surat sekolah perekayasaan

Upload: masrims

Post on 04-Feb-2018

226 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 7/21/2019 Surat Sekolah Perekayasaan

    1/2

    JABATAN PENDIDIKAN PERAKJALAN TUN ABDUL RAZAK,

    30640 IPOH PERAK DARUL RIDZUAN

    Telefon :05-501 5000 Faks :05-527 7273

    *IMALAYSIA RAKYAT DIDAHULUKAN PENCAPAIAN DIUTAMAKAN

    Rujukan KamiTarikh

    Pe

    7

    C INTAI I AH B AHAS A KITA''(Sila catatkan ru.jukan pejabat ini apabila berhubung)

    l. Pk. HEM (5128)tsn Jrd.4( L).lulai20l4

    cmF@ to rso sl:m'CEhI @: AB 4156

    :J.:

    Semua Pengetua dan Guru BesarNegeri Perak

    Tuan,

    PELAKSANAAN PEREKAYASAAN PERKT{IDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING DISEKOLAH

    Dengan sukacitanya perkara di atas dirujuk dan surat dari Bahagian Pengurusan Sekolah Harian.Kementerian Pendidikan Malaysia, KP(BPSH-SPKD)601/01 Jld. l0 (7), bertarikh 24 Jun 2014 adalahberkaitan.

    2. Dengan ini dimaklumkan bahawa pelaksanaan Perekayasaan Perkhidmatan Bimbingan danKaunseling telah ditegaskan melalui Surat Siaran KPM Bil. 12 Tahun ?012 : PerekayasaanPerkhidmatan Bimtringan dan Kaunseling di Sekolah, bertarikh 16 April 2012 oleh KementerianPelajaran Malaysia GCM).

    3. Hasil Pemeriksaan Khas Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling Sekolah Menengah olehJemaah Nazir dan Jaminan Kualiti (JNJK) yang dibentangkan dalarn Meslruarat Pengurusan PendidikanKPPM Bil. 212014 telah mendapati pematuhan pelaksanaan perkhidmatan Guru Bimbingan danKaunseling yang berfokus kepada Perekayasaan Perkhidmatan Birnbingan dan Kaunseling berada padatahap yang kurang memuaskan. Masih terdapat sekolah yang tidak melaksana PerekayasaanPerkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling secara berfokus dan menyeluruh di sekolah.

    4. Bagi memastikan Perekayasaan Perkhidmatan dan Kaunseling dapat dilaksana secara berfokus disemua sekolah, perkara-perkara berikut hendaklah dilaksanakan pada kadar segera dengan penuhkomitmen :

    Semua sekolah hendaklah melaksana Perekayasaan Perkhidmatan Bimbingan danKaunseling scara menyeluruh dan berfokus. Bagi tujuan itu pengetua / guru besarhendaklah memastikan:

    a. Semua Guru Bimbingan dan Kaunseling dilantik secara sepenuh masa (tidakmen gaj ar subjek akademik)

    b. Semua perkhidmatan Guru Bimbingan dan Kaunseling berfokus kepada sasaran kerjautama (tugas hakiki).

    Semua sekolah hendaklah memastikan Guru Bimbingan dan Kaunseling mernberikeutamaan kepada program dan aktiviti yang berfokus kepada :

    a. Pembangunan dan pengernbangan sahsiah murid.

    b. Peningkatan disiplin diri murid.

    c. Pendidikan Kerjaya murid.

    d. Psikososial dan kesejahteraan mental murid.

    4.1

    4.2

    @ffiRtrHD io & sr:@

  • 7/21/2019 Surat Sekolah Perekayasaan

    2/2

    4.3 Semua Guru Bimbingan dan Kaunseling hendaklali melaksana Perkhidmatan Bimbingandan Kaunseling secara berfokus dengan memberi tumpuan kepada aspek :

    a. Melaksana sesi kaunseling individu (sekurang-kurangnya 5 sesi seminggu) dan sesikaunseling kelompok (sekr.rrang-kurangnya 1 sesi serninggu).

    b. Mengemaskini sistem fail dan pelaporan secara sistematik.

    c. Mernastikan Buku Pelaporan Harian sentiasa dikemaskini.

    d. Mewujudkan suasarla bilik kaunseling yang kondusif dan terapeutik.

    e. Meningkatkan perkhidmatan pendidikan kerjaya murid.

    f. Mempunyai penampilan diri dan personaliti sebagai role rnodel kepada mLrrid.

    5. Sehubungan dengan itu, semua pengetua dan guru besar diperingatkan untuk mematuhi aralranPelaksanaan Perekayasaan Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling di Sekolah dibawah pentadbirantuan.

    6. Pihak Jabatan Pendidikan Perak bersama Pejabat Pendidikan Daerah akan menjalankanpemantauan befterusan sepanjang tahun untuk memastikan semua sekolah akur dengan surat siaran ini.

    7. Sebarang pertanyaan dan rnaklumat lanjut tuan boleh berhubung dengan Encik Mior Anuar binHaji Ghazali Penolong Pengarah Bimbingan dan Kaunseling ditalian 05-5015140 atau012-57307A7.

    Sekian, terirna kasih.

    .BE RKHID TT6A,U K NEGARA,

    ISaya yang melu6rt perintalr,

    l.I

    ( HAJI ROZI B4\ PUTEH ISMAIL, nur., rrr.)Ketua Sektor Pbmbangunan Kemanusiaanb.p Pengarah Pendidikan Perak

    s.k Pengarah Pendidikan Negeri Perak

    SPK / uait himbingtn & kuunseling / nior tnuor