mini seminar beringis papar

Upload: desmond-teo-yee-cheng

Post on 04-Apr-2018

257 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 7/30/2019 Mini Seminar Beringis Papar

    1/25

    1

    fF1.0 CONTENT BASED

    1.1 Pengenalan

    Disertasi Kepemimpinan Pengetua dan Keberkesanan Sekolah: Satu Kajian Kes di

    Sekolah Menengah Teknik Keningau adalah hasil tulisan Saripah Ghul Hassan. Disertasi ini

    ditulis pada tahun 2004 dan bertujuan untuk mengetahui tentang kepemimpinan pengetua

    dalam membentuk keberkesanan sekolah. Kajian di jalankan di Sekolah Menengah Teknik

    Keningau (SMTK) yang telah memenangi pelbagai anugerah. Kaedah penyelidikan adalah

    secara kualitatif untuk mencungkil rahsia kejayaannya. Pengetua SMTK dijadikan sebagai

    subjek utama kajian. Pelbagai instrumen digunakan untuk mengumpul data seperti soal

    selidik, temubual, pemerhatian, dan semakan dokumen. Seramai 31 orang telah mengambil

    bahagian dalam temubual dan 87 responden dalam soal selidik. Dapatan menunjukkan

    kualiti pengetua adalah penting untuk mewujudkan sekolah berkesan. Kajian menunjukkan

    kompetensi seperti kepimpinan pendidikan, perancangan dan akauntabiliti sekolah,

    hubungan kemanusiaan dan keberkesanan peribadi pengetua sangat diperlukan untuk

    mewujudkan sekolah berkesan. Dapatan dari kajian SMTK telah menunjukkan bahawa

    kepimpinan pengetuanya telah menyumbang dalam menghasilkan pengurusan cemerlang

    kepada sekolah berkesan.

    1.2 Sorotan Beberapa Teori dan Konsep

    Dalam bab dua ini penulis mengetengahkan sorotan bahan tentang kepimpinan

    pengetua dan keberkesanan sekolah dengan mengutarakan beberapa perkara merangkumi

    konsep dan teori yang dianggap relevan dengan kajian ini. Konsep yang dibincangkan ialah

    konsep gaya kepimpinan pengetua , teori-teori kepimpinan, konsep keberkesanan sekolah

    dan kajian-kajian lepas yang berkaitan. Teori kepimpinan yang diketengahkan oleh penulis

    terdiri daripada tiga teori yang tidak asing lagi iaitu teori sifat, teori kelakuan, dan teori

    kontigensi atau situasi. Teori sifat menyentuh tentang tret tertentu yang membolehkan

    seseorang menjadi pemimpin dalam kalangan para pengikutnya(Mosley, 1996). Sifat atau

  • 7/30/2019 Mini Seminar Beringis Papar

    2/25

    2

    tret yang dirujuk adalah seperti ketinggian, berkuasa, tegas, bijaksana, berilmu,

    berkeyakinan, berfikiran terbuka, cekap, berdisiplin, emosi, pemikiran matang, dan jujur.

    Teori kelakuan merujuk kepada aspek kelakuan iaitu gaya kepimpinan yang terkenal

    termasuklah teori X dan Y melalui kajian McGregor di Universiti Iowa, Ohio State dan

    Universiti Michigan. Gaya kepimpinan pula merujuk kepada dua gaya iaitu gaya

    berorientasikan tugas dan berorientasikan hubungan. Pemimpin yang bercirikan orientasi

    tugas cenderung menetapkan piawai tugas dengan nyata dan terperinci dengan penyeliaan

    ketat serta mementingkan produktiviti organisasi daripada hubungan dan kebajikan pekerja

    manakala bagi pemimpin yang berorientasikan hubungan menggalakkan penyertaan pekerja

    dalam menetapkan matlamat dan membuat keputusan serta memanfaatkan aspek

    hubungan yang baik untuk meningkatkan produktiviti. Teori situasi yang muncul sekitar

    1930-an mengandaikan bahawa situasi yang berbeza mengkehendaki corak personaliti dan

    gaya pemimpin yang berbeza agar pimpinannya berkesan. Terdapat beberapa teori yang

    terkandung dalam kategori situasi seperti teori situasi Fiedler yang merujuk pada hubungan

    di antara pemimpin dan keberkesanan pemimpin bergantung kepada padanan personaliti,

    gaya kepimpinan dan keperluan situasi. Sesuatu gaya kepimpinan akan menjadi lebih efektif

    apabila digunakan dalam situasi yang sesuai(Hellriegel, 1992). Teori kedua ialah teori situasi

    Hersey dan Blanchard yang menekankan kepimpinan yang elastik (flexible) dan dapat

    diubahsuaikan (adaptable) mengikut situasi. Teori ini mengambil kira tingkah laku tugas (task

    behaviour) dan tingkah laku hubungan (relationship behaviour). Dalam tingkah laku tugas,

    pemimpin menerangkan dengan jelas kepada pekerja aktiviti-aktiviti yang perlu dijalankan

    dan cara menyelesaikan tugas yang diberikan, manakala dalam tingkah laku hubungan,

    pemimpin mewujudkan hubungan peribadi melalui komunikasi , memberikan sokongan

    sosial, emosi dan psikologi kepada pekerja-pekerjanya. Secara simpulnya teori ini

    menyatakan bahawa kematangan ialah satu-satunya angkubah situasi . Ini merujuk kepada

    kematangan pekerja adalah kemampuan dan kesediaan untuk menerima tanggungjawab.

    Teori ketiga ialah teori laluan matlamat house yang mencuba untuk memahami dan

    meramalkan keberkesanan kepimpinan dalam situasi-situasi yang berlainan. Pendekatan

  • 7/30/2019 Mini Seminar Beringis Papar

    3/25

    3

    teori ini menyatakan bahawa dorongan sesuatu individu bergantung kepada jangkaannya

    terhadap ganjaran yang mana pemimpin dilihat sebagai punca ganjaran. Selain daripada itu

    pendekatan ini juga cuba meramalkan jenis-jenis ganjaran dan gaya kepimpinan yang

    berbeza mempengaruhi dorongan, kepuasan dan prestasi.

    Teori kepimpinan Transformasional dicirikan oleh kebolehan membawa perubahan

    yang signifikan dalam visi, strategi, budaya, inovasi dan teknologi ke arah peningkatan

    produktiviti dan kualiti. Kepimpinan ini dipelopori oleh Downton(1973) dan dipopularkan oleh

    Burns mulai tahun 1978 serta dikembangkan oleh Bass bermula dari tahun 1985.

    Kepimpinan ini menekankan empat aspek seperti kepimpinan transformasional memimpin

    pengikut menjadi pemimpin. Pemimpin transformasi memotivasikan pengikut mengambil

    inisiatif dan menyelesaikan masalah dan membuatkan mereka berada dalam perspektif baru.

    Kedua, kepimpinan transformasional meningkatkan keperluan fizikal pengikut daripada

    peringkat asas seperti keselamatan dan jaminan kepada keperluan psikologi tahap tinggi

    seperti kebanggaan kendiri dan penyempurnaan diri. Ketiga, kepimpinan transformasional

    mendorong pengikut menjangkau kepentingan diri untuk kebaikan kumpulan dan organisasi.

    Pemimpin transformasional ini memotivasikan mereka untuk melakukan lebih daripada yang

    diharapkan. Keempat, pemimpin transformasional mendukung visi masa depan dan

    berusaha mencapainya dengan berusaha sepenuhnya serta komited sehingga membawa

    perubahan. Secara rumusannya , kepimpinan transformasional membawa perubahan

    khususnya dalam organisasi yang terbuka kepada perkembangan dan perubahan seperti

    institusi pendidikan menuju era kegemilangan.

    Teori kepimpinan dari perspektif Islam percaya bahawa kepimpinan yang berkesan

    dapat dilihat dengan bertambahnya maaruf(kebaikan dan berkurangnya mungkar(kejahatan)

    (Abdul Wahab Zakaria, 1992). Sifat kepimpinan guru terhadap murid seperti yang disebutkan

    oleh Imam Al-Ghazali ialah kasihan dan bertimbang rasa, membimbing ke jalan di redhai

    syarak, menasihat dan mengingatkan dengan baik, menyampaikan ilmu mengikut kadar

    kemampuan murid dan memberikan penjelasan yang sesuai, hendaklah guru beramal

  • 7/30/2019 Mini Seminar Beringis Papar

    4/25

    4

    dengan ilmunya serta usahanya digerakkan oleh iman dan ketakwaan. Pemimpin sebuah

    organisasi dan pengurusan mempunyai tugas, fungsi, tanggungjawab dan kewajipan

    sebagaimana maksud firman Allah:

    ....Sesungguhnya kami menjadikan kamu (penguasa/khalifah) di muka bumi , maka

    berilah keputusan di antara manusia dengan adil.....................

    (Surah Sad: 38:26)

    Menurut Mustafa Daud(1994), pemimpin diberikan kuasa dan tanggungjawab serta

    gaji kemudahan yang setimpal. Justeru itu ia mesti menjalankan amanah yang diberikan

    dengan ikhlas, jujur, dedikasi dan sempurna. Pemimpin juga berhak mendapat ketaatan

    daripada orang bawahannya. Pemimpin yang cemerlang mempunyai ciri-ciri berikut:

    Kemahiran konsepsi, kemahiran komunikasi dan kemahiran teknikal. Kemahiran konsepsi

    bermaksud pemimpin yang memahami pandangan umum terhadap kepimpinannya. Ia

    mempunyai kaliber kepimpinan yang tersendiri dan arif dalam mengendalikan kuasa yang

    ada pada dirinya serta keupayaannya menarik orang bawahannya untuk mencapai matlamat

    organisasi dan kemahiran menyelesaikan pelbagai masalah secara bijaksana, kemahiran

    dalam merancang dan menyediakan strategi pembangunan, mengawal dengan teliti dan

    cermat setiap perancangan untuk menjayakan sesuatu program. Kemahiran kedua ialah

    komunikasi iaitu pemimpin berkemampuan untuk berhubung dengan berkesan setiap

    individu dalam dan luar organisasinya seperti berhubung mesra dan memiliki kefahaman

    tentang tingkah laku setiap individu dalam persekitarannya bagi membolehkan beliau

    mengenalpasti bentuk komunikasi yang sesuai terhadap individu tersebut. Kemahiran

    terakhir adalah kemahiran teknikal iaitu keupayaan pemimpin mempunyai ilmu yang

    mendalam berkaitan dengan semua tugas-tugas termasuklah pengurusan alat-alat teknikal

    sama ada secara manual atau sebaliknya yang diperlukannya dalam menyempurnakan

    tugas pengurusan tersebut. Di samping dapat menyampaikan dengan jelas kepada orang

    bawahannya serta keupayaan untuk merancang dan menyusun kerja dengan sebaiknya.

  • 7/30/2019 Mini Seminar Beringis Papar

    5/25

    5

    1.3 Pemilihan Model Kepimpinan Pengetua Sergiovanni sebagai model kajian

    Pengkaji juga memasukkan model kepimpinan pengetua Sergiovanni (1995) yang

    menkonsepsikan keberkesanan kepimpinan pengetua ini dari segi kuasa(forces) dan

    kemudahan yang ada padanya bagi menjalankan sesuatu perubahan. Dia menegaskan,

    sekiranya kecemerlangan sekolah hendak dicapai, seseorang pengetua itu mestilah

    memainkan peranan pemimpin yang berketrampilan (competent leader). Terdapat lima

    kelompok peranan yang perlu di mainkan oleh pengetua sebagai syarat untuk mencapai

    kecemerlangan sekolah iaitu pengetua sebagai pemimpin teknikal, pemimpin manusia,

    pemimpin pendidikan, pemimpin simbolik, dan pemimpin budaya.

    Budaya

    Simbolik

    Pendidikan

    Manusia

    Teknikal

    Rajah 1 : Model Peranan Pengetua Sebagai Pemimpin (Sergiovanni)

    Pengetua sebagai pemimpin teknikal iaitu tumpuan diberikan kepada teknik

    pengurusan yang cekap dan mahir. Ia termasuklah kemahiran dari segi perancangan,

    pengelolaan, penjadualan dan penyelarasan. Pemimpin manusia merujuk kepada kemahiran

    dan aspek perhubungan manusia, perhubungan individu serta mampu

    menggerakkan(motivate) stafnya. Ini termasuklah membina dan mengekalkan moral yang

    tinggi di kalangan staf serta menggalakkan inovasi dan kreativiti di samping sokongan

    kepada staff. Pemimpin pendidikan iaitu dapat menyumbang kepakaran dalam bidang

    pendidikan dan persekolahan. Pengetua perlu mahir dalam bidang kurikulum, diagnosis

    keperluan pelajar, penilaian dan penyeliaan atau pencerapan yang berkesan termasuklah

    sebagai pemimpin pengajaran. Pemimpin simbolik iaitu sebagai ketua yang memberi isyarat

  • 7/30/2019 Mini Seminar Beringis Papar

    6/25

    6

    tentang nilai dan kepentingan atau tujuan sesuatu perkara yang hendak dicapai. Kepimpinan

    seumpama ini termasuklah aktiviti seperti melawat ke bilik darjah dan kawasan sekolah,

    mengetuai upacara rasmi sekolah. Pemimpin budaya atau high priest iaitu kepimipinan

    menerusi usaha-usaha mencari, mentafsir dan memperkukuhkan nilai, kepercayaan(beliefs)

    dan unsur budaya yang dapat menjadikan sekolah itu sebagai sebuah sekolah yang unik.

    Peranan ini termasuklah mengadakan aktiviti sosial guru dan pelajar dengan budaya sekolah

    seperti acara anugerah kecemerlangan sekolah bagi memberikan hadiah atau penghargaan

    kepada sesuatu kejayaan yang dicapai.

    1.4 Pemilihan Model Kepengetuaan Berkesan sebagai Model Kajian

    Model Kepengetuaan Berkesan (2011) pula merujuk kepada enam kumpulan

    kompetensi yang perlu diamalkan oleh pengetua ke arah keberkesanan sekolah iaitu

    kapimpinan pendidikan, perancangan dan akauntabiliti, hubungan manusia, kepimpinan

    politik, keberkesanan peribadi dan kepimpinan budaya dan etika (Zaidatol Akmaliah, 2001).

    Rajah 2: Model Kepengetuaan Berkesan

    Kepimpinan Budaya dan Etika

    Kepimpinan

    Pendidikan

    Hubungan

    Manusia

    Keberkesanan

    Peribadi

    Perancangan

    Dan

    Akauntabiliti

    Kepimpinan

    Politik

    Kepengetuaan dan

    Pengetua Berkesan

  • 7/30/2019 Mini Seminar Beringis Papar

    7/25

    7

    Kepimpinan pendidikan mengetengahkan elemen penting dalam model ini iaitu

    meliputi kepimpinan pengajaran, pembentukan visi, kepimpinan secara bersama, proses

    perubahan dan hubungan dengan komuniti. Perancangan akauntabiliti iaitu anatar

    kompetensi yang perlua ada pada pengetua untuk melaksanakan aspek perancangan dan

    pada masa yang sama memelihara akautabiliti secara profesional ialah pengumpulan data,

    proses perancangan itu sendiri, pengagihan sumber dan proses akauntabiliti. Kompetensi

    pengetua dalam hubungan manusia antara lain adalah dapat berkomunikasi secara

    berkesan dengan guru, pelajar, ibu bapa dan ahli komuniti. Kepimpinan politik pula adalah

    kompetensi pengetua dalam pembinaan pakatan, keseimbangan tuntutan sistem sekolah

    dengan keutamaan komuniti dan hubungan komuniti. Beberapa amalan perlu diwujudkan

    seperi penggabungan dengan individu dan kumpulan yang berpengaruh untuk mendapatkan

    sokongan terhadap pencapaian dan matlamat sekolah. Keberkesanan peribadi menekankan

    pada keberkesanan diri termasuklah pengetahuan tentang diri dan akitannya dengan teori

    kepimpinan, refleksi, komitmen terhadap pembelajaran secara berterusan, literasi teknologi

    maklumat, dan kebolehan untuk membuat penilaian. Akhir sekali adalah kepimpinan budaya

    dan etika didapati merentasi semua komponen yang lain. Ini bermakna kepimpinan ini

    bersifat transformational dan bukannya transactional yang lebih dicirikan oleh unsur jual beli.

    Menurut Zaidatol Akmaliah (2001), ia dapat dipupuk melalui kompetensi seperti pemupukan

    iklim yang positif, kepimpinan budaya dan kepimpinan etika.

    Kesimpulan daripada perbincangan mengenai teori-teori dan model-model

    kepimpinan menunjukkan bahawa kepimpinan adalah suatu bidang yang mencabar kerana

    begitu banyak teori untuk cuba menjawab persoalan kepimpinan. Namun sehingga kini

    belum ada suatu teori yang dapat menangani persoalan dan permasalahan kepimpinan

    keseluruhannya. Apa yang berlaku ialah teori-teori tertentu boleh disesuaikan untuk

    membantu realiti kepimpinan masing-masing. Dalam konteks ini, pengetua sebagai

    pemimpin sekolah adalah bertanggungjawab membina kepimpinan yang dapat membawa

    kemajuan di sekolah. Sebagai pemimpin sekolah pengetua harus menerima hakikat bahawa

  • 7/30/2019 Mini Seminar Beringis Papar

    8/25

    8

    sekolah hari ini bukan sahaja menerima perubahan dengan pantas tetapi juga wujud situasi

    yang kompleks. Perkembangan ilmu serta ledakan maklumat telah menjadikan sekolah

    begitu mencabar. Oleh itu, konsep dan teori mengenai kepimpinan dan pengurusan perlulah

    difahami.

    Dalam konteks kajian ini, Model Kepengetuaan Berkesan digunakan kerana model

    ini mempunyai aspek kepimpinan yang agak mendalam terdiri daripada enam kumpulan

    kompetensi iaitu kepimpinan pendidikan, perancangan dan akauntabiliti, hubungan manusia,

    kepimpinan politik, keberkesanan peribadi dan kepimpinan budaya dan etika. Model ini dapat

    membina satu pendekatan positif terhadap kepimpinan dan pengurusan. Ia juga dapat

    menyediakan satu kerangka teori untuk memahami beberapa gaya kepimpinan yang

    memberi kesan kepada kepuasan dan matlamat. Model ini merupakan teori yang

    menekankan kepentingan tugas dan kriteria pekerja dalam pencapaian matlamat. Model ini

    tidak bersifat hierarki tetapi keenam-enam komponen itu saling mempengaruhi antara satu

    sama lain. Model ini ada persamaan dengan dengan model desakan (forces)

    Sergiovanni(1995) melalui aspek desakan teknikal, desakan kemanusiaan, pendidikan,

    simbolik dan budaya. Namun model Sergiovanni didapati lebih bersifat hierarki dengan

    meletakkan desakan teknikal sebagai desakan asas dandesakan pendidikan sebagai yang

    paling menonjol. Manakala bagi model Kepengetuaan berkesan, kaunikannya adalah

    komponen kompetensi kepimpinan budaya dan etika yang dianggap merentasi semua

    komponen kompetensi yang lain. Selain itu, model ini agak baru dan merupakan rumusan

    intipati idea teori-teori sebelum ini dan relevan digunakan, diaplikasikan terhadap kepimpinan

    sekolah.

    Pengkaji juga menyenaraikan beberapa konsep sekolah berkesan antaranya,

    (Bossert, 1988), menyenaraikan empat ciri utama sesebuah sekolah yang dianggap

    berkesan iaitu menekankan kepada pencapaian matlamat, kuasa serta membuat keputusan

    jitu di sekolah, pengurusan yang cekap serta pengetua yang mempunyai hubungan

    kemanusiaan yang baik. Menurut Hoy & Miskel(2001), menjelaskan bahawa sekolah yang

  • 7/30/2019 Mini Seminar Beringis Papar

    9/25

    9

    berkesan bukan sahaja mementingkan kepada pencapaian akademik pelajar yang

    cemerlang iaitu matlamat jangka pendek tetapi juga matlamat jangka panjang yang

    memfokuskan kepada kepuasan bekerja di kalangan guru, moral kakitangan dan

    perkembangan staf di dalam proses penghasilan output. Bagi (Stedman , 1987) pula

    menyenaraikan beberapa elemen yang menjurus ke arah sekolah berkesan antaranya ialah

    kepelbagaian program tentang akademik, perhatian terhadap pelajar, akauntabiliti pelajar,

    iklim yang menyokong serta positif, kepakaran yang digunakan untuk melatih guru-guru,

    pengajaran yang mengurangkan masalah akademik dan penglibatan ibu bapa sebagai

    partnership dalam pendidikan.

    1.5 Sorotan Kajian-kajian Lepas

    Beberapa kajian lepas tentang gaya kepimpinan dan keberkesanan sekolah iaitu

    terdapat empat rujukan mengenai kajian lepas luar negeri dan sembilan sorotan kajian

    dalam negeri. Kajian lepas luar negeri menyorot tentang perbezaan gaya kepimpinan yang

    berorientasikan pengeluaran dan berorientasikan pekerja, kesan gaya kepimpinan seperti

    demokratik, autokratik dan leissez-fairez, gaya kepimpinan pengetua dalam mempengaruhi

    iklim sekolah serta amalan pengajaran dan beberapa kajian mengenai beberapa model

    kepimpinan berkesan berdasarkan metodologi perspektif dalam kalangan warga sekolah.

    Kesemua kajian ini kebanyakannya dijalankan di Amerika Syarikat dan berkisar antara tahun

    1984 hingga tahun 2001.

    Manakala bagi kajian lepas dalam negeri, sorotan kajian berkisar tentang domain

    tingkah laku yang diingini pengetua; hubungan antara gaya kepimpinan guru besar, sekolah

    dan pencapaian pelajar dalam peperiksaan; melihat gaya kepimpinan pengetua dalam

    mempengaruhi iklim sekolah serta amalan pengajaran; tingkah laku kepimpinan; ciri-ciri

    pengetua berkesan; tiga jenis tingkah laku pemimpin(mengarah, partisipatif, dan

    menyokong) serta kesannya terhadap keberkesanan kepimpinan berdasarkan Teori Path-

    Goal House(1971); gaya domain tentang kepimpinan pengetua sekolah menengah; kesan

  • 7/30/2019 Mini Seminar Beringis Papar

    10/25

    10

    gaya kepimpinan transformasional ke atas responsif pengikut; kajian mengenai tujuh dimensi

    keberkesanan pengetua; dan akhir sekali kajian tentang stail kepimpinan yang diguna pakai

    oleh ketua bidang Teknik dan Vokasional di daerah Kuala Langat, Sepang. Kesemua kajian

    ini berlangsung sekitar tahun antara 1988 hingga 1999 dengan hampir kesemuanya

    dijalankan di Semenanjung Malaysia.

    2.0 APPLIED KNOWLEDGE

    Dalam tesis yang ditulis oleh Pn Saripah Ghul Hassan bertajuk kepemimpinan

    pengetua dan keberkesanan sekolah; satu kajian kes di Sekolah Menengah Teknik

    Keningau, tujuan utama penyelidik membuat kajian adalah untuk mengenalpasti faktor-

    faktor yang mendorong kepemimpinan pengetua dan keberkesanan sekolah dengan

    mengutarakan berberapa perkara merangkumi konsep dan teori yang dianggap relevan

    dengan kajian ini. Konsep yang dibincangkan ialah konsep kepemimpinan pengetua, teori

    kepimpinan, konsep keberkesanan sekolah dan kajian-kajian berkaitan. Penyelidik telah

    memberikan penekanan bahawa kepemimpinan pengetua akan membentuk peranan guru

    ke arah kecemerlangan. Ini menyokong teori Stogdill di mana kepimpinan didefinisikan

    sebagai seni atau proses mempengaruhi kegiatan manusia yang berkaitan dengan tugas

    mereka, supaya mereka rela bergait dan berusaha ke arah pencapaian gol organisasi

    (Stogdill, 1974) dan boleh dijadikan sebagai kerangka kepada konsep kajian yang telah

    dibuat. Kepemimpinan merupakan suatu konsep yang terus mengalami pengembangan dari

    waktu ke waktu dan telah didefinisikan dengan berbagai cara berbeza oleh berbagai ahli

    bergantung pada perspektif analisis masing-masing.

    Terdapat berbagai teori kepemimpinan yang dikembangkan dalam berbagai literatur.

    Secara umum, teori-teori tersebut dapat diklasifikasikan dalam tiga pendekatan. Yang

    pertama adalah pendekatan kesifatan (traits), kepemimpinan dipandang sebagai suatu

    kombinasi sifat sifat yang tampak. Pendekatan kedua bermaksud mengenal pasti sifat-sifat

  • 7/30/2019 Mini Seminar Beringis Papar

    11/25

    11

    (behaviour) peribadi yang berhubungan dengan kepemimpinan berkesan. Pandangan ketiga

    menganggap bahawa keadaan yang menentukan keberkesanan kepemimpinan bervariasi

    dengan situasi (contingency), seperti tugas-tugas yang dilakukan keterampilan, dan

    ekspektasi bawahan, lingkungan organisasi, pengalaman masa lalu pemimpin dan bawahan,

    dan sebagainya.

    Menurut penyelidik dalam tesis mereka yang bertajuk kepemimpinan pengetua

    dan keberkesanan sekolah; satu kajian kes di Sekolah Menengah Teknik Keningau,

    terdapat beberapa aspek yang dapat dilihat yang bolehlah diambil sebagai kekuatan tesis ini

    untuk dijadikan sebagai bahan rujukan untuk mendapatkan informasi tentang keberkesanan

    kepemimpinan pengetua ke arah kecemerlangan yang padu. Kekuatan dalam tesis ini

    adalah dari sudut latar belakang penulis itu sendiri. Penulis ini merupakan seorang guru

    cermerlang DG48 yang berkhidmat di Sekolah Menengah Maktab Sabah, Kota Kinabalu.

    Dalam kajian ini, penulis menggunakan banyak sampel yang agak banyak. Ini

    menjadikan hasil kajian penulis mempunyai sumber sampel yang mencukupi untuk dijadikan

    bahan rujukan kajian yang sesuai. Dalam tesis ini penulis telah menggunakan rujukan

    daripada Stoner, Lunenburg di mana kedua-dua tokoh ini mengatakan bahawa

    kepemimpinan terdiri daripada tiga gaya kepimpinan iaitu autokratik, demokratik dan laissez-

    faire. Mengikut kajian mereka mendapati bahawa pekerja-pekerja lebih bersedia dan

    menyatakan pimpinan gaya demokratik yang terbaik yang boleh menggerakkan hati pekerja.

    Manakala pemimpin gaya autoritatian, menimbulkan penentangan bersifat agresif atau tidak

    menghiraukan kerja serta ketidakpuasan kerja. Gaya ini dapat juga meningkatan produktiviti

    tetapi menurun dengan segara dalam sesuatu jangka masa. Kajian mereka juga mendapati

    bahawa kepimpinan gaya laissez-faire menghasikan keadaan penentangan pekerja dalam

    menjalankan tugas dengan paling serius.

    Pemilihan pelbagai rujukan amatlah sesuai dengan tesis ini kerana ia dianggap

    sudah mencukupi untuk memberi gambaran yang tepat dan mendalam tentang pengaruh

  • 7/30/2019 Mini Seminar Beringis Papar

    12/25

    12

    kepemimpinan terhadap keberkesanan sesebuah sekolah atau organisasi. Kesesuaian ini

    telah diperakui oleh Hanafi Mohd Kamal (1980) yang menyatakan bahawa; hierarki penting

    iaitu kepimpinan, kebajikan dan disiplin pelajar, staf sekolah, perancangan, pembuat

    keputusan, pengelolaan, kurikulum dan pengajaran, kualiti diri, pengurusan pejabat,

    kemudahan fizikal dan kewangan, dan hubungan masyarakat dengan sekolah

    .

    Kesimpulannya, pengaruh kepemimpinan pengetua dan keberkesanan sekolah; satu

    kajian kes di Sekolah Menengah Teknik Keningau dapat dirumuskan kepada tiga faktor

    utama iaitu gaya kepemimpinan, persekitaran sekolah, dan guru-guru. Perkara utama dalam

    gaya kepemimpinan adalah peraturan dalam sesebuah sekolah yang dibuat untuk tujuan

    menggerakkan guru untuk melakukan kerja secara berkesan dan pada waktu yang sama

    menggerakkan murid untuk mencapai objektif sesebuah sekolah, proses menyediakan

    suasana yang kondusif, memupuk sikap positif dalam pekerjaan, pembentukan budaya ilmu

    dan falsafah hidup yang mementingkan kemajuan. Selain daripada itu, jika kepimpinan

    seorang pengetua itu sememangnya baik dan sentiasa menanamkan nilai, moral, agama,

    dan semangat berjuang sepanjang karier sebagai pengurus maka secara tidak langsung ia

    akan memberikan impak kepada persekitaran sekolah dan menggalakkan kecemerlangan

    individu. Mereka akan memberi tunjuk ajar tanpa jemu, sepenuh perhatian, membentuk

    persepsi kendiri, tabiat dan sikap positif terhadap profesion guru, komunikasi dua hala

    secara berkesan, kewujudan budaya kerja yang cemerlang, dan sifat-sifat peribadi yang

    mulia. Dalam konteks persekitaran orang lain pula, aspek-aspek yang penting ialah

    mewujudkan sifat-sifat penyayang, prihatin, dan komited dalam usaha meningkatkan

    prestasi guru dan kualiti pendidikan.

  • 7/30/2019 Mini Seminar Beringis Papar

    13/25

    13

    3.0 PRACTICE OBSERVATION

    Dalam tesis yang ditulis oleh Pn Saripah Ghul Hassan bertajuk kepemimpinan

    pengetua dan keberkesanan sekolah; satu kajian kes di Sekolah Menengah Teknik

    Keningau, tujuan utama penyelidik membuat kajian adalah untuk mengenalpasti faktor-

    faktor yang mendorong kepemimpinan pengetua dan keberkesanan sekolah dengan

    mengutarakan berberapa perkara merangkumi konsep dan teori yang dianggap relevan

    dengan kajian ini. Konsep yang dibincangkan ialah konsep kepemimpinan pengetua, teori

    kepimpinan, konsep keberkesanan sekolah dan kajian-kajian berkaitan. Penyelidik telah

    memberikan penekanan bahawa kepemimpinan pengetua akan membentuk peranan guru

    ke arah kecemerlangan. Ini menyokong teori Stogdill di mana kepimpinan didefinisikan

    sebagai seni atau proses mempengaruhi kegiatan manusia yang berkaitan dengan tugas

    mereka, supaya mereka rela bergait dan berusaha ke arah pencapaian gol organisasi

    (Stogdill, 1974) dan boleh dijadikan sebagai kerangka kepada konsep kajian yang telah

    dibuat. Kepemimpinan merupakan suatu konsep yang terus mengalami pengembangan dari

    waktu ke waktu dan telah didefinisikan dengan berbagai cara berbeza oleh berbagai ahli

    bergantung pada perspektif analisis masing-masing.

    Pernyataan Kepemimpinan Pengetua dan Keberkesanan Sekolah sebenarnya telah

    disokong oleh beberapa penyelidik lain dan juga melalui artikel-artikel yang ada pada masa

    kini. Antara jurnal yang menyokong secara keseluruhannya terhadap kepimpinan pengetua

    dan keberkesanan sekolah adalah Dr. Ishak b. Sin dan Dr. Abdul Malek b. Abdul Karim di

    dalam jurnal Penyelidikan Pendidikan, volume 18-31 yang bertajuk Mengurus dan

    Memimpin Sekolah: Keperluan Latihan Profesional sebelum memegang Jawatan Pengetua/

    Guru Besar. Jurnal ini menyatakan bahawa pengetua merupakan orang yang paling penting

    dalam menentukan kejayaan sesebuah sekolah.

  • 7/30/2019 Mini Seminar Beringis Papar

    14/25

    14

    Terdapat berbagai teori kepemimpinan yang dikembangkan dalam berbagai literatur.

    Secara umum, teori-teori tersebut dapat diklasifikasikan dalam tiga pendekatan. Yang

    pertama adalah pendekatan kesifatan (traits), kepemimpinan dipandang sebagai suatu

    kombinasi sifat sifat yang tampak. Pendekatan kedua bermaksud mengenal pasti sifat-sifat

    (behaviour) peribadi yang berhubungan dengan kepemimpinan berkesan. Pandangan ketiga

    menganggap bahawa keadaan yang menentukan keberkesanan kepemimpinan bervariasi

    dengan situasi (contingency), seperti tugas-tugas yang dilakukan keterampilan, dan

    ekspektasi bawahan, lingkungan organisasi, pengalaman masa lalu pemimpin dan bawahan,

    dan sebagainya.

    Menurut penyelidik dalam tesis mereka yang bertajuk kepemimpinan pengetua dan

    keberkesanan sekolah; satu kajian kes di Sekolah Menengah Teknik Keningau, terdapat

    beberapa aspek yang dapat dilihat yang bolehlah diambil sebagai kekuatan tesis ini untuk

    dijadikan sebagai bahan rujukan untuk mendapatkan informasi tentang keberkesanan

    kepemimpinan pengetua ke arah kecemerlangan yang padu. Kekuatan dalam tesis ini

    adalah dari sudut latar belakang penulis itu sendiri. Penulis ini merupakan seorang guru

    cermerlang DG48 yang berkhidmat di Sekolah Menengah Maktab Sabah, Kota Kinabalu.

    Dalam kajian ini, penulis menggunakan banyak sampel yang agak banyak. Ini

    menjadikan hasil kajian penulis mempunyai sumber sampel yang mencukupi untuk dijadikan

    bahan rujukan kajian yang sesuai. Dalam tesis ini penulis telah menggunakan rujukan

    daripada Stoner, Lunenburg di mana kedua-dua tokoh ini mengatakan bahawa

    kepemimpinan terdiri daripada tiga gaya kepimpinan iaitu autokratik, demokratik dan laissez-

    faire. Mengikut kajian mereka mendapati bahawa pekerja-pekerja lebih bersedia dan

    menyatakan pimpinan gaya demokratik yang terbaik yang boleh menggerakkan hati pekerja.

    Manakala pemimpin gaya autoritatian, menimbulkan penentangan bersifat agresif atau tidak

    menghiraukan kerja serta ketidakpuasan kerja. Gaya ini dapat juga meningkatan produktiviti

    tetapi menurun dengan segara dalam sesuatu jangka masa. Kajian mereka juga mendapati

  • 7/30/2019 Mini Seminar Beringis Papar

    15/25

    15

    bahawa kepimpinan gaya laissez-faire menghasikan keadaan penentangan pekerja dalam

    menjalankan tugas dengan paling serius.

    Dalam kajian ini, penulis menggunakan banyak sampel yang agak banyak. Ini

    menjadikan hasil kajian penulis mempunyai sumber sampel yang mencukupi untuk dijadikan

    bahan rujukan kajian yang sesuai. Dalam tesis ini penulis telah menggunakan rujukan

    daripada Stoner, Lunenburg di mana kedua-dua tokoh ini mengatakan bahawa

    kepemimpinan terdiri daripada tiga gaya kepimpinan iaitu autokratik, demokratik dan laissez-

    faire. Mengikut kajian mereka mendapati bahawa pekerja-pekerja lebih bersedia dan

    menyatakan pimpinan gaya demokratik yang terbaik yang boleh menggerakkan hati pekerja.

    Manakala pemimpin gaya autoritatian, menimbulkan penentangan bersifat agresif atau tidak

    menghiraukan kerja serta ketidakpuasan kerja. Gaya ini dapat juga meningkatan produktiviti

    tetapi menurun dengan segara dalam sesuatu jangka masa. Kajian mereka juga mendapati

    bahawa kepimpinan gaya laissez-faire menghasikan keadaan penentangan pekerja dalam

    menjalankan tugas dengan paling serius.

    Pemilihan pelbagai rujukan amatlah sesuai dengan tesis ini kerana ia dianggap

    sudah mencukupi untuk memberi gambaran yang tepat dan mendalam tentang pengaruh

    kepemimpinan terhadap keberkesanan sesebuah sekolah atau organisasi. Kesesuaian ini

    telah diperakui oleh Hanafi Mohd Kamal (1980) yang menyatakan bahawa; hierarki penting

    iaitu kepimpinan, kebajikan dan disiplin pelajar, staf sekolah, perancangan, pembuat

    keputusan, pengelolaan, kurikulum dan pengajaran, kualiti diri, pengurusan pejabat,

    kemudahan fizikal dan kewangan, dan hubungan masyarakat dengan sekolah.

    Antara fungsi pengetua hari ini adalah meliputi aspek perkembangan kurikulum,

    memajukan pengajaran, perkhidmatan pelajar, pengurusan kewangan dan kemudahan, dan

    hubungan dengan komuniti. Untuk memperolehi kemahiran yang tinggi dalam bidang yang

    diperlukan, seseorang itu sepatutnya mendapat latihan yang secukupnya. Dengan itu penulis

    mencadangkan supaya pihak berkuasa menyemak semula amalan semasa dalam latihan

  • 7/30/2019 Mini Seminar Beringis Papar

    16/25

    16

    kepengetuaan supaya masalah-masalah pengurusan dan kepimpinan sekolah tidak lagi

    menjadi punca kepada kemerosotan prestasi sekolah. Untuk itu dicadangkan supaya pihak

    yang dipertanggungjawabkan perlu mewujudkan satu peruntukan dalam undang-undang

    pendidikan dengan menetapkan bahawa sesiapa yang ingin menjadi pengetua hendaklah

    memiliki sijil khas kepengetuaan seperti sijil NPQH atau Ijazah dalam bidang pengurusan

    dan kepimpinan pendidikan. Dengan cara ini akan lebih menjamin tahap profesionalisme

    pengetua dan guru besar dan sekali gus akan dapat memartabatkan profesion keguruan

    serta dapat melonjakkan kecemerlangan institusi pendidikan Malaysia. Di Sweden, latihan

    persediaan kepada pengetua telah berlangsung lebih daripada dua puluh tahun yang lalu

    untuk memenuhi standard kepengetuaan kebangsaan Sweden, dan Sweden adalah yang

    merupakan negeri yang terawal dan termaju menjalankan latihan kepada pengetua (Thody,

    et al., 2007).

    Dalam dimensi yang lain, menerusi Dr. Azlin Norhaini Mansor di dalam Jurnal yang

    bertajuk Peranan Pengurusan Pegetua Sekolah di dalam Jurnal Penyelidikan Pendidikan,

    Volume 120 - 136. Menurut beliau kajian ini dijalankan untuk meneliti dan menghuraikan

    amalan pengurusan pengetua di sekolah menengah Malaysia berdasarkan aktiviti dan

    peranan yang dimainkan. Kerangka kajian dibina berdasarkan Model Peranan Pengurusan

    Mintzberg (1980) yang menyatakan bahawa mana-mana organisasi melakukan tiga kategori

    aktiviti iaitu interpersonal, maklumat dan membuat keputusan dengan melibatkan sepuluh

    peranan; sebagai ketua, pemimpin, penghubung, pemantau, penyebar, jurucakap,

    usahawan, pengagih sumber, penyelesai masalah dan perunding.

    Dapatan kajian menunjukkan pengetua di sekolah menengah di Malaysia memainkan

    sepuluh peranan yang dinyatakan oleh Mintzberg, dan satu peranan baru iaitu sebagai

    penjaga untuk menentukan keselamatan dan kesejahteraan pelajar (in-loco-parentis).

    Secara umum, ciri-ciri peribadi pengetua dan situasi sekolah turut mempengaruhi

    keberkesanan pengurusannya, manakala kualiti pengurusan pengetua boleh ditingkatkan

    dengan menyediakan pendidikan dan latihan yang terancang dan berterrusan. Pengurus

  • 7/30/2019 Mini Seminar Beringis Papar

    17/25

    17

    kumpulan atasan berfungsi untuk melihat pengurusan secara keseluruhan dan banyak

    terlibat dengan tugas-tugas merancang, manakala pengurus kumpulan pertengahan pula

    berfungsi Kajian telah menghuraikan apa yang dilakukan oleh pengetua semasa mengurus

    sebagai pemantau bagi memastikan setiap program yang dirancang dilaksanakan dengan

    berkesan, oleh itu kajian mencadangkan agar diwujudkan satu jawatan Timbalan Pengetua

    yang berfungsi sebagai pengurus pertengahan. Kajian ini juga ingin mencadangkan supaya

    diwujudkan satu Sistem Kepengetuaan bertujuan untuk menguruskan hal-hal berkaitan

    latihan dan lantikan pengetua. Satu Jawatankuasa dalam Sistem berkenaan akan berfungsi

    untuk mengenal pasti pengetua-pengetua yang berkebolehan dan berminat menjadi

    pengetua untuk diberi latihan dari semasa ke semasa sehinggalah mereka layak untuk

    menjawat jawatan pengetua. Latihan yang diberi secara sistematik dan berterusan dapat

    meningkatkan kesediaan pengetua dalam mengamalkan pengurusan yang berkualiti.

    Seterusnya dalam konteks yang lain juga, pendapat penyelidik seiring dengan

    Norashimah Ismail, Jamaliah Abdul Hamid, Foo Say Fooi dan Suhaida Abdul Kadir dalam

    Jurnal Pendidikan Malaysia 34(2)(2009): 93 -109 bertajuk Amalan Taktik Sosialisasi

    Pengetua Baru: Satu Kajian Kes di Pulau Pinang (Socialisation Tactics of New Principals in

    Penang: A Case Study). Kajian Kualitatif ini menggunakan reka bentuk kajian kes. Kajian ini

    mengkaji taktik-taktik sosialisasi yang dijalankan dalam proses sosialisasi pengetua baru

    (PB) di sekolah menengah kebangsaan Pulau Pinang yang telah memenang peranan

    pengetua selama lebih kurang tiga tahun. Kesemua pengetua yang pertama kali dilantik atau

    dinaikkan pangkat menjadi pengetua sewaktu kajian mula dijalankan. Dapatan kajian

    menunjukkan tidak banyak taktik sosialisasi yang dijalankan oleh pihak atasan bagi

    membantu sosialisasi PB di Malaysia. Malah PB terpaksa menjalankan taktik sosialisasi

    mereka sendiri untuk bersuai kenal dengan budaya dan norma warga dan sistem organisasi

    sekolah. Dalam konteks sini, cadangan utama pihak penyelidik ialah pihak atasan atau pihak

    organisasi sekolah perlu menjalankan program-program untuk membantu sosialisasi PB

    dianggap masih belum menyeluruh dan belum mantap. Organisasi di luar negara didapati

  • 7/30/2019 Mini Seminar Beringis Papar

    18/25

    18

    melaksanakan pelbagai strategi bagi mengintegrasikan PB dengan budaya dan norma

    sekolah (Hart 1994) seperti sesi suai kenal secara formal atau informal, program induksi,

    program mentoring, program Kepengetuaan Meadows(Vornberg 1992) dan seumpamanya.

    Program Meadows ini terdiri daripada dua komponen praperkhidmatan yang bertujuan

    menyediakan PB dengan kepimpinan pengajaran dan komponen dalam perkhidmatan yang

    membantu PB yang sedang berkhidmat untuk meningkatkan ilmu pengetahuan dan

    kemahiran mereka dari semasa ke semasa (Vornberg 1992).

    Cadangan seterusnya ialah memberikan latihan dan mentoring yang secukupnya

    kepada PB. Menurut Van Maanen & Schein (dalam Cochran 2001) dan Hart (1994), taktik

    sosialisasi, melalui latihan dan mentoring ini memberi kesan kepada proses sosialisasi PB

    dan membantu mengurangkan tahap kekaburan peranan dan konflik peranan PB. Harapan

    peserta terhadap taktik sosialisasi daripada pihak organisasi menjelaskan bahawa masih

    banyak penambahbaikan yang boleh dijalankan di Malaysia bagi membantu PB ini benar-

    benar jelas dengan peranan mereka. Pengkaji-pengkaji luar negara memandang penting

    untuk membantu PB mensosialisasikan diri mereka di sekolah dengan cepat dan mantap.

    Bagi pengkaji pengkaji tersebut kejayaan PB pada awal perkhidmatan mereka di sekolah

    akan membawa kejayaan sekolah dan pelajar pada masa depan (Parkay & Hall 1992; Hart

    1994; Sorenson 2005).

    Selain itu, program induksi yang dijalankan juga tidak mencukupi tiga sumber

    informasi penting yang dibentangkan oleh Castetter (1996), iaitu informasi tentang peranan,

    tugas, tanggungjawab dan bimbingan, informasi tentang sistem sekolah, jawatan, faedah-

    faedah sampingan, perkhidmatan sokongan dan hubungan jawatan kepada organisasi dan

    keseluruhan, informasi tentang budaya kerja, budaya, norma sekolah dan warga sekolah

    mengikut konteks sekolah masing-masing (Rosli et al,2004). Informasi tentang budaya

    sekolah serta kemahiran mengenal pasti dan menengani mikropolitik yang biasa terjadi

    dalam kalangan guru, ibu bapa dan pihak yang berkepentingan di sekolah juga amat perlu

    didedahkan kepada PB (Blase 1991; Hargreaves 1994; Blase & Anderson 1995; Eric , 1999;

  • 7/30/2019 Mini Seminar Beringis Papar

    19/25

    19

    & James 2000) kerana dengan kemahiran tersebut, PB dapat mengimbangi pengaruh

    kumpulan-kumpulan yang wujud sewaktu membuat sebarang keputusan di sekolah.

    Dalam pada itu, pendapat penyelidik seiring dengan Norhannah Ramli dan Jamaliah

    Abdul Hamid dalam Jurnal Pendidikan 31(2006) 53-69 bertajuk Gaya Kepimpinan Pengetua

    Wanita dan Hubungannya dengan Tahap Motivasi Guru Sekolah Menengah

    mencadangkan bahawa untuk menjadi pengetua sekolah yang mempunyai ciri-ciri

    kepimpinan yang berwibawa, cemerlang dan berkesan, pemimpin wanita seharusnya

    mempunyai pengetahuan dan kemahiran gaya kepimpinan yang mantap dari segi struktur

    tugas dan juga hubungan interpersonal. Pengetua juga perlu mempunyai kemahiran

    melibatkan semua guru dalam pelbagai proses membuat keputusan supaya matlamat

    sekolah tercapai. Selain itu, perlu juga menyediakan jaringan komunikasi yang lengkap dan

    mahir serta bijak berkomunikasi. Komunikasi seharusnya berlaku dalam pelbagai hala, dari

    atas ke bawah dan sebaliknya. Komunikasi yang baik dan berkesan akan meningkatkan

    tahap kefahaman, mengelakkan salah faham, menyebarkan maklumat dengan cepat dan

    tepat serta memberi manfaat sebanyak mungkin maklumat yang ada. Dalam pada itu,

    pengetua sekolah perlu prihatin tentang keperluan dan kebajikan guru-guru serta sentiasa

    memberi sokongan supaya mereka dimotivasikan. Guru yang bermotivasi tinggi akan

    merasa kepuasan dan keseronokan bekerja dan secara tidak langsung akan meletakkan

    kepentingan tugas pada tahap yang paling utama. Pengetua wanita juga harus cekap

    mewujudkan iklim sekolah yang kondusif dan harmonis supaya guru-guru dapat bekerja

    dalam satu pasukan dan saling membantu antara satu sama lain dan pelajar-pelajarnya pula

    dapat melalui proses pembelajaran yang berkesan dan menyoronokkan. Ini secara tidak

    langsung mengimbangkan kekurangan kepimpinan pengajaran yang mungkin wujud di

    sesetengah pengetua wanita.

    Cadangan penyelidik seterusnya ialah seseorang pengetua yang berkepimpinan baik

    perlulah mempunyai amalan dalam menentukan hala tuju sekolah. Semua pengetua dengan

    bantuan jawatan kuasa pengurusan menggunakan visi dan misi untuk memastikan hala tuju

  • 7/30/2019 Mini Seminar Beringis Papar

    20/25

    20

    yang sama dalam kelangan seluruh warga sekolah. Visi dan misi disebarkan dengan

    menyebutnya dalam perhimpunan atau mesyuarat, mempamerkannya di tempat-tempat

    yang mudah dilihat, dan dengan mencatatkannya dalam dokumen-dokumen sekolah.

    Kerjasama dan penglibatan semua warga sekolah ditekankan oleh pengetua bagi

    merealisasikan visi dan misi. Inovasi dalam pendidikan pula dipandang sebagai suatu

    penambahbaikan sesuai dengan kemajuan semasa walaupun pada awalnya pengetua harus

    berhadapan dengan sikap guru yang sukar menerima perubahan. Kebanyakan pengetua

    menyatakan inovasi atau perubahan dapat diterima setelah dijelaskan mengapa mereka

    perlu melaksanakn inovasi atau perubahan tersebut. Oleh kerana tidak mampu melakukan

    semua kerja seorang diri, semua pengetua mengakui terpaksa berkongsi tanggungjawab

    kepimpinan dengan mengupayakan sebahagian tugas kepada orang bawahan.

    Bagaimanapun, pengetua masih beranggapan mereka masih bertanggungjawab

    sepenuhnya terhadap tugas yang diupayakan, dengan itu pemantauan pelaksanaan tugas

    dibuat dari semasa ke semasa. Terhadap pengetua yang telah berjaya mewujudkan budaya

    ilmu, namun ada juga yang sebaliknya. Antara halangan yang disebut pengetua adalah sikap

    murid dan guru yang tidak memiliki minat membaca yang tinggi. Cadangan ini sejajar

    dengan pendapat Bity Salwana Alias, Ahmad Basri Md. Yussof, Ramlee Mustapha &

    Mohamad Sani Ibrahim di dalam Jurnal Pendidikan Malaysia 35(2)(2010): 31-41 yang

    bertajuk Analisis Kompetensi Pengetua Berdasarkan Kualiti Peribadi, Pengetahuan,

    Kemahiran dan Amalan dalam Bidang Pengurusan Sekolah Menengah Malaysia.

    Seterusnya, perihal yang menyokong cara untuk mengukur keberkesanan sekolah

    pula boleh dilihat dalam jurnal yang bertajuk Mengukur Keberkesanan Sekolah: Satu

    perspektif daripada kerangka konsep The Balanced Scorecard yang ditulis oleh Dr

    Rusmini bt Ku Ahmad dari Institut Aminuddin Baki Cawangan Utara. Beliau menyatakan

    bahawa perubahan persekitaran yang dinamik serta tuntutan masyarakat yang pelbagai

    terhadap sekolah menjadikan pengurusan di sekolah semakin mencabar. Bagi meningkatkan

    dan mengekalkan keberkesanan, sekolah harus mempunyai strategi dalam amalan-amalan

  • 7/30/2019 Mini Seminar Beringis Papar

    21/25

    21

    pengurusan seharian. The Balanced Scorecard merupakan satu daripada kerangka

    pengurusan yang begitu meluas digunakan dalam syarikat-syarikat perniagaan dan boleh

    juga diaplikasikan dalam sektor awam dan sekolah, oleh itu artikel ini mencadangkan

    penggunaan Balanced Scorecard sebagai alat pengukuran prestasi keberkesanan sekolah

    yang lebih pratikal dan seimbang bagi menengani perubahan yang tidak menentu serta

    tuntutan masyarakat yang pelbagai. Konsep ini telah diperkenalkan oleh Robert Kapen dan

    David Nortoa dalam Harvard Business Review pada tahun 1992. The Balanced Scorecard

    merupakan kerangka pengurusan yang telah diperkenalkan oleh organisasi-organisasi

    perniagaan sebagai satu pendekatan untuk mengukur prestasi organisasi. Kerangka

    Balanced Scorecard ini memberikan fokus kepada empat persfektif utama iaitu persfektif

    kewangan, persfektif pelanggan, persfektif dalaman dan persfektif pembelajaran dan

    pertumbuhan.

    Kerangka konsep The Balanced Scorecard boleh digunakan dalam aspek

    pengurusan dan pentadbiran di sekolah. Apa yang penting ialah pihak sekolah harus

    memahami bahawa kerangka ini merupakan kerangka yang menjadi pelengkap kepada

    amalan-amalan pengurusan di sekolah. Oleh kerana fokus utama kerangka The Balanced

    Scorecard ini ialah menukarkan strategi kepada tindakan melalui pengukuran, maka langkah

    yang perlu dilakukan oleh pihak sekolah ini ialah mengenalpasti kehendak stake holder,

    ibubapa dan komuniti. Ini kerana strategi, misi dan visi sekolah harus selaras dengan

    kehendak pelanggan. Lakukan analisis mengenai kekuatan, kelemahan, peluang dan

    ancaman sekolah. Analisis ini merupakan langkah yang penting untuk menghasilkan strategi

    yang sesuai dengan kehendak misi dan visi sekolah. Seterusnya menjana strategi. Daripada

    analisis kekuatan, kelemahan, peluang dan ancaman, strategi organisasi dapat dihasilkan

    daripada keempat kerangka The Balanced Scorecard iaitu persfektif pelanggan, proses

    dalaman, kewangan dan pembelajaran dan pembangunan staf. Strategi dijalinkan melalui

    keempat-empat dimensi ini bagi mencapai misi sekolah. Kemudian, membina peta strategic

    melalui pendekatan hubungkait cause and effect. Hubungkait antara komponen strategi

  • 7/30/2019 Mini Seminar Beringis Papar

    22/25

    22

    digunakan untuk mengenal pasti pemacu prestasi bagi strategi yang menghasilkan kejayaan.

    Dan yang terakhir, sokongan dan komitmen warga sekolah. Pembinaan strategi sekolah

    serta penggunaan kerangka The Balanced Scorecard memerlukan sokongan daripada

    pihak pentadbir dan komitmen keseluruhan warga sekolah. Bagi merealisasikan misi dan visi

    sekolah, semua staff harus faham kerangka konsep The Balanced Scorecard dan

    hubungkait antara tindakan guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran, disiplin

    sekolah, amalan-amalan pengurusan dengan kerangka konsep ini. Oleh itu kerjasama yang

    erat dan komitmen yang bersungguh-sungguh adalah perlu untuk menjayakan penggunaan

    kerangka ini.

  • 7/30/2019 Mini Seminar Beringis Papar

    23/25

    23

    BIBLIOGRAFI

    Amalan Taktik Sosialisasi Pengetua Baru: Satu Kajian Kes di Pulau Pinang. Pengetua:

    Jurnal Pendidikan Malaysia 34(2)(2009): 93-109

    Ariff Kassim. 2001. Persepsi Pengetua Berkesan Di Kalangan Guru Sekolah Menengah:

    Satu Panduan Untuk Pemimpin Sekolah. Seminar Nasional Pengurusan dan

    Kepimpinan Pendidikan. Kuala Lumpur: institut Aminuddin Baki.

    Azmi Zakaria. 1996. Indikator Pemimpin Cemerlang: Satu Analisis Pengurusan. Jurnal

    Pendidikan. Genting Highland: Institut Aminuddin Baki.

    Bass, B.M & Avolio, BJ. 1994. Improving Organizational Effectiveness, Through

    Transformational Leadership. California: sage Publications, Inc.

    Bennis, W.G. 1983. The Chief. New York: Morrow.

    Bity Salwana Alias, Ahmad Basri Md. Yussof, Ramlee Mustapha & Mohammed Sani Ibrahim.

    2010: Analisis Kompentensi Pengetua Berdasarkan Kualiti Peribadi, Pengetahuan,

    Kemahiran dan Amalan dalam Bidang Pengurusan Sekolah Menangah Malaysia.

    Jurnal Pendidikan Malaysia 35(2)(2010): 31-41

    Bossert, S.T. 1988. School Effects. Dalam N.J. Boyan(ed) Handbook Of Research In

    Educational Administration. New York: Longman.

    Burns, J.M. 1978. Leadership. New York: Harper and Row.

    Caldwell, B.J. & Spinks, J.M. 1993. The Self-managing School. London: The Falmer Press.

    Daft, R.L. 1999. Leadership, Theory And Practice. San Diego: The Dryden Press.

    Dr. Azlin Norhaini Mansor. 2006: Peranan Pengurusan Pengetua Sekolah. Jurnal

    Penyelidikan Pendidikan, muka surat 119-136

  • 7/30/2019 Mini Seminar Beringis Papar

    24/25

    24

    Dr. Ishak b. Sin, Dr. Abdul Malek b. Abdul Karim. 2008: Mengurus dan Memimpin Sekolah:

    Keperluan Latihan Profesional Sebelum Memegang Jawatan Pengetua / Guru Besar.

    Jurnal Penyelidikan Pendidikan, muka surat 18-31

    Dr. Rusmini bt Ku Ahmad. Mengukur Keberkesanan Sekolah: Satu persfektif daripada

    kerangka konsep The Balanced Scorecard.

    House, R.J. & Mitchell, R. 1974. Path-Goal Theory of Leadership. Journal of Contemporary

    Business. 3(4): 81-98.

    Hussein Ahmad. 1993. Gaya Dominan Tentang Kepimimpinan Pengetua Sekolah

    Menengah. Pendidikan Profesional. Jurnal Persatuan Pegawai-pegawai Kanan

    Perkhidmatan Pendidikan Malaysia. 1: 52-65.

    Hussein Mahmod. 1993. Kepimpinan Dan Keberkesanan Sekolah. Kuala Lumpur: DBP.

    Ibrahim Mamat. 2001. Pengetua Sekolah Menangani Isu dan cabaran Kepemimpinan. Kuala

    Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.

    Locke, E.A. 1991. The Essence of Leadership:The Four Keys To Leading Successfully. New

    York: Lexington Books.

    Mustafa Daud. 1994. Pengurusan Islam. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributor

    Sdn. Bhd.

    Norashimah Ismail, Jamaliah Abdul Hamid, Foo Say Fooi dan Suhaida Abdul Kadir. 2009:

    Norhannan Ramli dan Jamaliah Abdul Hamid. 2006: Gaya Kepimpinan Wanita dan

    Hubungannya dengan Tahap Motivasi Guru Sekolah Menegah. Jurnal Pendidikan

    31(2006)muka surat 53-69

    Ramaiah Al. 1999. Kepimpinan Pendidikan: Cabaran Masa Kini. Kuala Lumpur: IBS Buku

    Sdn. Bhd.

    Razali Mat Zin. 1996. Kepimpinan dalam Pengurusan. Kuala lumpur: Utusan Publications &

    Distributors Sdn. Bhd.

  • 7/30/2019 Mini Seminar Beringis Papar

    25/25

    Rosli Din & Syed Yusof. 2004. Induksi: Amalan, Fokus, Isi dan Implikasi di Sekolah

    Menengah di Malaysia. Pemimpin: Jurnal Institut Pengetua. 04

    Sharifah Md. Nor. 2000. Keberkesanan Sekolah Satu Perspektif Sosiologi. Selangor: UPM.