surat penubuhan kelab-persatuan 2011

12
Contoh Surat Kelulusan Penubuhan Pasukan Pakaian Seragam, Kelab/Persatuan dan Kelab Sukan / Permainan Jawatankuasa Penaja Pergerakan Pengakap, Sekolah Menengah Kebangsaan Tun Mutahir, Rujukan Kami: SMKTMu/ 700-15/1/7( ) Batu Berendam, Tarikh : Januari 2011 75350, Melaka. . Pengetua, Sekolah Menengah Kebangsaan Tun Mutahir, Batu Berendam, 75350 Melaka. Melalui: Guru Penasihat / Pemimpin Jawatankuasa Penaja Pergerakan Pengakap. Tuan, Permohonan Menubuhkan Pergerakan Pengakap Sekolah Menengah Kebangsaan Tun Mutahir. Saya dengan segala hormat dan takzimnya merujuk perkara di atas. 2. Dengan hormatnya dimaklumkan bahawa saya …………………………..berdasarkan Peraturan (4) dalam Warta Kerajaan bertarikh 21 hb Mei 1998 P.U (A) 196, yang berkaitan dengan Seksyen 130, Akta Pendidikan 1996 dengan ini memohon untuk menubuhkan PERGERAKAN PENGAKAP SMK TUN MUTAHIR,BATU BERENDAM, MELAKA mulai 1 hb Januari, 2011. 3. Bersama-sama ini disertakan : Draf Perlembagaan Draf Aktiviti Asas Senarai Nama Jawatankuasa Penaja 4, Kerjasama daripada pihak tuan meluluskan permohonan ini amat dihargai dan diucapkan terima kasih . Sekian Terima Kasih. “ BERKHIDMAT UNTUK NEGARA” Saya yang menjalankan tugas, ………………………………………….

Upload: dyahsakiwa

Post on 01-Jul-2015

1.797 views

Category:

Documents


19 download

TRANSCRIPT

Page 1: Surat Penubuhan Kelab-persatuan 2011

Contoh Surat Kelulusan Penubuhan Pasukan Pakaian Seragam, Kelab/Persatuan dan Kelab Sukan / Permainan

Jawatankuasa Penaja Pergerakan Pengakap, Sekolah Menengah Kebangsaan Tun Mutahir, Rujukan Kami: SMKTMu/ 700-15/1/7( ) Batu Berendam, Tarikh : Januari 2011 75350, Melaka. .

Pengetua,Sekolah Menengah Kebangsaan Tun Mutahir,Batu Berendam,75350 Melaka.

Melalui:Guru Penasihat / Pemimpin Jawatankuasa Penaja Pergerakan Pengakap.

Tuan,

Permohonan Menubuhkan Pergerakan Pengakap Sekolah Menengah Kebangsaan Tun Mutahir.

Saya dengan segala hormat dan takzimnya merujuk perkara di atas.

2. Dengan hormatnya dimaklumkan bahawa saya …………………………..berdasarkan Peraturan (4) dalam Warta Kerajaan bertarikh 21 hb Mei 1998 P.U (A) 196, yang berkaitan dengan Seksyen 130, Akta Pendidikan 1996 dengan ini memohon untuk menubuhkan PERGERAKAN PENGAKAP SMK TUN MUTAHIR,BATU BERENDAM, MELAKA mulai 1 hb Januari, 2011.

3. Bersama-sama ini disertakan :

Draf Perlembagaan Draf Aktiviti Asas Senarai Nama Jawatankuasa Penaja

4, Kerjasama daripada pihak tuan meluluskan permohonan ini amat dihargai dan diucapkan terima kasih .Sekian Terima Kasih.

“ BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menjalankan tugas,

………………………………………….( Abu Bin Bakar )Setiausaha,b.p Jawatankuasa Penaja Pergerakan Pengakap,Sekolah Menengah Kebangsaan Tun Mutahir,

s.k 1. Guru Penolong Kanan Kokurikulum SMK Tun Mutahir, Batu Berendam, Melaka.

Page 2: Surat Penubuhan Kelab-persatuan 2011

_______________________________________________________________________________Contoh surat kelulusan Penubuhan Pasukan Pakaian seragam, Kelab /Persatuan dan Sukan /Permainan

Jawatankuasa Penaja Pergerakan Pengakap, Rujukan Kami: SMKTMu 900-4/33 ( )Sekolah menengah Kebangsaan Tun Mutahir Tarikh: Januari 2011Batu Berendam75350 Melaka.(U.P: En Abu Bin Bakar)

Melalui:Guru Penasihat / Pemimpin Jawatankuasa Penaja Pergerakan Pengakap.

Saudara,

Permohonan Menubuhkan Pergerakan Pengakap Sekolah Menengah Kebangsaan Tun Mutahir

Dengan hormatnya perkara di atas dirujuki berasaskan surat SMKTMu/700-15/1/ 7( ) bertarikh 2 Januari 2011.

2. Dinyatakan bahawa dengan kuasa yang diberikan kepada saya oleh seksyen 130 Akta Pendidikan 1996 seperti termaktub dalam peraturan ( 4) Warta Kerajaan bertarikh 21 hb Mei 1998 P.U. ( A ) 196, sukacita dimaklumkan permohonan saudara untuk menubuhkan PERGERAKAN PENGAKAP SMK TUN MUTAHIR adalah DILULUSKAN berkuatkuasa mulai 2 hb Januari 2011

3. Semoga saudara dapat melaksanakan tugas dengan penuh dedikasi.

4. Sukacita juga dimaklumkan bahawa kelulusan ini bermaksud Pergerakan Pengakap Sekolah Menengah Kebangsaan Tun Mutahir sudah boleh bergerak sebagai sebuah persatuan yang sah dan berdaftar.

Sekian Terima Kasih

“ BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menurut perintah,

………………………………………….(HJ. ZOLKAPLY BIN YUNUS)Pengetua,SMK Tun Mutahir,Batu Berendam, Melaka.

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TUN MUTAHIR75350 BATU BERENDAM, MELAKA

Tel : 06 3174376 Kod Sekolah : MEA 2088 Faks : 06 3171539

Page 3: Surat Penubuhan Kelab-persatuan 2011

(Contoh Surat Permohonan Penubuhan Dan Pendaftaran Pasukan Pakaian Seragam, Kelab /Persatuan dan sukan/ permainan.)

Abu Bin BakarSetiausaha Pergerakan Pengakap, Sekolah Menengah Kebangsaan Tun Mutahir, Rujukan Kami: SMKTMu/700-15/1/7( )Batu Berendam. Melaka. Tarikh : 20 Januari 2011.

PengetuaSekolah Menengah Kebangsaan Tun Mutahir,Batu Berendam,75350 Melaka.

Melalui: Guru Penasihat / Pemimpin Pergerakan Pengakap

Tuan,

Permohonan Pengesahan Penubuhan Dan Pendaftaran Pergerakan Pengakap SMK Yun Mutahir.

Saya dengan segala hormat dan takzimnya merujuk perkara di atas berasaskan surat tuan SMKTMu/900-4/33( ) bertarikh 6 Januari 2011.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa mesyuarat Penubuhan Pergerakan Pengakap SMK Tun Mutahir telah di adakan pada 19 Januari 2011 jam 2.00 petang di Dewan Mesyuarat Sekolah. Mesyuarat telah memutuskan dan mengesahkan dengan sebulat suara Perlembagaan dan Peraturan-peraturan Persatuan, Senarai Aktiviti Utama, dan senarai Ahli Jawatankuasa yang akan melaksanakan tugas masing-masing sehinggalah ke tarikh Mesyuarat Agung yang pertama akan diadakan secepat mungkin.

3. Sehubungan dengan itu, saya bagi pihak Jawatankuasa Pergerakan Pengakap Sekolah dengan penuh harapan memohon sudilah apa kiranya tuan mengesahkan penubuhan Pergerakan Pengakap SMK Tun Mutahir ini dan mendaftarkannya sebagai sebuah Pasukan Pakaian Seragam dalam bidang Kokurikulum di sekolah ini berasaskan peraturan ( 4) dalam peraturan-peraturan Pendidikan ( Persatuan Sekolah) 1998 seperti dalam warta Kerajaan Malaysia Jilid 42, No. 11, Tambahan No. 21, Perundangan (A): P.U (A) 196, bertarikh 21 Mei 1998.

4. Bersama-sama ini disertakan Perlembagaan dan Peraturan-Peraturan Persatuan, Senarai Ahli Jawatankuasa dan Senarai Aktiviti Utama.

5. Jasa baik tuan meluluskan permohonan ini amatlah dihargai dan disanjung tinggi.

Sekian Terima Kasih

“ BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menjalankan tugas,

………………………………….( Abu Bin Bakar )Setiausaha,b.p Pengerusi Pergerakan Pengakap, SMK Tun Mutahir

s.k 1. GPK Koku.

Page 4: Surat Penubuhan Kelab-persatuan 2011

_______________________________________________________________________________(Contoh Surat Pengesahan Penubuhan Dan Pendaftaran Pasukan Pakaian seragam, Kelab/Persatuan dan Sukan/ Permainan.)

Setiausaha Pergerakan Pengakap, Rujukan Kami : SMKTMu 900-4/33 ( )SMK Tun Mutahir, Tarikh: Januari 2011Batu Berendam, Melaka.(U.P: En Abu Bin Bakar)

Saudara,

Permohonan Pengesahan Penubuhan Dan Pendaftaran Pengakap SMK Tun Mutahir.

Dengan hormatnya perkara di atas dirujuki berasaskan surat SMKTMu/700-15/1/7 ( ) bertarikh 20 Januari 2011.

2. Saya terlebih dahului mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan syabas kepada tuan dan semua Ahli Jawatankuasa yang telah berusaha dengan bersungguh-sungguh bagi merealisasikan penubuhan Pergerakan Pengakap ini.

3. Sehubungan itu berdasarkan kuasa yang diberikan kepada saya mengikut peraturan 4 dan 5 dalam Peraturan-peraturan Pendidikan ( Persatuan Sekolah) 1998 seperti dalam Warta Kerajaan Malaysia Jilid 42, No 11,Tambahan No 21, Perundangan ( A):P.U. (A) 196,bertarikh 21 hb Mei 1998, maka saya dengan sukacitanya mengesahkan penubuhan dan pendaftaran Pergerakan Pengakap SMK Tun Mutahir dengan No. Pendaftaran ___/2011/SMKTMu.Pengesahan ini adalah berkuatkuasa mulai tarikh surat ini sehinggalah persatuan ini dibubarkan.

4. Dengan pengesahan ini Pergerakan Pengakap SMK Tun Mutahir sudah boleh bergerak sebagai sebuah persatuan yang sah berdaftar dalam bidang Kokurikulum sekolah ini dengan diterajui olah Jawatankuasa yang telah dilantik dan mematuhi sepenuhnya perlembagaan dan Peraturan-Peraturan Persatuan dan melaksanakan aktiviti utama yang dikemukakan kepada saya.

Sekian Terima Kasih,

“ BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menjalankan tugas,

……………………………………..(HJ. ZOLKAPLY BIN YUNUS)Pengetua,SMK Tun Mutahir.

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TUN MUTAHIR75350 BATU BERENDAM, MELAKA

Tel : 06 3174376 Kod Sekolah : MEA 2088 Faks : 06 3171539

Page 5: Surat Penubuhan Kelab-persatuan 2011

_______________________________________________________________________________

Cik Zulhaida Habsah, Rujukan Kami: SMKTMu /900- 12 ( )SMK Tun Mutahir, Tarikh: 4 Januari 2011Batu Berendam, 75350 Melaka.

Tuan,

Perlantikan Sebagai Guru Penasihat / Guru Pemimpin Pergerakan Pandu Puteri SMK Tun Mutahir.

Berhubung perkara di atas, dimaklumkan bahawa dengan kuasa yang diberikan kepada saya oleh Seksyen 130 Akta Pendidikan 1996 seperti termaktub dalam Peraturan ( 4) Warta Kerajaan bertarikh 21 hb Mei 1998 P.U (A) 196, bahawa tuan telah dilantik sebagai Guru Pemimpin Pergerakan Pandu Puteri SMK Tun Mutahir berkuatkuasa mulai 2 hb Januari 2011 sehinnga 31hb Disember 2011.

2. Bersama-sama ini disertakan senarai tanggungjawab yang perlu dilaksanakan oleh tuan.

3. Semoga dengan perlantikan ini tuan dapat menjalankan tanggungjawab untuk meninggikan prestasi perkhidmatan pendidikan dan Pergerakan Pandu Puteri.

Sekian Terima Kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya menurut perintah,

………………………………….(HJ. ZOLKAPLY BIN YUNUS )Pengetua.SMK Tun MutahirBatu Berendam, Melaka.

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TUN MUTAHIR75350 BATU BERENDAM, MELAKA

Tel : 06 3174376 Kod Sekolah : MEA 2088 Faks : 06 3171539

Page 6: Surat Penubuhan Kelab-persatuan 2011

_______________________________________________________________________________

Lee Kok Kong,SMK Tun Mutahir, Rujukan Kami: SMKTMu /700- 15/1/7( ) Batu Berendam, Melaka. Tarikh: 4 Januari 2011

Pengetua,SMK Tun Mutahir,Batu Berendam,75350, Melaka.

Tuan,

Perlantikan Sebagai Guru Penasihat ( ) SMK Tun Mutahir.

Saya dengan segala hormat dan takzimnya merujuki perkara di atas berasaskan surat tuan SMKTMu /900-12 ( ) bertarikh 2 Januari 2011 yang berkaitan.

2. Terlebih dahulu saya merakamkam setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas kepercayaan dan keyakinan tuan melantik saya sebagai Guru Pemimpin/ Penasihat Pergerakan Pengakap SMK Tun Mutahir berkuatkuasa mulai 2 Januari 2011.

3. Sehubungan itu, saya dengan sepenuh hati menerima perlantikan tersebut sebagai sebahagian tugas, kuasa dan tanggungjawab profesion saya, dan berikrar akan menumpukan segala upaya dan segenap tenaga untuk menunai dan melaksanakannya.

4. Saya faham bahawa sekiranya saya lalai, alpa dan ingkar dalam melaksanakan tugas, kuasa dan tanggungjawab yang diamanahkan ini, maka saya boleh dikenakan tindakan mengikut sub seksyen 135(1) dan 135(2) Akta Pendidikan 1996 dan Peraturan 4 dalam bahagian 11 Peraturan-Peraturan Pegawai Awam ( Kelakuan Dan Tatatertib) 1993.

Sekian Terima Kasih

“ BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menurut perintah.

……………………………………….( )

s.k 1.AJK Induk KoKu SMK Tun Mutahir2.GPK KoKu.

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TUN MUTAHIR75350 BATU BERENDAM, MELAKA

Tel : 06 3174376 Kod Sekolah : MEA 2088 Faks : 06 3171539

Page 7: Surat Penubuhan Kelab-persatuan 2011

_______________________________________________________________________________Contoh surat penurunan Kuasa Pengetua kepada Ahli Jawatankuasa Persatuan Melalui Guru Penasihat/ Pemimpin.

Johari Bin Mohd Daud Tingkatan 5 Sains 2, Rujukan Kami: SMKTMu /900-9/1 ( )SMK Tun Mutahir. Tarikh: Januari 2011

Melalui dan salinan:Guru Pemimpin,Pergerakan Pengakap,SMK Tun Mutahir.

Saudara,

Surat Penurunan Kuasa Kepada Ahli Jawatankuasa Persatuan

Berhubung perkara tersebut di atas dinyatakan bahawa dengan kuasa yang diberikan kepada saya seperti mana dalam Peraturan 4 dan 5 dalam Peraturan-peraturan Pendidikan ( Persatuan Sekolah ) 1998, Akta Pendidikan 1996 seperti dalam Warta Kerajaan Malaysia Jilid 42, No 11, Tambahan No 41 Perundangan (A) P.U (A)196 bertarikh 21hb Mei 1998, saudara telah di lantik sebagai Pengerusi Pergerakan Pengakap SMK Tun MUtahir ( No Pendaftaran ___/2010/SMKTMu) berkuatkuasa mulai 30 Januari 2011.

2. Bersama-sama ini disertakan Senarai Tanggungjawab Ahli Jawatankuasa Persatuan yang perlu dilaksanakan oleh saudara. Semoga dengan perlantikan ini saudara dapat menjalankan tanggungjawab untuk meninggikan prestasi Pergerakan Pengakap sekolah ini.

Sekian Terima Kasih

“ BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menurut perintah

…………………………………….(HJ. ZOLKAPLY BIN YUNUS )Pengetua,SMK Tun Mutahir.

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TUN MUTAHIR75350 BATU BERENDAM, MELAKA

Tel : 06 3174376 Kod Sekolah : MEA 2088 Faks : 06 3171539

Page 8: Surat Penubuhan Kelab-persatuan 2011

_______________________________________________________________________________(Contoh surat Pendaftaran Pergerakan Pengakap Sekolah Kepada Persekutuan Pengakap Malaysia)

Persekutuan Pengakap Malaysia,Rumah Pengakap, Rujukan Kami: SMKTMu /900-4/3 ( )Jalan Hang Jebat, Tarikh: 5 Januari 201156000 Kuala Lumpur.

Tuan,

Memohon Pendaftaran Pergerakan Pengakap SMK Tun Mutahir, Batu Berendam, Melaka.

Berhubung perkara tersebut di atas, Pergerakan Pengakap SMK Tun Mutahir telah dilulus penubuhan dan pendaftaran (No. Pendaftaran:___/2011/SMKTMu) oleh pihak pentadbiran sekolah sepertimana surat SMKTMu /700-15/9/8 ( ) bertarikh 25 Januari 2011.

2. Sehubungan itu, Pergerakan Pengakap SMK Tun Mutahir ingin memohon mendaftar pergerakan ini kepada Persekutuan Pengakap Malaysia.Oleh itu bersama-sama ini disertakan borang yang telah diisi dan wang pendaftaran.Senarai ahli-ahli Pergerakan Pengakap SMK Tun MUtahir, dan guru-guru Penasihat yang akan mengendalikan pergerakan pengakap tersebut juga disertakan.

3. Semoga dengan pendaftaran ini pihak sekolah akan memperolehi segala berita perkembangan Persekutuan Pengakap Malaysia agar dapat membantu menjalankan tanggungjawab untuk meninggikan prestasi Pergerakan Pengakap.

Sekian Terima Kasih,

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menurut perintah

…………………………………….(HJ. ZOLKAPLY BIN YUNUS)Pengetua,SMK Tun Mutahir.

s.k 1. Pengarah Pelajaran Melaka2. Pegawai Pelajaran Daerah Melaka Tengah3. Pesuruhjaya Pengakap Daerah4. AJK Induk Koku sekolah5. GPK Koku6. Fail Pengakap

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TUN MUTAHIR75350 BATU BERENDAM, MELAKA

Tel : 06 3174376 Kod Sekolah : MEA 2088 Faks : 06 3171539

Page 9: Surat Penubuhan Kelab-persatuan 2011

PERGERAKAN PENGAKAP SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TUN MUTAHIR.( NO PENDAFTARAN ___/2011/SMKTMu )

SENARAI AHLIJAWATANKUASA PERSATUAN.

Pada mematuhi subperaturan 5 (1) (b) dalam Peraturan-Peraturan Pendidikan ( Persatuan Sekolah)1996 Akta Pendidikan seperti dalam Warta Kerajaan Jilid 42. No 11 Tambahan no 41 , Perundangan P.U (A) 196, bertarikh 21 hb Mei 1998, maka berikut ini disertakan Senarai Ahli Jawatankuasa Pergerakan Pengakap SMK Tun Mutahir yang selepas ini disebut sebagai persatuan sahaja.

BIL JAWATAN NAMA TING NO KAD PENGENALAN 1 Pengerusi

2 Naib Pengerusi

3. Setiausaha

4. Penolong Setiausaha

5. Bendahari

6 Penolong Bendahari

7 Ahli Jawatankuasa 1.

2.

3.

4.

5.

Perakuan: Kami dengan ini mengaku bahawa senarai Ahli Jawatankuasa di atas adalah mematuhi Subseksyen 6.11 dalam artikel Enam dan perlantikan mereka mematuhi subseksyen 6.12 dalam artikel yang sama seperti dalam undang-undang dan Peraturan-Peraturan Persatuan.

…………………………………. …………………………………..( JOHARI BIN MOHD DAUD ) ( SELAMAT BIN MAT )Pengerusi Pergerakan Pengakap Setiausaha Pergerakan Pengakap.Tarikh: ………………………… Tarikh:…………………………….

Pengesahan: Saya dengan ini mengesahkan bahawa senarai AJK di atas dan perlantikan mereka adalah mengikut undang-undang dan Peraturan-Peraturan ( Perlembagaan) Pergerakan Pengakap SMK Tun Mutahir.……………………………………..( EN LEE KOK KONG )Guru Pemimpin / Penasihat.