zaman kegelapan eropah

22
UICI 2022 “ Zaman Kegelapan & Sumbangan Dunia Islam dalam Kebangkitan Keilmuan Eropah ” 1 Ahli Kumpulan 1 Md Faeez Izzham B Md Padzil A12MJ0018 2 Muhammad Syahir Bin Roslan A12MJ0026 3 Abdul Hakim Bin Sahidi B13MJ0002 4 Afiq Amani Bin Anuar B13MJ0003 5 Mohammad Nazrin Bin Jumali A12MJ0022 6 Brin Majirik A12MJ0007 7 Raja Zarulameen bin R Ruslan A12MJ0052 8 Hafizul Asyraf Bin Ahmad A12MJ0012 1

Upload: hakimengineeremas

Post on 18-Dec-2015

70 views

Category:

Documents


16 download

DESCRIPTION

sumbangan islam

TRANSCRIPT

UICI 2022

Zaman Kegelapan & Sumbangan Dunia Islam dalam Kebangkitan Keilmuan Eropah 1Ahli Kumpulan

1Md Faeez Izzham B Md PadzilA12MJ0018

2Muhammad Syahir Bin RoslanA12MJ0026

3Abdul Hakim Bin SahidiB13MJ0002

4Afiq Amani Bin AnuarB13MJ0003

5Mohammad Nazrin Bin JumaliA12MJ0022

6Brin MajirikA12MJ0007

7Raja Zarulameen bin R RuslanA12MJ0052

8Hafizul Asyraf Bin AhmadA12MJ0012

9Muhd Hakim Bin IsmailA12MJ0028

10Muhammad Fahmi Aidil Bin RosniA12MJ0024

11Koh Guan Li A12MJ0016

12Mohamad Nurhakim Bin RajaieA12MJ0020

ISI KANDUNGANPendahuluanMukasurat 2

Isi Kandungan :1-Sejarah Zaman Gelap Eropah2- Faktor-faktor dan kesan-kesan penghijrahan ilmu ke eropah3-Kesan penghijrahan ilmu 4- Sumbangan dunia keilmuan islam terhadap eropahMukasurat 3-14

KesimpulanMukasurat 14

BibliografiMukasurat 15

PENDAHULUAN

Zaman Kegelapan atau lebih masyhur dengan nama Dark Ages merupakan zaman dimana eropah mengalami kemunduran yang disempitkan dalam perihal keagamaan semata- mata. Hal ini berlaku kerana golongan gereja mempunyai pengaruh terbesar di eropah dan mereka menjadi institusi yang menyatukan sesebuah masyarakat di eropah. Pada masa itu, jalan-jalan di kota-kota besar di Eropah masih berlumpur dan kota-kota besar Eropah masih diselimuti kegelapan sedangkan kota-kota negara Islam telah diterangi lampu-lampu jalan raya dan mempunyai jalan raya yang berturap dengan batu-bata. Selain itu, gereja juga menjadi penasihat raja dalam pentadbiran. disebab itu, mereka mempunyai kuasa untuk menyekat kebebasan bersuara, berfikir dan sebagainya. Namun begitu, di negara negara islam pula, mereka mengalami pemodenan yang pesat sehingga menjadi kemegahan peradaban islam. Negara negara islam pada masa tersebut sedang mengalami zaman kegemilangan .

Menurut sejarawan, zaman ini dianggarkan berlaku pada pertengahan abad 8 sehingga 12 masihi. Pada masa tersebut, perkembangan ilmu pengetahuan dan peradaban ini berkembang secara pesat disebabkan usaha Daulah Islam di Timur Tengah dan Daulah Islam di Barat. Bangsawan islam berperanan sebagai pencipta, inventor besar yang handal dan lain- lain. Jasa dan keunggulan mereka digunakan sebagai dasar- dasar kemajuan di negara eropah. Oleh sebab itu, tidak dapat dinafikan bahawa Zaman Keemasan yang turut dikenali sebagai Zaman Renaissance merupakan sumbangan daripada keilmuan negara negara islam.

SEJARAH ZAMAN GELAP EROPAHZaman kegelapan Eropah bermula selepas kejatuhan tamadun Rom. Zaman Gelap ini juga dipanggil sebagai peringkat awal zaman pertengahan. Zaman pertengahan dibahagikan kepada tiga peringkat iaitu peringkat awal (476 1050 M), peringkat pertengahan atau kemuncak (1050 1300 M) dan peringkat akhir (1300 1450 M).Pada peringkat awal zaman pertengahan, Eropah telah mengalami kemerosotan yang ketara dalam bidang ilmu pengetahuan, perdagangan dan kehidupan bandarnya serta tidak mempunyai pentadbiran pusat yang berkesan. Pada masa yang sama, dunia Islam telah berada pada zaman kegemilangan seperti mana pada zaman Khulafa-arrasyidin, Bani Umaiyah dan Bani Abbasiyah.Ketika kejatuhan empayar Rom barat, kuasa pusat yang mentadbir wilayah-wilayah juga runtuh. Keadaan ini menyebabkan munculnya golongan-golongan yang dipanggil baron (tuan tanah). Golongan petani terpaksa mengharapkan perlindungan daripada tuan tanah oleh kerana suasana ketika itu sangat tidak selamat bagi mereka. Sebagai tukaran bagi perlindungan mereka, para petani membayar cukai yang tinggi kepada pihak tuan tanah. Bagi petani yang tidak mampu membayar cukai, mereka terpaksa menyerahkan tanah mereka kepada tuan tanah dan menjadi hamba.Jika para petani mendapatkan perlindungan dari tuan tanah, tuan tanah pula mendapatkan perlindungan daripada golongan raja. Sebagai tukaran, golongan tuan tanah dikehendaki memberikan khidmat atau membayar cukai kepada raja. Rantaian hubungan antara rakyat dan tuan tanah dan seterusnya golongan raja ini merupakan asas kepada pembentukan sistem feudal di Eropah.

Pada zaman ini, gereja Katolik telah menjadi sebuah institusi yang sangat berkuasa dan memiliki hartanah yang banyak. Walau bagaimanapun, institusi ini terlalu banyak memberikan fokus kepada kegiatan agama dan pembelajaran ilmu akhirat sahaja. Hal ini telah mencapai tahap di mana mereka yang memperkenalkan ilmu-ilmu baharu selain daripada ilmu gereja akan diburu dan dihukum. Hal seperti ini telah menampakkan pihak gereja seperti mengongkong kehidupan masyarakat Eropah pada waktu itu. Pada zaman ini juga, kegiatan perdagangan tidak dapat dijalankan dengan meluas di perairan pantai utara dan barat kerana sering diganggu dengan serangan orang-orang gasar iaitu Viking dan Magyar. Viking adalah suku kaum dari Norway, Sweden dan Denmark. Mereka merompak dan mengancam pusat-pusat pemerintahan yang ada pada ketika itu. Mereka juga melakukan penaklukan dan penjajahan pada pergerakan yang seterusnya. Magyar pula ialah sebuah suku kaum yang terbesar di Hungary dan merupakan campuran antara suku kaum Urgila dan Turki. Mereka menduduki Hungary mulai abad kesembilan Masihi dan menjadi ancaman kepada Eropah. Walau bagaimanapun, mereka akhirnya tewas kepada kerajaan Raja Otto 1 dalam pertempuran Lechfeld pada tahun 955 M. Orang Eropah juga tidak dapat berdagang jauh ke Timur kerana kawasan Mediterranean pada masa itu dikuasai oleh kerajaan Islam. Oleh kerana itu, mereka terpaksa menumpukan kegiatan ekonomi mereka kepada sektor pertanian. Perniagaan barang pertanian pula dikendalikan dalam sistem tukar barang kerana sistem mata wang mereka sangat terhad.Zaman Peralihan dari Zaman Gelap ke Zaman Renaissance dikenali sebagai zaman kemuncak pertengahan. Pada zaman ini, gereja mula memainkan peranan sebagai institusi yang menyeluruh dan menjadi ejen penyatuan. Perubahan ekonomi yang ketara juga telah berlaku hasil pertambahan penduduk, peningkatan aktiviti pertanian dan kemunculan perdagangan. Ini membawa kepada kemunculan bandar-bandar besar seperti Florence, Venice dan Milan. Perkembangan bandar seperti itu telah membawa pula kepada kemunculan kelas pertengahan yang terdiri daripada artisan, pedagang dan ahli perbankan. Status sosial seseorang itu tidak lagi berasaskan pemilikan tanah tetapi kekayaan. Rakyat pula mula terlibat dalam kegiatan politik sekali gus terjadinya perubahan politik.Istilah Renaissance berasal dari perkataan Itali iaitu Renisciment yang bermaksud kelahiran semula, dan istilah in merujuk kepada penghargaan semula ilmu yang telah dihasilkan oleh cendekiawan dan pejuang seni dalam tamadun Yunani dan Rom. Zaman Renaissance ialah penonjolan terhadap keupayaan manusia berfikir untuk menyelesaikan permasalahan. Aliran pemikiran seperti ini dikenali sebagai Humanisme yang dipelopori oleh Francesco Petrarch. Minat Francesco Petrarch terhadap ilmu membawa kepada penubuhan sebuah peprpustakaan yang mempunyai koleksi karya agung zaman Yunani dan Rom. Karya-karya ini telah diterjemahkan oleh cendekiawan Islam dan sesetengahnya oleh para paderi Katolik. Setelah membaca karya-karya tersebut, beliau mendapati terdapat pelbagai pandangan dan pendapat yang bercanggah. Dengan itu, Petrarch memutuskan bahawa apabila terdapat percanggahan pendapat, penyelesaian terbaik adalah denga memerhati perkara yang telah atau akan ditulis. Maka wujudlah kaedah sistem pemerhatian dalam penilaian atau penulisan. Kesungguhan manusia mencari penyelesaian untuk permasalahan hidup dan kesediaan mereka untuk meneroka perkara-perkara baharu menunjukkan bahawa manusia Renaissance didorong oleh semangat inkuiri (ingin tahu) yang kuat. Zaman Renaissance bermula di Itali pada abad ke-14 dan berkembang ke Eropah Barat sehingga abad ke -17. Di Itali, telah muncul bandar-bandar terkenal seperti Venice, Genoa, Florence, Rom dan Milanyang menjadi pusat perdagangan antarabangsa. Kedudukan Itali sangat strategik dari segi geografi kerana dikelilingi Laut Mediterranean sekaligus menjadikannya sebagai persimpangan utama dan pusat perdagangan antarabangsa. Venice dan Genoa adalah bandar pelabuhan paling terkenal dan di sini jugalah berlaku pertembungan budaya, bahasa dan agama.Aktiviti perdagangan di Itali telah membawa kepada kemunculan para pedagang kaya. Mereka menggunakan kekayaan mereka untuk mengindahkan bandar sekaligus menjadi tumpuan para seniman dan cendekiawan. Golongan kaya ini kemudiannya menjadi patron penaung kepada para pelukis, ahli muzik, saintis dan penulis. Antara patron yang terkenal ialah keluarga Medici di Florence. Golongan penaung ini berusaha menarik seniman dan cendekiawan terbaik dalam pelbagai bidang ke bandar masing-masing. Maka berlakulah persaingan antara bandar-bandar Itali untuk mendapatkan tokoh cendekiawan. Pada masa yang sama, para cendekiawan ini telah berkunjung dari bandar ke bandar bagi tujuan menyiapkan tugasan masing-masing. Kegiatan ini secara tidak langsung membantu penyebaran idea Renaissance. Selain golongan kaya, golongan Paus di Rom juga turut menjadi penaung kepada para seniman dan cendekiawan. Golongan penguasa gereja di Rom mencemburui pencapaian bandar seperti Florence serta kekuasaan keluarga Medici. Oleh itu, mereka juga berhaasrat menjadikan Rom cantik dan menarik seperti florence. Namun begitu, pihak gereja tidak bersedia untuk menaungi para cendekiawan dan seniman kerana mempunyai aliran pemikiran dan pandangan yang berbeza. Para saintis atau cendekiawan menekankan kaedah pemerhatian atau empirikal serta penggunaan akal dan logik bagi menerangkan sesuatu fenomena. Manakala pihak gereja pula lebih cenderung ke arah tradisional. Lantas, konflik dan perselisihan pendapat terus berlaku seperti kes Galileo Galilei yang berpendapat bahawa matahari adalah pusat alam, tetapi gereja berpendapat bahawa bumi ialah pusat alam. Oleh kerana itu, Galileo telah dijatuhi hukuman tahanan dalam rumah pada tahun 1633.

FAKTOR-FAKTOR DAN KESAN-KESAN PENGHIJRAHAN ILMU KE EROPAH

Ilmu dan tamadun masyarakat Islam tersebar secara meluas di seluruh Eropah menerusi usaha-usaha penterjemahan secara besar-besaran. Hal ini menyumbang kepada pembukaan beberapa buah universiti di Barat. Pada 1135 hingga 1284 Masihi, kegiatan penterjemahan berkembang dengan pesat. Robert of Chester Berjaya menterjemah karangan al-Khwarizmi yang merangkumi bidang algebra. Selain itu, Robert bersama Hermenn the Dalmation juga menyelesaikan terjemahan al-Quran yang pertama dalam sejarah pada tahun yang sama. Ramai pelajar Eropah mengunjungi Andalus dan Sepanyol untuk mempelajari ilmu pengetahuan. Terdapat lima faktor utama yang menyumbang kepada penghijrahan ilmu Islam ke Eropah yang membawa kepada perkembangan negara Eropah. Antaranya ialah:-a) Perang SalibOrang-orang Kristian melancarkan Perang Salib terhadap negara-negara Islam antara tahun 1097-1270M menerusi lapan siri peperangan. Perang ini telah meninggalkan kesan yang mendalam kepada orang-orang Eropah. Kesan-kesan peperangan ini terhadap orang-orang Eropah terbahagi kepada empat bidang iaitu bidang intelektual, sosial, ekonomi dan keagamaan.Dalam bidang intelektual, perang ini menjadikan pemikiran orang-orang Eropah lebih matang. Menerusi interaksi dalam peperangan ini, mereka belajar bahasa Arab di samping menguasai teknik dan kemahiran orang-orang Islam. Sebagai contoh, orang-orang Eropah meniru cara Sultan Mamalik al-Ashraf al-Khalil menghantar berita peperangan dengan menggunakan burung merpati. Selain itu, ramai orang Eropah mula sedar tentang kepentingan ilmu pengetahuan dan berminat dengannya. Contohnya, Constantine mempelajari ilmu perubatan di Andalus dan Leonard dari Itali mendalami ilmu matematik.Dalam bidang sosial pula, hati budi orang-orang Islam yang bertimbang rasa menyebabkan orang-orang Barat amat mengagumi dan menelitinya. Orang-orang Islam tidak akan membunuh orang-orang yang tidak melawan balik atau telah menyerah kalah, kaum wanita, kanak-kanak dan golongan tua. Di samping itu, orang-orang Eropah juga meniru cara perubatan orang-orang Islam untuk merawat pesakit-pesakit yang tercedera masa peperangan.Dalam bidang ekonomi, orang-orang Barat amat kagum dan terpegun dengan pelabuhan-pelabuhan Islam yang maju, kebijaksanaan orang Islam menggunakan laut Mediteranean sebagai penghubung serta penguasaan teknik yang baharu dalam pelbagai bidang.Dalam bidang keagamaan, orang-orang Barat mula sedar bahawa cara kekerasan dan zalim bukan cara yang betul dan efektif untuk menyebarkan agama. Demi menghancurkan orang-orang Islam, mereka harus lebih mendalami ilmu, budaya dan cara hidup orang-orang Islam.b) AndalusSejak kurun ke 8 M lagi, pengaruh Islam yang kuat telah wujud di Andalus. Andalus mencapai zaman keagungan semasa zaman Kahlifah Abdul Rahman III. Islam betapak kukuh di Andalus sehingga tahun 1492M. Tamadun Islam di Andalus berusaha memajukan bandar-bandar utama Andalus sehingga dipenuhi dengan pelbagai seni bina , budaya keintelektualan dan kesusasteraan yang unik serta pelbagai kegiatan-kegiatan yang moden. Tambahan pula, Andalus merupakan jambatan aliran ilmu dan tamadun Islam ke Eropah yang mendorong kepada pembukaan banyak sekolah dan universiti di sana.

c) Pulau SicillyPulau Sicilly terletak di tengah-tengah antara Eropah dengan benua Afrika. Oleh kerana kedudukannya yang strategik, Pulau Sicilly menjadi jambatan pengaliran ilmu dan tamadun Islam ke Eropah. Bidang keilmuan berkembang pesat di sini dan banyak cendekiawan Barat mengunjungi pulau ini untuk mempelajari ilmu pengetahuan Islam.d) Hubungan Diplomatik dan KebudayaanSifat toleransi dan keterbukaan para pemerintah Islam yang mengamalkan dasar pintu terbuka dengan mengambil inisiatif untuk menjalin hubungan diplomatik dengan negara-negara bukan Islam telah menyebabkan ilmu dan tamadun Islam tersebar ke dunia Eropah secara tidak langsung. Atas sebab sifat keterbukaan dan nilai-nilai murni orang-orang Islam, orang-orang Barat mula meneliti sifat-sifat orang-orang Islam yang mendorong kepada keagungan Tamadun Islam pada masa tersebut.e) Gerakan penterjemahanSelepas berinteraksi dengan Tamadun Islam, orang-orang Barat mula sedar tentang kepentingan ilmu pengetahuan dan perkembangan akal fikiran dalam sesuatu tamadun. Mereka mula melakukan kegiatan penterjemahan ilmu Islam kepada bahasa Latin secara besar-besaran setelah mereka sedar tentang ketinggian ilmu Islam.

KESAN PENGHIJRAHAN ILMUMelalui aktiviti penghijrahan ilmu tersebut, cara pemikiran, sikap dan gaya hidup orang-orang Eropah mula berubah. Mereka mula menyedaran kepentingan ilmu. Di samping itu, mereka juga faham bahawa kebebasan pemikiran akal dan ketinggian ilmu merupakan jalan utama untuk membebaskan diri mereka daripada kongkongan gereja feudal. Orang Barat mula mempertingkatkan usaha mendapatkan ilmu pengetahuan. Gerakan penterjemahan dilakukan secara besar-besaran untuk menterjemah sumber-sumber ilmu Islam dan karya-karya Islam ke dalam bahasa Latin. Hal ini membawa kepada pengaliran karya-karya ilmuwan Islam ke Eropah secara besar-besaran.

SUMBANGAN DUNIA KEILMUAN ISLAM TERHADAP EROPAHMelalui interaksi dengan dunia Islam, Eropah menyedari keterbelakangan dan ketertinggalan mereka. Interaksi tersebut menyebabkan adanya sentuhan peradaban Islam terhadap mereka. Pengaruh terpenting yang diambil Eropah dari pergaulannya dengan umat Islam adalah semangat untuk hidup yang dibentangkan oleh peradaban dan ilmu Islam. Keterpengaruhan Eropah pada peradaban Islam itu bersifat menyeluruh. Hampir tidak ada satu sisi pun dari berbagai sisi kehidupan Eropah yang tidak terpengaruh oleh peradaban Islam.Terdapat pelbagai jenis sumbangan dunia kelimuan Islam terhadap Eropah diantaranya dalam bidang kaedah saintifik. Para ilmuan Islam menggunakan kaedah pemerhatian dan penyiasatan dalam kajian saintifik mereka dalam pelbagai bidang. Kaedah inilah yang telah membawa Al-Biruni kepada penemuan tindak balas masa, Ibn Al-Haitham kepada penemuan optik, dan lain-lain. Dalam Kitab al-Manazir atau Kitab Optik yang dihasilkan oleh Ibn Al-Haitham, beliau telah membangunkan teori tentang penglihatan dan cahaya yang dibina di atas karya penulis Rom, Ptolemy, akan tetapi beliau menolak teori Ptolemy bahawa cahaya ialah pancaran dari mata (teori pancaran), dengan mengatakan bahawa pancaran cahaya memasuki mata. Ini merupakan kemajuan terbesar dalam bidang optik sehinggalah munculnya Johannes Kepler. Al-Manazir merupakan batu loncatan penting dalam sejarah kaedah saintifik dan sejarah optik. Terjemahan Latin Al-Manazir mempengaruhi karya-karya ramai ahli sains Eropah terkemudian, termasuklah Roger Bacon dan Kepler. Alkimia Barat turut bergantung kepada sumber-sumber Arab. Karya-karya Latin "Geber" Alkimia merupakan teks standard bagi para ahli alkimia Eropah. Beberapa perkataan Arab daripada karya-karya alkimia, sepertialkali,diserapkan ke dalam bahasa-bahasa Eropah dan menjadi sebahagian daripada perbendaharaan kata bahasa-bahasa tersebut.Falsafah Islam mempengaruhi pemikiran Barat dalam beberapa cara. Ianya bermula dalam gerakan kemanusiaan Barat dan membantu para ilmuan Barat dalam menyelaraskan falsafah dengan kepercayaan. Para ilmuan Islam mendedahkan kepada Barat bahawa dunia luar bukan semuanya penuh dengan kegelapan dan keganasan tetapi kaya dengan ilmu pengetahuan. Sebelum berlakunya interaksi antara intelektual Greek dan minda Barat, Islam telahpun terlebih dahulu mempelajari dan membangunkan lagi kesemua pencapaian intelektual Greek. Bahkan, orang Kristian Latin telah meminjam banyak kitab-kitab, ideologi secara terus dari sumber Arab. Mereka telah menterjemahkan kitab-kitab Al-Ghazali, Al-Kindi, Al-Farabi, Ibn Sina, Ibn Rushd, dan lain-lain kepada Bahasa Latin. Dalam bidang matematik pula, al-Khawarizmi atau lebih dikenali oleh para ilmuwan Latin sebagai Algorismus (kerana beliau berjaya memperoleh istilah algorism dan penemu kepada sains Algebra) juga kitab-kitabnya telah banyak diterjemahkan kepada Bahasa Latin. Menurut Professor Victor J. Katz: "Kebanyakkan karya-karya awal algebra di Eropah sebenarnya memperakui bahawa karya-karya pertama algebra di benua itu merupakan terjemahan karya-karya al-Khawarizmi dan penulis-penulis Arab lain. Juga terdapat kesedaran bahawa kebanyakkan trigonometri satah dan sfera boleh disandarkan kepada penulis-penulis Islam". Manakala dalam bidang astronomi, al-Khawarizmi telah menulis buku Sindhind zij yang berdasarkan astronomi India, dimana terdapat jadual kedudukan matahari, bulan dan planet-planet. Beliau juga telah mengkaji berbagai aspek, dari gerhana sehingga fasa-fasa bulan. Hampir pada zaman yang sama, pakar astronomi berbangsa Farsi bernama Al-Farghani telah menulis sebuah buku unsur-unsur astronomi yang dipanggil Kitab fi al-Harakat al-Samawiya wa Jawami Ilm al-Nujum. Ia merupakan satu usaha berdasarkan astronomi Ptolemy. Dia juga memperkenalkan beberapa pandangan baru termasuk precession yang melibatkan kedudukan nyata, bukan saja planet-planet, malahan bintang-bintang juga. Terdapat banyak lagi kitab-kitab yang dihasilkan oleh tokoh-tokoh astronomi Islam sehinggalah ke kurun ke-12; dan kesemua kitab-kitab ini sedikit demi sedikit telah diterjemahkan kedalam bahasa Latin, terutamanya di Toledo Sepanyol, lalu tersebar di seluruh benua Eropah. Melalui terjemahan tersebutlah tokoh-tokoh intelektual Eropah, dipenghujung zaman pertengahan, mengkaji semula teori Ptolemy dan mempelajari perkembangan astronomi hasil sumbangan dunia Islam.

Perubatan Islam adalah salah satu aspek yang paling terkenal dalam tamadun Islam, sebagai salah satu cabang sains di mana umat Islam paling cemerlang. al-Zahrawi melalui kitabnya al-Tasrif telah diterjemahkan ke bahasa Latin dan menjadi teks perubatan di universiti-universiti Eropah. Ibnu Sina yang merupakan tokoh falsafah dan perubatan Islam yang terkenal, banyak dari karyanya telah diterjemahkan ke dalam bahasa Barat. Antaranya, karya perubatan beliau iaitu Qanun fi al-Tib yang dianggap sebagai Injil Perubatan oleh sarjana Barat telah diterjemahkan sebagai Cannon dan dijadikan teks rujukan bidang perubatan di Eropah sehingga abad ke-16 M. Dalam masa 30 tahun terakhir abad ke 15 M, buku ini telah diterbitkan sebanyak 15 kali dalam bahasa Latin dan sekali dalam edisi Ibrani. Salah seorang doctor Islam yang terkenal iaitu Al-Rhazes telah berjaya menemui asal usul demam campak dan dari kajiannya telah mendapati bahawa seseorang itu cuma akan mengalami penyakit tersebut sekali seumur hidup sejurusnya menunjukkan bahawa dalam badan manusia terdapat sistem imunisasi dan bagaimana ia berfungsi. Kesemua penemuan Islam ini kemudian digunakan oleh orang Eropah sebagai batu loncatan kepada revolusi saintifik. KESIMPULANKemajuan dan kemegahan Eropah dan barat hari ini merupakan air tangan umat islam yang mana telah bertindak sebagai cahaya yang memimpin masyarakat eropah dan barat untuk keluar daripada zaman kegelapan mereka. Ilmuan ilmuan Islam memainkan peranan yang cukup penting dalam menghasilkan ciptaan ciptaan dan karya karya falsafah yang kemudiannya dicedok dan digunapakai oleh masyarakat eropah.Namun pada hari ini, dunia menjadi terbalik dimana masyarakat Islam pula terpaksa menadah tangan dan menerima ilmu-ilmu ,ciptaan dan falsafah barat yang mana sebenarnya mereka hanya mengubahsuai ilmu yang datangnya daripada dunia Islam sendiri. Umat Islam harus sedar bahawa mereka perlu dapatkan kembali ilmu ilmu tersebut dan kembali membangunkan masyarakat islam seterusnya mencipta kembali zaman kegemilangan islam. Sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w , Hikmah ( ilmu ) itu adalah barang yang hilang milik orang yang beriman. Di mana saja ia menemukannya, maka ambillah.

BIBLIOGRAFIhttp://www.academia.edu/6280382/BINCANGKAN_PERKEMBANGAN_FALSAFAH_SEJARAH_DALAM_ZAMAN_PERTENGAHAN_DI_EROPAHhttp://mzuhairi.blogspot.com/2013/03/sumbangan-tamadun-islam-kepada-dunia.html Buku Teks Sejarah Tingkatan 4

15