sun life malaysia assurance berhad dokumen polisi … · berkaitan dengan maklumat yang telah...

21
SAMPLE SUN LIFE MALAYSIA ASSURANCE BERHAD DOKUMEN POLISI Sun eMediCare Income A joint venture between Sun Life Assurance Company of Canada and Renggis Ventures Sdn Bhd

Upload: others

Post on 12-Sep-2019

3 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: SUN LIFE MALAYSIA ASSURANCE BERHAD DOKUMEN POLISI … · berkaitan dengan maklumat yang telah diberikan kepada kami dalam jawapan anda dan/atau orang yang diinsuranskan atau sebarang

SAMPLESUN LIFE MALAYSIA ASSURANCE BERHAD

DOKUMEN POLISI

Sun eMediCare Income

A joint venture between Sun Life Assurance Company of Canada and Renggis Ventures Sdn Bhd

Page 2: SUN LIFE MALAYSIA ASSURANCE BERHAD DOKUMEN POLISI … · berkaitan dengan maklumat yang telah diberikan kepada kami dalam jawapan anda dan/atau orang yang diinsuranskan atau sebarang

SAMPLE

LAMPIRAN EMC001

Peruntukan am

1. Takrifan

1.1 Di dalam polisi ini, perkataan dan frasa berikut membawa maksud yang diberikan disebelahnya:

(a) Kemalangan bermaksud satu kejadian khusus secara mengejut, tidak disengajakan, tidakdijangka dan luar biasa yang berlaku pada masa dan tempat yang boleh dikenalpasti,berasingan daripada sebarang punca lain dan menjadi penyebab tunggal ke ataskecederaan tubuh.

(b) Sebarang hilang upaya bermaksud semua tempoh hilang upaya yang berpunca daripadasebab yang sama, termasuk mana-mana dan semua komplikasinya kecuali jika orangyang diinsuranskan pulih sepenuhnya dan tidak lagi memerlukan rawatan lanjut (termasukdadah, ubat-ubatan, pemakanan yang khas atau suntikan atau nasihat untuk keadaannya)bagi hilang upaya selama sekurang-kurangnya 90 hari berikutan tarikh terakhir keluarhospital. Hilang upaya yang seterusnya akibat daripada sebab yang sama akan dianggapsebagai hilang upaya yang baru.

(c) Kanser bermaksud ketumbuhan yang tidak terkawal dan kemerebakan sel malignan sertaserangan dan kemusnahan tisu normal yang mana rawatan atau pembedahan (tidaktermasuk prosedur endoskopik) dianggap perlu.

(d) Tarikh berkuatkuasa bermaksud tarikh berkuatkuasa seperti yang tertera di dalam jadualpolisi dan merupakan tarikh di mana perlindungan insurans untuk polisi ini bermula.

(e) Keadaan kongenital bermaksud sebarang kelainan perubatan atau fizikal yang wujudsemasa kelahiran dan juga kelainan fizikal neonatal yang berkembang dalam tempoh 6bulan dari waktu kelahiran. Mereka termasuk semua jenis hernia dan epilepsi kecualisemasa diakibatkan oleh trauma yang berlaku selepas tarikh di mana pemilik polisidilindungi secara berterusan di bawah polisi ini.

(f) Hilang upaya bermaksud kesakitan, jangkitan, penyakit atau kecederaan yang timbulakibat punca atau siri punca-punca yang berterusan.

(g) Doktor atau pakar perubatan atau pakar bedah bermaksud pengamal perubatanberdaftar yang layak dan berlesen untuk mengamalkan perubatan barat dan yang mana,sewaktu menjalankan rawatan, mengamalkan apa yang dibenarkan menurut skop lesendan latihan beliau di kawasan amalan, tetapi tidak termasuk doktor atau pakar perubatanatau pakar bedah yang merupakan orang yang diinsuranskan sendiri.

(h) Tarikh tamat bermaksud tarikh polisi ini tamat seperti yang tertera di dalam jadual polisiatau di dalam sebarang pengendorsan pada masa hadapan yang menukar tarikh tamat.

(i) Pengendorsan bermaksud bukti bertulis mengenai sebarang pindaan, perubahan ataupenukaran yang dibuat ke atas polisi ini dan jadual polisi.

Dokumen Polisi - Sun eMediCare IncomeB07.01

Muka surat 2 dari 21

Page 3: SUN LIFE MALAYSIA ASSURANCE BERHAD DOKUMEN POLISI … · berkaitan dengan maklumat yang telah diberikan kepada kami dalam jawapan anda dan/atau orang yang diinsuranskan atau sebarang

SAMPLE

(j) Hospital bermaksud hanya sebuah pertubuhan yang ditubuhkan dan didaftarkan sebagaihospital untuk penjagaan dan rawatan orang yang sakit dan cedera sebagai pesakit-katilyang membayar, dan yang mana:

(i) mempunyai kemudahan untuk diagnosis dan pembedahan utama;

(ii) menyediakan khidmat penjagaan 24 jam sehari oleh jururawat yang berdaftar dantelah tamat pengajiannya;

(iii) adalah di bawah pengawasan pakar perubatan; dan

(iv) terutamanya bukan klinik, tempat untuk orang yang ketagihan alkohol atau dadah;pusat penjagaan, rumah rehat atau pemulihan, atau rumah untuk orang tua atauorganisasi yang seumpamanya.

(k) Kemasukan hospital bermaksud kemasukan ke hospital sebagai pesakit dalam wad yangdidaftar untuk rawatan yang diperlukan dari segi perubatan ke atas hilang upaya yangdilindungi selepas dicadangkan oleh doktor (pakar perubatan atau pakar bedah).Seseorang pesakit tidak akan dianggap sebagai pesakit dalam wad jika pesakit tidaktinggal di hospital secara fizikal bagi tempoh keseluruhan kemasukannya. Kemasukanhospital perlu dibuktikan dengan caj yang dikenakan oleh hospital ke atas bilik danpenginapan harian.

(l) Unit rawatan rapi (ICU) bermaksud satu bahagian dalam hospital yang ditetapkansebagai unit rawatan rapi oleh hospital, dan diselenggara 24 jam hanya untuk rawatanpesakit yang berada dalam keadaan kritikal dan dilengkapi dengan peralatan untukmemberi penjagaan jururawat dan khidmat perubatan khas yang tidak terdapat di bahagianlain dalam hospital.

(m) Tarikh dikeluarkan bermaksud tarikh dikeluarkan seperti yang tertera di dalam jadualpolisi.

(n) Diperlukan dari segi perubatan bermaksud khidmat perubatan yang:

(i) konsisten dengan diagnosis dan rawatan perubatan lazim untuk hilang upaya yangdilindungi;

(ii) selaras dengan piawaian amalan perubatan yang baik, konsisten dengan piawaiansemasa penjagaan perubatan profesional dan manfaat perubatan yang terbukti;

(iii) bukan untuk keselesaan orang yang diinsuranskan atau pakar perubatan, dan tidakboleh dilakukan dengan sewajarnya di luar hospital (jika dimasukkan sebagai pesakitdalam wad);

(iv) bukan berbentuk eksperimen, penyiasatan atau penyelidikan, pencegahan atausaringan; dan

(v) yang mana caj dikenakan adalah wajar dan berpatutan serta lazim untuk hilangupaya.

(o) Penama bermaksud satu atau lebih orang yang telah anda pilih di bawah klausa 20 dandinamakan di dalam borang penamaan atau di dalam sebarang pengendorsan pada masahadapan sebagai penama.

Dokumen Polisi - Sun eMediCare IncomeB07.01

Muka surat 3 dari 21

Page 4: SUN LIFE MALAYSIA ASSURANCE BERHAD DOKUMEN POLISI … · berkaitan dengan maklumat yang telah diberikan kepada kami dalam jawapan anda dan/atau orang yang diinsuranskan atau sebarang

SAMPLE

(p) Ulang tahun polisi bermaksud ulang tahun yang pertama dan yang berikutnya bagi polisiini bermula dari tarikh berkuatkuasa polisi.

(q) Ulang tahun bulanan polisi bermaksud tarikh pada mana-mana bulan berikutnya yangmempunyai hari yang sepadan dengan hari dalam tarikh berkuatkuasa; sekiranya tiadatarikh dalam mana-mana bulan kalendar berikutnya yang mempunyai hari yang sepadandengan hari dalam tarikh berkuatkuasa, hari terakhir bulan tersebut akan dijadikan sebagaiulang tahun bulanan polisi.

(r) Pemegang polisi atau orang yang diinsuranskan bermaksud orang yang memiliki polisiini dan yang boleh menggunakan semua hak, keistimewaan dan pilihan yang disediakandan orang yang hayatnya sedang dilindungi di bawah polisi ini sebagaimana dinamakan didalam jadual polisi.

(s) Jadual polisi bermaksud jadual yang mengandungi butiran pemilik polisi, orang yangdiinsuranskan, manfaat-manfaat, premium dan tempoh polisi, seperti yang dilampirkanbersama dokumen polisi ini.

(t) Keadaan sedia ada bermaksud sebarang kecederaan, penyakit, keadaan atau gejalayang wujud dalam tempoh 12 bulan sebelum tarikh polisi berkuatkuasa atau tarikhpengembalian semula terakhir, yang mana terkemudian, yang mana:

(i) rawatan, perubatan, nasihat atau diagnosis telah dicadangkan atau diterima;

(ii) seseorang yang biasa dan waras yang mengalami kecederaan, penyakit, keadaanatau gejala seharusnya telah mendapatkan nasihat ataupun rawatan yang sepatutnyauntuk kesihatannya; atau

(iii) kewujudannya telah diketahui oleh anda dan/atau orang yang dilindungi, sama adarawatan, perubatan, nasihat atau diagnosis telah dicadangkan atau diterima.

(u) Premium bermaksud amaun premium yang tertera di dalam jadual polisi. Premium perludibayar pada tarikh yang tertera di dalam jadual polisi atau di dalam sebarangpengendorsan pada masa hadapan.

(v) Kesakitan, jangkitan atau penyakit bermaksud keadaan fizikal yang ditunjukkan dari segipatologi yang berbeza dengan keadaan kesihatan yang normal.

(w) Penyakit-penyakit tertentu bermaksud hilang upaya yang berikut dan komplikasi yangberkaitan dengannya yang berlaku dalam tempoh 120 hari pertama dari tarikh polisiberkuatkuasa atau tarikh pengembalian kontrak terakhir, yang mana terkemudian:

(i) Tekanan darah tinggi, kencing manis dan penyakit kardiovaskular;

(ii) Kesemua ketumbuhan, kanser, sista, nodul, polip, batu dalam sistem kencing dansistem biliari;

(iii) Kesemua penyakit telinga, hidung (termasuk sinus) dan tekak kecuali selsema dansakit-tekak;

(iv) Hernia, hemoroid, fistula, hidrosele, varikosele;

(v) Endometriosis termasuk penyakit sistem pembiakan perempuan; dan

Dokumen Polisi - Sun eMediCare IncomeB07.01

Muka surat 4 dari 21

Page 5: SUN LIFE MALAYSIA ASSURANCE BERHAD DOKUMEN POLISI … · berkaitan dengan maklumat yang telah diberikan kepada kami dalam jawapan anda dan/atau orang yang diinsuranskan atau sebarang

SAMPLE

(vi) Gangguan spina vertebro (termasuk diska) dan keadaan lutut.

(x) Penyakit berjangkit tertentu bermaksud:

(i) Selsema Avian bermaksud penyakit berjangkit teruk yang disebabkan oleh virusAvian Influenza A (jenis H5N1 atau H7N9) dan disebarkan kepada manusia melaluisentuhan secara langsung atau rapat dengan unggas yang dijangkiti;

(ii) Demam Chikungunya bermaksud penyakit berjangkit teruk yang disebabkan olehvirus Chikungunya dan disebarkan kepada manusia melalui nyamuk Aedes;

(iii) Demam Denggi bermaksud penyakit berjangkit teruk yang disebabkan oleh virusDenggi dan disebarkan kepada manusia melalui nyamuk Aedes;

(iv) Ensefalitis Jepun bermaksud penyakit berjangkit teruk yang disebabkan oleh virusEnsefalitis Jepun dan disebarkan kepada manusia melalui nyamuk Culex;

(v) Malaria bermaksud penyakit berjangkit teruk yang disebabkan oleh protozoa parasitPlasmodium dan disebarkan kepada manusia melalui nyamuk Anopheles; dan

(vi) Zika atau Jangkitan Virus Zika bermaksud penyakit berjangkit teruk yangdisebabkan oleh virus Zika dan disebarkan kepada manusia melalui nyamuk Aedes.

Sebarang tuntutan akibat penyakit berjangkit mesti disahkan oleh seorang doktorperubatan berdaftar dan disokong oleh ujian diagnostik (atau ujian setara) yang berikutsebagai bukti muktamad jangkitan:

Avian Influenza - PCR Avian Influenza khusus untuk Avian Influenza jenis H5N1 atauH7N9;Demam Chikungunya - Ujian Antibodi IgM Chikungunya/PCR Chikungunya;Demam Denggi - Ujian Antibodi IgM Denggi/PCR Denggi;Ensefalitis Jepun - Ujian Antibodi IgM Ensefalitis Jepun;Malaria - Ujian parasit Malaria;Jangkitan Virus Zika - Ujian PCR virus Zika.

(y) Jumlah yang diinsuranskan bermaksud amaun perlindungan untuk manfaat di bawahpolisi ini seperti yang tertera di dalam jadual polisi atau di dalam sebarang pengendorsanpada masa hadapan yang menukar jumlah yang diinsuranskan tersebut.

(z) Kami bermaksud Sun Life Malaysia Assurance Berhad.

(aa) Anda bermaksud pemilik polisi seperti yang tertera di dalam jadual polisi.

2. Interpretasi

2.1 Di dalam polisi ini, kecuali konteks memerlukan sebaliknya:

(a) tajuk di dalam polisi ini dimasukkan untuk kemudahan sahaja dan tidak memberi kesan keatas pembentukannya.

(b) perkataan tunggal hendaklah merangkumi perkataan majmuk dan sebaliknya.

(c) perkataan yang merujuk kepada jantina hendaklah merangkumi semua jantina.

Dokumen Polisi - Sun eMediCare IncomeB07.01

Muka surat 5 dari 21

Page 6: SUN LIFE MALAYSIA ASSURANCE BERHAD DOKUMEN POLISI … · berkaitan dengan maklumat yang telah diberikan kepada kami dalam jawapan anda dan/atau orang yang diinsuranskan atau sebarang

SAMPLE

2.2 Jika terdapat mana-mana peruntukan di dalam polisi ini tidak sah atau tidak bolehdikuatkuasakan di bawah undang-undang Malaysia, ia tidak akan menjejaskan kesahan,kesahihan atau kebolehkuatkuasaan peruntukan lain.

3. Polisi

3.1 Polisi ini dikeluarkan setelah mempertimbangkan pembayaran premium seperti yang tertera didalam jadual polisi dan adalah bergantung kepada:

(a) jawapan yang diberikan oleh anda dan/atau orang yang diinsuranskan dalam permohonananda atau sebarang soal selidik berikutnya yang kami berikan atas apa-apa perkaraberkaitan permohonan dan sebarang pendedahan yang dibuat oleh anda dan/atau orangyang diinsuranskan di antara waktu permohonan dan waktu polisi ini dibuat; dan

(b) laporan perubatan dan apa-apa laporan dan soal selidik yang lain;

(secara kolektif dirujuk sebagai 'maklumat penting')

dan maklumat penting tersebut akan menjadi sebahagian daripada polisi antara kami dan andadan/atau orang yang diinsuranskan. Walau bagaimanapun, sekiranya terdapat apa-apa salahnyataan prakontrak yang berkaitan dengan maklumat penting telah dibuat, hanya remedi dibawah Jadual 9 dalam Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 akan dikenakan.

3.2 Jika kami memerlukan anda dan/atau orang yang diinsuranskan, sebelum polisi berubah, untukmenjawab sebarang soalan atau jika anda dan/atau orang yang diinsuranskan dikehendakiuntuk mengesahkan atau meminda apa-apa perkara berkaitan polisi yang sebelum ini andadan/atau orang yang diinsuranskan dedahkan kepada kami, ia adalah tanggungjawab andadan/atau orang yang diinsuranskan untuk mengambil penjagaan munasabah supaya tidakmembuat salah nyataan semasa menjawab soalan-soalan atau mengesahkan atau memindaapa-apa perkara yang didedahkan sebelum ini.

3.3 Anda dan/atau orang yang diinsuranskan mesti memaklumkan kami sebarang perubahanberkaitan dengan maklumat yang telah diberikan kepada kami dalam jawapan anda dan/atauorang yang diinsuranskan atau sebarang perkara yang sebelum ini didedahkan kepada kamiberhubung dengan polisi ini jika perubahan tersebut telah berlaku selepas anda dan/atau orangyang diinsuranskan mengemukakan permohonan bagi perubahan tetapi sebelum polisi diubah.

4. Tempoh semakan percuma

4.1 Sekiranya anda membuat keputusan untuk tidak mengambil polisi ini atas apa jua sebabselepas ia telah dikeluarkan, anda boleh membatalkan polisi memberikan notis bertulis kepadakami dalam tempoh 15 hari dari tarikh penghantaran polisi ini.

4.2 Kami akan membayar balik premium yang telah dibayar.

5. Salah nyata umur dan/atau jantina

5.1 Polisi ini dikeluarkan untuk umur dan jantina orang yang diinsuranskan seperti yang tertera didalam jadual polisi, berdasarkan tarikh lahir dan jantina yang diakui dalam permohonan. Kamimemerlukan bukti umur dan jantina orang yang diinsuranskan sebelum kami membayarsebarang manfaat.

Dokumen Polisi - Sun eMediCare IncomeB07.01

Muka surat 6 dari 21

Page 7: SUN LIFE MALAYSIA ASSURANCE BERHAD DOKUMEN POLISI … · berkaitan dengan maklumat yang telah diberikan kepada kami dalam jawapan anda dan/atau orang yang diinsuranskan atau sebarang

SAMPLE

5.2 Jika umur dan/atau jantina orang yang diinsuranskan telah tersalah nyata dan adalah dalamlingkungan had yang kami terima, kami akan membuat satu daripada penyelarasan berikut:

(a) Jika premium berdasarkan umur dan/atau jantina orang yang diinsuranskan yang betuladalah lebih tinggi berbanding dengan premium yang telah dibayar, kami mungkin akanproratakan manfaat-manfaat yang akan dibayar berdasarkan pada nisbah premiumsebenar yang telah dibayar dengan premium betul yang sepatutnya dibayar berdasarkantarikh lahir dan/atau jantina orang yang diinsuranskan yang betul; atau

(b) Jika premium berdasarkan umur dan/atau jantina orang yang diinsuranskan yang betuladalah lebih rendah berbanding dengan premium yang telah dibayar, kami akanmengembalikan perbezaaan premium kepada anda.

Sekiranya tersalah nyata umur telah menyebabkan orang yang diinsuranskan tidak layak untukperlindungan insurans, jumlah manfaat yang akan dibayar untuk polisi ini hanya terhad kepadajumlah premium yang dikutip dari tarikh polisi berkuatkuasa dan polisi ini akan ditamatkan.

6. Tempoh menunggu

6.1 Pelan ini mempunyai tempoh menunggu seperti yang ditakrifkan di bawah:

(a) tempoh menunggu selama 30 hari dari tarikh berkuatkuasa polisi atau tarikh pengembaliansemula terakhir, yang mana terkemudian untuk semua penyakit dan penyakit berjangkittertentu.

(b) tempoh menunggu selama 120 hari pertama dari tarikh berkuatkuasa polisi atau tarikhpengembalian semula terakhir, yang mana terkemudian untuk penyakit-penyakit tertentu.

6.2 Tiada manfaat akan dibayar di bawah peristiwa orang yang diinsuranskan didiagnosis denganpenyakit yang dilindungi atau menunjukkan tanda-tanda dan gejala-gejala sebarang penyakityang dilindungi dalam tempoh menunggu seperti yang ditakrifkan.

7. Klausa perihal tidak boleh dipertikaikan

7.1 Jika polisi ini tidak lagi sah, atas sebab selain daripada penipuan, kami akan membayar balikpremium yang telah dibayar dari tarikh berkuatkuasa.

7.2 Kami tidak boleh mempertikaikan polisi ini selepas ia telah berkuatkuasa selama 2 tahun daritarikh dikeluarkan, kecuali terdapat bukti penipuan atau apabila anda tidak membayar premium.Jika polisi ini telah ditamatkan akibat anda tidak membayar premium dan kami telahmengembalikannya semula di bawah klausa 18, maka ia akan tertakluk kepada klausa 18.

8. Kemampuan untuk melakukan perjalanan dan sebarang sekatan ke atas lokasi tempatkediaman anda dan/atau orang yang diinsuranskan

8.1 Polisi ini tidak menyekat anda dan/atau orang yang diinsuranskan daripada melakukansebarang perjalanan dan tidak dijejaskan oleh lokasi tempat tinggal anda dan/atau orang yangdiinsuranskan.

8.2 Walau bagaimanapun, tiada manfaat akan dibayar kepada orang yang diinsuranskan yangberada di luar Malaysia, sekiranya orang yang diinsuranskan tinggal atau melakukan perjalanandi luar Malaysia melebihi 90 hari berturut-turut.

Dokumen Polisi - Sun eMediCare IncomeB07.01

Muka surat 7 dari 21

Page 8: SUN LIFE MALAYSIA ASSURANCE BERHAD DOKUMEN POLISI … · berkaitan dengan maklumat yang telah diberikan kepada kami dalam jawapan anda dan/atau orang yang diinsuranskan atau sebarang

SAMPLE

9. Perubahan kepada polisi

9.1 Kami berhak meminda terma-terma dan peruntukan-peruntukan polisi ini bertujuan untukmematuhi undang-undang dan peraturan-peraturan Malaysia. Kami akan memberi notis bertulissekurang-kurangnya 30 hari terlebih dahulu melalui pos biasa ke alamat terakhir anda yangdiketahui dalam rekod kami atau kaedah komunikasi yang lain.

9.2 Permintaan anda untuk apa-apa perubahan atau pengendorsan kepada polisi ini tidak akan sahkecuali jika kami benarkan dan kelulusan tersebut hendaklah diendorskan di bawah polisi ini.

10. Hak dan kegunaan amaun yang terhutang

10.1 Kami mempunyai keutamaan atas sebarang amaun terhutang di bawah polisi ini.

10.2 Kami boleh mengimbangi sebarang amaun yang kami terhutang kepada anda (sebagai contoh:manfaat-manfaat) di bawah polisi ini dengan sebarang amaun yang anda terhutang kepadakami (sebagai contoh: premium) di bawah polisi ini.

11. Penyerahan polisi

11.1 Anda boleh, pada bila-bila masa semasa hayat orang yang diinsuranskan dan semasa polisi iniberkuatkuasa, menyerahkan polisi ini dengan memberi notis bertulis kepada kami. Semuamanfaat dan hak di bawah polisi ini akan tamat pada ulang tahun premium patut dibayarselepas menerima notis tersebut.

11.2 Disebabkan polisi ini tidak mempunyai nilai tunai, kami tidak akan membayar sebarang nilaitunai atau pro-rata premium semasa penyerahan polisi ini.

11.3 Klausa 4 akan dikuatkuasakan jika anda menyerahkan polisi anda dalam tempoh semakanpercuma.

12. Penamatan polisi

12.1 Perlindungan ke atas orang yang diinsuranskan akan ditamatkan dalam mana-mana keadaaanyang berikut:

(a) Apabila kematian orang yang diinsuranskan;

(b) Apabila polisi ini dibatalkan;

(c) Apabila polisi ini diserahkan;

(d) Apabila polisi ini luput;

(e) Pada tarikh tamat tertera di dalam jadual polisi; atau

(f) Pada ulang tahun polisi sejurus selepas hari lahir bagi orang yang diinsuranskan yangke-70.

13. Pembaharuan

13.1 Polisi akan diperbaharui setiap tahun tertakluk kepada bayaran premium dalam tempohtenggang dan terma-terma dan syarat-syarat polisi ini.

Dokumen Polisi - Sun eMediCare IncomeB07.01

Muka surat 8 dari 21

Page 9: SUN LIFE MALAYSIA ASSURANCE BERHAD DOKUMEN POLISI … · berkaitan dengan maklumat yang telah diberikan kepada kami dalam jawapan anda dan/atau orang yang diinsuranskan atau sebarang

SAMPLE

13.2 Tiada dokumen pembaharuan akan dikeluarkan semasa pembaharuan. Polisi dan jadual polisiini akan terus digunakan.

14. Undang-undang

14.1 Polisi ini dan tanggungjawab kami di bawah polisi ini adalah tertakluk kepada undang-undang,syarat-syarat dan peraturan-peraturan yang sedang berkuatkuasa di Malaysia. Undang-undang,syarat-syarat dan peraturan-peraturan akan meliputi tetapi tidak terhad kepada mana-manapekeliling, arahan atau garis panduan.

14.2 Sekiranya terdapat perbezaan antara peruntukan-peruntukan polisi ini dengan mana-manaundang-undang, syarat-syarat atau peraturan-peraturan, undang-undang, syarat-syarat atauperaturan-peraturan tersebut akan dikuatkuasakan.

14.3 Polisi ini akan ditadbir mengikut undang-undang Malaysia. Sebarang pertikaian akan diuruskandi mahkamah Malaysia.

15. Cukai

15.1 Semua cukai, termasuk tetapi tidak terhad kepada sebarang cukai barangan dan perkhidmatan,dan/atau lain-lain bentuk cukai jualan atau kepenggunaan, sama ada yang berkuatkuasa padamasa ini atau dilaksanakan selepas tarikh polisi ini akan dikenakan mengikut undang-undangyang berkenaan pada kadar semasa. Jika perlu, kami akan meminda terma-terma polisi iniuntuk mengambil kira cukai-cukai sedemikian.

16. Membayar premium dan tempoh tenggang

16.1 Pembayaran premiumSemua premium perlu dibayar pada atau sebelum tarikh premium patut dibayar (seperti yangtertera di dalam jadual polisi atau sebarang pengendorsan pada masa hadapan yang memindatarikh premium patut dibayar) terus kepada kami.

16.2 Kadar premiumKadar premium adalah tidak dijamin dan mungkin disemak semula dari semasa ke semasa.Notis bertulis akan diberi kepada anda 30 hari terlebih dahulu dan semak semula premiumtersebut akan dikuatkuasa bermula ulang tahun polisi yang berikutnya.

16.3 Pertukaran kekerapan pembayaran premiumTertakluk kepada kelulusan daripada kami, anda boleh meminda kekerapan pembayaranpremium dengan memberi notis secara bertulis kepada kami sebelum tempoh tenggang tamat.

16.4 Tempoh tenggangJika anda tidak membayar premium pada atau sebelum tarikh patut dibayar, kami akanmembenarkan tempoh tenggang selama 30 hari dari tarikh premium patut dibayar untukpembayaran sebarang premium. Polisi ini masih berkuatkuasa dalam tempoh tersebut. Polisi iniakan luput atau berhenti berkuatkuasa selepas tempoh tenggang.

16.5 TuntutanSekiranya kami telah meluluskan tuntutan di bawah polisi ini, dan tuntutan orang yangdiinsuranskan berlaku dalam tempoh tenggang, kami akan menolak sebarang amaun yanganda terhutang kepada kami dan premium yang perlu dibayar setakat tarikh kejadian daripadamanfaat yang perlu dibayar.

Dokumen Polisi - Sun eMediCare IncomeB07.01

Muka surat 9 dari 21

Page 10: SUN LIFE MALAYSIA ASSURANCE BERHAD DOKUMEN POLISI … · berkaitan dengan maklumat yang telah diberikan kepada kami dalam jawapan anda dan/atau orang yang diinsuranskan atau sebarang

SAMPLE

17. Nilai tunai

17.1 Polisi ini tidak mempunyai sebarang nilai tunai.

18. Pengembalian semula polisi

18.1 Sekiranya polisi ini luput, anda boleh memohon untuk mengembalikan semula dalam tempohmasa 12 bulan dari tarikh luput polisi, tertakluk kepada syarat-syarat berikut:

(a) melengkapkan dan menyerahkan borang pengembalian semula yang telah ditandatangani;

(b) orang yang diinsuranskan memperakui dengan jujur kesemua fakta di dalam borangpengembalian semula;

(c) orang yang diinsuranskan menyediakan semua maklumat (jika ada) yang telah kami minta;

(d) orang yang diinsuranskan membayar semua premium tertunggak yang kami tentukan; dan

(e) sebarang terma-terma dan syarat-syarat lain yang mungkin kami kenakan pada masapermohonan pengembalian semula.

18.2 Sekiranya anda membatalkan atau menyerahkan polisi ini, pengembalian semula tidak bolehterpakai.

18.3 Sekiranya kami mengetahui terdapat sebarang maklumat yang tidak benar atau disembunyikan,kami akan mengetepikan (seterusnya menamatkan) polisi yang dikembalikan semula. Kamihanya boleh melakukannya dalam masa 2 tahun pertama selepas pengembalian semula polisiini, kecuali kami dapat membuktikan berlaku penipuan atau, jika anda gagal membayarpremium.

18.4 Jika kami mengetepikan polisi yang dikembalikan semula ini (atas sebab selain daripadapenipuan), kami akan membayar balik jumlah premium yang telah dibayar dari tarikhpengembalian semula terakhir. Kami tidak akan membayar balik premium yang dibayar sebelumtarikh pengembalian semula terakhir.

18.5 Kami tidak akan memberi perlindungan insurans di bawah polisi ini untuk tempoh di antaratarikh polisi ini telah luput dan tarikh kami meluluskan pengembalian semula tersebut.

19. Hak milik

19.1 Anda adalah pemilik sah polisi ini.

19.2 Anda boleh menggunakan semua hak dan pilihan yang disediakan oleh polisi ini (bergantungkepada hak sebarang penama atau penerima pindahan polisi ini yang sah di sisiundang-undang).

20. Penama

20.1 Pemilik polisi yang telah mencapai umur 16 tahun, boleh menamakan seseorang untukmenerima manfaat-manfaat insurans (jika ada) yang perlu dibayar apabila pemilik polisimeninggal dunia di bawah polisi insurans ini. Penamaan boleh dibuat semasa permohonanpolisi atau pada bila-bila masa selepas polisi dikeluarkan.

Dokumen Polisi - Sun eMediCare IncomeB07.01

Muka surat 10 dari 21

Page 11: SUN LIFE MALAYSIA ASSURANCE BERHAD DOKUMEN POLISI … · berkaitan dengan maklumat yang telah diberikan kepada kami dalam jawapan anda dan/atau orang yang diinsuranskan atau sebarang

SAMPLE

20.2 Penama yang dinamakan di dalam borang penamaan atau mana-mana pindaan yang anda buatpada masa hadapan, akan menerima manfaat-manfaat insurans (jika ada) mengikut AktaPerkhidmatan Kewangan 2013. Anda boleh membatalkan atau menukar penama pada bila-bilamasa dengan memberi notis bertulis kepada kami. Notis bertulis mestilah kami terima dandaftarkan semasa hayat orang yang diinsuranskan. Pembatalan dan perubahan penama akanberkuatkuasa dari tarikh kami menerima notis bertulis tersebut.

21. Perubahan risiko

21.1 Anda atau orang yang diinsuranskan harus memberi notis bertulis dengan segera sekiranyaterdapat perubahan ketara pada pekerjaan, perniagaan, tugas atau kegiatan orang yangdiinsuranskan.

22. Tindakan undang-undang

22.1 Tiada tindakan undang-undang atau dalam ekuiti akan dibawa untuk menuntut apa-apa manfaatdi bawah polisi ini sebelum penamatan tempoh 2 tahun dari tarikh berlakunya keadaan yangmenyebabkan tuntutan.

23. Matawang bayaran

23.1 Semua pembayaran di bawah polisi ini akan dibuat dalam matawang Malaysia yang sah. Jikaterdapat sebarang pembayaran yang anda minta untuk dibayar dalam mana-mana matawanglain, jumlah tersebut akan dibayar dalam matawang permintaan anda yang akan dibeli diMalaysia mengikut kadar pasaran matawang semasa pada tarikh penyelesaian tuntutan.

24. Notis tuntutan

24.1 Anda atau wakil sah anda mestilah memberi notis bertulis mengenai tuntutan di ibu pejabatkami dalam tempoh masa 30 hari dari tarikh kejadian yang dilindungi berlaku.

25. Bukti tuntutan

25.1 Bukti tuntutan yang memuaskan perlu diberikan kepada kami dalam tempoh masa 30 hari daritarikh pemberian notis tuntutan kepada kami, atas perbelanjaan anda sendiri atau wakil sahanda.

25.2 Kami berhak untuk meminta sebarang dokumen (dokumen-dokumen) tambahan lain sekiranyaperlu untuk menyokong tuntutan.

25.3 Kami berhak untuk meminta orang yang diinsuranskan untuk menjalani pemeriksaan perubatanpada bila-bila masa oleh pemeriksa yang berkelayakan dari segi undang-undang dan yang kamilantik, atas perbelanjaan kami, untuk menyokong tuntutan.

26. Akta Pematuhan Cukai Akaun Asing Amerika Syarikat (FATCA)

26.1 Tidak berkenaan

Dokumen Polisi - Sun eMediCare IncomeB07.01

Muka surat 11 dari 21

Page 12: SUN LIFE MALAYSIA ASSURANCE BERHAD DOKUMEN POLISI … · berkaitan dengan maklumat yang telah diberikan kepada kami dalam jawapan anda dan/atau orang yang diinsuranskan atau sebarang

SAMPLE

LAMPIRAN EMC002

Pengecualian-pengecualian dan had am

1. Penguatkuasaan pengecualian-pengecualian

1.1 Pengecualian-pengecualian berkenaan orang yang diinsuranskan ini hanya dikuatkuasakansekiranya peruntukan manfaat membuat rujukan kepada lampiran ini.

2. Pengecualian-pengecualian kemasukan hospital

2.1 Tiada manfaat akan dibayar jika kemasukan hospital orang yang diinsuranskan adalahdisebabkan secara langsung atau tidak langsung, akibat oleh mana-mana yang berikut:

(a) Membunuh diri, percubaan membunuh diri atau mencederakan/membahayakan diri sendiritanpa mengambil kira keadaan mental orang yang diinsuranskan, pendedahan kepadarisiko atau bahaya secara keterlaluan akibat kecuaian atau secara sengaja;

(b) Berada di bawah pengaruh dadah, sebarang narkotik atau disebabkan oleh minumankeras dan/atau bahan yang memabukkan;

(c) Perbuatan jenayah, terlibat dalam perlanggaran undang-undang (kecuali sebagai pihakyang tidak bersalah) atau menjadi ahli organisasi haram;

(d) Peperangan, serangan, tindakan permusuhan asing, pertempuran atau operasi semacampeperangan (sama ada diisytiharkan atau tidak), mogok, rusuhan, perang persaudaraan,pemberontakan, revolusi, penderhakaan, kekacauan awam yang mengandaikanpembahagian atau membawa kepada kebangkitan, ketenteraan atau rampasan kuasa;

(e) Penyertaan dalam sebarang sukan atau hobi atau aktiviti yang berbahaya, termasuk tetapitidak terhad kepada aktiviti udara, terjunan bungee, memanjat batu atau mendaki gunung,aktiviti di dalam air, atau sebarang bentuk perlumbaan kecuali perlumbaan kaki;

(f) Semasa terlibat dalam aktiviti sukan professional dalam apa jua bentuk;

(g) Pendedahan dari sebarang bahan radiasi dari sebarang sumber;

(h) Penyakit akibat Sindrom Kurang Daya Tahan Penyakit (AIDS), komplikasi yang berkaitandengan AIDS, atau dijangkiti Virus Kurang Daya Tahan Penyakit Manusia (HIV);

(i) Kelahiran anak, kehamilan dan komplikasi yang berkaitan dengannya;

(j) Sebarang rawatan atau pembedahan bagi keabnormalan atau kecacatan kongenitaltermasuk penyakit keturunan;

(k) Sebarang keadaan sedia ada;

(l) Sebarang keadaan perubatan atau fizikal yang wujud dalam tempoh menunggu, kecualikemasukan hospital akibat kemalangan;

(m) Penyakit-penyakit tertentu berlaku dalam tempoh 120 hari yang pertama dari tarikh polisiberkuatkuasa atau tarikh pengembalian semula terakhir, yang mana terkemudian;

Dokumen Polisi - Sun eMediCare IncomeB07.01

Muka surat 12 dari 21

Page 13: SUN LIFE MALAYSIA ASSURANCE BERHAD DOKUMEN POLISI … · berkaitan dengan maklumat yang telah diberikan kepada kami dalam jawapan anda dan/atau orang yang diinsuranskan atau sebarang

SAMPLE

(n) Keadaan pergigian termasuk rawatan pergigian atau pembedahan oral kecuali disebabkanoleh kecederaan akibat kemalangan pada gigi asli yang berlaku sepenuhnya dalam tahunpolisi;

(o) Kemasukan hospital terutamanya untuk tujuan penyiasatan, diagnosis, pemeriksaansinar-X, pemeriksaan fizikal atau perubatan am, tidak berkaitan dengan rawatan ataudiagnosis Hilang Upaya yang dilindungi atau sebarang rawatan yang tidak diperlukan darisegi perubatan dan apa-apa rawatan pencegahan, ubat atau pemeriksaan pencegahanyang dijalankan oleh Pakar Perubatan dan rawatan khusus untuk mengurangkan ataumenaikkan berat badan;

(p) Penyiasatan dan rawatan bagi masalah tidur dan berdengkur, terapi penggantian hormondan terapi alternatif seperti rawatan, perkhidmatan atau bekalan perubatan, termasuktetapi tidak terhad kepada perkhidmatan kiropraktik, akupunktur, akupresur, refleksologi,pembetulan tulang, rawatan herba, terapi urutan atau aroma atau rawatan alternatif yanglain;

(q) Pembedahan plastik/kosmetik, penyunatan, pemeriksaan mata, cermin mata danpembiasan atau pembedahan pembetulan rabun dekat (Keratomi Radial atau Lasik) danpenggunaan atau pemerolehan peralatan prostetik luaran atau peralatan seperti tangandan kaki palsu, alat bantuan pendengaran, alat perentak jantung yang diimplan danpreskripsinya;

(r) Penjagaan persendirian, pemulihan secara rehat atau penjagaan kebersihan, pensterilan,penyakit kelamin dan komplikasinya, dan sebarang penyakit berjangkit yang memerlukankuarantin oleh undang-undang;

(s) Psikotik, gangguan mental atau saraf (termasuk sebarang neurosis danmanifestasipsikologikal atau psikomatik);

(t) Kemasukan hospital untuk prosedur pertukaran jantina;

(u) Kemasukan hospital untuk pendermaan sebarang organ oleh orang yang diinsuranskan;atau

(v) Penerbangan persendirian selain daripada sebagai penumpang yang membayar tambangbagi sebarang penerbangan komersil berjadual yang dilesenkan untuk membawapenumpang mengikut laluan yang ditetapkan.

3. Pengecualian-pengecualian penyakit berjangkit tertentu

3.1 Tiada manfaat akan dikenakan atau dibayar jika kemasukan hospital orang yang diinsuranskandisebabkan secara langsung atau tidak langsung, sepenuhnya atau sebahagiannya, olehmana-mana yang berikut:

(a) Kejadian yang dilindungi berlaku dalam tempoh 30 hari dari tarikh kontrak berkuatkuasaatau tarikh pengembalian semula terakhir, yang mana terkemudian;

(b) Sebab-sebab lain selain daripada Demam Denggi, Demam Chikungunya, Malaria,Ensefalitis Jepun, Avian Influenza, atau Jangkitan Virus Zika; atau

(c) Sebarang keadaan sedia ada.

Dokumen Polisi - Sun eMediCare IncomeB07.01

Muka surat 13 dari 21

Page 14: SUN LIFE MALAYSIA ASSURANCE BERHAD DOKUMEN POLISI … · berkaitan dengan maklumat yang telah diberikan kepada kami dalam jawapan anda dan/atau orang yang diinsuranskan atau sebarang

SAMPLE

LAMPIRAN EMC003

Peruntukan manfaat - Manfaat pendapatan hospital harian

1. Manfaat pendapatan hospital harian

1.1 Tertakluk kepada peruntukan am, sewaktu polisi ini berkuatkuasa, sekiranya kami menerimabukti yang memuaskan bahawa kemasukan hospital orang yang diinsuranskan (sepertiditakrifkan) disebabkan secara langsung oleh penyakit atau kemalangan dan apabila tuntutantersebut diluluskan, kami akan membayar amaun tersebut sehingga tempoh maksimum sepertiyang tertera di jadual polisi.

1.2 Kami akan menolak sebarang amaun yang pemilik polisi terhutang kepada kami.

1.3 Manfaat ini akan dibayar tertakluk kepada:

(a) tempoh kemasukan hospital minimum adalah 6 jam; dan

(b) kemasukan hospital adalah diperlukan dari segi perubatan.

1.4 Manfaat pendapatan hospital harian akan dibayar sehingga maksimum 180 hari kemasukanhospital setiap tahun polisi, tolak sebarang keterhutangan dan manfaat-manfaat yang akandibayar adalah tertakluk kepada had gabungan 180 hari kemasukan hospital setiap tahun polisi.

1.5 Kemasukan hospital sehari adalah berdasarkan caj seharian yang diguna pakai oleh hospitalyang berkenaan. Jika orang yang diinsuranskan dimasukkan ke dua atau lebih hospital dalamsatu hari kalendar, kami, apabila diluluskan akan membayar hanya satu manfaat pendapatanhospital harian untuk setiap hari kalendar kemasukan hospital.

1.6 Tiada manfaat pendapatan hospital harian yang lain akan dibayar untuk kemasukan hospitalyang sama di mana manfaat pendapatan hospital harian telah dibayar di bawah lampiranEMC004, EMC005 atau EMC006. Sekiranya dua atau lebih tuntutan dibuat di bawah polisi ini,kami hanya akan membayar satu tuntutan, yang mana lebih tinggi.

1.7 Manfaat ini adalah tidak kumulatif dan akan dikuatkuasakan semula pada setiap tarikh ulangtahun polisi, tertakluk kepada terma-terma dan syarat-syarat polisi ini.

2. Pengecualian-pengecualian

2.1 Pengecualian-pengecualian yang dikuatkuasakan di bawah manfaat ini akan merujuk kepadalampiran EMC002.

3. Prosedur tuntutan

3.1 Pemilik polisi atau wakil yang sahnya perlu menghantar notis bertulis kepada kami dalamtempoh 30 hari dari tarikh kemasukan hospital tersebut untuk membuat tuntutan manfaatpendapatan hospital harian.

3.2 Kami juga akan memerlukan semua dokumen dan maklumat yang berkenaan untuk menilaituntutan secepat mungkin.

Dokumen Polisi - Sun eMediCare IncomeB07.01

Muka surat 14 dari 21

Page 15: SUN LIFE MALAYSIA ASSURANCE BERHAD DOKUMEN POLISI … · berkaitan dengan maklumat yang telah diberikan kepada kami dalam jawapan anda dan/atau orang yang diinsuranskan atau sebarang

SAMPLE

3.3 Sebagai bukti tuntutan yang diberikan, kami mungkin meminta orang yang diinsuranskan untukmenjalani pemeriksaan perubatan oleh pemeriksa yang kami lantik. Kami akan memberitahuorang yang diinsuranskan jika ia diperlukan dan kami akan menanggung kos pemeriksaanperubatan tersebut.

3.4 Kami hanya akan menilai tuntutan tersebut selepas kami menerima semua dokumen, maklumatdan bukti yang kami perlukan.

4. Penamatan perlindungan

4.1 Manfaat ini akan tamat apabila berlaku mana-mana kejadian berikut, yang mana terawal:

(a) Apabila orang yang diinsuranskan meninggal dunia;

(b) Apabila polisi ini dibatalkan;

(c) Apabila polisi ini diserahkan;

(d) Apabila polisi ini luput;

(e) Pada tarikh tamat yang tertera di dalam jadual polisi; atau

(f) Pada ulang tahun polisi sejurus selepas hari lahir orang yang diinsuranskan yang ke-70.

Dokumen Polisi - Sun eMediCare IncomeB07.01

Muka surat 15 dari 21

Page 16: SUN LIFE MALAYSIA ASSURANCE BERHAD DOKUMEN POLISI … · berkaitan dengan maklumat yang telah diberikan kepada kami dalam jawapan anda dan/atau orang yang diinsuranskan atau sebarang

SAMPLE

LAMPIRAN EMC004

Peruntukan manfaat - Manfaat pendapatan hospital harian akibat penyakit berjangkit tertentu

1. Manfaat pendapatan hospital harian akibat penyakit berjangkit tertentu

1.1 Tertakluk kepada peruntukan am, sewaktu polisi ini berkuatkuasa, sekiranya kami menerimabukti yang memuaskan bahawa kemasukan hospital orang yang diinsuranskan (sepertiditakrifkan) disebabkan secara langsung oleh penyakit berjangkit tertentu dan apabila tuntutantersebut diluluskan, kami akan membayar amaun tersebut sehingga tempoh maksimum sepertiyang tertera di jadual polisi.

1.2 Kami akan menolak sebarang amaun yang pemilik polisi terhutang kepada kami.

1.3 Manfaat ini akan dibayar tertakluk kepada:

(a) tempoh kemasukan hospital minimum adalah 6 jam; dan

(b) kemasukan hospital adalah diperlukan dari segi perubatan.

1.4 Manfaat pendapatan hospital harian akibat penyakit berjangkit tertentu akan dibayar sehingga60 hari kemasukan hospital setiap tahun polisi, tolak sebarang keterhutangan danmanfaat-manfaat yang akan dibayar adalah tertakluk kepada had gabungan 180 harikemasukan hospital setiap tahun polisi.

1.5 Kemasukan hospital sehari adalah berdasarkan caj seharian yang diguna pakai oleh hospitalyang berkenaan. Jika orang yang diinsuranskan dimasukkan ke dua atau lebih hospital dalamsatu hari kalendar, kami, apabila diluluskan akan membayar hanya satu manfaat pendapatanhospital harian untuk setiap hari kalendar kemasukan hospital.

1.6 Tiada manfaat pendapatan hospital harian yang lain akan dibayar untuk kemasukan hospitalyang sama di mana manfaat pendapatan hospital harian telah dibayar di bawah lampiranEMC003, EMC005 atau EMC006. Sekiranya dua atau lebih tuntutan dibuat di bawah polisi ini,kami hanya akan membayar satu tuntutan, yang mana lebih tinggi.

1.7 Manfaat ini adalah tidak kumulatif dan akan dikuatkuasakan semula pada setiap tarikh ulangtahun polisi, tertakluk kepada terma-terma dan syarat-syarat polisi ini.

2. Pengecualian-pengecualian

2.1 Pengecualian-pengecualian yang dikuatkuasakan di bawah manfaat ini akan merujuk kepadalampiran EMC002.

3. Prosedur tuntutan

3.1 Pemilik polisi atau wakil yang sahnya perlu menghantar notis bertulis kepada kami dalamtempoh 30 hari dari tarikh kemasukan hospital tersebut untuk membuat tuntutan manfaatpendapatan hospital harian akibat penyakit berjangkit tertentu.

3.2 Kami juga akan memerlukan semua dokumen dan maklumat yang berkenaan untuk menilaituntutan secepat mungkin.

Dokumen Polisi - Sun eMediCare IncomeB07.01

Muka surat 16 dari 21

Page 17: SUN LIFE MALAYSIA ASSURANCE BERHAD DOKUMEN POLISI … · berkaitan dengan maklumat yang telah diberikan kepada kami dalam jawapan anda dan/atau orang yang diinsuranskan atau sebarang

SAMPLE

3.3 Sebagai bukti tuntutan yang diberikan, kami mungkin meminta orang yang diinsuranskan untukmenjalani pemeriksaan perubatan oleh pemeriksa yang kami lantik. Kami akan memberitahuorang yang diinsuranskan jika ia diperlukan dan kami akan menanggung kos pemeriksaanperubatan tersebut.

3.4 Kami hanya akan menilai tuntutan tersebut selepas kami menerima semua dokumen, maklumatdan bukti yang kami perlukan.

4. Penamatan perlindungan

4.1 Manfaat ini akan tamat apabila berlaku mana-mana kejadian berikut, yang mana terawal:

(a) Apabila orang yang diinsuranskan meninggal dunia;

(b) Apabila polisi ini dibatalkan;

(c) Apabila polisi ini diserahkan;

(d) Apabila polisi ini luput;

(e) Pada tarikh tamat yang tertera di dalam jadual polisi; atau

(f) Pada ulang tahun polisi sejurus selepas hari lahir orang yang diinsuranskan yang ke-70.

Dokumen Polisi - Sun eMediCare IncomeB07.01

Muka surat 17 dari 21

Page 18: SUN LIFE MALAYSIA ASSURANCE BERHAD DOKUMEN POLISI … · berkaitan dengan maklumat yang telah diberikan kepada kami dalam jawapan anda dan/atau orang yang diinsuranskan atau sebarang

SAMPLE

LAMPIRAN EMC005

Peruntukan manfaat - Manfaat pendapatan hospital harian di luar negara

1. Manfaat pendapatan hospital harian di luar negara

1.1 Tertakluk kepada peruntukan am, sewaktu polisi ini berkuatkuasa, sekiranya kami menerimabukti yang memuaskan bahawa kemasukan hospital orang yang diinsuranskan (sepertiditakrifkan) disebabkan secara langsung oleh penyakit atau kemalangan yang berlaku di luarMalaysia dan apabila tuntutan tersebut diluluskan, kami akan membayar amaun tersebutsehingga tempoh maksimum seperti yang tertera di jadual polisi.

1.2 Kami akan menolak sebarang amaun yang pemilik polisi terhutang kepada kami.

1.3 Manfaat ini akan dibayar tertakluk kepada:

(a) tempoh kemasukan hospital minimum adalah 6 jam; dan

(b) kemasukan hospital adalah diperlukan dari segi perubatan.

1.4 Manfaat pendapatan hospital harian di luar negara akan dibayar sehingga maksimum 90 harikemasukan hospital setiap tahun polisi, tolak sebarang keterhutangan dan manfaat-manfaatyang akan dibayar adalah tertakluk kepada had gabungan 180 hari kemasukan hospital setiaptahun polisi.

1.5 Kemasukan hospital sehari adalah berdasarkan caj seharian yang diguna pakai oleh hospitalyang berkenaan. Jika orang yang diinsuranskan dimasukkan ke dua atau lebih hospital dalamsatu hari kalendar, kami, apabila diluluskan akan membayar hanya satu manfaat pendapatanhospital harian untuk setiap hari kalendar kemasukan hospital.

1.6 Tiada manfaat pendapatan hospital harian yang lain akan dibayar untuk kemasukan hospitalyang sama di mana manfaat pendapatan hospital harian telah dibayar di bawah lampiranEMC003, EMC004 atau EMC006. Sekiranya dua atau lebih tuntutan dibuat di bawah polisi ini,kami hanya akan membayar satu tuntutan, yang mana lebih tinggi.

1.7 Manfaat ini adalah tidak kumulatif dan akan dikuatkuasakan semula pada setiap tarikh ulangtahun polisi, tertakluk kepada terma-terma dan syarat-syarat polisi ini.

2. Pengecualian-pengecualian

2.1 Pengecualian-pengecualian yang dikuatkuasakan di bawah manfaat ini akan merujuk kepadalampiran EMC002.

3. Prosedur tuntutan

3.1 Pemilik polisi atau wakil yang sahnya perlu menghantar notis bertulis kepada kami dalamtempoh 30 hari dari tarikh kemasukan hospital tersebut untuk membuat tuntutan manfaatpendapatan hospital harian di luar negara.

3.2 Kami juga akan memerlukan semua dokumen dan maklumat yang berkenaan untuk menilaituntutan secepat mungkin.

Dokumen Polisi - Sun eMediCare IncomeB07.01

Muka surat 18 dari 21

Page 19: SUN LIFE MALAYSIA ASSURANCE BERHAD DOKUMEN POLISI … · berkaitan dengan maklumat yang telah diberikan kepada kami dalam jawapan anda dan/atau orang yang diinsuranskan atau sebarang

SAMPLE

3.3 Sebagai bukti tuntutan yang diberikan, kami mungkin meminta orang yang diinsuranskan untukmenjalani pemeriksaan perubatan oleh pemeriksa yang kami lantik. Kami akan memberitahuorang yang diinsuranskan jika ia diperlukan dan kami akan menanggung kos pemeriksaanperubatan tersebut.

3.4 Kami hanya akan menilai tuntutan tersebut selepas kami menerima semua dokumen, maklumatdan bukti yang kami perlukan.

4. Penamatan perlindungan

4.1 Manfaat ini akan tamat apabila berlaku mana-mana kejadian berikut, yang mana terawal:

(a) Apabila orang yang diinsuranskan meninggal dunia;

(b) Apabila polisi ini dibatalkan;

(c) Apabila polisi ini diserahkan;

(d) Apabila polisi ini luput;

(e) Pada tarikh tamat yang tertera di dalam jadual polisi; atau

(f) Pada ulang tahun polisi sejurus selepas hari lahir orang yang diinsuranskan yang ke-70.

Dokumen Polisi - Sun eMediCare IncomeB07.01

Muka surat 19 dari 21

Page 20: SUN LIFE MALAYSIA ASSURANCE BERHAD DOKUMEN POLISI … · berkaitan dengan maklumat yang telah diberikan kepada kami dalam jawapan anda dan/atau orang yang diinsuranskan atau sebarang

SAMPLE

LAMPIRAN EMC006

Peruntukan manfaat - Manfaat pendapatan hospital harian unit rawatan rapi

1. Manfaat pendapatan hospital harian unit rawatan rapi

1.1 Tertakluk kepada peruntukan am, sewaktu polisi ini berkuatkuasa, sekiranya kami menerimabukti yang memuaskan bahawa orang yang diinsuranskan dimasukkan ke dalam unit rawatanrapi hospital (seperti ditakrifkan) di dalam atau luar Malaysia dan apabila tuntutan tersebutdiluluskan, kami akan membayar amaun tersebut sehingga tempoh maksimum seperti yangtertera di jadual polisi.

1.2 Kami akan menolak sebarang amaun yang pemilik polisi terhutang kepada kami.

1.3 Manfaat ini akan dibayar tertakluk kepada:

(a) tempoh kemasukan hospital minimum adalah 6 jam; dan

(b) kemasukan hospital adalah diperlukan dari segi perubatan.

1.4 Manfaat pendapatan hospital harian unit rawatan rapi akan dibayar sehingga maksimum 30 harikemasukan hospital setiap tahun polisi, tolak sebarang keterhutangan dan manfaat-manfaatyang akan dibayar adalah tertakluk kepada had gabungan 180 hari kemasukan hospital setiaptahun polisi.

1.5 Kemasukan hospital sehari adalah berdasarkan caj seharian yang diguna pakai oleh hospitalyang berkenaan. Jika orang yang diinsuranskan dimasukkan ke dua atau lebih hospital dalamsatu hari kalendar, kami, apabila diluluskan akan membayar hanya satu manfaat pendapatanhospital harian untuk setiap hari kalendar kemasukan hospital.

1.6 Tiada manfaat pendapatan hospital harian yang lain akan dibayar untuk kemasukan hospitalyang sama di mana manfaat pendapatan hospital harian telah dibayar di bawah lampiranEMC003, EMC004 atau EMC005. Sekiranya dua atau lebih tuntutan dibuat di bawah polisi ini,kami hanya akan membayar satu tuntutan, yang mana lebih tinggi.

1.7 Manfaat ini adalah tidak kumulatif dan akan dikuatkuasakan semula pada setiap tarikh ulangtahun polisi, tertakluk kepada terma-terma dan syarat-syarat polisi ini.

2. Pengecualian-pengecualian

2.1 Pengecualian-pengecualian yang dikuatkuasakan di bawah manfaat ini akan merujuk kepadalampiran EMC002.

3. Prosedur tuntutan

3.1 Pemilik polisi atau wakil yang sahnya perlu menghantar notis bertulis kepada kami dalamtempoh 30 hari dari tarikh kemasukan hospital tersebut untuk membuat tuntutan manfaatpendapatan hospital harian unit rawatan rapi.

3.2 Kami juga akan memerlukan semua dokumen dan maklumat yang berkenaan untuk menilaituntutan secepat mungkin.

Dokumen Polisi - Sun eMediCare IncomeB07.01

Muka surat 20 dari 21

Page 21: SUN LIFE MALAYSIA ASSURANCE BERHAD DOKUMEN POLISI … · berkaitan dengan maklumat yang telah diberikan kepada kami dalam jawapan anda dan/atau orang yang diinsuranskan atau sebarang

SAMPLE

3.3 Sebagai bukti tuntutan yang diberikan, kami mungkin meminta orang yang diinsuranskan untukmenjalani pemeriksaan perubatan oleh pemeriksa yang kami lantik. Kami akan memberitahuorang yang diinsuranskan jika ia diperlukan dan kami akan menanggung kos pemeriksaanperubatan tersebut.

3.4 Kami hanya akan menilai tuntutan tersebut selepas kami menerima semua dokumen, maklumatdan bukti yang kami perlukan.

4. Penamatan perlindungan

4.1 Manfaat ini akan tamat apabila berlaku mana-mana kejadian berikut, yang mana terawal:

(a) Apabila orang yang diinsuranskan meninggal dunia;

(b) Apabila polisi ini dibatalkan;

(c) Apabila polisi ini diserahkan;

(d) Apabila polisi ini luput;

(e) Pada tarikh tamat yang tertera di dalam jadual polisi; atau

(f) Pada ulang tahun polisi sejurus selepas hari lahir orang yang diinsuranskan yang ke-70.

Dokumen Polisi - Sun eMediCare IncomeB07.01

Muka surat 21 dari 21