syukuri nikmat negara berdaulat - jheains.sabah.gov.my · gedung ilmu serta pusat hubungan dengan...

10

Upload: vanliem

Post on 20-Aug-2019

250 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: syukuri nikmat negara berdaulat - jheains.sabah.gov.my · gedung ilmu serta pusat hubungan dengan Allah SWT dan manusia sesama manusia. Dengan fungsi-fungsi tersebut, terbukti Rasulullah
Page 2: syukuri nikmat negara berdaulat - jheains.sabah.gov.my · gedung ilmu serta pusat hubungan dengan Allah SWT dan manusia sesama manusia. Dengan fungsi-fungsi tersebut, terbukti Rasulullah

Dicetak oleh pencetak kerajaan,politin @ wenen bin mobiji, a.S.D.k., a.D.k., b.S.k., jabatan cetak kerajaan,

Sabah, malaySia.2019.

Pengurusan masjid kini telah menjadi satu topik yang diketengahkan dalam berapa forum rasmi dan tidak rasmi masyarakat. Isu penggunaan tabung masjid, kebersihan masjid, tugas imam, bilal, siak dan kebajikan mereka, sistem bunyi masjid dan sebagainya sering diperkatakan masyarakat. Apatah lagi kaitan masjid dengan rumah Allah SWT, tempat beribadah umat Islam. Pandangan kebanyakan orang, masjid sepatutnya mempunyai fungsi yang lebih memberi manfaat kepada masyarakat bukan setakat tempat ibadah semata-mata.

Persoalannya apakah “fungsi yang lebih memberi m a n f a a t k e p a d a m a s y a r a k a t i t u ” ? D e n g a n kekurangan-kekurangan yang ada dalam pengurusan masjid kini, khususnya dana masjid. Apa yang diwarisi dari dalam pengurusan masjid ini ialah mengurus solat lima waktu, aktiviti hari-hari kebesaran Islam, kematian, kenduri, aktiviti ceramah/kuliah serta penyelenggaraan masjid. Dan kebanyakan yang terlibat adalah mereka yang berumur 40 tahun ke atas atau kalangan yang bersara dalam pekerjaan. Memfungsikan masjid dengan pelbagai program selain dari yang diwarisi juga bukan suatu yang susah atau mustahil. Yang penting, bagaimana pengurusan masjid itu kita lebih sistematikan mengikut kemampuan yang ada. Contohnya bagaimana kita menghadirkan masyarakat kariah supaya berjemaah di masjid, pendekatannya dengan mengadakan program-program yang hampir dengan aktiviti mereka seperti kenduri arwah secara bersama sempena bulan Syaaban dan lainnya.

Memang tidak dinafikan bahawa fungsi masjid di zaman Rasulullah SAW dan para sahabat bukan sahaja sebagai pusat ibadah, malah juga sebagai pusat pemerintahan dan pentadbiran negara Islam Madinah. Masjid Nabawi khasnya menjadi nadi penggerak Islam, penggerak aktiviti masyarakat, malah tempat rakyat menuntut hak dan keadilan, juga turut berperanan sebagai pusat kebajikan, gedung ilmu serta pusat hubungan dengan Allah SWT dan manusia sesama manusia.

Dengan fungsi-fungsi tersebut, terbukti Rasulullah SAW telah berjaya menggambarkan kesempurnaan dan keindahan Islam sebagai al-Deen (cara hidup) melalui fungsi-fungsi komprehensif yang dijana oleh institusi masjid. Ini jelas menunjukkan bahawa masjid bukan sahaja tempat untuk melakukan ibadah solat, bahkan mempunyai peranan yang lebih luas sebagai suatu tempat untuk menyebarkan dakwah dari segenap aspek kehidupan kepada masyarakat.

Semoga institusi masjid kita lebih berfungsi dengan aturan syarak yang dibenarkan sesuai dengan fungsi utamanya tempat kita bersujud.

MohaMad Sidik bin awang adi

sidang redaksiPENAUNG

Yang Berbahagia datuk seri Panglimadr. Haji Hasbullah Haji Mohd. Taha

Yang Di-Pertua Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS)PENASIhAt

YBhg. Ustaz Haji saifulzaman bin sangulPengarah

Jabatan hal Ehwal Agama Islam Negeri SabahkEtUA EDItor

Ustaz Mohamad sidik Haji awang aditimbalan Pengarah (hal Ehwal Islam), JhEAINS

tIMbAlAN kEtUA EDItorUstaz abd. razak Hamdin

EDItor/kEtUA PENYElArASUstaz asmuni ali

([email protected])SIDANG PENGArANG

adi Pitang([email protected])

Ustaz asmuni ali([email protected])

Ustaz abd. rahman Tajudin (emang)([email protected])

Ustaz abdillah Haji nanun([email protected])

Puan siti imrah bte Lenas([email protected])Ustaz awang Juri ag. Tahir([email protected])Tuan Haji nordin Lossin

([email protected])encik abdu khalil bin HassanTuan Haji sainuri bin Yahmin

Ustaz Mohd azlan bin Haji BakriEncik Mohammad Syafiq Ismail

encik Mohd azrul nizam bin Junaidiencik Mohd alwie noorbaki

Puan Rashiqah Mardhiyyah binti Jasri

PENGUrUSANencik daut Haji insun

GrAfIkencik azmi bin Hashim

JUrUtAIPBahagian Penyelidikan & informasi, JHeains

JUrUfotoencik Jamiun Osman

Jabatan hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabahbeg berkunci 103, tingkat 9, blok b, Wisma MUIS

88737 kotA kINAbAlUtel.: 088-522222

faks: 088-253449

syukuri nikmat negara berdaulat

Gema azan berkumandangmenghimpun jemaah bertandangsetiap saat sarat bermunajatmerungkai rahsia khusyuk segenap ayattiada terbilang rangkaian hikmat katatidak terhitung akan cinta kasih-Nya.

Nun di belahan negara bergolakdentuman peluru bergelodakpercikan api membakar jiwa memberontaksampai bila fenomena duka berakhirsedang generasinya akan dewasadidikan terhenti memadam cita-citaluka hati bermandi air matamereka gundah gulanadan kita menatap hiba mampu berdoaagar beban mereka pulihsembuh dari diulit malapetakamembangun hidup sejahtera.

Alhamdulillahini tanah bertuahpusaka nenek moyang sanggup bertumpah darahbertikam memenangkan kemerdekaandi samping curahan keringat menyemai ilmukita merapi iman memartabat kedaulatanmenuai bahagia dalam kesyukuran.

Oleh:duliam suari

216 Zulkaedah 1440H/19 Julai 2019M Shoutul Islam (Suara Islam) 16 Zulkaedah 1440H/19 Julai 2019M Shoutul Islam (Suara Islam) 19

Shoutul Islam Dari Meja Editor Laman Puisi Islam

Page 3: syukuri nikmat negara berdaulat - jheains.sabah.gov.my · gedung ilmu serta pusat hubungan dengan Allah SWT dan manusia sesama manusia. Dengan fungsi-fungsi tersebut, terbukti Rasulullah

kesalahan jurunikah tanpa kebenaranOleh:

Puan Siti Imrah bte Lenas

kanser dan rawatan(bahagian 4)Oleh: Tuan Haji Nordin Lossin

Empat Jenis Leukemia1. ACUTE LYMPHOBLASTIK LEUKEMIA (ALL) a. Terdapat dalam sel limfa b. Cepat membiak c. Kanak-kanak mudah dijangkiti2. ACUTE MYELOGENOUS LEUKEMIA (AML) a. Terdapat dalam sel myloid b. Cepat membiak c. Kanak-kanak dan dewasa mudah dijangkiti3. CHRONIC LYMPHOBLASTIC LEUKEMIA (CLL) a. Terdapat dalam sel limfa b. Lambat membiak c. Menjangkiti orang dewasa lingkungan 55 tahun ke

atas4. CHRONIC MYELOGENOUS LEUKEMIA(CML) a. Terdapat dalam sel myeloid b. Lambat membiak c. Menjangkiti orang dewasaSarkomaKanser yang berlaku dalam tisu-tisu yang membahagi dengan lebih perlahan. Contohnya otot-otot, tulang dan tisu lemak. Tempat di dalam badan, serangan kanser ini:a. Kanser pada saluran darah (Angiosarcoma)b. Tumor dalam tulang (Osteosarcoma)c. Tulang (Ewing’s sarcoma)d. Kanser pada lutut (Chondrosarcoma)e. Kanser pada usus dan perut (Gastrointestinl)f. Sel lemak (Liposarcoma)g. Tisu badan (Fibrosarcoma)h. Kanser pada saluran darah (Hemangioendothelioma)KarsinomaKanser pada sel epitelium yang berlaku dalam tisu yang membahagi dengan cepat. Misalnya seperti sel-sel yang selari dengan organ dalaman.Antara contoh kanser Karsinoma ini ialah:a. Kanser Tiroid h. Kanser paru-parub. Kanser Payudara i. Kanser hatic. Kanser Ovari j. Kanser Prostatd. Kanser Serviks k. Kanser Perute. Kanser faraj l. Kanser Buah Pinggangf. Kanser usus m. Kanser Pundi kencingg. Kanser bibirLimfomaKanser yang bermula pada bahagian sel-sel sistem imunisasi tubuh. Contohnya kanser Kelenjar dan kanser Limfoma Hodgkin.

PUNCA-PUNCA KANSERPenggunaan TembakauJenis kanser yang dihidapi:a. Hidung dan sinus g. Perutb. Mulut dan tekak h. Buah Pinggangc. Eusofagus i. Ususd. Paru-paru j. Ovarie. Hati k. Pundi Kencingf. Pankreas l. Serviks

Berat Badan BerlebihanJenis kanser yang dihidapi:a. Eusofagus e. Ususb. Payudara f. Ovaric. Pankreas g. Rahimd. Buah Pinggang

StresKajian menunjukkan stres merupakan satu penyenan kanser. Apabila seseorang itu mengalami stress, metabolosme akan meningkat. Stres menyebabkan tekanan darah dan tahap gula dalam darah meningkat. Degupan jantung akan lebih laju daripada normal.

Kesannya, tahap karbon dioksida di dalam tubuh juga meningkat. Kadar karbon dioksida yang tinggi akan menjadikan tubuh badan menjadi lebih asidik. Kanser cepat membiak dalam tubuh badan yang asidik.

Menurut Dr. Otto Warburg, “Apabila sel sihat kehilangan oksigen, ia bertukar menjadi kanser.”

Menurut Dr. Airashi, saintis terkenal Jepun pula mengatakan, “Sel yang hidup dalam persekitaran asidik akan bertukar menjadi sel kanser.”

Kesan Stres kepada Tubuh BadanMenyebabkan:a. Sakit kepala j. Insomnia b. Pedih Ulu hati k. Sistem Imun lemahc. Bernafas laju l. Tinggi kandungan gulad. Berisiko sakit jantung dalam darahe. Jantung berdebar m. Tekanan darah tinggif. Masalah kesuburan n. Sakit perutg. Disfungsi ereksi o. Lemah syahwath. Haid yang tidak teratur p. Otot tegangi. Kemurungan melampau

Cara-cara mencegah Stresa. Mangamalkan gaya hidup sihatb. Diet yang seimbangc. Selalu bersenamd. Cukup tidure. Sentiasa bersikap positiff. Medekatkan diri kepada Tuhan.

Bersambung...

percubaan menjadi murtad untukmembatalkan perkahwinan

Oleh:Puan Siti Imrah bte Lenas

Isu murtad bukanlah suatu isu baru di Malaysia. Menyorot kembali pelbagai kes pertukaran agama di Malaysia, antara kes yang menjadi rujukan utama bagi isu ini ialah kes Lina Joy yang ingin menukar status agamanya daripada Islam kepada Kristian pada kad pengenalannya. Selain itu, pertukaran agama juga akan melibatkan status perkahwinan, agama dan hak penjagaan anak.

Adalah menjadi kesalahan sekiranya pasangan tersebut berniat untuk murtad kerana ingin membubarkan perkahwinan atas pelbagai alasan seperti dorongan pihak ketiga atau masalah tidak serasi dengan pasangan atau pun masalah kewangan. Seksyen 131, Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Tahun 2004 menyatakan bahawa:

Mana-mana orang yang tidak suka akan suami atau isterinya dan dengan perdayaan cuba menjadikan dirinya murtad untuk membatalkan perkahwinannya adalah melakukan suatu kesalahan dan hendaklah dihukum penjara tidak melebihi setahun.

Dalam seksyen ini, hukuman berbentuk bayaran denda tidak dikenakan kerana murtad adalah kes yang berat dan termasuk dalam dosa besar. Sebagaimana firman Allah SWT dalam surah Al-Baqarah ayat 217 yang bemaksud: “Mereka tidak henti-hentinya memerangi kamu sampai mereka (dapat) mengembalikan kamu dari agamamu (kepada kekafiran), seandainya mereka sanggup. Barangsiapa yang murtad di antara kamu dari agamanya, lalu dia mati dalam kekafiran, maka mereka itulah yang sia-sia amalannya di dunia dan di akhirat, dan mereka itulah penghuni neraka, mereka kekal di dalamnya."

Menurut hukum hudud, umat islam yang murtad akan diminta untuk bertaubat dan sekiranya masih enggan bertaubat maka jalan akhirnya ialah dihukum bunuh. Seperti hadis yang diriwayatkan dari Mu‘az bin Jabal ketika ia diutus Rasulullah SAW ke Yaman. Rasulullah SAW mengatakan kepadanya:

"Laki-laki mana saja yang murtad, maka ajaklah dia (kembali pada Islam), jika ia tidak mahu kembali pada Islam maka bunuhlah ia. Perempuan mana saja yang murtad, serulah ia kembali pada Islam, jika mereka tidak mau kembali, maka bunuhlah mereka.” (HR. Tabrani).

Memandangkan hukum hudud tidak diamalkan dalam sistem perundangan syariah di Malaysia, maka mekanisme hukuman penjara selama setahun diaplikasikan sebagai hukuman berat atas ke atas pesalah yang cuba untuk murtad.

Jelas difahami bahawa apabila seseorang yang asalnya bukan Islam dan kemudiannya memeluk agama Islam, maka dia boleh dianggap secara automatik akan turut tertakluk di bawah undang-undang Islam dan dibicarakan di mahkamah syariah. Oleh itu, segala perkara berkaitan dengan Undang-Undang Keluarga Islam akan turut terpakai ke atas saudara baharu tersebut. Pada masa yang sama, Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Negeri Sabah tahun 2004 juga memperuntukkan bahawa sesuatu perkahwinan akan terbubar apabila salah seorang daripada pasangan bertindak untuk murtad atau keluar daripada agama Islam sebagaimana di bawah Seksyen 46 memperuntukkan:

(1) Jika salah satu pihak kepada sesuatu perkahwinan itu murtad atau memeluk sesuatu kepercayaan lain daripada Islam, maka perbuatan yang demikian tidak boleh dengan sendirinya berkuat kuasa membubarkan perkahwinan itu melainkan dan sehingga disahkan sedemikian oleh Mahkamah.

(2) Jika salah satu pihak kepada sesuatu perkahwinan bukan Islam memeluk agama Islam, maka perbuatan yang demikian tidak boleh dengan sendirinya berkuat kuasa membubarkan perkahwinan itu melainkan dan sehingga disahkan sedemikian oleh Mahkamah.

Secara ringkasnya, murtad adalah dilarang sama sekali dalam islam kerana seorang murtad akan merosakkan semangat beragama dalam sesebuah masyarakat dan mengancam masyarakat umum yang tidak memiliki kemampuan yang cukup dalam menjaga agamanya. Maka hendaklah berhati-hati dengan pelbagai godaan yang boleh merosakkan keimanan dan akidah.

Wallahu a'lam.

1816 Zulkaedah 1440H/19 Julai 2019M Shoutul Islam (Suara Islam) 16 Zulkaedah 1440H/19 Julai 2019M Shoutul Islam (Suara Islam) 3

Islam dan Perubatan Enakmen Kita

Page 4: syukuri nikmat negara berdaulat - jheains.sabah.gov.my · gedung ilmu serta pusat hubungan dengan Allah SWT dan manusia sesama manusia. Dengan fungsi-fungsi tersebut, terbukti Rasulullah

Bengkel Tadbir Urus Masjiddi Masjid Puncak Taqwa, Kinarut

panas demam yang dirasakan rasulullah saw dua kali ganda

Oleh:Mohd Azrul Nizam bin Junaidi

Fakulti Dakwah dan Komunikasi Universitas Islam Negeri Sunan Gunung Djati Bandung, Indonesia

tadbir urus masjidOleh: Adi Pitang

Ketibaanku pagi itu disambut dengan senyum oleh 2 orang Timbalan Pengerusi di tempat letak kereta di kawasan Masjid Puncak Taqwa, Pekan Kinarut. Azhar Salleh sebagai Timbalan Pengerusi 1 dan Suhaimi Pingkir, Timbalan Pengerusi 2 penuh ramah mengalukan kehadiranku. Azhar beria-ia benar mengajakku melalui pintu utama masjid kerana katanya ada sesuatu yang ingin ditunjukannya. Sesampai di pintu utama, telunjuknya menujuk ke arah dinding atas masjid di mana sebuah banner tergantung di dinding itu menampakan gambarku yang duduk di atas kerusi dengan tulisan Bengkel Tadbir Urus Masjid Puncak Taqwa. Hahaha! Aku ketawa kerana aku sendiri tidak pernah tahu tentang gambar itu. “3 hari lepas saya minta gambar ustaz dari Awang Juri, saya sengaja buat banner ne ustaz..”, Jelas Azhar sambil tersenyum. Betapa aku tersentuh dengan semangat rakan-rakan jawatankuasa masjid ini untuk melaksanakan bengkel tadbir urus anjuran Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS). Kebetulan masjid ini adalah masjid yang pertama yang kami singgah dari 30 buah masjid yang menjadi key performance indicators (KPI) JHEAINS di seluruh negeri Sabah.

Rakan-rakan Jawatankuasa masjid sering bertanya tentang garis panduan baru ini setelah ia digunakan pada tahun 2016. Garis panduan ini menggantikan Garis Panduan Penubuhan Jawatankuasa Kariah (Jawatankuasa Masjid dan Surau) dan Garis Panduan Kewangan Masjid/Surau Negeri Sabah. Garis panduan ini dinamakan sebagai Garis Panduan Tadbir Urus Masjid Negeri Sabah. Pembangunan garis panduan ini adalah hasil kerjasama dengan Institut Kemajuan Desa (INFRA), Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) cawangan Sabah yang telah membuat kolaborasi latihan untuk Ahli Jawatankuasa (AJK) Masjid selama bertahun. Susulan dari kerjasama latihan ini telah membawa kepada beberapa siri perbincangan dan bengkel untuk menghasilkan garis panduan ini. Terima kasih kepada Tuan Haji Hashim Alang Abdul Hamid matan pengarah INFRA Sabah dan pegawai dan kakitangannya serta sahabat-sahabat JHEAINS yang terlibat memberi idea dan pandangan dalam pembinaan garis panduan ini.

Garis panduan bertujuan membantu ahli jawatankuasa masjid dalam melaksana tugas dan tanggungjawab tadbir urus masjid secara sistematik dan berkesan serta menetapkan penanda aras (benchmarking)

dalam program dan aktiviti masjid. Ia juga bertujuan untuk memantapkan pentadbiran dan pengurusan ahli Jawatankuasa masjid, menyeragamkan tadbir urus masjid di seluruh Sabah, memudahkan audit pengurusan masjid, menerapkan sistem tadbir urus masjid bagi memudahkan pengurusan masjid sekiranya berlaku pertukaran Jawatankuasa dan merupakan asas penilaian bagi Anugerah Masjid Cemerlang Negeri Sabah sempena Ma’al Hijrah pada setiap tahun. Garis panduan ini juga mengambil kira elemen-elemen yang terdapat dalam Standard Penerapan Masjid Malaysia.

Buku garis panduan ini mengandungi 10 komponen penting untuk membentuk satu sistem tadbir yang mantap, iaitu:

Komponan 1 : Penubuhan Jawatankuasa Masjid SurauKomponan 2 : Perancangan Strategik MasjidKomponan 3 : Program/Aktiviti Komponan 4 : Pengurusan Rekod & Data KariahKomponan 5 : Pengurusan Fail MasjidKomponan 6 : Pengurusan KewanganKomponan 7 : Pengurusan Aset/HartaKomponan 8 : Pengurusan MesyuaratKomponan 9 : Kemudahan & PrasaranaKomponan 10 : Persekitaran

“Boleh laksanakan 10 komponen dalam tadbir urus ini?" Tanyaku setelah mengakhiri taklimat garis panduan kepada ahli jawatankuasa Masjid Puncak Taqwa yang hadir yang diketuai oleh Tuan Haji Pg. Murshidi Pg. Omar yang seramai 65 orang itu. Masing-masing menyuarakan kesungguhan dan kesanggupan untuk melakasanakan tadbir urus ini. Alhamdulilah satu langkah ke hadapan.

ibnu hanzaliyyahOleh:

Mohd Alwie NoorbakiFakulti Dakwah dan Komunikasi Universitas Islam Negeri Sunan Gunung Djati Bandung, Indonesia

Majlis yang dihadiri orang-orang soleh adalah taman-taman indah yang dipenuhi akhlak mulia. Majlis itu pasti mengeluarkan aroma harum. Ia menebarkan kebaikan di dunia dan akhirat bagi orang yang menghadirinya. Dari kelazatan majlis itu mereka meneguk ilmu-ilmu yang menyegarkan dan idea-idea yang cemerlang, menyelami jiwa-jiwa yang bertaburan cinta, dan menghirup iman yang semerbak wangi.

Para malaikat meliputi mereka dengan sayap-sayapnya dan mendoakan mereka. Di hadapan Allah SWT malaikat akan bersaksi untuk mereka sehingga Allah SWT mengangkat darjat mereka. Betapa senangnya mendapat kesaksian dari para malaikat kemudian dilaporkannya kepada Allah SWT. Maka, Allah SWT akan menambahkan kurnianya untuk mereka.

Adalah Abu Darda, salah seorang sahabat terkemuka sedang mengajar di majlisnya di antara hadirin yang mengikutinya. Saat mereka berada di sebuah masjid di Damaskus, Syam, seorang sahabat besar lainnya seperti Ibnu Hanzhaliyyah sedang melewati mereka. Ia bintang yang terang dan bulan yang bersinar. Akan tetapi, ia jarang bergaul dengan sesama. Ia menjauhi mereka. Hidupnya banyak dihabiskan untuk solat dan bertasbih. Hidupnya di antara ibadah, zikir, membaca al-Quran dan berdoa. Jika ia kembali ke rumahnya, lisannya sentiasa mensucikan Allah SWT dan beristighfar hingga mendatangi keluarganya kemudian menyelesaikan pekerjaan dalam rumahtangganya.

Abu Darda yang sedang bersama sahabatnya, Basyir al-Taghlaby menyapa dan berkata kepadanya, “Wahai Ibnu Hanzhaliyyah, ke marilah! Semoga Allah merahmati dan menjagamu. Sampaikanlah kepada kami satu kalimat bermanfaat yang engkau telah dengarkan dari Rasulullah. Janganlah engkau menyembunyikan ilmu. Semoga Allah memberi petunjuk kepada kita.”

Lihatlah bagaimana seorang alim bertanya kepada saudaranya yang alim agar menyampaikan satu kalimat yang bermanfaat. Meskipun dirinya berilmu, ia berharap dapat menambah ilmunya. Ia menyatakan dirinya sebagai orang pertama yang menjelajahi jalan ilmu. Ia tidak menyombongkan diri kerana kesombongan hanya membuat dirinya tampak bodoh. Ia memegang prinsip dari sabda Rasulullah SAW, “Jadilah kamu orang yang berilmu atau orang belajar. Janganlah menjadi orang ketiga maka kamu akan celaka.” Ia akan sentiasa mencari ilmu dari buaian sampai liang lahad. Ia ingin orang-orang Islam mengambil manfaat dari ilmunya kemudian mengajarkannya kepada orang lain. Maka, Allah SWT meredhai Abu Darda, mengangkat darjatnya dan memasukkannya ke dalam Syurganya.

Ibnu Hanzhaliyyah segera menyampaikan ilmunya. Ibnu Hanzhaliyyah menceritakan bahawa Rasulullah SAW pernah mengirim pasukan untuk memerangi musuh. Kemudian pasukan itu pulang. Salah seorang pasukan itu berkumpul di majlis Rasulullah bersama para sahabat. Lalu bercerita kepada teman di sebelahnya, “Bagaimana pendapatmu ketika kami sedang berhadapan dengan musuh, salah seorang dari kami berkata, “Rasakan tikaman dariku! Aku pemuda dari Ghiffar.”

Teman yang diajaknya berbicara berkata, “Amalnya itu sia-sia. Membanggakan diri itu riya. Dan riya itu tercela sehingga menghapus pahala. Tetapi yang lainnya yang mendengar pembicaraan itu ikut berkata, Tidak, amalnya tidak sia-sia, kerana sikap membangga diri itu untuk menakutkan musuh.

Dua orang yang berbeda pendapat itu saling berdebat dengan pendapat masing-masing, sehingga Rasulullah menengahinya: Subhanallah, tidak apa-apa, ia tetap mendapat pahala dan tetap terpuji di sisi Allah SWT.

Abu Darda tampak gembira sekali mendengar cerita Ibnu Hanzhaliyyah itu. Betapa hebat apabila ulama- ulama kita seperti ini. Mereka menghormati ilmu dan pemiliknya dan saling rendah hati satu sama lain.

416 Zulkaedah 1440H/19 Julai 2019M Shoutul Islam (Suara Islam) 16 Zulkaedah 1440H/19 Julai 2019M Shoutul Islam (Suara Islam) 17

Iktibar Kisah Bicara Kita

Page 5: syukuri nikmat negara berdaulat - jheains.sabah.gov.my · gedung ilmu serta pusat hubungan dengan Allah SWT dan manusia sesama manusia. Dengan fungsi-fungsi tersebut, terbukti Rasulullah

Tokku Paloh atau nama sebenar beliau ialah Sayyid Abdul Rahman bin Sayyid Muhammad al-Idrus adalah ulama kerohanian yang berkecimpung dalam bidang pentadbiran dan diplomatik di Terengganu. Beliau dilahirkan pada tahun 1233 Hijrah bersamaan 1817 Masihi. Beliau hidup dalam zaman pemerintahan lapan orang sultan silih berganti dan beliau juga mempunyai pengaruh yang kuat semasa zaman pemerintahan Sultan Zainal Abidin III. Beliau dilantik sebagai syeikhul ulama dalam urusan agama dan merupakan ahli majlis mesyuarat negeri Terengganu semasa pemerintahan Sultan Zainal Abidin III. Ayahnda beliau ialah Sayyid Muhammad bin Sayyid Zainal Abidin al-Idrus atau dikenali sebagai Tokku Tuan Besar di Terengganu yang merupakan syeikhul ulama pada zaman pemerintahan Sultan Omar.

Tokku Paloh adalah generasi ke-32 daripada Rasulullah SAW dari kabilah al-Idrus. Nasab sebelah bapanya sampai kepada Sayidina Hussein RA. Tokku Paloh itu bukan saja berketurunan Rasulullah SAW yang mulia malah mendapat didikan dan asuhan dalam keluarga yang kuat beragama. Beliau telah belajar pelbagai bidang ilmu daripada orang tuanya sendiri yang merupakan seorang ulama besar yang mempunyai kedudukan tertinggi dalam urusan Islam di Terengganu. Beliau juga berguru dengan Syeikh Wan Abdullah bin Muhammad Amin al-Fathani atau Tok Syeikh Duyung. Beliau kemudian melanjutkan pelajarannya ke Mekah. Di sana beliau belajar dengan ulama-ulama Ahli Sunnah Wal Jamaah, dan khatam banyak kitab muktabar dalam berbagai bidang ilmu- tauhid, feqah, tasawuf, tafsir, nahu, saraf dan lain-lain. Antara guru beliau semasa di Mekah ialah Saiyid Ahmad bin Zaini Dahlan dan Syeikh Muhammad bin Sulaiman Hasbullah al-Makki. Semasa di Mekah beliau telah bersahabat dengan Syeikh Muhammad Zain bin Mustafa al-Fathani, Syeikh Abdul Qadir bin Abdul Rahman al-Fathani, Syeikh Nawawi al-Bantani, Syeikh Nik Mat Kecik al-Fathani dan ramai lagi.

Tokku Paloh seorang yang sangat arif tentang ilmu tasawuf dan tarekat. Beliau telah mengarang kitab mengenai persoalan kerohanian iaitu kitab Dhiya’ ‘Uqud ad-Durratain dan kitab Ma’arij al-Lahfan. Setelah 10 tahun berada di Makkah, beliau pulang sebagai seorang ulama besar yang amat warak dan juga terkenal sebagai pemimpin kerohanian yang mengembangkan tarekat Naqsyabandiyyah. Beliau telah memusatkan aktivitinya di Kampung Paloh,Terengganu. Antara murid-murid beliau yang terkenal ialah Sultan Zainal Abidin III, Haji Abdul Rahman Limbong ,Tok Janggut, Mat Kilau, Sayyid Saggaf, Haji Dollah Langkawi, Sayyid Abu Bakar dan Sayyid Akil.

Tokku Paloh juga merupakan seorang ulama yang tidak takut menanggung risiko tinggi dalam perjuangan demi mempertahankan Islam dan bangsa Melayu. Beliau melindungi pejuang-pejuang Islam dan Melayu yang menentang penjajah Inggeris pada zaman itu. Semasa Tokku Paloh dan Sultan Zainal Abidin III masih hidup, Inggeris tidak berhasil mencampuri pentadbiran negeri Terengganu.

Tokku Paloh kembali ke rahmatullah pada 1 Zulhijjah 1335 Hijrah (september 1917 Masihi), ketika berusia 102 tahun menurut tahun Hijrah atau 100 tahun menurut tahun Masihi dan dimaqamkan di satu kawasan tinggi Paloh berhampiran dengan rumahnya.

RUJUKAN:● Lembaran Hidup Ulama, Muhammad Abdulloh Suradi, Hijjaz Record Publishing, Cetakan Kedua, 2018.

tokku paloh al-idrusulama sufi yang berwibawa

Oleh:Ustaz Mohd Azlan bin Haji Bakri

Pensyarah Institut Tahfiz Al-Quran Negeri Sabah (ITQAS)

gerhana bulan tanda kekuasaan allah swtOleh: Abd. Rahman Tajudin @ Emang Galileo Fellow CONCAVE-ISSI (Islamic & Strategic Studies Institute)

Segala kejadian yang ada di langit dan bumi merupakan tanda kewujudan kuasa yang maha besar dan maha hebat. Ia merupakan takdir dan ketentuan Allah SWT yang maha berkehendak (Iradah) dan berkuasa (Qudrah). Ia merupakan tanda keimanan kepada manusia yang mahu berfikir. Ini selaras dengan firman Allah SWT dalam al-Quran:

Maksudnya: “Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi; dan (pada) pertukaran malam dan siang; dan (pada) kapal-kapal yang belayar di laut dengan membawa benda-benda yang bermanfaat kepada manusia; demikian juga (pada) air hujan yang Allah turunkan dari langit lalu Allah hidupkan dengannya tumbuh-tumbuhan di bumi sesudah matinya, serta Ia biakkan padanya dari berbagai-bagai jenis binatang; demikian juga (pada) peredaran angin dan awan yang tunduk (kepada kekuasan Allah) terapung-apung di antara langit dengan bumi; sesungguhnya (pada semuanya itu) ada tanda- tanda (yang membuktikan keesaan Allah kekuasaan-Nya, kebijaksanaan-Nya dan keluasan rahmat-Nya) bagi kaum yang (mahu) menggunakan akal fikiran.” (Surah Al-Baqarah: ayat 164).

Antara satu tanda kebesaran Ilahi adalah bulan. Bulan diciptakan oleh Allah SWT bercahaya secara redup-redup murni yang memantulkan cahaya matahari yang bersinar dhiya'. Ia beredar pada paksinya yang telah ditentukan. Firman Allah SWT:

Maksudnya: “Dia lah yang menjadikan matahari bersinar-sinar (terang-benderang) dan bulan bercahaya, dan Dia lah yang menentukan perjalanan tiap-tiap satu itu (berpindah randah) pada tempat-tempat peredarannya masing-masing) supaya kamu dapat mengetahui bilangan tahun dan kiraan masa. Allah tidak menjadikan semuanya itu melainkan dengan adanya faedah dan gunanya yang sebenar. Allah menjelaskan ayat-ayat-Nya (tanda-tanda kebesaran- Nya) satu persatu bagi kaum yang mahu mengetahui (hikmat sesuatu yang dijadikan-Nya).” (Surah Yunus: ayat 5).

Perputaran bulan pada tempatnya dalam tempoh waktu tertentu adalah untuk kita mengetahui sesuatu masa itu. Maka dengan perputaran itu, kita mengenal kewujudan 12 bulan dalam setahun. Masa itu sangat penting untuk waktu Ibadah kita yang telah ditentukan oleh Allah SWT. Ini dijelaskan dalam al-Quran:

Maksudnya: “Mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad) mengenai (peredaran) anak-anak bulan. Katakanlah: "(peredaran) anak-anak bulan itu menandakan waktu-waktu (urusan dan amalan) manusia, khasnya ibadat Haji. Dan bukanlah perkara kebajikan: kamu memasuki rumah dari bahagian belakangnya (ketika kamu berihram) akan tetapi kebajikan itu ialah perbuatan orang yang bertaqwa; dan masuklah ke rumah (Kamu) itu melalui pintunya, serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya kamu berjaya." (Surah Al-Baqarah: ayat 189).

Pada minggu ini, kita diberi kesempatan untuk mengalami satu fenomena alam berkenaan bulan iaitu gerhana bulan. Gerhana bulan berlaku ketika bumi berada di tengah-tengah di antara matahari dan bulan.

Keberadaan bumi di tengah-tengah antara bulan dan matahari menyebabkan cahaya matahari yang bersinar tidak sampai kepada bulan yang memantulkan cahaya kerana terhalang oleh bumi.

Ketika gerhana bulan berlaku, cahaya bulan akan berubah menjadi kemerahan secara perlahan sehingga bulan telah melepasi bumi. Hal ini kerana cahayanya yang redup-redup ini tidak mendapat cahaya yang bersinar dari matahari.

Fenomena peredaran ini berlaku pada sesuatu masa yang tertentu yang menandakan bahawa segala segalanya berputar bertasbih kepada Allah SWT. Allah SWT berfirman di dalam al-Quran:

Maksudnya: “Dan bulan pula kami takdirkan Dia beredar melalui beberapa peringkat, sehingga diakhir peredarannya kelihatan kembalinya pula ke peringkat awalnya (berbentuk melengkung) seperti tandan yang kering.” (Surah Yasin: ayat 39).

Fenomena gerhana bulan ini berlaku sejak dari zaman dahulu lagi dan akan terus berlaku bila sampai pada waktunya, kerana segala bintang dan planet di atas muka bumi ini berputar bertasbih kepada Allah SWT. Inilah Sunnatullah yang telah diaturkan oleh Allah SWT. Allah SWT berfirman:

Maksudnya: “Sebagai suatu Sunnatullah yang berlaku dahulu kamu sekali-kali tiada akan menemukan perubahan bagi sunnatullah itu.” (Surah Al-Fath: ayat 23).

Maka dengan bertasbihnya bulan dan bintang ini, Rasulullah SAW telah menyarankan kita untuk beribadah iaitu melakukan solat. Ini berdasarkan hadith:

Maksudnya: “Bahawasanya matahari dan bulan itu dua tanda daripada segala tanda-tanda yang menunjukkan keesaan dan kekuasaan Allah Taala, tiada gerhana keduanya kerana mati seseorang atau hidupnya, maka apabila kamu lihat akan demikian tu, maka hendaklah kamu sembahyang”, dan baginda bersabda: “maka sembahyanglah kamu hingga disingkap kembali oleh Allah kepada kamu semua (bulan dan matahari).” (Riwayat al-Bukhari & Muslim).

Maka sebagai umat nabi Muhammad SAW yang menyaksikan kejadian ini, perlulah kita untuk bersolat sunat "Gerhana Bulan" secara berjamaah seterusnya dibuat Khutbah Gerhana sebagai memperingati kekuasaan Allah SWT yang berada di alam semesta ini.

Sesungguhnya setiap perubahan masa itu menandakan tentang kekuasaan Allah SWT dan seharusnya kita melakukan ibadah menandakan ubudiyyah kehambaan kita kepada pencipta alam semesta ini.

1616 Zulkaedah 1440H/19 Julai 2019M Shoutul Islam (Suara Islam) 16 Zulkaedah 1440H/19 Julai 2019M Shoutul Islam (Suara Islam) 5

Jejak UlamaTasawwur

Page 6: syukuri nikmat negara berdaulat - jheains.sabah.gov.my · gedung ilmu serta pusat hubungan dengan Allah SWT dan manusia sesama manusia. Dengan fungsi-fungsi tersebut, terbukti Rasulullah

kepentingan solat berjemaah darisolat sendirian

Oleh:Ustaz Abdillah bin Haji Nanun

KEmuSyKiLanKetika seseorang sedang mendirikan solat secara munfarid (sendirian) tiba-tiba muncul di hadapannya sekumpulan orang mengadakan solat berjamaah iaitu solat yang sama seperti yang dia lakukan. Masalahnya ustaz: Adakah boleh sesorang mengubah niat iaitu menjadi makmum kepada imam yang sedang berjamaah di hadapannya itu?

PEnJELaSanSeseorang yang solat sendiri itu boleh meniatkan solat berjamaah dengan imam yang ada di hadapannya sama ada ianya belum ruku’ ataupun sesudah ruku’. Berkata Imam Nawawi Rahimahullah dalam kitab “Minhaj”nya yang bermaksud:

“Dan jika bertakbiratul ihram seorang solat sendirian, kemudian ia meniatkan mengikut orang lain pada pertengahan solatnya nescaya boleh ia berbuat demikian menurut Qaul yang azharnya. Ini kerana ada kisah Abu Bakar yang masyhur iaitu: Tatkala Nabi SAW datang untuk bersolat (di masjid Madinah sedang Abu Bakar sudah memulakan solat ), lalu para sahabat mengeluarkan diri mereka dari mengikutnya, lalu mereka mengikut Nabi SAW.” (Mughnil-Muhtaj, Jld. 1, Hal. 260).

Difahamkan dari kisah ini pernah terjadi di Masjid Madinah sewaktu Rasulullah SAW sakit, mereka solat diimamkan oleh Abu Bakar. Setelah Abu Bakar memulakan solat, tiba-tiba Nabi SAW masuk untuk bersolat, lalu para sahabat meninggalkan Abu Bakar kemudian berimam kepada Nabi SAW, termasuk juga Abu Bakar berbuat demikian.

Maka dari peristiwa ini para Ulama’ terutama Imam Nawawi memberikan fatwa bahawa seseorang boleh memalingkan niat dalam solat kepada yang lebih baik. Solat berjamaah lebih baik dari solat sendirian, maka boleh bagi seorang yang sedang solat sendiri memalingkan niatnya kepada solat berjamaah kerana itu yang lebih baik baginya. Seperti para sahabat memalingkan niat dari mengikut Abu Bakar sebagai imam kepada mengikut Nabi SAW kerana baginda lebih baik dari Abu Bakar RA.

Semoga penjelasan ini memberikan kefahaman dan manfaat kepada kita semua.

Wallahu a’lam.

panas demam yang dirasakan rasulullah saw dua kali ganda

Oleh:Mohd Azrul Nizam bin Junaidi

Fakulti Dakwah dan Komunikasi Universitas Islam Negeri Sunan Gunung Djati Bandung, Indonesia

jangan mengolok dan menghina fizikalOleh:

Mohd Azrul Nizam bin JunaidiFakulti Dakwah dan Komunikasi Universitas Islam Negeri Sunan Gunung Djati Bandung, Indonesia

“Tu hidung atau Gua Niah?”

“Kaki kerusi ni lagi panjang dari kaki kau.”

“Telinga dia tu aku rasa dah boleh buat kipas”

Semua ciptaan Allah SWT itu ada hikmahnya, tidak layak untuk dicela dan dihina. Lihat kisah Abdullah bin Mas’ud yang merupakan seorang sahabat memiliki betis yang kecil. Ketika beliau mengambil ranting untuk dijadikan siwak, angin bertiup dan menyingkap betisnya yang kecil, lalu para sahabat ketawa apabila melihat betis Ibnu Mas’ud yang kecil itu.

Nabi menegur para sahabat dan berkata, “Apa yang membuat kalian tertawa?”

Mereka berkata, “Wahai Nabi Allah, kerana kedua betisnya yang kurus.”

Maka Nabi bersabda, “Demi Dzat yang jiwaku berada di tangannya sungguh kedua betis itu lebih berat di timbangan daripada gunung Uhud.”

Hadith ini menunjukkan bahawa mengolok dan menghina fizikal adalah haram. Jika kita perhatikan, para sahabat tidak mengeluarkan kata-kata hinaan hanya tertawa saja, ini pun hukumnya haram. Apatah lagi menghina fizikal tubuh badan yang cacat. Bahkan walaupun kita tidak menyebut namanya, tapi orang lain tahu siapa yang kita maksud. Syaikh Al-Utsaimin menjelaskan,

“Syarat (menasihati secara umum) adalah para pendengar tidak mengetahui bahawa yang dimaksud adalah fulan (orang tertentu). Jika pendengar faham bahawa orang itu adalah Fulan maka tidak ada faedahnya kita menasihati secara umum.”

Demikian juga mengolok dengan isyarat dan menirukan dengan maksud merendahkan. Misalnya menirukan gaya percakapan orang yang gagap.

‘Aisyah pernah berkata:

“Aku meniru-niru (kekurangan/cacat) seseorang pada Nabi ”, Maka Nabi pun berkata: “Aku tidak suka meniru-niru (kekurangan/cacat) seseorang (walaupun) aku mendapatkan sekian dan sekian.”

Allah SWT melarang kita mengolok-olok dan mengina orang lain. Allah SWT berfirman:

“Hai orang-orang yang beriman, janganlah suatu kaum mengolok-olok kaum yang lain, (kerana) boleh jadi mereka (yang diolok) lebih baik dari mereka (yang mengolok), dan jangan pula wanita-wanita (mengolok) wanita lain (kerana) boleh jadi wanita-wanita (yang diperolok) lebih baik dari wanita (yang mengolok) dan janganlah kamu mencela dirimu sendiri dan janganlah kamu panggil memanggil dengan panggilan yang buruk. Seburuk-buruk panggilan ialah (panggilan) yang buruk sesudah iman dan barangsiapa yang tidak bertaubat, maka mereka itulah orang-orang yang zalim.” (Al-Hujurat: 11).

Walaupun kita maksudnya adalah bergurau, akan tetapi apabila membuat orang tersebut tidak selesa atau bahkan merasa dihina, maka hal ini dilarang dalam agama.

616 Zulkaedah 1440H/19 Julai 2019M Shoutul Islam (Suara Islam) 16 Zulkaedah 1440H/19 Julai 2019M Shoutul Islam (Suara Islam) 15

Remaja Kemusykilan Agama

Page 7: syukuri nikmat negara berdaulat - jheains.sabah.gov.my · gedung ilmu serta pusat hubungan dengan Allah SWT dan manusia sesama manusia. Dengan fungsi-fungsi tersebut, terbukti Rasulullah

Maksudnya: “Dan juga pada diri kamu sendiri (terdapat pula tanda-tanda yang menunjukkan kekuasaan dan keesaan-Nya, iaitu dari permulaan penciptaan kalian hingga akhirnya, dan di dalam susunan proses penciptaan kamu terhimpun pula keajaiban-keajaiban). Maka apakah kalian tidak memperhatikannya? (akan hal tersebut yang kerana itu akan tersingkaplah Penciptanya dan kekuasaan-Nya yang Maha Besar).”

Ibnu Katsir menafsirkan bahawa yang dimaksud ayat ini adalah bahawa di dunia ini telah terdapat tanda- tanda yang semuanya itu menunjukkan keagungan Sang Maha Pencipta dan kekuasaannya yang sangat luas, seperti kepelbagaian tumbuh-tumbuhan, haiwan, gunung-ganang, lautan, daratan, bahasa, bangsa, warna kulit dan apa-apa yang terdapat dalam diri manusia iaitu akal, pemahaman dan kebahagiaan

Salah satu anugerah terbesar yang Allah SWT berikan kepada kita adalah diciptakan-Nya kita menjadi manusia. Sebagai makhluk yang dimuliakan Allah SWT, manusia diciptakan secara sempurna. Potensi- potensi yang dimilikinya dapat membawa kemuliaan dan keupayaan menjalankan amanah.

Dengan adanya perbezaan dalam diri manusia inilah seharusnya membuat setiap manusia memperhatikan dirinya sendiri baik dari segi bentuk fizikal, yang berkaitan dengan paras muka, jenis kelamin dan naluri jiwanya yang meliputi kecenderungan dan keinginan sama ada ianya akan dipandu oleh akal yang sejahtera serta iman yang sejati.

Dengan mengetahui potensi diri yang jelas setiap individu akan mengetahui secara holistik apa yang dapat mereka sumbangkan bukan sahaja buat diri sendiri tetapi umat sejagat demi menggapai kejayaan dunia dan akhirat. Qatadah salah seorang sahabat Nabi SAW mengatakan bahawa “Sesiapa yang memikirkan penciptaan dirinya, niscaya dia akan mengetahui bahawa sesungguhnya dirinya dan sendi- sendi tulang-tulangnya diciptakan hanyalah untuk beribadah.”

Sebagai makhluk ciptaan yang mendapat posisi mulia, kita wajib mensyukuri nikmat itu dengan cara mengenali dan mengembangkan potensi diri untuk kemaslahatan dan kebaikan. Kesyukuran sebagai makhluk termulia diterjemahkan menerusi beribadah dan beramal sholeh.

Pernahkah terlintas dalam benak kita untuk apa Allah SWT menciptakan kita dalam bentuk fizikal yang lengkap dan berfungsi dengan baik. Ianya tidak lain bertujuan untuk memangkinkan pelaksanaan tugas- tugas kekhalifahan yang telah diamanahkan oleh Allah SWT kepada manusia sejak awal penciptaannya. Sudah tentu pelaksanaan itu memerlukan fizikal yang kuat dan sihat. Mengekalkannya dalam tahap kuat dan sihat juga merupakan amanah yang perlu digalas agar kesinambungan menyumbang kebaikan sesama makhluk manusia dan alam akan terus terlestari.

Kita perlu menyedari bahawa kejayaan atau kegagalan, untung atau rugi seseorang adalah ditentukan oleh Allah SWT atas usaha gigih serta keterampilan dalam membangunkan potensi diri di segenap lapangan yang diceburi.

Betapa besarnya kasih sayang Allah SWT menciptakan manusia lalu membangunkan potensi dirinya hingga mampu memiliki kelebihan seperti bakat, keterampilan, kecekalan, kebijaksanaan, kecenderungan, visi dan misi hidup yang jelas sehingga mampu menjadi mutiara bernilai di tengah-tengah kehidupan umat manusia dan pastinya kita semua berkelayakan menjadi hamba Allah SWT yang bergelar “Master Piece”, kerana pontesi diri yang dibangunkan seiring dengan panduan al-Quran dan Sunnah Rasulullah SAW dalam memberikan manfaat dan kebaikan kepada manusia sepanjang zaman.

ayat al-Quran surah adz dzariyaat : 21“membangun potensi diri”

Oleh:Awang Juri bin Ag. Tahir @ AJAT

Di dalam sebuah hadis sahih,

“Diriwayatkan daripada Aisyah Radiallah Anha, beliau berkata, “Rasulullah Sallallah Alaihi Wasallam bila mana baginda menyembelih kambing, baginda akan bersabda, “Kirimkanlah (bahagian) ini kepada sahabat-sahabat Khadijah.” Beliau (Aisyah) berkata, “Pada satu hari, daku berasa marah (kerana cemburu) kepada baginda, dan daku pun berkata, “Khadijah (lagi)?!” Rasulullah Sallallah Alaihi Wasallam pun bersabda, “Sesungguhnya daku telah direzekikan dengan cintanya.” (HR Muslim).

Ada beberapa pengajaran yang bisa kita petik daripada hadis ini:

1. Baginda menyifatkan ibu kita Khadijah al-Khuwailid Radiallah Anha, dengan penggunaan perkataan rezeki (ruziqtu hubbuha) di dalam hadis. Demikian adalah antara ketinggian bahasa Rasulullah Sallallah Alaihi Wasallam, bahawa rezeki adalah kurniaan Allah SWT yang haruslah dihargai dan disyukuri. Cinta, perhatian dan kasih sayang daripada orang lain adalah kurniaan Allah SWT yang harus dihargai dan disyukuri.

Rasulullah Sallallah Alaihi Wasallam bersabda, “Allah mencipta 100 kasih (rahmat). Dia menurunkan salah satu daripadanya antara kalangan hamba-hamba-Nya. Maka dengan yang itulah (kasih yang satu itu) mereka saling mengasihi dan saling berlemah lembut antara satu sama lain. Di Hari Kiamat (kelak), Dia akan mengumpulkan semula rahmat yang ini (yang satu ini), kepada yang 99, lalu akan diagih-agihkan-Nya kepada para hamba-Nya.” (HR al-Bukhari & Muslim).

Justeru, daripada kasih yang satu inilah, manusia saling mengasihi antara satu sama lain. Ia dizahirkan dalam pelbagai bentuk dan corak. Misalnya, kasih ibubapa-anak, kasih sesama sahabat, ataupun kasih antara lelaki dan perempuan yang sinonim dengan makna cinta.

Cinta dan kasih tak boleh dipaksa, tapi boleh diusahakan dan ditawakalkan. Baginda sifatkan cinta sebagai rezeki. Cinta sebagai tempat tawakal kepada Allah SWT, Pemilik segenap rezeki; yang di mana rezeki ini bila-bila masa dikurniakan, bila-bila masa juga diambil semula oleh-Nya, sesuai dengan hikmah-Nya.

Sekiranya cinta itu tidak disyukuri, dan menjadikan seseorang itu makin menjauh daripada Allah SWT, bahkan dijadikan pula sebagai sebab kepada maksiat, maka cinta itu akan diambil semula oleh Allah SWT dan bakal digantikan dengan permusuhan dan persengketaan. Atas sebab inilah, Mufti Wilayah, Sohibussamahah Datuk Dr. Zulkifli al-Bakri Hafizahullah menyatakan, bahawa tidak menjaga solat merupakan sebab kepada penceraian. Kerana Allah SWT yang mengurniakan cinta itu tidak disyukuri, maka Allah SWT mengambil semula apa yang menjadi hak-Nya Ta’ala, dan Allah SWT tidak pernah menzalimi sesiapa pun, akan tetapi manusialah yang menzalimi diri mereka sendiri.

Begitu pula antara cara mensyukuri cinta, khasnya bagi yang belum berkahwin, ialah dengan menyegerakan nikah. Cinta, sebagai nilai, memerlukan sebuah sistem undang-undang (legal) untuk menjaganya. Islam yang indah mensyariatkan nikah, untuk meraikan dan menjaga cinta antara lelaki dan perempuan, serta keadilan antara keduanya.

2. Ibu kita Aisyah meriwayatkan hadis ini, menceritakan cemburu beliau kepada Ibu kita Khadijah, bahawa baginda Nabi selalu bersedekah buat ibu kita Khadijah dan dibalas baginda dengan jawapan yang menjelaskan tanggungjawab baginda terhadap cinta Khadijah. Tiada tohmahan buat ibu kita Aisyah, kerana cemburu itu perkara yang 'aridh/ mendatang, dan bukan kekal pada zat ibu kita Aisyah, dan perihal beliau sendiri meriwayatkan hadis ini bererti beliau sudah mengerti akan tanggungjawab baginda terhadap cinta Khadijah.

Selamat merenungi dan menghargai nikmat-nikmat Allah SWT, selagi ia masih ada.

cinta adalah rezeki allah ta'alaOleh:

Mohammad Syafiq IsmailExco Penyelidikan ABIM Sabah

1416 Zulkaedah 1440H/19 Julai 2019M Shoutul Islam (Suara Islam) 16 Zulkaedah 1440H/19 Julai 2019M Shoutul Islam (Suara Islam) 7

Inti Sari Ayat Al-QuranTinta Ilmiah

Page 8: syukuri nikmat negara berdaulat - jheains.sabah.gov.my · gedung ilmu serta pusat hubungan dengan Allah SWT dan manusia sesama manusia. Dengan fungsi-fungsi tersebut, terbukti Rasulullah

tasyabbuhOleh:

Rashiqah Mardhiyyah binti Jasri

Di dalam era tanpa sempadan ini, pelbagai budaya asing mudah menyerap masuk ke dalam hidup sesebuah bangsa terutama sekali apabila golongan muda mempunyai akses yang lebih banyak kepada internet dan sosial media. Penyebaran fahaman berkenaan “unisex” iaitu suatu kefahaman barat yang tidak menyediakan pemisah antara yang lelaki dan yang perempuan mula diikuti oleh penduduk Malaysia sehinggakan wujudnya golongan anak-anak gadis yang membedung payu daranya, memakai pakaian lelaki bahkan turut menyerupai gelagat seorang lelaki. Maka dengan ini dibincangkan perkara mengenai hukum tasyabbuh di mana seorang perempuan menyerupai lelaki dan sebaliknya.

Dari segi bahasa, tasyabbuh itu bermaksud menyerupai sesuatu. Manakala, dari segi perbahasan fiqh pula bermaksud seorang perempuan yang menyerupai lelaki atau sebaliknya dalam perkara-perkara seperti pakaian, perhiasan, percakapan, suara, gaya berjalan, gerak badan dan juga termasuklah mengubah bentuk fizikal badan. Sedangkan di dalam bahasa melayu, anak-anak gadis yang bersikap sedemikian adalah digelarkan sebagai “tomboy”.

Mengenai hukum, sudah jelas ianya adalah HARAM bahkan merupakan salah satu dosa besar kerana telah sabit pengharamannya. Dari Ibn’ Abbas R.Anhuma dalam sabda baginda SAW:

Maksudnya: “Nabi SAW telah melaknat lelaki yang menyerupai perempuan dan orang-orang perempuan yang menyerupai lelaki.” (HR: al-Bukhari, Abu Daud & al-Tirmizi).

Manakala dalam riwayat yang lain:

Maksudnya: “Rasulullah SAW telah melaknat orang lelaki yang menyerupai perempuan dan orang yang menyerupai kaum lelaki daripada kalangan perempuan.” (HR: al-Bukhari, Abu Daud, al-Tirmizi & Ibn Majah).

Al-Imam al-San’ani mengatakan bahawa laknat Rasulullah SAW terhadap maksiat itu menunjukkan kepada besarnya dosa tersebut. Dalil tersebut menunjukkan keharaman untuk menyerupai perempuan bagi lelaki dan sebaliknya. (Subul as-Salam).

Al-Imam al-Shaukani pula mengatakan bahawa hadis tersebut menjadi dalil pengharaman ke atas lelaki menyerupai wanita dan wanita menyerupai lelaki dalam pertuturan, pemakaian dan selain itu. (Nayl al-Awtar).

Syeikh Dr. Wahbah al-Zuhaili juga turut mengatakan haram ke atas lelaki menyerupai wanita dan sebaliknya. (al-Fiqh al-Islami wa Adillatuh).

Dari segi penyerupaan dari sudut pakaian pula, ada hadis daripada Abu Hurairah RA, Rasulullah SAW bersabda:

Maksudnya: “Rasulullah SAW telah melaknat orang lelaki yang memakai pakaian perempuan dan orang perempuan yang memakai pakaian lelaki.” (HR: Abu Daud).

Al-Imam al-Zahabi berkata: “Apabila wanita memakai pakaian yang dipakai oleh lelaki dan berlagak seperti seorang lelaki, dengan pakaiannya serba sempit, yang kelihatan jelas bentuk tubuh badannya, maka yang demikian itu dia sudah menyerupai lelaki dan dia sudah berhak menerima kutukan Allah dan Rasul-Nya.”

Maka secara kesimpulannya, tasyabbuh ini haram dan sebaiknya dielakkan. Istilah “terperangkap wanita di badan lelaki (bagi maknyah) dan terperangkap lelaki di badan wanita (bagi tomboy)” tidak seharusnya wujud. Oleh itu, semoga kita terpelihara di bawah lindungan-Nya. Insya-Allah.

Wallahu a’lam.

beriman dan istiQamahOleh:

Ustaz Mohd Azlan bin Haji BakriPensyarah Institut Tahfiz Al-Quran Negeri Sabah (ITQAS)

maKSud HadiSDaripada Abu Amru atau digelar juga Abu Amrah iaitu Sufian bin Abdullah al-Tsaqafi RA beliau berkata: "Aku berkata: Wahai Rasulullah! Ajarkanlah kepadaku berkenaan lslam suatu perkataan yang aku tidak perlu lagi bertanya kepada orang lain selainmu. Baginda bersabda: Ucapkanlah: “Aku beriman kepada Allah, kemudian hendaklah engkau beristiqamah dengannya." (Riwayat Imam Muslim).Huraian HadiSHadis ini adalah salah satu daripada keindahan Jawami’ al-Kalim yang menjadi keistimewaan Rasulullah SAW sekalipun susun katanya ringkas tetapi mengumpulkan asas-asas ajaran Islam dalam dua perkataan iaitu Iman dan Istiqamah. Sebagaimana yang kita maklum bahawa agama Islam adalah agama tauhid iaitu mengesakan Allah SWT dan mentaati perintah-Nya. Tauhid itu terhasil melalui keimanan kepada Allah SWT dan ketaatan itu pula adalah hasil dari istiqamah.Berkenaan matan hadis "Ajarkanlah kepadaku berkenaan lslam suatu perkataan yang aku tidak perlu lagi bertanya kepada orang lain selainmu" adalah bermaksud Abu Amru meminta dari Rasulullah SAW untuk mengajarkannya satu kalimah pendek dan ringkas, tetapi mengandungi makna yang padat dan berisi tentang pengertian Islam dan ianya mudah untuk difahami sehingga dia tidak memerlukan lagi penjelasan dari orang lain untuk menjadi dasar amalan. Kemudian Rasulullah SAW menjawab: Ucapkanlah: “Aku beriman kepada Allah, kemudian hendaklah engkau beristiqamah dengannya," Sambungan matan hadis ini adalah bermaksud bahawa Rasulullah SAW menyuruh Abu Amru supaya sentiasa memperbaharui imannya dengan ucapan lisan dan mengingat di dalam hati, serta menyuruh dia secara teguh melaksanakan segala amalan soleh dan sentiasa menjauhi segala dosa. Hal ini kerana seseorang itu tidak dikatakan istiqamah jika dia menyimpang walaupun hanya seketika. Dalam dua kalimah tersebut telah memberi penjelasan kepada kita berkenaan pengertian iman dan Islam secara utuh.Hadis tersebut juga menjelaskan kepada kita bahawa Islam adalah agama yang amat mudah untuk diamalkan dan ditaati. Kemudahan tersebut terdapat pada asas pengajarannya yang terdapat pada al-Quran dan hadis sebagai sumber rujukan utama.PEnGaJaran HadiS1. Istiqamah menurut bahasa bererti tetap teguh, terus menerus atau tetap pendirian. Menurut Saidina Umar

al-Khattab RA istiqamah ialah tetap menurut perintah dan menjauhi larangan serta tidak menyimpang daripadanya.

2. Perintah untuk istiqamah dalam bertauhid dan ikhlas dalam melakukan ibadah hanya dilakukan kepada Allah SWT semata-mata hingga ke akhir hayat.

3. Beriman kepada Allah SWT harus mendahului ketaatan.4. Melaksanakan iman dan amal soleh harus berjalan secara serentak.5. lman dan lslam mempunyai konsep pelaksanaan yang mudah tanpa sukar difahami. Seseorang hanya

dituntut untuk beriman kemudian perlu beristiqamah dalam melaksanakan lslamnya.

RUJUKAN:● Al-Kafi Syarah 40 Hadis, Dr Zulkifli Mohammad Al-Bakri, Pustaka Cahaya Kasturi Sdn Bhd, Cetakan Pertama, 2016.● Al-Wafi Syarah Hadith 40 Imam Nawawi, Dr Mustafa Al-Bugha, Muhyiddin Misto, Al-Hidayah Publication, 2016.

816 Zulkaedah 1440H/19 Julai 2019M Shoutul Islam (Suara Islam) 16 Zulkaedah 1440H/19 Julai 2019M Shoutul Islam (Suara Islam) 13

Sentuhan HadisFiqh Wanita

Page 9: syukuri nikmat negara berdaulat - jheains.sabah.gov.my · gedung ilmu serta pusat hubungan dengan Allah SWT dan manusia sesama manusia. Dengan fungsi-fungsi tersebut, terbukti Rasulullah

bayan dalam memahami "keadilan allah swt" (siri 3)

Oleh:Abdu Khalil bin Hassan

Al-Baqillani, misalnya berpendapat bahawa Allah SWT memakmurkan orang yang dicintai-Nya dan melindungi orang yang mentaati-Nya. Allah SWT tidak memberikan pertolongan terhadap pelaku maksiat. Selanjutnya, Allah SWT memberikan kebaikan, keburukan, keuntungan, kerugian, kekayaan dan kemiskinan, kesenangan dan kesusahan, kesihatan dan juga penyakit, petunjuk dan kesesatan kepada semua hamba-Nya sebagai keadilan-Nya. Allah juga tidak dipertanggungjawab terhadap perbuatan-Nya sesuai dengan firman Allah SWT dalam, al-Anbiya’ (21):23: “Dia tidak ditanya tentang apa yang diperbuat-Nya, dan merekalah yang akan ditanya.” Daripada ayat tersebut dapat difahami bahawa di akhirat kelak Allah SWT akan membangkitkan kembali semua manusia dengan menghidupkan mereka untuk menentukan dan menimbang amalan mereka. Allah SWT juga menyediakan syurga dan neraka. Semuanya itu merupakan keadilan Allah SWT. Sehubungan dengan itu, beliau menyatakan bahawa pahala merupakan kurniaan daripada Allah SWT, bukan semata-mata kerana amalan seseorang. Ini sesuai dengan firman Allah SWT dalam surah Al-Rum (30):45: bermaksud: “Agar Allah memberikan pahala kepada orang-orang yang beriman dan beramal soleh dari kurnian-Nya.” (al-Shahrustani, al-Milal).

Manakala al-Juwayni pula berpendapat bahawa perbuatan-perbuatan Allah SWT adalah dari segi rahmat dan kemaslahatan manusia. Bagi al-Juwayni, kerana Allah SWT Maha Suci dari segala manfaat dan mudarat, maka perbuatan-perbuatan-Nya bukan untuk kepentingan diri-Nya sendiri, melainkan untuk kepentingan yang di luar- Nya, iaitu manusia. Dengan demikian, menurut al-Juwayni, semua yang diperbuat oleh Allah SWT adalah berdasarkan kepada rasa kasih sayang Allah SWT terhadap hamba-hamba-Nya. Apa pun yang diperbuat Allah SWT, sama ada berupa kesakitan ataupun kenikmatan adalah baik. Tiada satu pun perbuatan Allah SWT yang memberikan kesan yang tidak baik bagi manusia. Contohnya kalau Allah SWT menyeksa orang yang berbuat dosa, itu bukanlah merupakan kesalahan bagi Allah SWT dan bukan pula bererti Allah SWT sengaja menjerumuskan manusia ke dalam kesengsaraan kerana semua itu merupakan kesalahan manusia itu sendiri. Namun demikian, Al-Juwayni menyatakan bahawa Allah SWT tidak harus terus menyeksa hamba-Nya yang mukmin yang berdosa dan Allah SWT boleh membatalkan seksaan ke atas orang yang berdosa dan kemudian memasukkannya ke dalam syurga. Meskipun orang yang dibatalkan seksaannya ini, mengikut al-Juwayni, memiliki iman. Pembatalan seksaan ini disebut sebagai shafa’at. Seterusnya, orang yang beriman dan meninggal dunia dalam keadaan berdosa sebelum bertaubat, nasibnya akan ditentukan oleh Allah SWT. Apabila Allah SWT menghendaki dosa-dosanya diampunkan atau sebaliknya diberikan shafa’at, maka ia akan dimasukkan ke dalam syurga atau dimasukkan ke dalam neraka sekadar untuk membersihkan dosa-dosanya kemudian Allah SWT mengangkatnya keluar dari neraka lalu dimasukkan ke dalam syurga. Semuanya itu, menurut al-Juwayni, sesuai dengan Allah SWT yang bersifat al-Rahman dan al-Rahim serta demi kebaikan manusia. (al-juwayni, al-Irshad).

Selanjutnya, Imam Abu Hamid al-Ghazali, menyatakan bahawa Allah SWT tidak akan membatalkan pemberian pahala kepada orang yang berbuat baik. Mengikut al-Ghazali, Allah SWT boleh sahaja mengingkari ancaman-Nya (al-waid), tetapi Ia tidak mungkin mengingkari janji-Nya (al-waid). Mengingkari ancaman merupakan perbuatan pemurah sedangkan mengingkari janji adalah perbuatan dusta. Dengan demikian, Allah SWT menurut al-Ghazali, memberikan ganjaran kepada manusia bersesuaian dengan janji-Nya, dan memberikan hukuman bersesuaian dengan kehendak-Nya. Bahkan dengan anugerah Allah SWT, orang-orang beriman akan dikeluarkan dari neraka, setelah mereka diseksa terlebih dahulu, sampai tak seorang pun yang beriman berada di dalam neraka. (al-Ghazali, al-Iqtisad fi al-itiqad).

Dari keterangan di atas dapat disimpulkan bahawa keadilan Allah SWT menurut Ulama’ Ahlus Sunnah Wal Jama’ah ialah bersifat mutlak, Ia memberi hukuman menurut kehendak mutlak-Nya dan tidak terikat kepada sesuatu kekuasaan kecuali kekuasaannya sendiri.

alam sekitar dan manusiaOleh:

Tuan Haji Sainuri bin Yahmin

“Telah timbul berbagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut dengan sebab apa yang telah dilakukan oleh tangan manusia (timbulnya yang demikian) kerana Allah hendak merasakan mereka sebahagian dari balasan perbuatan-perbuatan buruk mereka telah lakukan, supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat).” (ar-Rum: 41).

Penjagaan alam sekitar dewasa ini perlu ditangani dengan lebih serius dan secara tuntas. Krisis longgokan plastik yang mulanya dilihat mengancam kelangsungan hidupan laut dan mengancam bumi, kini telah mengancam kehidupan manusia. Aktiviti kapitalis yang rakus mencari keuntungan secara rambang dan semborono dengan membuang sisa tosik dengan tidak terkawal menyebabkan keracunan dan impak negatif kepada manusia dan alam sekitar. Pembuangan tosik dan kumbahan yang tidak mengendahkan peraturan dan alam sekitar telah menyebabkan pelbagai masalah. Kes yang berlaku di Johor amat menginsaf dan menyedarkan ramai pihak berhubung bala yang perlu ditanggung jika kita terus membutakan mata dan memekakkan telinga. Kesan pencemaran boleh mengakibatkan kesulitan berpanjangan dan korban nyawa.

Pada tahun 2009, sebuah dokumentari bertajuk “HOME” yang diproduksinya diketuai Yann Arthur Bertrand mendedahkan perihal pencemaran alam. Dokumentari tersebut membongkar berbagai onar di puluhan negara di dunia dan menjelaskan bahawa setiap tahun 13 juta hektar hutan menghilang, spesis pupus 1,000 kali lebih cepat daripada kepupusan alaminya, 40% tanah subur mengalami kerosakan jangka masa panjang. Sejak tahun 1950, penangkapan ikan telah meningkat lima kali ganda dari 18 juta menjadi 100 juta metrik ton setahun. Kebanyakkan ikan tidak diberi masa yang cukup untuk membiak.

Bencana alam yang berlaku di serata dunia dan juga Malaysia adalah berkaitan dengan ketidakseimbangan ekosistem. Bencana seperti banjir, jerebu, tanah runtuh, pencemaran udara dan lain-lain adalah disebabkan oleh perlakuan tangan-tangan manusia sendiri.

Kerosakan yang terjadi di darat dan laut menyebabkan hilangnya keindahan asli muka bumi. Terumbu karang rosak oleh kerana pengunaan bom ikan dan pukat tunda lantaran keinginan mendapat hasil yang cepat. Padahal secara jangka panjangnya keberadaan terumbu karang adalah untuk memberikan keuntungan yang besar dari segi ekonomi dan ekologi kepada manusia. Penciptaan alam ini adalah bertujuan untuk manusia mengambil manfaat daripadanya dan bukan memusnahkannya. Hal seperti ini yang di firmankan oleh Allah SWT yang bermaksud “Dialah (Allah) yang telah menciptakan bagi kamu sekalian yang ada di bumi ini semua.” (Surah al-Baqarah: 29) tetapi apa yang berlaku pada hari ini ialah manusia begitu rakus untuk berlumba-lumba untuk mengambil khazanah alam ini untuk kepentingan diri semata-mata demi untuk menjadi kaya dengan cepat.

Untuk mengatasi masalah alam sekitar ini, adalah dicadangkan beberapa inisiatif proaktif diperkenal dan disebar luaskan. Pertama sekali ialah penekanan kepada amalan hijau. Amalan hijau ini mesti di mulakan dari rumah hingga ke tempat kerja sama ada di organisasi kerajaan atau swasta. Amalan hijau ini mencakupi ruang lingkup yang luas serta berkait dalam semua bidang sebagai contoh, bangunan hijau, pemasaran hijau, e-perolehan kerajaan hijau, universiti hijau, kursus hijau dan lain-lain. Amalan hijau ini adalah konsep Islam yang menekankan tugas dan tanggungjawab kita terhadap tiga paksi utama iaitu hubungan dengan Allah SWT, hubungan sesama insan dan hubungan dengan alam.

Inisiatif kedua ialah berkaitan pendidikan penjagaan alam sekitar. Generasi muda dari peringkat awal sekolah hingga ke peringkat universiti wajib memahami dan menjalani ujian perihal penjagaan alam sekitar. Generasi muda mesti menjadi santri atau merinyu alam sekitar. Mereka adalah penghuni seterusnya di muka bumi ini.

1216 Zulkaedah 1440H/19 Julai 2019M Shoutul Islam (Suara Islam) 16 Zulkaedah 1440H/19 Julai 2019M Shoutul Islam (Suara Islam) 9

Akidah Artikel Pilihan

Page 10: syukuri nikmat negara berdaulat - jheains.sabah.gov.my · gedung ilmu serta pusat hubungan dengan Allah SWT dan manusia sesama manusia. Dengan fungsi-fungsi tersebut, terbukti Rasulullah

mahrajan amal islami muallaf peringkat negeri sabahpada 10 hingga 12 julai 2019

di dewan sa'adah, wisma muis, kota kinabalu

jerayawara pengarah jheains bersama kakitangan jheains bahagian sandakan yang dikelolakan oleh jheains sandakan

pada 17 jun 2019 di dewan serbaguna masjid daerah sandakan

Peristiwa

1016 Zulkaedah 1440H/19 Julai 2019M Shoutul Islam (Suara Islam) 16 Zulkaedah 1440H/19 Julai 2019M Shoutul Islam (Suara Islam) 11

Peristiwa