surat rasmi permohonan

3
Syaimaa Binti Abdul Halim PISMP Bahasa Inggeris (J5) Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh, 31150 Hulu Kinta, Perak Darul Ridzuan. Pengarah Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh, 31150 Hulu Kinta, Perak Darul Ridzuan. Melalui: Ketua Jabatan Hal Ehwal Pelajar, Institut Perguruan Guru Kampus Ipoh, 31150 Hulu Kinta, Perak Darul Ridzuan . 22 Mei 2012 Tuan, RAYUAN MENETAP DI KOLEJ KEDIAMAN SECARA MENETAP

Upload: safuan-razali

Post on 10-Nov-2015

114 views

Category:

Documents


7 download

DESCRIPTION

surat

TRANSCRIPT

Syaimaa Binti Abdul HalimPISMP Bahasa Inggeris (J5)Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh,31150 Hulu Kinta, Perak Darul Ridzuan.Pengarah Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh,31150 Hulu Kinta, Perak Darul Ridzuan.Melalui:Ketua Jabatan Hal Ehwal Pelajar,Institut Perguruan Guru Kampus Ipoh,31150 Hulu Kinta,Perak Darul Ridzuan. 22 Mei 2012

Tuan, RAYUAN MENETAP DI KOLEJ KEDIAMAN SECARA MENETAPMerujuk perkara di atas, saya SYAIMAA BINTI ABDUL HALIM no. k/p 900914025612 ingin memohon terus menetap di kolej kediaman atas sebab-sebab yang berikut:2- Sebab yang pertama untuk saya terus menetap di kolej kediaman adalah kerana saya tidak dapat mengakses internet kerana kami tidak mampu menanggung kos pembiayaan pemasangan internet dan juga caj bil bulanan. Oleh kerana tidak mengakses internet, banyak tugasan dan kerja kursus yang terbengkalai serta tidak mampu disiapkan dengan sempurna. 3-Sebab kedua saya terus menetap di dalam kolej kediaman adalah bagi memudahkan saya untuk menyertai aktiviti-aktiviti yang dianjurkan oleh pihak institute di luar waktu kuliah. Memandangkan kebiasaannya, aktiviti-aktiviti tersebut diadakan pada waktu malam, ia agak bahaya bagi saya sebagai seorang pelajar perempuan untuk bergerak ke institut pada waktu malam. 4- Sebab terakhir saya ingin terus menetap di dalam kolej kediaman ialah saya menghadapi kesukaran untuk ke perpustakaan di luar waktu kuliah sekiranya menetap di luar kampus. Saya berasa selesa untuk mengulangkaji di perpustakaan dan mencari bahan bacaan di sana. Kerjasama dari pihak tuan amat dihargai dan diakhiri dengan ucapan ribuan terima kasih.

Yang Benar,_____________________(SYAIMAA BINTI ABDUL HALIM)