surat panggilan mesy unifm sem 3.docx

11
SEKOLAH KEBANGSAAN SERI GELUGOR 24300 KERTEH, KEMAMAN TERENGGANU DARUL IMAN TEL: 09-8260171 FAX: 09-8260170 ____________________________________________________________________ __ Ustaz Abzainizam Bin Abdullah Penyelaras Unit Beruniform, SK.Seri Gelugor, Kerteh, Kemaman. Terengganu. Kepada Ahli Jawatankuasa Unit-unit Beruniform, Pasukan Unit Beruniform, SK.Seri Gelugor, Kerteh, Kemaman. Terengganu. 15 September 2012 Tuan / Puan, Panggilan Mesyuarat Untuk Membincangkan Tentang Perkhemahan Bersepadu Dengan segala hormatnya, saya sebagai Setiausaha Unit Beruniform ingin menjemput untuk hadir ke mesyuarat bagi membincangkan tentang perkhemahan bersepadu yang dirancang untuk diadakan pada cuti penggal nanti. .2. Mesyuarat untuk membincangkan tentang perkhemahan bersepadu ini akandiadakan seperti butir berikut :Masa : 12.00 tengah hari Tarikh : 16 September 2012 Tempat : Bilik Mesyuarat SK.Seri Gelugor, Kerteh.

Upload: pzahzuri

Post on 02-Oct-2015

243 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

SEKOLAH KEBANGSAAN SERI GELUGOR24300 KERTEH, KEMAMANTERENGGANU DARUL IMANTEL: 09-8260171 FAX: 09-8260170______________________________________________________________________

Ustaz Abzainizam Bin Abdullah Penyelaras Unit Beruniform,SK.Seri Gelugor, Kerteh, Kemaman. Terengganu.Kepada

Ahli Jawatankuasa Unit-unit Beruniform,Pasukan Unit Beruniform,SK.Seri Gelugor, Kerteh, Kemaman. Terengganu. 15 September 2012

Tuan / Puan,Panggilan Mesyuarat Untuk Membincangkan Tentang Perkhemahan BersepaduDengan segalahormatnya, saya sebagai Setiausaha Unit Beruniform ingin menjemput untuk hadir ke mesyuarat bagi membincangkan tentang perkhemahan bersepadu yang dirancang untuk diadakan pada cuti penggal nanti..2.Mesyuaratuntukmembincangkantentangperkhemahanbersepaduiniakandiadakan seperti butir berikut:Masa:12.00tengah hariTarikh:16 September 2012Tempat : Bilik Mesyuarat SK.Seri Gelugor, Kerteh.3.Semuaahlijawatankuasahendaklahhadiruntuk membincangkanpelaksanaan perkhemahan yang hendak dilaksanakan. Perkara yang akan dibincangkan tentang perkhemahan tersebut ialah :3.1Tarikhdanmasayangsesuai3.2Lokasiperkhemahanyangstrategik3.3Kosperbelanjaan3.4Pelantikanjawatankuasapelaksanaanprojek

4.Sehubungandenganperkaratersebut,kehadirantuan/puandiwajibkanuntuk melancarkan majlis mesyuaratnanti. Sebarangmasalahataukerumitanboleh berhubung dengan saya.Sekian, terima kasih." Guru Penyayang Murid Berkualiti "BERKHIDMAT UNTUK NEGARA

Saya yang menurut perintah,............................................( EN. ABZAINIZAM BIN ABDULLAH )Penyelaras Unit Beruniform,SK.Seri Gelugor, Kerteh, Kemaman. Terengganu.

MINIT MESYUARAT PERKHEMAHAN BERSEPADU BADAN BERUNIFORM 2012SK.Seri Gelugor, Kerteh, Kemaman. Terengganu.Tarikh:16 September 2012Masa :12.00 tengah hariTempat: Bilik Mesyuarat SK.Seri Gelugor, Kerteh.Kehadiran:1. Pn.Hjh.Kintan bt. Ahmad (Guru Besar SKSG)2. Pn.Hjh. Rosnani bt.Mohd Yusof (PKKokurilum SKSG)3. Ustaz Abzainizam Bin Abdullah.(Penyelaras Program)4. En. Mohamad Famir b. Zakaria.5. En. Khairul Effendi b. Abdullah.6. Puan Maizatul Akma bt Mohamed7. En. Juraimi bin Mohamed8. En. Azman b. Mat Yasin9. En. Wan Azeman b. Wan Adnan10. En. Syeikh Mustaqim bin Sikh Nawawi11. Puan Azrina binti Othman12. Puan Norliza13. Puan Rosnani bt Nordin14. Puan Tuan Umamah bt Tuan Daud15. Puan Shafini bt. Husin16. Puan Seri Banun bt Abd Rahman17. Puan Norahiza bt Zaid.18. Puan Wan Suzi bt. Wan Zawil Abidin.19. Puan Fatmawati bt Abd Wahab20. Pn. Rohani bt Taib21. Pn. Wan Rohana22. Pn. Nor zaihan bt Zakaria.23. Pn. Masniza bt Kamaludin.24. Pn. Wan Rasyidah25. Pn. Rozaini26. Pn Anna Thong27. En. Rozlan b. Nasir28. En Baderishan bin Kasim29. Pn. Haniza bt. Baharom30. Pn. Zuraidah31. Pn. Norainshah

1. Ucapan Pengerusi.

1.1 Ucapan salam dan dimulakan dengan bacaan ummul kitab (Surah al-Fatihah).

1.2 Pengerusi mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua cikgu yang hadir dalam mesyuarat ini.

1.3 Memaklumkan tujuan mesyuarat diadakan.Iaitu membincangkan tentang perkhemahan bersepadu badan beruniform sekolah.

2. Perkhemahan Bersepadu Badan Beruniform SK.Seri Gelugor, Kerteh. 2012

2.1.Mesyuarat telah dimaklumkan bahawa Perkhemahan Bersepadu Badan Beruniform Sekolah akan dilaksanakan pada 27,28 dan 29 September 2012 ( Khamis hingga Sabtu ) di SK.Seri Gelugor, Kerteh, Kemaman. Terengganu.

Tindakan : makluman

2. 2.Guru besar merangkap penasihat program perkhemahan memberitahu kepada semua guru-guru agar memberi kometmen yang bersungguh-sungguh dalam aktiviti perkhemahan pada kali ini. Tindakan : makluman

2.3.Mesyuarat dimaklumkan juga seramai lebih kurang 150 orang murid terdiri murid tahun 6 daripada semua unit beruniform sekolah .

Tindakan : makluman

2.4.Mesyuarat dimaklumkan tentatif Program dan juga bidang tugas guru-guru untuk program ini telahpun diberitahu.Tindakan : makluman

2.5.Mesyuarat dimaklumkan terdapat beberapa slot program di ubah mengikut seperti mana yang terdapat di dalam kertas cadangan yang dilampirkan.

Tindakan : makluman

2.6.Encik Wan Azeman memberitahu peralatan program hendaklah disediakan.Tindakan : AJK Peralatan

2.7. Senarai semak barang keperluan murid,surat kebenaran murid telah di sediakan dan diedarkan.Tindakan : makluman

2.8. Mesyuarat diberitahu yuran penyertaan setiap peserta ialah sebanyak RM 10 seorang . Ini bagi menampung perbelanjaan makan dan minum peserta. Kos selebihnya ditanggung oleh pihak sekolah.Tindakan : Guru Penyelaras Unit

2.9. Mesyuarat juga memberitahu , pihak sekolah akan menyediakan 21 khemah untuk murid yang berkapasiti 6 orang untuk khemah kecil dan 8 orang bagi khemah yang besar. Jika berlaku ribut atau hujan , murid-murid akan ditempatkan di dewan sekolah.Tindakan : makluman

2.10. Pemilihan murid hendaklah murid-murid yang mempunyai kemahiran yang tinggi dalam perkhemahan.Tindakan : Guru Penyelaras Unit

3. Hal-hal lain.

3.1 Mesyuarat diberitahu pada malam akhir perkhemahan tersebut pihak sekolah mengadakan BBQ sebagai selingan.Tindakan : makluman

3.2 Pengerusi mengharapkan aktiviti ini berjalan dengan lancar serta kerjasama daripada guru-guru dalam menjayakan perkhemahan kali ini.

Tindakan : makluman

Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 1.00 petang.

Disediakan oleh, Disemak oleh, ..(Ustaz Abzainizam Abdullah ) ( Pn.Hjh.Rosnani bt Mohd Yusof ) Penyelaras Unit Beruniform GPK Ko Kurikulum

Disahkan Oleh:

( Pn.Hjh. Kintan bt. Ahmad ) Guru Besar , SK.Seri Gelugor, Kerteh, Kemaman, Terengganu.

REFLEKSIPada semester tiga ini, kami telah didedahkan dengan satu kursus yang sebelum ini tidak kami alaminya ketika mengikuti Diploma Perguruan dahulu iaitu Bina Insan Guru atau lebih dikenali dengan singkatan BIG.Pada slot yang pertama, kumpulan kami PIMC telah didedahkan dengan tatacara BIG dan elemen yang perlu dipelajari oleh kami serta diperkenalkan dengan alatan , jenis khemah dan lain-lain sebagai persediaan untuk kami mengadakan dan mengelolakan perkhemahan.Pada slot kedua pula , kami dikehendaki mengadakan dan mengelolakan satu perkhemahan untuk pelajar sekolah. Untuk menjayakan BIG kami yang pertama ini, kami dibahagikan kepada 5 kumpulan. Kumpulan saya telah memilih Sk Seri Gelugor sebagai sasaran untuk perkhemahan unit beruniform.Untuk menjayakan program ini kami telah bersepakat mengadakan aktiviti perkhemahan tersebut pada 27-29 September 2012 di sekolah tersebut dan telah pun dijalankan dengan jayanya.Hasilnya, saya sedar bahawapengurusan masa adalah amat penting demi memastikan segala aktiviti yang dirancang dapat berjalan dengan lancar dengan masa yang telah ditetapkan. Hal ini penting kerana sekiranya sesuatu aktiviti telah bertangguh atau tergendala, ianya pasti akan menjejaskan atur cara atau aktiviti yang seterusnya. Kesannya, semua perkara terpaksa dijalankan dengan kadar yang lebih cepat dan menyebabkan kami menghadapi kekurangan masa bagi sesuatu sesi atau slot aktiviti serta murid tidak dapat menghayati satu-satu slot dengan baik.Malah daripada BIG ini, saya sedar bahawakerjasama yang sepenuh dan koheren dalam kalangan ahli kumpulan adalah penting demi menyiapkan sesuatu tugasan tepat pada masanya.Oleh itu, kursus BIG ini telah berjaya memupuk nilai-nilai moral yang baik dalam diri saya, membina modal insan yang lebih sempurna dan menjadikan saya seorang yang lebih baik dalam semua aspek.Saya juga sedar bahawa kita haruslahbertanggungjawab dalam semua perkara yang telah diamanahkan kepada kita.

Di samping itu, BIG ini juga dapat memberi kefahaman yang lebih kepada saya bahawa realiti persekitaran dengan teori adalah berlainan serta bersikap responsif secara positif kepada keadaan dan keperluan persekitaran yang berbeza daripada apa yang kita pelajari di dalam kelas. Dalam pengelolaan perkhemahan juga , kita perlu adakan alternatif kedua jika pelan pertama kita tidak dapat dijalankan. Contohnya, pada awal perancangan , murid berkhemah di padang sekolah tetapi disebabkan hujan lebat , murid tidur di dewan sahaja. Ini pentingnya alternatif kedua, jika tidak aktiviti perkhemahan tidak dapat dijalankan dengan lancar dan baik.Dengan adanya aktiviti perkhemahan juga, saya sedar ianya adalah satu usaha untuk melahirkan pelajar yang cergas dan cerdas.Kecergasan dan kecerdasan adalah dua ciri biologikal yang saling berkaitan. Kecergasan fizikal secara langsung menjana kecergasan fisiologikal dengan mengaktifkan proses hayat dalam badan termasuklah kecerdasan minda.Dengan melalui aktiviti perkhemahan ini pelajar diberi pendedahan dan penerapan nilai-nilai murni serta ketahanan mental untuk mereka amalkan dalam kehidupan seharian mereka.Kelemahan yang ada pada aktiviti perkhemahan adalah disebabkan faktor cuaca yang mengakibatkan beberapa perancangan awal tertunda. Tetapi dapat diatasi dengan bantuan guru-guru yang turut memberikan kerjasama kepada kumpulan kami.Secara keseluruhannya, program BIG ini berjalan dengan lancar dan juga telah menepati matlamatnya untuk membentuk modal insan yang berdaya tahan dengan kekuatan jasmani, emosi, rohani (spiritual) dan sosial serta dapat memupuk semangat berpasukan, bekerjasama dan bertanggungjawab dalam melaksanakan tugas secara berkumpulan di kalangan pelajar.

Disediakan oleh:SHAFINI BINTI HUSINPIMC SEMESTER 3 2012.