susu 1 malaysia 1.docx

7
SUSU 1 MALAYSIA Program Susu 1 Malaysia ( PS1M ) Adalah Kesinambungan Program Bantuan Susu Sekolah Yang Mana Telah Dimulakan Oleh Kementerian Pelajaran Malaysia Pada Tahun 1983. Ia Merupakan Satu Program Bagi Meningkatkan Tahap Makanan Murid-Murid Sekolah Rendah Terutama Di Sekolah-Sekolah Luar Bandar. Di Bawah PS1M, Murid-Murid Akan Diberi Susu UHT Sepanjang Pelaksanaan Program. Bagi Memastikan Susu Yang Diberi Kepada Murid Berkualiti Dan Selamat, Maka Bererapa Garis Panduan Pengendalian Susu Ini Diwujudkan. Keperluan Stor Stor Yang Digunakan Bagi Menyimpan Bekalan Susu Hendaklah Dibina Supaya Dapat Mengawal Risiko Pencemaran Serta Mempunyai Ciri-Ciri Berikut : 1. Stor Mestilah Bertutup Dan Dilindungi Dari Makhluk Perosak Dan Haiwan Peliharaan. 2. Hendaklah Digunakan Hanya Untuk Menyimpan Makanan Dan Minuman Dan Bahan Lain Yang Tidak Mencemarkan. 3. Dinding Lantai Dan Rak Diperbuat Daripada Bahan Yang Mudah Dicuci Dan Dinyahjangkit, Rata, Tidak Menyerap Kekotoran Serta Tahan Hakisan. 4. Sekolah Tidak Dibenarkan Menyimpan Stok Susu Dalam Jumlah Yang Banyak. Bekalan Yang Boleh Disimpan Adalah Dalam Jumlah Yang Mencukupi Bagi Pengagihan Untuk Jangka Masa 1 Bulan Sahaja. Susu Tidak Boleh Disimpan Lebih Daripada 6 Minggu Di Sekolah. 5. Pencahayaan Semulajadi Atau Buatan Yang Sesuai Adalah Diperlukan Bagi Beroperasi Dalam Keadaan Baik. 6. Pengudaraan Yang Mencukupi Perlu Disediakan Untuk Mengelakkan Bahang Yang Berlebihan, Kondensasi, Kotoran Dan Wap. 7. Perlu Ada Sistem Kawalan Makhluk Perosak.

Upload: wanrosini-wanabdullah

Post on 20-Dec-2015

53 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: SUSU 1 MALAYSIA 1.docx

SUSU 1 MALAYSIA

Program Susu 1 Malaysia ( PS1M ) Adalah Kesinambungan Program Bantuan Susu Sekolah Yang Mana Telah Dimulakan Oleh Kementerian Pelajaran Malaysia Pada Tahun 1983.  Ia Merupakan Satu Program Bagi Meningkatkan Tahap Makanan Murid-Murid Sekolah Rendah Terutama Di Sekolah-Sekolah Luar Bandar.  Di Bawah PS1M, Murid-Murid Akan Diberi Susu UHT Sepanjang Pelaksanaan Program.  Bagi Memastikan Susu Yang Diberi Kepada Murid Berkualiti Dan Selamat, Maka Bererapa Garis Panduan Pengendalian Susu Ini Diwujudkan.

Keperluan Stor

Stor Yang Digunakan Bagi Menyimpan Bekalan Susu Hendaklah Dibina Supaya Dapat Mengawal Risiko Pencemaran Serta Mempunyai Ciri-Ciri Berikut :

1. Stor Mestilah Bertutup Dan Dilindungi Dari Makhluk Perosak Dan Haiwan Peliharaan.

2. Hendaklah Digunakan Hanya Untuk Menyimpan Makanan Dan Minuman Dan Bahan

Lain Yang Tidak Mencemarkan.

3. Dinding Lantai Dan Rak Diperbuat Daripada Bahan Yang Mudah Dicuci Dan

Dinyahjangkit, Rata, Tidak Menyerap Kekotoran Serta Tahan Hakisan.

4. Sekolah Tidak Dibenarkan Menyimpan Stok Susu Dalam Jumlah Yang Banyak.

Bekalan Yang Boleh Disimpan Adalah Dalam Jumlah Yang Mencukupi Bagi Pengagihan Untuk

Jangka Masa 1 Bulan Sahaja.  Susu Tidak Boleh Disimpan Lebih Daripada 6 Minggu Di

Sekolah.

5. Pencahayaan Semulajadi Atau Buatan Yang Sesuai Adalah Diperlukan Bagi Beroperasi

Dalam Keadaan Baik.

6. Pengudaraan Yang Mencukupi Perlu Disediakan Untuk Mengelakkan Bahang Yang

Berlebihan, Kondensasi, Kotoran Dan Wap.

7. Perlu Ada Sistem Kawalan Makhluk Perosak.

Kaedah Penyimpanan.

1. Susu Hendaklah Di Susun Pada Ketinggian 20sm Dari Lantai Atau Jika Menggunakan

Pallet Hendaklah Mempunyai Ketinggian Sekurang-kurangnya 15sm Dari Lantai.

2. Susu Hendaklah Berada Sekurang-kurangnya 15sm Jarak Dari Dinding

Page 2: SUSU 1 MALAYSIA 1.docx

3. Menggunakan Kaedah Susunan Yang Sesuai Bagi Mengelakkan Kotak Bergoyang Dan

Terjatuh Contohnya Interlocking Stacking System.

4. Penyimpanan Hendaklah Berdasarkan Kepada Tarikh Luput Dan Nombor Batch / Tarikh

Luput Bagi Memudahkan Amalan Penggiliran Stok FIFO ( Masuk Dulu, Keluar Dulu )

Dilaksanakan.

5. Jangan Menyusun Kotak Melebihi Ketinggian Yang Dibenarkan ( 8 - 10 Tray ).  Beban

Yang Melampau Akan Merosakkan Susu Di Lapisan Bawah.

6. Mengeluarkan Kotak Susu Yang Telah Rosak Atau Tercemar Dari Stor Penyimpanan.

7. Penyimpanan Susu Ke Dalam Stor Penyimpanan Hendaklah Dijalankan Dengan

Cermat.  Mencampak, Menghempas, Berdiri Atau Duduk Di Atas Kotak Susu Adalah Dilarang

Samasekali.

8. Mengamalkan Sistem FIFO ( Masuk Dahulu, Keluar Dahulu ) Dalam Pengurusan Stok.

9. Stor Hendaklah Sentiasa Berkunci.

10. Susu Perlu Disimpan Pada Suhu Tidak Melebihi 30 Darjah Celcius.

Senarai Semak Penerimaan Susu Oleh Guru.

Semasa Penerimaan Susu UHT, Petugas Yang Menerima Bekalan Susu Hendaklah Memastikan Perkara-Perkara Berikut DiPatuhi :

1. Merekod Maklumat Penerimaan Dalam Buku Log.

2. Menerima Bekalan Susu Dalam Bentuk Karton ( 24 Kotak Susu ) Yang Lengkap Dan

Berkeadaan Baik.

3. Memeriksa Keadaan Fizikal Kotak Susu UHT.

4. Mematuhi Kaedah Penyimpanan Yang Selamat.

5. Susu Perlu Terletak Dengan Kemas Dalam Tray Dan Mempunyai Nombor Batch / Tarikh

Luput Yang Sama Untuk Setiap Tray.

6. Semua Kotak Mesti Mempunyai Nombor Batch / Tarikh Luput.

7. Tiada Tanda Kerosakan Seperti Berikut :

Kelembapan Pada Pembungkus Luar Akibat Kebocoran.

Bocor Atau Pecah.

Mengelembung.

Kemek, Tanda Lipatan Pada Kotak Dan Lipatan Pada Tepi Kotak Terbuka.  Kesan-Kesan Makhluk Perosak ( Najis Tikus, Telur Lipas, Gigitan Pada Kotak Dan Lain-Lain )

PERINGATAN :

Page 3: SUSU 1 MALAYSIA 1.docx

# Petugas Yang Menerima Bekalan Susu Mempunyai Hak Untuk Menolak Kesemua Lot

Penghantaran Susu Sekiranya Terdapat Kotak Susu Yang Rosak Atau Tidak Mempunyai

Nombor Batch / Tarikh Luput.

# Kotak-Kotak Yang Mempunyai Kesan Kerosakan Fizikal Di Atas Tidak Harus Diterima Dan

Hendaklah Dike,balikan Kepada Pembekal.

# Maklumat Kerosakan Susu Dan Ketiadaan Nombor Batch / Tarikh Luput Hendaklah Direkod

Dan Dilaporkan Ke Jabatan Pelajaran Negeri.

Pengagihan Susu Di Sekolah.

a) Sebelum Susu UHT diagihkan Kepada Murid-Murid Di Sekolah, Guru Atau Petugas Hendaklah Memastikan :

1. Nombor Batch / Tarikh Luput Susu UHT.

2. Tarikh Dan Masa Pengagihan.

3. Nama Kelas / Bilangan Murid.

b) Menyimpan "Holding Sample" Susu UHT ( 2 kotak ) Bagi Setiap Batch Atau Tarikh Luput Yang Akan DiAgihkan Dan Disimpan Selama 3 Hari.  Sampel Tersebut Hendaklah Disimpan Di Dalam Plastik Dan Dilabelkan Dengan Maklumat Tarikh Dan Masa Agihan.

c) Memastikan Tiada Tanda-Tanda Berikut Pada Kotak Susu UHT :

1. Tanda Kelembapan Pada Pembungkus Luar Akibat Kebocoran.

2. Bocor Atau Pecah.

3. Mengelembung.

4. Tanda-Tanda Akibat Menerima Tekanan Seperti Kemek, Tanda Lipatan Pada Kotak

Atau Telinga Pada Tepi Kotak Terangkat.

5. Tanda Atau Kesan Gigitan Makhluk Perosak.

d) Guru Atau Petugas Hendaklah Memberi Penerangan Kepada Murid-Murid Sebelum Minum Susu Tentang Perkara-Perkara Berikut :

1. Amalan Membasuh Tangan.

2. Pastikan Kotak Tidak Kembung / Kemek / Bocor.

3. Pastikan Tarikh Belum Luput.

Page 4: SUSU 1 MALAYSIA 1.docx

4. Goncang Pek Susu.

5. Rasa Sedikit, Jika Susu Masam Jangan Minum Dan Laporkan Kepada Guru.

6. Jika Susu Masih Elok, Minum Sehingga Habis.

7. Jangan Simpan Baki Susu Yang Sudah DiMinum.

8. Buang Kotak Susu Ke Dalam Tong Sampah.

e) Selepas Pengagihan, Sekiranya Guru Bertugas Menerima Aduan Mengenai Susu Masa, Beliau Perlu Mengambil Tindakan Berikut Dengan Serta Merta :

1. Memberhentikan Agihan Susu Berkenaan.

2. Memaklumkan Kepada GPK HEM.

3. Menyimpan Baki Susu Yang Telah Terbuka Tadi Dan Menunggu Wakil Dari Jabatan

Kesihatan.

4. Memaklumkan Kepada Jabatan Pelajaran Untuk Tindakan Susulan Serta Merta.

5. Menyerahkan "Holding Sampel"  Kepada Wakil Jabatan Kesihatan Yang Datang.Setelah

Jabatan Kesihatan Selesai Dengan Pengambilan Sampel, Baki Susu Yang Telah Dibuka

Bolehlah Dibuang Dan Baki Susu Yang Belum Dibuka Dengan Nombor Batch / Tarikh Luput

Yang Sama Hendaklah Dipulangkan Kepada Pembekal.

f) Memastikan Buku Panduan Dan Poster Yang Berkaitan Dengan Bekalan Susu Sekolah

Dipamerkan Di Tempat Yang Mudah Dibaca Oleh Guru Dan Murid.

PROGRAM SUSU 1MALAYSIA

PENGENALAN

Program Susu 1Malaysia (dahulunya dikenali sebagai Program Susu Sekolah, PSS) telah dimulakan sejak

1983. Ianya merupakan sebahagian daripada Rancangan Makanan Tambahan (RMT) yang bertujuan untuk

menggalakkan amalan minum susu di kalangan murid-murid sekolah rendah. Pada 9 Julai 2010 program ini

dimulakan dengan penjenamaan semula di bawah nama Program Susu 1Malaysia (PS1M). 

OBJEKTIF PROGRAM

Meningkatkan taraf kesihatan dan pemakanan murid-murid sekolah rendah melalui pemupukan tabiat selalu/

sentiasa minum susu.

AKTIVITI YANG DUJALANKAN

Pemberian susu secara percuma kepada murid yang layak. Setiap murid akan menerima 2 kotak susu (200ml)

berperisa coklat, sebanyak 2 kali seminggu.

Page 5: SUSU 1 MALAYSIA 1.docx

 

FAEDAH PROGRAM

Menggalakkan pengambilan susu di kalangan murid-murid  sekolah dan memastikan murid-murid dari keluarga

berpendapatan rendah untuk mengambil susu. Selain itu, pemberian susu kepada murid sekolah juga adalah

satu usaha untuk menghasilkan generasi baru yang lebih kuat, tegap dan lebih cerdas. Melalui bekalan susu

ke sekolah, taraf ekonomi pengusaha dan penternak tempatan akan dapat ditingkatkan.

PROGRAM SUSU 1 MALAYSIA          

PANDUAN TUGAS1.       Menerima stok susu dan memastikan stok yang dihantar mencukupi

kuantitinya , elok kualitinya  serta semak  tarikh luputnya.2.       Menandatangani borang penghantaran susu daripada syarikat

pembekal.3.       Memastikan bilik simpanan susu bersih , kemas dan selamat

daripada sebarang serangga dan haiwan perosak seperti tikus dan semut.

4.       Mengagihkan susu kepada semua murid  mengikut jadual yang ditetapkan.

5.       Menyimpan 2 kotak sample susu selepas setiap pengagihan kepada murid untuk tujuan jika berlaku keracunan.

PENYELARAS : EN. AHMAD BIN  MOHAMADSETIAUSAHA : PN. NOREZAM  BT  HAROM

AJK : SEMUA  GURU KELAS  : PENENDER KANTIN SEKOLAH

Page 6: SUSU 1 MALAYSIA 1.docx

6.       Bekerjasama dengan penender kantin semasa pengagihan susu dijalankan dan pastikan sisa kotak susu itu dilupuskan dengan sempurn.

 

 

Page 7: SUSU 1 MALAYSIA 1.docx