sun life malaysia assurance berhad dokumen polisi … · selepas ia telah dikeluarkan, anda boleh...

15
SAMPLE SUN LIFE MALAYSIA ASSURANCE BERHAD DOKUMEN POLISI Sun eSsential Life A joint venture between Sun Life Assurance Company of Canada and Renggis Ventures Sdn Bhd

Upload: others

Post on 05-Sep-2019

3 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

SAMPLESUN LIFE MALAYSIA ASSURANCE BERHAD

DOKUMEN POLISI

Sun eSsential Life

A joint venture between Sun Life Assurance Company of Canada and Renggis Ventures Sdn Bhd

SAMPLE

LAMPIRAN TIM001

Peruntukan am

1. Takrifan

1.1 Di dalam polisi ini, perkataan dan frasa berikut membawa maksud yang diberikan disebelahnya:

(a) Tarikh manfaat tamat bermaksud tarikh perlindungan insurans untuk manfaat di bawahpolisi ini tamat seperti yang tertera di dalam jadual polisi.

(b) Tarikh manfaat bermula bermaksud tarikh perlindungan insurans untuk manfaat di bawahpolisi ini bermula seperti yang tertera di dalam jadual polisi.

(c) Tarikh berkuatkuasa bermaksud tarikh berkuatkuasa seperti yang tertera di dalam jadualpolisi.

(d) Tarikh tamat bermaksud tarikh polisi ini tamat seperti yang tertera di dalam jadual polisiatau di dalam sebarang pengendorsan pada masa hadapan yang menukar tarikh tamat.

(e) Pengendorsan bermaksud bukti bertulis mengenai sebarang pindaan, perubahan ataupenukaran yang dibuat ke atas polisi dan jadual polisi.

(f) Tarikh dikeluarkan bermaksud tarikh dikeluarkan seperti yang tertera di dalam jadualpolisi dan merupakan tarikh di mana perlindungan insurans untuk polisi ini bermula.

(g) Orang yang diinsuranskan bermaksud orang yang hayatnya sedang diinsuranskansebagaimana dinamakan dalam jadual polisi.

(h) Penama bermaksud satu atau lebih orang yang telah anda pilih di bawah klausa 20 dandinamakan di dalam borang penamaan atau di dalam sebarang pengendorsan pada masahadapan sebagai penama.

(i) Ulangtahun polisi bermaksud ulangtahun yang pertama dan yang berikutnya bagi polisiini bermula dari tarikh berkuatkuasa polisi.

(j) Ulangtahun bulanan polisi bermaksud tarikh pada mana-mana bulan berikutnya yangmempunyai hari yang sepadan dengan hari dalam tarikh berkuatkuasa; sekiranya tiadatarikh dalam mana-mana bulan kalendar berikutnya yang mempunyai hari yang sepadandengan hari dalam tarikh berkuatkuasa, hari terakhir bulan tersebut akan dijadikan sebagaiulangtahun bulanan polisi.

(k) Pemilik polisi bermaksud orang yang memiliki polisi ini dan yang boleh menggunakansemua hak, keistimewaan dan pilihan yang disediakan di bawah polisi ini sebagaimanadinamakan di dalam jadual polisi.

(l) Jadual polisi bermaksud jadual yang mengandungi butiran pemilik polisi, orang yangdiinsuranskan, manfaat-manfaat, premium dan tempoh polisi, seperti yang dilampirkanbersama dokumen polisi.

(m) Premium bermaksud amaun premium yang tertera di dalam jadual polisi. Premium perludibayar pada tarikh yang tertera di dalam jadual polisi atau di dalam sebarangpengendorsan pada masa hadapan.

Dokumen Polisi - Sun eSsential LifeM76.01

Muka surat 2 dari 15

SAMPLE

(n) Keadaan sedia ada bermaksud sebarang kecederaan, penyakit, keadaan atau simptomyang wujud 12 bulan sebelum tarikh polisi dikeluarkan atau tarikh pengembalian semulaterakhir, yang mana terkemudian, yang mana:

(i) rawatan, perubatan, nasihat atau diagnosis telah pun dicadangkan atau diterima;

(ii) seseorang yang biasa dan waras yang mengalami kecederaan, penyakit, keadaanatau simptom seharusnya telah mendapatkan nasihat ataupun rawatan yangsepatutnya untuk kesihatannya; atau

(iii) kewujudannya telah diketahui oleh anda dan/atau orang yang diinsuranskan, tanpamengira sama ada rawatan, perubatan, nasihat atau diagnosis telah pun dicadangkanatau diterima.

(o) Penyakit berjangkit tertentu termasuk:

(i) Selsema Avian bermaksud penyakit berjangkit teruk yang disebabkan oleh virusInfluenza A (jenis H5N1 atau H7N9) dan disebarkan kepada manusia melaluisentuhan secara langsung atau rapat dengan unggas yang dijangkiti;

(ii) Demam Chikungunya bermaksud penyakit berjangkit teruk yang disebabkan olehvirus Chikungunya dan disebarkan kepada manusia melalui nyamuk Aedes;

(iii) Demam Denggi bermaksud penyakit berjangkit teruk yang disebabkan oleh virusDenggi dan disebarkan kepada manusia melalui nyamuk Aedes;

(iv) Ensefalitis Jepun bermaksud penyakit berjangkit teruk yang disebabkan oleh virusensefalitis Jepun dan disebarkan kepada manusia melalui nyamuk Culex;

(v) Malaria bermaksud penyakit berjangkit teruk yang disebabkan oleh protozoa parasitPlasmodium dan disebarkan kepada manusia melalui nyamuk Anopheles; dan

(vi) Zika atau Jangkitan Virus Zika bermaksud penyakit berjangkit teruk yangdisebabkan oleh virus Zika dan disebarkan kepada manusia melalui nyamuk Aedes.

(vii) Sebarang tuntutan akibat penyakit berjangkit mesti disahkan oleh seorang doktorperubatan berdaftar dan disokong oleh ujian diagnostik (atau ujian setara) yangberikut sebagai bukti muktamad jangkitan:

Avian Influenza - PCR Avian Influenza khusus untuk Avian Influenza jenis H5N1atau H7N9Demam Chikungunya - Ujian Antibodi IgM Chikungunya / PCR ChikungunyaDemam Denggi - Ujian Antibodi IgM Denggi / PCR DenggiEnsefalitis Jepun - Ujian Antibodi IgM Ensefalitis JepunMalaria - Ujian parasit MalariaJangkitan Virus Zika - Ujian PCR virus Zika

(p) Jumlah yang diinsuranskan bermaksud amaun perlindungan untuk manfaat di bawahpolisi ini seperti yang tertera di dalam jadual polisi atau di dalam sebarang pengendorsanpada masa hadapan yang menukar jumlah yang diinsuranskan tersebut.

Dokumen Polisi - Sun eSsential LifeM76.01

Muka surat 3 dari 15

SAMPLE

(q) Hilang upaya menyeluruh dan kekal (TPD) bermaksud yang berikut:

Jika orang yang diinsuranskan bekerja atau mengendalikan perniagaan sendiriJika orang yang diinsuranskan berumur antara 18 dan 65 tahun, dan bekerja untukmendapat gaji atau mengendalikan perniagaan sendiri, mereka akan dianggap sebagaihilang upaya menyeluruh dan kekal jika mereka tidak mampu secara menyeluruh dankekal untuk melakukan sebarang tugas, pekerjaan atau profesion untuk mendapatkansebarang gaji, pampasan atau keuntungan. Hilang upaya ini mestilah berlanjutan selamasekurang-kurangnya 6 bulan berturut-turut.

Jika orang yang diinsuranskan tidak bekerja atau tidak mengendalikan perniagaan sendiriJika orang yang diinsuranskan berumur antara 18 dan 65 tahun, dan tidak bekerja untukmendapat gaji atau tidak mengendalikan perniagaan sendiri atau merupakan seorang surirumah sewaktu mengalami hilang upaya, kami menganggap TPD sebagaiketidakmampuan untuk menjalani sekurang-kurangnya 3 daripada 6 aktiviti kehidupanharian (seperti yang dinyatakan di bawah) tanpa bantuan orang lain. Hilang upaya inimestilah berlanjutan selama sekurang-kurangnya 6 bulan berturut-turut.

(i) Pemindahan - Duduk dan bangun dari kerusi tanpa memerlukan bantuan fizikal

(ii) Pergerakan - Keupayaan untuk bergerak dari satu bilik ke bilik yang lain tanpamemerlukan bantuan fizikal

(iii) Perihal mengawal - Keupayaan untuk mengawal fungsi usus dan pundi kencingsecara sendirinya seperti menjaga kebersihan diri;

(iv) Pemakaian - Memakai dan menanggalkan kesemua pakaian yang perlu tanpamemerlukan bantuan orang lain;

(v) Mandi/Membersihkan diri - Keupayaan untuk membersih diri di tempat mandi tab ataumandi pancuran (termasuk memasuki atau keluar dari tempat mandi tab atau mandipancuran) atau membersihkan diri dengan cara yang lain; atau

(vi) Makan - Kesemua tugas memasukkan makanan ke dalam badan apabila makanantelah disediakan.

TPD merangkumi keadaan seperti berikut:

(i) Kehilangan penglihatan menyeluruh dan kekal pada kedua-dua belah mata;

(ii) Kehilangan 2 anggota pada atau di atas pergelangan tangan atau buku lali;

(iii) Kehilangan penglihatan menyeluruh dan kekal pada 1 belah mata dan kehilangan 1anggota pada atau di atas pergelangan tangan atau buku lali; atau

(iv) Lumpuh secara menyeluruh dan kekal.

2 daripada pemeriksa perubatan kami mestilah berpuas hati bahawa hilang upaya orangyang diinsuranskan telah memenuhi takrifan TPD.

(r) Kami bermaksud Sun Life Malaysia Assurance Berhad.

(s) Anda bermaksud pemilik polisi seperti yang tertera di dalam jadual polisi.

Dokumen Polisi - Sun eSsential LifeM76.01

Muka surat 4 dari 15

SAMPLE

2. Interpretasi

2.1 Di dalam polisi ini, kecuali konteks memerlukan sebaliknya:

(a) tajuk di dalam polisi ini dimasukkan untuk kemudahan sahaja dan tidak memberi kesan keatas pembentukannya.

(b) perkataan tunggal hendaklah merangkumi perkataan majmuk dan sebaliknya.

(c) perkataan yang merujuk kepada jantina hendaklah merangkumi semua jantina.

2.2 Jika terdapat mana-mana peruntukan di dalam polisi ini tidak sah atau tidak bolehdikuatkuasakan di bawah undang-undang Malaysia, ia tidak akan menjejaskan kesahan,kesahihan atau kebolehkuatkuasaan peruntukan lain.

3. Polisi

3.1 Polisi ini dikeluarkan setelah mempertimbangkan pembayaran premium seperti yang tertera didalam jadual polisi dan adalah bergantung kepada:

(a) jawapan yang diberikan oleh anda dan/atau orang yang diinsuranskan dalam permohonanatau sebarang soal selidik berikutnya yang kami berikan atas apa-apa perkara berkaitanpermohonan dan sebarang pendedahan yang dibuat oleh anda dan/atau orang yangdiinsuranskan di antara waktu permohonan dan waktu polisi ini dibuat; dan

(b) laporan perubatan dan apa-apa laporan dan soal selidik yang lain;

(secara kolektif dirujuk sebagai 'maklumat penting')

dan maklumat penting tersebut akan menjadi sebahagian daripada polisi antara kami dan andadan/atau orang yang diinsuranskan. Walau bagaimanapun, sekiranya terdapat apa-apa salahnyataan prapolisi yang berkaitan dengan maklumat penting telah dibuat, hanya remedi dibawah Jadual 9 dalam Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 akan dikenakan.

3.2 Jika kami memerlukan anda dan/atau orang yang diinsuranskan, sebelum polisi insuransberubah, untuk menjawab sebarang soalan atau jika anda dan/atau orang yang diinsuranskandikehendaki untuk mengesahkan atau meminda apa-apa perkara berkaitan polisi yang sebelumini anda dan/atau orang yang diinsuranskan dedahkan kepada kami, ia adalah tanggungjawabanda dan/atau orang yang diinsuranskan untuk mengambil penjagaan munasabah supaya tidakmembuat salah nyataan semasa menjawab soalan-soalan atau mengesahkan atau memindaapa-apa perkara yang didedahkan sebelum ini.

3.3 Anda dan/atau orang yang diinsuranskan mesti memaklumkan kami sebarang perubahanberkaitan dengan maklumat yang telah diberikan kepada kami dalam jawapan anda dan/atauorang yang diinsuranskan atau sebarang perkara yang sebelum ini didedahkan kepada kamiberhubung dengan polisi ini jika perubahan tersebut telah berlaku selepas anda dan/atau orangyang diinsuranskan mengemukakan permohonan bagi perubahan tetapi sebelum polisi diubah.

4. Tempoh semakan percuma

4.1 Sekiranya anda membuat keputusan untuk tidak mengambil polisi ini atas apa jua sebabselepas ia telah dikeluarkan, anda boleh mengembalikannya kepada kami untuk pembatalandengan memberikan notis bertulis kepada kami dalam tempoh 15 hari dari tarikh penghantaranpolisi.

Dokumen Polisi - Sun eSsential LifeM76.01

Muka surat 5 dari 15

SAMPLE

4.2 Kami akan membayar balik premium yang dibayar.

5. Salah nyata umur dan/atau jantina

5.1 Polisi ini dikeluarkan untuk umur dan/atau jantina orang yang diinsuranskan seperti yang terteradi dalam jadual polisi, berdasarkan tarikh lahir dan/atau jantina yang diakui dalam permohonan.Kami memerlukan bukti umur dan/atau jantina orang yang diinsuranskan sebelum kamimembayar sebarang manfaat.

5.2 Jika umur dan/atau jantina orang yang diinsuranskan telah tersalah nyata dan adalah dalam hadpenerimaan kami, kami akan membuat penyelarasan seperti berikut:

(a) Jika premium berdasarkan umur dan/atau jantina orang yang diinsuranskan yang betuladalah lebih tinggi berbanding dengan premium yang dibayar, kami mungkin akanproratakan manfaat-manfaat yang akan dibayar berdasarkan pada nisbah premiumsebenar yang telah dibayar dengan premium betul yang perlu dibayar oleh orang yangdiinsuranskan berdasarkan tarikh lahir dan/atau jantina yang betul; atau

(b) Jika premium berdasarkan umur dan/atau jantina orang yang diinsuranskan yang betuladalah lebih rendah berbanding dengan premium yang dibayar, kami akan mengembalikanperbezaan kepada anda.

Sekiranya tersalah nyata umur telah menyebabkan orang yang diinsuranskan tidak layak untukperlindungan insurans, jumlah manfaat yang akan dibayar untuk polisi ini hanya adalah terhadkepada premium yang dibayar dari tarikh polisi dikeluarkan dan polisi ini akan ditamatkan.

6. Klausa perihal tidak boleh dipertikaikan

6.1 Jika polisi ini tidak lagi sah, atas sebab selain daripada penipuan, kami akan membayar balikpremium yang dibayar dari tarikh polisi berkuatkuasa.

6.2 Kami tidak boleh mempertikaikan polisi ini selepas ia telah berkuatkuasa selama 2 tahun daritarikh dikeluarkan, kecuali terdapat bukti penipuan atau apabila anda tidak membayar premium.Jika polisi ini telah ditamatkan akibat anda tidak membayar premium dan kami telahmengembalikannya semula di bawah klausa 17, maka ia akan tertakluk kepada klausa 17.

7. Kemampuan untuk melakukan perjalanan dan sebarang sekatan ke atas lokasi tempatkediaman anda dan/atau orang yang diinsuranskan

7.1 Polisi ini tidak menyekat anda dan/atau orang yang diinsuranskan daripada melakukansebarang perjalanan dan tidak dijejaskan oleh lokasi tempat tinggal anda dan/atau orang yangdiinsuranskan.

8. Perubahan kepada polisi

8.1 Kami berhak meminda terma-terma dan peruntukan-peruntukan polisi ini bertujuan untukmematuhi undang-undang dan peraturan-peraturan Malaysia. Kami akan memberi notis bertulisterlebih dahulu melalui pos biasa ke alamat terakhir anda yang diketahui dalam rekod kami ataukaedah komunikasi yang lain.

8.2 Permintaan anda untuk apa-apa perubahan atau pengendorsan kepada polisi ini tidak akan sahkecuali jika kami benarkan dan kelulusan tersebut hendaklah diendorskan di bawah polisi ini.

Dokumen Polisi - Sun eSsential LifeM76.01

Muka surat 6 dari 15

SAMPLE

9. Hak dan kegunaan amaun yang terhutang

9.1 Kami mempunyai keutamaan atas sebarang amaun terhutang di bawah polisi ini.

9.2 Kami boleh mengimbangi sebarang amaun yang kami terhutang kepada anda (sebagai contoh:manfaat) di bawah polisi ini dengan sebarang amaun yang anda terhutang kepada kami(sebagai contoh: premium) di bawah polisi ini.

10. Penyerahan polisi

10.1 Anda boleh, pada bila-bila masa semasa hayat orang yang diinsuranskan dan semasa polisi iniberkuatkuasa, menyerahkan polisi ini dengan memberi notis bertulis dan mengembalikan polisiini kepada kami. Semua manfaat dan hak di bawah polisi ini akan tamat pada ulangtahunpremium patut dibayar selepas menerima notis tersebut.

10.2 Disebabkan polisi ini tidak mempunyai nilai tunai, kami tidak akan membayar sebarang nilaitunai atau pro-rata premium semasa penyerahan polisi ini.

10.3 Klausa 4 akan dikuatkuasakan jika anda menyerahkan polisi anda dalam tempoh semakanpercuma.

11. Penamatan polisi

11.1 Polisi ini akan ditamatkan dalam mana-mana keadaan berikut yang terawal:

(a) Seperti yang dinyatakan dalam peruntukan-peruntukan manfaat;

(b) Pada tarikh tamat tertera di dalam jadual polisi;

(c) Apabila polisi ini luput;

(d) Apabila polisi ini diserahkan;

(e) Apabila polisi ini dibatalkan; atau

(f) Pada ulangtahun bulanan polisi sejurus selepas hari lahir bagi orang yang diinsuranskanyang ke-80.

12. Pembaharuan

12.1 Polisi akan diperbaharui setiap tahun tertakluk kepada bayaran premium dalam tempohtenggang dan terma-terma dan peruntukan-peruntukan polisi ini.

12.2 Tiada dokumen pembaharuan akan dikeluarkan semasa pembaharuan. Polisi dan jadual polisiini akan terus digunakan.

13. Undang-undang

13.1 Polisi ini dan tanggungjawab kami di bawah polisi ini adalah tertakluk kepada undang-undang,syarat-syarat dan peraturan-peraturan yang sedang berkuatkuasa di Malaysia. Undang-undang,syarat-syarat dan peraturan-peraturan akan meliputi tetapi tidak terhad kepada mana-manapekeliling, arahan atau garis panduan.

Dokumen Polisi - Sun eSsential LifeM76.01

Muka surat 7 dari 15

SAMPLE

13.2 Sekiranya terdapat perbezaan antara peruntukan-peruntukan polisi ini dengan mana-manaundang-undang, syarat-syarat atau peraturan-peraturan, undang-undang, syarat-syarat atauperaturan-peraturan tersebut akan dikuatkuasakan.

13.3 Polisi ini akan ditadbir mengikut undang-undang Malaysia. Sebarang pertikaian akan diuruskandi mahkamah Malaysia.

14. Cukai

14.1 Semua cukai, termasuk tetapi tidak terhad kepada sebarang cukai barangan dan perkhidmatan,dan/atau lain-lain bentuk cukai jualan atau kepenggunaan, sama ada yang berkuatkuasa padamasa ini atau dilaksanakan selepas tarikh polisi ini akan dikenakan mengikut undang-undangyang berkenaan pada kadar semasa. Jika perlu, kami akan meminda terma-terma polisi iniuntuk mengambil kira cukai-cukai sedemikian.

15. Membayar premium dan tempoh tenggang

15.1 Membayar premiumSemua premium perlu dibayar pada atau sebelum tarikh premium patut dibayar (seperti yangtertera di dalam jadual polisi atau sebarang pengendorsan pada masa hadapan yang memindatarikh premium patut dibayar) terus kepada kami.

15.2 Kadar premiumKadar premium adalah tidak dijamin dan mungkin disemak semula dari semasa ke semasadengan memberi notis bertulis kepada anda sekurang-kurangnya 90 hari lebih awal sebelumulangtahun polisi. Semakan akan berkuatkuasa pada ulangtahun polisi yang berikutnya selepastempoh notis.

15.3 Penukaran kekerapan bayaran premiumTertakluk kepada kelulusan daripada kami, anda boleh meminda kekerapan bayaran premiumdengan memberi notis secara bertulis kepada kami sebelum tempoh tenggang tamat.

15.4 Tempoh tenggangJika anda tidak membayar premium pada atau sebelum tarikh patut dibayar, kami akanmembenarkan tempoh tenggang selama 30 hari dari tarikh premium patut dibayar untukpembayaran sebarang premium. Polisi ini masih berkuatkuasa dalam tempoh tersebut. Polisi iniakan luput atau berhenti berkuatkuasa selepas tempoh tenggang.

15.5 Tuntutan ke atas kematian atau hilang upaya menyeluruh dan kekal (TPD)Sekiranya kami telah meluluskan tuntutan ke atas kematian atau tuntutan ke atas TPD di bawahpolisi ini, dan tuntutan kematian atau TPD orang yang diinsuranskan berlaku dalam tempohtenggang, kami akan menolak sebarang amaun yang anda terhutang kepada kami dan premiumyang perlu dibayar setakat tarikh kejadian daripada manfaat yang perlu dibayar.

16. Nilai tunai

16.1 Polisi ini tidak mempunyai sebarang nilai tunai.

17. Pengembalian semula polisi

17.1 Sekiranya polisi luput, anda boleh memohon untuk mengembalikan semula dalam tempoh masa1 tahun dari tarikh premium patut dibayar yang belum dibayar, tertakluk kepada syarat-syaratberikut:

Dokumen Polisi - Sun eSsential LifeM76.01

Muka surat 8 dari 15

SAMPLE

(a) melengkapkan dan menandatangani borang pengembalian semula;

(b) memperakui dengan jujur kesemua fakta di dalam borang pengembalian semula;

(c) menyediakan semua maklumat (jika ada) yang telah kami minta;

(d) membayar semua premium tertunggak yang kami tentukan; dan

(e) sebarang terma dan syarat lain yang mungkin kami kenakan pada masa permohonan.

17.2 Sekiranya kami mengetahui terdapat sebarang maklumat yang tidak benar atau disembunyikan,kami akan mengetepikan (seterusnya menamatkan) polisi yang dikembalikan semula. Kamihanya boleh melakukannya dalam masa 2 tahun pertama selepas pengembalian semula polisiini, kecuali kami dapat membuktikan berlaku penipuan atau, jika anda gagal membayarpremium.

17.3 Jika kami mengetepikan polisi yang dikembalikan semula ini (atas sebab selain daripadapenipuan), kami akan membayar balik premium yang dibayar bermula dari tarikh pengembaliansemula terakhir. Kami tidak akan membayar balik premium yang dibayar sebelum tarikhpengembalian semula.

17.4 Kami tidak akan memberi perlindungan insurans di bawah polisi ini untuk tempoh di antaratarikh polisi ini telah luput dan tarikh kami meluluskan pengembalian semula tersebut.

18. Hak milik

18.1 Anda adalah pemilik sah polisi ini.

18.2 Anda boleh menggunakan semua hak dan pilihan yang disediakan oleh polisi ini (bergantungkepada hak sebarang penama atau penerima pindahan polisi ini yang sah di sisiundang-undang).

19. Tugasan (pemindahan hak undang-undang)

19.1 Dari sisi undang-undang kami tidak akan menerima pemindahan polisi kecuali pemindahan ituberdaftar dengan kami.

19.2 Kami tidak mempunyai sebarang tanggungjawab mengenai kesahihan pemindahan jika andamembuat keputusan untuk memindah polisi ini.

20. Penama

20.1 Anda boleh menamakan seseorang atau syarikat pemegang amanah yang berdaftar untukmenerima wang yang patut dibayar ke atas kematian di bawah polisi ini. Penamaan bolehdibuat semasa permohonan polisi ini atau pada bila-bila masa selepas polisi telah dikeluarkan.

20.2 Penama yang dinamakan di dalam borang penamaan atau mana-mana pindaan yang anda buatpada masa hadapan, akan menerima manfaat kematian mengikut Akta PerkhidmatanKewangan 2013 atau Undang-undang pusaka Islam (Faraid), yang mana berkenaan. Andaboleh membatalkan atau menukar penama pada bila-bila masa dengan memberi notis bertuliskepada kami. Notis bertulis mestilah kami terima dan daftarkan semasa hayat orang yangdiinsuranskan. Pembatalan dan perubahan penama akan berkuatkuasa dari tarikh kamimenerima notis bertulis tersebut.

Dokumen Polisi - Sun eSsential LifeM76.01

Muka surat 9 dari 15

SAMPLE

21. Jika polisi ini berkongsi keuntungan dengan kami

21.1 Polisi ini tidak mendapat sebarang faedah daripada keuntungan kami. Ini adalah polisi tanpapenyertaan.

22. Tindakan undang-undang

22.1 Tiada tindakan undang-undang atau dalam ekuiti akan dibawa untuk menuntut apa-apa manfaatdi bawah polisi ini sebelum penamatan tempoh 2 tahun dari tarikh berlakunya keadaan yangmenyebabkan tuntutan.

23. Notis tuntutan

23.1 Anda atau wakil sah anda mestilah memberi notis bertulis mengenai tuntutan di ibu pejabatkami dalam tempoh masa 30 hari dari tarikh kejadian yang diinsuranskan berlaku.

24. Bukti tuntutan

24.1 Bukti tuntutan yang memuaskan perlu diberikan kepada kami dalam tempoh masa 30 hari daritarikh pemberian notis tuntutan kepada kami, atas perbelanjaan anda sendiri atau wakil sahanda.

24.2 Kami berhak untuk meminta sebarang dokumen (dokumen-dokumen) tambahan lain sekiranyaperlu untuk menyokong tuntutan.

24.3 Kami berhak untuk meminta orang yang diinsuranskan untuk menjalani pemeriksaan perubatanpada bila-bila masa oleh pemeriksa yang berkelayakan dari segi undang-undang dan yang kamilantik, atas perbelanjaan kami, untuk menyokong tuntutan.

25. Akta Pematuhan Cukai Akaun Asing Amerika Syarikat (FATCA)

25.1 Tidak berkenaan

Dokumen Polisi - Sun eSsential LifeM76.01

Muka surat 10 dari 15

SAMPLE

LAMPIRAN TIM002

Peruntukan manfaat - Manfaat kematian

1. Manfaat kematian

1.1 Tertakluk kepada peruntukan am, sewaktu polisi ini berkuatkuasa, sekiranya kami menerimabukti yang memuaskan mengenai kematian orang yang diinsuranskan dan apabila tuntutantersebut diluluskan, kami akan membayar manfaat sekali gus berdasarkan jumlah yangdiinsuranskan tertera di jadual polisi.

1.2 Kami akan menolak sebarang amaun yang anda terhutang kepada kami.

1.3 Polisi ini akan ditamatkan selepas kematian orang yang diinsuranskan atau pembayarantuntutan di bawah manfaat ini.

2. Manfaat kematian akibat penyakit berjangkit tertentu

2.1 Tertakluk kepada peruntukan am, sewaktu polisi ini berkuatkuasa, sekiranya kami menerimabukti yang memuaskan mengenai kematian orang yang diinsuranskan secara langsung akibatpenyakit berjangkit tertentu dan apabila tuntutan tersebut diluluskan, kami akan membayarmanfaat sekali gus berdasarkan jumlah yang diinsuranskan tertera di jadual polisi.

2.2 Kami akan menolak sebarang amaun yang anda terhutang kepada kami.

2.3 Polisi ini akan ditamatkan selepas kematian orang yang diinsuranskan atau pembayarantuntutan di bawah manfaat ini.

3. Pengecualian-pengecualian

3.1 Tiada manfaat akan dibayar jika kematian adalah akibat daripada:

(a) bunuh diri (waras atau tidak waras) dalam tempoh 12 bulan dari tarikh polisi dikeluarkanatau tarikh pengembalian semula terakhir, yang mana terkemudian; atau

(b) keadaan sedia ada dalam tempoh 12 bulan dari tarikh polisi dikeluarkan atau tarikhpengembalian semula terakhir, yang mana terkemudian.

Dalam kes ini, polisi akan ditamatkan dan jumlah premium yang dibayar akan dikembalikantanpa faedah.

3.2 Bagi kematian akibat jangkitan penyakit tertentu, tiada manfaat akan dikenakan atau dibayarjika kematian berlaku secara langsung atau tidak langsung, sepenuhnya atau sebahagiannya,oleh mana-mana kejadian yang berikut:

(a) Kejadian yang dilindungi iaitu Demam Denggi, Demam Chikungunya, Malaria, EnsefalitisJepun, Selsema Avian atau Jangkitan Virus Zika berlaku dalam tempoh 30 hari dari tarikhpolisi berkuatkuasa atau tarikh pengembalian semula terakhir, yang mana terkemudian;atau

(b) Sebab-sebab lain selain daripada Demam Denggi, Demam Chikungunya, Malaria,Ensefalitis Jepun, Selsema Avian atau Jangkitan Virus Zika berlaku; atau

Dokumen Polisi - Sun eSsential LifeM76.01

Muka surat 11 dari 15

SAMPLE

(c) Sebarang keadaan sedia ada.Dalam kes ini, polisi akan ditamatkan dan jumlah premium yang dibayar akan dikembalikantanpa faedah.

4. Prosedur tuntutan

4.1 Bukti kematian yang memuaskan perlu dikemukakan kepada kami dalam tempoh 30 hariselepas tarikh kematian tersebut. Kegagalan untuk memberi notis dalam tempoh yangditetapkan tidak akan menyebabkan tuntutan tersebut tidak sah jika ia dapat ditunjukkanbahawa secara munasabahnya tidak mungkin untuk memberikan notis tersebut dan notis telahdiberikan dengan segera dalam masa yang munasabah.

4.2 Kami akan menyediakan borang tuntutan yang sewajarnya kepada penuntut semasapemberitahuan tuntutan. Kami juga memerlukan semua dokumen dan maklumat yang berkaitanuntuk menilai tuntutan dengan secepat mungkin.

4.3 Kami hanya akan menilai tuntutan tersebut selepas kami menerima semua dokumen, maklumatdan bukti yang diperlukan.

5. Penamatan perlindungan

5.1 Perlindungan insurans orang yang diinsuranskan akan tamat apabila berlakunyakejadian-kejadian berikut:

(a) Apabila orang yang diinsuranskan meninggal dunia;

(b) Seperti yang tertera dalam peruntukan manfaat bagi manfaat-manfaat TPD;

(c) Pada tarikh tamat tertera di dalam jadual polisi;

(d) Apabila polisi ini luput;

(e) Apabila polisi ini diserahkan;

(f) Apabila polisi ini dibatalkan; atau

(g) Pada ulangtahun bulanan polisi sejurus selepas hari lahir orang yang diinsuranskan yangke-80.

Dokumen Polisi - Sun eSsential LifeM76.01

Muka surat 12 dari 15

SAMPLE

LAMPIRAN TIM003

Peruntukan manfaat - Manfaat hilang upaya menyeluruh dan kekal (TPD)

1. Manfaat hilang upaya menyeluruh dan kekal (TPD)

1.1 Manfaat ini hanya berkenaan sekiranya orang yang diinsuranskan mengalami TPD seperti yangditakrif, sewaktu polisi ini berkuatkuasa, dan TPD bermula pada atau selepas tarikhberkuatkuasa.

1.2 Tertakluk kepada peruntukan am, sewaktu polisi ini berkuatkuasa dan sebelum tarikhulangtahun bulanan sejurus selepas orang yang diinsuranskan mencapai umur 65 tahun,sekiranya kami menerima bukti yang memuaskan bahawa orang yang diinsuranskan telahmengalami TPD dan apabila tuntutan tersebut diluluskan, kami akan membayar manfaat sekaligus berdasarkan jumlah yang diinsuranskan seperti tertera di dalam jadual polisi.

1.3 Kami akan menolak sebarang amaun yang anda terhutang kepada kami.

1.4 Polisi akan ditamatkan selepas pembayaran tuntutan di bawah manfaat ini.

2. Manfaat TPD akibat penyakit berjangkit tertentu

2.1 Tertakluk kepada peruntukan am, sewaktu kontrak ini berkuatkuasa, sekiranya kami menerimabukti yang memuaskan mengenai TPD (seperti yang ditakrif) orang yang diinsuranskan secaralangsung akibat penyakit berjangkit tertentu dan apabila tuntutan tersebut diluluskan, kami akanmembayar manfaat sekali gus berdasarkan jumlah yang diinsuranskan tertera di jadual polisi.

2.2 Kami akan menolak sebarang amaun yang anda terhutang kepada kami.

2.3 Kontrak akan ditamatkan selepas kematian orang yang diinsuranskan atau pembayarantuntutan di bawah manfaat ini.

3. Had manfaat-manfaat TPD

3.1 Manfaat-manfaat TPD akan tamat pada ulangtahun bulanan polisi sejurus selepas hari lahirorang yang diinsuranskan yang ke-65.

3.2 Jumlah agregat maksimum untuk manfaat TPD yang dibayar bagi orang yang diinsuranskan dibawah polisi ini dan semua polisi atau sijil individu dan berkelompok yang lain yang kamikeluarkan tidak akan melebihi RM2,000,000.

3.3 Jika manfaat TPD yang dibayar di bawah polisi ini adalah kurang daripada jumlah yangdiinsuranskan untuk manfaat kematian, pada tarikh TPD bermula, perlindungan insurans ataskematian akan diteruskan untuk baki jumlah yang diinsuranskan. Jumlah yang diinsuranskanuntuk manfaat kematian untuk sepanjang tempoh masa hadapan akan dikurangkan selarasdengan nisbah yang mana manfaat TPD yang telah dibayar kepada jumlah yang diinsuranskanpada tarikh TPD bermula. Pengurangan jumlah yang diinsuranskan untuk manfaat kematianakan berkuatkuasa dari tarikh TPD bermula.

4. Pengecualian-pengecualian

4.1 Tiada manfaat akan dibayar jika TPD adalah disebabkan secara langsung atau tidak langsungoleh mana-mana yang berikut:

Dokumen Polisi - Sun eSsential LifeM76.01

Muka surat 13 dari 15

SAMPLE

(a) Keadaan sedia ada dalam tempoh 12 bulan pertama dari tarikh polisi dikeluarkan atautarikh pengembalian semula terakhir, yang mana terkemudian;

(b) Sindrom Kurang Daya Tahan Penyakit (AIDS), komplikasi yang berkaitan AIDS, atauorang yang diinsuranskan dijangkiti Virus Kurang Daya Tahan Penyakit Manusia (HIV);

(c) Berada di bawah pengaruh dadah atau sebarang narkotik atau kerana mabuk disebabkanoleh minuman keras dan/atau bahan terlarang;

(d) Perbuatan jenayah, terlibat dalam perlanggaran undang-undang (kecuali sebagai pihaktidak bersalah) atau menjadi ahli organisasi haram;

(e) Memasuki, mengendali atau menyelenggara, naik atau turun dari atau denganmenggunakan apa-apa peranti atau pengangkutan udara melainkan ketika orang yangdiinsuranskan itu berada dalam sesebuah pesawat yang dikendalikan oleh syarikatpenerbangan penumpang komersil yang dalam perjalanan tetap berjadual membawapenumpang menggunakan laluan penumpangnya yang telah ditetapkan;

(f) Penyertaan dalam sebarang sukan atau hobi atau aktiviti yang berbahaya, termasuktetapi tidak terhad kepada aktiviti udara, terjunan bungee, memanjat batu atau mendakigunung, aktiviti di bawah air, atau sebarang bentuk perlumbaan kecuali perlumbaan kaki;

(g) Kecederaan ke atas diri sendiri atau bunuh diri, semasa waras atau tidak waras; atau

(h) Peperangan, serangan, tindakan permusuhan asing, pertempuran atau operasi semacampeperangan (sama ada diisytiharkan atau tidak), mogok, rusuhan, perang persaudaraan,pemberontakan, revolusi, penderhakaan, kekacauan awam yang mengandaikanpembahagian atau membawa kepada kebangkitan, ketenteraan atau rampasan kuasa.

4.2 Bagi TPD akibat jangkitan penyakit tertentu, tiada manfaat akan dikenakan atau dibayar jikaketidakupayaan berlaku secara langsung atau tidak langsung, sepenuhnya atausebahagiannya, oleh mana-mana kejadian yang berikut:

(a) Kejadian yang dilindungi iaitu Demam Denggi, Demam Chikungunya, Malaria, EnsefalitisJepun, Selsema Avian atau Jangkitan Virus Zika berlaku dalam tempoh 30 hari dari tarikhpolisi berkuatkuasa atau tarikh pengembalian semula terakhir, yang mana terkemudian;atau

(b) Sebab-sebab lain selain daripada Demam Denggi, Demam Chikungunya, Malaria,Ensefalitis Jepun, Selsema Avian atau Jangkitan Virus Zika berlaku; atau

(c) Sebarang keadaan sedia ada.

Dalam kes ini, polisi akan ditamatkan dan jumlah premium yang dibayar akan dikembalikantanpa faedah.

5. Prosedur tuntutan

5.1 Anda atau wakil sah anda perlu menghantar notis bertulis kepada kami dalam tempoh 30 hariuntuk membuat tuntutan bagi manfaat TPD selepas tarikh ketidakupayaan tersebut.

5.2 Bukti TPD yang memuaskan perlu diberikan sebelum kami mempertimbangkan tuntutan ini atasperbelanjaan anda atau wakil sah anda.

Dokumen Polisi - Sun eSsential LifeM76.01

Muka surat 14 dari 15

SAMPLE

5.3 Kami tidak akan mempertimbangkan sebarang ketidakupayaan yang berlangsung kurangdaripada 6 bulan.

5.4 Kami berhak untuk meminta orang yang diinsuranskan untuk menjalankan pemeriksaanperubatan pada bila-bila masa oleh pemeriksa berkelayakan dari segi undang-undang yangkami lantik atas perbelanjaan kami untuk menyokong tuntutan TPD.

6. Penamatan perlindungan

6.1 Perlindungan insurans orang yang diinsuranskan akan tamat apabila berlakunyakejadian-kejadian berikut:

(a) Pada tarikh kami meluluskan dan membayar manfaat TPD, jika ia adalah bersamaandengan jumlah yang diinsuranskan bagi manfaat kematian. Sekiranya manfaat TPD yangperlu dibayar adalah kurang daripada jumlah yang diinsuranskan bagi manfaat kematian,polisi ini tidak akan tamat dan perlindungan kematian akan diteruskan;

(b) Apabila orang yang diinsuranskan meninggal dunia;

(c) Pada tarikh tamat tertera di dalam jadual polisi;

(d) Apabila polisi ini luput;

(e) Apabila polisi ini diserahkan;

(f) Apabila polisi ini dibatalkan; atau

(g) Pada ulangtahun bulanan polisi sejurus selepas hari lahir bagi orang yang diinsuranskanyang ke-65.

Dokumen Polisi - Sun eSsential LifeM76.01

Muka surat 15 dari 15