syakir sejarah

16

Click here to load reader

Upload: mirzasyafiq

Post on 04-Oct-2015

33 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

vgh

TRANSCRIPT

Nota bab 3: nasionalisme dan pembentukan Negara bangsa

Tujuan penubuhan Malayan union

Piagam atlantikI. Ditandatangani antara presiden amrika syarikat, iaitu Roosevelt dengan perdana menteri Britain iaitu Winston Churchil pada bulan ogos tahun 1941(piagam berkerajaan sendiri)

Kepentigan ekonomi BritishI. British ingin memastikan bahawa kepentingan ekonomi, iaitu pelaburabnya akan terus terkawalII. Keadaan politik dalam negara mestilah kukuh dan stabil. Kestabilan politik berkait rapat dengan kemantapan ekonomi.

Ciri-ciri Malayan Union

PentadbiranI. Singapura kekal sebagai sebuah tanah jajahan mahkota british dengan gabenornya sendiri II. Gabenor akan menjalankan pentadbiran dengan bantuan Majlis Eksekutif dan Majlis Undangan negeri.

Syarat kewarganegaraanI. Kewarganegaraan secara kuatkuasa undang-undang.i. Jus soli bagi mereka yang lahir di negeri-negeri Malayan union,singapura dan tanah jajahan britishii. Mereka yang berumur sekurang-kurangnya18 tahun dan telah bermastautin di Malayan union atau singapura selama 10 tahun hingga 15 tahun sebelum 15 februari 1942 hendaklah mengankat sumpah kesetian kepada Malayan union.II. Kewarganegaraan secara pemohoni. Mereka yang telah bermastautin dalam Malayan union selam 5 daripada7 tahun daripada tarikh pemohonan. Mempunyao tingkahlaku yang baik,pengetahuan bahasa inggeris atau bahasa melayu mencukupi dan mengankat sumpah terhadap Malayan union.

Sebab-sebab penetangan orang melayu terhadap Malayan union Rancangan Malayan UnionI. Penghapusan kedaulatan dan kuasa raja-raja Melayu;- Raja Melayu ahli Majlis Raja Melayu tanpa kuasa.- Kehilangan takhta dan maruah sebagai pelindung orang Melayu.- Pungutan zakat di bawah kuasa gabenor British

II. Kerakyatan secara liberal-- Kerakyatan jus soli ancam status quo orang Melayu sebagai peribumi.-jumlah orang Melayu menjadi kecil akibat kemasukan golongan imigranIII. Membantah tidakan Sir Harold MacMichael-Mengancam menurunkan raja-raja Melayu daripada takhta sekiranya baginda tidak menerima Malayan Union.- Raja Melayu tidak diberikan masa yang cukup untuk berunding dengan Majlis Mesyuarat Negeri atau penasihat baginda seperti yang berlaku kepada Sultan Perak. Cara penentangan Malayan Union

Peranan akhbari. Akhbar-akhbar melayu menyuarakan bantahan secara berterusan. Seperti, Warta Negara,Majlis, dan Utusan Melayu Penetangan secara individui. Dato Onn Jaafar menulis surat kepada Utusan Melayu -seru Melayu adakan kongres dan tubuhkan United Malays Organisation (U.M.O).ii. Raja-raja Melayu bantah Malayan Union. Sultan Johor hantar surat kpd Setiausaha Tanah Jajahaniii. dapat sokongan bekas pegawai British yang pernah berkhidmat di TM- Frank Swettentam, R.O. Winstedt, Sir Frederick Weld dan Sir Cecil Clementi Smith menentang cadangan Malayan Union secara terbuka dalam akhbar The Times di London. Peranan Umnoi. UMNO ditubuhkan secara rasmi pada 11 Mei 1946.ii. Yang Dipertua pertama Dato Onn Jaafar.iii. Umno mengemukakan satu perlembagaan alternative bagi mengantikan Malayan Union, iaitu perseketuan tanah melayu 1948. Faktor kejayaan Orang Melayu menggagalkan pentadbiran Malayan Union 1946 Kepimpinan Dato Onn Jaafari. Dato Onn Jaafar menyeru orang melayu supaya mengadakan kongres menetang Malayan Union.ii. Beliau Berjaya memujuk Raja-Raja Melayu supaya memulakan upacara perlantikan Sir Edward Gent sebagai Gabenor MU. Peranan Akhbari. Akhbar-akhbar seperti Majlis, Utusan Mewlayu, Warta Negara menyeru Raja-raja Melayu dan orang Melayu supaya bersatu bagi menentang MU.ii. Menyuarakan bantahan melalui akhbarMajlis, Utusan Melayu&Warta Negaraiii. Akhbar Majlis akhbar pertama menyeru orang Melayu menentang Muiv. Utusan Melayu pada 12 Oktober 1945 menyeru raja2 Melayu berfikir jika MU tidak ditentangv. Warta Negara pada 14 November 1945 menggesa orang Melayu menentang MU Sokongan bekas Pegawai Britishi. Bekas pegawai British yang pernah berkhidmat di TM menyokong perjuangan orang Melayu menentang MU.ii. Sir Frederick Weld,R.O Winstedt dan Sir Cecil Clement Smith menetang melalui The times di London.

Gerakan anti penyerahan di Sarawak Faktor penyerahan Sarawak:i. Vyner didesak oleh Kerajaan British uentuk menyerahkan Sarawak, ini kerana Bristish berpendapat kepentingan politik dan ekonomi British dalam pelaburan akan terjaminii. Tidak mencukupi kewangan yang cukup untuk membangun, Vyner berpendapat Sarawak akan menbangun lebih pesat jika diserahkan kepada kerajaan British.iii. Faktor usia juga tidak mengizinkan beliau memerintah Sarawak, dan tiada waris untuk diserahkan dan enggan memberikan kepada Anthony Brooke.

Perjuangan Gerakan Ani-Penyerahan Sarawak

i. Dipimpin oleh Datu Patinggi Abang Haji Abdillah yang mendapat sokongan daripada guru dan kakitangan kerajaan.ii. Mereka ingin menuntut kemerdekaan semasa pemerintahan keluarga Brooke.iii. Mengutuskan surat bantahan dan telegram kpd British.iv. Persatuan Dayak Sarawak mengadakan tunjuk perasaan untuk memulaukan upacara perlantikan Gabenor British Sarawak yang pertama iaitu, Sir Charles Arden Clarke di Kuching.v. Kerajaan British mengeluarkan surat pekeliling bil.9 pada disember 1946 memberi amaran supaya taat setia kepada British dan tidak terlibat dalam Gerakan antipenyerahan.vi. Melancarkan kempen memburukan imej dan nama pejuang antipemisahan.vii. Degan pembunuhan Gabenor British Tiga Belas pada 3 Disember 1949 di Sibu.viii. Seramai 15 ahli ukun Tiga Belas telah dipenjara dan Brtish mengharamkan Persatuan Kebangsaan Melayu Sarawak.

Faktor-faktor kegagalan Gerakan Anti-Penyerahan Sarawak

Tiada pemimpin yang berwibawai. Pemimpin utama Gerakan Antipenyerahan ialah Datu Patinggi Abang Haji Abdillah. Selepas kematiannya tiada lagi pemimpin yang berwibawa untuk memimpin Gerakan Antipenyerahan. Tambahan pula pemimpin Persatuan Belia Melayu (YMA) iaitu Datu Pahlawan Abang Haji Mustapha yang diianggap seorang pemimpin berwibawa telah menyokong penyerahan Sarawak kepada British

ii. Tindakan-tindakan yang diambil oleh British untuk menghapuskan penentangan ternyata berjaya melemah dan seterusnya mengagalkan Gerakan Antipenyerahan Sarawak. Tindakan-tindakan tersebut termasuklah mengeluarkan Pekeliling No. 9, menjalankan kempen memburuk-burukkan imej kumpulan penentang dan melaga-lagakan orang Melayu dangan orang Dayak. Selepas pembunuhan Duncan Stewart, British telah mengambil tindakan yang lebih tegas termasuklah menjatuhkan hukurnan gantung terhadap 4 orang yang terlibat dalam pembunuhan tersebut. Manakala 15 ahli Rukun 13 lelah dihukum penjara dan Persatuan Kabangsaan Melayu Sarawak telah diharamkan

Perseketuan Tanah Melayui. Akibat tentangan drpd orang melayu, MUdibubarkan dan digantikan dengan PTM pada1 febuari 1948.ii. Pada 25 julai 1946,kerajaan british menubuhkan Jawatankuasa Kerja untuk merangka perlembagaanbaharu.iii. Ahli-ahli Jawatankuasa Kerja terdiri drpd 4 orang Sultan Melayu, 2 orang wakil UMNO dan6 orang wakil kerajaan british.

Faktor-faktor Pembentukan Persekutuan Tanah Melayu

Sokongan pegawai tinggi Britishi. Sokongan bekas pegawa tinggi British yang pernah berkhidmat di tanah melayu seperti Sir Malcolm Mac Donald, Sir EdwardGent membantu menggagalkan MU.

Perpaduan orang Melayu daripada semua golongani. Keupayaan orang melayu memujuk dan mendesak British untuk menghidupkan semula dasar perlindungan telah membantu mereka menolak MU. Sikap Politik orang melayu sederhanai. Penetangan orang melayu dengan M.U. tidak dengan cara kekerasan sepeti mengankat senjata seperti yang dibuat oleh Komunis Malaya PKM.

Langkah-langkah Pembentukan Perssekutuan Tanah Melayu 1948

i. PTM terdiri dr 9 buah negeri Melayu dan 2 buah negeri Selat.ii. Diketuai oleh Majlis Mesyuarat Kerja Dewan Undangan Persekutuan.iii. Majlis Perundangan pula bertangungjawab dalam menggubal undang-undang.iv. Kedaulatan dan kuasa sultan dipelihara.Sultan memerintah dgn bantuan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri dan Majlis UndanganNegeri yang mempunyai kuasa menggubal undang-undang.v. Orang Melayu diberi hak istimewa sebagai kaum bmiputera.vi. Pemberiankerakyatan mengikut prinsip jus solidihapuskan dan syarat memohon kerakyatan diperketatkan. Reaksi terhadap penubuhan PTM 1948 All Malayan Council of Joint Action (AMCJA)i. Pada Disember 1945 golongan profesional Cina telah menubuhkan Malayan Democratic Union (MDU) tidak bersetuju dengan kandungan Perlembagaan 1948 kerana dianggap tidak demokratik dan Singapura sepatutnya dimasukkan dalam PTM.ii. MDU telah bersatu dengan pertubuhan-pertubuhan bukan Melayu sepertiMalayan Indian Congres,The Malayan Democratic League, Persekutuan Kesatuan Buruh Seluruh Tanah Melayu,Malayan Peoples Anti Japanese ArmydanEx-Servise Comrades Associationmembentuk AMCJA. Tan Cheng dilantik menjadi Presiden.iii. AMCJA telah mengemukakan draf perlembagaan mereka sendiri dan menuntut supaya perlembagaan PTM 1948 yang dipersetujui antara kerajaan British, Raja-raja Melayu, dan UMNO dibatalkan. Tuntutan AMCJA tidak dapat diterima oleh pentadbiran British di Tanah Melayu kerana terlalu radikal.

Pusat Tenaga Rakyat (PUTERA)i. PUTERA merupakan pertubuhan politik Melayu berhaluan kiri tidak bersetuju dengan perlembagaan PTM 1948.

ii. Pertubuhan Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) yang diketuai oleh Dr. Burhanuddin al-Helmy telah keluar dari UMNO dan bergabung dengan Angkatan Wanita Sedar (AWAS), Angkatan Pemuda Insaf (API), Kesatuan Tani, Gerakan Rakyat Melayu (GERAM) dan 80 buah kesatuan kecil yang lain membentuk PUSAT TENAGA RAKYAT pada Februari 1947.

Tentangan AMCJA-PUTERAi. Pakatan AMCJA-PUTERA menentang PTM yang dirangka kerana tidak mewakili seluruh rakyat di Tanah Melayu. Pakatan iini tidak bersetuju kerana British secara sulit telah mengadakan rundingan dengan Lembaga 12.ii. Pakatan ini juga telah menggubal perlembagaan baru yang dianggap mewakili rakyat Tanah Melayu dikenali sebagai Perlembagaan Rakyat.iii. Sikap toleransi antara kaum Melayu dan bukan Melayu direalisasikan dalam pakatan AMCJA-PUTERA. Perlembagaan Rakyat tidak diterima oleh pentadbiran British di Tanah Melayu kerana dianggap radikal.iv. Pakatan AMCJA-PUTERA telah melancarkan hartal di seluruh Tanah Melayu pada 20 Oktober 1947 tetapi gagal mencapai matlamat kerana tidak mendapat sambutan daripada rakyat. Perlembagaan di Sabah dan Sarawak Perlembagaan di Sabahi. Sabah atau Borneo Utara di bawah pentadbiran Syarikat Borneo Utara Britishii. Ditadbir oleh SBBU sejak tahun1881,tanpa perlembagaanyang khusus kerana tidak mahu memberi peluang kepadaiii. anak negeri terlibat dalam pemerintahan.Tahun 1912,Majlis Perundangan ditubuhkan-7 orang ahlirasmi,4 orang ahli tidak rasmi dan tidak ada wakil anak negeri.iv. Tahun 1946 ,sabah dibahagikan 4 kawasan yg dinamakan Risidensi.Risidensi diketuai olehseorang residen-daerah diketuai oleh Pegawai Daerah-dibantu oleh PenolongPegawai Daerah Tahun 1950, menggubal perlembagaan baharu iaitu Kerajaan Negeri-diketuai Gabenor & dibantu oleh Majlis Kerja & Majlis Undangan Negeri.

Perkembangan perlembagaan di Sabah Tahun 1950(perlembagaan baharu)i. Perlembagaan baharu bagi sabah pada 17 oktober 1950 merupakan langkah awal berkerajaan sendiri.ii. Majlis undangan terdiri daripada 22 orang ahli yang dilantik oleh gabenor.iii. Melalui Majlis Undangan , bumiputera sabah berpeluang mendapat latihan dan pengalaman dalam urusan pentadbiran negeri. Tahun 1952(Majlis Tempatan)i. Menjadi jambatan kerajaan peringkat daerah atau Bandar.ii. Menjadi asas kepada pemilihan perwakilan untuk pentadbiran secara demokrasi Tahun 1960(Pindaan Perlembagaan)i. Meminda perlembagaan 1950 dengan menambahkan jumlah bilangan pemimpin kaum bumiputera sebagai ahli tidak rasmi dalam Majlis Undangan.

Perlembagaan di Sarawak

i. British menguatkuasakan perlembagaan sarawak 1941-menubuhkandua buah badanpemerintahan.ii. Badan Eksekutif(Majlis Tertinggi) dan BadanPerundangan(MajlisNegeri) Sistem pentadbiran disusun semula denganpenubuhan5 bahagian.iii. Setiap bahagian diletakkan di bawah setiap pusat dandiketuai olehseorang residen-dibahagi kepada beberapa daerah yang diketuai oleh pegawai daerah-daerah yang lebih kecil diketuai oleh Penolong Pegawai Daerah.iv. Tahun1948,Pihak Berkuasa Tempatan pertama ditubuhkan di Limbang.1957,hampir seluruhsarawakditadbir dibawah kerajaan tempatan.v. Tahun 1959, pilihan raya pertama diadakan untuk memilih ahli-ahli Majlis Daerah

Perkembangan Perlembagaan di Sarawak Tahun 1946i. Kerajaan british menggunakan perlembagaan 1941 sebagai asas pentadbiran di Sarawak terdapat Majlis Negeri dan Majlis Tertingi.ii. Fungsi majlis negeri. Berkuasa meluluskan perbelanjaan Sarawak. Terdiri dapd 14 orang ahli rasmi(pegawai perkhidmatan awam Sarawak) dan 11 ornag ahli tidak rasmi(meewakili pelbagai masyarakat Sarawak)iii. Majlis tertinggi. Terdiri daripada 5 orang ahli unutk berunding denga gabenor berkaitan pentadbiran dan pegawai perkhidmatan awan dan ahli majlis negeri. Tahun 1947i. Majlis Tempatan ditubuhkan pada akhir 1947 berfungsi ebagai menguruskan pendidikan rendah, mengawal perbelanjaan di kawasannya dan mengutip cukai kepala. Tahun 1956i. Diadakan di majlis bandaran kuching.ii. Beberapa buah parit ditubuhkan iaitu, SUPP,PANAS, dan SNAP

Parti komunis Malaya Pengenalani. Parti Komunis Malaya (PKM) telah ditubuhkan di Kuala Pilah, Negeri Sembilan pada tahun 1930.ii. Tujuan penubuhan PKM ialah membentuk sebuah Republik Komunis Malaya.iii. Ramai kader yang dilantik oleh PKM menyusup masuk ke dalam kesatuan-kesatuan sekerja.iv. Komunis juga cuba bertapak di Sarawak tetapi gagal.v. Menjelang tahun 1953, PKM menjadi semakin kuat dan PKM telah melancarkan mogok dan sabotaj bertujuan untuk melumpuhkan ekonomi British di Tanah Melayu.vi. Pemogokan yang paling hebat ialah di lombong arang batu di Batu Arang, Selangor. Sebanyak 6000 orang buruh telah melancarkan mogok dan mengambil alih lombong tersebut.vii. Kerajaan British telah menghantar 300 orang anggota polis untuk mematahkan pemogok tersebut dan ramai pemimpinnya dihantar pulang ke China.

PKM semasa pendudukan Jepuni. Pada 8 Disember 1941, jepun menyerang Tanah Melayu.ii. PKM telah melancarkan kerjasama dengan British untuk menentang Jepun.iii. Anggota-anggota PKM telah dilatih di Sekolah Latihan Khas 101 di Singapura dalam taktik perang gerila.iv. Sekolah ini menjadi teras kepada pasukan gerila bagi menentang tentera Jepun di tanah Melayu.v. PKM kemudian membentuk Tentera Anti-Jepun Rakyat Tanah Melayu (MPAJA).vi. British telah membekalkan senjata kepada pasukan tersebut mealui Force 136.vii. British telah membubarkan MPAJA apabila Jepun menyerah kalah. MPAJA diminta menyerahkan semula senjata mereka kepada pihak Pentadbiran Tentera British (BMA)viii. PKM bersetuju untuk membubarkan MPAJA, tetapi mereka tidak menyerahkan semua senjata, sebaliknya telah menyembunyikan sebahagian senjata di dalam hutan.ix. Seramai 6800 anggota PKM telah menyerahkan senjata mereka dan setiap anggota dibayar sebanyak $350 beserta satu beg beras daripada British.x. Keganasan Komunis di negara kita bermula pada tahun 1948, apabila Jawatankuasa Pemuda Komunis Antarabangsa bermesyuarat di Calcutta, India yang mengambil keputusan untuk melancarkan pemberontakan di Rantau Asia Tenggara.xi. Hasil daripada mesyuarat tersebut, PKM dipertanggungjawabkan untuk menubuhkan unit gerila yang dikenali Malayan Race Liberarion Army (MRLA). Langkah-langkah mengatasi ancaman parti komunsi Malaya Pengharaman parti Komunis Malaya (PKM) dan Parti Berhaluan1. Parti Komunis Malaya (PKM) ialah parti yang diharamkan oleh kerajaan.2. Selain PKM, kerajaan British juga mengambil kesempatan mengharamkan parti-parti politik berhaluan kiri seperti : (a) Angkatan Wanita Sedar (AWAS) (b) Ikatan Pemuda di Tanah Air Melayu (PETA) (c) Pemuda Radikal Melayu (PERAM) (d) Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) (e) Hizbul Muslimin3.Antara pemimpin-pemimpin politik berhaluan kiri ini ialah Shamsiah Fakeh, Ahmad Boestamam, Burhanuddin al-Helmy dan Ghulam Othman.

Rancangan Briggs1. Pada tahun 1950, Sir Henry Gurney telah melancarkan Rancangan Briggs.2. Leftenan Jeneral Sir Harold Rowdon Briggs telah dilantik menjadi Pengarah Operasi rancangan tersebut.3. Tujuan rancangan ini ialah untuk menempatkan semula penduduk di kawasan pinggir hutan ke kawasan petempatan baharu.4. Kawasan petempatan ini dikenali sebagai Kampung Baru.5. Rancangan Briggs ini bertujuan untuk menyekat bekalan makanan, wang, maklumat dan ubatan daripada sampai ke tangan pihak komunis.Dengan cara ini, gerakan Min Yuen dapat dilumpuhkan. Seramai 400 000 orang setinggan Cina telah dipindahkan ke 400 buah kawasan Kampung Baru di seluruh Tanah Melayu melalui rancangan ini. 6. Kampung Baru ini dilengkapi dengan kemudahan asas seperti tempat tinggal, sekolah,kemudahan kesihatan, bekalan elektrik dan air.7. Kawalan ketat dikenakan ke atas kampung baru seperti dipagar dengan kawat berduri dan dijaga oleh Special Constable ( SC ).\

Perang Saraf1. Perang saraf adalah suatu kempen 'memenangi hati dan fikiran rakyat' yang dilaksanakan oleh pentadbiran British untuk membasmi pengganas komunis.2. Kempen ini lebih memberi perhatian kepada aspek psikologi untuk mendapat kerjasama rakyat supaya menyokong kerajaan membanteras pengganas komunis.3. Perang Saraf berjaya memujuk rakyat negara ini yang berbilang kaum supaya bersatu serta menghapuskan perasaan perkauman.4. Sir Gerald Templer telah dilantik menjadi Pesuruhjaya Tinggi Melayu dan Pengarah Gerakan bagi menggantikan Sir Henry Gurney.5. Sir Gerald Templer berpendapat penggunaan kekerasan dan senjata semata-mata tidak akan berjaya menghapuskan komunis.6. Beliau menumpukan usaha yang lebih bagi memenangi hati dan fikiran rakyat supaya bersama-sama membantu kerajaan menghapuskan komunis.7. Beliau sendiri telah turun padang serta melawat kawasan yang terkenal dengan kegiatan pengganas komunis.

Pertemuan BalingI. 1. Dalam Pilihan Raya Majlis Perundangan Persekutuan 1955 yang diadakan di Tanah Melayu.2. Tunku Abdul Rahman berjanji yang beliau akan membuat rundingan dengan pihak komunis jika beliau diberi mandat.3. Parti Perikatan berjanji mendapatkan kemerdekaan Tanah Melayu sebelum darurat tamat. 4. Chin Peng sendiri telah menulis sepucuk surat kepada Tunku Abdul Rahman untuk mengadakan perjumpaan.5. Perjumpaan akhirnya berjaya diadakan pada 28 dan 29 Disember 1955. Tunku Abdul Rahman menawarkan pengampunan sekiranya mereka bersetuju meletakkan senjata tanpa syarat.7. Chin Peng pula mengenakan syarat, iaitu PKM hanya akan meletakkan senjata dan menyerah diri sekiranya kerajaan bersetuju mengakui PKM sebagai sebuah parti politik yang sah.8. Pertemuan Baling 1955 gagal kerana Tunku Abdul Rahman enggan bertolak ansur dengan syarat yang dikemukan oleh Chin Peng. 10. Walau bagaimanapun, Tunku bersedia berunding dengan PKM pada bila-bila masa jika PKM bersedia berubah fikiran. 11. Tanah Melayu mencapai kemerdekaan sebelum Undang-undang Darurat ditamatkan.12. Setelah mencapai kemerdekaan, pengaruh komunis semakin merosot dan ini membolehkan kerajaan mengisytiharkan tamatnya darurat pada 31 Julai 1966.