zaman feudalisme di eropah

28
PENGENALAN Banyak cadangan telah dikemukakan bagi mengehadkan tempoh masa zaman pertengahan. Namun hasilnya, tiada satu pun tarikh yang ditetapkan untuk menandakan bermula dan berakhirnya zaman pertengahan. Walau bagaimanapun, kebanyakan ahli sejarawan telah meletakkan tarikh permulaan Zaman Pertengahan iaitu pada tahun 500M. dan berakhir pada tahun 1500M. Selepas berakhirnya tahun 1500M, maka Eropah dikenali pula sebagai zaman moden. 1 Feudalisme secara umumnya boleh didefinisikan sebagai satu bentuk kerajaan, iaitu kuasa politik dikuatkuasakan secara tempatan oleh individu persendirian dan bukan kerajaan pusat. Pada asasnya, sistem ini seperti yang wujud di Eropah sejak abad ke-9 memperlihatkan hubungan peribadi yang erat antara tuan tanah (lord) dan petani (vassal) yang disyaratkan untuk memberi taat setia kepada lord. Satu pihak akan memberi perlindungan sementara satu pihak lagi memberi perkhidmatan ketenteraan dan keselamatan kepada raja. Selain aspek ketenteraan dan keselamatan, feudotari juga dikehendaki menyediakan keperluan tertentu termasuklah buruh untuk sistem kerah. Hubungan ini menentukan kedua-dua pihak memperoleh faedah dan keuntungan bersama. Sistem feudal menyediakan satu unsure,tetapi secara keseluruhannya 1 Wan Abdul Rahman Latif et al. 2001.Sejarah Perkembangan Tamadun Dunia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Hlm. 154.

Upload: keenureeves

Post on 18-Jun-2015

6.314 views

Category:

Documents


8 download

TRANSCRIPT

Page 1: zaman feudalisme di Eropah

PENGENALAN

Banyak cadangan telah dikemukakan bagi mengehadkan tempoh masa zaman

pertengahan. Namun hasilnya, tiada satu pun tarikh yang ditetapkan untuk menandakan

bermula dan berakhirnya zaman pertengahan. Walau bagaimanapun, kebanyakan ahli

sejarawan telah meletakkan tarikh permulaan Zaman Pertengahan iaitu pada tahun 500M.

dan berakhir pada tahun 1500M. Selepas berakhirnya tahun 1500M, maka Eropah

dikenali pula sebagai zaman moden.1

Feudalisme secara umumnya boleh didefinisikan sebagai satu bentuk kerajaan,

iaitu kuasa politik dikuatkuasakan secara tempatan oleh individu persendirian dan bukan

kerajaan pusat. Pada asasnya, sistem ini seperti yang wujud di Eropah sejak abad ke-9

memperlihatkan hubungan peribadi yang erat antara tuan tanah (lord) dan petani (vassal)

yang disyaratkan untuk memberi taat setia kepada lord. Satu pihak akan memberi

perlindungan sementara satu pihak lagi memberi perkhidmatan ketenteraan dan

keselamatan kepada raja. Selain aspek ketenteraan dan keselamatan, feudotari juga

dikehendaki menyediakan keperluan tertentu termasuklah buruh untuk sistem kerah.

Hubungan ini menentukan kedua-dua pihak memperoleh faedah dan keuntungan

bersama. Sistem feudal menyediakan satu unsure,tetapi secara keseluruhannya berkesan,

pertahanan dalam masa peperangan dan rangka yang perlu untuk mengekalkan undang-

undang dan peraturan.2

Selain itu, feudalisme juga sering dikenali sebagai satu sistem anarki yang

dirancang. Dalam mentafsirkan feudalisme, perlu diingat bahawa anarki yang dirancang

adalah lebih baik daripada anarki yang tidak mempunyai organisasi dan tanpanya

masyarakat Eropah akan mengalami keadaan yang tidak teratur dan kacau-bilau.3 Di

samping itu juga, feudalisme turut didefinisikan sebagai satu istilah atau konsep yang

terbentuk di Eropah Barat selepas kejatuhan Empayar Charlemagne dan berlanjutan

sehingga abad ke-14. Abad tersebut memperlihatkan era yang digelar masyarakat feudal. 1 Wan Abdul Rahman Latif et al. 2001.Sejarah Perkembangan Tamadun Dunia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Hlm. 154.2 W. N. Weech, terjemahan Abdullah Karim Abdullah et al. 1981. Sejarah Dunia Jilid 2. Hlm. 8.3 Wan Abdul Rahman Latif et al. 2001. Sejarah Perkembangan Tamadun Dunia. Hlm. 172.

Page 2: zaman feudalisme di Eropah

Dalam buku Feudal Society karya Marc Bloch, beliau mentakrifkan istilah feudal

digunakan bagi menerangkan seluruh kelakuan dan adab yang sekian lama diterima dan

wujud pada ketika itu serta organisasi kelas atasan masyarakat itu yang meliputi

perjanjian secara bertulis yang didominasi kekuasaan golongan atasan.4

Jika dilihat dari segi strukturnya, sistem feudal memaparkan satu bentuk piramid.5

Di bahagian bawah sekali ialah golongan rakyat atau petani manakala di bahagian atas

sekali ialah raja. Bahagian tengah pula ialah golongan pembesar yang bertanggungjawab

menjadi ‘tali penghubung’ antara raja dengan rakyat dan secara praktikalnya turut

bertindak sebagai tuan tanah. Dalam pemerintahan bercorak feudal ini, wujud satu

hierarki yang jelas antara feudatories dan subfeudatories di bawah pemerintahan seorang

raja. Kehidupan sosial masyarakat Eropah pada Zaman Gelap yang berasaskan kepada

sistem feudal ini diwakili oleh golongan pemerintah dan golongan yang diperintah seperti

rajah yang telah disediakan di bawah ini:

Dalam masyarakat feudal, golongan pemerintah terdiri daripada raja dan di bawah raja

terdapat golongan bangsawan yang menjadi pengikut setia raja. Jika dilihat daripada

pelbagai aspek, bangsawan lapisan pertama lebih rapat dengan golongan raja manakala

bangsawan lapisan kedua lebih rapat dengan bangsawan lapisan pertama.

Raja

4 Mohamad Kamal Kamaruddin. 2009. Sejarah Eropah. Selangor : Prentice Hall. Hlm. 495 Ibid. Hlm. 49.

Page 3: zaman feudalisme di Eropah

Raja menduduki hierarki tertinggi dalam sistem feudal dan berkuasa mutlak terhadap

rakyat dan Negara.6 Dalam sistem yang kompleks daripada pengagihan kuasa pusat ini,

idea tentang kerajaan yang terdiri daripada rakyat yang terdiri daripada rakyat yang

diperintah secara langsung oleh kerajaan pusat tidak wujud lagi. Namun, di sepanjang

zaman feudal, negara dapat mengekalkan kewujudannya dan raja masih terus memerintah

walaupun kuasa mereka semakin berkurangan. Pada masa itu, tidak terdapat sistem

percukaian, undang-undang atau mahkamah serta tentera kebangsaan.

Golongan raja merupakan golongan penaung utama dalam sesebuah negara

dengan memiliki tanah di negeri masing-masing secara mutlak. Dalam erti kata lain,

golongan raja mempunyai kuasa yang penuh ke atas tanah-tanah di dalam negara dan

berhak memutuskan kepada sesiapa untuk memajakkan tanah yang menjadi miliknya.

Oleh itu, seseorang yang dipercayai sahaja yang diberikan hak untuk memajak tanah

tersebut iaitu daripada golongan puak Vassal. Akan tetapi, Vassal terlebih dahulu

dikehendaki untuk mengangkat sumpah sebagai tanda taat setia kepada raja dan harus

menjalankan tugas mengikut arahan raja. Kebiasaannya, golongan Vassal ini adalah

terdiri daripada golongan lelaki. Di samping itu juga, raja turut memberikan tanah kepada

golongan bangsawan yang terdiri daripada Barons, Bishops dan Knight sebagai balasan

atau pun ganjaran terhadap perkhidmatan yang telah mereka berikan. Namun, sebagai

balasannya, golongan bangsawan haruslah membekalkan askar-askar untuk tujuan

peperangan. Dalam masyarakat feudal, kesetiaan yang tidak berbelah bahagi adalah amat

penting dan perlu dititikberatkan oleh semua golongan pada masa tersebut.7

Tanah-tanah telah dapat dikumpulkan melalui pemberian oleh generasi, raja yang

didorong oleh hasrat untuk menyatukan dirinya dengan Tuhan dan membuat kerja

kebajikan supaya dosanya yang lalu dapat diampunkan.8 Sebagai contoh, Henry II

(contoh raja yang paling baik pada zaman pertengahan) telah menggunakan hakim

Pengadilan di England, mengadakan mahkamah penyiasatan kes atas tindak tanduk pihak

berkuasa tempatan yang bertanggungjawab untuk mengekalkan undang-undang dan

6 Ibid. Hlm. 52.7 Ibid. 8 Wan Abdul Rahman Latif et al. 2001. Sejarah Perkembangan Tamadun Dunia. Hlm. 169.

Page 4: zaman feudalisme di Eropah

peraturan. Baginda tidak memasuki perang salib, seperti yang telah dilakukan oleh

datuknya dan satu daripada kejayaan terpentingnya ialah mengehadkan kuasa Kepausan

ke atas Gereja Perancis dengan mengadakan perjanjian atau persetiaan dengan Paus.

Baginda kurang menghiraukan Kesatuan Dunia Kristian daripada kemakmuran Perancis

tetapi Henry II merupakan salah satu contoh terbaik di antara raja-raja yang ada pada

zaman pertengahan.9

Walaupun raja berkuasa dalam sesebuah wilayah namun golongan itu perlu

mencari kaedah untuk mengekalkan kedudukannya. Mereka perlu memberikan ganjaran

kepada golongan bangsawan untuk mengawal golongan bangsawan tersebut. Secara tidak

langsung, golongan bangsawan akan dikurniakan tanah dan sekali gus golongan ini akan

terikat dengan pemerintah pada zaman itu. Taat setia akan ditumpahkan kepada raja dan

mereka akan melindungi raja daripada sebarang ancaman baik secara luaran mahu pun

dalaman. Selain itu, mereka juga akan memaklumkan dan memberi sokongan bersenjata

kepada pemerintah. Golongan raja juga turut memperolehi hasil pendapatan daripada

cukai-cukai yang dikenakan kepada golongan bangsawan hasil daripada tanah yang telah

mereka berikan. Dalam bidang ketenteraan, raja turut bertanggungjawab untuk

mengepalai tentera dalam peperangan dan seterusnya mencetuskan kemenangan bagi

pihaknya.10

Di bawah sistem feudal, raja diiktiraf sebagai penguasa ke atas semua Lord dan

pemilik kesemua tanah dalam kerajaannya. Raja memerintah bukan sekadar raja mutlak

atau pun sebagai raja berpelembagaan, tetapi sebagai feudal overlord iaitu golongan

bangsawan yang berkuasa penuh ke atas tanah, anak-anak buah dan hamba-hambanya.

Hasil perbelanjaan negara juga diperolehi oleh raja menerusi pendapatan daripada

tanahnya sendiri, estet-estet di raja dan bantuan daripada pihak vassal.11 Selain itu juga,

beliau tidak dapat membentuk pasukan tentera kebangsaan tetapi boleh memanggil

hambanya untuk melaksanakan perkhidmatan tentera yang disertai oleh hamba mereka

yang lain.12 Di samping itu juga, beliau tidak boleh mengisytiharkan perundangan yang

9 W. N. Weech, terjemahan Abdullah Karim Abdullah et al. 1981. Sejarah Dunia Jilid 2. Hlm. 9-10.10 Mohamad Kamal Kamaruddin. 2009. Sejarah Eropah. Hlm.52.11 Ibid. 12 Wan Abdul Rahman Latif et al. 2001. Sejarah Perkembangan Tamadun Dunia. Hlm. 171.

Page 5: zaman feudalisme di Eropah

megikut semua ahli dalam negeri tetapi beliau boleh mengarahkan hambanya dan

mengeluarkan peraturan pihak berkuasa dengan harapan bahawa hambanya akan

menyampaikan kepada orang yang berada di bawah pemerintahan mereka. Golongan raja

juga tidak mempunyai bidang kuasa terhadap sebahagian besar rakyat tetapi beliau boleh

mengadakan mahkamah feudal untuk membicarakan hambanya yang terdekat dan

tanggungannya. 13

Dari segi amalan, sememangnya ketua hamba mematuhi raja dan melaksanakan

tugas mereka hanya jika difikirkan perlu dan mereka jarang membawa sebahagian hamba

mereka bersama apabila dipanggil untuk memberi perkhidmatan ketenteraan. Pada awal

zaman feudalisme, kebiasaannya mereka telah mengenepikan perintah raja. Walau

bagaimanapun, raja mempunyai faedah yang dapat mengatasi tuan besar feudal yang lain

berasaskan teori keagungan keutuhan yang biasa diiktiraf sebagai sah apabila diketepikan

secara praktis. Dengan peredaran masa, raja-raja di England dan kemudiannya di

Perancis telah berupaya untuk menjadikan teori itu sebagai satu realiti. Manakala, di

Jerman dan Itali, kebangkitan pemerintahan beraja telah dirumitkan dengan masalah yang

luar biasa yang telah menyekat proses itu daripada menjadi sempurna. 14

Walau bagaimanapun, bahaya yang paling besar dan jelas kepada pemerintahan

beraja feudal adalah pergantungannya kepada watak raja.15 Organisasi seluruhnya adalah

diasaskan kepada kecekapan pertuanan. Jika baginda gagal menguatkuasakan tanggungan

yang harus dijelaskan oleh ketua penyewa, maka keadaan akan menjadi tidak terkawal.

Contohnya, pemerintahan Stephen di England telahpun menunjukkan bagaimana dengan

cepat sekali seluruh sistem kerajaan berkecai dalam suasana kacau-bilau apabila terdapat

orang yang lemah menduduki takhta dan ini adalah merupakan penyebab utama

wujudnya keadaan huru hara di Jerman dan di bahagian tenggara Eropah melainkan

empayar Byzantine, dari kurun ketiga belas dan seterusnya.16 Di barat, iaitu di Perancis

13 Ibid. 14 Ibid. Hlm. 171-172.15 W. N. Weech, terjemahan Abdullah Karim Abdullah et al. 1981. Sejarah Dunia Jilid 2. Hlm. 9.16 Ibid.

Page 6: zaman feudalisme di Eropah

dan England, pemerintahan beraja feudal tidak lagi memegang tampuk kuasa namun

akhirnya kedua-duanya menjadi mangsa kepada sengketa warisan dan raja yang lemah.17

Bangsawan/ Baron

Kelas-kelas tradisional Eropah Barat sangat terjejas dengan kepesatan perkembangan

ekonomi. Golongan bangsawan kekal mendominasi kumpulan sosial, yang mana kuasa

dan pengaruhnya tetap kukuh dalam sistem feudal dan struktur-struktur manor itu. Walau

bagaimanapun, perubahan keadaan ekonomi telah membawa perubahan baru yang

menjejaskan status dan gaya hidup mereka.18

Golongan bangsawan menduduki hierarki kedua selepas golongan raja. Golongan

ini turut memainkan peranan yang penting dalam system pemerintahan pada zaman

tersebut. Terdapat banyak gelaran bagi golongan bangsawan antaranya Duke, Baron

(Lord), Count dan Vassal. Dalam Empayar Carolingian, kedudukan dan pangkat Count

dan Duke telah menjadi sesuatu yang diwarisi secara turun temurun. Keadaan tersebut

menjadi mudah kepada golongan Count dan Duke untuk mendapatkan lebih pengaruh

kerana dikatakan mereka mempunyai kekuasaan dan hak yang lebih hebat daripada

golongan raja. Golongan bangsawan juga diberi sebahagian tanah yang dimiliki oleh raja

dan tanah tersebut dikenakan cukai sebagai taat setia kepada raja. Selain itu, tanah yang

diberi oleh golongan raja ini boleh diwarisi secara turun temurun oleh keluarga

bangsawan. 19

Golongan bangsawan akan memainkan peranan penting dalam sesuatu urusan

pentadbiran sekiranya ketiadaan raja dalam wilayah. Peranan golongan bangsawan ialah

bertanggungjawab terhadap golongan raja iaitu menyediakan makanan, tempat tinggal

dan hiburan. Di samping itu juga, golongan bangsawan perlu menghadirkan diri

seandainya terdapat sebarang lawatan atas arahan pemerintah. Golongan ini berkhidmat

dengan pemerintah melalui pelbagai kaedah seperti terlibat dalam peperangan, sebagai

17 Ibid.18 ??????????19 Mohamad Kamal Kamaruddin. 2009. Sejarah Eropah . Hlm. 53.

Page 7: zaman feudalisme di Eropah

penegak keadilan serta melibatkan diri dalam Dewan Majlis. Selain itu, golongan

bangsawan juga berperanan dalam memberi nasihat kepada golongan pemerintah dalam

membuat sesuatu keputusan. Manakala, dalam hal-hal yang berkaitan dengan ilmu agama

pula, golongan bangsawan turut memainkan peranan dalam mentabir hal-hal yang

berkaitan dengan gereja di samping mengendalikan urusan pentadbiran dan politik

kerajaan.20

Di samping itu, dari segi penempatan golongan bangsawan ini, mereka tinggal di

suatu kawasan yang luas berserta dengan rumah yang besar. Secara tidak langsung,

rumah yang besar itu melambangkan tahap kekayaan dan taraf hidup golongan

bangsawan tersebut. Mereka mencari kawasan yang luas dan selamat kerana bimbang

akan serangan daripada pihak musuh. Dalam hal ini, golongan pahlawan atau knight

bertanggungjawab untuk melindungi golongan bangsawan. Kebiasannya, rumah

golongan bangsawan ini mempunyai dua bilik yang besar, dewan dan bilik tidur yang

cantik serta dilengkapi dengan almari pakaian. Dewan yang besar pula terdiri daripada

ruang tamu, dewan makan, bilik tetamu dan turut disediakan bilik untuk hamba-hamba

mereka. Dalam dewan tersebut, golongan ini turut menjalankan urusan dengan pembantu

mereka, vassal dan para petani. Kebiasaannya, petani yang tidak berkemampuan untuk

membayar cukai menyerahkan tanah mereka kepada golongan tuan tanah dan terpaksa

menjadi hamba. Selain itu, semua penghuni istana tersebut akan makan di meja yang

diperbuat daripada kayu panjang manakala para tetamunya akan duduk di tempat yang

agak tinggi di hujung dewan tersebut. Pada malam hari pula, semua ahli keluarga

golongan bangsawan akan tidur di bilik persendirian, manakala golongan hamba mereka

akan tidur di atas lantai. Bilik tidur pula merupakan ruangan untuk berehat bagi seisi

keluarga. Di samping itu, kelengkapan almari pula digunakan oleh golongan bangsawan

untuk menyimpan kesemua pakaian mereka. Di dalam rumah itu juga, turut disediakan

sebuah gereja kecil yang digunakan untuk memudahkan mereka mengadakan upacara

keagamaan yang kecil atau pun sebagai tempat sembahyang secara persendirian.21

20 Ibid.21 Ibid.

Page 8: zaman feudalisme di Eropah

Di sebalik teori keutuhan pemerintahan beraja feudal, dapat dilihat yang

feudalisme adalah berbentuk tagonistik kepada kerajaan pusat. Semua kerajaan pusat

adalah berada di dalam tangan golongan bangsawan. Kuasa langsung raja hanyalah

setakat kepada hambanya sendiri sahaja. Dalam lingkungan feudalnya sendiri, setiap

bangsawan mempunyai bidang kuasa penuh dan menjalankan semua kuasa-kuasa

kerajaan. Seperti kata seorang ahli undang-undang pada abad ke-13, “ Setiap baron

merupakan raja berdaulat dalam kawannya sendiri.” Beliau boleh mengadakan

mahkamah bagi tanggungnya, mengenakan cukai, tol di jalan raya dan jambatan serta

boleh membentuk tentera yang terdiri daripada hambanya untuk menjalankan tugas

yang diarahkan oleh baron-baron tersebut. 22 Sebagai contoh, Wencesles II, yang

meninggal pada tahun 1305 telah Berjaya menguasai kedua-dua Hungary dan Poland. 23

Namun, tidak ada seorang pun yang telah berjaya menguasai ketiga-tiga kerajaan dalam

masa yang lama dan kematian setiap raja bermakna perang baru akan meletus dalam

percubaan untuk membahagi-bahagikan warisannya. Akhirnya, ketiga-tiga kerajaan yang

telah dipelopori oleh golongan bangsawan iaitu daripada golongan Magnates telah

menjadi begitu kuat dan cukup merdeka untuk mengelakkan mana-mana keluarga dan

menaiki takhta melalui hak pewarisan. Sebaliknya mereka mewujudkan pemerintahan

beraja yang dipilih dengan mereka sendiri mempunyai keistimewaan dan hak untuk

memilih raja mereka supaya mereka dapat melemahkan lagi kerajaan pusat serta berusaha

untuk memanjangkan anarki kurun ketiga belas selama tiga ratus tahun.24

Kedudukan kaum wanita

Kedudukan wanita pada zaman pertengahan adalah dipandang rendah dalam

masyarakat. Peranan mereka adalah terhad kepada aktiviti memasak, menenun dan

menjahit sahaja. Wanita pada zaman pertengahan mempunyai pelbagai status seperti

22 Wan Abdul Rahman Latif et al. 2001. Sejarah Perkembangan Tamadun Dunia Sejarah. Hlm 172.23 W. N. Weech, terjemahan Abdullah Karim Abdullah et al. 1981. Sejarah Dunia Jilid. Hlm 6-724 Ibid.

Page 9: zaman feudalisme di Eropah

seorang isteri, seorang anak, seorang bangsawan, seorang petani, seorang janda, seorang

hamba mahupun seorang rahib. Rahib wanita dikenali sebagai golongan yang zuhud

kerana mempunyai hubungan yang rapat dengan gereja. Rahib wanita pada zaman

pertengahan ini tidak dibenarkan menjalankan tugas-tugas gereja seperti melakukan

upacara keagamaan dan menyampaikan sermon. Hanya bishop berkuasa penuh dalam

gereja dan dibantu oleh rahib lelaki. Walaupun wanita berada pada kedudukan status

yang berbeza namun tidak dapat dinafikan bahawa mereka mempunyai satu persamaan

iaitu hak-hak mereka sering dihadkan di bawah kekuasaan lelaki. Mereka juga turut

dinafikan hak dan sering dikecualikan daripada menyertai aktiviti-aktiviti luar iaitu

aktiviti-aktiviti yang sangat penting bagi masyarakat ketika itu seperti kebajikan,

kerajaan, falsafah, sains, perundangan dan keagamaan.25

Selain itu juga, pada awal zaman pertengahan isteri-isteri orang kebanyakkan

adalah dianggap sebagai barang, iaitu suri rumahtangga yang membuat kerja-kerja berat

tanpa upah.26 Petani-petani sering memaksa kaum wanita membuat kerja berat di ladang

dan ia menjadi satu amalan yang masih wujud sehingga hari ini. Sedangkan dalam

kalangan kelas pemerintah, kaum wanita diberi kebebasan yang sedikit dalam tindakan

dan pemikiranya. Mereka juga tidak dibenarkan memegang jawatan dalam pemerintahan

dan juga dalam sistem sosial itu sendiri. Mereka tidak mempunyai hak untuk bersuara

dalam politik atau berkhidmat sebagai komander tentera, hakim dan peguam

sebagaimana kaum lelaki melakukannya dalam sistem pemerintahan.27 Namun demikian,

bagi seorang wanita yang belum berkahwin mereka masih berguna sebagai alat

perundingan, jika seseorang wanita itu mempunyai emas kahwin yang tinggi dia adalah

dianggap bahan bernilai untuk dimiliki oleh tuan-tuan tanah. Apabila berkahwin, tugas

mereka ini ialah menjadi isteri yang patuh kepada perintah dan melahirkan waris.

Manakala sekiranya seseorang wanita itu tidak berkahwin mereka akan menghilangkan

diri ke biara.28

25 Mohamad Kamal Kamaruddin. 2009. Sejarah Eropah. Selangor : Prentice Hall. Hlm. 6126 W. N. Weech, terjemahan Abdullah Karim Abdullah et al. 1981.Sejarah Dunia Jilid 2. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Hlm. 44.27 Mohamad Kamal Kamaruddin. 2009. Sejarah Eropah. Hlm. 63.28 W. N. Weech, terjemahan Abdullah Karim Abdullah et al. 1981.Sejarah Dunia Jilid 2. Hlm. 44.

Page 10: zaman feudalisme di Eropah

Golongan wanita juga turut membantu dalam kerja-kerja perladangan dan

bertanggungjawab menjaga ladang ternakan sewaktu suami mereka keluar rumah untuk

berdagang, ke bandar atau memburu di hutan. 29Mereka turut membawa bayi semasa

mereka bekerja ataupun membiarkan anak-anak mereka berlatih berjalan sementara anak

mereka yang agak dewasa memerhatikan kambing biri-biri atau memberi makanan

kepada binatang ternakan.30 Wanita atasan bagi keluarga yang kaya dan mempunyai

ramai hamba ditugaskan untuk membantu kerja-kerja di ladang ternakan. Dalam situasi

seperti ini seorang isteri bertanggungjawab terhadap hamba dan juga ladang ketika

ketiadaan suami mereka.31 Zaman keperwiraan telah banyak mengubah status wanita,

wanita menjadi objek pemujaan yang romantis dan sering dipuja dengan hebat dalam

pantun. 32

Di samping itu juga, pada zaman pertengahan, hamba wanita merupakan lambang

atau pengaruh dan kekayaan kepada tuannya. Semakin ramai hamba maka makin besar

pengaruhnya. Biasanya, wanita yang menjadi hamba tidak mempunyai sebarang hak

kerana dirinya boleh dibeli dan dijual kepada pemilik hamba yang lain. Seorang wanita

yang menjadi hamba tidak mendapat keadilan yang sepatutnya kerana jika mereka

dibunuh oleh pemiliknya maka pemilik itu tidak akan dianggap sebagai pembunuh.

Pemilik hamba berkuasa penuh terhadap hamba yang dimiliknya dan harga seorang

hamba boleh disamakan dengan harga sebidang ladang ternakan. Sekiranya hamba

wanita itu mempunyai anak, secara automatik anak itu adalah milik tuannya.33

Pada zaman pertengahan ini terdapat juga wanita yang terlibat dalam

pertempuran. Antaranya ialah kemunculan Joan Of Arc. Joan Of Arc dilahirkan pada

tanggal 16 Januari 1412 M di Domremy, Perancis. Ayahnya bernama Jacques d’Arc dan

ibunya Isabelle Romee. Seperti kanak-kanak perempuan yang lain pada masa itu, Jeanne

tidak bersekolah dan tidak dapat membaca dan menulis. Dia lebih dikenali dengan nama

Joan Of Arc. Di Perancis dia digelar Jeanne la Pucelle yang bererti Joan “si dara” atau “si

29 Mohamad Kamal Kamaruddin. 2009. Sejarah Eropah. Hlm. 6330 Ibid31 Ibid32 W. N. Weech, terjemahan Abdullah Karim Abdullah et al. 1981.Sejarah Dunia Jilid 2. Hlm. 4433 Mohamad Kamal Kamaruddin. 2009. Sejarah Eropah. Hlm. 63

Page 11: zaman feudalisme di Eropah

perawan”. Sekitar tahun 1424M, Jeanne mula mendapat visi mengenai Malaikat Mikail

serta Santa Catherine dan Santa Margaret yang menyuruhnya mengusir tentera Inggeris.34

Dia percaya yang dia telah mendengar bunyi loceng gereja, berdering memecah suasana

padang di mana dia mengembala lembu ternakan bapanya, suara wali mendesaknya

menyelamatkan Perancis. Sungguhpun dia hanya berumur lapan belas tahun dan buta

huruf, dia telah pergi ke istana Perancis untuk menaikkan semangat pemimpin tentera

dengan wahyu yang diterimanya dari St.Michael.35

Institusi Gereja

Pada zaman pertengahan, kehidupan para paderi di rahib-rahib dan masyarakat umum

hanyalah untuk mengabdikan diri kepada agama dan sentiasa memikirkan untuk

menyucikan dosa dan membuat amal ibadat. Tetapi ramai orang tidak sanggup untuk

menjalani kehidupan sebagai paderi dan hidup di rahib-rahib untuk membuat amal ibadat

dan menyucikan diri dari dosa.36 Pada zaman masa zaman pertengahan ini gereja

mengawal seluruh aspek kehidupan penduduk Eropah.37Gereja secara realitinya dikawal

oleh pemerintah negara iaitu raja. Raja menggunakan gereja sebagai alat untuk

memanipulasikan golongan rakyat bagi mengaut keuntungan. Gereja ialah sebuah badan

bebas dan mempunyai kuasa yang luas.38 Hilang ketaatan kepada gereja atau

mempersoalkan arahan atau ajaran dianggap sebagai pengkhianatan terhadapa gereja dan

boleh dihukum mati.39

Penekanan ke atas peranan bebas gereja membolehkan kemunculan dua struktur

kuasa antara gereja dan negara yang salah satunya membentuk elemen terpenting pada

zaman Pertengahan. 40 Gereja pada zaman Pertengahan tidak bergantung pada sumbangan

ahli-ahlinya. Gereja memperoleh pendapatan melalui hasil daripada tanah ladang yang

34 Ibid.Hlm 102.35 W. N. Weech, terjemahan Abdullah Karim Abdullah et al. 1981.Sejarah Dunia Jilid 2. Hlm.1436 Wan Abdul Rahman Latif et al. 2001.Sejarah Perkembangan Tamadun Dunia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Hlm:175.37 Mohamad Kamal Kamaruddin. 2009. Sejarah Eropah. Hlm 68.38 Ibid.39 Ibid.40 Ibid.

Page 12: zaman feudalisme di Eropah

luas, pelbagai bayaran yang besar dan hasil daripada pungutan cukai tetap iaitu tithe.

Raja, putera raja dan tuan tanah yang kaya memberi sumbangan derma kepada gereja dan

biara.41 Fungsi gereja bukan hanya sebagai badan keagamaan tetapi mempunyai sistem

perundangan yang teliti. Gereja juga mempunyai organisasi tersendiri. Pope sebagai

ketua agung semua anggota gereja dan persatuan keagamaan pada zaman Pertengahan

Eropah.42 Gereja di Eropah semasa zaman Pertengahan ialah gereja Katholik.43

Gereja Katholik di Eropah semasa zaman Pertengahan terdiri daripada beberapa

tingkat hierarki. Pope berada pada kedudukan yang tertinggi diikuti oleh cardinal,

archbishop, bishop, priest, deacons, monk, abbot, vicar dan paling bawah ialah nuns.44

Pope dianggap sebagai wakil Tuhan di muka bumi. Jawatan Pope wujud dalam institusi

agama Roman Khatolik dengan penyenaraian Saint Peter sebagai Pope pertama dalam

Annurio Pontificio ( buku tahunan rasmi Vatican). 45Pengaruh dan kekuasaan Pope

adalah luas. Antara perkara yang tertakluk di bawah kuasa Pope ialah hal-hal yang

berkaitan dengan perlantikan archbishop, bishops dan abbot di mana Pope berkuasa

dalam melantik archbishop, bishops dan abbot.46 Cardinal ialah jawatan kedua tertinggi

dalam institusi gereja Katholik selepas Pope. Cardinal merupakan pegawai tinggi gereja

Roman Khatolik yang kanan di bawah Pope dan mewakili Golongan paderi Roman.

Tugas cardinal ialah membantu Pope dalam menguruskan gereja. Selain itu, cardinal

juga turut membantu Pope dalam mahkamah yang dikenali sebagai curia. Tugas cardinal

yang paling besar ialah dalam memilih Pope.47

Selepas cardinal ialah archbishop. Archbishop merupakan orang yang berada atau

orang kaya serta berpengaruh dalam gereja terutamanya dalam aspek perniagaan.48

Antara tugas lain archbishop ialah menjalankan fungsi membaca doa umum dan upacara

pertabalan raja. Archbishop mempunyai kawalan ke atas semua bishop dalam wilayahnya

41 Ibid.42 Ibid.43 Ibid.44 Ibid. Hlm.70.45 Ibid.46 Ibid.47 Ibid.48 Ibid. Hlm.71.

Page 13: zaman feudalisme di Eropah

dan juga berkuasa ke atas semua wilayah bishop.49 Seterusnya adalah jawatan bishop iaitu

orang yang memegang jawatan bishop adalah dilarang untuk berkahwin. Sama seperti

archbishop bishop juga merupakan orang yang berada ataupun kaya serta berpengaruh

dalam gereja terutamanya dalam aspek perniagaan. Bishop dianggap sebagai pengganti

kepada pemimpin dan kuasa yang dipegang dipindahkan kepada mereka dengan

kekuasaan tuhan.50 Bishop mewakili gereja Sedunia dalam daerah masing-masing. Adalah

menjadi tanggungjawab bishop untuk mengawasi tanah dan pemilikan dalam wilayahnya.

Bishop mempunyai kuasa yang besar ke atas harta, priest dan juga kakitangan gereja yang

lain dalam daerah mereka.51 Kuasa Bishop merangkumi pelbagai aspek. Pertama dan

paling penting ialah kerohanian. Bishop secara rasmi diiktiraf untuk menjalankan

tanggungjawab dalam gerejanya iaitu penyelamatan jiwa. Bishop merupakan pusaka

kepada saint tempatan dan bertanggungjawab untuk semua perayaan dan upacara yang

diperlukan oleh saint.52 Kedua ialah bishop biasanya datang daripada keluarga yang

berkuasa. Penulis dan ahli sejarah yang terkenal iaitu Gregory, Bishop Tours ( 573-594)

datang daripada keluarga Gallo-Roman yang lama dan kaya dan selama beberapa

generasi memegang kuasa ke atas Tours and Langers dan hampir sebagai hak milik

kekeluargaan.53

Seterusnya di bawah hierarki bishop ialah pries. Priest merupakan paderi atau

pendeta. Tugas yang dilakukan oleh priest ialah mentadbir jemaah gereja dan ahli-ahlinya

serta mengurus gereja di bawah pengendalianya.54 Latar belakang antara priest bandar

dengan priest luar bandar adalah berbeza. Priest di bandar kemungkinan berasal daripada

keluarga yang penting dan menikmati pendidikan yang baik. Priest luar bandar berasal

daripada keluarga miskin seperti jemaah gerejanya dan tidak mampu membaca kitab dan

mengendalikan upacara sembahyang di gereja dengan baik.55 Deacons merupakan

jawatan di bawah priest dan terletak pada kedudukan yang paling rendah dalam hierarki

atasan gereja. Deacon merupakan pegawai gereja yang menyelenggara hal-hal duniawi

49 Ibid.50 Ibid.

51 Mohamad Kamal Kamaruddin. 2009. Sejarah Eropah. Hlm 72.52 Ibid.53 Ibid.54 Ibid. Hlm.73.55 Ibid.

Page 14: zaman feudalisme di Eropah

dan juga hal-hal yang berkenaan dengan gereja.56 Deacon juga menjalankan kewajipan

penting yang bukan berkaitan dengan gereja seperti memberi sumbangan derma kepada

golongan miskin. Jawatan deacon ini boleh menjadi pekerjaan seumur hidup atau langkah

permulaan ke arah kepaderian.57

Di bawah hierarki deacon ialah monk . Menurut peraturan Saint Benedict, monk

mementingkan aktiviti pemujaan.58 Selain itu tugas yang dilakukan oleh monk juga

termasuklah melakukan meditasi peribadi dan membaca.59 Seterusnya ialah jawatan

Abbot yang juga dikenali sebagai ‘father of the monastery’. Jawatan abbot adalah bersifat

tradisional, kekuasaan yang tidak boleh dipersoal tetapi sejak kekuasaan ini bersifat

kebapaan, ianya perlu diimbangkan dengan kasih bapa.60 Jawatan vicar wujud dalam

hierarki institusi agama Kristian Katholik dan berada di bawah abbot. Tugas utama vicar

adalah pembantu kepada abbot. Dengan kata lain vicar bertindak sebagai pembantu atau

pengganti kepada abbot dalam menguruskan jemaah gereja jika abbot tidak ada.61 Dalam

hierarki institusi agama, jawatan nuns merupakan jawatan yang paling rendah. Seperti

monk nuns juga berkait dengan institusi kebiaraan.62

Namun semasa kemerosotan moral gereja berlaku, telah wujud rasa tidak puas

hati yang menyeluruh terhadap kekayaan dan keistimewaan yang dipunyai oleh rahib dan

golongan paderi atasan. Dan kecenderungan ini jelas disuarakan dalam syair seperti Piers

Plowman oleh Langland dan Canterbury Tales oleh Chaucer.63 Langland melahirkan

penyataan penderitaan kelas yang tertindas dan kelihatan putus asa mengharapkan belas

kasihan biskop kaya dan paderi yang menerima rasuah.64 Beliau bukanlah seorang

revolusioner dan dia mencintai gereja, tetapi dia mendapati semua kelas dalam kalangan

golongan paderi bersedia menipu orang ramai untuk kepentingan diri mereka sendiri.

Biskop membenarkan cap mohar mereka digunakan dalam “Pengampunan” yang

dijualkan kepada orang yang jahil yang menganggap mereka boleh membeli

56 Ibid.57 Ibid.58 Ibid. Hlm.74.59 Ibid.60 Mohamad Kamal Kamaruddin. 2009. Sejarah Eropah. Hlm 75.61 Ibid.62 Ibid.63 W. N. Weech, terjemahan Abdullah Karim Abdullah et al. 1981.Sejarah Dunia Jilid 2. Hlm 25.64 Ibid.

Page 15: zaman feudalisme di Eropah

pengampunan dosa yang mereka lakukan.65 Manakala Chaucer menulis dalam masa yang

sama , memberi gambaran yang serupa walaupun dari kacamata berlainan. Chaucer lebih

merupakan seorang ahli satire, seorang penyair istana yang bijak dan tidak sibuk dengan

pemulihan, tetapi berpuas hati melukiskan kepada para pembacanya mengenai jenis

golongan gereja lelaki dan perempuan yang sedang mengalami kemerosotan akhlak iaitu

rahib yang ghairah pergi memburu, pengampun yang menjual tulang babi sebagai bahan

suci, paderi perempuan yang bodoh dengan sifat duniawinya mengapit anjing kecil dan

akhirnya yang boleh disanjung hanyalah seorang paderi.66

Manakala John Huss memperlihatkan dirinya lebih revolusioner dan bersifat

sederhana dan beliau merupakan salah seorang yang pertama menjadi pemimpin

kebangsaan yang agung selain daripada menjadi seorang pemulih agama.67 Dia

mengecam gereja sama seperti golongan Lollard, menyebut tentang keburukan upacara

yang berlebih-lebihan dan menunjukkan bahawa tiada kuasa boleh didapati dalam kitab

Injil Baru mengenai kekayaan, keistimewaan dan kebebasan yang dinikmati oleh

golongan paderi.68 Huss mengecam golongan paderi lebih hebat dari yang pernah

dilakukan oleh Wycliffe dan mengumumkan doktrin iaitu orang ramai tidak perlu

mematuhi kewibawaan agama orang yang membiarkan diri mereka hidup dalam dosa

besar iaitu ajaran paderi yang melakukan dosa dan maksiat tidak patut dipatuhi bila

mereka sendiri sudah pasti dilaknati.69 Dan ini akhirnya membawa dia lebih jauh

merumuskan dari segi logik menolak kuatkuasa pemerintah sekular, raja dan menteri

mengabaikan Hukum Isa. Doktrin seperti itu jelas melemahkan semua undang-undang

dan peraturan sama ada golongan awam atau gereja dan menentang setiap institusi yang

teratur sama ada di pihak gereja atau kerajaan. Ini membangkitkan tentangan serta merta

dari pihak gereja dan maharaja serta golongan Huss ini merebak dengan cepat ke seluruh

Bohemia menjadikanya satu lagi skandal yang mengancam untuk melemahkan kesatuan

dan prestij gereja.70

65 Ibid.66 Ibid.67 Ibid. Hlm.28.68 Ibid.69 Ibid.70 W. N. Weech, terjemahan Abdullah Karim Abdullah et al. 1981.Sejarah Dunia Jilid 2. Hlm 28.

Page 16: zaman feudalisme di Eropah

Gerakan untuk menamatkan penyalahgunaan kuasa dalam kalangan gereja

melalui usaha bersama telah mendapat sokongan sama kuatnya dari pihak rakyat biasa,

peguam dan saudagar juga pegawai-pegawai gereja. Dalam tahun 1381 Universiti Paris

mula mengemukakan idea Majlis Am Gereja yang membuat keputusan antara Paus yang

berseteru dan mengembalikan perpaduan dan peraturan.71 Pada zaman akhir Empayar

Rom, Majlis Am ini merupakan kuasa tertinggi dalam Gereja Kristian. Biskop-biskop

yang berhimpun di Nicaea dalam zaman pemerintahan Constatine telah merumuskan

Akidah-Kristian.72 Dalam masa lima abad berikutnya,terdapat banyak perhimpunan

seperti itu yang bertujuan memberi pengertian baru kepada doktrin Kristian dan

membasmi fahaman sesat. Masyarakat percaya Majlis ini mendapat inspirasi dari

Makhluk Suci luar biasa dan telah mengiktiraf keputusannya yang meliputi juga Paus

dan Kuasabaka.73 Sejak pemisahan gereja Timur dan Barat terdapat majlis lain di Barat

tetapi ini dijalankan oleh Paus atau wakil yang menjadi sebagai pengerusi dan dianggap

olehnya sebagai majlis perundingan di mana perintah yang dikeluarkan tiada sah

melainkan diakui dan dikeluarkan olehnya sendiri.74 Dakwaan Paus sebagai hakim

tertinggi di dunia dan mempunyai kuatkuasa yang lebih tinggi yang boleh mewakili

kehendak dan semangat yang tidak berbelah bahagi. Wycliffe dan Huss telah pun

menolak untuk menerima dakwaan Kepausan kerana mereka mendapati kebenaran dalam

Kitab Suci menjelang awal kurun ke lima belas ramai orang alim gereja yang taat dan

jujur mahu kembali kepada amal-amal sejarah gereja terdahulu.75

Kesatuan Petukang dan Pedagang

Perubahan sosial yang penting telah berlaku di bandar dan juga di kampung. Dan ini

bukanlah khusus kepada tempat tertentu di Eropah. Perdagangan dan industri pada awal

zaman pertengahan bergantung seluruhnya atas kesatuan tukang tiap-tiap pekerja di

bandar terpaksa menjadi aprantis kepada seorang yang mahir dan belajar segala

71 Ibid.72 Ibid.73 Ibid.74 Ibid.75 Ibid.

Page 17: zaman feudalisme di Eropah

kemahiran.76 Setelah tamat, dia boleh bekerja sebagai tukang yang boleh disewa dan jika

dia cermat dan rajin dia ada harapan menjadi seorang yang mahir pada masa hadapan

dengan pertukanganya sendiri dan tukang-tukang yang bekerja denganya.77

Keseluruhan sistem kesatuan adalah satu peraturan yang teliti dengan batas-batas

tertentu. Ini adalah percubaan zaman pertengahan untuk menyusun kehidupan bandar dan

industri atau prinsip yang sama menjadi asas organisasi feudal atas tanah. Perubahan

sosial yang paling utama ialah pertumbuhan kelas pertengahan di bandar-bandar. Kelas

ini dikenali sebagai burghers.78 Mereka digelar burghers kerana mereka tinggal di bandar

yang bertembok atau dinamakan burgs dan mereka ini merupakan kelas baru dalam

masyarakat feudalisme. Pada asalnya mereka terdiri daripada orang bebas dan bukan

orang bangsawan atau golongan knights. Mereka telah berjaya dalam kehidupanya

sebagai pedagang dan peniaga serta dalam sektor perindustrian dan menjadi kaya hasil

daripada usahanya sendiri. Dengan pengaruh dan kuasa kewangan yang ada di tanganya,

pada akhirnya mereka ini telah dapat memusnahkan struktur sosial feudal lama yang

masih wujud pada zaman pertengahan lanjutan ini.79

Kesatuan pedagang adalah satu pertubuhan yang dianggotai oleh kesatuan

kesemua kelas burghers dalam bandar yang bergantung hidup pada penjualan dan

perniagaan barang. Mereka ini termasuklah juga para artisan yang membuat dan menjual

barang-barang pembuatan kepada pembeli. Satu ikatan yang kuat dan tanggungjawab

korporat wujud dalam kalangan ahli persatuan. Ini amat penting kerana untuk menjamin

kebebasan hak dan mengelakkan persaingan yang tidak sihat dalam kalangan pedagang.

Begitu juga kesatuan petukang dan pedagang ini jualah yang menentukan dan mengawal

harga barang, gaji dan masa bekerja.80

Kesatuan petukang adalah mereka yang melibatkan diri dalam pembuatan dan

industri dan pada masa sama mereka juga adalah pedagang. Mereka ini termasuklah para

artisan yang membuat barangan dan menjualkan kepada pembeli secara terus , contohnya

76 W. N. Weech, terjemahan Abdullah Karim Abdullah et al. 1981.Sejarah Dunia Jilid 2. Hlm 39.77 Ibid.78 Wan Abdul Rahman Latif et al. 2001.Sejarah Perkembangan Tamadun Dunia.Hlm. 180.79 Ibid.80 Ibid.

Page 18: zaman feudalisme di Eropah

para petukang kasut. Mereka yang hendak menjadi anggota kesatuan petukang mestilah

mempunyai kemahiran dan kepandaian membuat sesuatu barang dan mesti terlebih

dahulu menjalani latihan tertentu yang dikenali sebagai apprentice. Jangka masa

apprentice ini memakan masa lebih kurang selama sepuluh hingga dua belas tahun.

Selepas mereka menjalani masa apprentice ini dengan jayanya mereka dinaikkan ke taraf

journeyman atau buruh harian. Golongan ini adalah pekerja bebas yang dibayar upah

secara harian dan boleh bekerja dengan mana-mana tuan yang inginkan perkhidmatan

mereka.81

Pada masa itu juga journeyman dimestikan memperoleh lebih banyak pengalaman

dan kecekapan dan dapat mengeumpul wang untuk mereka mendirikan dan memiliki

sebuah kedai sendiri. Dengan cara itu barulah mereka dapat memohon menjadi ahli

penuh dalam kesatuan petukang. Selain itu, mereka juga mesti menjalani ujian dan

peperiksaan di hadapan ketua petukang dengan menghantar sebuah hasil rekaan aslinya

dan juga mesti mempunyai kelakuan yang baik.82 Setelah journeymen ini berjaya melalui

halangan dan ujian barulah mereka diiktiraf menjadi ketua petukang. Tujuan diadakan

kesatuan petukang ialah untuk mengawal ahli-ahli daripada membuat sesuatu yang akan

menjejaskan perniagaan ahli yang lain. Di samping itu kesatuan ini juga menjaga

keselamatan dan kebajikan para ahlinya jika ia ditimpa kesusahan atau kemalangan.

“Each guild enacted specific rules governing prices to be charged, trading

practices to be observed and the conditions under which trade could be conducted. The

craft guilds similarly imposed regulations on their members concerning prices, quality of

goods, conditions of labor and quantity of production. They also controlled the

conditions for entering a trade. Boys began as apprentice to a master, working from two

to seven years under his guidance and living in his household. The apprentice then

became a journeymen who worked for hire until he saved sufficient money and developed

adequate skill to open his own shop and become a master.”83

81 Wan Abdul Rahman Latif et al. 2001.Sejarah Perkembangan Tamadun Dunia.Hlm. 183.82 Ibid.83 John B.Harrison et al. A Short History Of Western Civilization. New York: Library of Congress Cataloging in Publication Data. Hlm. 235.

Page 19: zaman feudalisme di Eropah