kajian kpd

43
Abstrak Perkembangan pesat dunia pendidikan telah menyebabkan guru perlu bijak dalam menyampaikan isi pengajaran mereka terutama sekali bakal-bakal guru. Penggunaan alat bantu mengajar sewaktu proses pengajaran dan pembelajaran merupakan perkara penting yang perlu dititik beratkan oleh semua pihak. Oleh itu, kajian ini dijalankan untuk mengetahui tahap penggunaan dan kepentingan alat bantu mengajar dalam kalangan guru pelatih. Seramai 42 orang guru pelatih dari Universiti Pendidikan Sultan Idrisyang mengajar Subjek Perdagangan sewaktu pengajaran makro telah dipilih sebagai responden dalam kajian ini. Dapatan kajian menunjukkan penggunaan ABM dalam kalangan responden dilihat berada pada tahap tinggi contohnya, penggunaan ABM sewaktu kelas dilihat amat penting apabila 95.2% responden menyatakan sokongan mereka. Walau bagaimanapun, tahap tersebut boleh dipertingkatkan lagi, kerana penggunaan ABM

Upload: sofiah-mohamad

Post on 24-Nov-2015

67 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

kpd

TRANSCRIPT

Abstrak

Perkembangan pesat dunia pendidikan telah menyebabkan guru perlu bijak dalam menyampaikan isi pengajaran mereka terutama sekali bakal-bakal guru. Penggunaan alat bantu mengajar sewaktu proses pengajaran dan pembelajaran merupakan perkara penting yang perlu dititik beratkan oleh semua pihak. Oleh itu, kajian ini dijalankan untuk mengetahui tahap penggunaan dan kepentingan alat bantu mengajar dalam kalangan guru pelatih. Seramai 42 orang guru pelatih dari Universiti Pendidikan Sultan Idrisyang mengajar Subjek Perdagangan sewaktu pengajaran makro telah dipilih sebagai responden dalam kajian ini. Dapatan kajian menunjukkan penggunaan ABM dalam kalangan responden dilihat berada pada tahap tinggi contohnya, penggunaan ABM sewaktu kelas dilihat amat penting apabila 95.2% responden menyatakan sokongan mereka. Walau bagaimanapun, tahap tersebut boleh dipertingkatkan lagi, kerana penggunaan ABM yang baik mampu menentukan keberkesanan pengajaran seseorang guru.

BAB 1PENGENALAN1.0 Pendahuluan Dalam era teknologi masa kini, proses pengajarandan pembelajaran bukan sahaja tertumpu kepada penggunaan buku teks, kaedah pengajaran guru melalui penggunaan kapur tulis dan papan hitam sahaja, malah lebih daripada itu termasuklah penggunaan teknologi yang menyediakan pembelajaran secara interaktif bagi memupuk minat pelajar. Hal ini demikian kerana, guru memainkan peranan yang penting untuk mendidik pelajar dalam melahirkan insan atau generasi yang berketerampilan, mahir, berkebolehan, inovasi, kreatif serta bertanggungjawab A.R.Hamdan (2011). Guru merupakan individu penting yang memainkan peranan untuk menentukan perkara-perkara yang akan dipelajari oleh pelajar. Oleh yang demikian, melaluiteknik dan kaedahpengajaran dan pembelajaran sehala atau daripada guru semata-mata belum dapat menjamin berlakunya proses pembelajaran yang berkesan tanpa melalui alat bantu mengajar. Pengajaran dan pembelajaran atau P&P yang efektif dapat dilihat melalui sejauh mana kebolehan guru-guru dalam menghasilkan P&P yang interaktif Guru yang kreatif dan inovatif pula mestilah mempunyai persediaan daripada aspek pengetahuan dan kemahiran dalam P&P termasuklah mengaitkan keseluruhan aspek tersebut di dalam penyampaian pengajarannya.

1.2 Pernyataan MasalahGuru pelatih telah dipersiapkan pelbagai kaedah mengajar yang memusatkan pelajar, sumber sumber pengajaran dan pembelajaran dan juga bagaimana menggunakan bahan bantu mengajar yang berkesan. Seseorang guru pelatih juga harusmahir mengenalpasti, membuat keputusan untuk memilih alat bantu mengajar yang paling berkesan dan mengoptimumkan sumber untuk mencapai objektif pengajaran yang dirancang. Kualiti sesuatu pelajaran yang memusatkan pelajar amat bergantung kepada keberkesanan guru memilih dan menggunakan bahan bantu mengajar yang sesuai. Walau bagaimanapun, menurutSiowHengLoke(2005), guru pelatih kurang berketerampilan dengan tugasnya. Ramai dalam kalangan mereka yang kurang mahir dan kreatif untuk menggunakan alat pengajaran yang efektif bagi menyampaikan isi pengajaran tersebut. Hakikatnya guru-guru pelatih ini tidak mahir dalam menggunakan alat bantu mengajar secara optimum untuk menambat hati pelajar-pelajar mereka. Impaknya, wujud suasana yang membosankan dan tidak ceria sewaktu guru tersebut mengajar. Para guru terutamanya guru pelatih harus mempunyai inisiatif dan kreativiti dalam menghasilkan alat bantu mengajar supaya pelajar berminat untuk mengikuti proses pengajaran mereka.

1.3 Objektif KajianObjektif kajian adalah untuk mengenal pasti penggunaan alat bantu mengajar oleh guru pelatihUniversiti Pendidikan Sultan Idris yang mengajar subjek Perdagangan tingkatan 4 sewaktu melakukan pengajaran makro. Di antara objektifnya ialah:1. Mengenal pasti jenis-jenis alat bantu mengajar yang sering digunakan oleh guru-guru pelatih semasa proses pengajaran dan pembelajaran.2. Mengetahui tahap kemahiran penggunaan alat bantu mengajar dalam kalangan guru pelatih semasa proses pengajaran dan pembelajaran.3. Mengetahui tahap kepentingan penggunaan alat bantu mengajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran .4. Mengenal pasti tahap masalah-masalah yang dihadapi oleh guru-guru pelatih dalam penggunaan alat bantu mengajar.1.4 Persoalan Kajian1. Apakah jenis alat bantu mengajar yang digunakan oleh guru pelatih dalam pengajaran dan pembelajaran semasa pengajaran makro?2. Adakah guru pelatih mahir dalampenggunaan alat bantu mengajar sewaktu pengajaran makro?3. Apakah tahap kepentingan penggunaan alat bantu mengajar dalam kalangan guru pelatih sewaktu pengajaran makro?4. Apakah masalah-masalah yang dihadapi oleh guru pelatih sewaktu menggunakan alat bantu mengajar?

1.5 Kepentingan KajianPenggunaan bahan bantu mengajar memberi sumbangan yang amat besar dalam mempertingkatkan mutu pengajaran dan pembelajaran dalam kalangan guru dan pelajar. Kajian yang dilakukan ini akan memberi faedah kepada pihak-pihak yang terlibat dalam dunia pendidikan khususnya yang melibatkan ABM dalam mata pelajaran teknikal. Antara pihak yang boleh mendapat manfaat daripada kajian ini ialah seperti berikut:Pihak guru pelatih dapat menjadikan kajian ini sebagai panduan agar dapat menggunakan pendekatan pengajaran yang bersesuaian dengan matapelajaran yang diajar. Selaindaripada itu, kajian ini juga dapat membantu pihak pentadbir sekolah bagi menyusun teknik pengajaran guru melalui pemilihan ABM serta menyediakan kemudahan peralatan mengajar kepada guru agar proses pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih berkesan. Kajian ini juga dapat membantu kementerian pelajaran Malaysia KPM untuk mengenal pasti jenis ABM yang sesuai untuk para pelajar. Hakikatnya, kajian ini sudah pasti dapat membantu pelajar agar lebih memahami pelajaran yang diajar serta menghindarkan mereka dari rasa bosan semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlaku. Dengan itu, diharapkan dapat mencungkil potensi pelajar dengan pendedahan sumber pengajaran yang berbagai bentuk. 1.6 Batasan KajianKajian ini adalah bertujuan untuk melihat tahap penggunaan alat bantu mengajar dalam kalangan guru pelatih Universiti Pendidikan Sultan Idris yang mengajar subjek Perdagangan tingkatan 4 sewaktu pengajaran makro. Kajian ini dijalankan ke atas 42 orang responden.

BAB 2TINJAUN KE PERPUSTAKAAN2.1 Definisi Alat Bantu MengajarAlat bantu mengajar adalah segala kelengkapan yang digunakan oleh guru untuk membantunya dalam menyampaikan pengajaran. Ia boleh dilihat, didengar, dipegang, dibaca, dikisahkan, dirasai, dihidu, digunakan dan sebagainya. Dibahagikan kepada 3 kategori iaitu, ABM bukan elektronikseperti papan tulis, buku teks dan papan pamer. ABM berbentuk elektronikSepertifilem tayangan, filem jalur, filem slaid dan OHP dan yang terakhir ialah ABM maujud atau sebenar. Manakala menurut Abdul Ghani Abdullah(2007) ABM terdiri daripada pelbagai bahan dan sesuatu bahan boleh disampaikan dengan pelbagai cara, misalnya dalam bentuk buku, carta, atau dibubuh pada slaid dan dipancarkan pada skrin. Alat-alat penyampaiannya dinamakan ABM.2.2 Kepentingan Alat Bantu Mengajar Hakikatnya, menjadi tugas guru untuk menggunakan alat bantu mengajar untuk memberikan pemahaman yang jelas kepada pelajar tentang apa yang diajari. Hal ini demikian kerana, Melalui penggunaan alat bantu mengajar yang pelbagai, pembelajaran secara interaktif akan menarik minat, perhatian para pelajar, dan menimbulkan rasa ingin tahu yang mendalam. Abdullah Sani Yahya (2005), menyatakan bahawa pengalaman secara terus yang dialami oleh seseorang membolehkan perkataan dan simbol memberi makna kepadanya. Sesuatu bahan dengan sendirinya tidak dapat menghasilkan sebarang perubahan terhadap pembelajaran, tetapi guru yang mahir menggunakan bahan itu boleh memberikan kesan yang berkekalan.

Beliau juga menyatakan bahawa guru yang mahir menggunakan bahan pengajaran bukan sahaja seorang pelukis yang dapat mereka bahan pengajaran tetapi juga adalah pelukis yang boleh memahami perbezaan individu. Pelajar juga dapat memahami sesuatu konsep itu dengan jelas dan tepat kerana mereka dapat melihat secara terus terutamanya yang melibatkan perkara yang abstrak. Rasional alat bantu mengajar digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran adalah untuk memperjelaskan lagi penyampaian maklumat agar tidak terlalu bersifat verbalistik, mengatasi keterbatasan ruang, mengatasi sifat pasif pelajar dan memberi rangsangan, mempersamakan pengalaman dan membangkitkan persepsi di kalangan pelajar.Di dalam proses pengajaran, seseorang itu menggunakan berbagai tanggapan, semakin banyak pancaindera yang digunakan semakin berkesan pembelajaran itu. Ini disebabkan oleh pancaindera melengkapi kekurangan dan mengukuhkan penanggapan sesuatu pancaindera yang lain. Dengan sebab itu, alat-alat yang menggunakan berbagai pancaindera akan lebih mendatangkan kesan. Alat yang menggunakan warna dan bentuk yang menarik akan lebihmenarik perhatian. Demikian juga alat-alat yang dapat dipandang, didengar dan dirasa akan lebih mendatangkan kesan.

2.3 Teori/ Konsep2.3.1 Teori KonstruktivismeTeori konstruktivisme merupakan satu pandangan baru tentang ilmu pengetahuan dan bagaimana manusia memperoleh ilmu. Pembelajaran berasaskan teori konstruktivisme telah digunakan secara meluas dalam mata pelajaran Sains. konstruktivisme bukan satu konsep yang baru. Konstruktivisme memang telah lama diamalkan dalam bidang falsafah, sosiologi dan antropologi, psikologi dan pendidikan. Beliau menambah, teori konstruktivisme ialah satu teori pembelajaran yang sangat dominan dalam sistem pendidikan terutamanya dalam mata pelajaran Sains dan Matematik mulai tahun 1980-an. Penggunaan teori konstruktivisme sangat penting kerana ia merupakan satu perubahan paradigma daripada pendekatan behaviourism kepada pendekatan yang berasaskan teori kognitif.2.3.2 Konsep Pengajaran Berpusatkan Murid (Student Centre Learning) Pengajaran berpusatkan murid adalah suatu kaedah untuk meningkatkanpenglibatan murid dalam proses pengajaran dan pembelajaran dan bertujuan untukmenggalakkan murid menjadi aktif dan tidak pasif, meningkatkan kemahiranberfikir aras tinggi, menambahkan keyakinan diri, memberi murid peluangmembuat penyampaian dan bercakap, menggalakkan murid menghasilkan ideadan memberi pendapat, menggalakkan murid membina ilmu dan mewujudkansuasana kerjasama dalam kalangan murid.

Penyelidik memilih konsep berkenaan kerana sebagai guru yang bijak melaksanakantugasnya seharusnya bijak mencari ruang dan peluang untuk memilih kaedah mengajaryang sesuai dalam memperoleh sesuatu konsep dan pengetahuan. Menurut Roy Killen (2007) dalam Teaching Strategies For Outcome-Based Strategies menyebut: Constructivism...an approach to learning in which learners are provided theopportunity to construct their own sense of what is being learned by building internal orrelationship among the ideas and fact being taught.2.3.3 Teori Pembelajaran Lev Vygotsky.Teori Vygotsky lebih menekankan kepada interaksi antara aspek internal dan external dalam pembelajaran. MenurutIskandarWiryokusumo(2009) sistem sosial sangat penting dalam perkembangan kognitif kanak-kanak. Mereka akan berinteraksi dan berkolaborasi untuk mengembangkan sesuatu yang baru. Perkembangan kognitif seseorang kanak-kanak juga sangat dipengaruhi oleh sosial dan budaya. Teori beliau juga ada menyebut mengenai scaffolding iaitu memberikan sejumlah besar bantuan pada tahap awal pembelajaran dan kemudian mengurangi bantuan tersebut dan memberikan kesempatan kepada kanak-kanak mengerjakan sendiri. Bantuan yang diberi adalah seperti peringatan, petunjuk dan dorongan sehingga kanak-kanak tersebut boleh melakukannya.

2.4 Kajian Lepas Kajian Ng Ying (2004), mendapati tahap penggunaan antara jenis ABM, didapati tidak ada jenis ABM yang mempunyai tahap penggunaan tinggi oleh responden. Daripada sembilan jenis ABM, hanya dua jenis yang berada di tahap penggunaan sederhana oleh responden iaitu carta dan model. Kajian beliau juga menunjukkan bahawa tahap penggunaan ABM oleh guru-guru teknikal secara keseluruhannya mendapati 111 responden atau (88.8%) mencapai tahap penggunaan ABM yang rendah dan tiada responden yang mencapai tahap penggunaan ABM yang tinggi dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

Mohd Razi (2002), membuat kajian tentang penggunaan ABM di kalangan guru-guru Kemahiran Hidup di kalangan pelajar tahun empat Fakulti Pendidikan mendapati secara keseluruhannya tahap penggunaan ABM dalam kalangan guru-guru Kemahiran Hidup adalah pada tahap sederhana. Kajian beliau mendapati penggunaan bahan sebenar menunjukkan yang tertinggi penggunaan dalam pengajaran dan pembelajaran. Manakala yang terendah ialah penggunaan kamera fotografi dan gambar.

Selain daripada itu, terdapat juga kajian yang dilakukan oleh Adzman (2003), mendapati penggunaan bahan bercetak, komputer dan LCD dalam pengajaran dan pembelajaran menunjukkan penggunaan pada tahap yang tinggi oleh responden. Manakala tahap penggunaan slaid, poster, carta dan perakam video dalam pengajaran dan pembelajaran adalah pada tahap rendah dicatat oleh responden. Beliau juga mendapati penggunaan ABM yang pelbagai seperti kertas edaran, carta, buku kerja dan sudut kit juga digunakan oleh responden semasa pengajaran dan pembelajaran.

BAB 3METODOLOGI KAJIAN3.1 Reka Bentuk KajianKajian ini berbentuk kaedah deskriptif yang menggunakan soal selidik dan akan dijalankan keatas guru-guru pelatih Universiti Pendidikan Sultan Idrisyang mengajar mata pelajaranPerdagangan semasa pengajaran makro. Menurut MohdMajid (1994), kaedah deskriptifadalah sesuai digunakan dalam penyelidikan yang bermatlamatkan untuk menerangkansesuatu masalah atau fenomena. Hal ini demikian kerana, fungsi rekabentuk kajian adalah untuk membantu penyelidikan mendapatkan jawapan yang jelas terhadap masalah bermakna yang ingin dikaji .

3.2 Sampel kajian42 orang guru pelatih dari Universiti Pendidikan Sultan Idrisyang mengajar subjek Perdagangan sewaktu pengajaran makro telah dipilih untuk kajian ini. Guru-guru pelatih ini terdiri daripada 32 orang guru pelatih perempuan dan 10 orang guru pelatih lelaki.

3.3 Instrument kajian3.3.1Soal SelidikTujuan saya menggunakan soal selidik ini adalah untuk mendapatkan maklumat yang berkaitan dengan penggunaan alat bantu mengajar dalam kalangan guru-guru pelatih Universiti Pendidikan Sultan Idris.Soal selidik disediakan dan diedarkan kepada guru-guru pelatih untuk mendapatkan maklumat yang berkaitan dengan kajian. Saya telah memilih instrumen ini kerana ia sering digunakan untuk beberapa kajian mengenai penggunaan alat bantu mengajar di kalangan guru-guru di sekolah. Borang soalselidik yang terbahagikepada 5 bahagian iaitu: Bahagian A :Bahagian ini mengandungi tiga item yang merujuk kepada latar belakang responden iaitu jantina, umur dan bangsa. Bahagian B :Bahagian ini dibina berdasarkan persoalan kajian iaitu mengenai jenis ABM yang digunakan oleh responden dalam pengajaran dan pembelajaran. Bahagian C :Bahagian ini mengenai tahap kemahiran guru pelatih dalam penggunaan ABM sewaktu pengajaran dan pembelajaran. Bahagian D:Bahagian ini mengandungi 5 item soalan yang berkaitan dengan kepentingan penggunaan ABM oleh responden dalam pengajaran dan pembelajaran. Bahagian E : bahagian ini juga mempunyai 5 item yang bertujuan mengenal pasti masalah-masalah yang dihadapi oleh guru pelatih sewaktu menggunakan ABM ketika mengajar.

3.3.2 PemerhatianSayamenggunakan kaedah pemerhatian sebagai kaedah tambahan dalam kajian ini. Pemerhatian ini dibuat semasa proses pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah.Pemerhatian ini tidak dijadualkan secara formal kerana ia berlaku secara spontan di dalam bilik darjah. Walau bagaimana pun, catatan perlu dibuat bagi menjawab pelbagai persoalan iaitu Who, What, When, Where, Why dan How.Saya membuat pemerhatian untuk melihat secara langsung dan secara dekat mengenai tahap penggunaan alat bantu mengajar yang digunakan oleh guru pelatih UPSI semasa pengajaran makro.

3.4 Metode AnalisisSaya mengumpulkan data melalui borang soal selidik yang diedarkan kepada pelajar mengenai tahap penggunaan ABM dalam kalangan guru pelatih. Saya menggunakan kaedah deskriptif untuk mendapatkan bilangan, purata dan peratus. Dapatan kajian pula telah saya peroleh melalui kaedah manual bukan menggunakan perisian SPSS seperti yang selalu digunakan. Selain daripada itu, sayatelah menggunakan skala likert untuk memberi pilihan jawapan kepada responden. Saya juga mengukur peratus dengan menggunakan jadual yang diberikan.Jadual 1. Nilai Penskoran ItemSkala likert 5 katogeriSkala likert 3katogeri

Sangat tidak setuju dan tidak setujuTidak setuju

Tidak PastiTidak Pasti

Sangat setuju dan setujuSetuju

Jadual 2. Tahap Penilaian Responden Berdasarkan PeratusPeratusSkor

0 59Rendah

60 79Sederhana

80 100Tinggi

( Sumber : Yusri, 2007)

3.5 Perancangan tindakanPengumpulan data mengenai tahap penggunaan alat bantu mengajar dalam kalangan guru pelatih dibuat melalui 26 soalan kajian yang terbahagi kepada 5 bahagian. Saya mengedarkan borang soal selidik kepada rakan-rakan sewaktu pengajaran makro dijalankan iaitu sewaktu berlangsungnya kelas Pengajaran Teknologi dan Penaksiran 2.BAB 4PERLAKSANAAN PERANCANGAN KAJIANSaya telah mengedarkan borang soal selidik untuk mengumpul data daripada responden. Mereka perlu menandakan jawapan bagi setiap persoalan yang ada dalam soal selidik tersebut. Saya telah menggunakan Skala berikut iaitu (1) Tidak Setuju, (2) Tidak Pasti dan (3) Setuju. Data yang diperoleh telah saya kira dengan menggunakan kaedah manual. Semasa menjalankan kajian ini terdapat beberapa masalah yang saya hadapi antaranya ialah, kesukaran mendapatkan kerjasama daripada sesetengah pelajar dan terdapat juga sesetengah pelajar yang tidak bersungguh-sungguh menjawab soal selidik tersebut.

4.1 Dapatan kajianKajian ini telah melibatkan 42 orang responden yang terdiri dari pada guru-guru pelatih. 10 orang dari pada responden atau 23.8% merupakan responden lelaki dan 76.2% merupakan responden wanita. Sebanyak 33 responden berbangsa Melayu, 14.3% responden berbangsa Cina dan selebihnya 3 responden dari lain-lain bangsa. Bagi item umur pula, terdapat 2 orang responden yang berumur dalam lingkungan 20-22 tahun dan 2 responden juga yang berumur dalam lingkungan umur 26-28 tahun manakala 30 orang responden atau 90.5% lagi berumur dalam lingkungan 23-25 tahun.

Jadual4. TaburanRespondenmengikutJantina,Umur, bangsa dan status.ItemJantinaBangsaUmur

Lelaki Perempuan MelayuCinaLain-lain20-22 tahun23- 25 tahun26- 28tahun

Bilangan 10

32

33632382

Peratus 23.8%76.2%78.5%14.3%7.2%4.75%90.5%4.75%

Jumlah424242

Gambar rajah 5: Peratus bagi jantina guru lelaki dan perempuan Universiti Pendidikan Sultan Idris yang mengajar subjek Perdagangan Tingkatan 4 sewaktu pengajaran makro

Gambar rajah 6: Peratus bilangan guru pelatih Universiti Pendidikan Sultan Idris yang mengajar Subjek Perdagangan tingkatan 4 sewaktu pengajaran makro berdasarkan bangsa.

Gambar rajah 7: Peratus bilangan guru pelatih Universiti Pendidikan Sultan Idris yang mengajar subjek Perdagangan Tingkatan 4 sewaktu pengajaran makro mengikut umur.

Tahap Penggunaan ABMDalam bahagian ini, penyelidik menjelaskan tentang analisis persoalan kajian ke-2 iaitu mengenai taburan penggunaan ABM mengikut jenis ABM yang sering digunakan oleh responden. Penyelidik telah menyenaraikan 6 ABM yang biasa digunakan semasa pengajaran makro. Melalui borang soal selidik tersebut 90.4% yang bersetuju dengan bahan bercetak dan selebihnya berada dalam situasi tidak setuju dan tidak pasti Hal ini demikian kerana, menurut pemerhatian pengkaji sewaktu di dalam kelas guru-guru pelatih tersebut amat gemar menggunakan alat bantu mengajar bercetak seperti lembaran kerja dan buku teks berbanding ABM yang berbentuk elektronik. Manakala ABM yang projektor dan slaid sebanyak35 orang responden atau 84.0% yang tidak bersetuju dengan penggunaannya manakala 12.0% lagi tidak pasti dan selebihnya bersetuju dengan penggunaan ABM tersebut.Situasi ini berlaku kerana pada pengamatan dan pemerhatian pengkaji guru-guru pelatih tersebut meminimumkan penggunaan kedua-dua alat tersebut kerana kos yang tinggi dan memerlukan masa yang lama untuk membuat persediaan sebelum mengajar. Jadual8. Peratustahap PenggunaanAlatBantuMengajarBilAlatBantuMengajarTidak setujuTidak pasti Setuju

f%f%f%

1.Bahanbercetak24.812.43890.4

2.Peralatansebenar1023.849.62867.2

3.Komputer danLCD1228.624.82867.2

4.Poster ataucarta2042.812.42150.4

5.Projektordanslaid2969.61023.837.0

6.Alatperakam videoserta televisyen3584.0512.024.8

Purata peratus 42.39.1745.2

Jadual 9: Bahagian C peratusan Kemahiran Penggunaan Alat Bantu MengajarNo.ItemSoalanTidak setujuTidak pastiSetuju

f%f%f%

1Saya kreatif dalam menggunakan alat bantu mengajar.12

28.6716.72354.7

2Kemahiran menggunakan alat bantu mengajar amat penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran12.437.23890.4

3Saya memerlukan kursus tentang penggunaan alat bantu mengajardi university512.037.03481.0

4Pendedahan tentang kemahiran menggunakan alat bantu mengajar amat diperlukan oleh saya12.437.23890.4

5.Saya mempelbagaikan penggunaan alat bantu mengajar saya37.01228.63764.4

Purata peratus 10.4813.34

76.18

Nota.TS-TidakSetujuTP-TidakpastiS-Setujuf-Bilanganresponden%-Peratus

Peratus paling tinggi dalam persoalan bahagian c ini ialah bagi item ke 2 dan 4 di mana responden sangat bersetuju bahawa Kemahiran menggunakan alat bantu mengajar amat penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran dan Pendedahan tentang kemahiran menggunakan alat bantu mengajar amat diperlukan oleh saya. Item pertama iaitu Saya kreatif dalam menggunakan alat bantu mengajar menunjukkan 12 orang responden yang bersetuju dengan item tersebut, 7 orang responden atau 16.7% yang tidak pasti dan 54.7% yang sangat bersetuju. Sebanyak 38 responden atau 90.4 % yang bersetuju dengan item ke-2 atau Kemahiran menggunakan alat bantu mengajar amat penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Walau bagaimanapun, terdapat 3 orang responden yang tidak pasti dan 1 responden yang tidak bersetuju dengan item tersebut.

Terdapat 81% responden yang menyatakan bahawa mereka memerlukan kursus tentang penggunaan alat bantu mengajar semasa di universiti dan 7% yang tidak pasti dan 12% lagi yang tidak bersetuju dengan item tersebut. Hal ini demikian kerana mereka beranggapan bahawa pengetahuan tentang ABM yang telah diajar sudah cukup dan memadai untuk mereka. Item ke-4 iaitu Pendedahan tentang kemahiran menggunakan alat bantu mengajar amat diperlukan oleh saya pula mencatatkan 38 orang responden yang bersetuju dan 1 orang responden yang tidak bersetuju. Akhir sekali, bagi item ke-5 pula mencatatkan 64.4% responden yang bersetuju, 28.6% yang tidak pasti dan 7% yang tidak setuju bahawa mereka telah mempelbagaikan penggunaan alat bantu mengajar mereka untuk disesuaikan di dalam kelas.

Jadual 10: Bahagian D Kepentingan Penggunaan Alat Bantu MengajarNo.ItemSoalanTidak setujuTidak pastiSetuju

f%f%f%

6.Penggunaanalatbantumengajar adalahpentingdalamproses pengajarandanpembelajaransaya37.249.63583.2

7.Pelajar lebih berminat dalam pembelajaran apabila menggunakan alat bantu mengajar12.437.23890.4

8.Penggunaanalatbantumengajar dapatmemberi gambaranyangjelaskepadapelajar24.812.43992.8

9.Pelajarlebihaktif apabilasaya menggunakanalatbantu mengajarsemasa mengajar12.412.44095.2

10.interaksi antara saya dan pelajar lebih berkesan apabila saya menggunakan alat bantu mengajar sewaktu mengajar. 24.824.83890.2

Purata peratus 4.325.2890.36

Nota.TS-TidakSetujuTP-TidakpastiS-Setujuf-Bilanganresponden%-Peratus

Bagi persoalan bahagian ini pula pengkaji mendapati ABM sangat penting kerana penggunaan ABM dapat memastikan pelajar sentiasa aktif sewaktu berada di dalam kelas yang menunjukkan peratusan sebanyak 95.2%. Penggunaanalatbantumengajar adalahpentingdalamproses pengajarandanpembelajaransaya atau item 6 telah menunjukkan bahawa 35 orang responden yang bersetuju dengan item tersebut. Manakala 4 orang responden yang tidak pasti dan 3 orang atau 7.2% yang tidak bersetuju. Soalan untuk item ke-7 melihatkan bahawa terdapat 38 orang responden yang bersetuju bahawa Pelajarlebih berminat dalam pembelajaranapabilamenggunakanalatbantu mengajar manakala terdapat 1 orang responden yang tidak bersetuju dengan pernyataan tersebut. Terdapat 92.8% atau 39 orang responden yang bersetuju bahawa Penggunaanalatbantumengajar dapatmemberi gambaranyangjelaskepadapelajar dan 2.4% yang tidak pasti serta 4.8% yang tidak bersetuju.

Item ke-9 iaitu Pelajarlebihaktif apabilasaya menggunakanalatbantu mengajarsemasa mengajar memperlihatkan 95.2% responden yang bersetuju manakala selebihnya iaitu 4.8% berada dalam keadaan tidak pasti dan tidak bersetuju. Item terakhir pula menunjukkan bahawa interaksi antara saya dan pelajar lebih berkesan apabila saya menggunakan alat bantu mengajar peratus yang bersetuju adalah amat tinggi iaitu 90.36% dan tidak pasti sebanyak 4.8% dan selebihnya tidak bersetuju.

Jadual 11: Bahagia E Masalah-Masalah Yang Dihadapi Sewaktu Menggunakan Alat BantuMengajarNo.ItemSoalanTidak setujuTidak pastiSetuju

f%f%f%

11.Sayamahirmenggunakanalat bantumengajar1023.8716.72559.5

12.Alat bantu mengajar yang digunakan tidak membebankan saya24.824.83890.4

13.Sayatidak mengambilmasayang lamauntukmenyediakanalatbantumengajar2150.024.82047.6

14.Menyediakanalatbantumengajar tidak memerlukanperbelanjaan yangmahal2354.8-1945.2

15.Sayatidak memerlukanbantuan oranglaindalammenggunakanalat bantumengajar1023.8614.32661.9

Purata peratus31.448.659.96

Nota.TS-TidakSetujuTP-TidakpastiS-Setujuf-Bilanganresponden%-Peratus

Bahagian ini mengkaji masalah-masalah yang dihadapi oleh guru pelatih sewaktu menggunakan alat bantu mengajar. Terdapat59.5% daripada 42 orang responden yang menyatakan bahawa mereka mahir menggunakan alat bantu mengajar, 16 orang responden yang tidak pasti dan 10 orang responden atau 23.8% yang tidak bersetuju dengan pernyataan tersebut. Item ke-12 menunjukkan 90.4% atau 38 orang responden yang menyatakan bahawa alat bantu mengajar tidak membebankan mereka dan selebihnya berada pada tahap tidak pasti dan tidak bersetuju.

Berbeza dengan item yang seterusnya iaitu Saya tidak mengambil masa yang lama untuk menyediakan alat bantu mengajar di mana terdapat 21 orang responden atau 50% yang tidak bersetuju dengan pernyataan tersebut dan 20 orang responden lain yang bersetuju. Begitu juga dengan pernyataan bahawa Menyediakan alat bantu mengajar tidak memerlukan perbelanjaanyang mahal di mana terdapat 54.8% responden yang tidak bersetuju dengan item tersebut, dan 19 orang responden lain yang bersetuju dengan item tersebut. Item yang terakhir iaitu Saya tidak memerlukan bantuan orang lain dalam menggunakan alatbantu mengajar mencatatkan 26 orang responden yang bersetuju, 6 orang responden yang berada dalam situasi tidak pasti dan 10 orang responden lain yang tidak bersetuju.

4.2 RefleksiMelalui kajian ini apa yang pengkaji dapat adalah penggunaan ABM memang sangat penting dalam kalangan guru pelatih terutamanya dalam subjek perdagangan khasnya dan kesemua subjek amnya. Melalui kajian ini dapat saya katakan bahawa penggunaan alat bantu mengajar dalam kalangan guru pelatih adalah tinggi dan boleh dipertingkatkan lagi. Hal ini demikian kerana ABM merupakan medium yang sangat penting dalam menyempurnakan sesuatu proses pengajaran dan pembelajaran. Tanpa ABM pengajaran seseorang guru itu dilihat tidak sempurna dan kekok. Oleh itu, sebagai seorang guru pelatih mereka haruslah mempersiapkan diri mereka dengan ilmu dan pengetahuan yang berkaitan dengan ABM.4.3 KesimpulanSecarakeseluruhannya,hasilkajianyangdijalankanpenyelidikmendapatitahappenggunaan alat bantu mengajar di kalangan guru pelatih Universiti Pendidikan Sultan Idrisyang mengajar mata pelajaran Perdagangan sewaktu pengajaran makro tinggi.Inidapatdilihatdaripada hasil yangdiperolehmenunjukkan kebanyakan guru-gurupelatih menggunakanalat bantu mengajarpadasetiapkali pengajaransemasaprosespengajarandanpembelajaranBerpandukan dapatan kajian, terdapat beberapa cadangan untuk meningkatkan lagi tahap penggunaan alat bantu mengajar di kalangan guru pelatih yang mengajar mata pelajaran Perdagangan antaranya ialah, pihak fakulti boleh mengadakan kursus/latihan dalaman kepada bakal-bakal guru yang kurang kemahiran dan pengalaman dalam menyediakan alat bantu mengajar. Pihak guru Pelatih pula mereka harus Bersedia menerima teguran daripada guru pembimbing dan guru-guru lain dan sentiasa berfikiran positif .

BORING SOAL SELIDIK

Boring soal selidik ini adalah bertujuan untuk mengenal pasti penggunaan alat bantu mengajar dalam kalangan guru Pelatih Universiti Pendidikan Sultan Idris yang mengajar subjek Perdagangan Tingkatan 4 sewaktu Pengajaran Makro.

Arahan sila tandakan ( / ) untuk jawapan anda dan pastikan anda menjawab semua soalan dengan jujur.

Bahagian A: demografi

1. Jantina:Lelaki()Perempuan()

2. Bangsa:Melayu()Cina()India()Lain-lain()Nyatakan : ___________

3. Umur :

20- 22Tahun ()

23-25Tahun ()

26-28Tahun()

Bahagian B: Jenis-jenis alat bantu mengajar yang sering digunakanBilAlatBantuMengajarTidak setujuTidak pastiSetuju

1.Bahanbercetak

2.Peralatansebenar

3.Komputer danLCD

4.Poster ataucarta

5.Projektordanslaid

6.Alatperakam videoserta televisyen

Bahagian C : Kemahiran penggunaan alat bantu mengajarNo.ItemSoalanTidak setujuTidak pastiSetuju

1Sayakreatifdalammenggunakan alatbantu mengajar.

2Kemahiranmenggunakanalat bantu mengajaramat pentingdalamprosespengajarandan pembelajaran

3Sayamemerlukankursus tentang penggunaanalat bantu mengajarsemasadi university

4Pendedahantentangkemahiran menggunakanalatbantu mengajaramat diperlukanolehsaya

5.Sayamempelbagaikan penggunaanalat bantu mengajar saya

Bahagian D: Kepentingan penggunaan alat bantu mengajarNo.itemSoalanTidak setujuTidak pastiSetuju

1. Penggunaan alat bantu mengajar adalah penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran saya

2. Pelajar lebih berminat dalam pembelajaran apabila menggunakan alat bantu mengajar

3. Penggunaan alat bantu mengajar dapat memberi gambaran yang jelas kepada pelajar

4. Pelajar lebih aktif apabila saya menggunakan alat bantu mengajar semasa mengajar

5. Interaksi antara saya dan pelajar lebih berkesan apabila saya menggunakan alat bantu mengajar sewaktu mengajar.

Bahagia E: Masalah-masalah yang dihadapi sewaktu menggunakan alat bantu mengajarNo.ItemSoalanTidak setujuTidak pastiSetuju

1. Saya mahir menggunakan alat bantu mengajar

2. Alat bantu mengajar yang digunakan tidak membebankan saya

3. Saya tidak mengambil masa yang lama untuk menyediakan alat bantumengajar

4. Menyediakan alat bantu mengajar tidak memerlukan perbelanjaan yang mahal

5. Saya tidak memerlukan bantuan orang lain dalam menggunakan alat bantu mengajar

ABM

RUJUKANBUKUAbdul Ghani Abdullah,Abdul Rahman Abdul Aziz,Abdul Rashid Mohamed(2007 ), Humor Dalam Pendidikan,Pahang: Pts Profesional Publishing Sdn Bhd.Abdullah Sani Yahya (2005),Mengurus Hal Ehwal Pelajar :Pahang: Pts Profesional Publishing SdnBhd.Roy Killen (2007)Teaching Strategies For Outcome-Based Strategies: South Africa: Juta And Co.MohdMajidKonting (1994). Kaedah Penyelidikan Pendidikan. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa Dan Pustaka.SiowHengLoke(2005), Pedagogi Merentas Kurikulum,Pahang: Pts Profesional Publishing SdnBhd.Yusoff Boon, ZaidatunTasir, MohdSalleh Abu, (2008), Isu-Isu Pengajaran Dan Pembelajaran Di Sekolah, Skudai Johor Penerbit UTM (2008 ).JURNAL Abdul Rahim Bin Hamdan, ( 2011) Hayazi Bin Mohd Yasin, Penggunaan Alat Bantu Mengajar (Abm) Di Kalangan Guru-Guru Teknikal Di Sekolah Menengah Teknik Daerah Johor Bahru,Johor Journal Of Social Science, Volume 3, Universiti Teknologi Malaysia 1-34.Adzman Bin MohdJani (2003), Penggunaan ABM Di dalam Proses Pengajaran dan Pembelajaran Mata Pelajaran, Kemahiran Hidup Di Sekolah Menengah, Seremban Timur, Seremban Negeri Sembilan. Universiti Teknologi Malaysia: Tesis Sarjana Muda.

IskandarWiryokusumo, (2009) Behaviorisme, Kognivisme, Dan Konstruktivisme :Teori Belajar Dan Implikasinya Terhadap Pembelajaran, Prospektus, Tahun Vii Nomor 2, MohdRazi Bin Ismail (2002). Amalan Penggunaan Alat Bantu Mengajar Di Kalangan Pelajar Tahun 4 Kursus Sarjana Muda Serta Pendidikan Kemahiran Hidup Dalam Proses Pengajaran Dan Pembelajaran. Universiti Teknologi Malaysia Ng Ying Shya (2004). Penggunaan Alat Bantu Mengajar Di Kalangan Guru-Guru Teknikal

Sekolah Menengah Teknik, Negeri Kedah. Universiti Teknologi Malaysia Yusri Bin Sari (2007). Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Stres Di Kalangan Guru Teknikal Di Sekolah Menengah Teknik Di Daerah Johor. Universiti Teknologi Malaysia Zainudin Bin Hassan,TengkuSuhashila Bt. Tengku Langjuna, Mohad. Najib Bin Abdul GhaffarHamdan Bin Said,(2007) Tahap Penggunaan Alat Bantu Mengajar Di Kalangan Guru Pelatih,Seminar Penyelidikan Pendidikan Institut Perguruan Batu Lintang , Universiti Teknologi Malaysia. 1-9.

Zakaria Kasa Abdul Rahman Md. Aroff (1995) Sikap Dan Masalah Guru Pelatih Dalam Menjalani Latihan Mengajar , Jurnal Pertanika Social Scienc& Human Jilid 3 No 2 , Universiti Pertanian Malaysia Press, Selangor DamlEhsan 125-133.