sumbnagn 6
DESCRIPTION
sumbTRANSCRIPT
SEKOLAH KEBANGSAAN PUTERI PANDAN 2JALAN PERWIRA55100 KUALA LUMPURTEL : 03 92847052 FAX : 03 92847052
Rujukan Kami: SKPP2.100-2/8/1(02) Tarikh : 28 Mac 2015
Pengurus,Bank Rakyat Cawangan Desa Pandan,No.33 & 35, Jalan 1/76,Desa Pandan,55100 Kuala Lumpur.
Tuan,
MEMOHON SUMBANGAN UNTUK KEM KECEMERLANGAN DIRI DAN BENGKEL TEKNIK MENJAWAB SOALAN BAGI CALON-CALON UPSR 2015
Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
2.Adalah dimaklumkan bahawa SK PUTERI PANDAN 2 akan mengadakan Kem Kecemerlangan Diri dan Bengkel Teknik Menjawab Soalan bagi calon-calon UPSR 2015 mengikut ketetapan berikut:
Tarikh: 29 Mei 2015 31 Mei 2015Tempat: SK Puteri Pandan 2Sasaran: Semua murid Tahun 6
3.Untuk pengetahuan pihak tuan, murid-murid ini akan bermalam di sekolah iaitu selama 3 hari 2 malam untuk memberi pendedahan tentang keyakinan dan jati diri murid-murid bagi menghadapi peperiksaan yang akan disampaikan oleh penceramah jemputan.
4.Sehubungan dengan itu, kami memohon sumbangan daripada pihak tuan dalam usaha murni bagi menjayakan program yang dirancang dan seterusnya dapat melahirkan modal insan yang berketrampilan, kreatif dan berdaya saing serta berkemahiran untuk berfikir aras tinggi (KBAT) seiring dengan saranan pihak Kementerian Pendidikan Malaysia.
5.Sumbangan yang akan dihulurkan boleh melalui nama dan akaun bank seperti berikut:
NAMA:PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU SK PUTERI PANDAN 2BANK:HONG LEONG BANKNO AKAUN26200005036
Kerjasama dan keperihatinan dari pihak tuan amatlah kami hargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.
Sekian, terima kasih.
BERKHIDMAT UNTUK NEGARA
Yang benar,
___________________________(DATIN HJH JAMALIA MASRI)Guru Besar,SK. Puteri Pandan 2,Kuala Lumpur