technicalmofgames2015.files.wordpress.com  · web viewauthor: mohd fadil sarehan created date:...

8
Peraturan Am & Undang-Undang Pertandingan Pesta Sukan Kementerian Kewangan BOLA TAMPAR (LELAKI) 1.0 NAMA PERTANDINGAN 1.1 Pertandingan ini dinamakan Pertandingan Bola Tampar (Lelaki) Pesta Sukan Kementerian Kewangan Ke-41, 2015 yang dikelolakan oleh Suruhanjaya Sekuriti (SC) dan Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) - KWAP 2.0 TARIKH DAN TEMPAT PERTANDINGAN 2.1 Tarikh : 27-29 November 2015 2.2 Masa : 8.30 pagi – 6.30 petang 2.3 Tempat : Dewan Tertutup, INSPEN Presint 14, Putrajaya 3.0 PERATURAN PERMAINAN 3.1 Selain daripada peraturan ini, pertandingan ini adalah tertakluk kepada Peraturan Am PSKK2015. Pertandingan ini hendaklah dijalankan mengikut Undang-undang yang ditetapkan oleh Persatuan Bola Tampar Malaysia (MAVA) dan Persatuan Bola Tampar Antarabangsa (FIVB). 3.2 Jika terdapat percanggahan antara undang-undang FIVB dengan peraturan pertandingan ini, maka peraturan pertandingan hendaklah dipakai. 4.0 PENDAFTARAN PEMAIN | 102-PSKK2015/Peraturan Pertandingan 21

Upload: truongthuan

Post on 21-Jun-2019

223 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Peraturan Am & Undang-Undang PertandinganPesta Sukan Kementerian Kewangan Ke-41, 2015

BOLA TAMPAR (LELAKI)1.0 NAMA PERTANDINGAN

1.1 Pertandingan ini dinamakan Pertandingan Bola Tampar (Lelaki) Pesta Sukan Kementerian Kewangan Ke-41, 2015 yang dikelolakan oleh Suruhanjaya Sekuriti (SC) dan Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) - KWAP

2.0 TARIKH DAN TEMPAT PERTANDINGAN

2.1 Tarikh : 27-29 November 20152.2 Masa : 8.30 pagi – 6.30 petang2.3 Tempat : Dewan Tertutup, INSPEN

Presint 14, Putrajaya

3.0 PERATURAN PERMAINAN

3.1 Selain daripada peraturan ini, pertandingan ini adalah tertakluk kepada Peraturan Am PSKK2015. Pertandingan ini hendaklah dijalankan mengikut Undang-undang yang ditetapkan oleh Persatuan Bola Tampar Malaysia (MAVA) dan Persatuan Bola Tampar Antarabangsa (FIVB).

3.2 Jika terdapat percanggahan antara undang-undang FIVB dengan peraturan pertandingan ini, maka peraturan pertandingan hendaklah dipakai.

4.0 PENDAFTARAN PEMAIN

4.1 Pendaftaran pemain hendaklah dibuat melalui borang pendaftaran yang disediakan.

4.2 Senarai pemain hendaklah diserahkan pada atau sebelum 26 October 2015.

| 102- P S K K 2 0 1 5 / P e r a t u r a n P e r t a n d i n g a n21

Peraturan Am & Undang-Undang PertandinganPesta Sukan Kementerian Kewangan Ke-41, 2015

4.3 Pertukaran pemain atau pendaftaran pemain baru selepas penyerahan senarai nama boleh dilakukan sebelum 3 hari perlawanan dimulakan iaitu pada 24 November 2015. Selepas tarikh itu sebarang pertukaran tidak akan dilayan dan tidak dibenarkan.

4.4 Pemain yang didaftarkan bagi mewakili satu-satu pasukan adalah seramai dua belas (12) orang, satu (1) orang pengurus dan satu (1) orang jurulatih. Hanya pemain-pemain yang telah didaftarkan sahaja boleh bermain untuk pasukan masing-masing.4.5 Sekiranya didapati ada di antara pemain mana-mana pasukan

bukan daripada pegawai/kakitangan jabatan pasukan itu, maka pasukan berkenaan akan terkeluar dengan sendirinya daripada menyertai pertandingan ini.

5.0 CARA PERTANDINGAN

5.1 Semua perlawanan akan dijalankan samada:5.1.1 Pasukan akan dibahagikan kepada 2 kumpulan. Johan dan

Naib Johan bagi acara yang dipertandingkan dalam Pesta Sukan Kementerian Kewangan Ke-40, 2014 akan diletakkan di kumpulan yang berbeza. Semua perlawanan akan dijalankan secara liga pada peringkat kumpulan. Johan dan Naib Johan setiap kumpulan akan bertanding pada peringkat separuh Akhir secara silang (Criss-cross). Pasukan yang menang pada peringkat separuh akhir akan bertemu pada perlawanan akhir. Pasukan-pasukan yang kalah dalam peringkat Separuh Akhir akan mendapat tempat Ketiga bersama.

5.2 Setiap pasukan yang bermain terdiri daripada enam (6) orang dengan dianggotai sekurang-kurangnya dua (2) orang pemain veteran dan satu (1) pegawai yang berkhidmat di dalam Kumpulan Pengurusan dan Profesional.

| 102- P S K K 2 0 1 5 / P e r a t u r a n P e r t a n d i n g a n22

Peraturan Am & Undang-Undang PertandinganPesta Sukan Kementerian Kewangan Ke-41, 2015

5.3 Semasa permainan dilangsungkan, sebarang pertukaran pemain hendaklah mengekalkan komposisi pemain seperti di para 5.2.

5.4 Permainan akan ditamatkan sekiranya ada pasukan yang telah mencapai set kemenangan 2 – 0 atau 2 – 1.

5.5 Keputusan bagi perlawanan pusingan awal ditentukan berdasarkan permainan tiga (3) set terbaik, mata kemenangan bagi set pertama - kedua ialah 25 mata manakala set ketiga atau set penentuan ialah 15 mata. Bagi perlawanan separuh akhir dan akhir permainan adalah berdasarkan lima (5) set terbaik, mata kemenangan bagi set pertama – keempat ialah 25 mata manakala set kelima atau penentuan ialah 15 mata.

5.6 Apabila kedua-kedua pasukan terikat pada kedudukan mata 24 sama bagi set pertama hingga kedua/keempat dan mata 14 sama dalam set penentuan, 'duece' akan diberikan dengan mata kemenangan berdasarkan perbezaan dua (2) mata terbaik sehingga mata 30 atau 20.

5.7 Kemenangan percuma 3 – 0 akan diberikan sekiranya sesuatu pasukan tidak mencukupi pemain dalam satu-satu permainan seperti di para 5.2 atau 5.3.

6.0 WAKTU PERLAWANAN

6.1 Semua perlawanan bermula pada masa yang ditetapkan oleh Jawatankuasa Pertandingan. Masa menunggu selama 10 minit diberi selepas masa yang ditetapkan. Pasukan yang tidak turun bermain selepas tamat masa menunggu (10 minit) maka pasukan itu dikira kalah.

7.0 PENGADILAN

7.1 Pengadil-pengadil yang bertauliah dan berdaftar akan mengadili semua perlawanan. Laporan dan keputusan tiap-tiap perlawanan akan dikemukakan oleh pengadil kepada Jawatankuasa

| 102- P S K K 2 0 1 5 / P e r a t u r a n P e r t a n d i n g a n23

Peraturan Am & Undang-Undang PertandinganPesta Sukan Kementerian Kewangan Ke-41, 2015

Pertandingan selepas perlawanan. Keputusan pengadil adalah muktamad.

7.2 Penjaga-penjaga garisan hendaklah terdiri daripada pemain-pemain pasukan yang sedang bertanding sekiranya penjaga garisan tidak disediakan oleh pihak penganjur.

7.3 Segala bantahan hendaklah dibuat mengikut peraturan-peraturan tertentu seperti yang telah ditetapkan oleh Peraturan Am PSKK2015.

8.0 PERGADUHAN

8.1 Pengadil pertandingan berhak memberhentikan perlawanan jika didapati kedua-dua pasukan itu terlibat dalam pergaduhan.

9.0 PENANGGUHAN

9.1 Semua perlawanan hendaklah berjalan sebagaimana yang dijadualkan. Permohonan untuk penangguhan tidak akan dilayan.

9.2 Jawatankuasa Pertandingan Bola Tampar berhak meminda sebarang jadual perlawanan sekiranya perlu.

10.0 KIRAAN MATA

10.1 Pasukan yang menang akan diberi dua (2) mata dan pasukan yang kalah tidak mendapat sebarang mata.

10.2 Sekiranya terdapat lebih daripada dua (2) pasukan yang mendapat jumlah mata yang sama, maka kadar berikut akan digunakan :-

C=A/B (A – Jumlah mata menang bagi semua perlawanan)(B – Jumlah mata kalah bagi semua perlawanan)(C – Nisbah mata)

10.3 Sekiranya selepas kiraan tersebut masih berlaku keputusan seri untuk dua (2) pasukan, maka pasukan yang menang dalam

| 102- P S K K 2 0 1 5 / P e r a t u r a n P e r t a n d i n g a n24

Peraturan Am & Undang-Undang PertandinganPesta Sukan Kementerian Kewangan Ke-41, 2015

perlawanan di antara mereka dikira menang. Sekiranya tiga (3) pasukan berkedudukan seri, maka undian akan dijalankan bagi menentukan pemenang.

11.0 HAK JAWATANKUASA PERTANDINGAN

11.1 Jawatankuasa Pertandingan & Teknikal berhak mengambil/ membuat sebarang keputusan jika timbul sesuatu kemusykilan/ masalah sepanjang kejohanan ini yang tidak tercatat dalam Peraturan Pertandingan dan keputusan yang diambil adalah muktamad.

11.2 Jawatankuasa Pertandingan & Teknikal adalah bertanggungjawab dalam membuat keputusan berhubung dengan aspek teknikal pertandingan bagi setiap acara dalam kejohanan PSKK2015.

11.3 Jawatankuasa Pertandingan & Teknikal adalah berhak untuk meminda/ menambah peraturan yang difikirkan perlu.

11.4 Sekiranya terdapat mana-mana peraturan yang tidak dinyatakan dengan jelas dalam peraturan permainan bagi acara yang berkenaan, maka adalah menjadi kuasa mutlak kepada Jawatankuasa Pertandingan & Teknikal untuk membuat keputusan.

11.5 Sebarang keputusan yang dibuat oleh Jawatankuasa Pertandingan & Teknikal adalah MUKTAMAD.

12.0 JERSI

12.1 Semua pemain dikehendaki memakai jersi yang seragam dan mempunyai nombor yang jelas di depan dan belakang.

12.2 Pemain dikehendaki menggunakan nombor jersi yang sama sepanjang kejohanan.

| 102- P S K K 2 0 1 5 / P e r a t u r a n P e r t a n d i n g a n25

Peraturan Am & Undang-Undang PertandinganPesta Sukan Kementerian Kewangan Ke-41, 2015

13.0 BANTAHAN

13.1 Bantahan yang dikemukakan oleh pasukan hendaklah mematuhi kehendak para 7 Peraturan Am Pesta Sukan Kementerian Kewangan Ke-41, 2015.

14.0 AM

14.1 Semua pemain dikehendaki memakai pakaian yang tidak menjolok mata semasa bermain.

14.2 Semasa permainan berlangsung, pemain tidak dibenarkan meninggalkan gelanggang tanpa kebenaran Pengadil.

14.3 Jawatankuasa Pengelola tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang kehilangan harta benda, kecederaan atau kemalangan yang menimpa pemain/pasukan yang mengambil bahagian sepanjang kejohanan ini diadakan.

| 102- P S K K 2 0 1 5 / P e r a t u r a n P e r t a n d i n g a n26