susun galur perang 30 tahun dan implikasinya ke atas eropah

62
1.0 PENGENALAN Eropah pada abad pertengahan sering dilanda dengan pelbagai peperangan. Antara perang yang memberi kesan yang mendalam terhadap negara Eropah sekarang adalah Perang Tiga Puluh Tahun. Dalam peperangan ini, ia berlangsung lebih kurang 30 tahun (1618-1648) khususnya diwilayah yang sekarang menjadi negara Jerman dan melibatkan sebahagian besar kekuatan- kekuatan disekitar kawasan tersebut. Perang 30 tahun ini berlaku di Empayar Rom Suci yang disebabkan perbezaan agama, timbul pelbagai konflik dan kepercayaan agama terutamanya Lutheran di Denmark dan Sweeden. 1 Ada beberapa sebab mengapa perang ini terjadi, mesti pun nampak seperti peperangan antara agama Katolik dan Protestan, namun ia juga berkaitan persaingan antara dinasti Hapsburgs, kekuatan tentera, dan politik. 2 Peperangan ini disebabkan pertentangan antara Kaum Protestan dan Kaum Katolik dimulai oleh reformasi Protestan dan kontra kepadanya ialah reformasi Katolik 3 dan berlaku di antara pihak House Austria : Hapsburgs Holy Roman Empayar iaitu di pihak Ferdinand II dan Ferdinand III dan bersama sepupunya dari Sepanyol iaitu Philip IV. 4 Keadaan ini telah menimbulkan ketegangan antara Protestant dan penganut Rom 1 Donald Kagan, Steven Ozment, Frank M. Turner, The Western Herritage Volume B : 1300-1815, Prentice Hall, Upper Saddle River, New Jersey : 1998, hlm, 438. 2 Graham Darby, Annual Edition Western Civilization Volume 2-Early Modern Through the 20th Century, “ The 30 Years’ War” James Madison University, 2006, hlm 8. 3 McKay Hill Buckler, A History of Western Society, Houghton Mifflin Company, New York : 2003 hlm, 489. 4 R.S Chaurasia, Volume 1 History of Europe 1453-1648 (Radhey Shyam Chaurasia) , New Delhi : Atlantic Publisher & Distributors, 2002, hlm, 207.

Upload: miss-iera

Post on 10-Jun-2015

1.284 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Susun Galur Perang 30 Tahun Dan Implikasinya Ke Atas Eropah

1.0 PENGENALAN

Eropah pada abad pertengahan sering dilanda dengan pelbagai peperangan. Antara

perang yang memberi kesan yang mendalam terhadap negara Eropah sekarang adalah

Perang Tiga Puluh Tahun. Dalam peperangan ini, ia berlangsung lebih kurang 30 tahun

(1618-1648) khususnya diwilayah yang sekarang menjadi negara Jerman dan melibatkan

sebahagian besar kekuatan-kekuatan disekitar kawasan tersebut. Perang 30 tahun ini

berlaku di Empayar Rom Suci yang disebabkan perbezaan agama, timbul pelbagai

konflik dan kepercayaan agama terutamanya Lutheran di Denmark dan Sweeden.1 Ada

beberapa sebab mengapa perang ini terjadi, mesti pun nampak seperti peperangan antara

agama Katolik dan Protestan, namun ia juga berkaitan persaingan antara dinasti

Hapsburgs, kekuatan tentera, dan politik.2 Peperangan ini disebabkan pertentangan antara

Kaum Protestan dan Kaum Katolik dimulai oleh reformasi Protestan dan kontra

kepadanya ialah reformasi Katolik3 dan berlaku di antara pihak House Austria :

Hapsburgs Holy Roman Empayar iaitu di pihak Ferdinand II dan Ferdinand III dan

bersama sepupunya dari Sepanyol iaitu Philip IV.4 Keadaan ini telah menimbulkan

ketegangan antara Protestant dan penganut Rom Katolik dan seterusnya berlaku

peperangan yang dahsyat iaitu Perang Tiga Puluh Tahun. Peperangan Tiga Puluh Tahun

ini telah memutuskan banyak perkara dan merupakan sejarah penting bagi negara-negara

Eropah, menurut Hayes :

“The signal for the outbreak of hostilities in the Holy Roman empire was a rebellion against the Austrian Hapsburg in their own Kingdom of Bohemia, which proved disastrous. Thirty Years War was a terrible religious won between the followers of Christian religion.”5

2.0 FAKTOR-FAKTOR PENDORONG PEPERANGAN TIGA PULUH TAHUN

2.1 Reformasi Agama Kristian Katolik dan Protestant

Peperangan ini bermula pada 1618-1648 yang mengandungi empat fasa serta mengalami

tempoh masa selama 30 tahun, iaitu bermula pemberontakan Bohemia Palatine (1618-

1 Donald Kagan, Steven Ozment, Frank M. Turner, The Western Herritage Volume B : 1300-1815, Prentice Hall, Upper Saddle River, New Jersey : 1998, hlm, 438.2 Graham Darby, Annual Edition Western Civilization Volume 2-Early Modern Through the 20th Century, “ The 30 Years’ War” James Madison University, 2006, hlm 8.3 McKay Hill Buckler, A History of Western Society, Houghton Mifflin Company, New York : 2003 hlm, 489.4 R.S Chaurasia, Volume 1 History of Europe 1453-1648 (Radhey Shyam Chaurasia), New Delhi : Atlantic Publisher & Distributors, 2002, hlm, 207.5 Ibid, hlm, 207.

Page 2: Susun Galur Perang 30 Tahun Dan Implikasinya Ke Atas Eropah

1648), Campurtangan Denmark (1624 1626), Campurtangan Sweden (1630 1635), dan

berakhir dengan Campurtangan Perancis-Swedish (1635 1648).6 Namun begitu agama

Protestant telah berkembang di Austria, Hungary, dan Bohemia yang mewakili cabaran

politik kepada kedaulatan Hapsburg. Walaubagaimanapun, terdapat reaksi Katolik di

Bohemia, di mana Katolik ingin menjatuhkan gereja Protestant, pemilihan Jesus,

perletakan jawatan Ferdinand sebagai Raja Styria dan pengharaman Protestant di pejabat

sivil yang menyebabkan perang ini berlaku. Sikap permusuhan antara ajaran Katolik dan

Protestant menyebabkan pertikaian agama dan akhirnya menjurus kepada permasalahan

politik dalam negeri berkenaan, misalnya John George adalah penganut Protestant tidak

suka akan penentangan, sebaliknya Lutheran ajaran Martin Luther suka kepada

pemberontakan, hal ini dapat dilihat apabila dia menyokong Frederick Palatine yang suka

akan pemberontakan sebagai ketua Calvinism mereka, beliau menghadapi saingan

daripada John George dan akhirnya John George menjadi raja di Jerman, daripada contoh

ini kita dapat melihat peperangan ini bukan sesuatu peperangan yang mudah untuk

mengurangkan perselisihan antara negara yang terlibat.7

Keluarga Hapsburg Austria adalah pemerintah seluruh Austria, negeri-negeri

Bohemia dan Hungary, dan empayar Rom Suci. Selepas kematian Ferdinand 1 pada

tahun 1564, anaknya Maximilian II, memerintah daerah itu dan diikuti anak Maximilian

II (bapa saudara Philip III Sepanyol) iaitu Rudolf II (1576-1612), dan Matthias (1612-

1619), semasa pemerintahan mereka, Jerman berada dalam keadaan lemah dan

berlakunya perkembangan agama, ekonomi dan politik yang akhirnya mengakibatkan

perang saudara dan campur tangan kuasa asing.8

Menurut Southgate :6 R.P Palmer, A History of The Modern World, Princeton University and Joel Colton Duke University, Alfred A. Knopf , New York : 1965, hlm, 123.7 Graham Darby, Annual Edition Western Civilization Volume 2-Early Modern Through the 20th Century, “ The 30 Years’ War” James Madison University, 2006, hlm, 78 Pertikaian agama ini berlaku dalam keluarga Habsburgs Austria adalah pemerintah seluruh negara Austria, negeri-negeri Bohemia dan Hungary serta Empayar Rom Suci. Selepas kematian Ferdinand I dalam tahun 1564, anaknya, Maximilian II, memerintah daerah-daerah itu dan mendapat segala kebesarannya. Pertikaian agama ini disebabkan kedua-dua pemimpin mereka terlalu fanatik terhadap mazhab masing-masing dan tidak mungkin mereka ini akan berbaik semula. Oleh itu, tidak memeranjatkan apabila terdapat perbezaan antara mereka dan seterusnya meletus peperangan ini. Rujuk buku Carlton J.H. Hayes, Eropah Moden Sehingga 1870, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur : 1971, hlm, 232-233.

Page 3: Susun Galur Perang 30 Tahun Dan Implikasinya Ke Atas Eropah

“The history of Europe in the first half of 17th century is mainly concerned with Thirty Years War.”9

Kesan permusuhan ini telah mengakibatkan Fredinand II membuat peraturan dan

teori ke atas negeri-negeri Jerman, Raja Empayar Rom Suci, Jerman, Austria, negeri-

negeri ini telah menikmati satu tempoh keamanan ketika itu Perancis berada dalam

pergelutan peperangan yang menyebabkan Sepanyol tidak berjaya untuk menindas

pemberontakan di Neartherland. Semasa proses keamanan berlangsung, ia bergantung

kepada polisi toleransi yang dilaksanakan oleh Charles V( empayar Rom Suci), di mana

Austrian Hapsburg di bawah kuasa Arch Duke Of Austria, iaitu kerajaan Hungary dan

Bohemia dan Rom Suci. Namun begitu, disebabkan Ferdinand I dan Maximilian II yang

mengamalkan dasar liberal telah menyedarkan rejim mereka akan dasar toleransi.10Oleh

itu, Katolik memutuskan pertikaian Protestant, hal ini kerana Danauworth merupakan

bandar bebas yang majoriti penduduknya penganut Protestant, sementara itu, penganut

Katolik pula ramai di Bavaria. Sehubungan itu, hubungan antara penganut Protestant

dengan Katolik bagaikan pisau belati yang boleh menguris antara satu sama lain.11

2.2 Kelemahan Perdamaian Augusburg 1555

Di Jerman, Martin Luther memprotes terhadap pengikut Pope iaitu supaya agama

Protestant dimajukan. Di Jerman ajaran Protestant Calvinism bersifat agresif dalam

menyebarkan ajarannya. Hal ini kerana, pengganti maharaja Charles V, Ferdinand 1 dan

Marximilian II tidak bertindak tegas terhadap isu-isu agama yang melanda di negeri-

negeri Jerman. Kesannya dapat dilihat apabila terdapat satu dasar liberal dan toleransi

yang telah mengizinkan kepelbagaian fahaman Kristian kepada rakyat Jerman. Oleh itu,

9 R.S Chaurasia, Volume 1 History of Europe 1453-1648 (Radhey Shyam Chaurasia), New Delhi : Atlantic Publisher & Distributors, 2002,hlm, 207.10 Sepanjang rejim ini berjalan, Calvinism telah memberi kemajuan yang sebenar kepada Jerman iaitu kemajuan yang meliputi aktiviti-aktiviti yang dijalankan oleh Jesus dengan mewujudkan Katolik. Di samping itu, Rudolf III telah menyokong aktiviti gereja iaitu dengan memulakan dasar yang lebih keras untuk memulihkan Protestant. Dasar yang dilaksanakan oleh Redolf III telah menimbulkan perasaan cemburu kepada Lutheran dan Calvinism serta membangkitkan perasaan kepada penganut gereja Rom Katolik seterusnya menghalang kemajuan yang dicapai oleh Protestant. Hal ini kerana, mereka bernaung di bawah Diet Jerman dan imperial Chamber. Sila rujuk buku Carlton J.H. Hayes , Eropah Moden Sehingga 1870, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur : 1971, hlm, 263.11 Penganut Protestant membantah keras perampasan Danauworth tetapi tidak diendahkan oleh empayar, akhirnya mereka tidak berupaya, justeru itu, Protestant masuk Union untuk mendapatkan perlindungan pada 1608 denga Fredric sebagai ketua mereka. Sebagai tindak balas kepada Protestant Unity, Katolik Leagua, Maximilian Bavaria sebagai pemimpin mereka. Menurit Hayes “Religion coupled with economic greed and political ambition, was obviously dividing Germany inti two war-like camps and threatening the Holy Roman Empire with a dreadful civil war”.

Page 4: Susun Galur Perang 30 Tahun Dan Implikasinya Ke Atas Eropah

terdapat pelbagai percubaan yang dilakukan untuk menyelesaikan masalah fahaman

agama misalnya melalui Perdamaian Augusburg 1555.

Perdamaian Augusburg 1555 yang diharapkan dapat memulihkan keadaan di

Jerman, menemui kegagalan, pertamanya syarat yang melarang menduniakan harta

Kegerejaan (“hak kegerejaan”), tetapi larangan tersebut tidak dipatuhi, hal ini kerana

putera raja Protestant merampas harta orang-orang Katolik. Sementara itu golongan

paderi gereja Katolik memeluk agama Protestant telah menjadikan tanah gereja sebagai

hak milik mereka. Syarat kedua dalam perjanjian ini hanya mengiktirafkan agama katolik

dan Protestant sahaja, sementara itu mazhab Calvinism tidak diiktiraf, namun, mazhab

Calvinism ini telah menjadi terkenal di Jerman Selatan dan di tengah Bohemia dan

mereka ingin menuntut hak yang sama seperti ajaran agama Kristian yang lain.12 Melalui

Perdamaian Augusburgs ketidakadilan raja terhadap agama merupakan fokus utama.

Selepas abad ke 16, ajaran Katolik berkembang disebabkan peranan yang dimainkan oleh

Luther.13 Perselisihan ajaran Kristian berlaku antara Lutheranism dan Calvinism, jadi

Calvin tidak menghiraukan pertukaran putera raja. Luther takut ajaran dan prinsip-prinsip

Augusburgs akan menjejaskan ajaran Katolik, keadaan ini juga menyebabkan putera

menjadi penganut ajaran Roman, penganut ajaran Luther menubuhkan Protestan Union

(1608) dan penganut Roman Katolik menubuhkan League (1609).14

2.3 Peranan yang dimainkan oleh Jesus

Calvinism telah mengukuhkan kuasa dengan agresif sekali, pertembungan dengan ajaran

Lutheran dan Katolik telah berlakunya ketegangan agama di antara mereka. Dalam

perjanjian Augusburg ini, satu kesatuan putera-putera raja Jerman yang beragama

Protestant telah ditubuhkan pada 1608 di pimpin oleh Frederick (Elector Palatine). 15

12 Carlton J.H. Hayes, Eropah Moden Sehingga 1870, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur : 1971, hlm, 265.13 Schmalkaldic Wars dan Peace Augsburg 1540s terus 1555 tercipta beberapa isu untuk Charles V Hapsburg Austria. Perbahasan negeri-negeri lebih jika Jerman boleh menerima tidak ada terjawab, sebagai Peace Augsburg menyara putera-putera negeri-negeri untuk menerima sama ada Katolikisme atau ajaran Luther, tetapi bukan Calvinisme. Isu kuasa dan kedaulatan putera raja Jerman adalah juga ditahan, sebagai putera-putera lebih kuasa yang semakin terhasrat. Akhirnya, putera-putera pernah menjadi merampas Church mendapatkan, menimbulkan kemarahan Charles V. Rujuk buku, Alex Botero-Lowry, A Survey of Modern European History : From Joan Of Arc To Tony Blair, From wikibooks, the open content textbooks, http://en.wikibooks.org/wiki/European.History May 14, 2006, hlm 38.14McKay Hill Buckler, A History of Western Society, Houghton Mifflin Company, New York : 2003 hlm, 449.15Begitu juga penganut agama Katolik, mereka juga bersemangat untuk memajukan agama Katolik mereka pada separuh abad keenam belas. Tujuan mereka adalah untuk mendapatkan semula tanah-tanah kerajaan

Page 5: Susun Galur Perang 30 Tahun Dan Implikasinya Ke Atas Eropah

Dalam tahun 1609, satu perikatan putera-putera raja katolik dibentuk di bawah

Duke Maximilian Bavaria yang berkebolehan. Misi utama mereka adalah dalam aspek

agama, ekonomi dan politik, keadaan ini disebabkan ingin membahagikan Jerman kepada

dua pakatan iaitu pakatan perang dan mengancam Empayar Rom Suci dengan satu perang

saudara. Perikatan Katolik menyokong Maharaja Hapsburg untuk menentang kesatuan

Protestant, namun begitu keinginan putera raja katolik tidak berminat untuk

mengorbankan diri mereka dalam memperkukuhkan kekuasaan maharaja Protestant.

2.4 Polisi Empayar Ferdinand

Menurut Hayes :” Affairs in Germany from beginnig of 17th century pointed out likelihood of the recourse to war as a means of setting the religious problem”16

Satu pemberontakan Bohemia telah berlaku terhadap orang Hapsburg. Dalam

pemberontakan ini, perusuh yang marah telah melontarkan pegawai-pegawai diraja

keluar tingkap istana dan menawarkan Frederick sebagai ‘Elector Palatine’. Keadaan ini

merupakan cabaran kepada maharaja Ferdinand II dan tercetusnya perang tiga puluh

tahun.17 Justeru itu, beliau diturunkan takhta Hapsburg dan Fredrick dilantik sebagai

maharaja Bohemia dan dikenali Calvinistis Elector Palatine serta diterima di Prague.

Sementara itu, Ferdinand II mengambil langkah yang giat untuk menyingkirkan

Frederick dari Bohemia. Dia berpakat dengan Philip III (sepupunya berbangsa Sepanyol),

untuk menyerang Palatine dengan pasukan tentera Sepanyol. Ferdinand II ingin

mengukuhkan kedudukannya di Jerman dan membawa keseluruhan Jerman di bawah

peraturannya dan mahu satu integriti politik serta perpaduan Jerman di bawah

pemerintahannya nanti.18 Keadaan ini berpunca daripada pegangan agama dan dasar

yang hilang diambil oleh paderi gereja Katolik. Oleh itu, kedua-dua pihak mempunyai perancangan mereka sendiri untuk berperang.

16 R.S Chaurasia, Volume 1 History of Europe 1453-1648 (Radhey Shyam Chaurasia), New Delhi : Atlantic Publisher & Distributors, 2002, hlm, 208.17 Perang adalah pada asasnya satu pergaduhan antara dua kuasa untuk menentukan yang akan menjadi kuasa utama di Eropah seperti Richelieu penganut Gereja Katolik Rom, digambarkan sebagai ahli politik, kerana dia meletakkan kepentingan-kepentingan dalam Negara berbanding agamanya. Richelieu secara terbuka dibiayai oleh kumpulan-kumpulan Protestan dan dia menang dalam memerangi Austria. Rujuk buku, Alex Botero-Lowry, A Survey of Modern European History : From Joan Of Arc To Tony Blair, From wikibooks, the open content textbooks, http://en.wikibooks.org/wiki/European.History May 14, 2006, hlm 37.18 Perbezaan keagamaan yang konflik menyebabkan Ferdinand menggunakan orang yang kuat dalam Kerajaan Empayar Rom, tetapi bukan mudah untuk mengatasi masalah konflik agama yang melanda Jerman, hal ini kerana di Jerman terdapat 350 buah negeri dan putera Raja Jerman dikehendaki

Page 6: Susun Galur Perang 30 Tahun Dan Implikasinya Ke Atas Eropah

Sepanyol, seterusnya situasi ini melenyapkan hampir semua mazhab Protestant dari

selatan dan timur Eropah dan menyekat kemajuan Eropah tengah, gugusan kuasa

Sepanyol-Hapsburg-Paus sehingga meninggalkan kesan ke atas peta keagamaan dan

kebudayaan masyarakat Eropah.19

3. 0 SUSUR GALUR PERANG 30 TAHUN

Sepanjang peperangan ini, Hapsburgs ditentang oleh pelbagai pihak antarabangsa seperti

Denmark, Belanda dan yang paling utama adalah dari Perancis dan Sweden. Selain itu,

perang 30 tahun ini adalah satu dimensi antarabangsa iaitu satu peperangan saudara di

Jerman. Semua negara yang terlibat mempunyai hubungan persaudaraan. Buktinya dapat

dilihat apabila Philip III dan Philip IV adalah keluarga Hapsburgs. Sebenarnya

perhubungan diantara keluarga Hapsburgs Sepanyol dan Austria begitu baik. Charles

Sepanyol dan Ferdinand Austria adalah adik beradik. Pengganti mereka Philip II dan

Maximilian adalah sepupu. Maximilian berkahwin dengan saudara perempuan Philip, dan

Philip pula berkahwin dengan anak perempuan Maximilian. Dengan demikian Philip III20

ialah cucu Maximilian II Austria dan juga putera Philip II Sepanyol, dan dia pula

berkahwin dengan anak saudara Maximilian. Adik perempuan Philip berkahwin dengan

Ferdinand III dan dia sendiri berkahwin dengan puteri Ferdinand. Justeru itu,

menyebabkan terjalinnya hubungan Philip IV dengan keluarga Haspburgs di Austria.21

memerdekakan mereka daripada kekuasaan empayar Hapsburg iaitu, Austrian-Hungary yang mendakwa dirinya sebagai maharaja emapayar Rom Suci, perjuangan beliau telah gagal dan merosot menjelang tahun 1648 hingga mnjadi Hausmacht, iaitu gabungan Austria keturunan Habsburg. Rujuk buku William H. Macneill, Kebangkitan Barat, Sejarah Masyarakat Manusia, Penterjemah Khidmat Terjemahan Nusantara Sdn. Bhd. Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur : 1994, hlm, 534-535.19 Putera raja menjadi kaya raya sepanjang revolusi Protestant dan mereka mendapat sepenuh kebebasan dalam mengawal negeri-negeri mereka. Kebanyakan putera raja ini beragama Protestant. Lantaran itu, putera-putera penganut Roman Katolik tidak menyukai motif-motif emperor perpaduan dan integriti yang menambahkan kekuasaan dan pengaruh Ferdinand II. Perkara ini telah menyebabkan mereka cemburu akan prestij dan kekuasaan emperor tersebut. Oleh itu, punca politik dan keagamaan telah menyebabkan perang tiga puluh tahun dan menolong Protestant terus hidup dalam peperangan kerana dibantu oleh penganut Roman Katolik Perancis yang disebabkan motif politik.20 Semasa Philip III, suasana politik antarbangsa kelihatan berpihak kepada kekuasaan Sepanyol. Di England kematian Ratu Elizabeth (1603) dan kenaikan James 1 telah menandakan satu perubahan yang jelas terhadap Sepanyol. 21 Perbezaan ketara dapat dilihat melalui cara kepimpinan Philip III dan Philip IV, Philip III seorang yang suka menangguhkan kerja dan malas berfikir, manakala Philip IV seorang penungang kuda yang handal, suka berburu dan penaung seni dan sastera. Kedua-dua raja ini menyerahkan hal pentadbiran negara kepada pembantu raja dan orang yang disukainya dan tidak bermaruah. Keadaan inilah yang menyebabkan Sepanyol menjadi lemah, Ibid., hlm, 262.

Page 7: Susun Galur Perang 30 Tahun Dan Implikasinya Ke Atas Eropah

Memandangkan kepada perhubungan keluarga yang rapat ini, maka sudah tentu

raja-raja Sepanyol menaruh minat kepada apa yang menimpa ke atas raja-raja Austria.

Dalam abad ke-17 satu peristiwa dahsyat telah berlaku. Ini menyebabkan keluarga

Haspburgs Sepanyol berusaha bersungguh-sungguh untuk faedah Austria dan keadaan

ini menyebabkan kekalahan Sepanyol22 dalam Perang Tiga Puluh Tahun (1618-1648).23

4.0 FASA-FASA PERANG TIGA PULUH TAHUN

Jika dikaji, banyak punca yang menyebabkan tercetusnya Perang Tiga Puluh Tahun.

faktor reformasi agama yang berlaku di Eropah adalah yang paling kuat. Hal ini dikaitkan

dengan reformasi ataupun dikenali sebagai gerakan agama yang membentuk suatu

revolusi intelek, sosial dan ekonomi. Pemimpin-pemimpin utamanya seperti Martin

Luther, John Calvin dan Henry III dari England yang sebenarnya tidaklah mahu

mengadakan revolusi seumpama ini, tetapi mereka hanya mahu gereja kembali kepada

amalan yang sebenar. Revolusi ini telah membahagikan dunia kristian kepada dua blok

iaitu katolik dan Protestant.24 Ringkasnya, antara faktor yang menyumbang kepada

perang ini ialah, faktor agama; Protestant melawan pembaharuan Roman Katolik,

toleransi majmuk melawan sebarang kepercayaan, Lutheranisme lawan Calvinism, serta

Kesatuan Protestant dan Liga Katolik. Faktor politik pula; pemusatan kuasa oleh kuasa

berautoriti dengan konsep feudalisme melawan kebangkitan prinsip bebas Jerman. Antara

kuasa yang terlibat ialah Pemerintahan Hapsburg (Austria) Katolik yang cuba kuasai

sebanyak mungkin Eropah, dibantu oleh putera Jerman Katolik dan Sepanyol. Mereka

melawan Hapsburg Protestant dan Jerman Protestant yang berpadu dengan kuasa-kuasa

luar iaitu Perancis, Sweeden, Denmark, Netherland, dan England yang cuba untuk

22 Kerajaan Sepanyol bukanlah kerajaan Kebangsaan yang mempunyai kerajaan pusat, misalnya, Philip III merupakan raja bagi beberapa buah negeri dan wilayah seperti Castile, Aragon, Portugal, Sicily, Naples, Milan, Sardinia, Belgium, Netherland, Mexico, Peru, Filipina, Hindia Barat. Carlton J.H. Hayes , Eropah Moden Sehingga 1870, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur : 1971, hlm, 262.23 Peperangan ini tamat dengan tercapainya Perjanjian Westphalia pada 24 Oktober 1648. perjanjian ini ditandatangani di Jerman antara Kerajaan Romawi Suci iaitu Ferdinand III, para paderi Jerman, perwakilan dari Belanda, Perancis dan Sweden. Sementara itu, Perjanjian Pyrenees ditandatangani pada 1659 dan mengakhiri perang antara Perancis dan Sepanyol. Perjanjian ini sering dianggap sebagai sebahagian perdamaian antara negara di Eropah Barat. Pendapat ini juga diakui oleh sejarawan Barat yang mengatakan melalui perjanjian ini bermulanya era moden bagi Eropah sehingga ke hari ini. Sila Rujuk buku, Carlton J.H. Hayes, Eropah Moden Sehingga 1870, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur : 1971, hlm, 262-263.24 Sila rujuk buku Sivachandralingam Sundara Raja, Sejarah Eropah, Kuala Lumpur: Utusan Publicator & Distributors Sdn. Bhd, 1995, hlm. 142-143.

Page 8: Susun Galur Perang 30 Tahun Dan Implikasinya Ke Atas Eropah

kuasai/ambil alih kekuasaan Hapsburg. Kedua-dua pihak bertelagah membawa

persengketaan ke medan perang. Perberontakan Bohemia menjadi titik permulaan kepada

konflik ini di mana rakyat telah memilih ketua Liga Katolik, Ferdinard II (1578-1637)

untuk menaiki tahta di Bohemia yang telah menyebabkan kemarahan penyokong

Protestant di Bohemia. Bermula dari perberontakan Bohemia, bermula Perang Tiga Puluh

Tahun yang menandakan detik hitam dalam sejarah Eropah di mana agama menjadi

pencetus kepada semua ini. Penglibatan kuasa-kuasa luar telah menukarkan perang ini

daripada bermotifkan kerana kepentingan agama kepada bermotifkan politik dan tujuan

ekonomi.25 Walau apapun, sebenarnya, Perang Tiga Puluh Tahun merupakan satu

peringkat perang sivil yang melibatkan isu agama iaitu Kristian Protestant-Katolik. Ia

juga merupakan Perang Sivil Jerman bagi melawan institusi pemerintahan, iaitu antara

keupayaan Empayar untuk membina pemusatan kuasa dan konflik dalaman oleh negara-

negara jajahan yang bertungkus-lumus mencapai kemerdekaan.26

4. 1 FASA PEPERANGAN PERANG TIGA PULUH TAHUN

4.1.1 Tempoh Bohemian-Palatine (1618-1623)

Sebenarnya konflik Perang Tiga Puluh Tahun bermula selepas berlakunya Perang

Petani 1520-1525. Perlagaan dan peperangan keagamaan di samping penyebaran

fahaman Protestan telah mendidihkan ketegangan sosial di mana perberontakan petani

dinyalakan dalam 1525, mengakibatkan huru-hara dan pertumpahan darah di seberang

Austria, Switzerland dan selatan Jerman. Pemilik tanah kaya adalah sasaran pemberontak

yang tertindas di mana para petani menuntut kesamaan sosial dan perkongsian kekayaan.

Askar-askar setia dengan keputusan putera raja yang menindas pemberontakan, dan para

25 Ibid, A History of The Modern World, hlm. 122-123.26 Terdapat empat fasa utama yang perlu dikaji apabila melihat Perang Tiga Puluh Tahun. Ia dimulai dengan tempoh Bohemian-Palatine yang menjadi titik tolak kepada tercetusnya Perang ini, seterusnya disertai dengan Tempoh Danish di mana pada masa ini, telah mendapat campur tangan daripada pihak luar iaitu Denmark. Seterusnya, fasa ketiga ialah dengan penyertaan Sweeden pada 1630-1635. Fasa yang terakhir ialah dengan penyertaan Perancis yang bergabung dengan Sweeden dalam Perang Perancis-Sweeden pada 1635-1648. kemuncak kepada peperangan ini ialah dengan tercetusnya Perjanjian Weshpalia pada 1648. Perang Tiga Puluh Tahun lebih berfokuskan kepada agama pada tiga fasa pertama kerana konflik dalaman dalam Bohemia (Jerman) sendiri, sebelum mendapat perhatian daripada negara lain seperti Denmark dan Sweeden. Namun, dengan penyertaan Perancis, fokus Perang ini telah terpesong membawa kepada bermotifkan politik dan ekonomi bagi menaikkan martabat negara yang terlibat. Contohnya, Perancis telah mengisytiharkan perang terhadap Austria dan Sepanyol kerana kepentingan politik dan ketenteraan. Ibid,, History of Europe 1453-1648: Volume I, hlm. 215.

Page 9: Susun Galur Perang 30 Tahun Dan Implikasinya Ke Atas Eropah

pemimpin telah dijatuhi hukuman. Martin Luther, pemula ketua Reformation, telah

menyokong pemberontak-pemberontak tersebut.27

Secara asasnya, peberontakan Bohemia ini dilakukan oleh golongan petani yang

menganuti Kristian Protestant. Petani merupakan golongan yang paling ditindas semasa

Zaman Pertengahan di Eropah (1524-1525). Hal ini dikaitkan dengan hasil tanaman

mereka kerana segala hasil tanaman mereka kerjakan selama ini perlu dibahagikan

kepada tiga iaitu 1/3 kepada raja, 1/3 lagi kepada gereja, dan selebihnya kepada petani.

Semua ini memberikan tekanan kepada petani kerana mereka perlu bekerja lebih bagi

mendapatkan keuntungan yang tidak seberapa. Kadar cukai yang tinggi menambahkan

lagi tekanan. Rakyat tidak boleh menentang kerana terikat dengan sistem sosial kerana

raja dianggap berkuasa mutlak dan kepercayaan terhadap agama Kristian menyebabkan

mereka patuh kepada gereja yang dianggap sebagai perantara kepada raja. Ketidakadilan,

kezaliman, dan monopoli oleh golongan raja dan gereja, serta penyalahgunaan kuasa oleh

pemungut cukai telah membawa kepada pemberontakan petani. Jika diteliti,

perberontakan petani menjadi perintis kepada Perang Tiga puluh Tahun. Hal ini dikaitkan

dengan peranan Martin Luther.28 Kedatangan Luther ke Jerman dianggap satu rahmat

bagi rakyat kerana mereka merasa Luther seorang pejuang kepada hak mereka yang

dirampas oleh gereja dan raja. Luther dikenali sebagai penentang gereja. Ekoran tekanan

daripada sistem pemerintahan dan gereja, para petani telah memberontak dan kedatangan

Luther telah menyebabkan konflik ini menjadi konflik agama.

Perang bermula di Bohemia. Pembahagian perang secara bertempoh iaitu melalui

empat fasa, dan Tempoh Bohemia-Palatine adalah yang pertama. Perang bermula dengan

27http://en.wikibooks.org/wiki/European_History >(5 Oktober 2008, hlm. 31.28 Walaupun kecil terdapat beberapa wabak-wabak individu seperti yang John Wycliffe, Martin Luther merupakan yang pertama mengeluarkan isu ketidaksopanan rasuah yang dilakukan oleh gereja. Kecewa dengan gereja, Luther dipersoalkan gagasan kerja yang baik untuk penyelamatan, termasuk sembahyang, berpuasa, dan lain-lain. Dalam 1517, Luther mengeluarkan 95 Theses di mana ia telah ditampal dipintu gereja dan istana. Ia menerangkan tentang idea-idea tentang penentangan terhadap rasuah dan korupsi yang dilakukan oleh gereja. Dia mahu satu perdebatan awan dilakukan bagi membahaskan isu tersebut. Paus Leo X mendesak dakwah dan idea yang dibawa oleh Luther tadi dihentikan keran ia boleh mengugat ekonomi dan kuasa golongan gereja. Keengganan mendatangkan kemarahan Paus. Dalam Diet of Worms, Luther dipaksa untuk menarik balik kenyataan tersebut dan keengganan beliau menyebabkan beliau dipanggil sebagai pembidaah. Dalam Edicts Worms, Luther yang diisytiharkan seorang penjenayah dan pembidaah, memberi sesiapa izin untuk menghapuskan Luther tanpa bantuan. Luther telah melarikan diri ke Jerman dan di sana beliau telah mengembangkan ajaran Protestant bagi walaupun tujuan asal beliau adalah untuk mendapatkan perlindungan daripada buruan Itali Katolik. Di Jerman. Hukuman tidak dapat dikenakan kepada Luther disebabkan oleh populariti Luther.

Page 10: Susun Galur Perang 30 Tahun Dan Implikasinya Ke Atas Eropah

pemberontakan di Bohemia, atau Czechs bagi melawan Maharaja Hapsburg, iaitu

Ferdinard II. Hal ini kerana, peberontak tersebut memperjuangkan kebebasan dan

kemerdekaan beragama. Kebanyakan daripada peberontakan tersebut adalah Protestant

yang menentang pemerintah Hapsburg yang menghalang sebarang penyebaran dan

pengaruh agama lain selain Kristian Katolik. Oleh kerana pada masa itu, Maharaja

Ferdinand II menghadapi gangguan-gangguan serius di Bohemia, dia merayu kepada

Putera Maximilian, pemerintah Bavaria iaitu ketua kepada Liga Roman Katolik untuk

meminta pertolongan.29 Dalam peperangan ini, Ferdinard telah mendapat bantuan

kewangan daripada Pope, mendapat bantuan ketenteraan daripada Milan dan tentera

Bavaria Katolik dan mendapat semangat baru kerana semangat golongan Lutherisme dan

Calvinisme yang menurun serta melibatkan diri dalam peperangan White Mountain pada

1620. Kawasan Frederick di Palatine telah diambil-alih oleh orang-orang Sepanyol. Di

Prague, pemberontak-pemberontak beragama Protestant telah pun memperolehi bantuan

Frederick V yang dikenali sebagai Elector Palantine dan juga merupakan ketua kepada

Kesatuan Protestant.30 Sebenarnya, pergaduhan dan permusuhan antara Katolik dan

Protestant yang berlaku di Bohemia disebabkan kerana usaha-usaha yang dilakukan oleh

pemerintah Bohemia yang cuba menghapuskan agama Protestant, Cavinisme, Lutherisme

dan lain-lain dari bumi mereka. Mereka tetap dengan pendirian mereka bagi menegakkan

Katolik supaya menjadi anutan semua rakyat pada masa itu. Konflik ini dicetuskan lagi

apabila rakyat telah memilih Ferdinard II iaitu dari Liga Katolik sebagai pemerintah

Bohemia yang telah menewaskan Elector Palatine Protestant iaitu Frederick IV. Kejayaan

Katolik di Bohemia menyebabkan Katolik di bawah Hapsburg bertambah kuat dan

kukuh.31

29 Ferdinard II, merupakan pengganti kepada Matthias, iaitu pemerintah Empayar Roman Suci yang memenagi pemilihan sebagai pemerintah baru empayar suci. Beliau telah bersaing dengan Frederick yang beraliran Protestant. Ibid, A History of The Modern World, hlm. 123.30 Apabila askar-askar Liga Katolik mencapai kejayaan, Katolik dibawah Hapsburg mendirikan kerajaan di Bohemia. Duke Maximillian (1573-1651) dari Bavaria, dengan bantuan ketenteraan Sepanyol dan sokongan dari Ferdinard menjadi ketua/elector di Palatin. Selepas “defestration of Prague”, Frederick telah disingkirkan daripada tahta kerana rakyat telah memilih pemerintah baru Hapsburg. Pemerintahan beliau digantikan dengan Ferdinard II. Selepas kekalahan Frederick dalam pertempuran, Palatine telah diserahkan kepada Duke Maximilian yang menjadi Elector of Palatine yang baru. Ibid, History of Europe 1453-1648: Volume I, hlm. 123.31 George Childs Kohn, Dictionary of Wars: Revised Edition, New York: Facts On File, Inc, 1999, hlm. 492.

Page 11: Susun Galur Perang 30 Tahun Dan Implikasinya Ke Atas Eropah

Ekoran peristiwa ini, menyebabkan tercetusnya pemberontakan di Bohemia yang

menyebabkan tercetusnya beberapa pertempuran antara Liga Katolik dengan Liga

Protestant. Buktinya, antara 1618-1620-an, pemberontak iaitu dari kalangan Protestant

telah mendapat sokongan daripada Frederick dan tentera dari Liga Protestant bagi

melawan tentera Ferdinand II, yang mendapat arahan dari Maharaja Empayar Rom Suci

dan Liga Katolik. Persengketaan ini telah mencetuskan pertempuran yang dikenali

sebagai “White Hill Tilly’. Kekalahan Protestant dalam pertempuran ini, telah

menyebabkan ketuannya, Frederick dipaksa untuk hidup dalam buangan. Pejabat dan

bahagian beliau telah diberikan kepada Ketua Liga Katolik, Putera Maximillian dari

Bavaria. Disebabkan ini, aliran Protestant hampir dihancurkan di Bavania.32 Aliran

Katolik berjaya dalam peperangan peringkat ini.33

Dua perkara yang timbul kesan daripada peberontakan Bohemia iaitu penglibatan

aktif daripada pihak Sepanyol iaitu apabila mereka telah berjaya menawan Rhineland,

membina reputasi dan kedudukan yang kukuh bagi melawan tentera Perancis dan

Belanda. Keduanya ialah Empayar Hapsburg yang sentiasa menguasai Bohemia

meneruskan tradisi pemerintahan yang berterusan di mana Ferdinard, telah terpilih sekali

lagi menjadi Raja dalam Kerajaan Hapsburg. Beliau telah merampas tanah-tanah

peberontak di Bohemia dan mencagarkannya kepada gerejaa, dan perkuburan serta

memberikannya kepada orang-orang yang berkhidmat kepada beliau. Kesannya, orang-

orang ini tadi telah meningkat naik menjadi tuan tanah dan golongan aristokrat yang baru

di Bohemia. Sekolah-sekolah dan kegiatan dakwah telah giat dijalankan dan begitu juga

dengan perundangan. Proses ini dikenali sebagai ”re-Catholicization’. Begitu juga di

Austria di mana negara pertama yang menyertai peberontakan Bohemia, turut mengalami

proses ’dikatolikkan’, menyebabkan Ptotestant hampir musnah.

4.1.2 Tempoh Danish-Denmark (1624-1629)

32 Dalam pertempuran White Mountain pada 1620, Frederick telah dikalahkan oleh Sepanyol (Bavaria). Hal ini kerana, Ferdinard telah mendapat bantuan ketenteraan daripada Sepanyol dalam memerangi peberontakan Bohemia bagi mengalahkan aliran Lutherisme, dalam Liga Protestant. R. S Chaurasia , History of Europe 1453-1648: Volume 1, New Delhi: Atlantic Publishers & Distributors, 2002, hlm. 123.33 Frederick membangunkan Protestants yang sangat jauh menunjukkan perbezaan. Pemerintah Eropah beraliran Protestant menjadi bersimpati dengan tekanan dan kesukaran Frederick. Stuart James I dari England, yang merupakan bapa mertuanya, cuba menolong anaknya mendapatkan semula sesetengah pengaruh anaknya yanag mulai hilang. Akan tetapi, James gagal memberi sebarang bantuan. Sejak dari itu, Eropah mula mengambil minat mendalam dalam peperangan di Eropah. Ibid, History of Europe 1453-1648: Volume 1,, hlm. 212.

Page 12: Susun Galur Perang 30 Tahun Dan Implikasinya Ke Atas Eropah

Kemenangan Katholik mencipta kebimbangan di kalangan pemerintah Protestant.

Kejayaan Pemerintah Hapsburg di Sepanyol dan di Autria menyebabkan kebimbangan

dan salah faham yang besar dalam kalangan negara-negara Eropah yang mengamalkan

aliran Protestant. kedua-dua pihak iaitu aliran Katolik di Perancis dan aliran Protestant di

Sweeden mula berfikir untuk mencampuri hal ehwal Perang Tiga Puluh Tahun.34 Tetapi

walaupun berminat, Perancis tidak dapat memainkan peranan penting di dalam

peperangan ini sejak dari mulanya. Sweeden pula terlibat dalam peperangan di Poland.

Protestants dari Germany cuba merayu bantuan dari Christian IV (1577-1648) yang

merupakan Raja Denmark, ataupun lebih dikenali sebagai Duke of Holstein iaitu salah

sebuah negeri dalam Empayar Rom Suci.35 Beliau bersedia memberi bantuan kepada

Protestants dan bersedia untuk berperang melawan Maharaja Hapsburg. Stuart Raja

Charles I dari England juga memberikan bantuan kewangan kepada raja Denmark

walaupun dia adalah seorang yang tamak. Sebenarnya, ketidakupayaan untuk bersatu

antara satu sama lain di negeri-negeri beraliran Protestant yang wujud di wilayah-wilayah

Jerman sebenar, yang menjadi faktor kepada Negara Denmark melancarkan perang

terhadap pemerintahan Hapsburg.36 Dengan bantuan daripada Belanda dan England, dan

berdasarkan janji yang diikat bersama-sama dengan Richelieu, beliau telah memasuki

pertempuran ini. Kemasukan Denmark telah menyebabkan perang teralih daripada tengah

Eropah ke Utara Eropah. Terdapat beberapa siri peperangan yang berlaku antara

Hapsburg dengan Denmark. Antaranya ialah di Lutter dan Pertempuran Wolgast pada

September 1628. misalnya, tentera Denmark telah kalah teruk di Lutter dan hampir

keseluruhan Utara German telah ditumbangkan dan dirampas oleh Katolik Hapsburg.37

Wallestein meneruskan perjuangannya dalam melawan tentera Denmark sehingga dia

ditahan di Stralsund pada 1629. beliau telah gagal menawan bandar tersebut dan telah

bersara. Peristiwa ini menggalakkan Christian IV dari Denmark untuk meneruskan usaha

34 Ibid, History of Europe 1453-1648: Volume 1, hlm. 212.35 Matlamat Raja Denmark adalah bercampur iaitu untuk perluasan agama Protestant dan untuk tujuan politik , dengan harapn beliau dapat membina sebuah kerajaan Bishoprics di Jerman yang diperintah oleh anaknya. Ibid, A History Of Modern World, hlm. 124.36 Ibid, Dictionary of Wars: Revised Edition, hlm. 492.37 Sebenarnya, punca yang menyebabkan Denmark menjadi marah dan melancarkan peperangan terhadap Empayar Hapsburg ialah kerana pengeluaran Edict of Restoration di mana Edict ini telah mengeluarkan arahan agar semua harta yang dirampas oleh Protestant daripada Katolik semasa “Perjanjian Damai Ausburg” dipulangkan kembali kepada Gereja Katolik. Keadaan ini menimbulkan kemarahan kepada golongan Protestant.

Page 13: Susun Galur Perang 30 Tahun Dan Implikasinya Ke Atas Eropah

Wellesteins. Namun, beliau juga kalah dan terpaksa menandatangani Perjanjian Lubeck

1629.38 Dengan pengunduran Denmark dari peristiwa Perang Tiga Puluh Tahun, tiada

lagi pasukan tentera yang kuat untuk mencabar Maharaja Hapsburg. Keadaan inilah

memberikan Maharaja Frederick II satu semangat. Dia telah mengeluarkan Edict of

Restitution di mana Protestants telah diarah untuk kembali semua semula hartanah paderi

yang telah mereka dapat sejak “Peace of Augusburg 1555” kepada Gereja Katolik. Edict

ini merupakan kemuncak kepada kejayaan Roman Katholik.39 Pengeluaran Edict of

Restitution pada 162940 memberi kesan yang sangat besar kepada Protestans di mana

pada mulanya mereka telah ketepikan perbezaan dan memutuskan untuk membuat

perdamaian dengan Calvinists dan Lutherians. Akan tetapi, harapan kekal untuk berdamai

hancur berkecai dan perang pun bermula. Perang tersebut bermula ekoran pengisytiharan

Edict tersebut telah meyebabkan kebimbangan kepada Sweden dan Perancis. Gerakan

Counter Reformation telah merebak ke Jerman. Ini dibuktikan apabila Katolik telah

mempengaruhi kehidupan masyarakat di Palatine dan mula menyerang Bohemia, dan

juga memasuki negeri-negeri beraliran Lutherisme. Pengeluaran Edict menyemarakkan

lagi tekanan ke atas Protestant dan memberi kemenangan kepada Katolik. Negara-negara

Protestant seperti kehilangan arah kerana kekayaan mereka ada perlu diserahkan kembali

kepada Katolik. Cita-cita pemerintah adalah untuk membina Monarki Hapsburg di

seluruh empayar jajahan dunia. 41

Apabila Denmark melancarkan perang ke atas Empayar Hapsburg, Wallenstein

iaitu seorang bangsawan Bohemia yang berpengaruh bercadang untuk menolong

Maharaja Hapsburg, Ferdinand II, yang mengalami masalah kewangan disebabkan

bergelut dengan pertelingahan yang panjang selama ini iaitu perang terhadap perberontak

38 Kegagalan Hapsburg menyatukan negeri-negeri Protestant dalam Bohemia menyebabkan Denmark turut serta dan mencetuskan Perang Danish 1625-29, di mana ia menyebabkan perang merebak dari tengah ke Utara Bohemia. Akan tetapi, Denmark dibawah Raja Christian IV, telah dikalahkan dengan teruknya dalam Pertempuran Lutter pada Ogos 1626, dan Pertempuran Wolgast pada September 1628, menyebabkan Denmark terpaksa menandatangani perjanjian damai dengan Empayar Rom Suci (Austria), yang bersetuju untuk tidak campur tangan dalam hal ehwal Jerman lagi iaitu dalam Perjanjian Lubeck 1629. Rujuk buku George Childs Kohn, Dictionary of Wars: Revised Edition, New York: Facts On File, Inc, 1999, hlm. 492.39 pada tahun sama, iaitu tiga bulan sebelum perjanjian tersebut, pengeluaran Edict of Restitution merupakan kemuncak dan menyebabkan peperangan. Edict tersebut, melucutkan kuasa dan meminta Protestant menyerahkan balik segala tanah gereja yang diperolehi atau di ambil dari Katolik semenjak Perjanjian Augsburg 1555. Ibid, Dictionary of Wars: Revised Edition, hlm. 492.40 R. S Chaurasia, History of Europe 1453-1648: Volume 1, New Delhi: Atlantic Publishers & Distributors, 2002, hlm. 213.41 Ibid, A History of The Modern World, hlm. 124.

Page 14: Susun Galur Perang 30 Tahun Dan Implikasinya Ke Atas Eropah

Bohemia. Ferdinard sanggup menerima tawaran daripada Wallenstein yang mahu

menubuhkan satu angkatan tentera bagi menolongnya dalam peperangan. Pada masa ini

juga, Wallenstein dan Tilly, yang merupakan dua orang jeneral dalam Liga Katolik

memberi satu kekalahan yang teruk untuk Protestants dan menyebabkan Protestants

kelihatan tidak ada harapan kerana kekalahan yang teruk. Peranan Wallenstein adalah

difokuskan pada tempoh ini kerana pertahanan Hapsburg telah dirancangkan oleh beliau

dengan baik sekali sehinggakan membawa kepada kekalahan yang teruk kepada

Denmark. Oleh kerana itulah, kejatuhan Wallenstein42 adalah merupakan satu kegagalan

yang besar kepada Katolik.43

4.1.3 Tempoh Sweeden (1630-1635)

Gustavas Adolphus yang beraliran Lutherisme merupakan orang yang

bersemangat dalam mengembangan Kristian Protestant. Dengan mengambil tempat

dalam Perang Tiga Puluh Tahun ini, dia mahu berkhidmat demi kesejahteraan Protestant.

Oleh itu, dia mahu pembahagian agama berakhir untuk mencapai matlamatnya. Dengan

kemasukan Gustavas dalam Perang Tiga Puluh Tahun, aspek peperangan ini dinaikkan

kepada tahap politik yang tinggi. Perang ini bukan lagi satu peperangan kecil yang

dengan bermotifkan agama tapi meliputi konflik agama, politik, dinasti dan motif

ekonomi.44 Dengan kejatuhan Wallenstein, fokus Perang Tiga Puluh tahun berubah

dengan hebatnya. Sejak permulaan perang ini, Sweeden asyik memerhatikan dengan

penuh minat perkembangan Perang Tiga Puluh Tahun di Jerman. Raja Sweeden,

Gustavas Adolphus, mula melibatkan diri dalam perang ini.45 Terdapat dua sebab yang

membangkitkan Raja Sweeden untuk campur tangan dalam hal ehwal Jerman.46 Dia

42 Ibid, History of Europe 1453-1648: Volume 1, hlm. 213.43 . Richelieu, Perdana Menteri Perancis adalah merupakan musuh ketatnya. Ekoran terlalu banyak musuh-musuh Wellenstein, Maharaja Ferdinard II, terpaksa menyingkirkannya dari pemerintahan. Beliau merupakan seorang jeneral yang hebat tetapi dia merupakan bangsawan yang terlalu bercita-cita tinggi. Bagi beliau, politik dan keuntungan ekonomi merupakan daya motivasi yang paling kuat dan kepentingan agama jatuh di tempat kedua. Perlakuannya dipengaruhi oleh cita-cita untuk mendapatkan keuntungan politik dan ekonomi.? Dia mahu membina dan menyatukan Jerman dibawah keagungan mutlak Maharaja Hapsburg. Cita-citanya ialah menghancurkan kemerdekaan yang dimiliki oleh putera-putera raja di wilayah-wilayah Jerman dan mengukuhkan kekuatan Jerman di tangan Empayar Rom Suci Hapsburg. Sikap beliau inilah yang menyebabkan putera-putera menjadikan beliau sebagai musuh ketat mereka. Liga Katolik turut menentang beliau kerana tidak meluluskan Edict of Restitution 1629 selain tidak disukai oleh orang-orang Katolik dan Protestant. Ibid, History of Europe 1453-1648: Volume 1, hlm. 213.44 Ibid, History of Europe 1453-1648: Volume 1, hlm. 214.45 Ibid, A History of The Modern World, hlm. 125.46 Ibid, History of Europe 1453-1648: Volume 1, hlm. 213.

Page 15: Susun Galur Perang 30 Tahun Dan Implikasinya Ke Atas Eropah

dengan penuh minat hendak mendapatkan kawalan penuh ke atas Laut Baltik,

berhampiran Sweeden. Akan tetapi, sebab utama iaitu kenapa dia melibatkan diri dengan

perang di Poland pada permulaan perang Tiga Puluh Tahun yang menyebabkan dia tidak

dapat menyertai Perang Tiga Puluh Tahun ialah kerana dia tidak suka dengan perluasan

pengaruh Maharaja Hapsburg yang akan mengancam kepentingannya. Dia bercadang

untuk melemahkan kuasa dan pengaruh pemerintahan Pemerintah Hapsburg, yang

merupakan ketua Katolik sementara Sweeden merupakan negara yang mengamalkan

ajaran Protestant. Kebimbangan terhadap ancaman Hapsburg dan harapan untuk

melindungi Protestants daripada pembubaran, Gustavas Adolphus telah menyerang

Pomerania sebagai permulaan kepada Perang Sweden pada 1630-1635 serta menyertai

pakatan Saxony, Bradenburg, dan kebanyakkan wilayah kecil di Jerman.47

Jika diteliti, kemasukan Sweden, iaitu sebagai sebuah negara luar dari Jerman

disebabkan oleh permintaan dan sokongan putera-putera Jerman. Mereka yang mengalu-

alukan campur tangan Gustavas dalam peperangan tersebut. Akan tetapi, pada masa yang

sama, mereka bimbang dengan niat tersurat Raja Sweeden. Mereka takut dan ada juga

keengganan untuk menyertai Raja Sweeden. Pada masa ini juga, Richelieu yang

merupakan Perdana Menteri Perancis yang mengawal polisi di Perancis turut memainkan

peranan. Hal ini kerana, Perancis telah membuat perikatan dengan Raja Sweeden,

Gustavas dan berjanji untuk memberikan bantuan kewangan dan senjata kepada tentera

Sweeden. Seperti Gustavas, Richelieu juga mahu menghancurkan kuasa dan pengaruh

House of Hapsburg seperti Perancis dan House of Hapsburg di Sepanyol dan Austria

yang juga adalah musuh-musuhnya.

Negara-negara Protestant tidak menyertai Raja Gustavas dalam perang ini pada

mulanya. Ini mengakibatkan penahanan Gustavas untuk seketika di Utara. Campur

tangan negara Protestant bermula apabila berlakunya pembunuhan dan tindakan kejam

Liga Katolik. Buktinya, tentera dari Liga Katolik dibawah pimpinan Tilly menawan

bandar orang Protestant, Magdebury dan membunuh penduduk-penduduknya. Tindakan

kejam Liga Katolik inilah yang memaksa Protestant untuk menyertai kerjasama dengan

Raja Sweeden, Gustavas. Kerjasama dengan Saxony pula terjadi ekoran pencerobohan

oleh tentera Hapsburg yang mengancam Saxony yang memaksa pemerintahnya untuk

47 Ibid, Dictionary of Wars Revised Edition, hlm. 493.

Page 16: Susun Galur Perang 30 Tahun Dan Implikasinya Ke Atas Eropah

menyertai Raja Sweeden.48 Selepas memperolehi kekuatan dan kerjasama dari sekutu-

sekutunya, Raja Gustavas bertempur hebat dengan Tilly dalam Pertempuran Breitenfeld

1631.49 Kekalahan Tilly menyebabkan gangguan terhadap pergerakan Counter-

Reformation di Utara Jerman.50 Tilly terbunuh dalam pertempuran tersebut dan Raja

Sweeden mengambil-alih Munich dan mula mengancam Vienna yang merupakan tempat

tinggal Pemerintah Hapsburg.51 Ekoran dengan gangguan yang tidak disangka tersebut,

Ferdinard terpaksa memanggil semula Wallensteins, dan mula memerangi Gustavas

dengan melancarkan serangan ke atas Saxony. Raja Gustavas cepat-cepat meminta

bantuan sekutunya bagi memerangi Wallensteins dan Lutzen dan dalam pertempuran

tersebut, Raja Sweedan telah terkorban pada 1632.52

Dengan kematian tersebut memberi satu pukulan yang teruk kepada Kristian

Protestant di Jerman. Selepas kematian Gustavas, menteri kepada anaknya semasa kecil,

Pemaisuri Christina, Oxenstiern telah menyambung usaha Raja Sweeden. Namun,

Sweeden telah dikalahkan oleh Imperialis pada tahun 1634 di Norlingen dan terpaksa

menyerahkan Selatan Jerman. Dengan ini, segala kerja terdahulu Raja Sweeden tidak

dapat diselesaikan. Pada masa ini, Wellenstein turut dibunuh. Oleh itu, kedua-dua wira

kehilangan nyawa mereka dalam Perang Tiga Puluh Tahun.53 Pertempuran Nordingen

merupakan permulaan dalam sejarah Perang Tiga Puluh Tahun antara 1618-1648.

Pemerintah wilayah Saxony telah dipaksa untuk membuat perikatan perjanjian yang

berasingan dengan Pemerintah Hapsburg yang dipanggil sebagai ”Perjanjian Prague”

(Treaty of Prague).54 Sekarang, Protestant yang kalah telah meminta sokongan Perancis

48 Walau bagaimanapun, Sweden-Saxon telah membuat satu perjanjian damai dengan Hapsburg iaitu dalam Perjanjian Damai Prague 1635, di mana Negara-negara kecil di Jerman yang beraliran Protestant turut sama-sama menyertai perdamaian tersebut. 49 Ibid, A History of The Modern World, hlm. 12550 Ibid, Sejarah Eropah, hlm. 142-150.51 Ibid, History of Europe 1453-1648: Volume 1,hlm. 214.52 Bimbang dengan ancaman Hapsburg dan berharap untuk melindungi Protestant dari pembubaran, Raja Sweeden, Gustavas II (1594-1632) telah menyerang Pomerania yang menandakan permulaan Perang Sweeden (Sweedish War of 1630-1635) dan mereka telah membuat pakatan dengan Saxony, Brandenburg, dan kebanyakan negeri Jerman dibawah pemerintahan putera.? Pihak Sweeden maju ke Sungai Rhine dan kemudian ke Timur, seterusnya mengancam Vienna pada 1632. selepas Gustavas meninggal dalam Pertempuran Lutzen pada 16 November 1632, apabila Sweeden dikalahkan oleh Empayar Roman Suci yang diketuai oleh Count Albrecht von Wallenstein (1583-1634). Ibid, Dictionary of Wars: Revised Edition, hlm. 492-493.53 Ibid, History of Europe 1453-1648: Volume 1, hlm. 21554 Ibid, A History of The Modern World, hlm. 125.

Page 17: Susun Galur Perang 30 Tahun Dan Implikasinya Ke Atas Eropah

dan pada peringkat inilah, Perancis masuk campur dalam Perang Tiga Puluh Tahun.55

Dengan kemasukan Perancis, faktor agama sebagai punca perang telah berubah kepada

faktor politik sepenuhnya antara House of Hapsburg dengan Perancis. Oleh itu, Perang

Tiga Puluh Tahun bermula dari perang agama dan menjadi perjuangan untuk

mendapatkan kekuasaan antara Perancis dan Hapsburg di Sepanyol dan Austria.

4.1.4 Tempoh Perancis-Sweeden (1635-1648)

Perancis mengisytiharkan perang pada 1635 bagi melawan kawasan-kawasan dibawah

kekuasaan House of Hapsburg Sepanyol dan Austria. Sebab utama bagi Perancis masuk

perang ini sepenuhnya kerana faktor politik dan wilayah, iaitu meletakkan serta

meluaskan sempadan dikawasan jirannya. Dengan kemasukan Perancis dalam Perang

Tiga Puluh Tahun, bukan lagi melibatkan Jerman ataupun sebab agama semata-mata.

Tapi, ia menjadi perjuangan untuk mencari kuasa agung antara House of Bourbon

(Perancis) dan House of Hapsburg.56 Dalam perjuangan ini, sebelah pihak terdiri daripada

Sepanyol dan Austria (Hapsburg) dan sebelah lagi adalah perikatan Perancis, Sweeden

dan aliran Protestant dari kalangan putera-putera Jerman.

Semasa Perancis memasuk perang ini, perberontakan daripada golongan

bangsawan dan Huguenots masih berlaku di Perancis. Namun, Richlieu yakin tanpa

penglibatan aktif Perancis pun, Empayar Hapsburg masih akan dapat ditumbangkan

kerana beliau percaya pakatan dengan Sweden, Belanda dan lain-lain akan berjaya.

Buktinya, Richelieu telah memberikan bantuan kewangan dan ketenteraan kepada

Sweeden.57 Setakat ini, Perancis hanya memberikan bantuan kewangan kepada Sweeden.

Tetapi selepas kekalahan Sweeden dalam Pertempuran Nordingen, keagungan

Pemerintahan Hapsburg telah berkembang ke Selatan Jerman. Kesannya, Protestant telah

diletakkan dibawah kekuasaan Perancis, yang merupakan satu-satunya kuasa, terlalu kuat 55 Apabila Sweden telah dikalahkan oleh Wellenstein (1583-1634), putera Jerman telah membuat keputusan untuk berdamai ekoran penarikan balik Edict of Restoration. Oleh itu, Sweden tidak mempunyai sekutu lain lagi. Ekoran penat berjuang keseorangan, Sweden telah membuat pakatan dengan Perancis pula dibawah kepimpinan Perancis yang diketuai oleh Cardinal Richelieu (1585-1642). Keadaan ini menyebabkan konflik dan perjuangan politik antara Hapsburg-Bourbon. Ibid, Dictionary of Wars: Revised Edition, hlm. 493.56 Perancis selaku ketua kepada Protestant, menggantikan Sweden dan Denmark yang telah tersungkur merupakan sebuah kuasa Eropah seperti mana England, malahan lebih hebat dari England. Ibid, A History of The Modern World, hlm. 122 dan <http://en.wikibooks.org/wiki/European_History>(5 Oktober 2008), hlm. 35.57 Beliau juga telah memberikan bantuan kepada Sweden dengan menghantar diplomat ke Poland semasa Sweden berperang dengan Poland, dan memberikan bantuan kewangan kepada Sweden. Ibid, A History of The Modern World, hlm. 125

Page 18: Susun Galur Perang 30 Tahun Dan Implikasinya Ke Atas Eropah

pada masa itu bagi menyelamatkan mereka.58 Kekalahan Denmark dan Sweden

menyebabkan Perancis ingin membalas dendam. Perdana Menteri Perancis yang pintar,

Richlieu melihat keadaan ini sebagai satu peluang untuk melemahkan kekuasaan House

of Hapsburg yang menguasai Sepanyol dan Austria serta merupakan musuh tradisi

Perancis.59 Richlieu tahu bahawa ia satu peluang untuk meningkatkan lagi kuasa dan

prestij Perancis di Eropah, dan sememangnya penting untuk melemahkan kekuasaan

Hapsburg dan menghakis keagungan pemerintahan di Sepanyol.60 Terdapat satu

permusuhan yang panjang antara Sepanyol dan Perancis, begitu juga dengan kerendahan

hati House of Hapsburg.

Sweeden dibawah Jeneral Baner telah mengalahkan Imperialis (Hapsburg) di

Wittstock. General Sweedan yang lain, Bernard Weiner, mencapai kejayaan yang hebat

dengan menakluk Alsace.61 Pakatan Belanda telah menganggu sistem pertahanan laut

Sepanyol di Amerika. Sementara Sweeden bergerak ke Utara, Perancis telah bergerak

menuju ke Sungai Rhine (menguasai Selatan). Pada masa inilah, Perdana Menteri

Richlieu telah terbunuh, namun perjuangannya disambung oleh penggantinya yang kuat

iaitu Mazarin. Conde, Jeneral Perancis telah berjaya mengalahkan Sepanyol pada 1643 di

Rocroi. Perancis sejak daripada itu telah mencapai banyak kemenangan ke atas

58 Perancis, diketuai oleh Cardinal Richelieu, pemangku raja untuk Louis XIII, terhasrat untuk mengurangkan kuasa Austria dengan membiayai musuh-musuh kepada Austria-Hapsburg dengan membekalkan kelengkapan perang dan kewangan. Perang adalah pada asasnya konflik antara dua kuasa menentukan yang akan menjadi kuasa utama di Eropah. Walaupun seorang ahli yang tinggi penganut Roman Katolik Church, Richelieu boleh digambarkan sebagai seorang ahli politik, kerana dia meletakkan kepentingan-kepentingan negaranya dahulu agamanya. Sesungguhnya, Richelieu secara terbuka dibiayai kumpulan-kumpulan Protestan dalam dia memerangi Austria. 59 Kawalan yang berkesan oleh raja ke atas Gereja di Perancis bermula sejak abd ke-14 dan dikekalkan dengan bersungguh-sungguh dan berjaya menghadapi kebangkitan semula kerajaan Paus pada abad keenam belas dan abad ketujuh belas. Dengan demikian, Richelieu, ketua menteri raja Perancis dan seorang kardinalGereja, telah tidak teragak-agak untuk campur tangan bagi pihak Protestant dalam Perang Tiga Puluh Tahun apabila difikirkan sesuai dengan kepentingan Perancis untuk berbuat demikian. Ibid, Dictionary of Wars: Revised Edition, hlm. 492.60 Ibid, A History of The Modern World, hlm. 124.61 Perancis telah mengalahkan Sepanyol untuk mendapatkan Alsace pada 1639, sementara sekutu Perancis, Belanda menganggu bahagian di laut berdekatan America (New World). Perancis menekan Empayar Suci Roman (Hapsburg) dari arah Selantan Jerman manakala Sweeden dari arah Utara. Banyak pertempuran yang berlaku termasuk Rheinfelden (Pasukan tentera Perancis-Jerman yang berjaya mengalahkan pasukan imperial pada 1638), Breitenfeld (Sweeden berjaya sekali lagi kalahkan tentera imperial pada 1642 selepas kejayaan pada 1631), Rocroi (tentera Perancis hampir hapuskan keseluruhan tentera Sepanyol pada 1643), dan Jankau (Sweeden berjaya kalahkan pakatan tentera Sepanyol dan Bavaria pada 1645). Sepanjang tahun perkelahian berlaku, pelbagai rundingan damai yang kompleks berlaku. Selain itu, berlakunya rampasan perang dan kecurian untuk menampung dan merawat tentera yang sakit, membayar gaji kepada askar-askar yang tamak, yang membuka tanah mereka meninggalkan satu kemunduran kepada Jerman. Ibid, Dictionary of Wars: Revised Edition, hlm. 493.

Page 19: Susun Galur Perang 30 Tahun Dan Implikasinya Ke Atas Eropah

Hapsburg (Imperialis) dibawah jeneralnya, Conde dan Turenne. Antara pertempuran

yang terkenal sepanjang tempoh ini ialah Rheinfelden (tentera pakatan Jerman-Perancis

telah mencapai kejayaan ke atas angkatan Hapsburg pada 1638), Breitenfeld (Sweden

menang sekali lagi ke atas tentera imperialis pada 16422 selepas kejayaan pertama pada

1631). Pertempuran di Rocroi (Perancis telah hamper musnahkan keseluruhan tentera

Sepanyol pada tahun 1643), dan Pertempuran Jankau (kejayaan Sweden menentang

pakatan Austria dan Bavaria pada tahun 1645). Maxillian dari Bavaria turut dikalahkan

dan satu peluang besar, bandar beliau iaitu Vienna merupakan pusat pemerintahan

Hapsburg. Jadi, pemerintah Ferdinard III, telah mengundurkan diri dan pada 1648, beliau

telah dipaksa untuk menandatangani Perjanjian Westphalia yang menutup Perang Tiga

Puluh Tahun. Perang ini menandakan berakhirnya perang agama dan bermulanya era

komersial, perluasan kuasa dan persaingan antara penjajah.62

5.0 IMPLIKASI KE ATAS EROPAH

5.1 Perubahan Politik: Situasi Politik Di Eropah Selepas 1648

Peperangan ini bermula dengan konflik agama tetapi ditamatkan sebagai satu perang

bermotifkan politik kerana Perancis yang merupakan kuasa Katolik bersama-sama kuasa

Protestant yang telah menundukkan kuasa Katolik seperti Sepanyol dan Austria.

Perjanjian Westphalia asas penting dalam sejarah Eropah. Perjanjian Westphalia

ditemerai pada 24 Oktober 1648,63 menandakan berakhirnya perang agama, ada

pandangan sekular berpendapat bermulanya era komersial, perluasan kuasa dan

62 Cardinal Richelieu, pemangku raja untuk Louis XIII, berhasrat untuk mengurangkan kuasa Hapsburg di Austria. Perang adalah pada asasnya konflik antara dua kuasa menentukan yang akan menjadi kuasa utama di Eropah. Walaupun sebagai seorang ahli politik yang menganuti Roman Katolik Church, Richelieu boleh digambarkan sebagai satu politique, kerana dia meletakkan kepentingan-kepentingan negaranya dahulu agamanya. Sesungguhnya, Richelieu secara terbuka dibiayai kumpulan-kumpulan Protestan dalam dia memerangi Austria. A Survey of Modern European History:From Joan of Arc to Tony Blair . May 14, 2006. http://en.wikibooks.org/wiki/European_History, hlm. 37.

63 Perdamaian Westphalia dikenali sebagai perjanjian Munster dan Osnabruck dan merupakan serangkaian perjanjian yang mengakhiri perang 30 tahun. Rentetan daripada perjanjian ini, wujudnya perdamaian Pyrenees antara Perancis denga Sepanyol (1659) dan pemulihan monarki Stuart di England (1660) dan ini menandakan era baru dalam sejarah Eropah dalam separuh abad ke 17, agama menjadi satu urusan peribadi, tatanegara berubah kepada perjuangan untuk kekayaan dan kuasa. Prinsip bertolak ansur ini sedikit sebanyak telah telah menyembunyikan konflik prinsip yang terdahulu. Rujuk buku, William H. Mcneill, Kebangkitan Barat, Sejarah Masyarakat Manusia, Penterjemahan Khidmat Terjemahan Nusantara Sdn Bhd. Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur : 1994, hlm, 604.

Page 20: Susun Galur Perang 30 Tahun Dan Implikasinya Ke Atas Eropah

persaingan antara penjajah serta kebangkitan semangat nasionalisme.64 Dengan adanya

perjanjian ini secara rasminya mengakui suatu sistem negara bangsa kerana empayar

gereja dan kerajaan-kerajaan tidak dapat lagi memaksa negara-negara sebahagian atau

wilayah mengakui pertuanan mereka, sebaliknya ia dapat dilakukan apabila wilayah-

wilayah tersebut mengakui atau bergabung dengan empayar dalam membuat sesuatu

keputusan.65 Ia membahagikan Sejarah Eropah kepada dua zaman iaitu zaman

berakhirnya era perang agama dan zaman bermulanya konflik, perluasan kuasa politik

dan jajahan bagi kepentingan negara masing-masing dan berlakunya perang komersial

(ekonomi). Kuasa Sepanyol dan Austria serta Empayar Ottoman Turki mulai merosot.

Perancis dan England mula jadi kuasa utama dunia dan mula bergaduh antara satu sama

lain kerana disebabkan persaingan kolonial dan komersial.66

5.1.1 Kebangkitan kerajaan Perancis

Perjanjian ini menandakan kejatuhan Hapsburg di Austria dan kebangkitan Perancis.

Perancis telah berjaya mengatasi Sepanyol, Austria dan mendapat Alsace Loraine,

sempadan Rhine dan menang dalam perang Tiga Puluh Tahun. Belanda dan House

Orange telah mendapat kemerdekaan daripada Sepanyol dan Rom. Seterusnya orang

Belanda menjadi pemimpin dan penjana dalam bidang perdagangan serta perkapalan.

Begitu juga dengan orang Switzerland yang dapat membebaskan negara daripada

cengkaman Rom Suci. Kekalahan Empayar Hapsburg yang mengetuai Empayar Suci

Rom, dan kejayaan ketenteraan Perancis dan Sweeden mengalahkan Hapsburg

menyebabkan perubahan dalam kedudukan kuasa-kuasa di bawah jajahan mereka.

Switzerland dan tanah jajahan di bawah Jerman telah terpisah dari empayar Jerman

(Utara Negara Netherlands) dan mendapat kemerdekaan sendiri hanya pada nama sahaja,

dan masih dikawal oleh kuasa Imperial.67 Memandangkan Jerman terpisah menjadi

64 R.S Chaurasia, Volume 1 History of Europe 1453-1648 (Radhey Shyam Chaurasia), New Delhi : Atlantic Publisher & Distributors, 2002 hlm, 216-217.65 McKay Hill Buckler, A History of Western Society, Houghton Mifflin Company, New York : 2003 hlm 501.66 Akibat Perdamaian Westphalia seperti meneguhkan perubahan dalam peta bumi politik, mengakhiri upaya untuk menegakkan imperium Romawi (Holy Roman Empayar), sekulerisasi antara negara dan Gereja, kemerdekaan Netherland, Swiss dan negara-negara kecil di Jerman diakui. Ibid., A History of Western Society, hlm, 500-501.67 Dasar yang diletakkan dalam Perjanjian Westphalia diperteguh dalam perjanjian Utrech yang paling penting ertinya dari sudut ekonomi, politik internasional, kerana menerima asas keseimbangan kekuatan sebagai asas politik internasional. Melalui perjanjian ini, Holland dan Switzerland diakui sebagai republik yang merdeka, perluasan Brandenburg menyebabkan ekspansi dan melahirkan Kerajaan Prusia (Jerman),

Page 21: Susun Galur Perang 30 Tahun Dan Implikasinya Ke Atas Eropah

negeri-negeri kecil, Prussia adalah yang paling kuat. Sweeden mendapat kawasan Laut

Baltik dan juga ganti rugi. Perancis dan Sweeden melakukan pemerolehan wilayah yang

penting menjadikan mereka dua negara yang paling berkuasa di Eropah.68 Empayar Suci

Roman janjikan persamaan di setiap negeri-negeri Protestant dan Katolik. Kedua-dua

ajaran Calvinism dan Lutheranism diterima oleh masyarakat Eropah.69 Kelemahan dalam

perjanjian ini telah menyebabkan Sepanyol jatuh dan hilang wilayah pemilikannya.70

Keadaan ini mengakibatkan Empayar Rom Suci, Austria dan Hapsburg tidak lagi

berkuasa.

Perjanjian Wesphalia telah memecahkan hubungan antara kedua-dua kuasa

Hapsburg iaitu Sepanyol dan Austria yang meletakkan Perancis dikelilingi bahaya selama

lebih kurang separuh abad. Selepas berlakunya beberapa peperangan antara Perancis dan

pemencilan yang dilakukan oleh Sepanyol, Perjanjian Pyrenees pada 1659 telah

ditandatangani dan menandakan berakhirnya ancaman serius terhadap Perancis dari

Selatan.71 Sebelum itu, Raja Perancis, Louis XIV telah sedar bahawa beliau dalam

Perancis dan Sweden mendapat wilayah tambahan. Melalui Perjanjian Westphalia ini, banyak perubahan dapat dilihat, terutamanya dalam membentuk negara moden sehingga ke hari ini. Alex Botero-Lowry, A Survey of Modern European History : From Joan Of Arc To Tony Blair, From wikibooks, the open content textbooks, http://en.wikibooks.org/wiki/European.History May 14,2006, hlm 501.68 McKay Hill Buckler, A History of Western Society, Houghton Mifflin Company, New York : 2003 hlm, 501.69 Rujuk buku George Childs Kohn, Dictionary of Wars: Revised Edition, New York: Facts On File, Inc, 1999, hlm. 493.70 Pengorbanan yang dilakukan oleh Philip IV dalam menjaga semua wilayah milik keluarga Habsburg agar tidak diusik daripada negara Perancis dan Portugal tidak berjaya kerana Sepanyol telah terlibat dalam perang tiga puluh tahun antara tahun 1648-1659. Dalam peperangan ini tentera Sepanyol berjuang bermati-matian, keadaan ini memberi tekanan kepada Perancis, namun begitu, Perancis telah menang dalam peperangan di Netherlands Belgium (Sepanyol) dan Sepanyol Utara. Akhirnya pada 1659 Philip IV tunduk kerana tidak dapat mengelak dalam menandatangani perjanjian persetian Pyrenees dengan Perancis. Perang tiga puluh tahun telah memberi kesan kepada Sepanyol iaitu daripada sebuah negara yang gagah dan kaya di Eropah akhirnya jatuh dan menjadi lemah pada 1648, kerana tentera-tentera Sepanyol memikul beban perang semasa perang di Netherlands, Jerman Selatan, Itali di utara, tujuannya adalah untuk memperjuangkan kepentingan Habsburg, perbendaharaan Sepanyol yang kosong dan pejuang Sepanyol yang terkorban. Peranan yang dimainkan oleh Philip IV iaitu Raja Habsburg Sepanyol pada ketika itu menyebabkan Sepanyol jatuh. Melalui perdamaian Westphalia 1648 telah menguntungkan Sepanyol, kerana Austria kesannya tidak teruk seperti yang dialami oleh Jerman. Sementara itu tanah jajahan taklukannya iaitu Bohemia dan Hungary menjadi sebuah kuasa besar di Eropah. Ibid., hlm. 279.71 Melalui perjanjian Pyrenees dengan rasminya menamatkan kekuasaan Sepanyol di Eropah. Dalam syarat perjanjian ini lebih menguntungkan kerajaan Perancis, antaranya Sepanyol telah menyerahkan daerah Roussillion yang terletak di hujung Pyrenees di sebelah Timur dan daerah sempit di selatan Netherlands Belgium termasuk daerah Artios kepada Perancis. Perancis muncul sebagai pemenang utama dalam perang tiga pulu tahun, keadaan ini memberi kesempatan kepada diplomat raja meluaskan sempadan sehingga ke sungai Rhine. Namun begitu keunggulan tentera Perancis semakin merosot selepas tahun 1715 apabila England dan Austria ingin meningkatkan kuasa masing-masing. Rujuk buku, William H. Mcneill, Kebangkitan Barat, Sejarah Masyarakat Manusia, Penterjemahan Khidmat Terjemahan Nusantara Sdn

Page 22: Susun Galur Perang 30 Tahun Dan Implikasinya Ke Atas Eropah

keadaan yang berpengaruh yang membolehkan beliau mengembangkan kuasa ke

Netherlands dan Jerman. Kuasa Perancis adalah disokong oleh kekayaan dalam bidang

komersial dan penguasaan koloni yang hebat menjelang abad kedua pada kurun ke-17

yang menjadikan Perancis sebagai pemerintah mutlak dalam hal ehwal politik di Eropah. 72 Dasar Perancis adalah berbaik-baik dengan Stuart di England, dan menjalinkan

hubungan dengan Turki. Di Utara Eropah, Perancis bersekutu dengan Sweden, iaitu

pakatan tentera dan mula membentuk pakatan baru dikalangan putera-putera Jerman.

Akan tetapi, Raja Perancis tidak pula menjadikan seluruh Eropah sebagai kuasa monarki

dalam abad ke-2 pada kurun ke-17. akhir abad ke-17, ketenteraan Perancis telah terhenti

seketika.73 Ia merupakan satu keajaiban kerana Holland telah terselamat daripada

serangan ketenteraan oleh Perancis, dan William of Orange III, iaitu pemerintah England

telah berjaya singkirkan Perancis keluar dari England. Dalam pertempuran La Hogue

pada 1692, tentera British telah mengembangkan kekuasaanya ke atas armada Perancis.ia

merupakan sesuatu yang penting kerana walaupun mengalami kekalahan yang

mendukacitakan kepada Empayar di Rhine. Pada masa ini juga, Austria mencapai

sepenuh kebebasan daripada Turki di Selatan Eropah antara Carpathians dan Adriatic. Ia

menjadi mustahil untuk Perancis selepas itu untuk melepaskan rakyat Turki, dan anjakan

dalam imbangan kuasa Franko-Austria adalah sama banyak. Akhirnya, penurunan kuasa

Sweden, kenaikan Brandenburg-Prussia, dan kemunculan Rusia dalam krisis di Eropah

membuatkan kerja diplomasi Perancis lebih kompleks daripada sebelumnya.

5.1.2 Perubahan Sistem Politik di Jerman

Bhd. Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur : 1994, hlm, 623.72 Seterusnya dalam perjanjian ini Philip IV terpaksa menyetujui perkahwinan puterinya Maria Theresa dengan Raja Bourdon Perancis, Louis XIV yang akan menerima mas kahwin yang banyak daripada isteri Hapsburg dan pihak Perancis membuat tuntutan untuk menguasai Sepanyol. Rentetan daripada perjanjian ini, Sepanyol cuba untuk menolak Portugal, tetapi tentara Sepanyol dapat dikalahkan pada 1665, akhirnya Philip IV mati dalam pertempuran itu. Perancis menjadi kuasa yang hebat di Eropah pada abad ke-17. Carlton J.H. Hayes, Eropah Moden Sehingga 1870, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur : 1971, hlm, 279-280.73 ini bermakna kuasa sistem negara Eropah secara keseluruhannya bergerak maju di mana sistem politik tradisional menghadapi tekanan. Manifestasi yang paling nyata daripada kuasa negara Eropah baru adalah ketenteraan. Kawalan ketenteraan merupakan sebahagian daripada pertambahan secara amnya dalam keberkesanan dalam pentadbiran politik. Sehubungan itu, raja-raja Eropah maju dalam bidang teknologi peralatan perang, dan akhirnya memperkuatkan lagi kedaulatan mereka dalam negeri. Rujuk buku, William H. Mcneill, Kebangkitan Barat, Sejarah Masyarakat Manusia, Penterjemahan Khidmat Terjemahan Nusantara Sdn Bhd. Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur : 1994, hlm, 537.

Page 23: Susun Galur Perang 30 Tahun Dan Implikasinya Ke Atas Eropah

Perubahan sistem di negara Eropah memberi kesan yang mendalam dalam politik di

Jerman. Bahaya konflik-konflik antarabangsa akan mengotorkan bumi Jerman seperti

mana Perang Tiga Puluh Tahun. ia tidak menjurus kepada semangat perpaduan nasional

tetapi telah diatasi oleh kuasa-kuasa individu di setiap negeri. Brunswick-Hanover dan

Brandenburg-Prussia secara mutlak mengalihkan Sweden daripada Utara Jerman, dan

Hohenzollern secara rasmi berjaya dalam mendapatkan satu dasar yang membataskan

pergerakan Rusia yang membangun di sepanjang Baltik.74 Austria dengan bantuan

Jerman telah menyaingi Empayar Uthmaniah di sebelah Iron Gate dan Perancis maju di

Meuse dan Rhine. Dalam membuat segala usaha ini, negeri-negeri di bawah Jerman

menjangkau satu peringkat baru dalam pembangunan dalaman di mana ia adalah agak

berlawanan dengan Empayar secara keseluruhannya. Manakala dalam empayar negeri-

negeri, kemenangan adalah milik kuasa maharaja, merata-rata di wilayah-wilayah putera-

putera terjelma sebagai raja-raja mutlak di negeri-negeri mereka yang sendiri, tidak kira

sama ada mereka dimansuhkan, atau ditunda, atau seolah-olah menerima kerjasama

negeri-negeri. Teori potestas legibus absoluta yang dipegang oleh putera-putera raja,

adalah tak selalu boleh digunakan dalam satu situasi genting tetapi walau di mana estet

itu wujud, kehendak putera adalah tertinggi.75

Akibat peperangan ini Jerman yang dahulunya sebuah negara yang besar telah

berpecah-pecah kepada wilayah-wilayah kecil. Kesan yang dapat dilihat struktur kuasa

disusun kembali.76 Keadaan ini menyebabkan perubahan ketenteraan dan politik

Sepanyol yang sering berperang dengan Perancis dan Portugal, hal ini kerana kedua-dua

74 Carlton J.H. Hayes, Eropah Moden Sehingga 1870, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur : 1971, hlm, 274-275.75 Sebelumnya tempoh perang menunjukkan bahaya untuk hal ehwal luar negeri, dalam pembahagian kuasa. ia telah menunjukkan risiko-risiko putera dan negara teruk sekiranya mereka bergantung dengan askar-askar yang mata duitan. Tambahan pula, kegunaan askar untuk penguasaan penentangan dan lawan-lawan politik, dengan tidak menghiraukan undang-undang tradisonal dan adat-adat, telah menjadi bukti jelas ketakutan, serta keupayaan mereka untuk mengumpul kewangan caruman-caruman. Ibid, A History Of Modern Germany: 1648-1840, hlm. 42-43.76 Hal ini diibaratkan seperti bayangan kuasa maharaja yang dijadikan sebagai topeng dan akhirnya berlaku perpecahan di negeri Jerman. Perpecahan ini bukan sahaja disebabkan oleh sistem kemaharajaan tetapi ia juga disebabkan sikap putera raja yang mementingkan diri sendiri dan selalu menangguhkan masa apabila menubuhkan sebuah negara kebangsaan Jerman. Kerajaan-kerajaan Eropah moden menggabungkan estet-estat Zaman Pertengahan bagi menegakkan Negara-negara di utara, barat dan dinasti dibahagian tengah dan timur benua Eropah dengan menekankan satu kerangka politik yang kebih teratur untuk mengemblengkan pemusatan tenaga manusia dalam ketenteraan untuk menguasai kuasa-kuasa besar di Eropah. Rujuk buku William H. Mcneill, Kebangkitan Barat, Sejarah Masyarakat Manusia, Penterjemahan Khidmat Terjemahan Nusantara Sdn Bhd. Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur : 1994, hlm, 533.

Page 24: Susun Galur Perang 30 Tahun Dan Implikasinya Ke Atas Eropah

negara ini di bawah kuasa Sepanyol selama 60 tahun iaitu semasa pemerintahan Raja

John IV Braganza (1640) dan seterusnya menjadi dinasti baru Portugal. Sehubungan itu,

Sepanyol akhirnya terpaksa mengaku kemerdekaan Republik Belanda pada 1648 iaitu

penghujung Perang Tiga Puluh Tahun. Apabila Sepanyol lemah, Perancis menjadi negara

yang kuat di Eropah. Semasa Perang Tiga Puluh Tahun, Sweden dan Denmark berperang

dalam perang Torstensor.77

Kesan peperangan ini juga wujudnya sistem ketatanegaraan moden di Eropah

yang meliputi pelaksanaan undang-undang antarabangsa dan penggunaan diplomasi78

antarabangsa. Sistem ini tidak akan wujud, selagi terdapat negara Eropah iaitu empayar

Rom Suci yang mendakwa berkuasa terhadap negeri yang lain. Perang tiga puluh tahun

ini telah menurunkan kedudukan sebuah empayar yang tidak lebih seperti Perancis,

Sweden, England dan Sepanyol atau republik Belanda. Lantaran itu, muncul satu sistem

ketatanegaraan Eropah berdasarkan kepada prinsip persamaan moden bagi negara

merdeka dan berdaulat, justeru itu undang-undang Eropah dibuat oleh diplomat yang

mewakili negeri masing-masing.79 Hal ini dapat dilihat dalam wilayah setiap negeri

Eropah sistem sekatan dan imbangan berbeza, misalnya di Perancis pada abad ke-17

lebih kepada tekanan birokrasi awam dan tentera untuk merasionalkan serta memusatkan

unsur-unsur lain dalam masyarakat Perancis.80

5.1.3 Kemunculan Konsep Absolutisme

Seiring dengan kehebatan dan kepelbagaian sumber kewangan dan institusi politik,

mana-mana kawasan di Jerman telah menyebabkan putera-putera raja sebagai pemerintah

77 Kesan peperangan ini dapat dilihat dalam aspek politik dan ekonomi di negeri-negeri Jerman. Perkara ini dapat dilihat dalam aspek politik apabila dahulu pemerintahan sistem beraja yang berkuasa mutlak, selepas perang ini dapat dilihat kebanyakan politik untuk kumpulan yang berkepentingan sahaja. Konflik politik di Jerman dapat dilihat apabila berlakunya persaingan antara negara untuk mengukuhkan empayar mereka seperti Sweden dan Perancis. Graham Darby, Annual Edition Western Civilization Volume 2-Early Modern Through the 20 th Century, “ The 30 Years’ War” James Madison University, 2006, hlm,10.78 Diplomasi berasal daripada perkataan Itali dalam abad ke-15 dan digunakan oleh maharaja Sepanyol, Portugal Perancis, England dan negeri-negeri lain pada abad ke-16. hlm 275.79 Carlton J.H. Hayes, Eropah Moden Sehingga 1870, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur : 1971, hlm, 277.80 Golongan aristrokrat mendapat semula bahagian autonominya melalui hasil penulisan seperti tulisan kajian teoritis Montesquieu, sebaliknya di Austria pihak gereja mengekalkan kemerdekaan yang lebih luas berbanding di Perancis. Golongan pertengahan lebih lemah, dan tanah raja kekal sebagai entit yang berasingan dan bergabung menerusi ketaatsetiaan bersama raja Hapsburg, pemusatan pentadbiran yang dilaksanakan di Perancis dan menjadi rujukan kepada kerajaan Austria. Rujuk buku William H. Mcneill, Kebangkitan Barat, Sejarah Masyarakat Manusia, Penterjemahan Khidmat Terjemahan Nusantara Sdn Bhd. Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur : 1994, hlm, 625.

Page 25: Susun Galur Perang 30 Tahun Dan Implikasinya Ke Atas Eropah

yang berkuasa mutlak. Konsep Absolutisme di wilayah-wilayah sekular turut muncul.

Mereka mampu membina ekonomi politik yang bukan sahaja mengizinkan mereka hidup

dalam kemewahan, tetapi juga memberi mereka sepenuh kuasa dalam ketenteraan dan

dasar luar negeri. Kecuali di Austria dan Bohemia, absolutism bukan ditubuhkan

daripada perang Sivil tetapi ia dicapai secara perlahan walaupun tanpa perjuangan. Satu

punca utama kepada kemenangan putera-putera bukannya disebabkan kelemahan

ekonomi dalam negeri tetapi lebih kepada konflik kepentingan yang berkembang di

kalangan negeri-negeri yang sangat besar dan diperhebatkan melalui peperangan. Putera

raja boleh mengeksploitasikan perpecahan antara bangsawan dan bandar-bandar. Seperti

di negeri-negeri katolik, paderi ditahan atau mendapat balik sebuah tempat di kalangan

negeri-negeri, kerana mereka terlalu rapat dan dikaitkan dengan kerajaan untuk

bekerjasama dengan konsisten sama ada dengan negeri-negeri yang lain. Umumnya,

bandar-bandar adalah paling tidak dipedulikan dalam pertandingan tiga penjuru antara

putera raja dan dua buah negeri, manakala orang-orang bangsawan yang baru akan

memenangi kenaikan pangkat dalam tentera dan perkhidmatan awam negeri pula menjadi

penyokong mutlak putera raja. Melalui konsesi dan kompromi, putera-putera memenangi

pertempuran untuk menubuhkan angkatan tentera. sekali satu askar tetap.81

Sebelum ketenteraan dan pembangunan ekonomi yang sepenuhnya membanjiri

Jerman, absolutisme ataupun putera raja yang berkuasa mutlak telahpun muncul sebelum

itu lagi. Di Bavaria, negeri-negeri telah pun dilucutkan kuasa politiknya pada 1618.

Prinsip keseragaman agama dijadikan sebagai panduan dalam menjadikan keadaan ini,

dan tuntutan dukes yang mendakwa bahawa bangsawan mempunyai banyak pertentangan

dengan mereka. Keadaan ini menyebabkan pembangunan di Austria adalah sedikit

berbeza. Di Austria, sekumpulan bangsawan di bandar-bandar telah membentuk satu

kesatuan yang berkuasa untuk mempertahankan hak berpolitik oleh golongan mereka

ataupun untuk menyuarakan hak dan kehendak mereka kepada Pemerintah Hapsburg.

Konflik berdarah telah berakhir dengan Pertempuran White Mountain, yang

melengkapkan kejayaan pemerintah atau archducal di Bohemia dan Austria. Di tanah

81 Ia dipanggil sebagai “a miles perpetuus” pada masa itu. Ia juga dicipta dengan persetujuan negeri-negeri dan digunakan untuk kegunaan sendiri menyebabkan;ia memberi putera satu senjata yang boleh digunakan untuk melawan negeri-negeri terutama, sejak ia boleh kadangkala dibiayai subsidi oleh kuasa asing. Ibid, A History Of Modern Germany: 1648-1840, hlm. 45-46.

Page 26: Susun Galur Perang 30 Tahun Dan Implikasinya Ke Atas Eropah

jajahan Hapsburg, tiada lagi kewujudan negeri-negeri dibawah Pemerintah (Empayar

Suci Rom) dan kehidupan pembandaran sentiasa dipantau ketat oleh tentera pemerintah.

Penyingkiran sebahagian besar bangsawan-bangsawan lama dan diganti dengan

bangsawan baru bergantung kepada pertolongan dinasti/pemerintah telah memecahkan

kuasa negeri-negeri. Hapsburg juga mengharapkan sokongan daripada paderi,

memandangkan kemenangan mereka telah dicapai dengan perkhidmatan yang diberikan

oleh Gereja.82 Kewujudan jawatan dalam negeri terutama dalam bidang pentadbiran

kewangan bukannya menghapuskan tetapi membenarkan kerjasama seiring dengan

sistem pengundi. Pembahagian sistem berperanan penting dalam menguruskan yang

pentadbiran kewangan yang lemah di Bavaria pada abad ke-18.83

Seperti di Bavaria dan Austria, absolutisme dalam kumpulan wilayah-wilayah

tertentu, iaitu wilayah/prinsipaliti paderi boleh dikatakan kesan daripada daripada perang

agama. Prinsipaliti paderi kemungkinan tidak boleh diselamatkan jika mereka tidak

memelihara keseimbangan antara Protestant dan Katolik di Jerman, dan pemulihan kuasa

putera-Gereja yang berkuasa mutlak merupakan kesan daripada kejayaan negeri Jerman

Katolik. Ketiadaan hak dinasti yang sentiasa bertukar-tukar dan hak pemilihan dalam

chapter (kumpulan paderi) adalah halangan besar dalam mencari pemerintah berkuasa

mutlak. Dominasi yang dipegang oleh bangsawan sejak dari dulu bukan sahaja

menjadikan keahlian mereka dalam negeri yang dualistic tetapi juga dalam pembahagian

agama.84

82 Kejayaan pemerintah Bavaria dan Austria dalam melucutkan kuasa politik sesebuah negeri adalah satu langkah yang bijak di mana mereka tidak lagi menganggu untuk menghapuskan bentuk politik tradisional. Tiada sidang dibuat di Bavaria selepas 1667. Pemerintah tertinggi Palatine, memperolehi Bavaria semasa Perang Tiga Puluh Tahun, bukan sahaja menyingkirkan semua Protestant tetapi dengan kukuhnya telah berintegrasi dengan sistem pengundian rakyat Bavaria83 Belanjawan yang sangat besar oleh pengundi Bavaria untuk kegunaan politik dan tujuan peribadi mungkin dianggap berlebihan bagi negeri pertanian seperti Bavaria walaupun dalam acara lain sekalipun, tapi bagi negeri yang ketiadaan sistem pentadbiran yang rasional, ia dianggap sesuatu yang tidak mustahil kerana ia bergantung kepada pendapatan negara dan juga belanjawan sendiri.84Selepas 1648, bangsawan cuba hadkan kuasa paderi dengan “capatulations of election,”. Akan tetapi, keegoan golongan bangsawan telah menyebabkan rakyat beralih kepada sokongan terhadap putera-bishop dan kekuasaanya. Pope dan pemerintah menolong paderi dalam mendapatkan kekuasaan. Selepas tahun 1698, prinsipaliti paderi telah mengikut jejak langkah prinsipaliti sekular pada abad tersebut. Sesetengah Bishoprics, terutama di Rhineland dan Wesphalia, mula jalinkan hubungan dengan negeri sekular yang lain melalui peranan yang dimainkan oleh pemerintahnya. Terdapat sekali sekala seorang raja suka berperang, ibarat Biskop Christoph Berhard Munster, secara umum mereka diarah kepada usaha-usaha ke arah hal ehwal dalaman mereka. Praktiknya, ini bermakna sangat berbeza perkara-perkara ini. Penekanan boleh jadi untuk kemewahan kehidupan istana, atau satu dasar kebajikan awam, atau mengeneralisasi yang boleh dibuat tentang bishoprics paderi, dan serupa mestilah sebagai prinsipaliti Protestan yang kecil. Ibid, A History Of Modern Germany: 1648-1840, hlm. 48-49.

Page 27: Susun Galur Perang 30 Tahun Dan Implikasinya Ke Atas Eropah

Dalam hal ehwal kewangan pula, putera raja adalah berkuasa mutlak. Kewangan

awam adalah datangnya daripada penduduk. Kewangan awam, termasuk percukaian,

pernah menjadi sumber kewangan pada mulanya sebelum perang bermula. Ia sekarang

menjadi satu kebiasaan.85 Dalam keadaan ini, cukai-cukai langsung perlu dikekalkan.

Putera-putera telah menuntut hak dan budi bicara dalam menggunakan hasil pendapatan.

Ini dipanggil sebagai satu sistem yang lebih baik dalam membuat kutipan cukai dan

menjalankan pentadbiran. Pegawai-pegawai yang sebaiknya terus dilantik oleh putera-

putera.86 Pembaharuan yang ketara ialah menukarkan semua fungsi ini dengan melantik

pegawai baru yang kebanyakan adalah askar-askar yang mata duitan.87 Cukai telah

menjadi satu keutamaan dalam pembangunan ekonomi dalam Zaman Absolutisme.88

Dalam daerah Hapsburg pula, kongres dalam negeri sentiasa diadakan antara

pemerintah dengan agensi dalam negeri bagi membincangkan fungsi pentadbiran dalam

85Satu abad terdahulu, ia secara meluas dipegang oleh putera raja adalah untuk membayar perbelanjaan kerajaan dengan pendapatannya sendiri daripada perusahaan mereka sendiri seperti perlombongan, monopoli, tol dan lain-lain-biasanya bernama camerale, dan cukai-cukai itu adalah untuk dilevi satu-satunya untuk tujuan luar biasa, seperti pertahanan. Kecuali telah pada masa itu zaman pertengahan Bede, satu cukai tanah, telah menjadi satu yang kekal daripada satu levi yang sementara, dan lain caruman-caruman langsung dan tidak langsung telah ditambah. ladang-ladang telah cuba dengan adil untuk mengumpul cukai-cukai ini, yang dikenali sebagai contributionale, untuk kegunaan mereka dan juga untuk penyeliaan. Kadang-kadang, mereka juga hilang kawalan ke atas contributionale dan mendesak penyeliaan camerale. Ibid, A History Of Modern Germany: 1648-1840, hlm. 44.86 Sepanjang perang, cukai-cukai telah naik, dan malah pada akhir perang ia adalah mustahil untuk pulang ke tahap lebih awal iaitu sebelum perang. Pembayaran hutang-hutang, penempatan semula penduduk, mendapatkan pembaikan, dan penyenggaraan askar-askar di mana semua ini adalah untuk pendapatan terutama semenjak kesan kepada penjualan dan menggadai domains-domains, harga benih yang rendah, dan kesusahan yang lain serta menyebabkan camerale menghasilkan pendapatan yang kecil87 Commissaries telah dikirimkan untuk askar-askar bagi memeriksa pelaksanaan kontrak-kontrak yang baik antara putera raja dengan jeneral ataupun sebagai perantara antara tentera dengan negara dalam perkara seperti urusan rasmi dan pembahagian tentera. Dalam utusan ini, putera akan merangka sebuah organisasi satu sistem kerajaan yang berpusatkan putera raja sebagai ketuanya. Dalam organisasi ini juga terdapat kerumitan tertentu. Commissaries perang telah diserap ke dalam institusi-institusi lebih lama dan mempunyai hubungan dengan mereka. Satu cara di mana putera boleh membentuk satu struktur pentadbiran yang berpusat di mana ia berbeza dar negeri-negeri. Terdapat kepelbagaian dikalangan wilayah-wilayah seperti mana cukai-cukai yang telah dipilih untuk digunakan bagi menampung perbelanjaan negeri-negeri. Ibid, A History Of Modern Germany: 1648-1840, hlm. 44.88 Selain itu, cukai-cukai tidak langsung turut digunakan ataupun dikenali sebagai transaksi perniagaan. Dalam Zaman Pertengahan dulu pun. Setiap bandar di Jerman turut mempunyai kewangan awam hasil daripada cukai-cukai, dan di Netherland, sistem bandar ini adalah sangat penting dan digunakan dalam sebuah masyarakat di sebuah wilayah yang mempunyai ekonomi yang besar dan mengkagumkan semua jiran-jirannya. Praktikalnya, pemotongan cukai adalah berbeza daripada tiap-tiap negeri bukan sahaja kategori-kategori yang dikenakan cukai adalah berbeza mengikut komoditi dan urusniaga-urusniaga tetapi dengan menghormati orang yang menjalankan urusniaga tersebut. Dalam negeri-negeri tertentu juga, rakyat juga dilevi hanya du bandar-bandar tertentu, sementara di kampung-kampung rakyat telah mencarum kepada cukai tidak langsung. Dalam erti kata lain, terdapat pengecualian untuk kelas-kelas sosial individu seperti bangsawan dan paderi. Perbezaan dalam atur cara cukai dan pentadbiran juga wujud dalam wilayah-wilayah seorang raja. Ibid, A History Of Modern Germany: 1648-1840, hlm. 45.

Page 28: Susun Galur Perang 30 Tahun Dan Implikasinya Ke Atas Eropah

kewangan dan ketenteraan. Pejabat pentadbiran ditubuhkan seiring dengan agensi dalam

negeri. Konsep dualisme ini satu cabaran kepada ketua untuk menguruskan polisi

kewangan dan kesukaran ditambah lagi dengan kuasa aautonomi oleh tuan-tuan tanah.89

Pemisahan Austria daripada Pemerintah Jerman mencapai tahap baru pada abad ke-17.

Council of Aulic yang diperintah oleh archdukes Austria telah menjadi Imperial Aulic

Council (Reichshofrat) dan merupakan agensi yang mempunyai tanggungjawab dalam

fungsi kehakiman di Jerman. Pentadbiran politik telah dipindahkan daripada Council of

Aulic kepada Imperial Chancellery dan hal ehwal Austria telah diambil alih olehnya pada

1620 apabila satu pemisahan Aulic Chancellery telah dibuat untuk Autria. kewujudan

kepada Autrian Chancellery membawa kepada kewujudan Chancellery di Bohemia dan

Hungary.90

2. Perubahan Ekonomi

Perang tiga puluh tahun memberi kesan yang buruk terhadap masyarakat Jerman pada

ketika itu, mereka hidup merana dan menderita. Hal ini kerana mereka kehilangan harta

benda di samping itu juga perasaan trauma mereka terhadap perang dapat dilihat apabila

mereka masih lagi diselubungi ketakutan kerana perang ini terlalu lama. Hidup mereka

dalam ketakutan dan hilang kepercayaan tradisional mereka. Dalam bidang ekonomi pada

ketika itu, dapat dilihat aktiviti ekonomi kurang dijalankan kerana selalu berlaku

peperangan. Mereka tidak menjalankan aktiviti pertanian kerana tiada orang yang ingin

menguruskannya. Perkara ini dapat dilihat apabila pemilik tanah menjadi bankrup. Ada

juga pemilik tanah yang masih meneruskan aktiviti pertanian, namun majoriti penduduk

yang kecil tidak dapat hidup. Ini kerana kebanyakan kawasan pertanian mereka dibakar

oleh tentera-tentera musuh. Ada diantara pembesar yang mengambil kesempatan atas

kesusahan petani kecil, mereka ini membeli tanah dengan harga yang murah, mereka ini

mengambil tanah-tanah petani kecil, keadaan ini dapat dilihat apabila keluarga di

89 Ibid, A History Of Modern Germany: 1648-1840, hlm. 47.90 Pemusatan institusi Hapsburg adalah sebenarnya datang daripada angkatan ketenteraan. Ia bermula daripada angkatan tentera di bawah Wallestein. Pada 1650, ferdinard III, telah mengarahkan organisasi membentuk sembilan buah regimen angkatan kaki/infantri dan sepuluh calvary. Ini adalah tentera Jerman. Hanya pada abad ke-18, regimen Itali dan Hungary telah dibina. Pembinaan penuh Chancellery di Hungary pada akhir abad menambahkan kesukaran dalam pengorganisasian politik. Konsul pusat kepada pemerintahan menteri pada 1669 yang dipanggil Geheime Conferenz tidak berjaya mengatasi kecenderungan keluar daripada pemerintahan sendiri seperti mana Wilayah-wilayah Hapsburg.

Page 29: Susun Galur Perang 30 Tahun Dan Implikasinya Ke Atas Eropah

Bohemia merupakan keluarga yang kaya.91 Peperangan ini telah memberi kesan kepada

populasi penduduk, kebanyakan penduduk menjadi buruh, menjadi milik tuan tanah dan

terpaksa bekerja di tanah tuan mereka untuk membayar dan menebus diri sendiri. Jumlah

petani adalah kecil kerana ramai di antara mereka menjadi buruh terutamanya sebahagian

tempat di Jerman seperti Elbe River, di kawasan Mecklenburg dan Pomerania.92

5.2.1 Pengeluaran Pertanian

Di Selatan dan Barat Jerman kebanyakan tanah petani telah dijual kepada

golongan bangsawan, keadaan ini telah menyebabkan anak-anak petani diwajibkan

berkhidmat sebagai pembantu rumah, dan buruh untuk tempoh masa bertahun-tahun.

Seterusnya mewujudkan satu kecenderungan untuk menjadikan salah satu perusahaan

pertanian. Sewa tanah dikutip dan perlu dibayar sebelum perang tamat, pemberian

intensif akan diberikan ke atas pertanian yang berskala besar di selatan Jerman. Akibat

bencana harga benih selepas perang telah menyebabkan kemerosotan dalam nilai-nilai

tanah dan membawa kepada beban hutang yang serius. Aktiviti ekonomi menjadi begitu

komplek di bandar besar Jerman kerana berada dalam zon peperangan. Keadaan yang

selamat adalah di bawah pengaruh tentera dan pedagang boleh menjalankan aktiviti

perdagangan mereka.93

Selain itu, perang ini juga mengakibatkan kemiskinan di Jerman, namun begitu

hanya sedikit sahaja daerah-daerah yang tidak merasai kesan ekonomi kerana selalunya

mereka akan berpindah randah apabila berlaku sesuatu peperangan dari kawasan Utara ke

Selatan dan dari kawasan Timur berpindah ke barat.94 Suasana negeri Jerman sungguh

dahsyat, dengan sekolah habis musnah, sikap tahyul penduduk semakin bertambah,

aktiviti perdagangan rosak dan banyak jatuh ketangan orang-orang Belanda dan

Perancis. Tidak dapat dinafikan lagi bahawa kemewahan dan kebudayaan Jerman

menerima kemunduran yang amat besar iaitu mengambil masa selama berpuluh-puluh

tahun untuk memulihkan keadaan negeri daripada peperangan ini. Kronologi peperangan

91 Graham Darby, Annual Edition Western Civilization Volume 2-Early Modern Through the 20th Century, “ The 30 Years’ War” James Madison University, 2006, hlm, 9.92 McKay Hill Buckler, A History of Western Society, Houghton Mifflin Company, New York : 2003 hlm, 502-503.93 Ibid, A History Of Modern Germany 1648-1840, hlm, 28.94 Terdapat beberapa peristiwa sepanjang masa penghijrahan mereka, antaranya bagaimana seringala merayau-rayau di kawasan lading pemilik tanah, disebabkan kebuluran yang amat sangat, penduduk ketika itu sanggup memakan daging manusia, sikap manusia ketika itu amat teruk dan Carlton J.H. Hayes , Eropah Moden Sehingga 1870, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur : 1971, hlm, 278.

Page 30: Susun Galur Perang 30 Tahun Dan Implikasinya Ke Atas Eropah

ini bermula disebabkan perang saudara dan berakhir dengan perang politik yang akhirnya

membinasakan negeri Jerman. Faktor berlakunya peperangan ini disebabkan kesalahan

putera raja Jerman.

5.2.2 Bandar Perniagaan dan Kehidupan Industri

Selepas pertengahan abad ke-16 aktiviti perniagaan dan industri di Jerman tidak aktif.

Mereka kehilangan pasaran kesan daripada perang Tiga Puluh Tahun Di Selatan Bandar

Jerman aktiviti ekonomi mereka masih lagi selamat dan masih mengadakan hubungan

dengan Venice dan Lyons, tetapi lebih mengagumkan, penghormatan telah diberikan

seperti hubungan persahabatan di antara mereka. Sebahagian penduduk menjadi semakin

kaya semasa perang. Secara keseluruhannya, ramai pegawai dan pedagang dan tentera

semakin berprofil tinggi kerana mereka memiliki tanah yang dibeli daripada petani.

Pelarian penduduk Austria membawa kepada perkembangan perbandaran di Jerman

dalam bidang perniagaan. Pengeluaran perseorangan mengalami kesulitan, hal ini kerana

banyak pemulihan yang diperlukan tidak cukup untuk ditampung, kerana pengeluaran

pertanian ini memerlukan jumlah yang besar untuk dipasarkan di luar negara dan

akhirnya Jerman menjadi sebuah pusat domestik yang bagus. Pengeluaran pakaian

Jerman tidak dapat ditandingan daripada barangan Netherland dan England. Keadaan ini

wujudnya sistem matawang yang domestik. Bandar di Jerman tidak dapat disesuaikan

mengikut persekitaran. Sebanyak 50 bandar jajahannya menjadi pusat ekonomi dan

menjadi bandar-bandar kecil yang boleh dilihat daripada menaranya seperti Biberach,

Rottweil, Isny, Kaufbeuren, Ueberlingen, Hall dan Gmund di Swabia atau dikenali

sebagai Windsheim dan Rothenburg di Franconia.95 Fabrik dan bahan mentah seperti

benang yang dipintal kini di eksport dari Jerman. Kemudiannya pengeluaran barangan

baru dari Perancis seperti sutera, damak, gobelin dan gaya Perancis telah berjaya di

pasaran Eropah. Keadaan ini mewujudkan persaingan.

Pada lewat abad ke-16 dan awal abad ke-17, semua negara Eropah mengalami

krisis ekonomi yang dahsyat yang berpunca daripada nilai perak di Selatan Amerika,

kerana kesan perang 30 tahun telah menjadikan ekonomi di Jerman sukar. Tanah-tanah di

Jerman tidak dapat mengamalkan sistem pertanian, perniagaan dan perdagangan, ini

95 Bandar yang terpenting seperti Worms dan Speyer telah dibakar oleh Perancis pada 1689. Rujuk buku, Alfred A. Knopf, A History Of Modern Germany 1648-1840, New York : Hajo Holborn Yale University, 1966, hlm, 29.

Page 31: Susun Galur Perang 30 Tahun Dan Implikasinya Ke Atas Eropah

disebabkan peperangan selalu berlaku, dan tidak menjamin keselamatan penduduk untuk

bertani. Perdagangan di bandar Selatan seperti di Augburgs memerlukan pengangkutan

kapal dari lautan Mediterranean ke lautan Atlantik, disebabkan perang, semua kapal

rosak dan musnah. Walaubagaimanpun, pekan seperti di Lubeck, Hamburg, dan Bremen

di Utara dan Essen di kawasan Ruhr sebenarnya mempunyai potensi dalam bidang

ekonomi, tetapi di sana serangan daripada pihak tentera terlalu kerap berlaku dan ia telah

memusnahkan tanah dan sumber makanan penduduk Jerman.96

Sehubungan itu, ada sesetengah pedagang yang bankrap sebab perniagaan mereka

tidak memberi keuntungan kerana faktor peperangan. Hal ini kerana, semasa mereka

menjalankan aktiviti perniagaan, segala hasil yang dijual mendapat permintaan daripada

tentera-tentera, tentera tersebut tidak membayar hutang yang telah diberi oleh peniaga.

Keadaan ini mangakibatkan cukai naik dengan mendadak dan kuasa gereja pada ketika

itu bukan di bawah kerajaan. Walaupun terdapat bukti yang menyatakan institusi agama

mendapat perlindungan selepas tahun 1650, tetapi kehidupan penduduk yang hidup

sepanjang tiga puluh tahun mempunyai pengalaman dan trauma setiap masa

mengucapkan terima kasih apabila askar Sweden menduduki wilayah mereka pada tahun

1650.

Sepanjang 1660, usia penjajahan Hapsburg Sepanyol sudah tamat. Peraturan

Protestant masih kuat di Empayar Rom Suci, Republik Protestant seperti Portugal dan

semua koloni Brazil mendapat kebebasan yang dominan daripada Sepanyol sepanjang

hubungan negara Eropah dengan Perancis. Kualiti kehidupan di Sepanyol ada perbezaan

antara kaya dan miskin yang berlaku dengan drastik. Pemikir tradisional dan pihak gereja

merupakan ketua di Sepanyol dan membahagikan sejarah Eropah kepada dua kawasan,

aspek pertama negeri-negeri sebagai empayar boleh hidup dan maju dalam ekonomi asas

yang hanya kekal dalam negeri sahaja. Pergantungan Sepanyol daripada koloni-koloninya

dan kegagalan untuk memupuk industri dan pembaharuan sistem percukaian membawa

kepada bencana kepada Sepanyol. Kawasan kedua adalah di bawah kawalan golongan

borjuis seperti di England dan Holland, dimana ia bergantung kepada perbelanjaan

keagamaan yang dikawal oleh golongan bangsawan dan gereja seperti yang berlaku di

96 McKay Hill Buckler, A History of Western Society, Houghton Mifflin Company, New York : 2003 hlm, 502.

Page 32: Susun Galur Perang 30 Tahun Dan Implikasinya Ke Atas Eropah

Sepanyol.97 Kemudian kumpulan sosial cenderung menggunakan buruh, mengambil

untung dan kemajuan teknologi dalam menjalankan aktiviti-aktiviti ekonomi peniaga-

peniaga yang dikuasai oleh keluarga raja daripada golongan bangsawan.98

Namun begitu, menjelang abad ke-17, negarawan-negarawan Eropah sudah

memahami konsep bahawa perdagangan dan perindustrian yang maju dan makmur

membawa aset kepada negara. Penduduk kota di Eropah mewarisi tradisi berkerajaan

sendiri dan mempertahankan hak sendiri secara berkesan menentang semua pendatang.

Perdagangan Eropah semakin giat dengan perniagaan seberang laut. Pada mulanya

bahan-bahan yang bernilai tinggi mengikut keseimbangan volumnya. Pengangkut daratan

dari Utara Itali ke entreport-entreport di Jerman yang sekian lama menjadi satu bahagian

utama perniagaan Eropah. Akibatnya keuntungan semakin meningkat di Itali dan Jerman

selatan apabila meminjamkan wang menjadi satu pekerjaan seperti adanya bank yang

memainkan peranan penting dalam membangunkan industri perlombongan di Eropah,

maka lahirlah bandar seperti di Florence, Genoa, Venice, Angsburg dan Ulm.99 Hamburg

merupakan pusat kepada England dan akan menjadi pusat kepada Belanda, Hamburg

begitu penting menjadi pusat untuk memasarkan barangan bagi semua kuasa marintim

dan pasaran bebas.100 Corak perdagangan dan kewangan diganti oleh pertukaran

antarabangsa yang berpusat di Netherland.101 Lantaran itulah perang Tiga Puluh Tahun ini

telah memberi kesan yang mendalam terhadap ekonomi Eropah, hal ini kerana bidang

97 Alfred A. Knopf, A History Of Modern Germany 1648-1840, New York : Hajo Holborn Yale University, 1966, hlm, 29-31.98 Marvin Perry, Western Civilization A Brief History, Houghton Mifflin Company Boston, New York : 2005, hlm, 203.99 Alfred A. Knopf, A History Of Modern Germany 1648-1840, New York : Hajo Holborn Yale University, 1966, hlm, 31-33.100 Pengambilalihan tanah Elbe oleh Sweden telah memberi tekanan kepada jirannya Denmark disebabkan kebebasan yang diberi kepada Hampburg. Walau bagaimanapun, bukan mudah untuk menjadikan Hampburg sebagai pusat perniagaan, hal ini kerana pada masa yang sama adanya masalah politik dalaman dan peringkat antarabangsa. Keadaan ini membahayakan dan ekonomi jatuh. Seterusnya telah mengakibatkan kemasukan warga asing seperti Flemings, Walloon, Portugal, Jews dan Huguenots. Keadaan ini telah menyelamatkan Hamburgs daripada bandar-bandar Jerman yang lain. Jerman dan Lembah Elbe telah kehilangan perdagangan semasa perang 30 tahun. Aktiviti ekonomi di Leipzig sebagai pusat dan berhampiran Frankfurt di Barat, Hamburgs dan Bremen di Utara, Breslau dan Nurnberg di selatan. Rujuk buku, Ibid, A History Of Modern Germany 1648-1840, hlm, 33.101 Aktiviti yang dijalankan seperti perniagaan bijiran, ikan kod, kayu balak, logam, kain bulu kambing biri-biri, arang batu, sementara di wilayah Utara perniagaan terdiri daripada perdagangan rempah ratus dan perak aktiviti perniagaan ini dijalankan oleh orang Belanda dan Fleming. Rujuk buku, William H. Mcneill , Kebangkitan Barat, Sejarah Masyarakat Manusia, Penterjemahan Khidmat Terjemahan Nusantara Sdn Bhd. Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur : 1994, hlm, 538-539.

Page 33: Susun Galur Perang 30 Tahun Dan Implikasinya Ke Atas Eropah

pertanian memcerminkan perkembangan dan kegiatan ekonomi dagangan. perkiraan

harga dan keuntungan mula mengalami pengubahsuaian dalam pusingan tanaman dan

kaedah-kaedah pembajakan dan penanaman. Ketidakadilan dalam ekonomi ini,

mewujudkan jurang perbezaan antara golongan kaya dan golongan miskin.

5.2.3 Perubahan Organisasi Sosial untuk meningkatkan produktiviti

Kesan daripada perang Tiga Puluh tahun, aktiviti perdagangan telah dikurangkan sebaik

yang mungkin, sebahagian pengeluaran dijual dengan harga yang murah, pekerja yang

berkerja untuk permintaan orang kaya, barangan mewah yang dijual bergantung kepada

permintaan eksport seperti barangan yang dieksport mestilah bermutu, fabrik berkualiti

tinggi.102sebahagian kerajaan seperti Brandenburg-Prussia telah mengenakan cukai dalam

aktiviti perniagaan dan industri yang dijalankan di kawasan luar bandar.

5.3 Struktur sosial

5.3.1 Perubahan Populasi

Disebabkan oleh faktor kekayaan merupakan fokus utama, namun terdapat ahli

sejarawan yang tidak berpendapat peperangan ini memberi kesan kepada ekonomi, sosial

dan demografi. Pada abad ke-19 peperangan ini mengakibatkan berlaku banyak kematian,

kerosakan dan memberi kesan kepada kerosakan ekonomi. Pandangan sebelum

keputusan secara umum mengenai seluruh Jerman adalah berdasarkan beberapa kejadian

dan sumber kontemporori yang tidak sahih melalui pandangan nilai. Namun secara

realitinya, peperangan ini memberi kesan yang mendalam dalam aspek ekonomi dan

sosial, misalnya mereka mengenakan cukai yang tinggi dan pelaksanaan beberapa

peraturan seterusnya membebankan penduduk di Jerman, hal ini dapat dilihat semasa

pemerintahan Great Elector of Brandenburg yang menambahkan lagi kesan peperangan

mereka dalam mencapai kejayaan dalam peperangan tersebut.

102 Dalam urusniaga ini, terdapat undang-undang urusniaga antara Tuan tanah dengan golongan pedagang, ia bergantung juga kepada sesebuah negara . misalnya standard sesuatu barangan bergantung kepada kualiti pengeluaran yang dihasilkan, ia juga merujuk kepada persaingan untuk memonopoli dalam mendapat lesen perdagangan. Lewat abad ke-17, sistem domestik telah meningkat, dengan ini pekerja-pekerja amat diperlukan seperti golongan wanita dan kanak-kanak dalam manghasilkan pengeluaran terutamanya textile seperti menjahit, memintal, menenun, mengunting dan jahit-menjahit. Bayaran upah yang diterima adalah tidak setimpal dengan kerja yang dilakukan. Akhirnya berlaku pengekploitasikan tenaga buruh, misalnya kilang-kilang mengambil pekerja anak-anak yatim. Sistem domestik ini lebih tertumpu di kawasan luar bandar kerana mereka memerlukan sungai sebagai kuasa air. Keadaan ini memberi peluang kepada penduduk luar bandar melibatkan aktiviti perdagangan dengan skala yang besar. Rujuk buku, Alfred A. Knopf, A History Of Modern Germany 1648-1840, New York : Hajo Holborn Yale University, 1966, hlm, 36.

Page 34: Susun Galur Perang 30 Tahun Dan Implikasinya Ke Atas Eropah

Pada abad ke-16 kelas ekonomi Jerman berada dalam kedudukan yang tinggi dan

telah menjadi budaya dan tahap keintelektualan yang agung. Selepas peperangan satu

kumpulan yang kecil telah membentuk bandar Jerman dan menghentikan paksaan

terhadapa kuasa dan aktivit budaya yang akhirnya menjadi ahli masyarakat yang kuasa

yang sepenuhnya. Sementara itu terdapat lima kelas masyarakat terdapat di Frankfurt

pada 1731 seperti pegawai kerajaan dolktor, peguam, tuan tanah, pedagang, artisan, kedai

runcit dan pembantu rumah.103

Banyak kajian telah dilakukan terhadap penduduk asal masyarakat Jerman,

didapati bahawa bilangan mereka telah menurun daripada 20% kepada 40%. Penurunan

ini disebabkan populasi ini telah menurun kerana berlaku imigrasi dan pelarian. Hal ini

kerana dalam kawasan peperangan telah mengalami penurunan, berlainan dengan

kawasan yang terletak di Utara Jerman populasi penduduknya adalah biasa tetapi di Barat

Jerman populasi adalah rendah. Penurunan ini disebabkan kematian tentera yang

merupakan faktor utama. Pada tahun 1634-1640 banyak tentera yang mati disebabkan

masalah tempat yang sempit, keadaan ini telah berlaku di Bavaria sebanyak dua kali di

tangan tentera Sweden.104 Populasi penduduk berkurang di mana Jerman salah satu

daripada tiga bandar yang lain dan dua populasi dikawasan pendalaman. Kesan perang 30

tahun ini, Jerman merupakan Negara yang banyak kehilangan jumlah penduduk di

Eropah iaitu daripada 20 milion jatuh kepada 12 hingga 13 milion. Di Perancis

penduduknya seramai 24 milion pada 1660 di mana perancis telah menjadi negara yang

terkenal di Eropah. Tetapi semasa berlaku pemulihan di Jerman populasi penduduk

berubah. Hal ini kerana peningkatan populasi penduduk bertambah dan dapat

menewaskan kadar kematian kelahiran kanak-kanak Jerman yang tinggi berbanding

Negara Eropah yang lain pada tahun 1650. Sementara itu di Perancis, Sweden, Denmark,

Belgium, Switzerland dan utara Itali penduduk semakin merosot. Hanya England

populasi penduduknya bertambah daripada 5.6 million kepada 6 milion. Selepas

peperangan ramai pendatang yang datang ke Jerman, kebanyakan mereka dari

103 Dalam mobility sosial, golongan lelaki berada dalam kedudukan tertinggi. Mereka ini menerima pendidiakn di kawasan bandar. Struktur sosial adalah berbentuk piramid. Mobiliti sosial seseorang akan berubah sekiranya dia lebih kepada menjadi orang gaji dan hamba, dan seandainya dia berimpian menjadi ahli politik dalam masyarakat, dia perlulah mengubah cara pemikiran dan kuasa dalam kelas masyarakat. Ibid, 38. 104 Ibid., hlm, 502.

Page 35: Susun Galur Perang 30 Tahun Dan Implikasinya Ke Atas Eropah

Switzerland dan Palatine, kemudiannya lahirlah komuniti masyarakat Swiss di

Brandenburg. Jumlah komuniti yang banyak sekali ialah Wallons dan Belanda datang ke

Jerman dan dikenali Scots dan Scandinavians.105

Selain itu, berlaku diskriminasi dalam kalangan hamba dan kampung-kampung

serta bandar kecil dibakar, keadaan ini menyebabkan penduduk menderita kesan perang

tiga puluh tahun ini. Sementara itu, kawasan bandar tidak dimusnahkan, bagi mereka ia

merupakan sebagai sumber kesenangan. Akibat kawasan kampung dibakar, berlaku

kebuluran dalam kalangan penduduk Jerman. Ini kerana kawasan ladang telah

dimusnahkan dan dibakar, lantaran itu stok makanan semakin kurang. Kekurangan

makanan ini telah menyebabkan penduduk mengalami pelbagai jenis penyakit seperti

tifus, selesema, wabak bubonik dan disenteri yang disebarkan oleh tentera dan pelarian.

Penyakit ini menyerang golongan kanak-kanak dan orang tua kerana mereka kekurangan

vitamin dalam badan mereka pada ketika itu.106 Tambahan pula, populasi penduduk

semakin berkurang disebabkan banyak perkahwinan menjadi semakin kecil kerana

penghasilan populasi semakin kurang disebabkan kurangnya vitamin dan keluarga

berpecah belah atau berlaku perceraian seterusnya masalah sosial menjadi semakin teruk.

5.3.2 Perubahan Agama

Selain implikasinya terhadap politik, perjanjian ini juga memberi kesan dalam aspek

agama, dalam perjanjian ini, golongan Calvin akan berkongsi segala keistimewaan

dengan golongan Luther. Sehubungan itu perselisihan agama dapat dielakkan. Dalam

perdamaian ini juga, semua harta Kegerejaan hendaklah diberikan kepada Katolik atau

Protestant seperti mana mereka telah dipegang oleh mereka pada permulaan tahun 1624.

105 Jumlah kumpulan perseorangan iaitu Huguenots yang tiba dari Perancis selepas melepasi Edict di Nantes pada 1685. Postsdam Great Electioe telah dijemput datang ke Brandenburg dan seramai 20,000 orang telah menyesuaikan diri di wilayah-wilayah Hohenzollern, manakala yang lain terlah pergi ke Ansbach-Bayreuth, Hessekassel, Palatine, Brunswick-Luneburg, Frankruf, Emden, Bremen, Hamburg dan Lubeck. Wilayah Protestant telah bertambah akibat penghijrahan penduduk Jerman terutamanya di Waldensians. Sementara itu wilayah Lutheran terdapat di Wurttemberg, Saxony, Holstein, Mecklenburg, Brandenburg dan Prusia. Wilayah Katolik pula terletak di Sepanyol, Netherland, Lorraine, Milan, Genoa, Itali dan Bavaria. Kerajaan Calvin pula seperti di Swiss, bahagian atas Palatine dan Province Bersatu. Rujuk buku Alfred A. Knopf, A History Of Modern Germany 1648-1840, New York : Hajo Holborn Yale University, 1966, hlm, 23-24.106 Perang ini memakan masa yang panjang dan penduduk mengalami penderitaan dari segi mental dan fizikal, perkara ini dapat dilihat apabila beberapa ahli sejarawan berpendapat terdapat keperluan perlindungan kepada penduduk yang tidak berperang misalnya layanan kepada pesalit yang luka, larangan perampasan yang kejam dan kengerian yang mengejutkan golongan yang berperikemanusiaan Eropah. Sila rujuk buku Carlton J.H. Hayes, Eropah Moden Sehingga 1870, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur : 1971, hlm, 277.

Page 36: Susun Galur Perang 30 Tahun Dan Implikasinya Ke Atas Eropah

Seterusnya, melalui perjanjian ini, bilangan hakim-hakim yang seimbang antara Katolik

dan Protestant telah dilantik dalam mahkamah kemaharajaan. Lantaran itu, boleh

dikatakan terdapat sedikit perubahan dalam menganut agama di negeri-negeri Jerman

selepas 1648, hal ini kerana telah mendapat persetujuan umum dalam ketentuan agama

tersebut.107

Kegagalan orang Eropah untuk mencapai kata sepakat tentang kebenaran agama

baik dalam lingkungan sempadan negara dengan membuka pintu kepada sekularisme dan

sains moden. Keadaan ini meningkatkan tenaga intelektual dan moral Eropah ke era

yang baru. Menjelang 1648 selepas satu abad berlakunya peperangan yang penuh

kesangsian yang telah membahagikan benua Eropah kepada ajaran Protestant dan

Katolik, keadaan ini menyebabkan pelbagai mazhab Kristian wujud dan terus tersebar di

seluruh Eropah, hal ini boleh dilihat sebahagian besar penduduk Jerman di Eropah

memilih Protestant dan di Eropah Latin serta kerajaan Kristian Zaman Pertengahan

Slavic, Magyar dan Irish patuh kepada gereja Rom.108 Perkara ini dapat dilihat pada masa

kini apabila ajaran Protestant dan Katolik telah berkembang kesemua Eropah seperti di

Itali, empayar Rom Suci, Sepanyol dan Perancis, ajaran Calvinism (John Calvin) pula

telah berkembang di Perancis, Scotland, England, Bohemia, Empayar Rom Suci dan

Netherland dan ajaran Martin Luther (Lutheranism) berkembang di bahagian Utara

107 Kesan daripada reformasi agama Kristian Protestant dan Katolik secara drastiknya telah mengubah budaya, politik, agama dan kehidupan sosial di Eropah dan perkembangan kesusasteraan, kesenian, dan muzik. Peperangan ini juga telah membahagikan Eropah kepada beberapa bahagian dan akhirnya membawa kepada perluasan kuasa, hal ini kerana keseluruhan Jerman bahkan seluruh Eropah Utara telah terbabit dalam kontroversi agama yang dahsyat. Kesan peperangan ini juga menandakan bermulalah era Eropah Moden, masyarakat Eropah terus maju dalam pelbagai bidang dan menjadi bangsa yang berperadaban. Isu agama dan peperangan merupakan perkara yang biasa untuk memperluaskan empayar iaitu melalui politik. Agama digunakan sebagai alat peperangan di mana kuasa merupakan segala-galanya seperti yang berlaku di Eropah semasa perang agama berlaku.108Perbezaan fahaman Kotolik dan Protestant dan dalam kalangan pelbagai gereja Protestant, muncul mendadak menyusuli pergerakan Lutheran. Perbezaan ini dari sudaut kepercayaan seperti definisi yang tepat tentang intisari. Perbezaan yang paling asas antara gereja Katolik dan Protestant iaitu persoalan tentang sifat dan sumber-sumber autoriti agama. Luther, Calvin dan pengikutnya menyarankan keperibadian kepada semua penganut akan fungsi agama dalam teologi Zaman Pertengahan kepada kasta professional daripada golongan paderi yang bertauliah. Rujuk buku, William H. Macneill, Kebangkitan Barat, Sejarah Masyarakat Manusia, Penterjemah Khidmat Terjemahan Nusantara Sdn. Bhd. Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur : 1994, hlm, 543.

Page 37: Susun Galur Perang 30 Tahun Dan Implikasinya Ke Atas Eropah

Jerman, Sweden, Norway dan Denmark.109 Kesan daripada perang Tiga Puluh Tahun ini,

lahirlah kerajaan Katolik, kerajaan Lutherans dan Kerajaan Calvin.110

Sungguhpun pada permulaan Perang Tiga Puluh Tahun merupakan perang

pertikaian agama di antara golongan Protestant dan Katolik, namun ia juga turut memberi

kesan kepada ekonomi dan politik. Hal ini kerana berlaku perebutan untuk menguasai

ekonomi dan memperluaskan politik di antara negara yang ingin menjajah negara yang

lemah seperti permulaan Pemberontakan Bohemia. Perkara ini dapat dilihat apabila

peperangan ini berakhir dengan pertikaian yang hebat antara dinasti Hapsburg dengan

Bourbon iaitu kedua-dua negara mengamalkan ajaran katolik dan masing-masing

mengambil berat mengenai ketatanegaraan.111 Ajaran Katolik dan Lutheran telah diterima

di Jerman dan menjadi agama anutan masyarakat Kristian di Jerman. Di Utara Jerman

menerima ajaran Protestant dan di Selatan Jerman pula ajaran Katolik.112

5.3.3 Asas Polisi Ekonomi terhadap penguasaan terhadap negara sepenuhnya

Kemunculan golongan raja yang menguasai Jerman telah terlibat dalam perang Tiga

Puluh Tahun. Golongan Protestant di Jerman, konsep Luther ialah, seseorang Kristian itu

perlu mentaati Tuhan dengan penuh perasaan. Upacara dalam agama Katolik ini telah

memberi disiplin dalam menjalankan kerja setersunya semangat ini akan terus meresap

dalam diri penganutnya. Asas pendidikan amat penting dalam kerjaya, ia merupakan

objektif utama dalam polisi ekonomi sepenuhnya dalam kerajaan Jerman.113Pada 1714,

109 Alex Botero-Lowry, A Survey of Modern European History : From Joan Of Arc To Tony Blair, From wikibooks, the open content textbooks, http://en.wikibooks.org/wiki/European.History May 14 ,2006, hlm 32.110 Gereja Protestant di Jerman telah menjalin hubungan dengan kerajaan. Gereja Katolik pula mengekalkan hubungannya dengan golongan koporat. Di sini dapat dilihat majoriti golongan Bishop telah menjadi golongan bangsawan. Sementara itu, universiti Jerman telah mempertahankan golongan raja. Kesan daripada peperangan ini dapat dilihat dahulu raja merupakan pemerintah yang berkuasa mutlak dan dianggap sebagai tuhan namun selepas peperangan ini sistem politik dipengaruhi oleh kumpulan yang berkepentingan sahaja. Dahulu fungsi gereja dihormati dan diiktiraf secara rasmi, apabila berlaku pembaharuan gereja yang engkar tidak lagi dihormati. Sementara itu aktiviti perdagangan dahulu mengikut peraturan atau dilaksanakan secara rasmi, selepas peperangan dapat dilihat perdagangan antara peniaga adalah melalui penyeludupan. Donald Kagan, Steven Ozment, Frank M. Turner, The Western Herritage Volume B : 1300-1815, Prentice Hall, Upper Saddle River, New Jersey : 1998, hlm, 440-442.111 Hal ini bermaksud seorang putera raja Protestant Brandenburg perlulah memberi bantuan kepada maharaja katolik. Sila rujuk buku Carlton J.H. Hayes, Eropah Moden Sehingga 1870, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur : 1971, hlm, 275.112 McKay Hill Buckler, A History of Western Society, Houghton Mifflin Company, New York : 2003 hlm, 501.113 Polisi ini dapat meningkatkan lagi produktiviti pengeluaran. Pedagang berperanan sebagai role dalam kehidupan di Jerman, keadaan ini menyebabkan persatuan aristokrat prejudis terhadap mereka kerana mereka memegang jumlah wang yang banyak dalam aktiviti perniagaan dan perdagangan. Sebahagian

Page 38: Susun Galur Perang 30 Tahun Dan Implikasinya Ke Atas Eropah

selepas pengambilalihan Sepanyol Netherland, Maharaja Charles VI menemui syarikat

Ostende dengan membuat pelaburan yang besar dan semakin bertuah apabila menjadi

kuasa marintim dan mengadakan hubungan persahabatan dengan England. Hanya satu

sahaja penghabisan kawasan kolonial Jerman yang berperanan penting dalam

membangunkan ekonomi Jerman iaitu imigran disertai Protestant dari Rhineland

sehingga kolonial Amerika oleh William Penn pada 1683. kebanyakan imigran ini datang

semasa peperangan Palatine pada awal abad ke-18. namun begitu imigran ini tidak

menganggu ekonomi dan politik di Jerman.114

6.0 KESIMPULAN

Perang Tiga Puluh tahun merupakan satu fasa peperangan yang berlaku di Eropah sejak

dari 1618 sehingga 1648. sebenarnya, faktor yang membawa kepada perang Tiga Puluh

Tahun adalah bermula sejak bermulanya Reformasi agama yang berlaku di Eropah.

Reformasi merupakan satu gerakan agama yang mengambil tempat pada dekad kedua

dan ketiga abd ke-16. Reformasi menyebabkan suatu perubahan berevolusi terhadap

intelek, politik, sosial dan lain-lain.115 Kesannya, Perang Tiga Puluh Tahun adalah

penentu kepada kebebasan rakyat dalam mengamalkan agama masing-masing.

Persaingan antara kuasa-kuasa seperti Sepanyol, Perancis, Denmark dan Sweden

membuktikan bahawa faktor agama sudah cukup untuk membangkitkan ketidakpuasan

hati rakyat. Konflik ini dihentikan apabila tercetusnya Perjanjian Westphalia 1648 di

mana perjanjian ini memberikan hak kesaksamaan kepada negara-negara yang terlibat

dalam konflik ini. Perang ini menandakan berakhirnya perang agama dan bermulanya era

komersial, perluasan kuasa dan persaingan antara penjajah.

daripada perdagangan ini, wang dipindahkan kepada askar dengan jumlah yang berbeza mengikut standard tempat sama ada kecil atau besar. Sementara wang yang berlebihan akan diberukan kepada raja sebagai subsidi mereka dalam politik dan latihan ketenteraan. Rujuk buku, Alfred A. Knopf, A History Of Modern Germany 1648-1840, New York : Hajo Holborn Yale University, 1966, hlm, 39-41.114 Ibid, hlm, 41.115 Pemimpin-pemimpin seperti Martin Luther, John Calvin, dan Henry VIII dari England tidak mahu melancarkan reformasi sebenarnya. Mereka hanya mahu gereja kembali kepada ajaran Kritian yang sebenarnya. Tapi, pembahagian blok iaitu Kritian Katolik dan Kristian Protestant menyebabkan agama menjadi satu cara untuk mengukuhkan kuasa politik masing-masing.