life in cais
Post on 14-Feb-2017
231 views
Embed Size (px)
TRANSCRIPT
INISIATIF DIGITAL PERPUSTAKAAN POLITEKNIK KUCHING SARAWAK ;
REPOSITORI INSTITUSI
Sabrina Binti Milan
Pensyarah
Razeli Bin Sani
Pensyarah
Kiprawi Bin Sani
Pustakawan
Politeknik Kuching Sarawak
KM22, Jalan Matang,
93050 Kuching,
Sarawak
Abstrak
Sejak pengumuman Wawasan 2020 pada tahun 1991 oleh mantan Perdana Menteri Malaysia Tun
Mahathir Bin Mohamad telah menjadikan Malaysia bergerak maju ke hadapan untuk mencapai
sebuah negara maju pada tahun 2020. Berdasarkan cabaran-cabaran yang dinyatakan pastinya
memberi cabaran kepada rakyat Malaysia. Program inisiatif seperti Digital Malaysia diwujudkan
bagi memastikan perjalanan menuju ke tahun 2020 berjalankan lancar. Bagi bersama-sama
merancakkan program digital Malaysia, Perpustakaan Politeknik Kuching Sarawak juga
melaksanakan inisiatif digital bagi memastikan bahan-bahan yang terdapat di perpustakaan
seperti Koleksi Arkib PKS dan penyelidikan serta kajian dapat diakses secara lebih luas. Antara
masalah yang dihadapi apabila menguruskan bahan-bahan yang terdapat dalam Koleksi Arkib
PKS ialah pengorganisasian dan akses yang terhad. Digital Repositori Institusi Politeknik
Kuching Sarawak telah dilaksanakan secara kolaborasi diantara jabatan dan unit di PKS dengan
memaksimumkan sumber serta kepakaran yang ada. Perisian Dspace telah dipilih bagi
merealisasikan serta memastikan bahan-bahan Koleksi Arkib PKS diurus dan dapat diakses
dengan lebih luas lagi. Projek ini menekankan pengurusan bahan-bahan sejarah PKS, bahan
untuk pengajaran dan pembelajaran dan juga sumber intelektual warga PKS. Projek ini telah
berjaya dilaksanakan dengan hampir 1,000 bahan telah berjaya dimuatnaik. Kejayaan projek ini
telah memberi impak yang positif kepada pengurusan Perpustakaan PKS. Antaranya ialah
perkongsian maklumat penyelidikan, penggunaan perisian sumber terbuka dan sebagainya.
Projek ini telah memberi cabaran dan beberapa isu berhubung kadar deposit yang rendah,
peruntukan pendigitan dan pembangunan sumber manusia. Penilaian terhadap penggunaan perlu
dilakukan oleh Perpustakaan PKS untuk melihat keberkesanan Digital Repositori Institusi
mailto:[email protected]:[email protected]:[email protected]
Politeknik Kuching Sarawak dalam membantu mengurus, memelihara dan menyampaikan
maklumat kepada pengguna.
Kata Kunci : Repositori Institusi, perpustakaan digital, inisiatif digital, perisian terbuka.
1. PENGENALAN
Tun Mahathir Mohamad menggariskan cabaran-cabaran untuk mencapai Wawasan 2020 yang
merupakan impian Malaysia menjadi sebuah negara maju pada tahun 2020. Wawasan yang
diilhamkan menjadi panduan kepada rakyat Malaysia untuk menggerakkan cita-cita menjadi
sebuah negara maju dalam semua aspek kehidupan seperti ekonomi, pendidikan, politik dan
aspek rohani. Bersempena dengan Wawasan 2020, National Information Technology Counsil
(NITC) telah menggubal National Information Technology Agenda (NITA) yang menjadi tulang
belakang kepada Malaysia untuk menjadi sebuah negara moden dari aspek teknologi maklumat
dan komunikasi (ICT). NITA berperanan mengaplikasi pemodenan ICT yang dimiliki oleh
negara kita mentransformasi masyarakat Malaysia menjadi masyarakat bermaklumat yang
kemudiannya menjadi masyarakat berpengetahuan seterusnya masyarakat berasaskan
pengetahuan. NITA memfokuskan membangunkan masyarakat Malaysia, infostructure dan
membina aplikasi membentuk nilai, ekuiti dan akses kepada masyarakat Malaysia untuk
mentransformasi masyarakat Malaysia kearah masyarakat berasakan pengetahuan menjelang
tahun 2020
NITC telah membentuk Agenda Strategik NITC yang akan memacu Malaysia ke arah E-World
dalam dunia milenium sebagai aspek untuk merealisasikan NITA. Agenda startegik yang
digariskan merangkumi lima tumpuan iaitu E-Community, E-Public Services, E-Learning, E-
Economy dan E-Sovereignty. NITC telah memainkan peranan mempromosikan bahawa
pengetahuan dan maklumat merupakan aset yang penting dalam bidang ekonomi pada zaman
milenium ini. Untuk kekal kompetitif, masyarakat Malaysia perlu berasaskan ekonomi
berasaskan pengetahuan (k-economy) dan mencipta masyarakat usahawan berkelas dunia yang
akan bersaing dari aspek kelebihan harga, kualiti, penghantaran dan kos. NITA adalah asas
kejayaan Malaysia dalam era maklumat. Pengguna internet yang meningkat saban tahun salah
satu aspek yang membuktikan masyarakat Malaysia ghairah memajukan diri bersama teknologi.
Malah Berita Harian (2013) memetik Laporan Ekonomi 2013/2014 yang menjangkakan
pengguna internet di Malaysia akan meningkat 25 juta pada tahun 2015 berbanding 18 juta pada
tahun 2012.
1.2 DIGITAL MALAYSIA
Multimedia Development Corporation (MDEC) merupakan agensi yang bertanggungjawab dan
menyelaras aspek Digital Malaysia, menyatakan Program Digital Malaysia merupakan satu
program nasional berteraskan strategi untuk mengerakkan Malaysia menjadi sebuah Negara maju
dalam ekonomi digital pada tahun 2020. Digital Malaysia akan membentuk ekosistem yang
mempromosi aspek ICT dalam ekonomi yang menghubungkan serta berinterasi komuniti global
yang meningkatkan KDNK, produktiviti dan kehidupan.
Utusan Malaysia (2013) Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak menekankan betapa
pentingan inisiatif digital terhadap ekonomi Malaysia. Menurut beliau lagi, inisiatif digital akan
menganjak ekonomi Malaysia ke satu tahap dan menambahbaik aspek kehidupan masyarakat
Malaysia. Malah Digital Malaysia akan menyumbang kepada negara melalui perspektif ekonomi,
sosial dan ICT. Malah kerajaan menjangkakan sumbangan Keluaran Dalam Negara Kasar
(KDNK) sebanyak 17 peratus.
1.3 PERPUSTAKAAN DIGITAL
Insiatif digital semakin menjadi trend masa kini memberi impak yang besar dalam perkhidmatan
perpustakaan. Galakkan daripada pihak kerajaan dan gaya hidup masyarakat Malaysia masa kini
yang cenderung terhadap teknologi perlu digunakan sepenuhnya oleh perpustakaan.
Perbincangan berkaitan inisiatif digital dalam bidang perpustakaan dan maklumat sangat berkait
rapat dengan perpustakaan digital. Digital Library Federation (DLF) mendefinisikan "Digital
libraries are organizations that provide the resources, including the specialized staff, to select,
structure, offer intellectual access to, interpret, distribute, preserve the integrity of, and ensure
the persistence over time of collections of digital works so that they are readily and economically
available for use by a defined community or set of communities". International Federation
Library Association (IFLA) pula mentafsirkan Digital Libraries an online collection of digital
objects, of assured quality, that are created or collected and managed according to
internationally accepted principles for collection development and made accessible in a coherent
and sustainable manner, supported by services necessary to allow users to retrieve and exploit
the resources.
Perisian terbuka repositori institusi yang ada pada hari ini merupakan penyelesaian bagi
menyediakan perkhidmatan koleksi digital. Lynch dan Lippincott (2005) repositori institusi telah
menjadi infrastruktur penting dalam dunia digital. Ini dibuktikan perlaksanaan yang telah
dijalankan di universiti penyelidikan. Jangkaannya akan terdapat peningkatkan dalam masa
beberapa tahun akan datang hubungan repositori institusi dengan pengurusan, penyebaran dan
pemeliharaan data-data penyelidikan. Abrizah (2009) dalam kajiannya repositori institusi akan
memelihara dan menyebarkan bahan digital yang dibuat atau milik universiti. Kajiannya
membincangkan isu perlaksanaan bahan penyelidikan secara akses terbuka dan juga potensi
fakulti untuk memainkan peranan meyumbang bahan untuk repositori institusi.
Perisian terbuka repsoritori institusi telah memberikan satu dimensi baru kepada perpustakaan
untuk mendigitalkan koleksi perpustakaan yang ada. Sutarmi Kasimun (2010) menyatakan
peranan perpustakaan kini bukan sahaja sebagai perpustakaan akademik yang membangun dan
menguruskan koleksi dalam bentuk cetak sahaja tetapi juga perlu melangkah pantas ke arah
sebuah perpustakaan digital yang menyediakan sistem rangkaian maklumat secara elektronik
bagi memastikan perkhidmatan kepada pengguna dapat diberikan tanpa mengira ruang dan
waktu. Pourin dan Palmer (2008) hasil kajian yang dijalankan di University of Massachusetts
Medical School ke atas repositori institusi yang digunakan, mereka berpendapat pendigitan
disertasi adalah sangat berjaya dan kos yang efektif dalam mendapatkan bahan dan membantu
membina hubungan yang baik di sekolah perubatan untuk menjaga kandungan masa depan.
Sejak awal tahun 1990an beberapa perpustakaan di Malaysia sudah memulakan projek inisiatif
digital. Perkembangan ICT telah membawa perubahan kepada perpustakaan dan pihak
pengurusan perpustakaan mengambil peluang untuk menambahbaik perkhidmatan perpustakaan
dan juga pengurusan koleksi. Perkembangan positif ini akan membantu meningkatkan akses
koleksi perpustakaan kepada semua pengguna.
PROJEK INISIATIF DIGITAL; DIGITAL REPOSITORI INSTITUSI POLITEKNIK
KUCHING SARAWAK (PKS)
2.1 Latar Belakang PKS
Politeknik Kuching Sarawa