t2a3 - hbef2803 - perkembangan profesionalisme keguruan - zainal

Upload: hafiz-redza-ahmad

Post on 16-Oct-2015

84 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

t2a3

TRANSCRIPT

  • FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

    HBEF 2803

    PERKEMBANGAN PROFESIONALISME KEGURUAN

    NAMA : ZAINAL BIN SHAMSUDIN

    NO. MATRIK : 660810107103001

    NO. KAD PENGENALAN : 660810 10 7103

    NO. TELEFON : 013-9565324

    EMAIL : [email protected]

    NAMA EOS : EN. KAMARUZAID BIN ABDUL KARIM

    PUSAT PEMBELAJARAN : OUM KUANTAN, PAHANG

    SEMESTER MEI 2014

  • ZAINAL BIN SHAMSUDIN

    660810017103

    HBEF 2803 Perkembangan Profesionalisme Keguruan

    2

    SEKAPUR SIREH

    Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang. Segala puji bagi

    Allah, tuhan pentadbir seluruh alam, selawat dan salam kepada Rasul junjungan, keluarganya

    dan para sahabat sekalian.

    Lafaz kalimah yang mulia, Alhamdulillah, saya ucapkan kerana dengan Izin-NYA

    tugasan yang diberi telah berjaya disiapkan.

    Jutaan penghargaan terima kasih tidak terhingga kepada rakan-rakan dan keluarga

    yang telah banyak memberi dorongan dan menyumbang idea kepada saya untuk memastikan

    perjuangan saya, menuntut ilmu berjaya sehingga ke penghujungnya.

    Sekalung penghargaan terima kasih khusus buat :

    Tutor EOS OUM HBEF 2803 PERKEMBANGAN PROFESIONALISME

    KEGURUAN

    ENCIK KAMARUZAID BIN ABDUL KARIM

    di atas bimbingan , pandangan, tunjuk ajar dan sumbangan idea sehingga tugasan ini berjaya

    disiapkan dengan sempurna.

    Barang siapa yang mengerjakan kebajikan, meskipun seberat zarah , akan dilihat-

    Nya kebajikan itu

    ( Al Zalzalah : 7 )

  • ZAINAL BIN SHAMSUDIN

    660810017103

    HBEF 2803 Perkembangan Profesionalisme Keguruan

    3

    JURNAL REFLEKTIF

    Melalui kedua-dua seminar yang telah disampaikan oleh Dr. Nasaruddin Basar dan Tuan

    Haji Ibrahim Sakimin, perspektif saya terhadap Program Pensiswazahan Guru menjadi lebih

    jelas dan terbuka. Program ini memberi manfaat yang besar kepada diri sendiri, pelajar, guru

    besar dan negara. Segala input dan pengetahuan yang diperolehi dapat diaplikasikan di dalam

    kelas dan berkongsi dengan guru-guru di sekolah kelak. Peluang menyambung pelajaran yang

    diberi ini dapat meningkatkan profesionalisme keguruan dan dapat mengubah segalanya bukan

    setakat akademik sahaja.

    Perkembangan profesionalisme merupakan suatu proses yang berterusan berserta latihan

    yang membina yang membolehkan guru menyelesaikan pelbagai masalah dalam pendidikan. Ia

    juga membolehkan guru mendidik pelajar sehingga pelajar mampu berdepan dengan cabaran

    hidup di luar sekolah dan juga memikul tanggungjawab di zaman kerjanya nanti pada tahap yang

    membanggakan.

    Kesan positif apabila guru melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi ialah

    dapat meningkatkan kualiti profesional dalam diri seorang guru. Sifat dan kualiti profesional

    yang tinggi merupakan kewajiban seorang guru yang bertauliah. Seorang guru yang mempunyai

    daya usaha untuk meningkatkan tahap pencapaian diri tidak akan terperangkap dengan rutin yang

    membosankan murid untuk belajar. Guru yang mempunyai daya usaha untuk meningkatkan diri

    akan berusaha mencari dan sentiasa memikirkan kaedah pengajaran yang baru supaya

    pengajarannya menarik dan berkesan. Sebagai seorang profesional, guru mempunyai

    akauntabiliti terhadap profesionnya.

    Peranan guru sebagai tunjang utama dalam memperkasakan dan memajukan bidang

    pendidikan di negara ini sememangnya tidak dapat dinafikan lagi. Guru bertindak sebagai

    pencetus dan penggerak kepada proses transformasi sistem pendidikan negara dalam usaha

  • ZAINAL BIN SHAMSUDIN

    660810017103

    HBEF 2803 Perkembangan Profesionalisme Keguruan

    4

    melahirkan generasi masa depan yang intelek, berdaya saing, berjati diri kukuh dan berpegang

    teguh kepada ajaran agama dan nilai sejagat.

    Sememangnya seminar ini telah membuka mata saya untuk tidak jemu berusaha bagi

    menambah baik amalan pengajaran semasa dan sentiasa berfikiran proaktif, kreatif serta inovatif.

    Saya juga cuba mengaplikasi dan mengamalkan kaedah P&P terkini seiring dengan proses

    globalisasi agar kekal relevan dan mampu menarik minat murid-murid untuk menimba ilmu.

    Dalam era globalisasi yang banyak diperkatakan sekarang, perana guru menjadi lebih

    penting. Tanggungjawab guru kini bukan terhad seperti dulu malah semakin bertambah. Ia

    merupakan satu cabaran baru kepada guru bagi menentukan bahawa dalam zaman ledakan

    maklumat, murid lebih pandai daripada guru. Menyahut cabaran itu, sebagai guru yang inginkan

    perubahan, saya perlu mempunyai inisiatif untuk menimba lebih banyak ilmu pengetahuan

    melalui penggunaan teknologi maklumat dan kaedah pengajaran terkini.

    Guru perlu mempunyai komitmen yang tinggi untuk memastikan murid-murid mendapat

    pendidikan yang berkualiti. Salah satu cara guru boleh meningkatkan martabat profesion

    keguruan ialah melalui kecemerlangan keputusan peperiksaan awam di mana masyarakat

    setempat membuat penilaian kepada pengajaran guru. Justeru itu, guru perlu memberikan

    pendidikan yang berkualiti kepada murid-murid.

    Guru juga perlu mengambil peluang untuk meningkatkan diri dengan menerima lebih

    banyak pendedahan kepada perkembangan terkini dalam bidang pendidikan melalui latihan

    supaya maklumat yang diperolehi boleh disampaikan kepada lebih ramai guru yang lain. Ini

    adalah kerana tanggungjawab sebagai seorang guru adalah kompleks, iaitu guru bukan sahaja

    perlu mempertingkatkan pencapaian akademik murid tetapi juga perlu menaikkan martabat

    profesion perguruan.

  • ZAINAL BIN SHAMSUDIN

    660810017103

    HBEF 2803 Perkembangan Profesionalisme Keguruan

    5

    Guru mesti mengetahui keadah atau cara penyampaian dalam pengajarannya supaya

    murid-murid dapat memahami apa yang disampaikan olehnya. Pastinya ini merupakan

    keutamaan saya dalam memajukan diri untuk menjadi seorang guru yang berkaliber. Inisiatif diri

    saya sendiri perlu tanpa menunggu arahan dari pihak kementerian. Di samping itu, guru haruslah

    mempunyai sahsiah yang baik dan dapat dihormati serta dicontohi oleh murid. Sahsiah ini

    termasuklah tingkah laku dan sikap yang elok, bersabar, bermurah hati dan sentiasa bersifat

    tenang. Kebanyakan kualiti kecerdasan dan sahsiah guru adalah hasil daripada latihan yang

    membolehkan seseorang guru menguruskan pengajarannya dengan berkesan.

    Sebagai seorang pendidik yang bertanggungjawab, guru hari ini perlu menyedari bahawa

    tugas dan amanah yang diberikan itu adalah untuk mendidik generasi yang akan menerajuai

    negara ini. Oleh itu kemahiran dan pengetahuan mengenai metod-mehod pendidikan harus

    diperkemaskan dari semasa ke semasa. Untuk mendepani cabaran dan tuntutan daripada

    perubahan-perubahan kurikulum berkenaan, guru hendaklah berusaha melengkapkan diri dengan

    strategi-strategi pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik.

    Sebagai seorang guru, kita harus senantiasa tingkatkan kompentensi yang kita ada.

    Kompentensi atau kualiti yang kita tingkatkan itu perlulah seiring dengan perubahan dan

    kehendak dunia pendidikan hari ini. Kompentensi yang kita ada senantiasa ditambahbaik,

    ditambahnilai dan membangunkan diri kita dalam inisiatif pembangunan profesionalisme. Pada

    saya, era menunggu arahan sudah berlalu. Hari ini, anak didik kita memerlukan inisiatif kita

    untuk membawa kejayaan kita dan dalam masa yang sama kita bawa kejayaan untuk anak murid.

    Guru hari ini harus ada keupayaan untuk menjamin survival pada masa hadapan.