sumber

8
Sumber-Sumber Untuk Merangka Kurikulum Dalam Konteks Malaysia Kurikulum didefinisikan sebagai satu pelan atau rancangan untuk tindakan atau satu dokumen bertulis yang mengandungi strategi untuk mencapai matlamat yang dihajati (Ornstein dan Hankins 1993, 98). Kurikulum juga ditakrifkan sebagai dokumen yang mengandungi rancangan P&P yang mempunyai objektif psikomotor , efektif dan kognitif bagi satu subjek. Kurikulum juga didefinisikan sebagai satu rancangan pendidikan yang mengandungi segala ilmu pengetahuan , kemahiran , nilai dan norma serta unsur kebudayaan dan kepercayaan yang menjadi pilihan masyarakat untuk diwariskan dari generasi ke generasi yang lain. Kurikulum berperanan sebagai garis panduan dan penentu sempadan ilmu yang hendak disampaikan. Kurikulum di sekolah perlu sentiasa relevan dengan kehendak semasa. Pusat Perkembangan Kurikulum sentiasa merangka kurikulum pendidikan di Malaysia dari semasa ke semasa mengikut aliran yang tinggi . Kurikulum perlu diubahsuai mengikut keperluan supaya pelajar sentiasa belajar mengikut trend pengetahuan terkini. Kurikulum Pendidikan (KP) dibina bagi melahirkan insan yang seimbang dari segi intelek , jasmani , rohani dan emosi serta berketrampilan dan mampu berfikir. Selain daripada intelek, kurikulum pendidikan juga menggabungkan jaringan unsur nilai moral dan agama merentasi kurikulum. Bagi mencapai hasrat ini , kurikulum telah mengutamakan kepimpinan pelajar melalui kurikulum. Kurikulum yang sama digunakan di semua sekolah di Malaysia bermatlamat untuk menguatkan hubungan kekeluargaan antara masyarakat majmuk di Malaysia. Kurikulum perlu bersifat futuristik, fleksibel dan dinamik supaya dapat menentukan corak masyarakat , profil bangsa dan warganegara Malaysia. Kurikulum juga diharap dapat melahirkan insan yang saying dan cintakan tanah air.

Upload: prasanna

Post on 19-Feb-2016

14 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

sumber kurikulum

TRANSCRIPT

Page 1: Sumber

Sumber-Sumber Untuk Merangka Kurikulum Dalam Konteks Malaysia

Kurikulum didefinisikan sebagai satu pelan atau rancangan untuk tindakan atau satu dokumen bertulis yang mengandungi strategi untuk mencapai matlamat yang dihajati (Ornstein dan Hankins 1993, 98). Kurikulum juga ditakrifkan sebagai dokumen yang mengandungi rancangan P&P yang mempunyai objektif psikomotor , efektif dan kognitif bagi satu subjek. Kurikulum juga didefinisikan sebagai satu rancangan pendidikan yang mengandungi segala ilmu pengetahuan , kemahiran , nilai dan norma serta unsur kebudayaan dan kepercayaan yang menjadi pilihan masyarakat untuk diwariskan dari generasi ke generasi yang lain.

Kurikulum berperanan sebagai garis panduan dan penentu sempadan ilmu yang hendak disampaikan. Kurikulum di sekolah perlu sentiasa relevan dengan kehendak semasa. Pusat Perkembangan Kurikulum sentiasa merangka kurikulum pendidikan di Malaysia dari semasa ke semasa mengikut aliran yang tinggi . Kurikulum perlu diubahsuai mengikut keperluan supaya pelajar sentiasa belajar mengikut trend pengetahuan terkini.

Kurikulum Pendidikan (KP) dibina bagi melahirkan insan yang seimbang dari segi intelek , jasmani , rohani dan emosi serta berketrampilan dan mampu berfikir. Selain daripada intelek, kurikulum pendidikan juga menggabungkan jaringan unsur nilai moral dan agama merentasi kurikulum. Bagi mencapai hasrat ini , kurikulum telah mengutamakan kepimpinan pelajar melalui kurikulum. Kurikulum yang sama digunakan di semua sekolah di Malaysia bermatlamat untuk menguatkan hubungan kekeluargaan antara masyarakat majmuk di Malaysia.

Kurikulum perlu bersifat futuristik, fleksibel dan dinamik supaya dapat menentukan corak masyarakat , profil bangsa dan warganegara Malaysia. Kurikulum juga diharap dapat melahirkan insan yang saying dan cintakan tanah air.

Kurikulum di Malaysia bertujuan untuk membangunkan modal insan yang cemerlang dari segi sahsiah dan akademik. Kurikulum yang dibina perlu memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh untuk melahirkan insan yang seimbang dari segi intelek, jasmani , rohani dan emosi. Kurikulum dibina perlu member penekanan kepada perkembangan kemahiran belajar dan genetik. Pendekatan ini melahirkan masyarakat yang mampu mengamalkan pembelajaran sepanjang hayat dan sentiasa berkebolehan mengikuti pelajaran.

Kajian falsafah pendidikan membolehkan pengkaji memahami pendidikan secara keseuruhan , mentafsir konsep umum dan dasar pendidikan Negara. Kandungan falsafah membolehkan Pembina kurikulum memahami dan menilai secara dalaman dan luaran hala tuju pendidikan. Oleh itu , falsafah menjadi sumber rujukan utama dalam membina kurikulum.

Dalam konteks Malaysia , Pembina kurikulum atau lebih dikenali sebagai Pusat Perkembangan Kurikulum meneliti beberapa sumber untuk merangka sesuatu kurikulum. Pembangunan kurikulum perlu mengkaji teori-teori berkaitan dengan kurikulum , falsafah pembentukan kurikulum , dan kriteria pembentukan kurikulum.

Page 2: Sumber

Pelajar

Agama/Moral

Ilmu

Pengetahuan

Masyarakat

Sains

sumber-sumber untuk merangka kurikulum

dalam konteks Malaysia

Sumber – sumber yang diteliti untuk merangka sesuatu kurikulum dalam konteks Malaysia adalah seperti di bawah :

Proses perancangan dan pembinaan kurikulum bukanlah satu proses yang boleh dilakukan secara sambil lewa. Ia perlu memaparkan sifat dan ciri-ciri generasi masa hadapan yang hendak dilahirkan. Maka, aspek perancangan dan pembinaannya perlulah berteraskan falsafah-falsafah tertentu (Rohizani, 2005). Mengikut LaporanJawatankuasa Kabinet (1979),

Page 3: Sumber

kurikulum perlulah mengandungi segala rancanganyang dikendalikan oleh sesebuah sekolah bagi mencapai matlamat pendidikan.

Sains merupakan sebuah proses pengumpulan ilmu atau maklumat dan penyusunannya. Perkataan sains datang daripada bahasa Latin, scinetia, yang bermakna mendapatkan ilmu atau maklumat. Dan seperti proses mendapatkan maklumat yang lain, sains bermula dengan pengalaman, dan kemudiannya mendapatkan fakta dan peraturan daripadaya. Cara sains mengkaji sesuatu perkara adalah dengan melihatnya dengan teliti, mengukurnya, membuat uji kaji, dan dengan cuba menerangkan mengapa sesuatu perkara terjadi. Peer review dan mengulangi eksperimen beberapaka kali merupakan satu-satunya cara untuk mempastikan bahawa maklumat yang diperolehi adalah benar dan tepat. Inilah yang dipanggil kaedah saintifik. Kebanyakan orang menerima kaedah ini sebagai cara yang paling boleh dipercayai untuk mendapatkan maklumat mengenai alam, dunia, badan manusia atau binatang dan lain-lain.

Sumber yang seterusnya ialah masyarakat . Perubahan yang begitu pesat dalam masyarakat dan dunia membuat kurikulum hari ini perlu disesuaikan mengikut peredaran masa. Sehubungan dengan itu , perancang kurikulum bertanggungjawab untuk menyemak semula dari semasa ke semasa . Pengguguran , perubahan atau pertambahan terhadap kurikulum harus dilakukan mengikut peredaran masa , kehendak masyarakat , dan kemajuan Negara. Kita hidup dalam masyarakat berubah-ubah , iaitu pengetahuan baru sentiasa ditemui , sementara pengetahuan yang lama yang dibuktikan kurang tepat diperkemaskinikan. Masalah pertambahan pengetahuan yang banyak menimbulkan masalah apa yang hendak dipelajari serta pertimbangan semula bagaimana pembelajaran harus berlaku. Dengan menyedari bahawa murid-murid harus disediakan untuk menyesuaikan diri dengan permintaan masyarakat yang cepat berubah , guru-guru dan perancang kurikulum harus menyemak semula apa yang mereka kemukan kepada murid-murid ( Kamaruddin Hj. Husin , 1994).

Menteri Pelajaran yang pertama iaitu Allahyarham Tun Haji Abdul Razak telah menubuhkan satu jawatankuasa yang bertujuan mengkaji semula sistem pendidikan di Tanah Melayu pada tahun 1956 yang dikenali sebagai Penyata Razak atau Laporan Razak. Tujuan jawatankuasa ini adalah untuk mewujudkan dan memelihara kestabilan sosial serta politik menjamin pertumbuhan ekonomi dan kesejahteraan hidup rakyat melalui sistem pendidikan yang lebih tersusun. Ini kerana sistem pendidikan yang diperkenalkan oleh penjajah yang mewujudkan sekolah seperti sekolah venakular tidak menyemai unsur-unsur semangat kebangsaan serta tidak dapat menampung keperluan tersebut.

Oleh itu , matlamat Laporan Razak adalah untuk mewujudkan satu sistem pendidikan kebangsaan untuk semua kaum dengan menggunakan bahasa kebangsaan sebagai bahasa pengantar. Di dalam laporan itu , telah dikemukan beberapa cadangan seperti menyamakan sukatan pelajaran bagi semua sekolah di Tanah Melayu , Bahasa Melayu dijadikan Bahasa Pengantar utama , menubuhkan sejenis sekolah menengah sahaja yang terbuka kepada semua kaum dan sebagainya. Dengan itu , jelaslah bahawa tujuan utama Laporan Razak ialah bagi mewujudkan perpaduan Negara yang terdiri daripada berbagai kaum.

Bermula dari Laporan Jawatankuasa Kabinet 1979, peranan pendidikan di Negara ini mula berubah . Di samping meneliti kemampuan sistem pendidikan untuk melahirkan rakyat yang bersatu padu , terlatih dan berdisiplin , jawatankuasa ini juga sangat prihatin terhadap masalah pendidikan akhlak atau pendidikan moral. Dengan erti kata yang lain , peranan pendidikan tidak seharusnya ditumpukan kepada pembangunannegara dan pengeluaran tenaga

Page 4: Sumber

manusia semata-mata malah perlu juga menjurus kepada pembentukan keperibadian insan selaras dengan pembangunan kemanusiaan.

Perancangan kurikulum yang baik sentiasa mengambil kira keperluan murid serta mampu memberi faedah secara menyeluruh. Ini bermakna faktor minat dan pengembangan individu dalam bidang kognitif , psikomotor dan afektif perlu difikirkan semasa membentuk kurikulum tersebut. Murid adalah individu yang bakal menjadi sebahagian daripada anggota masyarakat . Oleh itu , kurikulum haruslah bertanggungjawab menyediakan murid-murid dengan pendidikan yang berkaitan dengan masyarakat di mana mereka tinggal dan juga bentuk masyarakt yang akan mereka hadapi kelak.

Sumber seterusnya yang perlu diteliti ialah agama atau moral. Kurikulum perlu mempunyai kaitan dan bersifat sepadu dan menyeluruh. Unsur utama yang digunakan bagi mewujudkan kesepaduan yang ingin dicapai ialah unsur-unsur nilai. Unsur nilai yang dimaksudkan ialah nilai-nilai baik hati , berhemah tinggi , hormat-menghormati dan sebagainya. Nilai-nilai ini akan diserapkan melalui semua matapelajaran. Ini bermakna, guru-guru akan memasukkan pengetahuan tentang nilai-nilai murni dalam setiap matapelajaran yang diajar. Dalam hal ini , konsep bersepadu yang digarap diharapkan dapat mewujudkan insan yang berwawasan , berakhlak , berilmu ,dan mempunyai segala bentuk kekuatan bagi kepentingan agama , bangsa dan Negara.

Konsep pendidikan moden yang mengamalkan dualism iaitu , sistem pendidikan yang mementingkan aspek pembangunan lahiriah semata-mata adalah bercanggah dengan falsafah bersepadu yang ingin diterapkan. Daripada aliran pendidikan yang berteraskan dualism yang sebegini akan lahirlah dua kategori generasi yang berbeza sama sekali , khususnya dari segi cara berfikir , pembinaan kerohanian dan keseimbangan emosi . Justeru , sekiranya sistem pendidikan terlalu mengkhusus dan sempit , dan tidak pula menggabungkan aspek-aspek nilai secara bersama , akan melahirkan golongan intelek yang tidak bermoral dan berakhlak . Justeru , tidak mustahil jika terdapat golongan professional yang melakukan penyelewangan , jenayah dan sebagainya kerana tidak berpengetahuan agama. Sebaliknya , golongan agama juga akan ketandusan pengetahuan dalam bidang sains dan teknologi yang menjadi alat di dalam kehidupan zaman moden.

Penghayatan dan amalan nilai-nilai kerohanian , kemanusiaan dan kewarganegaraan juga menjadi tumpuan dalam perancangan kurikulum. Walaupun perkara ini menjadi tumpuan utama dalam bidang kajian agama dan moral , namun pemupukan nilai-nilai murni juga diserap dalam bidang-bidang kajian yang lain.

Nilai-nilai murni merupakan unsur yang amat penting dan diserapkan ke dalam semua matapelajaran. Nilai-nilai murni ini adalah bersifat universal dan tidak bercanggah dengan agama , budaya norma masyarakat Malaysia yang terdiri daripada berbilang kaum , bangsa dan kepercayaan . Di samping itu , nilai-nilai murni juga berteraskan kerohanian dan , kemanusiaan dan kewarganegaraan.

Sumber yang sterusnya ialah ilmu pengetahuan. Disiplin ilmu merangkumi satu bidang pengetahuan dan cara yang tertentu untuk berfikir dan melakukan sesuatu . Dengan itu , disiplin –disiplin ilmu yang ada sekarang digunakan sebagai asas untuk menentukan matapelajaran . Walaubagaimanapun aspek-aspek seperti pemupukan nilai-nilai , kemahiran berkomunikasi serta perkembangan daya pemikiran dan kemahiran belajar diserapkan dalam semua matapelajaran.

Page 5: Sumber

Perkembangan ilmu pengetahuan yang pesat dan keperluan kemahiran yang spesifik dalam alam pekerjaan menyebabkan berlakunya pengkhususan di dalam kurikulum sekolah . Pendidikan di sekolah seharusnya membekalkan pelajar dengan kemahiran asas yang menyediakannya untuk berbagai-bagai bidang pekerjaan dan bukan kemahiran yang khusus untuk satu pekerjaan sahaja.

Setiap disiplin ilmu dirujuk dan diselaraskan dengan Falsafah dan Matlamat Pendidikan Negara . Falsafah dan matlamat tersebut diterjemahkan ke dalam objektif setiap matapelajaran. Kandungan kurikulum dapat mengembangkan lagi kemahiran asas yang diperoleh di sekolah. Kandungan kurikulum turut memperkembangkan kemahiran belajar , psikomotor dan sosial yang sudah diperolehi .Kandungan kurikulum dapat membina intelek dan mengembangkan daya pemikiran untuk menghuraikan , mencerakinkan , merumus dan menghasilkan idea-idea yang bernas. Kandungan kurikulum dikaitkan dengan kehidupan seharian.

Sumber yang terakhir untuk merangka kurikulum ialah pelajar. Kurikulum mengambil kira tahap dan kemampuan para pelajar untuk menerima sesuatu matapelajaran. Justeru , pengasingan para pelajar mengikut kemampuan perlu dilakukan agar pembelajaran akan lebih efektif dan berkesan.

Pelajar sebagai individu mempunyai kehendak dan keperluan asas yang melibatkan kehendak dan keperluan asas yang melibatkan keselamatan , kasih sayang , bermasyarakat dan kehendak penyempurnaan kendiri . Kurikulum yang akan dibentuk sewajarnya dapat member ilmu pengetahuan dan kemahiran agar kehendak dan keperluaanya sebagai individu dan murid dapat dipenuhi. Ini bermakna , kurikulum yang akan dibentuk akan menyediakan segala ilmu pengetahuan dan kemahiran yang merangsang perkembangan potensi mereka secara menyeluruh iaitu merangkumi intelek , jasmani , rohani dan sosial.

Perancangan kurikulum yang baik sentiasa mengambil kira keperluan murid serta mampu member faedah secara menyeluruh . Ini bermakna faktor minat dan pengembangan individu dalam bidang kognitif , psikomotor dan afektif perlu difikirkan semasa membentuk kurikulum tersebut. Murid adalah individu yang bakal menjadi sebahagian daripada anggota masyarakat. Oleh itu , kurikulum haruslah bertanggungjawab menyediakan murid-murid dengan pendidikan yang berkaitan dengan masyarakat di mana mereka tinggal dan juga bentuk masyarakat yang akan mereka hadapi kelak.