujan yang disokong dengan struktur sokongan dikatakan lebih

    selamat kerana tidak mudah terdedah kepada kerosakan kesan daripada gangguan

    bendasing-bendasing yang muncul dari atas permukaan bumi.

    Rajah 4.4 : Tangki simpanan yang disokong oleh struktur sokongan tangki

    Potongan paip daripada jenis Weholite dipilih sebagai tangki simpanan

    air hujan. Terdapat 3 tangki simpanan yang digunakan dimana ia dihubungkan

    antara satu sama lain melalui paip HDPE. Pemilihan reka bentuk tangki ini

    bergantung kepada saiz bangunan dan bilangan penghuni yang terdapat dalam

    bangunan ini. Bagi mencapai reka bentuk yang dikehendaki, perisian tangki

    NAHRIM akan digunakan untuk menentukan reka bentuk tangki simpanan air

    hujan yang hendak dipasang. Malahan purata taburan air hujan juga boleh

  • 7/28/2019 Bab 4 _ Dapatan Analisa Projek (2)

    6/22

    46

    diketahui melalui perisian ini seperti yang telah ditunjukkan dalam rajah 4.5 dan

    rajah 4.6 dibawah.

    Rajah 4.5 : Perisian TANGKI NAHRIM yang menunjukkan purata hujan

    tahunan

    Rajah 4.5 : Perisian TANGKI NAHRIM yang digunakan untuk

    menentukan reka bentuk tangk simpanan

  • 7/28/2019 Bab 4 _ Dapatan Analisa Projek (2)

    7/22

    47

    4.3 PENCAPAIAN OBJEKTIF KEDUA:

    KAEDAH PEMBINAAN SISTEM PENUAIAN AIR HUJAN (SPAH) DI

    BANGUNAN JPS JAJAHAN PASIR PUTEH, KELANTAN

    Dalam kajian terhadap Sistem Penuaian Air Hujan (SPAH) yang

    telah kami jalankan di Bangunan JPS Jajahan Pasir Puteh, Kelantan, tangki

    simpanan air hujan yang digunakan bukanlah jenis biasa tetapi ia adalah

    daripadajenis paip yang dikenali sebagai Weholite yang mempunyai

    garispusat 700mm berbentuk silinder atau setara yang diluluskan untuk penuaian

    air hujan termasuk semua sambungan paip antara yang perlu sebagai satu saranan

    pengilang. Setiap jenis tangki berkapasiti 7 m3

    air seperti yang ditunjukkan

    dalam lukisan pelan pada bahagian lampiran bernombor

    PAOR271/JPS/P.PUTEH/PSD/LP/1.Rajah 4.1 menunjukkan 1 set yang terdiri

    daripada 3 tangki jenis Weholiteyang digunakan pada bangunan JPS Jajahan

    Pasir Puteh, Kelantan.Ketiga-tiga tangki ini masing-masing dihubungkan oleh

    sambungan paip HDPE yang bergaris pusat 32 mm.

  • 7/28/2019 Bab 4 _ Dapatan Analisa Projek (2)

    8/22

    48

    Rajah 4.7 : Tangki simpanan daripada potongan paipjenis weholite

    Seperti yang diketahui sebelum ini, sebelum kita membina sesuatu

    struktur binaan, pembinaan asas perlu dijalankan terlebih dahulu.Dalam

    pembinaan sistem penuaian air hujan di Bangunan JPS Jajahan Pasir Puteh,

    Kelantan, asas yang dibina ialah melibatkan asas kepada tapak sokongan tangki

    dimana asas yang dipilih adalah asas rakit merujuk kepada sebut harga yang

    telah dilampirkan.

    Oleh itu, pengorekan dilakukan untuk pembinaan asas rakit

    dengan meletakkan tetulang sokongan struktur asas kepada struktur penyokong

    bagi tangki penuaian air hujan ini.Bahan yang digunakan untuk membina asas

    bagi tapak sokongan tangki termasuklah konkrit dan tetulang.Rajah 4.2

    menunjukkan bagaimana tetulang ditempatkan dalam kawasan pengorekan.

  • 7/28/2019 Bab 4 _ Dapatan Analisa Projek (2)

    9/22

    49

    Rajah 4.8 : Pembinaan asas rakit untuk tapak sokongan tangki

    Walaubagaimanapun, sebelum konkrit dapat dituangkan ke dalam

    tapak korekan asas, ikatan penyambungan tetulang untuk struktur tiang perlu

    dijalankan terlebih dahulu bagi memudahkan kerja-kerja kotak bentuk bagi tiang

    sokongan tangki. Sebaik sahaja selesainya pembinaan struktur sokongan tangki,

    1 set tangki simpanan air hujan jenis Weholite atau lebih dikenali sebagai

    tangki gentian akan ditempatkan diatas struktur binaan terbabit. Jentera

    digunakan bagi mengangkut 1 set tangki simpanan air hujan terbabit.

    Dalam pada itu, kontraktor membekalkan 2 paip jenis HDPE

    Double wall Resintech yang bergarispusat 150 mm untuk memudahkan

    pengaliran air yang telah digunakan . Oleh itu, pengorekan dilakukan dengan

    menggunakan jentera penggali di sepanjang halaman bangunan bagi meletakkan

    lapisan geotekstil Polyfelt T50 sebelum paip jenis HDPE Double wall

    Resintech ditempatkan didalam lubang korekan terbabit. Seterusnya, ruangan

    tersebut akan dipenuhkan dengan pasir agregat bergarispusat 25mm.

  • 7/28/2019 Bab 4 _ Dapatan Analisa Projek (2)

    10/22

    50

    Bagi pengaliran air hujan untuk bangunan, pemasangan talang

    atau lebih dikenali sebagai Gutterdi sepanjang laluan sudut bumbung bangunan

    dilakukan dan seterusnya, ia dihubungkan dengan paip UPVC bergarispusat

    110mm bagi membolehkan air hujan yang disalirkan dapat sampai kepada tangki

    simpanan. Jenis talang yang digunakan untuk pemasangan ini ialah daripada

    jenis Stainless Steel

    Rajah 4.9 : Talang digunakan sebagaipengaliran air hujan ke tangki

    simpanan

    Kerja-kerja pemasangan bagi sistem pempaipan pula melibatkan

    kerja pemasangan paip-paip daripada tangki simpanan air hujan hinggalah ke

    tempat-tempat yang menggunakan air hujan ini. Dalam bangunan ini, air hujan

    hanya digunakan untuk landskap dan tandas dimana air hujan ini akan disalirkan

    ke kepala paip di dalam tandas dan juga landskap.

    Pemasangan paip pula hendaklah berdasarkan kepada lukisan

    pelan yang telah disediakan.Jenis paip yang digunakan adalah berdasarkan

  • 7/28/2019 Bab 4 _ Dapatan Analisa Projek (2)

    11/22

    51

    kepada Standard Method of Measurement dimana jenis paip yang digunakan

    hendaklah terdiri daripada paip jenis PE dan UPVC dimana paip UPVC hanya

    lebih tertuju kepada pemasangan di tandas.

    Dalam pada itu, kerja-kerja melibatkan jalan juga dijalankan

    dimana jalan yang sedia ada dinaiktaraf kepada jalan baru.Jalan yang dinaiktaraf

    turut mengambilkira sistem saliran air melalui longkang. Proses penyediaan

    saliran longkang di tepi jalan hampir sama dengan pembinaan longkang atau

    parit seperti yang disebutkan sebelum ini.

    Kaitan kerja penghijauan jalan dengan sistem penuaian air hujan

    di bangunan tersebut ialah pemasangan paip untuk kerja ini melibatkan saliran

    air hujan daripada tangki ke landskap.Rajah 4.4 menunjukkan paip yang

    disalirkan ke landskap daripada tangki melalui kerja penghijauan jalan yang telah

    siap.Penanaman rumput juga dijalankan disekeliling jalan bagi melengkapkan

    pemandangan landskap bangunan.Walaubagaimanapun, kerja-kerja ini hanya

    lebih tertuju kepada pembinaan bangunan JPS Jajahan Pasir Puteh,

    Kelantan.Kerja penghijauan jalan ini tidak terlibat dalam pembinaan sistem

    penuaian air hujan bagi rumah biasa dan lain-lain bangunan yang tidak

    mempunyai landskap.

  • 7/28/2019 Bab 4 _ Dapatan Analisa Projek (2)

    12/22

    52

    4.4 PENCAPAIAN OBJEKTIF KETIGA:

    KOS PEMBINAAN SISTEM PENUAIAN AIR HUJAN

    Kos keseluruhan pembinaan yang telah diperolehi untuk menyiapkan satu

    sistem yang lengkap ini adalah RM127,908.00 yang mana kos ini terdiri daripada kos

    kerja-kerja pemasangan tangki simpanan air hujan, longkang atau parit, sistem talang,

    sistem pempaipan dan juga penghijauan jalan. Kerja-kerja pemasangan tangki simpanan

    air hujan mencecah kos sebanyak RM 47,012.00 (Rujuk Jadual 4.1) yang melibatkan

    seluruh kerja-kerja pemasangan bagi tangki simpanan termasuk struktur sokongan

    tangki. 1 Set tangki simpanan ini boleh menyimpan air secara keseluruhannya sebanyak

    21,000m3. Kos selebihnya pula adalah kos untuk kelengkapan dan pemasangan peralatan

    bagi tangki.

    Seterusnya, kerja-kerja penyediaan longkang dan parit untuk pengaliran

    air ke tempat buangan menelan kos sebanyak RM 15,100.00 (Rujuk Jadual

    4.2)terrmasuk kerja-kerja perobohan dan pembinaan semula longkang diikuti dengan

    kerja pemasangan talang pada bangunan yang terdiri daripada talang jenis Stainless

    Steel. Kerja pemasangan talang pula menelan kos sebanyak RM7,800.00 (Rujuk

    Jadual 4.3)

    Dalam pada itu, kos kerja pemasangan perpaipan pula ialah RM6,894.00

    (Rujuk Jadual 4.4) dimana kerja pemasangan ini melibatkan kerja pemasangan paip-

    paip daripada tangki simpanan air hujan hinggalah ke tempat-tempat yang menggunakan

  • 7/28/2019 Bab 4 _ Dapatan Analisa Projek (2)

    13/22

    53

    air hujan serta kos untuk peralatan perpaipan. Air ini akan disalirkan ke kepala paip di

    dalam bilik air dan juga landskap bagi Bangunan JPS Jajahan Pasir Puteh. Kerja-kerja

    penyediaan jalan hijau pula menelan kos sebanyak RM45,602.00 (Rujuk Jadual 4.5)

    dan ianya termasuklah kerja-kerja menaiktaraf jalan sedia ada, laluan pengaliran dan

    lain-lain lagi.

    4.4.1 KOS BAGI KOMPONEN YANG DIGUNAKAN

    Komponen Sistem Penuaian Air Hujan terdiri daripada pelbagai

    komponen mengangkut air hujan iaitu melalui paip atau saluran, penyusupan dan

    simpanan dalam tangki untuk kegunaan atau mengisi semula.Komponen biasa

    yang terlibat dalam pembinaan sistem ini adalah kawasan tadahan, saluran cucur

    atap, paip salur keluar, pam, penapis, paip UPVC, dan tangki simpanan.Dibawah

    ini menunjukkan kos bagi kerja-kerja pemasangan Sistem Penuaian Air Hujan

    (SPAH) adalah seperti yang ditunjukkan dalam jadual-jadual di bawah.

  • 7/28/2019 Bab 4 _ Dapatan Analisa Projek (2)

    14/22

    54

    Kerja-kerja pemasangan Sistem Penuaian Air Hujan (SPAH)

    Jadual 4.1: Kerja pemasangan tangki simpanan air hujan

    ITEM DESCRIPTION UNIT QTY AMOUNT PERCENTAG

    (%)

    1.0

    1.1

    1.2

    1.3

    ABOVE GROUND STORAGE TANK

    Storage tank type WEHOLITE pipe (7.0 m3)

    Excavation in trenches for storage tank

    foundation structure

    RC support structure tank base for Rainwater

    Harvesting Tank:

    a) Concreteb) Reinforcementc) 250mm x 250mm Archtratived) Formworke) 75mm thk lean concretef) 500mm thk hardcore

    Set

    m3

    m3

    kg

    nos

    m2

    m2

    m2

    1.00

    22.00

    12.00

    2260.00

    06.00

    80.00

    24.00

    24.00

    29,250.00

    330.00

    3,120.00

    7,232.00

    900.00

    3,600.00

    180.00

    2,400.00

    24.0

    0.3

    2.5

    5.9

    0.7

    2.9

    0.2

    2.0

    TOTAL 47,012.00 38.5

  • 7/28/2019 Bab 4 _ Dapatan Analisa Projek (2)

    15/22

    55

    Jadual 4.2:Kerja Pemasangan parit dan longkang

    ITEM DESCRIPTION UNIT QTY AMOUNT PERCENTAG

    (%)

    2.0

    2.1

    2.2

    2.3

    2.4

    2.5

    2.6

    2.7

    2.8

    PERIMETER DRAIN

    Demolition and replacing of 225mm existing

    perimeter drain with 800mm wide trench

    drain

    Excavation in trenches for perimeter drain

    Supply and install 2 nos 150mm diameter

    perforated HDPE double wall Resintech pipe

    Supply and install all associate fittings :

    a) 150mm x 150mm Elbowb) 150mm x 150mm Rubber ringsc) End cap

    Supply, fill and spread 25mm sigle wash

    aggregate sand

    Supply, delivery and lay geotextile 'Polyfelt

    TS 50'

    100mm x 75mm thick concrete restrain edge

    Construction of brick sump of 600mm x

    600mm with 12mm thick cement plaster at

    internal surface, 150mm thick brickwall,

    200mm thick concrete base with 1 layer BRC

    LS

    m3

    m

    nos

    nos

    nos

    m3

    m2

    m

    nos

    22.00

    106

    18.00

    24.00

    4.00

    30.00

    184.0

    212

    1.00

    2,000.00

    330.00

    4,770.00

    630.00

    840.00

    140.00

    1,500.00

    920.00

    2,120.00

    1,300.00

    1.6

    0.3

    3.9

    0.5

    0.7

    0.1

    1.2

    0.8

    1.7

    1.1

  • 7/28/2019 Bab 4 _ Dapatan Analisa Projek (2)

    16/22

    56

    2.9

    A8 and 50mm thick concrete c/w M.S grating

    including spread 25mm diameter single size

    aggregate

    Excavate trench, supply and install 300mm

    diameter HDPE discharge pipe connecting to

    roadside drain LS 550.00 0.5

    TOTAL 15,100.00 12.4

    Jadual 4.3: Kerja pemasangan talang

    ITEM DESCRIPTION UNIT QTY AMOUNT PERCENTAG

    (%)

    3.0

    3.1

    GUTTER SYSTEM

    Supply and install 250mm x 150mm Stainless

    steel gutter m 50.00 7,800.00 6.4

    TOTAL 7,800.00 6.4

  • 7/28/2019 Bab 4 _ Dapatan Analisa Projek (2)

    17/22

    57

    Jadual 4.4: Kerja pemasangan perpaipan

    ITEM DESCRIPTION UNIT QTY AMOUNT PERCENTAG

    (%)

    4.0

    4.1

    4.2

    4.3

    PLUMBING INSTALLATION SYSTEM

    Rainwater incoming pipe tapped-off from

    rainwater storage tank to WC.

    Modify pipe connection to WC cistern to

    receive rainwater pipe plumbing

    Supply and install 38mm diameter HDPE

    overflow pipe to perimeter drain

    LS

    LS

    m 4.00

    4,290.00

    2,500.00

    104.00

    3.5

    2.0

    0.1

    TOTAL 6,894.00 5.6

  • 7/28/2019 Bab 4 _ Dapatan Analisa Projek (2)

    18/22

    58

    Jadual 4.5:Kerja-kerja menghijaukan jalan

    ITEM DESCRIPTION UNIT QTY AMOUNT PERCENTAG

    (%)

    5.0

    5.1

    5.2

    5.3

    5.4

    5.5

    5.6

    5.7

    5.8

    GREEN ROAD

    Removal and re-grade the existing road

    Excavation in trenches

    Supply and install 150mm diameter

    perforated HDPE Resintech pipe

    Supply and install all associate fittings :

    a) 150mm x 150mm Elbowb) 150mm x 150mm T-Junctionc) Rubber ringsd) End cap

    Supply, fill and spread 25mm single wash

    aggregate sand

    Supply, delivery and lay geotextile Polyfelt

    T50

    Construct 100mm x 75mm thick concrete

    restrain edge

    Supply, delivery and install 70mm thick

    hydrogrow mix below ring and 100mm thick

    top soil

    L.S

    m3

    m

    nos

    nos

    nos

    nos

    m3

    m2

    m

    m2

    140.00

    120.00

    4.00

    14.00

    48.00

    16.00

    14.00

    144.00

    50.00

    244.00

    500.00

    2,100.00

    5,400.00

    140.00

    490.00

    1,680.00

    560.00

    700.00

    720.00

    500.00

    10,980.00

    0.4

    1.7

    4.4

    0.1

    0.4

    1.4

    0.4

    0.6

    0.6

    0.4

    9.0

  • 7/28/2019 Bab 4 _ Dapatan Analisa Projek (2)

    19/22

    59

    5.9

    5.10

    5.11

    5.12

    5.13

    5.14

    Supply, delivery and fill 100mm thick

    compacted sandy gravel road base

    Supply, deliver and fill 100mm thick sand

    Construction of brick sump of 450mm x

    450mm with 12mm thick cement plaster at

    internal surface, 150mm thick brickwall,

    200mm thick concrete base with 1 layer BRC

    A8 and 50mm thick concrete c/w M.S grating

    including spread 25mm diameter single size

    aggregate

    Excavate trench, supply and install 150mm

    HDPE discharge pipe connectiong to existing

    roadside drain

    Supply, deliver and install 225mm x 150mm

    x 150mm paving block

    Supply, install 600mm x 600mm x 75mm

    thick precast concrete step

    m2

    m2

    nos

    L.S

    m2

    nos

    244.00

    244.00

    1.00

    24.00

    32.00

    8,540.00

    9,272.00

    1,460.00

    400.00

    240.00

    1,920.00

    7.0

    8.0

    1.2

    0.3

    0.2

    1.6

    TOTAL 45,602.00 37.7

  • 7/28/2019 Bab 4 _ Dapatan Analisa Projek (2)

    20/22

    60

    Jadual 4.6 :Taking-Off List

    ITEM Description UNIT

    1.0

    1.1

    1.2

    1.3

    2.0

    2.1

    2.2

    2.3

    2.4

    RAINWATER STORAGE TANK

    Storage tankWeholitepipe cylindrical tank (7.0m3)

    Excavation in trenches

    RC support structure tank base for Rainwater Harvesting Tank:

    g) Concreteh)

    Reinforcement

    i) 250mm x 250mm Archtrativej) Formworkk) 75mm thk lean concretel) 500mm thk hardcore

    PERIMETER DRAIN

    Demolition and replacing existing perimeter drain

    Excavation in trenches

    Supply and install 2 nos of 150 mm diameter perforated HDPE double

    wall Resintech pipe

    Supply and install associate fitting:

    a) 150mm x 150mm Elbowb) 150mm x 150mm Rubber Ringsc) End cap

    No

    m3

    m3

    kg

    nos

    m2

    m2

    m2

    LS

    m2

    m

    No

    No

    No

  • 7/28/2019 Bab 4 _ Dapatan Analisa Projek (2)

    21/22

    61

    2.5

    2.6

    2.7

    2.8

    2.9

    3.0

    3.1

    4.0

    4.1

    4.2

    4.3

    5.0

    5.1

    5.2

    5.3

    5.4

    Supply, fill and spread 25 mm single wash aggregate sand

    Supply, delivery and lay geotextile Polyfelt TS 50

    Construct 100mm x 75mm thick concrete restrain edge

    Construction of brick sump of 450mm x 450mm

    Excavate trench, supply and install 300mm diameter HDPE discharge

    pipe

    GUTTER SYSTEM

    Supply and install 250mm x 150mm Stainless steel gutter

    PLUMBING INSTALLATION SYSTEM

    Rainwater incoming pipe tapped-off from rainwater storage tank to WC.

    Modify pipe connection to WC cistern to receive rainwater pipe

    plumbing

    Supply and install 38mm diameter HDPE overflow pipe

    GREEN ROAD

    Removal and re-grade the existing road

    Excavation in trenches

    Supply and install 150mm diameter perforated HDPE Resintech pipe

    Supply and install all associate fittings :

    a) 150mm x 150mm Elbowb) 150mm x 150mm T-Junction

    m

    m2

    m

    No

    LS

    m

    L.S

    L.S

    m

    LS

    m3

    m

    No

    No

    No

  • 7/28/2019 Bab 4 _ Dapatan Analisa Projek (2)

    22/22

    62

    5.5

    5.6

    5.7

    5.8

    5.9

    5.10

    5.11

    5.12

    5.13

    5.14

    c) Rubber ringsd) End cap

    Supply, fill and spread 25mm single wash aggregate sand

    Supply, delivery and lay geotextile Polyfelt T50

    Construct 100mm x 75mm thick concrete restrain edge

    Supply, delivery and install 70mm thick hydrogrow mix below ring and

    100mm thick top soil

    Supply, delivery and fill 100mm thick compacted sandy gravel road

    base

    Supply, deliver and fill 100mm thick sand

    Construction of brick sump of 450mm x 450mm

    Excavate trench, supply and install 150mm HDPE discharge pipe

    Supply, deliver and install 225mm x 150mm x 150mm paving block

    Supply, install 600mm x 600mm x 75mm thick precast concrete step

    No

    m3

    m2

    m

    m2

    m2

    m2

    No

    LS

    m2

    No