sun life malaysia takaful berhad dokumen kontrak … · berkaitan dengan maklumat penting telah...

24
SAMPLE SUN LIFE MALAYSIA TAKAFUL BERHAD DOKUMEN KONTRAK Sun eMediCare Income-i A joint venture between Sun Life Assurance Company of Canada and Renggis Ventures Sdn Bhd

Upload: others

Post on 12-Sep-2019

5 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: SUN LIFE MALAYSIA TAKAFUL BERHAD DOKUMEN KONTRAK … · berkaitan dengan maklumat penting telah dibuat, hanya remedi di bawah Jadual 9 dalam Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013

SAMPLESUN LIFE MALAYSIA TAKAFUL BERHAD

DOKUMEN KONTRAK

Sun eMediCare Income-i

A joint venture between Sun Life Assurance Company of Canada and Renggis Ventures Sdn Bhd

Page 2: SUN LIFE MALAYSIA TAKAFUL BERHAD DOKUMEN KONTRAK … · berkaitan dengan maklumat penting telah dibuat, hanya remedi di bawah Jadual 9 dalam Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013

SAMPLE

LAMPIRAN EMI001

Pengenalan

Tujuan

Pelan takaful ini bertujuan untuk menyediakan perlindungan takaful kepada anda atau orang yang dilindungisejajar dengan prinsip-prinsip di bawah dan akan diurus selaras dengan peruntukan-peruntukan yangditunjukkan di bawah pelan ini.

Prinsip-prinsip asas

Pertama Kami akan menguruskan pelan takaful ini sejajar dengan wakalah kontrak dan prinsip-prinsipSyariah yang berkenaan.

Kedua Anda mestilah bersetuju dengan kami bagi mengutip sumbangan. Anda bersetuju untukmelantik Sun Life Malaysia Takaful Berhad untuk menguruskan pelan takaful ini bagi pihakanda. Sebagai balasan, Anda membenarkan kami menolak amaun tertentu sebagai YuranWakalah.

Ketiga Jawatankuasa Syariah kami akan memastikan operasi kami mematuhi Syariah pada setiapmasa. Anda bersetuju bahawa sumbangan yang dibayar selepas penolakan yuran-yuranwakalah akan diperuntukkan sebagai tabarru' (sumbangan sukarela) ke dalam dana tabarru'peserta untuk perlindungan takaful dan untuk bantuan kewangan bersama kepada pesertayang lain sekiranya berlaku musibah.

Dokumen Kontrak - Sun eMediCare Income-iB14.01

Muka surat 2 dari 24

Page 3: SUN LIFE MALAYSIA TAKAFUL BERHAD DOKUMEN KONTRAK … · berkaitan dengan maklumat penting telah dibuat, hanya remedi di bawah Jadual 9 dalam Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013

SAMPLE

LAMPIRAN EMI002

Peruntukan am

1. Takrifan

1.1 Di dalam kontrak ini, perkataan dan frasa berikut membawa maksud yang diberikan disebelahnya:

(a) Kemalangan bermaksud satu kejadian khusus secara mengejut, tidak disengajakan, tidakdijangka dan luar biasa yang berlaku pada masa dan tempat yang boleh dikenalpasti,berasingan daripada sebarang punca lain dan menjadi penyebab tunggal ke ataskecederaan tubuh.

(b) Sebarang hilang upaya bermaksud semua tempoh hilang upaya yang berpunca daripadasebab yang sama, termasuk mana-mana dan semua komplikasinya kecuali jika orangyang dilindungi pulih sepenuhnya dan tidak lagi memerlukan rawatan lanjut (termasukdadah, ubat-ubatan, pemakanan yang khas atau suntikan atau nasihat untuk keadaannya)bagi hilang upaya selama sekurang-kurangnya 90 hari berikutan tarikh terakhir keluarhospital. Hilang upaya yang seterusnya akibat daripada sebab yang sama akan dianggapsebagai hilang upaya yang baru.

(c) Kanser bermaksud ketumbuhan yang tidak terkawal dan kemerebakan sel malignan sertaserangan dan kemusnahan tisu normal yang mana rawatan atau pembedahan (tidaktermasuk prosedur endoskopik) dianggap perlu.

(d) Tarikh berkuatkuasa bermaksud tarikh berkuatkuasa seperti yang tertera di dalam jadualkontrak dan merupakan tarikh di mana perlindungan takaful untuk kontrak ini bermula.

(e) Keadaan kongenital bermaksud sebarang kelainan perubatan atau fizikal yang wujudsemasa kelahiran dan juga kelainan fizikal neo-natal yang berkembang dalam tempoh 6bulan dari waktu kelahiran. Mereka termasuk semua jenis hernia dan epilepsi kecualisemasa diakibatkan oleh trauma yang berlaku selepas tarikh di mana pemegang kontrakdilindungi secara berterusan di bawah kontrak ini.

(f) Ulang tahun kontrak bermaksud ulang tahun yang pertama dan yang berikutnya bagikontrak ini bermula dari tarikh berkuatkuasa kontrak.

(g) Pemegang kontrak atau orang yang dilindungi bermaksud orang yang memiliki kontrakini dan yang boleh menggunakan semua hak, keistimewaan dan pilihan yang disediakandan orang yang kami menyediakan perlindungan takaful di bawah kontrak ini sebagaimanadinamakan di dalam jadual kontrak.

(h) Ulang tahun bulanan kontrak bermaksud tarikh pada mana-mana bulan berikutnya yangmempunyai hari yang sepadan dengan hari dalam tarikh berkuatkuasa; sekiranya tiadatarikh dalam mana-mana bulan kalendar berikutnya yang mempunyai hari yang sepadandengan hari dalam tarikh berkuatkuasa, hari terakhir bulan tersebut akan dijadikan sebagaiulang tahun bulanan kontrak.

(i) Jadual kontrak bermaksud jadual yang mengandungi butiran pemegang kontrak, orangyang dilindungi, manfaat-manfaat, sumbangan dan tempoh kontrak, seperti yangdilampirkan bersama dokumen kontrak ini.

Dokumen Kontrak - Sun eMediCare Income-iB14.01

Muka surat 3 dari 24

Page 4: SUN LIFE MALAYSIA TAKAFUL BERHAD DOKUMEN KONTRAK … · berkaitan dengan maklumat penting telah dibuat, hanya remedi di bawah Jadual 9 dalam Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013

SAMPLE

(j) Sumbangan bermaksud amaun sumbangan yang tertera di dalam jadual kontrak.Sumbangan perlu dibayar pada tarikh yang tertera di dalam jadual kontrak atau di dalamsebarang pengendorsan pada masa hadapan.

(k) Hilang upaya bermaksud kesakitan, jangkitan, penyakit atau kecederaan yang timbulakibat punca atau siri punca-punca yang berterusan.

(l) Doktor atau pakar perubatan atau pakar bedah bermaksud pengamal perubatanberdaftar yang layak dan berlesen untuk mengamalkan perubatan barat dan yang mana,sewaktu menjalankan rawatan, mengamalkan apa yang dibenarkan menurut skop lesendan latihan beliau di kawasan amalan, tetapi tidak termasuk doktor atau pakar perubatanatau pakar bedah yang merupakan orang yang dilindungi sendiri.

(m) Tarikh tamat bermaksud tarikh kontrak ini tamat seperti yang tertera di dalam jadualkontrak atau di dalam sebarang pengendorsan pada masa hadapan yang menukar tarikhtamat.

(n) Pengendorsan bermaksud bukti bertulis mengenai sebarang pindaan, perubahan ataupenukaran yang dibuat ke atas kontrak ini dan jadual kontrak.

(o) Hospital bermaksud hanya sebuah pertubuhan yang ditubuhkan dan didaftarkan sebagaihospital untuk penjagaan dan rawatan orang yang sakit dan cedera sebagai pesakit-katilyang membayar, dan yang mana:

(i) mempunyai kemudahan untuk diagnosis dan pembedahan utama;

(ii) menyediakan khidmat penjagaan 24 jam sehari oleh jururawat yang berdaftar dantelah tamat pengajiannya;

(iii) adalah di bawah pengawasan pakar perubatan; dan

(iv) terutamanya bukan klinik, tempat untuk orang yang ketagihan alkohol atau dadah;pusat penjagaan, rumah rehat atau pemulihan, atau rumah untuk orang tua atauorganisasi yang seumpamanya.

(p) Kemasukan hospital bermaksud kemasukan ke hospital sebagai pesakit dalam wad yangdidaftar untuk rawatan yang diperlukan dari segi perubatan ke atas hilang upaya yangdilindungi selepas dicadangkan oleh doktor (pakar perubatan atau pakar bedah).Seseorang pesakit tidak akan dianggap sebagai pesakit dalam wad jika pesakit tidaktinggal di hospital secara fizikal bagi tempoh keseluruhan kemasukannya. Kemasukanhospital perlu dibuktikan dengan caj yang dikenakan oleh hospital ke atas bilik danpenginapan harian.

(q) Unit rawatan rapi (ICU) bermaksud satu bahagian dalam hospital yang ditetapkansebagai unit rawatan rapi oleh hospital, dan diselenggara 24 jam hanya untuk rawatanpesakit yang berada dalam keadaan kritikal dan dilengkapi dengan peralatan untukmemberi penjagaan jururawat dan khidmat perubatan khas yang tidak terdapat di bahagianlain dalam hospital.

(r) Tarikh dikeluarkan bermaksud tarikh dikeluarkan seperti yang tertera di dalam jadualkontrak.

Dokumen Kontrak - Sun eMediCare Income-iB14.01

Muka surat 4 dari 24

Page 5: SUN LIFE MALAYSIA TAKAFUL BERHAD DOKUMEN KONTRAK … · berkaitan dengan maklumat penting telah dibuat, hanya remedi di bawah Jadual 9 dalam Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013

SAMPLE

(s) Diperlukan dari segi perubatan bermaksud khidmat perubatan yang:

(i) konsisten dengan diagnosis dan rawatan perubatan lazim untuk hilang upaya yangdilindungi;

(ii) selaras dengan piawaian amalan perubatan yang baik, konsisten dengan piawaiansemasa penjagaan perubatan profesional dan manfaat perubatan yang terbukti;

(iii) bukan untuk keselesaan orang yang dilindungi atau pakar perubatan, dan tidak bolehdilakukan dengan sewajarnya di luar hospital (jika dimasukkan sebagai pesakit dalamwad);

(iv) bukan berbentuk eksperimen, penyiasatan atau penyelidikan, pencegahan atausaringan; dan

(v) yang mana caj dikenakan adalah wajar dan berpatutan serta lazim untuk hilangupaya.

(t) Penama bermaksud satu atau lebih orang yang telah anda pilih di bawah klausa 23 dandinamakan di dalam borang penamaan atau di dalam sebarang pengendorsan pada masahadapan sebagai penama.

(u) Dana pengendali bermaksud dana yang diuruskan oleh kami di mana yuran wakalah yangdibayar untuk kontrak ini akan digunakan untuk membayar semua perbelanjaanpengurusan dan komisen (jika berkenaan).

(v) Dana tabarru' peserta bermaksud dana pegangan yang mana potongan tabarru' akandikreditkan ke dalam, sejajar dengan terma-terma dan syarat-syarat yang dipaparkan disini.

(w) Keadaan sedia ada bermaksud sebarang kecederaan, penyakit, keadaan atau gejalayang wujud dalam tempoh 12 bulan sebelum tarikh kontrak berkuatkuasa atau tarikhpengembalian semula terakhir, yang mana terkemudian, yang mana:

(i) rawatan, perubatan, nasihat atau diagnosis telah dicadangkan atau diterima;

(ii) seseorang yang biasa dan waras yang mengalami kecederaan, penyakit, keadaanatau gejala seharusnya telah mendapatkan nasihat ataupun rawatan yang sepatutnyauntuk kesihatannya; atau

(iii) kewujudannya telah diketahui oleh anda dan/atau orang yang dilindungi, sama adarawatan, perubatan, nasihat atau diagnosis telah dicadangkan atau diterima.

(x) Qard bermaksud pinjaman tanpa faedah yang kami sediakan sekiranya berlaku defisitdalam dana tabarru' peserta.

(y) Syariah bermaksud undang-undang Islam. Dalam konteks kontrak ini, Syariah merujukkepada undang-undang Islam sebagaimana yang ditaksirkan oleh jawatankuasa Syariah.

(z) Jawatankuasa Syariah bermaksud jawatankuasa yang kami bentuk untuk memberinasihat ke atas operasi perniagaan takaful kami untuk memastikan ia mematuhi Syariah.

Dokumen Kontrak - Sun eMediCare Income-iB14.01

Muka surat 5 dari 24

Page 6: SUN LIFE MALAYSIA TAKAFUL BERHAD DOKUMEN KONTRAK … · berkaitan dengan maklumat penting telah dibuat, hanya remedi di bawah Jadual 9 dalam Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013

SAMPLE

(aa) Kesakitan, jangkitan atau penyakit bermaksud keadaan fizikal yang ditunjukkan dari segipatologi yang berbeza dengan keadaan kesihatan yang normal.

(bb) Penyakit-penyakit tertentu bermaksud hilang upaya yang berikut dan komplikasi yangberkaitan dengannya yang berlaku dalam tempoh 120 hari pertama dari tarikh kontrakberkuatkuasa atau tarikh pengembalian kontrak terakhir, yang mana terkemudian:

(i) Tekanan darah tinggi, kencing manis dan penyakit kardiovaskular;

(ii) Kesemua ketumbuhan, kanser, sista, nodul, polip, batu dalam sistem kencing dansistem biliari;

(iii) Kesemua penyakit telinga, hidung (termasuk sinus) dan tekak kecuali selsema dansakit-tekak;

(iv) Hernia, hemoroid, fistula, hidrosele, varikosele;

(v) Endometriosis termasuk penyakit sistem pembiakan perempuan; dan

(vi) Gangguan spina vertebro (termasuk diska) dan keadaan lutut.

(cc) Penyakit berjangkit tertentu bermaksud:

(i) Selsema Avian bermaksud penyakit berjangkit teruk yang disebabkan oleh virusAvian Influenza A (jenis H5N1 atau H7N9) dan disebarkan kepada manusia melaluisentuhan secara langsung atau rapat dengan unggas yang dijangkiti;

(ii) Demam Chikungunya bermaksud penyakit berjangkit teruk yang disebabkan olehvirus Chikungunya dan disebarkan kepada manusia melalui nyamuk Aedes;

(iii) Demam Denggi bermaksud penyakit berjangkit teruk yang disebabkan oleh virusDenggi dan disebarkan kepada manusia melalui nyamuk Aedes;

(iv) Ensefalitis Jepun bermaksud penyakit berjangkit teruk yang disebabkan oleh virusEnsefalitis Jepun dan disebarkan kepada manusia melalui nyamuk Culex;

(v) Malaria bermaksud penyakit berjangkit teruk yang disebabkan oleh protozoa parasitPlasmodium dan disebarkan kepada manusia melalui nyamuk Anopheles; dan

(vi) Zika atau Jangkitan Virus Zika bermaksud penyakit berjangkit teruk yangdisebabkan oleh virus Zika dan disebarkan kepada manusia melalui nyamuk Aedes.

Sebarang tuntutan akibat penyakit berjangkit mesti disahkan oleh seorang doktorperubatan berdaftar dan disokong oleh ujian diagnostik (atau ujian setara) yang berikutsebagai bukti muktamad jangkitan:

Avian Influenza - PCR Avian Influenza khusus untuk Avian Influenza jenis H5N1 atauH7N9;Demam Chikungunya - Ujian Antibodi IgM Chikungunya/PCR Chikungunya;Demam Denggi - Ujian Antibodi IgM Denggi/PCR Denggi;Ensefalitis Jepun - Ujian Antibodi IgM Ensefalitis Jepun;Malaria - Ujian parasit Malaria;Jangkitan Virus Zika - Ujian PCR virus Zika.

Dokumen Kontrak - Sun eMediCare Income-iB14.01

Muka surat 6 dari 24

Page 7: SUN LIFE MALAYSIA TAKAFUL BERHAD DOKUMEN KONTRAK … · berkaitan dengan maklumat penting telah dibuat, hanya remedi di bawah Jadual 9 dalam Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013

SAMPLE

(dd) Jumlah yang dilindungi bermaksud amaun perlindungan untuk manfaat di bawah kontrakini seperti yang tertera di dalam jadual kontrak atau di dalam sebarang pengendorsanpada masa hadapan yang menukar jumlah yang dilindungi tersebut.

(ee) Tabarru' bermaksud amaun sumbangan sukarela yang akan ditolak untuk perlindungantakaful.

(ff) Wakalah bermaksud kontrak agensi di mana pihak, sebagai prinsipal (Muwakkil)membenarkan pihak yang lain sebagai ejen (Wakil) untuk melaksanakan tugas tertentudalam hal-hal yang boleh diwakilkan. Di bawah pelan takaful ini, Anda melantik Sun LifeMalaysia Takaful Berhad untuk menguruskan dana takaful berdasarkan Kontrak Wakalah.

(gg) Yuran wakalah bermaksud amaun yang akan dikenakan dari sumbangan anda sebagaibalasan untuk kontrak wakalah bagi kami untuk menampung perbelanjaan pentadbirandan komisen (jika berkenaan).

(hh) Kami bermaksud Sun Life Malaysia Takaful Berhad.

(ii) Anda bermaksud pemegang kontrak seperti yang tertera di dalam jadual kontrak.

2. Interpretasi

2.1 Di dalam kontrak ini, kecuali konteks memerlukan sebaliknya:

(a) tajuk di dalam kontrak ini dimasukkan untuk kemudahan sahaja dan tidak memberi kesanke atas pembentukannya.

(b) perkataan tunggal hendaklah merangkumi perkataan majmuk dan sebaliknya.

(c) perkataan yang merujuk kepada jantina hendaklah merangkumi semua jantina.

2.2 Jika terdapat mana-mana peruntukan di dalam kontrak ini tidak sah atau tidak bolehdikuatkuasakan di bawah undang-undang Malaysia, ia tidak akan menjejaskan kesahan,kesahihan atau kebolehkuatkuasaan peruntukan lain.

3. Kontrak

3.1 Kontrak ini dikeluarkan setelah mempertimbangkan pembayaran sumbangan seperti yangtertera di dalam jadual kontrak dan adalah bergantung kepada:

(a) jawapan yang diberikan oleh anda dan/atau orang yang dilindungi dalam permohonananda atau sebarang soal selidik berikutnya yang kami berikan atas apa-apa perkaraberkaitan permohonan dan sebarang pendedahan yang dibuat oleh anda dan/atau orangyang dilindungi di antara waktu permohonan dan waktu kontrak ini dibuat; dan

(b) laporan perubatan dan apa-apa laporan dan soal selidik yang lain;

(secara kolektif dirujuk sebagai 'maklumat penting')

dan maklumat penting tersebut akan menjadi sebahagian daripada kontrak antara kami dananda. Walau bagaimanapun, sekiranya terdapat apa-apa salah nyataan prakontrak yangberkaitan dengan maklumat penting telah dibuat, hanya remedi di bawah Jadual 9 dalam AktaPerkhidmatan Kewangan Islam 2013 akan dikenakan.

Dokumen Kontrak - Sun eMediCare Income-iB14.01

Muka surat 7 dari 24

Page 8: SUN LIFE MALAYSIA TAKAFUL BERHAD DOKUMEN KONTRAK … · berkaitan dengan maklumat penting telah dibuat, hanya remedi di bawah Jadual 9 dalam Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013

SAMPLE

3.2 Jika kami memerlukan anda dan/atau orang yang dilindungi, sebelum kontrak berubah, untukmenjawab sebarang soalan atau jika anda dan/atau orang yang dilindungi dikehendaki untukmengesahkan atau meminda apa-apa perkara berkaitan kontrak yang sebelum ini andadan/atau orang yang dilindungi dedahkan kepada kami, ia adalah tanggungjawab andadan/atau orang yang dilindungi untuk mengambil penjagaan munasabah supaya tidak membuatsalah nyataan semasa menjawab soalan-soalan atau mengesahkan atau meminda apa-apaperkara yang didedahkan sebelum ini.

3.3 Anda dan/atau orang yang dilindungi mesti memaklumkan kami sebarang perubahan berkaitandengan maklumat yang telah diberikan kepada kami dalam jawapan anda dan/atau orang yangdilindungi atau sebarang perkara yang sebelum ini didedahkan kepada kami berhubung dengankontrak ini jika perubahan tersebut telah berlaku selepas anda dan/atau orang yang dilindungimengemukakan permohonan bagi perubahan tetapi sebelum kontrak diubah.

4. Tempoh semakan percuma

4.1 Sekiranya anda membuat keputusan untuk tidak mengambil kontrak ini atas apa jua sebabselepas ia telah dikeluarkan, anda boleh membatalkan kontrak dengan memberikan notisbertulis kepada kami dalam tempoh 15 hari dari tarikh penghantaran kontrak ini.

4.2 Kami akan membayar balik sumbangan yang telah dibayar.

5. Salah nyata umur dan/atau jantina

5.1 Kontrak ini dikeluarkan untuk umur dan jantina orang yang dilindungi seperti yang tertera didalam jadual kontrak, berdasarkan tarikh lahir dan jantina yang diakui dalam permohonan. Kamimemerlukan bukti umur dan jantina orang yang dilindungi sebelum kami membayar sebarangmanfaat.

5.2 Jika umur dan/atau jantina orang yang dilindungi telah tersalah nyata dan adalah dalamlinkungan had yang kami terima, kami akan membuat satu daripada penyelarasan berikut:

(a) Jika sumbangan berdasarkan umur dan/atau jantina orang yang dilindungi yang betuladalah lebih tinggi berbanding dengan sumbangan yang telah dibayar, kami mungkin akanproratakan manfaat-manfaat yang akan dibayar berdasarkan pada nisbah sumbangansebenar yang telah dibayar dengan sumbangan betul yang sepatutnya dibayarberdasarkan tarikh lahir dan/atau jantina orang yang dilindungi yang betul; atau

(b) Jika sumbangan berdasarkan umur dan/atau jantina orang yang dilindungi yang betuladalah lebih rendah berbanding dengan sumbangan yang telah dibayar, kami akanmengembalikan perbezaaan yuran wakalah daripada pengendali dana dan perbezaantabarru' daripada dana tabarru' peserta kepada anda.

Sekiranya tersalah nyata umur telah menyebabkan orang yang dilindungi tidak layak untukperlindungan takaful, jumlah manfaat yang akan dibayar untuk kontrak ini hanya terhad kepadajumlah tabarru' yang dikutip ditolak sebarang lebihan terkumpul dikongsi dari tarikh kontrakberkuatkuasa dan kontrak ini akan ditamatkan.

6. Tempoh menunggu

6.1 Pelan ini mempunyai tempoh menunggu seperti yang ditakrifkan di bawah:

(a) tempoh menunggu selama 30 hari dari tarikh berkuatkuasa kontrak atau tarikhpengembalian semula terakhir, yang mana terkemudian untuk semua dan penyakitberjangkit tertentu.

Dokumen Kontrak - Sun eMediCare Income-iB14.01

Muka surat 8 dari 24

Page 9: SUN LIFE MALAYSIA TAKAFUL BERHAD DOKUMEN KONTRAK … · berkaitan dengan maklumat penting telah dibuat, hanya remedi di bawah Jadual 9 dalam Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013

SAMPLE

(b) tempoh menunggu selama 120 hari pertama dari tarikh berkuatkuasa kontrak atau tarikhpengembalian semula terakhir, yang mana terkemudian untuk penyakit-penyakit tertentu.

6.2 Tiada manfaat akan dibayar di bawah peristiwa orang yang dilindungi didiagnosis denganpenyakit yang dilindungi atau menunjukkan tanda-tanda dan gejala-gejala sebarang penyakityang dilindungi dalam tempoh menunggu seperti yang ditakrifkan.

7. Klausa perihal tidak boleh dipertikaikan

7.1 Jika kontrak ini tidak lagi sah, atas sebab selain daripada penipuan, kami akan membayar baliksumbangan yang telah dibayar dari tarikh berkuatkuasa.

7.2 Kami tidak boleh mempertikaikan kontrak ini selepas ia telah berkuatkuasa selama 2 tahun daritarikh dikeluarkan, kecuali terdapat bukti penipuan atau apabila anda tidak membayarsumbangan. Jika kontrak ini telah ditamatkan akibat anda tidak membayar sumbangan dankami telah mengembalikannya semula di bawah klausa 21, maka ia akan tertakluk kepadaklausa 21.

8. Kemampuan untuk melakukan perjalanan dan sebarang sekatan ke atas lokasi tempatkediaman anda dan/atau orang yang dilindungi

8.1 Kontrak ini tidak menyekat anda dan/atau orang yang dilindungi daripada melakukan sebarangperjalanan dan tidak dijejaskan oleh lokasi tempat tinggal anda dan/atau orang yang dilindungi.

8.2 Walau bagaimanapun, tiada manfaat akan dibayar kepada orang yang dilindungi yang berada diluar Malaysia, sekiranya orang yang dilindungi tinggal atau melakukan perjalanan di luarMalaysia melebihi 90 hari berturut-turut.

9. Perubahan kepada kontrak

9.1 Kami berhak meminda terma-terma dan peruntukan-peruntukan kontrak ini bertujuan untukmematuhi undang-undang dan peraturan-peraturan Malaysia. Kami akan memberi notis bertulissekurang-kurangnya 30 hari terlebih dahulu melalui pos biasa ke alamat terakhir anda yangdiketahui dalam rekod kami atau kaedah komunikasi yang lain.

9.2 Permintaan anda untuk apa-apa perubahan atau pengendorsan kepada kontrak ini tidak akansah kecuali jika kami benarkan dan kelulusan tersebut hendaklah diendorskan di bawah kontrakini.

10. Hak dan kegunaan amaun yang terhutang

10.1 Kami mempunyai keutamaan atas sebarang amaun terhutang di bawah kontrak ini.

10.2 Kami boleh mengimbangi sebarang amaun yang kami terhutang kepada anda (sebagai contoh:manfaat-manfaat) di bawah kontrak ini dengan sebarang amaun yang anda terhutang kepadakami (sebagai contoh: sumbangan) di bawah kontrak ini.

10.3 Sekiranya amaun yang perlu dibayar semasa pengagihan lebihan (jika ada), keuntunganpelaburan (jika ada) dan/atau kematangan kontrak (jika ada) adalah bersamaan dengan ataukurang daripada RM10 bagi setiap pemegang kontrak pada setiap tahun kewangan, ia akandikreditkan ke akaun bank terkini anda mengikut maklumat dalam rekod kami. Sekiranya butiranakaun bank anda tidak diberikan kepada kami, amaun tersebut akan didermakan kepadapertubuhan kebajikan yang diluluskan oleh jawatankuasa Syariah kami.

Dokumen Kontrak - Sun eMediCare Income-iB14.01

Muka surat 9 dari 24

Page 10: SUN LIFE MALAYSIA TAKAFUL BERHAD DOKUMEN KONTRAK … · berkaitan dengan maklumat penting telah dibuat, hanya remedi di bawah Jadual 9 dalam Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013

SAMPLE

11. Penyerahan kontrak

11.1 Anda boleh, pada bila-bila masa semasa hayat orang yang dilindungi dan semasa kontrak iniberkuatkuasa, menyerahkan kontrak ini dengan memberi notis bertulis kepada kami. Semuamanfaat dan hak di bawah kontrak ini akan tamat pada ulang tahun sumbangan patut dibayarselepas menerima notis tersebut.

11.2 Disebabkan kontrak ini tidak mempunyai nilai tunai, kami tidak akan membayar sebarang nilaitunai atau pro-rata sumbangan semasa penyerahan kontrak ini.

11.3 Klausa 4 akan dikuatkuasakan jika anda menyerahkan kontrak anda dalam tempoh semakanpercuma.

12. Penamatan kontrak

12.1 Perlindungan ke atas orang yang dilindungi akan ditamatkan dalam mana-mana keadaaan yangberikut:

(a) Apabila kematian orang yang dilindungi;

(b) Apabila kontrak ini dibatalkan;

(c) Apabila kontrak ini diserahkan;

(d) Apabila kontrak ini luput;

(e) Pada tarikh tamat tertera di dalam jadual kontrak; atau

(f) Pada ulang tahun kontrak sejurus selepas hari lahir bagi orang yang dilindungi yang ke-70.

13. Pembaharuan

13.1 Kontrak akan diperbaharui setiap tahun tertakluk kepada bayaran sumbangan dalam tempohtenggang dan terma-terma dan syarat-syarat kontrak ini.

13.2 Tiada dokumen pembaharuan akan dikeluarkan semasa pembaharuan. Kontrak dan jadualkontrak ini akan terus digunakan.

14. Undang-undang

14.1 Kontrak ini dan tanggungjawab kami di bawah kontrak ini adalah tertakluk kepadaundang-undang, syarat-syarat, peraturan-peraturan dan prinsip-prinsip Syariah yang sedangberkuatkuasa di Malaysia. Undang-undang, syarat-syarat dan peraturan-peraturan akanmeliputi tetapi tidak terhad kepada mana-mana pekeliling, arahan atau garis panduan.

14.2 Sekiranya terdapat perbezaan antara peruntukan-peruntukan kontrak ini dengan mana-manaundang-undang, syarat-syarat atau peraturan-peraturan, undang-undang, syarat-syarat atauperaturan-peraturan tersebut akan dikuatkuasakan.

14.3 Kontrak ini akan ditadbir mengikut undang-undang Malaysia. Sebarang pertikaian akandiuruskan di mahkamah Malaysia.

Dokumen Kontrak - Sun eMediCare Income-iB14.01

Muka surat 10 dari 24

Page 11: SUN LIFE MALAYSIA TAKAFUL BERHAD DOKUMEN KONTRAK … · berkaitan dengan maklumat penting telah dibuat, hanya remedi di bawah Jadual 9 dalam Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013

SAMPLE

15. Cukai

15.1 Semua cukai, termasuk tetapi tidak terhad kepada sebarang cukai barangan dan perkhidmatan,dan/atau lain-lain bentuk cukai jualan atau kepenggunaan, sama ada yang berkuatkuasa padamasa ini atau dilaksanakan selepas tarikh kontrak ini akan dikenakan mengikut undang-undangyang berkenaan pada kadar semasa. Jika perlu, kami akan meminda terma-terma kontrak iniuntuk mengambil kira cukai-cukai sedemikian.

16. Membayar sumbangan dan tempoh tenggang

16.1 Pembayaran sumbanganSemua sumbangan perlu dibayar pada atau sebelum tarikh sumbangan patut dibayar (sepertiyang tertera di dalam jadual kontrak atau sebarang pengendorsan pada masa hadapan yangmeminda tarikh sumbangan patut dibayar) terus kepada kami.

16.2 Kadar sumbanganKadar sumbangan adalah tidak dijamin dan mungkin disemak semula dari semasa ke semasa.Notis bertulis akan diberi kepada anda 30 hari terlebih dahulu dan semak semula sumbangantersebut akan dikuatkuasa bermula ulang tahun kontrak yang berikutnya. Hasil daripadaapa-apa pertukaran sumbangan, jumlah yuran wakalah akan berubah dengan sewajarnya.

16.3 Pertukaran kekerapan pembayaran sumbanganTertakluk kepada kelulusan daripada kami, anda boleh meminda kekerapan pembayaransumbangan dengan memberi notis secara bertulis kepada kami sebelum tempoh tenggangtamat.

16.4 Tempoh tenggangJika anda tidak membayar sumbangan pada atau sebelum tarikh patut dibayar, kami akanmembenarkan tempoh tenggang selama 30 hari dari tarikh sumbangan patut dibayar untukpembayaran sebarang sumbangan. Kontrak ini masih berkuatkuasa dalam tempoh tersebut.Kontrak ini akan luput atau berhenti berkuatkuasa selepas tempoh tenggang.

16.5 TuntutanSekiranya kami telah meluluskan tuntutan di bawah kontrak ini, dan tuntutan orang yangdilindungi berlaku dalam tempoh tenggang, kami akan menolak sebarang amaun yang andaterhutang kepada kami dan sumbangan yang perlu dibayar setakat tarikh kejadian daripadamanfaat yang perlu dibayar.

17. Yuran wakalah

17.1 Kami akan menolak yuran wakalah daripada sumbangan yang dibayar bagi kontrak ini. Iaadalah peratusan (%) daripada sumbangan seperti yang ditetapkan di bawah jadual yuranwakalah.

17.2 Kami berhak untuk menyemak semula peratusan ini dari semasa ke semasa dengan memberinotis bertulis kepada anda sekurang-kurangnya 30 hari lebih awal. Semakan akanberkuatkuasa pada ulang tahun kontrak yang berikutnya selepas tempoh notis.

18. Tabarru'

18.1 Kami akan mengambil tabarru' iaitu sumbangan yang dibayar ditolak yuran wakalah, dan amauntersebut akan diperuntukan ke dalam dana tabarru' peserta seperti yang dinyatakan dalamklausa 19.

Dokumen Kontrak - Sun eMediCare Income-iB14.01

Muka surat 11 dari 24

Page 12: SUN LIFE MALAYSIA TAKAFUL BERHAD DOKUMEN KONTRAK … · berkaitan dengan maklumat penting telah dibuat, hanya remedi di bawah Jadual 9 dalam Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013

SAMPLE

19. Dana tabarru' peserta

19.1 Tabarru' akan diperuntukkan ke dalam dana tabarru' peserta, yang merupakan dana pegangandi mana kami membayar semua manfaat takaful seperti yang dinyatakan di bawah kontrak ini.

19.2 Kami akan menguruskan aset dana tabarru' peserta dan menentukan bagaimana ia dilabur dandiurus sejajar dengan Syariah.

19.3 Kami akan membayar semua kos, perbelanjaan dan caj untuk pengurusan dan pelaburan asetdana tabarru' peserta serta perbelanjaan-perbelanjaan lain yang berkaitan dengan dana tabarru'peserta.

19.4 Sebarang lebihan daripada dana tabarru' peserta selepas pembayaran balik Qard (jika ada),akan dikongsi pada setiap tahun kewangan seperti yang berikut:

(a) 50% kepada kami; dan

(b) 50% kepada anda (jika layak).

19.5 Anda layak untuk pengagihan lebihan, jika ada, dengan syarat kontrak anda tidak luput dantidak diserahkan sebelum akhir tahun kewangan. Sekiranya anda layak untuk pengagihanlebihan tetapi kontrak ini ditamatkan di bawah klausa 12 lampiran ini pada tarikh pengagihanlebihan, maka ia akan tertakluk kepada klausa 10 lampiran ini.

19.6 Jika dana tabarru' peserta tidak mencukupi untuk membayar manfaat-manfaat takaful, kamiakan mengaturkan Qard (pinjaman tanpa faedah) dari dana pengendali untuk membayarkekurangan tersebut. Qard akan dibayar balik apabila terdapat keuntungan di dalam danatabarru' peserta.

20. Nilai tunai

20.1 Kontrak ini tidak mempunyai sebarang nilai tunai.

21. Pengembalian semula kontrak

21.1 Sekiranya kontrak ini luput, anda boleh memohon untuk mengembalikan semula dalam tempohmasa 12 bulan dari tarikh luput kontrak, tertakluk kepada syarat-syarat berikut:

(a) melengkapkan dan menyerahkan borang pengembalian semula yang telah ditandatangani;

(b) orang yang dilindungi memperakui dengan jujur kesemua fakta di dalam borangpengembalian semula;

(c) orang yang dilindungi menyediakan semua maklumat (jika ada) yang telah kami minta;

(d) orang yang dilindungi membayar semua sumbangan tertunggak yang kami tentukan; dan

(e) sebarang terma-terma dan syarat-syarat lain yang mungkin kami kenakan pada masapermohonan pengembalian semula.

21.2 Sekiranya anda membatalkan atau menyerahkan kontrak ini, pengembalian semula tidak bolehterpakai.

Dokumen Kontrak - Sun eMediCare Income-iB14.01

Muka surat 12 dari 24

Page 13: SUN LIFE MALAYSIA TAKAFUL BERHAD DOKUMEN KONTRAK … · berkaitan dengan maklumat penting telah dibuat, hanya remedi di bawah Jadual 9 dalam Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013

SAMPLE

21.3 Sekiranya kami mengetahui terdapat sebarang maklumat yang tidak benar atau disembunyikan,kami akan mengetepikan (seterusnya menamatkan) kontrak yang dikembalikan semula. Kamihanya boleh melakukannya dalam masa 2 tahun pertama selepas pengembalian semulakontrak ini, kecuali kami dapat membuktikan berlaku penipuan atau, jika anda gagal membayarsumbangan.

21.4 Jika kami mengetepikan kontrak yang dikembalikan semula ini (atas sebab selain daripadapenipuan), kami akan membayar balik jumlah sumbangan yang telah dibayar dari tarikhpengembalian semula terakhir.

21.5 Kami tidak akan memberi perlindungan takaful di bawah kontrak ini untuk tempoh di antaratarikh kontrak ini telah luput dan tarikh kami meluluskan pengembalian semula tersebut.

22. Hak milik

22.1 Anda adalah pemilik sah kontrak ini.

22.2 Anda boleh menggunakan semua hak dan pilihan yang disediakan oleh kontrak ini (bergantungkepada hak sebarang penama atau penerima pindahan kontrak ini yang sah di sisi undang-undang).

23. Penama

23.1 Pemegang kontrak yang telah mencapai umur 16 tahun, boleh menamakan seseorang untukmenerima manfaat-manfaat takaful (jika ada) yang perlu dibayar apabila pemegang kontrakmeninggal dunia di bawah kontrak takaful sama ada sebagai wasi, atau sebagai benefisiari dibawah hibah bersyarat. Penamaan boleh dibuat semasa permohonan kontrak atau padabila-bila masa selepas kontrak dikeluarkan.

23.2 Penama yang dinamakan di dalam borang penamaan atau mana-mana pindaan yang anda buatpada masa hadapan, akan menerima manfaat-manfaat takaful (jika ada) mengikut AktaPerkhidmatan Kewangan Islam 2013. Anda boleh membatalkan atau menukar penama padabila-bila masa dengan memberi notis bertulis kepada kami. Notis bertulis mestilah kami terimadan daftarkan semasa hayat orang yang dilindungi. Pembatalan dan perubahan penama akanberkuatkuasa dari tarikh kami menerima notis bertulis tersebut.

24. Perubahan risiko

24.1 Anda atau orang yang dilindungi harus memberi notis bertulis dengan segera sekiranya terdapatperubahan ketara pada pekerjaan, perniagaan, tugas atau kegiatan orang yang dilindungi.

25. Tindakan undang-undang

25.1 Tiada tindakan undang-undang atau dalam ekuiti akan dibawa untuk menuntut apa-apa manfaatdi bawah kontrak ini sebelum penamatan tempoh 2 tahun dari tarikh berlakunya keadaan yangmenyebabkan tuntutan.

26. Matawang bayaran

26.1 Semua pembayaran di bawah kontrak ini akan dibuat dalam matawang Malaysia yang sah. Jikaterdapat sebarang pembayaran yang anda minta untuk dibayar dalam mana-mana matawanglain, jumlah tersebut akan dibayar dalam matawang permintaan anda yang akan dibeli diMalaysia mengikut kadar pasaran matawang semasa pada tarikh penyelesaian tuntutan.

Dokumen Kontrak - Sun eMediCare Income-iB14.01

Muka surat 13 dari 24

Page 14: SUN LIFE MALAYSIA TAKAFUL BERHAD DOKUMEN KONTRAK … · berkaitan dengan maklumat penting telah dibuat, hanya remedi di bawah Jadual 9 dalam Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013

SAMPLE

27. Notis tuntutan

27.1 Anda atau wakil sah anda mestilah memberi notis bertulis mengenai tuntutan di ibu pejabatkami dalam tempoh masa 30 hari dari tarikh kejadian yang dilindungi berlaku.

28. Bukti tuntutan

28.1 Bukti tuntutan yang memuaskan perlu diberikan kepada kami dalam tempoh masa 30 hari daritarikh pemberian notis tuntutan kepada kami, atas perbelanjaan anda sendiri atau wakil sahanda.

28.2 Kami berhak untuk meminta sebarang dokumen (dokumen-dokumen) tambahan lain sekiranyaperlu untuk menyokong tuntutan.

28.3 Kami berhak untuk meminta orang yang dilindungi untuk menjalani pemeriksaan perubatanpada bila-bila masa oleh pemeriksa yang berkelayakan dari segi undang-undang dan yang kamilantik, atas perbelanjaan kami, untuk menyokong tuntutan.

29. Akta Pematuhan Cukai Akaun Asing Amerika Syarikat (FATCA)

29.1 Tidak berkenaan

Dokumen Kontrak - Sun eMediCare Income-iB14.01

Muka surat 14 dari 24

Page 15: SUN LIFE MALAYSIA TAKAFUL BERHAD DOKUMEN KONTRAK … · berkaitan dengan maklumat penting telah dibuat, hanya remedi di bawah Jadual 9 dalam Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013

SAMPLE

LAMPIRAN EMI003

Pengecualian-pengecualian dan had am

1. Penguatkuasaan pengecualian-pengecualian

1.1 Pengecualian-pengecualian berkenaan orang yang dilindungi ini hanya dikuatkuasakansekiranya peruntukan manfaat membuat rujukan kepada lampiran ini.

2. Pengecualian-pengecualian kemasukan hospital

2.1 Tiada manfaat akan dibayar jika kemasukan hospital orang yang dilindungi adalah disebabkansecara langsung atau tidak langsung, akibat oleh mana-mana yang berikut:

(a) Membunuh diri, percubaan membunuh diri atau mencederakan/membahayakan diri sendiritanpa mengambil kira keadaan mental orang yang dilindungi, pendedahan kepada risikoatau bahaya secara keterlaluan akibat kecuaian atau secara sengaja;

(b) Berada di bawah pengaruh dadah, sebarang narkotik atau disebabkan oleh minumankeras dan/atau bahan yang memabukkan;

(c) Perbuatan jenayah, terlibat dalam perlanggaran undang-undang (kecuali sebagai pihakyang tidak bersalah) atau menjadi ahli organisasi haram;

(d) Peperangan, serangan, tindakan permusuhan asing, pertempuran atau operasi semacampeperangan (sama ada diisytiharkan atau tidak), mogok, rusuhan, perang persaudaraan,pemberontakan, revolusi, penderhakaan, kekacauan awam yang mengandaikanpembahagian atau membawa kepada kebangkitan, ketenteraan atau rampasan kuasa;

(e) Penyertaan dalam sebarang sukan atau hobi atau aktiviti yang berbahaya, termasuk tetapitidak terhad kepada aktiviti udara, terjunan bungee, memanjat batu atau mendaki gunung,aktiviti di dalam air, atau sebarang bentuk perlumbaan kecuali perlumbaan kaki;

(f) Semasa terlibat dalam aktiviti sukan professional dalam apa jua bentuk;

(g) Pendedahan dari sebarang bahan radiasi dari sebarang sumber;

(h) Penyakit akibat Sindrom Kurang Daya Tahan Penyakit (AIDS), komplikasi yang berkaitandengan AIDS, atau dijangkiti Virus Kurang Daya Tahan Penyakit Manusia (HIV);

(i) Kelahiran anak, kehamilan dan komplikasi yang berkaitan dengannya;

(j) Sebarang rawatan atau pembedahan bagi keabnormalan atau kecacatan kongenitaltermasuk penyakit keturunan;

(k) Sebarang keadaan sedia ada;

(l) Sebarang keadaan perubatan atau fizikal yang wujud dalam tempoh menunggu, kecualikemasukan hospital akibat kemalangan;

(m) Penyakit-penyakit tertentu berlaku dalam tempoh 120 hari yang pertama dari tarikh kontrakberkuatkuasa atau tarikh pengembalian semula terakhir, yang mana terkemudian;

Dokumen Kontrak - Sun eMediCare Income-iB14.01

Muka surat 15 dari 24

Page 16: SUN LIFE MALAYSIA TAKAFUL BERHAD DOKUMEN KONTRAK … · berkaitan dengan maklumat penting telah dibuat, hanya remedi di bawah Jadual 9 dalam Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013

SAMPLE

(n) Keadaan pergigian termasuk rawatan pergigian atau pembedahan oral kecuali disebabkanoleh kecederaan akibat kemalangan pada gigi asli yang berlaku sepenuhnya dalam tahunkontrak;

(o) Kemasukan hospital terutamanya untuk tujuan penyiasatan, diagnosis, pemeriksaansinar-X, pemeriksaan fizikal atau perubatan am, tidak berkaitan dengan rawatan ataudiagnosis Hilang Upaya yang dilindungi atau sebarang rawatan yang tidak diperlukan darisegi perubatan dan apa-apa rawatan pencegahan, ubat atau pemeriksaan pencegahanyang dijalankan oleh Pakar Perubatan dan rawatan khusus untuk mengurangkan ataumenaikkan berat badan;

(p) Penyiasatan dan rawatan bagi masalah tidur dan berdengkur, terapi penggantian hormondan terapi alternatif seperti rawatan, perkhidmatan atau bekalan perubatan, termasuktetapi tidak terhad kepada perkhidmatan kiropraktik, akupunktur, akupresur, refleksologi,pembetulan tulang, rawatan herba, terapi urutan atau aroma atau rawatan alternatif yanglain;

(q) Pembedahan plastik/kosmetik, penyunatan, pemeriksaan mata, cermin mata danpembiasan atau pembedahan pembetulan rabun dekat (Keratomi Radial atau Lasik) danpenggunaan atau pemerolehan peralatan prostetik luaran atau peralatan seperti tangandan kaki palsu, alat bantuan pendengaran, alat perentak jantung yang diimplan danpreskripsinya;

(r) Penjagaan persendirian, pemulihan secara rehat atau penjagaan kebersihan, pensterilan,penyakit kelamin dan komplikasinya, dan sebarang penyakit berjangkit yang memerlukankuarantin oleh undang-undang;

(s) Psikotik, gangguan mental atau saraf (termasuk sebarang neurosis danmanifestasipsikologikal atau psikomatik);

(t) Kemasukan hospital untuk prosedur pertukaran jantina;

(u) Kemasukan hospital untuk pendermaan sebarang organ oleh orang yang dilindungi; atau

(v) Penerbangan persendirian selain daripada sebagai penumpang yang membayar tambangbagi sebarang penerbangan komersil berjadual yang dilesenkan untuk membawapenumpang mengikut laluan yang ditetapkan.

3. Pengecualian-pengecualian penyakit berjangkit tertentu

3.1 Tiada manfaat akan dikenakan atau dibayar jika kemasukan hospital orang yang dilindungidisebabkan secara langsung atau tidak langsung, sepenuhnya atau sebahagiannya, olehmana-mana yang berikut :

(a) Kejadian yang dilindungi berlaku dalam tempoh 30 hari dari tarikh kontrak berkuatkuasaatau tarikh pengembalian semula terakhir, yang mana terkemudian;

(b) Sebab-sebab lain selain daripada Demam Denggi, Demam Chikungunya, Malaria,Ensefalitis Jepun, Avian Influenza, atau Jangkitan Virus Zika; atau

(c) Sebarang keadaan sedia ada.

Dokumen Kontrak - Sun eMediCare Income-iB14.01

Muka surat 16 dari 24

Page 17: SUN LIFE MALAYSIA TAKAFUL BERHAD DOKUMEN KONTRAK … · berkaitan dengan maklumat penting telah dibuat, hanya remedi di bawah Jadual 9 dalam Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013

SAMPLE

LAMPIRAN EMI004

Peruntukan manfaat - Manfaat pendapatan hospital harian

1. Manfaat pendapatan hospital harian

1.1 Tertakluk kepada peruntukan am, sewaktu kontrak ini berkuatkuasa, sekiranya kami menerimabukti yang memuaskan bahawa kemasukan hospital orang yang dilindungi (seperti ditakrifkan)disebabkan secara langsung oleh penyakit atau kemalangan dan apabila tuntutan tersebutdiluluskan, kami akan membayar amaun tersebut sehingga tempoh maksimum seperti yangtertera di jadual kontrak daripada dana tabarru' peserta.

1.2 Kami akan menolak sebarang amaun yang pemegang kontrak terhutang kepada kami.

1.3 Manfaat ini akan dibayar tertakluk kepada:

(a) tempoh kemasukan hospital minimum adalah 6 jam; dan

(b) kemasukan hospital adalah diperlukan dari segi perubatan.

1.4 Manfaat pendapatan hospital harian akan dibayar sehingga maksimum 180 hari kemasukanhospital setiap tahun kontrak, tolak sebarang keterhutangan dan manfaat-manfaat yang akandibayar adalah tertakluk kepada had gabungan 180 hari kemasukan hospital setiap tahunkontrak.

1.5 Kemasukan hospital sehari adalah berdasarkan caj seharian yang diguna pakai oleh hospitalyang berkenaan. Jika orang yang dilindungi dimasukkan ke dua atau lebih hospital dalam satuhari kalendar, kami, apabila diluluskan akan membayar hanya satu manfaat pendapatanhospital harian untuk setiap hari kalendar kemasukan hospital.

1.6 Tiada manfaat pendapatan hospital harian yang lain akan dibayar untuk kemasukan hospitalyang sama di mana manfaat pendapatan hospital harian telah dibayar di bawah lampiranEMI005, EMI006 atau EMI007. Sekiranya dua atau lebih tuntutan dibuat di bawah kontrak ini,kami hanya akan membayar satu tuntutan, yang mana lebih tinggi.

1.7 Manfaat ini adalah tidak kumulatif dan akan dikuatkuasakan semula pada setiap tarikh ulangtahun kontrak, tertakluk kepada terma-terma dan syarat-syarat kontrak ini.

2. Pengecualian-pengecualian

2.1 Pengecualian-pengecualian yang dikuatkuasakan di bawah manfaat ini akan merujuk kepadalampiran EMI003.

3. Prosedur tuntutan

3.1 Pemegang kontrak atau wakil yang sahnya perlu menghantar notis bertulis kepada kami dalamtempoh 30 hari dari tarikh kemasukan hospital tersebut untuk membuat tuntutan manfaatpendapatan hospital harian.

3.2 Kami juga akan memerlukan semua dokumen dan maklumat yang berkenaan untuk menilaituntutan secepat mungkin.

Dokumen Kontrak - Sun eMediCare Income-iB14.01

Muka surat 17 dari 24

Page 18: SUN LIFE MALAYSIA TAKAFUL BERHAD DOKUMEN KONTRAK … · berkaitan dengan maklumat penting telah dibuat, hanya remedi di bawah Jadual 9 dalam Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013

SAMPLE

3.3 Sebagai bukti tuntutan yang diberikan, kami mungkin meminta orang yang dilindungi untukmenjalani pemeriksaan perubatan oleh pemeriksa yang kami lantik. Kami akan memberitahuorang yang dilindungi jika ia diperlukan dan kami akan menanggung kos pemeriksaanperubatan tersebut.

3.4 Kami hanya akan menilai tuntutan tersebut selepas kami menerima semua dokumen, maklumatdan bukti yang kami perlukan.

4. Penamatan perlindungan

4.1 Manfaat ini akan tamat apabila berlaku mana-mana kejadian berikut, yang mana terawal:

(a) Apabila orang yang dilindungi meninggal dunia;

(b) Apabila kontrak ini dibatalkan;

(c) Apabila kontrak ini diserahkan;

(d) Apabila kontrak ini luput;

(e) Pada tarikh tamat yang tertera di dalam jadual kontrak; atau

(f) Pada ulang tahun kontrak sejurus selepas hari lahir orang yang dilindungi yang ke-70.

Dokumen Kontrak - Sun eMediCare Income-iB14.01

Muka surat 18 dari 24

Page 19: SUN LIFE MALAYSIA TAKAFUL BERHAD DOKUMEN KONTRAK … · berkaitan dengan maklumat penting telah dibuat, hanya remedi di bawah Jadual 9 dalam Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013

SAMPLE

LAMPIRAN EMI005

Peruntukan manfaat - Manfaat pendapatan hospital harian akibat penyakit berjangkit tertentu

1. Manfaat pendapatan hospital harian akibat penyakit berjangkit tertentu

1.1 Tertakluk kepada peruntukan am, sewaktu kontrak ini berkuatkuasa, sekiranya kami menerimabukti yang memuaskan bahawa kemasukan hospital orang yang dilindungi (seperti ditakrifkan)disebabkan secara langsung oleh penyakit berjangkit tertentu dan apabila tuntutan tersebutdiluluskan, kami akan membayar amaun tersebut sehingga tempoh maksimum seperti yangtertera di jadual kontrak daripada dana tabarru' peserta.

1.2 Kami akan menolak sebarang amaun yang pemegang kontrak terhutang kepada kami.

1.3 Manfaat ini akan dibayar tertakluk kepada:

(a) tempoh kemasukan hospital minimum adalah 6 jam; dan

(b) kemasukan hospital adalah diperlukan dari segi perubatan.

1.4 Manfaat pendapatan hospital harian akibat penyakit berjangkit tertentu akan dibayar sehingga60 hari kemasukan hospital setiap tahun kontrak, tolak sebarang keterhutangan danmanfaat-manfaat yang akan dibayar adalah tertakluk kepada had gabungan 180 harikemasukan hospital setiap tahun kontrak.

1.5 Kemasukan hospital sehari adalah berdasarkan caj seharian yang diguna pakai oleh hospitalyang berkenaan. Jika orang yang dilindungi dimasukkan ke dua atau lebih hospital dalam satuhari kalendar, kami, apabila diluluskan akan membayar hanya satu manfaat pendapatanhospital harian untuk setiap hari kalendar kemasukan hospital.

1.6 Tiada manfaat pendapatan hospital harian yang lain akan dibayar untuk kemasukan hospitalyang sama di mana manfaat pendapatan hospital harian telah dibayar di bawah lampiranEMI004, EMI006 atau EMI007. Sekiranya dua atau lebih tuntutan dibuat di bawah kontrak ini,kami hanya akan membayar satu tuntutan, yang mana lebih tinggi.

1.7 Manfaat ini adalah tidak kumulatif dan akan dikuatkuasakan semula pada setiap tarikh ulangtahun kontrak, tertakluk kepada terma-terma dan syarat-syarat kontrak ini.

2. Pengecualian-pengecualian

2.1 Pengecualian-pengecualian yang dikuatkuasakan di bawah manfaat ini akan merujuk kepadalampiran EMI003.

3. Prosedur tuntutan

3.1 Pemegang kontrak atau wakil yang sahnya perlu menghantar notis bertulis kepada kami dalamtempoh 30 hari dari tarikh kemasukan hospital tersebut untuk membuat tuntutan manfaatpendapatan hospital harian akibat penyakit berjangkit tertentu.

3.2 Kami juga akan memerlukan semua dokumen dan maklumat yang berkenaan untuk menilaituntutan secepat mungkin.

Dokumen Kontrak - Sun eMediCare Income-iB14.01

Muka surat 19 dari 24

Page 20: SUN LIFE MALAYSIA TAKAFUL BERHAD DOKUMEN KONTRAK … · berkaitan dengan maklumat penting telah dibuat, hanya remedi di bawah Jadual 9 dalam Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013

SAMPLE

3.3 Sebagai bukti tuntutan yang diberikan, kami mungkin meminta orang yang dilindungi untukmenjalani pemeriksaan perubatan oleh pemeriksa yang kami lantik. Kami akan memberitahuorang yang dilindungi jika ia diperlukan dan kami akan menanggung kos pemeriksaanperubatan tersebut.

3.4 Kami hanya akan menilai tuntutan tersebut selepas kami menerima semua dokumen, maklumatdan bukti yang kami perlukan.

4. Penamatan perlindungan

4.1 Manfaat ini akan tamat apabila berlaku mana-mana kejadian berikut, yang mana terawal:

(a) Apabila orang yang dilindungi meninggal dunia;

(b) Apabila kontrak ini dibatalkan;

(c) Apabila kontrak ini diserahkan;

(d) Apabila kontrak ini luput;

(e) Pada tarikh tamat yang tertera di dalam jadual kontrak; atau

(f) Pada ulang tahun kontrak sejurus selepas hari lahir orang yang dilindungi yang ke-70.

Dokumen Kontrak - Sun eMediCare Income-iB14.01

Muka surat 20 dari 24

Page 21: SUN LIFE MALAYSIA TAKAFUL BERHAD DOKUMEN KONTRAK … · berkaitan dengan maklumat penting telah dibuat, hanya remedi di bawah Jadual 9 dalam Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013

SAMPLE

LAMPIRAN EMI006

Peruntukan manfaat - Manfaat pendapatan hospital harian di luar negara

1. Manfaat pendapatan hospital harian di luar negara

1.1 Tertakluk kepada peruntukan am, sewaktu kontrak ini berkuatkuasa, sekiranya kami menerimabukti yang memuaskan bahawa kemasukan hospital orang yang dilindungi (seperti ditakrifkan)disebabkan secara langsung oleh penyakit atau kemalangan yang berlaku di luar Malaysia danapabila tuntutan tersebut diluluskan, kami akan membayar amaun tersebut sehingga tempohmaksimum seperti yang tertera di jadual kontrak daripada dana tabarru' peserta.

1.2 Kami akan menolak sebarang amaun yang pemegang kontrak terhutang kepada kami.

1.3 Manfaat ini akan dibayar tertakluk kepada:

(a) tempoh kemasukan hospital minimum adalah 6 jam; dan

(b) kemasukan hospital adalah diperlukan dari segi perubatan.

1.4 Manfaat pendapatan hospital harian di luar negara akan dibayar sehingga maksimum 90 harikemasukan hospital setiap tahun kontrak, tolak sebarang keterhutangan dan manfaat-manfaatyang akan dibayar adalah tertakluk kepada had gabungan 180 hari kemasukan hospital setiaptahun kontrak.

1.5 Kemasukan hospital sehari adalah berdasarkan caj seharian yang diguna pakai oleh hospitalyang berkenaan. Jika orang yang dilindungi dimasukkan ke dua atau lebih hospital dalam satuhari kalendar, kami, apabila diluluskan akan membayar hanya satu manfaat pendapatanhospital harian untuk setiap hari kalendar kemasukan hospital.

1.6 Tiada manfaat pendapatan hospital harian yang lain akan dibayar untuk kemasukan hospitalyang sama di mana manfaat pendapatan hospital harian telah dibayar di bawah lampiranEMI004, EMI005 atau EMI007. Sekiranya dua atau lebih tuntutan dibuat di bawah kontrak ini,kami hanya akan membayar satu tuntutan, yang mana lebih tinggi.

1.7 Manfaat ini adalah tidak kumulatif dan akan dikuatkuasakan semula pada setiap tarikh ulangtahun kontrak, tertakluk kepada terma-terma dan syarat-syarat kontrak ini.

2. Pengecualian-pengecualian

2.1 Pengecualian-pengecualian yang dikuatkuasakan di bawah manfaat ini akan merujuk kepadalampiran EMI003.

3. Prosedur tuntutan

3.1 Pemegang kontrak atau wakil yang sahnya perlu menghantar notis bertulis kepada kami dalamtempoh 30 hari dari tarikh kemasukan hospital tersebut untuk membuat tuntutan manfaatpendapatan hospital harian di luar negara.

3.2 Kami juga akan memerlukan semua dokumen dan maklumat yang berkenaan untuk menilaituntutan secepat mungkin.

Dokumen Kontrak - Sun eMediCare Income-iB14.01

Muka surat 21 dari 24

Page 22: SUN LIFE MALAYSIA TAKAFUL BERHAD DOKUMEN KONTRAK … · berkaitan dengan maklumat penting telah dibuat, hanya remedi di bawah Jadual 9 dalam Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013

SAMPLE

3.3 Sebagai bukti tuntutan yang diberikan, kami mungkin meminta orang yang dilindungi untukmenjalani pemeriksaan perubatan oleh pemeriksa yang kami lantik. Kami akan memberitahuorang yang dilindungi jika ia diperlukan dan kami akan menanggung kos pemeriksaanperubatan tersebut.

3.4 Kami hanya akan menilai tuntutan tersebut selepas kami menerima semua dokumen, maklumatdan bukti yang kami perlukan.

4. Penamatan perlindungan

4.1 Manfaat ini akan tamat apabila berlaku mana-mana kejadian berikut, yang mana terawal:

(a) Apabila orang yang dilindungi meninggal dunia;

(b) Apabila kontrak ini dibatalkan;

(c) Apabila kontrak ini diserahkan;

(d) Apabila kontrak ini luput;

(e) Pada tarikh tamat yang tertera di dalam jadual kontrak; atau

(f) Pada ulang tahun kontrak sejurus selepas hari lahir orang yang dilindungi yang ke-70.

Dokumen Kontrak - Sun eMediCare Income-iB14.01

Muka surat 22 dari 24

Page 23: SUN LIFE MALAYSIA TAKAFUL BERHAD DOKUMEN KONTRAK … · berkaitan dengan maklumat penting telah dibuat, hanya remedi di bawah Jadual 9 dalam Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013

SAMPLE

LAMPIRAN EMI007

Peruntukan manfaat - Manfaat pendapatan hospital harian unit rawatan rapi

1. Manfaat pendapatan hospital harian unit rawatan rapi

1.1 Tertakluk kepada peruntukan am, sewaktu kontrak ini berkuatkuasa, sekiranya kami menerimabukti yang memuaskan bahawa orang yang dilindungi dimasukkan ke dalam unit rawatan rapihospital (seperti ditakrifkan) di dalam atau luar Malaysia dan apabila tuntutan tersebutdiluluskan, kami akan membayar amaun tersebut sehingga tempoh maksimum seperti yangtertera di jadual kontrak daripada dana tabarru' peserta.

1.2 Kami akan menolak sebarang amaun yang pemegang kontrak terhutang kepada kami.

1.3 Manfaat ini akan dibayar tertakluk kepada:

(a) tempoh kemasukan hospital minimum adalah 6 jam; dan

(b) kemasukan hospital adalah diperlukan dari segi perubatan.

1.4 Manfaat pendapatan hospital harian unit rawatan rapi akan dibayar sehingga maksimum 30 harikemasukan hospital setiap tahun kontrak, tolak sebarang keterhutangan dan manfaat-manfaatyang akan dibayar adalah tertakluk kepada had gabungan 180 hari kemasukan hospital setiaptahun kontrak.

1.5 Kemasukan hospital sehari adalah berdasarkan caj seharian yang diguna pakai oleh hospitalyang berkenaan. Jika orang yang dilindungi dimasukkan ke dua atau lebih hospital dalam satuhari kalendar, kami, apabila diluluskan akan membayar hanya satu manfaat pendapatanhospital harian untuk setiap hari kalendar kemasukan hospital.

1.6 Tiada manfaat pendapatan hospital harian yang lain akan dibayar untuk kemasukan hospitalyang sama di mana manfaat pendapatan hospital harian telah dibayar di bawah lampiranEMI004, EMI005 atau EMI006. Sekiranya dua atau lebih tuntutan dibuat di bawah kontrak ini,kami hanya akan membayar satu tuntutan, yang mana lebih tinggi.

1.7 Manfaat ini adalah tidak kumulatif dan akan dikuatkuasakan semula pada setiap tarikh ulangtahun kontrak, tertakluk kepada terma-terma dan syarat-syarat kontrak ini.

2. Pengecualian-pengecualian

2.1 Pengecualian-pengecualian yang dikuatkuasakan di bawah manfaat ini akan merujuk kepadalampiran EMI003.

3. Prosedur tuntutan

3.1 Pemegang kontrak atau wakil yang sahnya perlu menghantar notis bertulis kepada kami dalamtempoh 30 hari dari tarikh kemasukan hospital tersebut untuk membuat tuntutan manfaatpendapatan hospital harian unit rawatan rapi.

3.2 Kami juga akan memerlukan semua dokumen dan maklumat yang berkenaan untuk menilaituntutan secepat mungkin.

Dokumen Kontrak - Sun eMediCare Income-iB14.01

Muka surat 23 dari 24

Page 24: SUN LIFE MALAYSIA TAKAFUL BERHAD DOKUMEN KONTRAK … · berkaitan dengan maklumat penting telah dibuat, hanya remedi di bawah Jadual 9 dalam Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013

SAMPLE

3.3 Sebagai bukti tuntutan yang diberikan, kami mungkin meminta orang yang dilindungi untukmenjalani pemeriksaan perubatan oleh pemeriksa yang kami lantik. Kami akan memberitahuorang yang dilindungi jika ia diperlukan dan kami akan menanggung kos pemeriksaanperubatan tersebut.

3.4 Kami hanya akan menilai tuntutan tersebut selepas kami menerima semua dokumen, maklumatdan bukti yang kami perlukan.

4. Penamatan perlindungan

4.1 Manfaat ini akan tamat apabila berlaku mana-mana kejadian berikut, yang mana terawal:

(a) Apabila orang yang dilindungi meninggal dunia;

(b) Apabila kontrak ini dibatalkan;

(c) Apabila kontrak ini diserahkan;

(d) Apabila kontrak ini luput;

(e) Pada tarikh tamat yang tertera di dalam jadual kontrak; atau

(f) Pada ulang tahun kontrak sejurus selepas hari lahir orang yang dilindungi yang ke-70.

Dokumen Kontrak - Sun eMediCare Income-iB14.01

Muka surat 24 dari 24