pelaporan dan isu_penilaian t8

25
154 OUM PELAPORAN DAN ISU-ISU PENILAIAN TAJUK 8 TAJUK 8 PELAPORAN DAN ISU-ISU PENILAIAN PENGENALAN Beberapa kaedah pengukuran untuk mendapatkan markah/skor pencapaian/konstruk telah dibincangkan. Kaedah-kaedah tersebut termasuklah ujian bertulis, ujian lisan, pemerhatian, soal selidik dan inventori. Selain itu, kita juga telah didedahkan dengan beberapa kaedah yang boleh diguna untuk menentukan kesesuaian soalan/item sepert indeks kesukaran, diskriminasi, kebolehpercayaan dan kesahan. Kaedah-kaedah pengukuran ini diharap dapat menghasilkan ukuran pencapaian/konstruk yang kita kehendaki. Perkara-perkara lain yang turut dibincangkan ialah pemeriksaan jawapan untuk menentukan markah/skor yang diperoleh pelajar, termasuk kaedah penyelarasan pemeriksaan dan markah ujian. Kaedah penilaian markah/skor yang diperoleh pelajar juga turut dibincangkan. Tajuk ini pula mendedahkan dua langkah terakhir dalam pengukuran dan penilaian, iaitu pelaporan penilaian dan penyimpanan rekod penilaian. Selain itu, beberapa masalah/isu berkaitan penilaian turut dibincangkan. OBJEKTIF Diakhir tajuk ini, anda seharusnya dapat: 1. menyenaraikan mereka yang patut menerima laporan penilaian; 2. menjelaskan kepentingan laporan penilaian kepada penerimanya; 3. menjelaskan bentuk laporan penilaian bersama contohnya; 4. menjelaskan penilaian kendiri, guru dan piawai; serta 5. membincangkan beberapa isu berkaitan pengukuran dan penilaian. PETA MINDA

Upload: khaidiny

Post on 03-Jul-2015

3.308 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Pelaporan dan isu_penilaian t8

154 OUM

PELAPORAN DAN ISU-ISU PENILAIAN TAJUK 8

TAJUK 8 PELAPORAN DAN ISU-ISU PENILAIAN

PENGENALAN

Beberapa kaedah pengukuran untuk mendapatkan markah/skor pencapaian/konstruk telahdibincangkan. Kaedah-kaedah tersebut termasuklah ujian bertulis, ujian lisan, pemerhatian,soal selidik dan inventori. Selain itu, kita juga telah didedahkan dengan beberapa kaedahyang boleh diguna untuk menentukan kesesuaian soalan/item sepert indeks kesukaran,diskriminasi, kebolehpercayaan dan kesahan.

Kaedah-kaedah pengukuran ini diharap dapat menghasilkan ukuran pencapaian/konstruk yangkita kehendaki. Perkara-perkara lain yang turut dibincangkan ialah pemeriksaan jawapan untukmenentukan markah/skor yang diperoleh pelajar, termasuk kaedah penyelarasan pemeriksaandan markah ujian. Kaedah penilaian markah/skor yang diperoleh pelajar juga turut dibincangkan.Tajuk ini pula mendedahkan dua langkah terakhir dalam pengukuran dan penilaian, iaitupelaporan penilaian dan penyimpanan rekod penilaian. Selain itu, beberapa masalah/isuberkaitan penilaian turut dibincangkan.

OBJEKTIF

Diakhir tajuk ini, anda seharusnya dapat:

1. menyenaraikan mereka yang patut menerima laporan penilaian;

2. menjelaskan kepentingan laporan penilaian kepada penerimanya;

3. menjelaskan bentuk laporan penilaian bersama contohnya;

4. menjelaskan penilaian kendiri, guru dan piawai; serta

5. membincangkan beberapa isu berkaitan pengukuran dan penilaian.

PETA MINDA

Page 2: Pelaporan dan isu_penilaian t8

OUM 155

TAJUK 8 PELAPORAN DAN ISU-ISU PENILAIAN

8.1 PELAPORAN PENILAIAN

Sekiranya setiap perkara yang kita lakukan direkodkan secara bertulis dandidokumentasikan, pada pandangan anda apakah signifikasinya kepadagenerasi anda di masa akan datang. Bagaimanakah anda hendak memberilaporan atas pencapaian, kejayaan dan kegagalan anda untuk iktibar generasiseterusnya?

Pelaporan penilaian bermaksud bagaimana markah/skor ujian/inventori dan penilaianterhadapnya dilaporkan supaya ia bermakna kepada orang-orang yang berkepentingan. Merekayang berkepentingan, iaitu kepada siapa laporan penilaian akan diberikan, bergantung pulakepada tujuan penilaian dibuat dibuat. Sebagaimana yang kita sedia maklum, tujuan penilaianantara lain ialah untuk menentukan kemajuan akademik pelajar, pencapaian pelajar, masalahpengajaran guru, masalah pembelajaran pelajar, pengelompokan pelajar, bidang yang sesuaidengan pelajar, sahsiah pelajar, sikap pelajar, motivasi pelajar dan gaya pembelajaran pelajar.Justeru, mereka yang berkepentingan termasuklah guru, pelajar, ibu bapa dan guru kaunselor,guru besar, pegawai pendidikan daerah dan bakal majikan.

8.1.1 Penerima Laporan Penilaian

Seperti mana yang dijelaskan, orang-orang yang berkepentingan untuk menerima laporanpenilaian bergantung kepada tujuan penilaian itu dibuat. Bahagian ini akan membincangkansiapakah yang sepatutnya menerima laporan penilaian dan bahagian seterusnya akanmenjelaskan format-format laporan yang sesuai untuk tujuan-tujuan penilaian tertentu.Penerima laporan yang akan dibincangkan hanyalah meliputi guru, pelajar, ibu bapa, gurukaunselor, guru besar sekolah, pegawai pendidikan daerah dan bakal majikan pelajar.

(a) Guru

Guru memerlukan beberapa maklumat tentang pelajar-pelajar mereka untukmembantu mereka dalam pengajaran. Maklumat ini termasuklah pencapaianlepas, pengetahuan dan kemahiran asas, gaya dan masalah pembelajaran,minat, motivasi, sikap, kemajuan akademik dan pencapaian akhir pelajar.Maklumat tentang pencapaian lepas, pengetahuan dan kemahiran asas sertagaya dan masalah pembelajaran pelajar dapat membantu guru untuk membuatkeputusan tentang sukatan pelajaran dan kaedah pengajaran yang sesuai untukpelajar-pelajarnya.

Maklumat ini juga dapat membantu guru untuk merancang dan melaksanakan ulang kajitajuk-tajuk tertentu yang menjadi asas kepada pelajaran baru. Selain itu, maklumat tentangminat, motivasi dan sikap pelajar boleh membantu guru untuk meningkatkan motivasipembelajaran mereka. Seterusnya, di sepanjang proses pengajaran, guru perlumengetahui kemajuan akademik pelajar-pelajarnya untuk menentukan kaedahpengajaran/pembelajaran yang lebih sesuai dengan pelajar-pelajarnya. Ujian diagnostikboleh digunakan untuk mengenal pasti masalah pembelajaran pelajar.

Page 3: Pelaporan dan isu_penilaian t8

156 OUM

PELAPORAN DAN ISU-ISU PENILAIAN TAJUK 8

Akhirnya, guru perlu mengetahui pencapaian akhir pelajar yang boleh digunakan untukmembuat keputusan tentang gred pencapaian akhir mereka dan untuk memilih pelajaruntuk menerima hadiah atas kejayaan mereka. Justeru, laporan berkaitan pencapaianlepas, pengetahuan dan kemahiran asas, gaya dan masalah pembelajaran, minat,motivasi, sikap, kemajuan formatif dan pencapaian akhir pelajar perlu diteliti dan disimpanoleh guru.

(b) Pelajar

Rajah 8.1 : Maklumat pelajar dapat membantu guru untuk meningkatkan motivasisetiap pelajarnya

Pelajar juga memerlukan beberapa maklumat tentang diri mereka sendiri untukmembantu mereka dalam pembelajaran. Maklumat ini termasuklahpengetahuan dan kemahiran asas, gaya dan masalah pembelajaran sertakemajuan dan pencapaian akademik mereka.

Maklumat tentang pengetahuan dan kemahiran asas ini diperlukan untuk merekamembuat ulang kaji tajuk-tajuk yang belum mereka kuasai. Pelajar-pelajar juga perlumengetahui gaya pembelajaran mereka dan gaya pembelajaran yang sesuai sertamasalah-masalah pembelajaran mereka untuk mereka mengubah gaya pembelajaranmereka.

Seterusnya, di sepanjang proses pengajaran/pembelajaran, pelajar perlu mengetahuikemajuan akademik mereka untuk mereka mengubah kaedah pembelajaran merekakepada yang lebih sesuai. Akhirnya, pelajar perlu mengetahui pencapaian mereka yangmenunjukkan kejayaan/kelemahan mereka dalam sesuatu mata pelajaran pada akhirpenggal/tahun persekolahan.

Maklumat ini juga akan menjadi motivasi kepada mereka supaya perancangan strategikdapat dibuat ke arah pencapaian yang lebih baik. Justeru, laporan berkaitan pengetahuandan kemahiran asas, gaya dan masalah pembelajaran serta penilaian formatif dan sumatifperlu diberikan kepada para pelajar. Maklum balas ini diharapkan dapat menjadi motivasidan seterusnya memperbaiki pencapaian akan datang pelajar.

Page 4: Pelaporan dan isu_penilaian t8

OUM 157

TAJUK 8 PELAPORAN DAN ISU-ISU PENILAIAN

(c) Ibu Bapa

Rajah 8.2 : Laporan penilian pelajar perlu untuk mengetahui kemajuan mereka

Ibu bapa turut memerlukan beberapa maklumat tentang anak-anak merekauntuk membantu mereka mengadakan beberapa aktiviti yang dapatmeningkatkan kemajuan akademik dan sahsiah anak-anak mereka. Maklumatini termasuklah dari segi masalah pembelajaran, kemajuan akademik,pencapaian akhir dan perkembangan sahsiah anak-anak mereka.

Maklumat tentang masalah pembelajaran dan kemajuan akademik dapat membantu ibubapa untuk memberi bantuan pembelajaran kepada anak-anak mereka, sama ada dirumah atau melalui kelas-kelas tusyen. Ibu bapa juga perlu mengetahui tentangpencapaian akhir anak-anak mereka untuk membantu mereka membuat keputusantentang bentuk bantuan pembelajaran yang diperlukan, bidang pengajian dan kerjayayang sesuai untuk anak-anak mereka. Selain itu, maklumat tentang perkembangansahsiah pelajar diperlukan oleh ibu bapa untuk membantu anak-anak mereka mengubahperlakuan di rumah atau di kelas tusyen kepada sahsiah yang lebih baik.

Dalam keadaan yang meruncing, maklumat tentang kemajuan akademik danperkembangan sahsiah pelajar akan membantu ibu bapa membuat keputusan untukmemindahkan anak-anak mereka ke sekolah lain yang lebih sesuai. Justeru, laporanberkaitan masalah pembelajaran, kemajuan akademik, pencapaian akhir danperkembangan sahsiah pelajar perlu diberikan kepada ibu bapa. Komunikasi laporan inijuga diharapkan dapat mengeratkan hubungan antara sekolah dengan ibu bapa.

Latihan 8.1

Apakah maklumat yang diperlukan pelajar untuk membantu mereka dalampembelajaran?

Page 5: Pelaporan dan isu_penilaian t8

158 OUM

PELAPORAN DAN ISU-ISU PENILAIAN TAJUK 8

(d) Guru KaunselorGuru kaunselor memerlukan beberapa maklumat tentang pelajar-pelajar untukmembantunya memberikan bimbingan dan kaunseling kepada para pelajar. Maklumatini termasuklah pencapaian lepas, gaya pembelajaran, minat, motivasi, sikap,perkembangan sahsiah dan pencapaian akhir pelajar. Maklumat tentang pencapaianlepas dan gaya pembelajaran dapat membantu guru kaunselor untuk menasihat pelajartentang gaya pembelajaran yang sesuai untuk mata-mata pelajaran tertentu.

Selain itu, maklumat tentang minat, motivasi dan sikap pelajar boleh membantu gurukaunselor meningkatkan motivasi pembelajaran pelajar, sementara maklumat tentangperkembangan sahsiah pelajar boleh membantu guru kaunselor meningkatkanperkembangan sahsiah pelajar. Seterusnya, minat dan pencapaian akhir pelajar bolehdigunakan oleh guru kaunselor untuk menentukan keberkesanan program kaunselingdan juga menasihat pelajar tentang bidang pengajian dan kerjaya yang sesuai untuksetiap pelajar seperti dalam rajah 8.3. Justeru, ringkasan laporan berkaitan pencapaianlepas, gaya pembelajaran, minat, motivasi, sikap, perkembangan sahsiah danpencapaian akhir pelajar bagi setiap kelas perlu diberikan kepada guru kaunselor.

Rajah 8.3 : Maklumat laporanpelajar kepada guru

kaunselor

(e) Guru Besar Sekolah

Guru besar sekolah memerlukan beberapa maklumat tentang pelajar-pelajaruntuk membantunya merancang program yang boleh meningkatkan motivasipembelajaran, pencapaian akademik dan pembangunan sahsiah pelajar.Maklumat ini termasuklah pencapaian lepas, minat, motivasi, sikap,perkembangan sahsiah dan pencapaian akhir pelajar. Maklumat tentangpencapaian lepas, minat, motivasi dan sikap pelajar boleh membantu gurubesar merancang program untuk meningkatkan motivasi dan kaedahpembelajaran pelajar.

Page 6: Pelaporan dan isu_penilaian t8

OUM 159

TAJUK 8 PELAPORAN DAN ISU-ISU PENILAIAN

Maklumat tentang perkembangan sahsiah pelajar boleh membantu guru besarmerancang program untuk mencemerlangkan sahsiah pelajar. Seterusnya, pencapaianakhir pelajar boleh digunakan oleh guru besar untuk menentukan keberkesanan programpeningkatan motivasi dan kaedah pembelajaran yang dilaksanakan serta, mungkin juga,digunakan untuk menyesuaikan kurikulum dengan keadaan/suasana di sekolah dankawasan di sekelilingnya. Justeru, ringkasan laporan berkaitan pencapaian lepas, minat,motivasi, sikap, perkembangan sahsiah dan pencapaian akhir pelajar bagi keseluruhankelas perlu disampaikan kepada guru besar.

Rajah 8.4 : Guru besar memerlukan laporan untuk menentukan keberkesanan porogram yangtelah dirancang

(f) Pegawai Pendidikan Daerah

Pegawai pendidikan daerah (PPD) memerlukan beberapa maklumat tentangpelajar-pelajar untuk membantunya merancang program yang bolehmenyelaraskan peningkatkan motivasi pembelajaran, pencapaian akademikdan pembangunan sahsiah pelajar di semua sekolah dalam daerah di bawahpenyeliaannya. Maklumat ini termasuklah pencapaian lepas, minat, motivasi,sikap, perkembangan sahsiah dan pencapaian akhir pelajar.

Maklumat tentang pencapaian lepas, minat, motivasi, sikap dan perkembangan sahsiahpelajar boleh membantu PPD merancang program untuk meningkatkan motivasi dankaedah pembelajaran serta kecemerlangan sahsiah pelajar-pelajar dalam daerahnya.Seterusnya, pencapaian akhir pelajar boleh digunakan oleh PPD untuk menentukankeberkesanan program peningkatan motivasi dan kaedah pembelajaran sertakecemerlangan sahsiah dan juga membandingkan pencapaian antara sekolah-sekolahdalam daerahnya. Justeru, ringkasan laporan berkaitan pencapaian lepas, minat, motivasi,sikap, perkembangan sahsiah dan pencapaian akhir pelajar bagi keseluruhan sekolahperlu disampaikan kepada PPD.

Page 7: Pelaporan dan isu_penilaian t8

160 OUM

PELAPORAN DAN ISU-ISU PENILAIAN TAJUK 8

(g) Bakal Majikan

Bakal majikan memerlukan beberapa maklumat tentang pelajar-pelajar untukmembantu pihaknya membuat keputusan untuk menerima pelajar lepasansesebuah sekolah sebagai pekerjanya. Maklumat ini termasuklah pencapaianakademik, penguasaan kemahiran, minat, motivasi, sikap dan sahsiah pelajar.Maklumat tentang pencapaian akademik dan penguasaan kemahiran tertentuoleh pelajar boleh membantu bakal majikan menentukan kesesuaian pelajaruntuk melaksanakan sesuatu tugas.

Seterusnya, minat, motivasi, sikap dan sahsiah pelajar boleh membantu bakal majikanmenentukan sama ada pelajar ini akan menjadi seorang pekerja yang baik kepadasyarikat dan berjaya dalam kerjayanya. Justeru, laporan berkaitan pencapaian akademik,penguasaan kemahiran, minat, motivasi, sikap dan sahsiah pelajar perlu disampaikankepada bakal majikan, dengan kebenaran daripada pelajar dan ibu bapa mereka.

Sebagai kesimpulannya keseluruhan pelaporan penilaian ini boleh dilihat dalam rajah8.5 di bawah.

Rajah 8.5 : Pelaporan penilaian

Page 8: Pelaporan dan isu_penilaian t8

OUM 161

TAJUK 8 PELAPORAN DAN ISU-ISU PENILAIAN

8.1.2 Bentuk Laporan Penilaian

Beberapa jenis pengukuran dan penilain telah dikenal pasti, yang perlu dibuat untuk mencapaipelbagai tujuan penilaian. Penilaian-penilaian ini meliputi penilaian pencapaian lepas,pengetahuan dan kemahiran asas, gaya dan masalah pembelajaran, minat, motivasi, sikap,kemajuan akademik, pencapaian akhir dan perkembangan sahsiah pelajar. Penilaian-penilaianini perlu disusuli dengan pelaporannya kepada orang-orang yang berkepentingan seperti yangtelah dibincangkan. Ia boleh dibuat dalam pelbagai bentuk, seperti gred peratus (percentagegrade), gred abjad (letter grade), gred lulus-gagal (pass-fail grade), senarai semak (checklist),penjelasan bertulis (written description) dan perjumpaan ibu bapa (parent conference).Bahagian berikut akan menjelaskan bentuk-bentuk laporan ini bersama kebaikan dankelemahan masing-masing.

(a) Gred Peratus

Gred peratus menjelaskan pencapaian pelajar dalam bentuk nombor antara 0hingga 100 (iaitu nombor per seratus). Istilah peratus ini menunjukkan berapaperatus seseorang pelajar dapat menguasai kandungan pelajaran tertentu(Oosterhof, 2003: 216). Nombor yang kecil menunjukkan pencapaian yangrendah, sementara nombor yang besar menunjukkan pencapaian yang tinggi.Gred peratus ini biasanya digunakan oleh guru untuk menunjukkan pencapaianpelajar dalam penilaian formatif seperti kuiz mingguan, ujian bulanan atautugasan.

Kebaikan gred peratus ialah ia dilaporkan dalam bentuk nombor, yang mudah ditafsirkandan mudah dibuat analisis lanjutan disebabkan oleh nilainya masih dalam bentuk nombor.Kelemahan gred peratus ialah sebenarnya gred peratus tidak menggambar secara tepatperatus kandungan yang dikuasai pelajar, tetapi ia lebih bergantung kepada araskesukaran soalan. Sekiranya pelajar yang sama diberi ujian yang lebih sukar, gredperatusnya akan menurun.

(b) Gred Abjad

Gred abjad menjelaskan pencapaian pelajar dalam bentuk abjad yang biasanyaterdiri daripada lima (5) kategori, misalnya A, B, C, D dan F, yang mana abjadA menunjukkan pencapaian cemerlang, B baik, C sederhana, D rendah dan Fgagal. Kebanyakan sekolah dan institusi pengajian tinggi menggunakanpenggredan ini. Gred abjad ini biasanya digunakan oleh guru untuk menunjukkanpencapaian pelajar dalam penilaian sumatif seperti ujian akhir penggal/akhirtahun persekolahan.

Terdapat pelbagai pengkelasan markah pelajar semasa menentukan gred abjad ini.Contohnya, markah antara 90% hingga 100% akan diberi gred A. Kebaikan gred abjadialah, seperti juga gred peratus, ia mudah ditafsirkan sebagai pencapaian pelajar mengikutkategori pencapaian. Ia juga menggunakan bilangan kategori gred yang kecil dan lebihbermakna, berbanding dengan gred peratus yang terdiri daripada terlalu banyak kategori.Kelemahan gred abjad ialah, sama seperti gred peratus, ia tidak menggambar secaratepat banyak mana kandungan yang dikuasai pelajar, tetapi ia lebih bergantung kepadaaras kesukaran soalan. Selain itu, apabila kita mengubah markah asal kepada gred

Page 9: Pelaporan dan isu_penilaian t8

162 OUM

PELAPORAN DAN ISU-ISU PENILAIAN TAJUK 8

abjad, kita telah mengkelaskan markah ini kepada kategori tertentu dan mengubahkategori ini kepada gred abjad. Ini menyebabkan kita kehilangan maklumat tentang markahasal pelajar.

(c) Gred Lulus-Gagal

Gred lulus-gagal menjelaskan pencapaian pelajar hanya dalam dua kategori,iaitu sama ada lulus/gagal atau memuaskan/tidak memuaskan. Penilai perlumenetapkan markah lulus dan markah gagal, misalnya markah 50% dan keatas diberi gred lulus dan bawah daripada 50% diberikan gred gagal. Kita jugamengubah gred abjad kepada gred lulus-gagal, iaitu dengan mengubah gredA, B, C dan D kepada gred lulus, sementara F diubah kepada gred gagal.

Bagaimanapun, bagi pelajar pasca siswazah, hanya gred A dan B yang boleh diubahkepada gred lulus, sementara gred C, D dan F diubah kepada gred gagal. Gred lulus-gagal ini diguna untuk meningkatkan motivasi pelajar supaya cuba menjawab soalanyang susah. Biasanya, pelajar tidak berminat untuk menjawab soalan begini disebabkanrasa malu apabila mendapat markah yang rendah. Gred lulus-gagal ini juga biasanyadigunakan untuk menilai penguasaan pelajar terhadap sesuatu kemahiran, misalnyamelakukan eksperimen sains dalam makmal.

Kebaikan lulus-gagal ialah ia menggalakan pelajar menjawab soalan yang susah ataumengambil kursus yang susah. Kelemahan gred lulus-gagal ialah, sama seperti gredperatus/abjad, ia tidak menggambar secara tepat banyak mana kandungan yang dikuasaipelajar, tetapi ia lebih bergantung kepada aras kesukaran soalan. Selain itu, apabila kitamengubah markah asal kepada gred lulus-gagal, kita telah mengkelaskan markah inikepada dua kategori sahaja. Ini menyebabkan kita kehilangan maklumat tentang markahasal pelajar.

Gred lulus-gagal juga tidak boleh digunakan untuk membuat keputusan berasaskan gredmarkah atau gred abjad. Gred lulus-gagal juga mempunyai kebolehpercayaan yangrendah, iaitu kebolehpercayaan gred yang menggunakan lima kategori ialah 0.85,sementara kebolehpercayaan gred yang menggunakan dua kategori ialah 0.63 (Ebel,1995).

Latihan 8.2

Berikan kebaikan jika guru melaporkan pencapaian pelajar menggunakan ketiga-tiga gred peratus, gred abjad dan penjelasan gred (seperti baik, cemerlang).

(d) Senarai SemakSenarai semak menjelaskan pencapaian pelajar dalam bentuk borang yang mengandungiobjektif pengajaran/hasil pembelajaran yang sepatutnya dicapai pelajar, yang meliputidomain kognitif, psikomotor dan afektif. Untuk memberikan maklumat yang lebih terperincidan bermakna, kita boleh masukkan juga aras pencapaian hasil pembelajaran (misalnya,gred abjad), seperti sangat lemah (F), lemah (D), sederhana (C), baik (B), cemerlang(A). Penggredan/penilaian bentuk ini biasanya digunakan di sekolah rendah danmenengah rendah.

Page 10: Pelaporan dan isu_penilaian t8

OUM 163

TAJUK 8 PELAPORAN DAN ISU-ISU PENILAIAN

Kebaikan senarai semak ialah ia mudah ditafsir dan lebih bermakna kepada kitadisebabkan ia mengandungi maklumat yang terperinci tentang pencapaian pelajar.Maklumat ini dapat membantu guru, pelajar, ibu bapa dan guru kaunselor untuk memberinasihat kepada pelajar atau merancang aktiviti untuk mereka, supaya pencapaian merekameningkatkan. Senarai semak juga amat sesuai diguna untuk melaporkan keputusanujian diagnostik dan tindakan susulannya seperti pemulihan/pengayaan.

Bagaimanapun, senarai semak agak sukar dilaksanakan disebabkan guru perlumenyediakan hasil pembelajaran bagi setiap tajuk pelajaran, yang melibatkanketiga-tiga domain pendidikan dan juga perkembangan sahsiah pelajar.

Rajah 8. 6 : Penyediaan senarai semak dapat memperincikan maklumat pelajar

Kelemahan senarai semak, seperti yang disebutkan lebih awal, ialah guru perlu bekerjakeras untuk menyediakan senarai semak yang lengkap. Bagaimanapun, senarai semakini perlu disediakan sekali sahaja dan ia boleh digunakan untuk pelajar-pelajar kelas laindan juga yang akan datang. Kelemahan kedua ialah laporan penilaian yang menggunakanbentuk ini akan menjadi terlalu panjang, justeru, pencapaian keseluruhan bagi sesuatumata pelajaran susah diperoleh.

(e) Penjelasan BertulisPenjelasan bertulis menjelaskan pencapaian pelajar dalam bentuk penulisan tentangkekuatan dan kelemahan pelajar yang meliputi domain kognitif, psikomotor dan afektifserta perkembangan sahsiah pelajar. Seperti juga, senarai semak, penjelasan bertulisini akan menjadi terlalu panjang sekiranya guru ingin menjelaskan kekuatan dan jugakelemahan pelajar. Biasanya, untuk tujuan pemulihan, kita hanya memerlukan maklumattentang kelemahan pelajar.

Justeru, penjelasan bertulis boleh dimudahkan dengan melaporkan gred markah/abjad bagi sesuatu mata pelajaran dengan disusuli oleh penjelasan bertlistentang kelemahan pelajar sahaja. Bagaimanapun, penjelasan bertulis agaksukar disediakan sekiranya sesuatu kelas itu mempunyai ramai pelajar yanglemah dan bermasalah disiplin.

Page 11: Pelaporan dan isu_penilaian t8

164 OUM

PELAPORAN DAN ISU-ISU PENILAIAN TAJUK 8

Kebaikan penjelasan bertulis ialah ia mudah lentur (flexible) disebabkan pelapor bolehmemilih untuk melapor perkara-perkara yang dirasakan penting sahaja, sama ada olehguru, ibu bapa, guru kaunselor atau guru disiplin. Ia juga mudah ditafsir dan lebih bermaknakepada kita disebabkan ia mengandungi maklumat yang terperinci tentang pelajar. Sepertijuga senarai semak, maklumat ini dapat membantu guru, pelajar, ibu bapa dan gurukaunselor/disiplin untuk memberi nasihat atau merancang aktiviti untuk memperbaikipencapaian/sahsiah mereka.

Kelemahan penjelasan bertulis, seperti yang disebutkan lebih awal, ialah guru perlubekerja keras untuk menyediakan penjelasan bertulis yang lengkap. Bagaimanapun,dengan bantuan komputer, pernyataan-pernyataan yang akan digunakan boleh disimpandan diambil semula daripada komputer apabila kita menyediakan penjelasan bertulis.

(e) Perjumpaan Ibu Bapa

Perjumpaan ibu bapa menjelaskan lebih lanjut pencapaian pelajar selepas pihaksekolah menghantar laporan penilaian kepada mereka, yang mana penjelasanini dibuat melalui perbincangan antara guru-guru, pelajar dan ibu bapa, terutamabagi pelajar-pelajar yang bermasalah pembelajaran, sahsiah atau disiplin.Perjumpaan ini bertujuan untuk memberi tahu ibu bapa dan pelajar tentangmasalah yang dihadapi oleh anak mereka, supaya ketiga-tiga pihak mencapaipersetujuan tentang tindakan yang perlu diambil untuk mengatasi masalahpelajar.

Dalam perjumpaan ini, ibu bapa dapat meneliti kerja sekolah anak mereka dengan melihatcontoh kerja, jawapan ujian dan profil pelajar. Dalam perbincangan ini, pihak ibu bapabiasanya ingin mengetahui kekuatan dan juga kelemahan anak mereka. Justeru,perjumpaan ini kadang kala mengambil masa yang panjang dan melibatkan beberapaorang guru yang mengajar pelajar tersebut.

Kebaikan perjumpaan ibu bapa ialah pihak guru dapat menjelaskan secara mendalamtentang kekuatan dan kelemahan pelajar kepada ibu bapa di hadapan pelajar itu sendiri.Dengan demikian, pihak ibu bapa memahami pencapaian dan masalah sebenar anakmereka dan juga memahami tindakan yang akan diambil oleh pihak sekolah. Ini akanmenjadikan mereka lebih bertanggungjawab dan seterusnya memainkan peranan aktifuntuk membantu anak mereka mencapai kejayaan. Selain itu, maklumat daripadaperjumpaan ibu bapa dapat membantu guru/guru kaunselor/disiplin memberi nasihatatau merancang aktiviti untuk pelajar tersebut.

Kelemahan perjumpaan ibu bapa, seperti yang disebutkan lebih awal, ialah perjumpaanini mengambil masa yang panjang. Ia juga melibatkan ramai guru, sekiranya semuaguru yang mengajar dan guru kaunselor/disiplin turut terlibat dalam perjumpaan.Kelemahan lain ialah agar sukar untuk menjadualkan perjumpaan disebabkan masayang semua pihak boleh berjumpa adalah amat terbatas memandangkan kebanyakanibu bapa bekerja, guru-guru mengajar dan pelajar belajar di sepanjang waktupersekolahan.

Page 12: Pelaporan dan isu_penilaian t8

OUM 165

TAJUK 8 PELAPORAN DAN ISU-ISU PENILAIAN

Sebagai kesimpulanya bentuk-bentuk laporan penilaian ini adalah berdasarkan kepada rajah8.7 di bawah.

Rajah 8.7 : Bentuk-bentuk laporan penilaian

8.1.3 Contoh Pelaporan dan Rekod Penilaian

Jadual 8.1 menunjukkan satu contoh pelaporan penilaian, yang dinamakan Pelaporan PenilaianBerasaskan Sekolah (PKBS), iaitu pelaporan penilaian berasaskan penaksiran yang dibuatoleh pihak sekolah. Pelaporan penilaian ini ialah untuk pelajar sekolah rendah yang dimasukkandalam sebuah buku rekod penilaian yang bermula daripada Tahun 1 hingga Tahun 6. Gredyang dimasukkan pada setiap semester ialah gred abjad, iaitu A (Cemerlang, 80 -100%), B(Baik, 60-79%), C (Memuaskan, 40-59%), D (Perlu Pembaikan, 20-39) dan E (Perlu PerhatianKhusus, 0-19%). Ada juga guru yang mencatatkan gred peratus (markah) bersebelahan gredabjad [misalnya, A (88)].

Bagaimanapun, guru hanya mengisi gred bagi pecahan pencapaian utama sahaja (sepertiPengetahuan, Latihan Amal, Kebolehan), sementara pecahan lain tidak diisi (seperti Teori,Minat dan Sikap, Sikap). Seterusnya, Guru Mata Pelajaran memberi komen tentang pencapaiandan tindakan lanjutan bagi mata pelajarannya. Guru Kelas pula memberi komen tentangpencapaian keseluruhan mata pelajaran dan tindakan lanjutan keseluruhan. Akhirnya, rekodpenilaian pelajar menunjukkan kemajuan akademik dan sahsiah pelajar serta pertumbuhanfizikal pelajar, iaitu berat dan tinggi pelajar, bermula daripada Tahun 1 hingga tahun semasa.

Page 13: Pelaporan dan isu_penilaian t8

166 OUM

PELAPORAN DAN ISU-ISU PENILAIAN TAJUK 8

Jadual 8.1: Pelaporan Penilaian Berasaskan Sekolah

Semester 1 Semester 2 Mata Pelajaran Gred Komen Gred Komen

Bahasa Melayu Lisan Bacaan/Pemahaman Karangan/Bertulis Keseluruhan

Nama Guru _____

Nama Guru _____

Bahasa Inggeris Lisan Bacaan Keterangan Kefahaman Keseluruhan

Nama Guru _____

Nama Guru _____

Matematik Kertas 1 (Objektif) Kertas 2 (Subjektif) Keseluruhan

Nama Guru _____

Nama Guru _____

Sains Pengetahuan Kemahiran Belajar Kemahiran Sosial dan Sikap

Nama Guru _____

Nama Guru _____

Pendidikan Muzik Latihan Amal Teori Minat dan Sikap

Nama Guru _____

Nama Guru _____

Pendidikan Agama Islam Pengetahuan Bacaan Al-Quran Hafalan Al-Quran Sikap Amalan

Nama Guru _____

Nama Guru _____

Pendidikan Moral Pengetahuan Sikap Amalan

Nama Guru _____

Nama Guru _____

Kajian Tempatan Pengetahuan Kemahiran Belajar Kemahiran Sosial dan Sikap

Nama Guru _____

Nama Guru _____

Pendidikan Seni Kebolehan Kemahiran Menggunakan Media Sikap

Nama Guru _____

Nama Guru _____

Page 14: Pelaporan dan isu_penilaian t8

OUM 167

TAJUK 8 PELAPORAN DAN ISU-ISU PENILAIAN

8.2 PENILAIAN KENDIRI, GURU DAN PIAWAI

Penilaian boleh dibahagikan kepada tiga kelompok, iaitu penilaian kendiri, penilaian gurudan penilaian piawai seperti dalam rajah 8.8. Setiap kelompok penilaian ini mempunyaitujuan tertentu, misalnya penilaian kendiri bertujuan menentukan sama ada dirinya sendiribenar-benar memahami apa yang dipelajari atau sudah bersedia untuk menduduki ujian/peperiksaan. Penilaian guru pula bertujuan menentukan sama ada setiap pelajar memahamiapa yang diajarnya dan juga menilai keberkesanan pengajarannya.

Kemahiran Hidup Kebolehan Sikap

Nama Guru _____

Nama Guru _____

Pend. Jasmani & Kesihatan Kebolehan Sikap

Nama Guru _____

Nama Guru _____

Jawatan Yang Dipegang 1. 2 3. 4. 5.

Kedatangan Kelakuan Berat Jumlah Markah Peratus Gred Kedudukan Komen Guru Kelas

Nama Guru Kelas __________

Nama Guru Kelas _________

Tandatangan Guru Kelas Tandatangan Guru Besar & Cop

Tandatangan Penjaga

Latihan 8.3

Beri satu kekangan pelaporan penilaian menggunakan kaedah “perjumpaanibu bapa”.

Page 15: Pelaporan dan isu_penilaian t8

168 OUM

PELAPORAN DAN ISU-ISU PENILAIAN TAJUK 8

Seterusnya, penilaian piawai bertujuan menentukan pencapain seseorang pelajar berbandingdengan pencapaian pelajar-pelajar lain di seluruh negara, dan seterusnya menentukan samaada pelajar tersebut dapat melanjutkan pelajaran dalam bidang-bidang tertentu. Hasil penilaianpiawai juga diguna untuk menentukan sijil/pangkat sijil yang wajar diberikan kepada seseorangpelajar. Penjelasan lanjut tentang penilaian-penilaian ini diberikan dalam bahagian berikut.

8.2.1 Penilaian Kendiri

Penilaian kendiri ialah proses seseorang indidvidu mentadbir alat pengukuran tertentu,menyemak jawapannya dan menilai ukuran yang diperoleh secara sendiri. Contoh alatpengukuran tersebut ialah soalan latihan, contoh kertas ujian/peperiksaan, soal selidik/ inventori.Seperti yang dijelaskan lebih awal, terdapat pelbagai penilaian yang boleh membantu pelajardalam pembelajaran mereka, termasuk penilaian pengetahuan/ kemahiran asas, diagnostik,formatif, sumatif, minat, motivasi, sikap, aptitut, kecerdasan, sahsiah dan kecenderungankerjaya. Soalan latihan, misalnya, boleh diguna oleh pelajar untuk menentukan pengetahuan/kemahiran asas, masalah pembelajaran, kefahaman formatif atau pencapaian akhir pelajar.Soal selidik/inventori pula boleh menentukan minat, motivasi, sikap, aptitut, kecerdasan,sahsiah, bidang pengajian dan kerjaya masa depan pelajar.

Rajah 8.8 : Kelompok penilaian

Rajah 8.9 : Penilaian kendiri pelajar boleh membantu bidang kerjaya yang sesuai

Page 16: Pelaporan dan isu_penilaian t8

OUM 169

TAJUK 8 PELAPORAN DAN ISU-ISU PENILAIAN

Penilaian-penilaian ini boleh ditadbir, disemak dan dinilai sendiri oleh pelajar dengan bantuandaripada guru pakar bidang berkenaan, memandangkan pelajar sendiri mungkin tidakberkeupayaan untuk menyemak jawapan atau menilai ukuan yang diperolehi. Bantuan inidiperlukan terutama apabila pelajar menggunakan alat yang mengukur ciri-ciri dalaman pelajarseperti minat, motivasi, sikap, kecerdasan, aptitut dan kecenderungan kerjaya. Kesilapansemasa menyemak dan menilai akan menyebabkan pelajar tersalah membuat interpretasi,yang akan memberi kesan buruk kepada pelajar. Contohnya, kesilapan menginterpretasibidang pengajian/kerjaya menyebabkan pelajar memilih bidang pengajian/kerjaya yang tidaksesuai dengannya. Justeru, penilaian kendiri memerlukan jawapan terutama bagi alat-alatyang mengukur pencapaian akademik, seperti soalan latihan dan contoh kertas ujian/peperiksaan. Jawapan ini akan membantu pelajar menyemak jawapan yang diberikan olehpelajar.

Seterusnya, alat-alat yang mengukur ciri-ciri dalaman pelajar memerlukan panduan tentangcara memberi skor kepada item-itemnya dan juga panduan tentang cara menginterpretasiukuran yang diperoleh. Kini penilaian ciri-ciri dalaman seseorang boleh didapati secara atastalian. Contohnya, University of Waterloo Career Development Manual boleh membantuseseorang mengenal pasti kerjayanya berasaskan minat, nilai dan kemahiran seseorang itu.Manual Waterloo ini memberi gambaran lengkap tentang siapa diri seseorang itu danbagaimana seseorang itu boleh mengubah dirinya supaya sesuai dengan peluang kerjayayang sedia ada.

Anda boleh mendapat maklumat lanjut berhubung dengan proses ManualWaterloo ini melalui laman web berikut, http://www.cdm.uwaterloo.ca/index2.asp. Ciri-ciri penilaian yang dilakukan secara atas talian ini banyakmembantu pelajar untuk mengukur pencapaian dan sahsiah pelajar itu sendiri.

8.2.2 Penilain Guru

Penilaian guru ialah proses seseorang guru merancang, menggubal dan mentadbir alatpengukuran tertentu serta menyemak jawapan, menilai ukuran yang diperoleh dan melaporkanpenilaian tersebut. Semua proses ini perlu dilakukan dengan betul, iaitu dibuat secaraprofesional. Justeru, guru yang melaksanakannya perlu mengetahui prinsip-prinsip pengukurandan penilaian, selain pakar bidang mata pelajaran tertentu. Contohnya, guru yang ingin menilaipengetahuan/kemahiran asas, kekuatan/kelemahan, kemajuan formatif dan pencapaian akhirpelajar dalam matematik hendaklah guru matematik yang mempunyai pengetahuan/kemahiranmengukur dan menilai masalah pembelajaran/ pencapaian matematik. Seterusnya, guru yangingin menilai minat, motivasi, sikap, aptitut, kecerdasan, sahsiah dan kecenderungan kerjayapelajar hendaklah guru yang mempunyai pengetahuan/kemahiran mengukur dan menilai ciri-ciri dalaman pelajar, misalnya, guru kaunselor.

Page 17: Pelaporan dan isu_penilaian t8

170 OUM

PELAPORAN DAN ISU-ISU PENILAIAN TAJUK 8

Prinsip-prinsip am pengukuran dan penilain, yang banyak dibincangkan sebelum ini, bolehdigunakan oleh guru untuk menggubal dan mentadbir kertas ujian/peperiksaan sertamenyemak jawapan dan menilai ukuran yang diperoleh. Ujian/peperiksaan ini meliputi ujian/kuiz untuk peringkat kelas atau peperiksaan untuk peringkat sekolah/daerah yang digubalsendiri oleh seorang guru atau beberapa orang guru. Ciri utama sesuatu ujian/ peperiksaanialah kesahan ujian/peperiksaan tersebut, iatu sejauh mana sesuatu ujian/ peperiksaan dapatmengukur apa yang hendak diukur. Justeru, sebelum seseorang guru itu menyediakan kertasujian, dia perlu tahu/menentukan tujuan ujian itu diadakan, misalnya, menentukan pengetahuan/kemahiran asas pelajar untuk tajuk baru tertentu. Langkah seterusnya ialah menyediakanJadual Penentuan Ujian (JPU) yang mengandungi bilangan soalan untuk setiap tajuk danobjektif pengajaran.

Seterusnya, berpandukan kepada JPU ini, guru akan menyediakan soalan-soalan ujian.Selepas itu, guru perlu meminta pandangan guru lain dalam bidang yang sama tentangkesahan soalan-soalan yang disediakan. Langkah seterusnya ialah membuat ujian/kajianrintis terhadap soalan-soalan yang disediakan dan membuat pembetulan yang diperlukan.Indeks kesukaran dan diskriminasi perlu dikira (jika diperlukan) supaya indeks ini sesuai dengantujuan ujian itu diadakan. Seterusnya, guru mentadbir ujian ini mengikut panduan pengujiantertentu, menyemak jawapan, menilai markah/jawapan yang diberikan pelajar dan akhirnyamembuat laporan penilain.

Setiap langkah ini perlu dibuat dengan betul supaya keputusan ujian yang diperoleh dapatdigunakan supaya tujuan ujian itu diadakan dapat dicapai. Sekiranya tujuan ujian ialah untukmenentukan pengetahuan/kemahiran asas, maka keputusan ujian akan dapat menentukansama ada seseorang pelajar itu mempunyai pengetahuan/kemahiran asas tersebut atau tidak.Sekiranya tidak, guru perlu mengulang/mengajar semula pengetahuan/kemahiran asastersebut, sebelum mula mengajar tajuk baru.

Rajah 8.10 : Guru perlu dibekalkan dengan kemahiran pengukuran dan penilaian secaramenyeluruh

Page 18: Pelaporan dan isu_penilaian t8

OUM 171

TAJUK 8 PELAPORAN DAN ISU-ISU PENILAIAN

8.2.3 Penilaian Piawai

Penilaian piawai ialah proses merancang, menggubal dan mentadbir alatpengukuran tertentu serta menyemak jawapan, menilai ukuran yang diperolehdan melaporkannya yang diuruskan oleh badan-badan tertentu, misalnya,Lembaga Peperiksaan Malaysia. Seperti yang dijelaskan lebih awal, tujuanutama penilaian piawai ialah menyelaraskan pencapain seseorang pelajardengan menggunakan satu peperiksaan sahaja untuk seluruh negara.

Sebagai mana yang kita ketahui, penilaian guru adalah berasaskan kertas peperiksaan yangdigubal oleh guru, yang sememangnya amat berbeza. Ini menyebabkan gred yang diperolehseseorang pelajar tidak boleh dibandingkan dengan gred yang diperoleh pelajar lain yangmengambil kertas peperiksaan lain. Justeru, kita memerlukan peperiksaan dan penilaian piawaiuntuk membandingkan pencapaian pelajar. Contohnya, gred A yang diperoleh pelajar sebuahsekolah di negeri Selangor adalah setara dengan gred A yang diperoleh pelajar di sebuahsekolah di negeri Sabah. Selain tujuan akademik, penilaian piawai juga boleh digunakan untukmenilai ciri-ciri dalaman pelajar. Oleh sebab alat-alat untuk mengukur ciri-ciri ini sukar digubal,maka kehadiran alat-alat piawai dapat membantu pihak sekolah untuk menilai ciri-ciri tersebut.

Untuk menjamin kesahan keputusan peperiksaan piawai, setiap prosedur peperiksaan perludibuat dengan baik, misalnya, langkah menyediakan JPU dan soalan peperiksaan perlu dibuatdengan teliti dan berhati-hati. Ujian/kajian rintis juga perlu dibuat supaya kertas soalan dapatdifahami pelajar dengan jelas, masa menjawab soalan mencukupi dan soalan tidak terkeluardaripada sukatan pelajaran. Seterusnya, kerahsiaan kertas peperiksaan perlu dikawal denganbaik supaya kertas peperiksaan tidak bocor.

Pentadbiran peperiksaan perlu dibuat dengan menggunakan prosedur yang sama di semuapusat peperiksaan, terutama dari segi masa menjawab soalan, tindakan untuk menjelaskanmaksud soalan kepada pelajar, pembetulan kepada soalan yang didapati salah, jarak antarameja, pengawasan peniruan dan sebagainya. Perkara-perkara ini perlu diberi perhatiansewajarnya untuk menjamin kesetaraan keputusan peperiksaan bagi pelajar-pelajar di semuapusat peperiksaan.

Selain itu, untuk menjamin kesetaraan keputusan peperiksaan, kawalan perludibuat terhadap prosedur memberi markah (PMM) kepada jawapan pelajar.Kawalan ini perlu dibuat memandangkan bilangan pemeriksa yang terlibatdalam pemeriksaan skrip jawapan adalah ramai dan cara mereka memberimarkah akan berbeza. Ini boleh menimbulkan ketidakadilan dalam pemberianmarkah kepada pelajar.

Langkah pertama untuk menyelaras pemberian markah ialah menyediakan skemapermarkahan, iaitu menyediakan pelbagai jawapan yang munkin bersama markahnya sekalibagi soalan-soalan yang memerlukan jawapan berbentuk esei. Selain itu, mesyuaratpenyelarasan pemeriksaan juga perlu diadakan dengan dihadiri oleh semua pemeriksa. Latihanmemeriksa beberapa sampel jawapan peperiksaan perlu dibuat untuk menyelaraskanpemberian markah bagi jawapan-jawapan yang berbeza. Selain itu, mesyuarat ini juga dapatmenentukan kewajaran jawapan lain yang diberikan pelajar, selain daripada jawapan yang

Page 19: Pelaporan dan isu_penilaian t8

172 OUM

PELAPORAN DAN ISU-ISU PENILAIAN TAJUK 8

terdapat dalam skema jawapan. Akhirnya, kemasukkan markah ke dalam komputer perludisemak supaya markah yang dimasukkan adalah sama dengan markah yang diperoleh pelajarseperti yang tercatat dalam kertas jawapan.

Latihan 8.4

Berikan satu contoh penilaian piawai dalam sistem pendidikan di Malaysia.

8.3 ISU-ISU BERKAITAN PENGUKURAN DAN PENILAIAN

Bahagian ini akan membincangkan beberapa isu berkaitan pengukuran dan penilaian, yangmeliputi pentadbiran ujian melalui komputer, pengukuran dan penilaian bagi mata pelajarantertentu serta pengukuran dan penilaian bagi pelajar-pelajar khas.

8.3.1 Pentadbiran Ujian Melalui Komputer

Bagi ujian berbentuk objektif (seperti betul-salah, beraneka pilihan, mengisi tempat kosong);komputer boleh diguna untuk melaksanakan hampir semua proses peperiksaan. Ini termasukmenjana soalan, memilih soalan daripada bank soalan, meyediakan kertas ujian selepassoalan dijana/dipilih, mengeluarkan kertas soalan yang disimpan di dalamnya, mengawalmasa ujian, memeriksa jawapan, memberi markah, menjumlah dan menilai markah, menjanalaporan penilaian, menyimpan rekod penilaian dan menjana laporan kemajuan pelajar.

Semua proses ini dapat dilaksanakan oleh komputer dengan cepat dan tepat bagi ujianberbentuk objektif. Bagi ujian ini, komputer boleh digunakan dengan mudah untuk memeriksajawapan, disebabkan jawapan kepada ujian ini adalah tepat atau terdiri daripada dua/tigajawapan tertentu. Jawapan-jawapan ini boleh dimasukkan dalam ingatan komputer untukmenyemak jawapan.

Penggunaan komputer untuk ujian berbentuk objektif tidak menimbulkan apa-apa isu, malahpenggunaannya bertambah pesat disebabkan komputer dapat menjimatkan masa danmemberi keputusan yang tepat. Sebaliknya, penggunaan komputer untuk memeriksa jawapanberbentuk esei masih lagi terhad disebabkan ketepatan pemeriksaan jawapan masihdipersoalkan. Di sini, komputer hanya diberi beberapa kata kunci sebagai panduan untukmemeriksa jawapan. Permarkahan menggunakan kata kunci ini tidak menjamin ketepatanukuran pencapaian.

Bagaimanapun, penggunaan komputer dalam pengujian bahasa (ujian ejaan, tatabahasa,kemahiran lisan) sedang berkembang. Komputer dapat menyemak ejaan dan tatabahasasemasa kita menaip sesuatu esei. Selain itu, komputer berupaya mengesan ketepatan suaraapabila kita menyebut sesuatu perkataan serta berupaya menilai sebutan ini dan memberimaklum balas tentang peratus ketepatan sebutan.

Page 20: Pelaporan dan isu_penilaian t8

OUM 173

TAJUK 8 PELAPORAN DAN ISU-ISU PENILAIAN

Bagaimanapun, kita berhadapan dengan isu pengesahan identiti calon yang mengambilpeperiksaan. Persoalannya ialah adakah orang yang menjawab soalan peperiksaan itu adalahcalon sebenar atau orang lain yang menjawab untuknya. Isu ini masih belum berjaya ditanganidengan baik. Sebaliknya, jika para pelajar menggunakan komputer untuk melaksanakanpenilaian kendiri, isu pengesahan identiti tidak timbul. Justeru, peranan komputer bagi tujuanpenilaian kendiri adalah amat penting dalam proses pengajaran-pembelajaran.

8.3.2 Pengukuran dan Penilaian bagi Mata Pelajaran Tertentu

Beberapa perkara perlu diberi perhatian apabila kita membuat pengukuran dan penilaian bagimata-mata pelajaran tertentu, seperti seni visual/muzik, kemanusiaan, bahasa, matematikatau sains. Sebahagian daripada masalah pengukuran dan penilaian boleh diselesaikansekiranya objektif pengajaran/hasil pembelajaran dinyatakan secara jelas dan tepat.

Bagi mata pelajaran seni visual, misalnya, penilaian meliputi domain kognitif (pengetahuantentang seni visual, seperti definisi, contoh, sejarah), psikomotor (proses membina sesuatuobjek visual), affektif (aprisiasi seni visual) dan juga objek visual yang dihasilkan. Isu pengukurandan penilaian bidang seni visual ini ialah pengukuran dan penilaiannya menjadi terlalu subjektif/peribadi sehinggakan pakar-pakar bidang tidak mempunyai kriteria permarkahan/penilaianyang dipersetujui bersama. Ini menyusahkan pemeriksa menyediakan skema permarkahandan memeriksa jawapan/proses/hasil/ aprisiasi.

Penilaian pencapaian bagi mata-mata pelajaran bidang kemanusiaan; seperti geografi, sejarah,pendidikan agama; melibatkan pengukuran dan penilaian berkaitan fakta, konsep, prinsip,kemahiran (seperti membaca peta, menganalisis dokumen sumber), sikap dan nilai. Soalan-soalan tentang agama akan menjadi sensitif, sekiranya kita tidak berhati-hati semasamenggubal soalan. Seterusnya, penilaian pencapaian bagi mata-mata pelajaran bahasamelibatkan pengukuran dan penilaian meliputi domain kognitif (tatabahasa, istilah, ejaan,kesusasteraan), psikomotor (mendengar, bertutur, membaca, menulis, komunikasi), afektif(sikap, nilai) dan hasil (puisi, cerpen, drama). Justeru, pengukuran dan penilaian bidang iniperlu dibuat secara menyeluruh dan teliti, yang tentunya akan mengambil masa yang panjangdan menggunakan tenaga yang banyak.

Penilaian pencapaian bagi mata pelajaran matematik juga melibatkan domain kognitif (konsep,pemahaman, kemahiran berfikir, rumus), psikomotor (pengiraan, melukis graf/rajah,mengukur), afektif (aprisiasi, sikap, nilai) dan hasil (graf, rajah, model). Isu utama pengukurandan penilaian bidang ini ialah penguasaan bahasa dan kemahiran berfikir. Ujian berbentukpengiraan/lukisan, sama ada pengiraan/lukisan mudah atau menggunakan rumus, tidak banyakmelibatkan kemahiran berfikir. Sebaliknya, soalan yang melibatkan kemahiran berfikir hanyaboleh digubal dalam bentuk ayat/esei. Di sini, isu pemahaman soalan akan timbul disebabkania amat bergantung kepada penguasaan bahasa seseorang pelajar.

Penggunaan komputer untuk mentadbir ujian dapat membantu guru, terutamajika bilangan pelajar adalah agak ramai. Ia juga membenarkan pelajar mengambilujian secara individu atau berkumpulan dan pelajar boleh mengulangnyasebanyak kali yang diperlukan. Selain itu, ujian juga boleh diambil secara jarakjauh melalui internet, tanpa perlu menjadualkan masa ujian dan menghadkanbilangan calon.

Page 21: Pelaporan dan isu_penilaian t8

174 OUM

PELAPORAN DAN ISU-ISU PENILAIAN TAJUK 8

Seterusnya, pengukuran dan penilaian dalam bidang sains menimbulkan isu kefahamanpelajar. Walaupun pelajar dapat menjawab soalan ujian dengan baik disebabkan jawapandalam bidang sains merupakan fakta, pelajar tidak memahami konsep, prinsip atau teorisains yang ingin disampaikan. Pelajar menjawab soalan secara hafalan/mekanikal sahaja.

8.3.3 Pengukuran dan Penilaian bagi Pelajar Khas

Pengukuran dan penilaian bagi pelajar-pelajar khas memerlukan prosedur yang berbezadaripada pelajar-pelajar biasa. Mereka terdiri daripada pelajar yang bermasalah pembelajaran,bermasalah penglihatan, bermasalah pendengaran, cacat anggota dan sebagainya. Pelajar-pelajar khas ini, disebabkan kecacatan, menghadapi pelbagai masalah apabila merekamenduduki ujian/peperiksaan. Bagi mereka yang bermasalah penglihatan, mereka tidakdapat melihat soalan ujian dan juga menulis jawapan. Satu penyelesaiannya ialahmenggunakan alat Braille untuk membaca dan menulis. Kaedah kedua ialah menggunakanujian lisan, iaitu guru membaca soalan dan pelajar menjawab juga secara lisan. Kedua-duakaedah ini mengambil masa yang panjang, di mana jangka masa ujian/peperiksaan perludisesuaikan.

Rajah 8.11 : Pengukuran pelajar masalah penglihatan

Bagi pelajar-pelajar yang bermasalah pendengaran pula, mereka didapati sukar memahamiperkataan dan istilah-istilah abstrak, yang terkandung dalam soalan peperiksaan. Keupayaanmereka membaca, menulis dan memproses maklumat juga adalah lambat (Mohd. Hanafi,2005). Selain itu, mereka juga tidak dapat mendengar arahan yang dibuat semasa ujian/peperiksaan dijalankan, yang turut melambatkan tindakan mereka. Oleh sebab mereka lambatmembaca, menulis dan memproses maklumat, maka jangka masa ujian/peperiksaan perludisesuaikan. Seterusnya, disebabkan mereka sukar memahami istilah-istilah abstrak, makamereka perlu diberi penjelasan tentang istilah-istilah tersebut. Kajian Mohd. Hanafi (2005)menunjukkan pencapaian pelajar bermasalah pendengaran meningkat apabila jangka masapeperiksaan ditambah dan terus meningkat apabila soalan peperiksaan diterjemahkan kepadabahasa isyarat.

Page 22: Pelaporan dan isu_penilaian t8

OUM 175

TAJUK 8 PELAPORAN DAN ISU-ISU PENILAIAN

Begitu juga dengan pelajar-pelajar khas yang bermasalah pembelajaran, merekamemerlukan masa yang lebih panjang untuk membaca, memahami, berfikir dan menulisjawapan. Mereka juga sukar memahami istilah-istilah abstrak dalam soalan peperiksaan.Justeru, untuk mengukur pencapaian sebenar, mereka juga perlu diberi masa tambahan danpenjelasan kepada istilah-istilah abstrak. Seterusnya, bagi pelajar-pelajar yang cacat anggota,mereka perlu diberi kerusi, meja dan alat penulisan yang sesuai serta menyediakan ruangpeperiksaan yang selesa untuk mereka.

Begitu juga, sekiranya mereka cacat pada bahagian tangan, yang menyebabkan merekalambat menulis, jangka masa peperiksaan perlu ditambah. Dengan pertambahan masa danpenterjemahan soalan peperiksaan ini, kita berharap lebih ramai pelajar-pelajar khas akanmendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan, seperti mana dalam peperiksaan UPSRtahun 2005.

Rajah 8.12 : Pelajar bermasalah anggota

Latihan 8.5

Berikan satu sebab mengapa pelajar bermasalah pendengaran/pekak tidakberupaya memahami istilah abstrak.

Page 23: Pelaporan dan isu_penilaian t8

176 OUM

PELAPORAN DAN ISU-ISU PENILAIAN TAJUK 8

RUMUSAN

Tajuk ini telah membincangkan tentang pelaporan penilaian dan mereka yang patut menerimalaporan penilaian, yang antaranya termasuk pelajar, ibu bapa, guru, guru kaunselor/disiplin,guru besar sekolah dan pegawai pendidikan daerah. Seterusnya, tajuk ini menjelaskan bentuklaporan penilaian yang meliputi gred peratus, gred abjad, gred lulus-gagal, senarai semak,penjelasan bertulis dan perjumpaan ibu bapa. Selain itu, tajuk ini juga menjelaskan tentangtiga jenis penilaian, iaitu penilaian kendiri, penilaian guru dan penilaian piawai. Akhirnya,beberapa isu berkaitan pengukuran dan penilaian dibincang, yang meliputi pentadbiran ujianmelalui komputer, pengukuran dan penilaian bagi mata pelajaran tertentu serta pengukurandan penilaian bagi pelajar-pelajar khas.

GLOSARI

Gred Abjad menjelaskan pencapaian pelajar dalam bentuk abjad, yangbiasanya terdiri daripada lima (5) kategori, misalnya A, B, C, Ddan F, yang mana abjad A menunjukkan pencapaian cemerlang,B baik, C sederhana, D rendah dan F gagal.

Gred Lulus-Gagal menjelaskan pencapaian pelajar hanya dalam dua kategori, iaitusama ada lulus/gagal atau memuaskan/tidak memuaskan.

Gred Peratus menjelaskan pencapaian pelajar dalam bentuk nombor antara0 hingga 100 yang menunjukkan berapa peratus seseorangpelajar dapat menguasai kandungan pelajaran tertentu.

Pelaporan Penilaian bermaksud bagaimana markah/skor ujian/inventori dan penilaianterhadapnya dilaporkan supaya ia bermakna kepada orang-orang yang berkepentingan.

Penilaian Kendiri ialah proses seseorang indidvidu mentadbir alat pengukurantertentu, menyemak jawapannya dan menilai ukuran yangdiperoleh secara sendiri.

Penilaian Guru ialah proses seseorang guru merancang, menggubal danmentadbir alat pengukuran tertentu serta menyemak jawapan,menilai ukuran yang diperoleh dan melaporkan penilaiantersebut.

Penilaian Piawai ialah proses merancang, menggubal dan mentadbir alatpengukuran tertentu serta menyemak jawapan, menilai ukuranyang diperoleh dan melaporkannya yang diuruskan oleh badan-badan tertentu, misalnya, Lembaga Peperiksaan Malaysia.

Penjelasan Bertulis menjelaskan pencapaian pelajar dalam bentuk penulisan tentangkekuatan dan kelemahan pelajar yang meliputi domain kognitif,psikomotor dan afektif serta perkembangan sahsiah pelajar.

Page 24: Pelaporan dan isu_penilaian t8

OUM 177

TAJUK 8 PELAPORAN DAN ISU-ISU PENILAIAN

Perjumpaan Ibu Bapa menjelaskan lebih lanjut pencapaian pelajar selepas pihaksekolahmenghantar laporan penilaian kepada mereka, yangmana penjelasan ini dibuat melalui perbincangan antara guru-guru, pelajar dan ibu bapa.

Senarai Semak menjelaskan pencapaian pelajar dalam bentuk borang yangmengandungi objektif pengajaran/hasil pembelajaran yangsepatutnya dicapai pelajar, yang meliputi domain kognitif,psikomotor dan afektif.

UJIAN 1

(1) Jelaskan maksud “pelaporan penilaian”.

(2) Jelaskan pepentingan maklumat tentang pencapaian pelajar kepada ibu bapa.

(3) Bagaimanakah guru membantu pelajar bermasalah penglihatan semasa ujian?

UJIAN 2

(a) Jelaskan maksud “penjelasan bertulis” sebagai satu bentuk laporan penilaian.

(b) Apakah kelebihan/kebaikan laporan penilaian berbentuk penjelasan bertulis ini?

(c) Berikan satu contoh penjelasan bertulis tentang satu mata pelajaran tertentu danperkembangan sahsiah pelajar.

RUJUKAN

Bahagian Perancangan & Penyelidikan Pendidikan (1992). Perangkaan Pendidikan 1990,Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Cheeseman, H.R. (1948). Education in Malaya, Kuala Lumpur: Percetakan Negara.

Ebel, R.L. (1965). Measuring Educational Achievement. Upper Saddle River, NJ: PrenticeHall.

Grondlund,N.E. (1971). Measurement and Evaluation in Teaching. New York: MacmillanCompany.

Hanna, G.S. & Dettmer, P.A. (2004). Assessment for Effective Teaching: Using Context-Adapted Planning. Boston: Pearson-Allan & Allyn and Bacon.

Mohd. Hanafi Mohd. Yasin. (2005). Perbandingan Pencapaian Pelajar Pendidikan Khas (Pekak)Menggunakan Tiga Format Peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR).Tesis Doktor Falsafah Universiti Kebangsaan Malaysia.

Mokhtar Ismail (1995). Penilaian di bilik darjah. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Page 25: Pelaporan dan isu_penilaian t8

178 OUM

PELAPORAN DAN ISU-ISU PENILAIAN TAJUK 8

Oosterhof, A. (2003). Developing and Using Classroom Assessments. Upper Saddle River,New Jersey: Merrill and Printice Hall.

Pusat Perkembangan Kurikulum (1998). Penilaian kendalian sekolah. Kuala Lumpur:Kementerian Pendidikan Malaysia.

Abdul Rashid Johar & Siti Rahayah Ariffin (2001). Isu Pengukuran dan Penilaian Pendidikan.Bangi, Selangor: Universiti Kebangsaan Malaysia.

http://www.testpreview.com/modules/grammarpart1.html

http://www.testpreview.com/modules/verbs.html

http://www.testpreview.com/modules/nouns.html

http://www.wimbledon-school.ac.uk/Elementary%Test.htm