surat kpd mdp papar

2
Tarikh: 01 November 2014 Kepada, Pegawai Eksekutif. Majlis Daerah Papar, Peti Surat 177, 89607 Papar, Sabah. Tuan, PERMOHONAN MENYEWA TAPAK UNTUK BERNIAGA Merujuk kepada perkara di atas, saya sebagai wakil pelajar UMS yang terdiri daripada 13 orang pelajar ingin memohon jasa baik tuan untuk mempertimbangkan permohonan yang tersebut di atas. 02. Untuk makluman pihak tuan, permohonan sewa tapak niaga ini adalah bertujuan untuk melaksanakan kerja kursus secara praktikal yang diarahkan oleh pihak universiti kepada kami. Di bawah ini disertakan butiran mengenai kerja kursus ini. Nama Kursus : UW00302 Asas Pembudayaan Keusahawanan. Jenis Tugasan : Melaksanakan projek praktikum berkaitan keusahawanan secara berkumpulan. Produk : Sambal belacan Saiz khemah : 10 x 10 kaki persegi UNIVERSITI MALAYSIA SABAH. Jalan UMS, 88400 Kota Kinabalu, Sabah.

Upload: virinah

Post on 06-Feb-2016

133 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

contoh surat rasmi kepada majlis daerah untuk kegunaan

TRANSCRIPT

Page 1: Surat Kpd MDP Papar

Tarikh: 01 November 2014

Kepada,

Pegawai Eksekutif.Majlis Daerah Papar,Peti Surat 177,89607 Papar,Sabah.

Tuan,

PERMOHONAN MENYEWA TAPAK UNTUK BERNIAGA

Merujuk kepada perkara di atas, saya sebagai wakil pelajar UMS yang terdiri daripada 13 orang pelajar

ingin memohon jasa baik tuan untuk mempertimbangkan permohonan yang tersebut di atas.

02. Untuk makluman pihak tuan, permohonan sewa tapak niaga ini adalah bertujuan untuk

melaksanakan kerja kursus secara praktikal yang diarahkan oleh pihak universiti kepada kami. Di bawah

ini disertakan butiran mengenai kerja kursus ini.

Nama Kursus : UW00302 Asas Pembudayaan Keusahawanan.

Jenis Tugasan : Melaksanakan projek praktikum berkaitan keusahawanan secara

berkumpulan.

Produk : Sambal belacan

Saiz khemah : 10 x 10 kaki persegi

03. Pihak kami amat berharap agar pihak tuan dapat mempertimbangkan permohonan ini. Sebarang

maklum balas pihak tuan boleh menghubungi kami di talian 0128202057 / 0195320602. Keperihatinan

dan perhatian dari pihak tuan kami dahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

Sekian.

Yang benar,

-------------------( VIRINAH JOLIS ) Pelajar UMS b/p kumpulan pelajar UMS

UNIVERSITI MALAYSIA SABAH.Jalan UMS,88400 Kota Kinabalu,Sabah.